anugerah inovasi negara -...

20
ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013 1 GENOVASI Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang ‘Nil Clearance’ I. KANDUNGAN ……………………….…………………………… 1 II. RINGKASAN EKSEKUTIF ..……………………………………… 2 III. PENGENALAN .………………………………………………….. 2 IV. OBJEKTIF/ TUJUAN ……..……………….……………………... 4 V. ASPEK TEKNIKAL ‘NIL CLEARANCE’ ..………………………. 6 VI. KUMPULAN SASAR DAN SKOP LIPUTAN …………………… 7 VII. PENJIMATAN KOS .………………………………….….….…… 10 VIII. IMPAK INOVASI KEPADA AGENSI DAN STAKEHOLDER ... 13 IX. KEBERHASILAN DAN IMPAK ....………..……………………. 17 X. RUMUSAN ………………….………….………………………... 20

Upload: dinhtram

Post on 25-Mar-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013

1 GENOVASI – Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang ‘Nil Clearance’

KANDUNGAN

I. KANDUNGAN ……………………….…………………………… 1

II. RINGKASAN EKSEKUTIF ..……………………………………… 2

III. PENGENALAN .………………………………………………….. 2

IV. OBJEKTIF/ TUJUAN ……..……………….……………………... 4

V. ASPEK TEKNIKAL ‘NIL CLEARANCE’ ..………………………. 6

VI. KUMPULAN SASAR DAN SKOP LIPUTAN …………………… 7

VII. PENJIMATAN KOS .………………………………….….….…… 10

VIII. IMPAK INOVASI KEPADA AGENSI DAN STAKEHOLDER ... 13

IX. KEBERHASILAN DAN IMPAK ....………..……………………. 17

X. RUMUSAN ………………….………….………………………... 20

ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013

2 GENOVASI – Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang ‘Nil Clearance’

RINGKASAN EKSEKUTIF

(‘Nil Clearance’) adalah merupakan Surat Penyelesaian Cukai (SPC) berbaki kosong

yang akan dikeluarkan kepada Pegawai Dagang sebelum meninggalkan Malaysia bagi

menyatakan tiada sebarang hutang Pegawai Dagang kepada Kerajaan Malaysia. SPC

ini akan melepaskan individu tersebut daripada segala tanggunggan cukai bagi tempoh

perkhidmatannya di Malaysia. (‘Nil Clearance’) merupakan satu inovasi dalam

perkhidmatan taksiran dan pungutan cukai di Cawangan Tidak Bermastautin

(Cawangan NR), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), yang memberi

impak kepada perkhidmatan percukaian untuk pelanggan dalaman dan luaran

LHDNM. (‘Nil Clearance’) telah mengurangkan proses kerja manual, menjimatkan kos,

telus, cekap, cepat dan meningkatkan pungutan cukai Negara.

1. PENGENALAN

‘Pegawai Dagang’ (PD) bermaksud pekerja warganegara asing yang bekerja

atau memberi perkhidmatan kepada majikan di Malaysia .

SPC bermaksud Surat Penyelesaian Cukai yang dikeluarkan oleh LHDNM

kepada PD apabila PD tersebut memaklumkan ingin menamatkan perkhidmatan

atau meninggalkan Malaysia.

KPI bermaksud key performance indicator iaitu sasaran yang telah ditetapkan

oleh pihak pengurusan atasan untuk di capai oleh Cawangan NR.

ACP1967 – Akta Cukai Pendapatan 1967

Majikan bertanggungjawab memaklumkan kepada LHDNM dalam tempoh tiga

puluh (30) hari sebelum tarikh pemberhentian PD sekiranya individu tersebut

akan bersara dan tamat perkhidmatan atau akan meninggalkan Malaysia.

Majikan juga perlu menahan apa-apa bayaran yang kena dibayar kepada PD

tersebut sehingga SPC dari Cawangan NR diterima bagi pemberhentian

perkhidmatan ini. (Rujukan: Lampiran A)

ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013

3 GENOVASI – Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang ‘Nil Clearance’

Di dalam SPC menyatakan tarikh akhir pembayar cukai meninggalkan Malaysia

dan jumlah baki cukai yang perlu dijelaskan. Masalah yang wujud di Cawangan

NR adalah, apabila Pegawai Dagang ini telah meninggalkan Malaysia tanpa

menjelaskan tanggungan cukai seperti yang telah dinyatakan dalam SPC

tersebut.

Kegagalan ini dilihat sebagai satu isu yang sangat serius dan perlu ditangani

dengan segera supaya tidak berlarutan kerana implikasinya kepada ketirisan

kutipan hasil negara adalah sangat tinggi. Amaun cukai yang gagal dikutip ini

menjadikan tunggakan hasil LHDNM. Tanggungjawab ini akan menjadi sukar

apabila PD yang telah meninggalkan Malaysia dan tidak dapat dikesan. PD juga

berkemungkinan berhijrah daripada satu negara ke satu negara yang lain. Lebih

merumitkan, tindakan undang-undang tidak dapat diambil terhadap PD ini

kerana wujud batas perundangan antara negara.

Kelemahan prosedur pengeluaran SPC ini, memberi laluan mudah kepada PD

ini mengambil sikap sambil lewa dan mengelakkan diri dari membayar cukai

seperti yang telah dinyatakan dalam SPC.

Tindakan kerja sebelum dari ini ialah, Cawangan NR akan berusaha mengesan

alamat terkini PD di luar negara bagi mengeluarkan surat tuntutan cukai yang

masih belum djelaskan. Kenaikan cukai akan dikenakan bagi amaun baki cukai

yang lewat bayar. Sekiranya, tiada maklum balas atau bayaran yang diterima

selepas 3 bulan daripada keseluruhan tindakan pemungutan yang telah diambil,

Cawangan NR akan mengambil langkah seterusnya iaitu tindakan

penguatkuasaan sekatan perjalanan di bawah seksyen 104, ACP 1967 untuk

menyekat pergerakan keluar atau masuk Malaysia. (Rujukan: Lampiran B)

ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013

4 GENOVASI – Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang ‘Nil Clearance’

Lanjutan daripada permasalahan ini, ‘Nil Clearance’ telah dicadangkan oleh

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) – iaitu kumpulan Genovasi bagi

penyelesaian masalah melalui aktiviti KIK, Cawangan NR.

‘Nil Clearance’ adalah SPC berbaki kosong yang akan dikeluarkan kepada PD

sebelum meninggalkan Negara bagi menyatakan tiada sebarang hutang individu

tersebut kepada Kerajaan Malaysia. ‘Nil Clearance’ ini hanya akan dikeluarkan

selepas PD menjelaskan sepenuhnya amaun baki cukai sepanjang

perkhidmatannya di Malaysia. Surat ini akan melepaskan PD tersebut daripada

segala tanggunggan cukai di Malaysia. Kegagalan PD membuat bayaran baki

cukai menyebabkan tindakan sekatan perjalanan akan dikuatkuasakan serta-

merta sebelum PD tersebut meninggalkan Malaysia.

Pelaksanaan tindakan segera seperti ini, memberi permbaharuan kepada

prosedur kerja sedia ada yang dipendekkan dengan tidak mengambil tindakan-

tindakan yang berulang dari aktiviti yang sedia ada termasuk menaikkan

kenaikan cukai, mengeluarkan surat tuntutan atas usaha mengesan PD dan

menghapus cukai atas amaun lapuk dengan memastikan amaun baki cukai yang

belum dijelaskan dapat dikutip sebelum PD meninggalkan Malaysia.

2. OBJEKTIF / TUJUAN

Objektif ‘Nil Clearance’ ini juga merupakan Transformasi Cawangan NR yang

diperkenalkan bagi tujuan berikut :-

PD ini menjalankan perkhidmatan di Malaysia untuk sesuatu tempoh yang

dipersetujui bersama di antara pekerja dan majikan. Setelah tamat

perkhidmatan, pekerja tersebut akan meninggalkan Malaysia. Justeru,

pengeluaran ‘Nil Celarance’ ini adalah bertujuan untuk memastikan PD

tersebut menjelaskan hutang negara sebelum meninggalkan Malaysia.

ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013

5 GENOVASI – Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang ‘Nil Clearance’

PD akan kembali ke negara masing-masing selepas tamat perkhidmatan.

Terdapat juga PD yang sering berhijrah dari satu negara ke satu negara. Ini

menyukarkan pihak LHDNM untuk mengesan dan menghubungi mereka

bagi tuntutan cukai yang masih tertunggak. Dengan adanya ‘Nil Clearance’

masalah PD gagal dikesan selepas meninggalkan Negara dapat

diselesaikan.

Statistik kes SPC yang tidak dapat diselesaikan menunjukkan peningkatan

setiap tahun. Kes-kes yang wujud mempunyai dokumen dan fakta yang

jelas, serta taksiran yang dibangkitkan adalah berasas dan muktamad.

Pengukuran prestasi pengurangan tunggakan hasil adalah berdasarkan

pencapaian Cawangan NR terhadap penyelesaian debit akhir tahun. Ini amat

penting bagi meningkatkan prestasi Cawangan NR mencapai sasaran yang

ditetapkan oleh pengurusan atasan.

Menjadikan LHDNM sebagai sebuah agensi yang menerajui bidang

pengurusan dan penguatkuasaan percukaian bertaraf dunia menjelang

tahun 2020.

Menjadikan perkhidmatan-perkhidmatan LHDNM lebih relevan dan responsif

kepada kehendak pembangunan ekonomi negara.

Memperkasakan bidang-bidang utama perkhidmatan bagi menghasilkan

perkhidmatan dan hasil yang berkualiti .

Membina reputasi dan imej berprestasi tinggi dan positif yang mampu

meletakkan LHDNM antara institusi kerajaan yang terbaik di dalam Negara.

ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013

6 GENOVASI – Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang ‘Nil Clearance’

3. ASPEK TEKNIKAL‘NIL CLEARANCE’

3.1 SEBELUM

Sebelum perlaksanaan ‘Nil Clearance’ ini, SPC dikeluarkan kepada

majikan dan PD untuk memaklumkan tanggungan cukai individu tersebut.

Pada SPC tersebut menyatakan jumlah cukai yang terhutang dan tempoh

masa yang perlu diselesaikan. PD dan majikan akan diberi masa untuk

menyelesaikan amaun tunggakan tersebut 30 hari daripada tarikh SPC

tersebut. (Rujukan: Lampiran C)

Sekiranya tiada bayaran yang diperolehi, kenaikan cukai akan dikenakan

sebanyak 10% dari tempoh 30 hari daripada tarikh SPC dan 5% bagi

tempoh 60 hari berikutnya. Surat tuntutan akan dikeluarkan berserta Notis

Kenaikan dibawah seksyen 103, ACP 1967 sebagai peringatan kepada

individu tersebut. (Rujukan: Lampiran D)

Sekiranya bayaran penyelesaian masih belum dibuat, tindakan sekatan

perjalanan akan dikuatkuasakan kepada individu tersebut di bawah

seksyen 104, ACP 1967 di mana individu tersebut akan disekat

perjalanan daripada meninggalkan Malaysia selagi bayaran penyelesaian

belum dijelaskan.

Prosedur lama ini dilihat mengambil tempoh kerja yang panjang dan

melibatkan pelbagai peringkat tindakan dan akhirnya amaun cukai

tersebut gagal dikutip dan menjadi tunggakan cukai kepada negara.

Statistik tunggakan SPC menunjukkan peningkatan setiap tahun, pada

tahun 2012 sahaja, jumlah kes tunggakan SPC adalah sebanyak 1,292

ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013

7 GENOVASI – Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang ‘Nil Clearance’

kes dan ini mewakili sebanyak 21.29% daripada jumlah keseluruhan

senarai kes debit akhir tahun di Cawangan NR. (Rujukan: Lampiran E)

Berdasarkan statistik Call Out Centre (COC) bulan Sept 2012, kesemua

36 kes SPC telah dapat diselesaikan melalui inovasi ini dengan kutipan

sebanyak RM 148,618.30.

3.2 INOVASI

Pelaksanaan ‘Nil Clearance’ telah diambil dengan membuat perubahan

pada aliran kerja semasa dan diselaraskan bagi memastikan inovasi ini

dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Kumpulan telah mencadangkan supaya SPC dikeluarkan selepas bayaran

cukai dibuat sepenuhnya oleh individu ataupun majikan. PD harus

menyelesaikan cukai sebelum meninggalkan Malaysia untuk

membolehkan SPC ‘Nil Clearance’ dikeluarkan.

SPC ‘Nil Clearance’ menyatakan bayaran cukai telah dijelaskan

sepenuhnya dan PD tersebut tiada sebarang hutang dengan Kerajaan

Malaysia. (Rujukan: Lampiran F)

4. KUMPULAN SASAR DAN SKOP LIPUTAN

Kumpulan sasar pengeluaran ‘Nil Clearance‘ bagi PD merangkumi empat (4)

kumpulan iaitu :-

ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013

8 GENOVASI – Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang ‘Nil Clearance’

4.1 MAJIKAN

Majikan adalah bertindak sebagai wakil syarikat/individu yang membawa

masuk PD untuk berkhidmat di Malaysia. Mereka bertanggunjawab

menguruskan dalam setiap urusan yang melibatkan PD tersebut.

Pendaftaran nombor rujukan cukai akan dibuat oleh majikan untuk

membuka fail cukai PD yang terlibat. Sekiranya PD berhenti atau tamat

perkhidmatan, majikan bertanggungjawab untuk mengemukakan Borang

C.P.21 (Borang Pemberitahuan Pemberhentian Pekerja) untuk

memaklumkan penamatan perkhidmatan PD mereka di cawangan

LHDNM di mana fail PD tersebut didaftar. (Rujukan: Lampiran G)

Merujuk seksyen 83(3), ACP 1967 Borang CP21 perlu dikemukakan

dalam tempoh 30 hari dari tarikh tamat perkhidmatan untuk pengeluaran

SPC. (Rujukan: Lampiran A)

4.2 PEGAWAI DAGANG SEBAGAI PEMBAYAR CUKAI

Menjadi tanggunjawab PD untuk melaporkan jumlah pendapatan tahunan

yang diperoleh dan juga memastikan bayaran cukai dijelaskan

sepenuhnya untuk mengelakkan kenaikan cukai dan penguatkuasaan

sekatan perjalanan dikenakan ke atas mereka di atas kegagalan mereka

membuat bayaran penyelesaian cukai. Pelaksanaan ‘Nil Clearance’ ini,

PD akan lebih bertanggungjawab dan mengambil berat tentang urusan

4.1 • Majikan

4.2 • Pegawai Dagang sebagai Pembayar cukai

4.3 • Pegawai LHDNM

4.4 • Pihak berkepentingan (Stakeholders)

ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013

9 GENOVASI – Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang ‘Nil Clearance’

percukaian mereka. Seterusnya ia akan memastikan mereka memperolehi

SPC daripada LHDNM sebelum meninggalkan Malaysia untuk

menyatakan bahawa mereka tiada tanggungan cukai sepanjang

perkhidmatan mereka di Malaysia. (Rujukan: Lampiran F)

4.3 PEGAWAI LHDNM

Proses pengeluaran ‘Nil Clearance’ bagi PD melibatkan tiga (3) unit di

sesebuah Cawangan LHDNM. Aliran unit-unit yang terlibat adalah seperti

berikut:

Bermula daripada pendaftaran fail cukai di Unit Pengesanan dan Khidmat

Nasihat, PD akan diberi nombor rujukan cukai untuk urusan percukaian.

Taksiran cukai akan diaudit dan dikemaskini oleh pegawai di Unit Audit

Meja.

Sebelum pemberhentian perkhidmatan PD, majikan akan memaklumkan

kepada LHDNM dalam tempoh tiga puluh (30) hari sebelum tarikh

pemberhentian melalui Borang CP21 untuk dapatkan Surat Penyelesaian

Cukai (SPC). Borang CP21 akan dihantar ke Unit Audit Meja untuk

diproses.

Unit Pungutan akan menyediakan Penyata Kedudukan Cukai (PKC)

selepas taksiran cukai Pegawai Dagang ini dikemaskini. PKC, akan

menyenaraikan butiran amaun cukai yang masih belum dijelaskan bagi

setiap tahun dengan lebih terperinci. Unit Pungutan akan memantau

kemasukkan bayaran. Tindakan penguatkuasaan sekatan perjalanan di

bawah seksyen 104 akan diambil 30 hari dari tarikh Surat Arahan

Unit Pengesanan dan Khidmat

Nasihat Unit Audit Meja Unit Pungutan

ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013

10 GENOVASI – Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang ‘Nil Clearance’

Pembayaran atau tarikh meninggalkan Malaysia; yang mana lebih awal.

(Rujukan: Lampiran H)

4.4 PIHAK BERKEPENTINGAN (STAKEHOLDERS)

Laporan statistik daripada pelaksanaan ‘Nil Clearance’ ini akan membantu

pihak pengurusan atasan untuk mendapat maklumat yang berkaitan

dengan keperluan mereka.

5. PENJIMATAN KOS

Berdasarkan inovasi aliran kerja tersebut, ia telah membolehkan penjimatan kos

utama iaitu Penjimatan Kos Operasi, Penjimatan Masa dan Penjimatan Sumber

Manusia.

5.1 PENJIMATAN KOS OPERASI

5.1.1 Dari aspek penjimatan Kos Operasi, setiap kes tunggakan SPC akan

melibatkan kos sebanyak RM 11.40 bagi pengeluaran:

Notis Kenaikan Cukai di bawah Seksyen 103 ACP 1967 (Rujukan:

Lampiran D),

Surat Tuntutan Cukai (Rujukan: Lampiran I) dan

Penjimatan Kos

Operasi

Sumber Manusia

Masa

ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013

11 GENOVASI – Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang ‘Nil Clearance’

Surat Penguatkuasaan Sekatan Perjalanan di bawah Seksyen 104

ACP 1967 (Rujukan: Lampiran B).

( Keseluruhan surat / notis merangkumi 19 keping dokumen bagi setiap

satu kes tunggakan SPC )

Berdasarkan statistik Tahun 2012, jumlah kes tunggakan SPC di

Cawangan NR berjumlah 1,292 kes. Ini bermakna jumlah kos yang

terpaksa dibelanjakan untuk 1,292 kes tersebut adalah sebanyak RM

14,728.80.

Setelah inovasi ini dilaksanakan mulai tahun 2013, tiada kos yang

dibelanjakan bagi tindakan di Para 5.1.1 kepada PD.

5.2 PENJIMATAN MASA

Dari aspek penjimatan masa dengan inovasi pengeluaran ‘Nil Clearance’

ini dapat menjimatkan sebanyak 1,425 minit bagi satu pengeluaran ‘Nil

Clearance’ iaitu bersamaan 98.94%.

Ini merujuk kepada pemantauan bagi satu (1) kes debit SPC ;

ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013

12 GENOVASI – Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang ‘Nil Clearance’

Sebelum

3 hari x 8 jam sehari masa berkerja = 24 jam (bersamaan 1440 minit)

Nota: 3 hari diperlukan bagi penyediaan tindakan seperti di Para 5.1.1 Selepas

15 minit sahaja diperlukan untuk pegawai di Unit Call Out Centre (COC)

membuat semakan lejer, merekod dan mengemaskini fail pembayar cukai.

Peratusan Penjimatan Masa

a) 1440 minit – 15 minit = 1425 minit

b) 1425 minit – 15 minit x 100%

1,425 minit

= 98.94%

Tiada lagi proses kerja seperti di Para 5.1.1.

Seterusnya, pegawai di Cawangan NR boleh menumpukan kepada tindakan

kerja semasa selainnya seperti kes bantahan dan rayuan cukai.

5.3 PENJIMATAN SUMBER MANUSIA

Selepas pelaksanaan inovasi ‘Nil Clearance’, tiga (3) proses kerja di Para 5.1.1

telah dihapuskan.

Pengiraan Penjimatan Pegawai

1, 292 kes x 3 tindakan = 3,876 tindakan

*Setiap pegawai di Unit Pungutan perlu selesai tindakan sebanyak 2,200

tindakan setahun iaitu sasaran tindakan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan

(KPI).

3,876 tindakan / 2,200 tindakan setahun (KPI) = 1.76 ( 2 orang pegawai)

ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013

13 GENOVASI – Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang ‘Nil Clearance’

Kes tunggakan SPC 2012 telah diselesaikan dan sebanyak 3,876 tindakan telah

di kurangkan dan ini menjimatkan penggunaan 2 orang pegawai di Unit

Pungutan.

Tiada lagi keperluan pegawai di unit pungutan untuk menjalankan tugas seperti

di Para 5.1.1 seperti menghubungi dan mengeluarkan surat tuntutan kepada

majikan atau pembayar cukai untuk menuntut bayaran cukai terhutang yang

dikeluarkan melalui SPC berbaki debit. Pegawai- pegawai tersebut boleh diserap

kepada penumpuan tugas-tugas lain.

6. IMPAK INOVASI KEPADA AGENSI DAN STAKEHOLDERS

6.1 PENINGKATAN TAHAP KEPUASAN KEPADA STAKEHOLDERS

Melalui pelaksanaan SPC ‘Nil Clearance’ menjadikan proses pengeluaran

SPC lebih cepat dan berkesan di mana ia berupaya memberi satu

perubahan kepada proses kerja sedia ada dengan mengikut keperluan

pelanggan, stakeholder dan negara.

Di dalam skop stakeholders dan negara, proses ini akan menyelami

kehendak, keperluan serta nilai kumpulan-kumpulan berkenaan untuk

memastikan strategi yang dirancang akan benar-benar memenuhi

kehendak mereka. Strategi ini akan mewujudkan inovasi nilai yang

memberikan penekanan setara kepada nilai dan inovasi, tanpa

memfokuskan kepada teknologi baru semata-mata. Inovasi nilai

merupakan cara baru untuk memikirkan dan melaksanakan strategi yang

mencipta pembaharuan dengan menggunakan elemen-elemen baru

dengan kos yang minima.

Antara tindakan yang diambil ialah dengan memperkenalkan satu inisiatif

di mana tindakan prosedur kerja dapat dipendekkkan. Tindakan-tindakan

yang berulang yang tidak penting dari aktiviti yang sedia ada termasuk

menaikkan kenaikan cukai, mengeluarkan surat tuntutan atas usaha

mengesan pembayar cukai dan menghapus cukai atas amaun lapuk, tidak

ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013

14 GENOVASI – Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang ‘Nil Clearance’

praktikal dan tidak ekonomik. Inovasi ini berupaya meningkatkan perkara-

perkara yang penting perlu ditonjolkan termasuk meningkatkan

penggunaan standard dan nilai tambah kepada SPC.

Inovasi ini menciptakan perkara-perkara yang baru dan belum pernah

difikir atau ditawarkan oleh pihak lain iaitu memperkenalkan cara

penyampaian perkhidmatan yang lebih cepat, cekap dan berkesan.

Melalui ‘Nil Clearance’, tindakan penilaian audit cukai kepada PD dapat

dibuat secara komprehensif, berdisiplin dan sistematik di dalam mentaksir

cukai PD ini sebelum meninggalkan negara. Inovasi ini mampu

mempertingkatkan keberkesanan risiko pemungutan cukai, kawalan serta

membantu organisasi meningkatkan tahap akauntabiliti dan integriti

semasa audit cukai dan pengeluaran SPC dilaksanakan oleh pegawai di

Cawangan NR. Ia juga mampu menambah baik operasi serta memberi

keyakinan kepada PD dan stakeholder mengenai kecekapan pengurusan

cukai negara.

Dalam usaha untuk menjayakan SPC ‘Nil Clearance’ ini, pegawai audit

mempunyai peranan penting dalam memberikan tindakan maklum balas

yang tepat, cepat dan cekap kepada stakeholders. Ketepatan maklumat

sangatlah penting bagi memastikan PD berpuas hati dan yakin dengan

taksiran cukai yang dibangkitkan kepada mereka. Pendekatan ini memberi

ruang untuk menghasilkan outcome dan impak positif kerana pendedahan

kepada kejayaan kutipan cukai atau sebaliknya boleh menjadi contoh dan

benchmarking kepada cawangan-cawangan lain di LHDNM dan

seterusnya organisasi-organisasi lain yang terlibat dengan PD ini.

6.2 PENINGKATAN FAEDAH KEPADA STAKEHOLDER

Semasa projek ‘Nil Clearance’ ini dilaksanakan sejak tahun 2012 turut

mengurangkan bilangan aduan yang diterima daripada stakeholder

terutama daripada PD, majikan serta wakil cukai. Bilangan aduan

menurun kepada 562 kes berbanding 980 kes pada tahun 2011, mewakili

ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013

15 GENOVASI – Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang ‘Nil Clearance’

penurunan sebanyak 43% (Rujukan: Lampiran E). Aduan yang diterima

merangkumi perkara seperti kelewatan bertindak, tiada tindakan,

kegagalan kuatkuasa, tidak responsif dan tindakan tidak adil.

Sebelum pelaksanaan ‘Nil Clearance’, penerimaan aduan di Cawangan

NR meningkat pada setiap tahun kerana PD ini baru sahaja menerima

atau dimaklumkan akan amaun cukai yang tertunggak sedangkan individu

tersebut telah lama meninggalkan Malaysia (melebihi 3 tahun). Kelewatan

makluman ini berlaku kerana pegawai di Cawangan NR menghadapi

kesukaran untuk mengesan alamat PD tersebut di luar Negara. Selain itu,

sumber aduan meningkat apabila PD tersebut disekat oleh Jabatan

Imigresen Malaysia ketika masuk semula ke Malaysia selepas bertahun-

tahun meninggalkan Malaysia. Masalah yang timbul apabila PD tersebut

gagal memberikan kerjasama dan dokumen sokongan pada bantahan dan

rayuan kerana faktor tempoh yang telah lama dan dokumen yang

diperlukan tiada dalam rekod individu tersebut. Situasi ini telah

membuatkan PD merasakan ketidakadilan pada mereka sedangkan

pegawai di Cawangan NR perlu mematuhi prosedur yang telah ditetapkan

untuk memproses rayuan dan bantahan ini. Tanpa dokumen-dokumen

sokongan tersebut, aduan bantahan tidak dapat diproses dan disemak.

Penurunan aduan ini berpunca apabila SPC berjaya dikeluarkan dalam

tempoh dan sebelum pegawai dagang meninggalkan Malaysia. Ini

berikutan apabila segala bantahan dan rayuan cukai dapat diselesaikan

sebelum individu tersebut meninggalkan Malaysia. Dokumen-dokumen

sokongan yang diperlukan pada bantahan dan rayuan cukai ynag dibuat

dapat diberi kerana masih berada di dalam rekod simpanan PD tersebut.

Pengurangan bilangan aduan dapat meningkatkan persepsi positif

stakeholders terhadap ketulusan pengurusan cukai kerajaan.

Ini juga dapat dilihat di mana pembayar cukai juga berpuas hati dengan

pelaksanaan ‘Nil Clearance’ ini di mana mereka merasakan selamat untuk

pulang ke negara asal selepas tamat perkhidmatan tanpa perlu risau akan

risiko disekat perjalanan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013

16 GENOVASI – Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang ‘Nil Clearance’

Pada Surat ‘Nil Clearance’ akan menyatakan bahawa PD tersebut tiada

apa-apa tanggungan cukai dengan Kerajaan Malaysia dan sekiranya

masih ada wang yang ditahan oleh majikan maka majikan boleh

melepaskan wang tersebut kepada individu tersebut. Secara tidak

langsung, urusan di antara majikan dan PD juga dapat diselesaikan

sebelum individu meninggalkan negara. Inovasi ini juga dapat

menyelesaikan masalah penipuan dan penyelewangan wang pekerja oleh

majikan. (Rujukan: Lampiran F)

6.3 MEMENUHI EKSPEKTASI STAKEHOLDER DENGAN LEBIH EFEKTIF

‘Nil Clearance’ merupakan usaha inovasi di peringkat Cawangan NR

untuk meningkatkan kefahaman dan kepatuhan PD dan kumpulan sasar

pada undang-undang percukaian negara dan seterusnya memenuhi

ekspektasi stakeholder. Inovasi ini adalah usaha untuk meningkatkan imej

agensi dari segi sistem penyampaian yang lebih inovatif dalam

menghasilkan perkhidmatan yang dapat memenuhi ekspektasi serta

kepuasan kehendak pelanggan dan stakeholders. Kehendak dan

ekspektasi PD yang semakin meningkat memerlukan pihak cawangan

lebih responsif dalam menyediakan perkhidmatan yang menjurus kepada

keperluan individu yang customised serta memberikan kutipan hasil cukai

yang tinggi untuk pembangunan negara. Di sini, Cawangan NR melalui

SPC ‘Nil Clearance’ ini menggunakan pendekatan baru dan idea yang

lebih radikal untuk membolehkan LHDNM meningkatkan tahap

penyampaian perkhidmatan agar lebih cekap dan berkesan seterusnya

meningkatkan kutipan cukai negara.

6.4 PENGIKTIRAFAN OLEH PIHAK LUAR CAWANGAN

MINI KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)

PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Projek ‘Nil Clearance’ telah mula dicadangkan melalui pertandingan KIK

sempena Hari Inovasi Tahun 2012 yang telah dianjurkan oleh Pejabat

Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur yang telah

diadakan pada 12 Oktober 2012. Cawangan NR telah diwakili oleh

ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013

17 GENOVASI – Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang ‘Nil Clearance’

Kumpulan Genovasi telah berjaya menjadi Johan di peringkat Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur dan melayakkan kumpulan ke Mini

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kebangsaan,

LHDNM 2012.

MINI KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)

PERINGKAT KEBANGSAAN LHDNM TAHUN 2012

Seterusnya, Kumpulan Genovasi bertanding pada Mini Konvensyen

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kebangsaan LHDNM yang

telah diadakan pada 23 Oktober 2012. Mini Konvensyen ini bertujuan

memberi perhatian terhadap usaha-usaha memperkenalkan inovasi dan

membuat penambahbaikan terhadap prosedur dan perkhidmatan sedia

ada di LHDNM. Kumpulan Genovasi sekali lagi mengekalkan Johan

Keseluruhan KIK Tahun 2012 dengan membawa tajuk pojek iaitu ‘Nil

Clearance’ bagi PD. (Rujukan: Lampiran J)

7.0 KEBERHASILAN DAN IMPAK

7.1 Kreativiti

Memenuhi keperluan semasa

Keperluan semasa dalam memastikan kutipan negara terus meningkat

dari masa ke semasa. Tiada lagi hutang cukai dari PD yang berkhidmat di

Malaysia. Cukai akan dapat dikutip sebelum mereka meninggalkan

negara.

Memudahkan

Urusan kutipan cukai dari PD lebih mudah dan cepat kerana mereka

masih berada di Malaysia dan perlu menyelesaikan cukai sebelum

memperolehi SPC.

Intergrasi dengan pihak luar

Melalui inovasi ‘Nil Clearance’ ia akan meningkatkan hubungan kerjasama

yang erat bersama Jabatan Imigresen Malaysia melalui kerjasama

pemantauan tunggakan cukai ke atas PD.

ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013

18 GENOVASI – Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang ‘Nil Clearance’

Hubungan antara LHDNM dengan majikan-majikan PD juga dapat

dieratkan melalui kerjasama menyelesaikan urusan percukaian PD

dengan aliran kerja yang mudah dan jelas.

Kesesuaian untuk pelaksanaan di Cawangan lain.

Inovasi ‘Nil Clearance’ ini boleh digunapakai oleh semua cawangan di

LHDNM secara terus atau diubahsuai mengikut keperluan masing-

masing. Ini adalah kerana setiap cawangan mempunyai sebilangan PD

yang telah di daftar di bawah cawangan mereka.

7.2 Keberkesanan

Faedah yang nyata

Apabila cukai dapat dikutip sebelum PD meninggalkan negara, ia akan

dapat mengelakkan berlakunya tunggakan hasil dari masa ke semasa dan

seterusnya akan membantu kepada pendapatan negara.

Tahap kepuasan kumpulan sasar

PD berasa lega apabila memperolehi ‘Nil Clearance’ kerana tiada lagi

hutang cukai dan yakin tidak akan dikenakan sebarang tindakan dan

bebas untuk keluar-masuk Malaysia.

Majikan tidak risau akan dikenakan sebarang tindakan kerana urusan

percukaian PD mereka telah diselesaikan dengan cara yang segera dan

tepat berdasarkan ACP 1967

Inovasi ‘Nil Clearance’ ini juga akan memudahkan wakil cukai untuk

mendapatkan dokumen sokongan seperti Buku Pasport dan resit-resit

perbelanjaan dalam menyelesaikan cukai pelanggan mereka iaitu PD.

7.3 Signifikan

7.3.1 Keberhasilan yang memenuhi objektif inisiatif

ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013

19 GENOVASI – Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang ‘Nil Clearance’

‘Nil Clearance’ secara umumnya telah menyumbang kepada pemungutan

kutipan cukai secara efisyen di mana ia amat membantu dalam mencapai

sasaran kutipan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

Kualiti

Berdasarkan pelaksanaan inovasi ‘Nil Clearance’ ia akan memastikan

kutipan yang dibuat tepat, cepat dan memudahkan pegawai dagang

disamping memastikan tiada kehirisan cukai berlaku. Kerja pemantauan

dapat dikurangkan dan secara langsung akan menghapuskan kerja

berulang.

Penjimatan kos, masa dan sumber manusia

SPC ‘Nil Clearance’ dengan ketara dapat menjimatkan kos, masa dan

sumber manusia seperti yang diperjelaskan di para 5 diatas.

Kepentingan yang nyata

Secara keseluruhannya SPC ‘Nil Clearance’ dapat menaikkan imej

LHDNM dengan proses kerja yang lebih efisien, tepat dan mudah. Segala

proses kutipan cukai bagi PD dijalankan dengan lebih cepat serta mampu

memberi kesan positif apabila mereka pulang ke negara asal.

7.4 Relevan

Memenuhi agenda Nasional

Objektif utama ‘Nil Clearance’ dilihat selaras dengan agenda

kerajaan iaitu pengurangan perbelanjaan awam, pembaharuan dan

peningkatan daya pengeluaran dan kecekapan pentadbiran

disamping sistem penyampaian lebih cekap dan efisien.

Mengambil kira persekitaran semasa dan sesuai di peringkat

tempatan/global.

Melalui ‘Nil Clearance’ kutipan cukai pegawai dagang dapat dikutip

dengan tepat dan ini akan menjadikan hubungan LHDNM dengan

pegawai dagang akan terjalin dengan baik yang secara langsung

menjadikan mereka lebih berminat dan selesa untuk terus kembali

ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013

20 GENOVASI – Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang ‘Nil Clearance’

ke Malaysia pada masa akan datang. Ia juga akan menjadikan

Malaysia sebagai negara pilihan untuk warganegara asing melabur.

7.0 RUMUSAN

Secara kesimpulannya inovasi ini dapat memberi impak kepada penghasilan

mutu kerja yang lebih berkualiti di dalam pengeluaran SPC yang

memperlihatkan keperluan dan kepentingan SPC itu sendiri kepada PD yang

akan meninggalkan negara atau bertukar majikan. Secara langsung akan

membantu mengurangkan tunggakan hasil cukai dan seterusnya akan

meningkatkan pendapatan negara secara keseluruhannya.

Inovasi ini juga akan memberi nilai tambah kepada SPC dimana PD akan

berusaha untuk menjelaskan tunggakan cukai sebelum meninggalkan Negara

demi mendapatkan ‘Nil Clearance’

Selain itu ianya juga akan dapat meningkatkan kesedaran untuk menunaikan

tanggungjawab dan pematuhan cukai di kalangan PD.

Antara kelebihan lain dengan penggunanan inovasi ini adalah seperti tiada

melibatkan kos tambahan dalam pelaksanaan inovasi, mudah diadaptasi dalam

tugasan kerja harian, tidak melibatkan banyak pihak dalam membuat

keputusan, aliran kerja lebih ringkas dan tepat serta keupayaan memungut

cukai dengan lebih cepat dan berkesan.

Inovasi ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada para pegawai di

Cawangan NR seterusnya seluruh cawangan-cawang LHDNM di Malaysia

untuk memperbaiki cara bekerja melalui pelbagai teknik, kaedah dan strategi.

Ia bukan sahaja dapat membantu menyelesaikan masalah di cawangan tetapi

juga dapat menjana idea kreatif untuk menciptacara kerja baru yang inovatif

bagi menambah baik perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan LHDNM.