a. tujuan projek kik/inovasi -...

10
A. TUJUAN PROJEK KIK/INOVASI Untuk Mewartakan kawasan pengairan dalam bentuk digital menggunakan PEGIS map browser. Rajah 1 : Laman Utama PEGIS B. KETERANGAN SEBELUM PROJEK KIK/INOVASI DILAKSANAKAN 1. Sejak kebelakangan ini, banyak tanah sawah telah ditambun atau ditanam dengan kelapa sawit tanpa mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri. Perkara ini telah menjadi isu yang telah dibangkitkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri untuk menjadikan lot-lot sawah ini dikekalkan sebagai tanaman padi sahaja. 2. Banyak lot-lot tanah di kawasan pengairan walaupun telah dizonkan sebagai kawasan pembangunan dan telah dibangunkan untuk pelbagai projek perumahan atau komersial tetapi masih terikat di bawah warta kawasan pengairan dan perlu membayar cukai parit dan taliair. Maka semakan semula kawasan pengairan yang diwartakan di bawah Ordinan taliair dan pembatalan bagi lot yang diberi kelulusan untuk dikeluarkan dari warta atau pembangunan perlu dilakukan. 3. Tempoh masa yang lama iaitu sekurang-kurang 2 hari atau lebih yang diambil oleh Juruteknik dalam menyediakan ulasan teknikal bagi permohonan pembangunan. 1

Upload: votuong

Post on 20-Mar-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

A. TUJUAN PROJEK KIK/INOVASI

Untuk Mewartakan kawasan pengairan dalam bentuk digital menggunakan

PEGIS map browser.

Rajah 1 : Laman Utama PEGIS

B. KETERANGAN SEBELUM PROJEK KIK/INOVASI DILAKSANAKAN

1. Sejak kebelakangan ini, banyak tanah sawah telah ditambun atau ditanam

dengan kelapa sawit tanpa mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

Perkara ini telah menjadi isu yang telah dibangkitkan di Persidangan Dewan

Undangan Negeri untuk menjadikan lot-lot sawah ini dikekalkan sebagai

tanaman padi sahaja.

2. Banyak lot-lot tanah di kawasan pengairan walaupun telah dizonkan sebagai

kawasan pembangunan dan telah dibangunkan untuk pelbagai projek

perumahan atau komersial tetapi masih terikat di bawah warta kawasan

pengairan dan perlu membayar cukai parit dan taliair. Maka semakan semula

kawasan pengairan yang diwartakan di bawah Ordinan taliair dan pembatalan

bagi lot yang diberi kelulusan untuk dikeluarkan dari warta atau

pembangunan perlu dilakukan.

3. Tempoh masa yang lama iaitu sekurang-kurang 2 hari atau lebih yang diambil

oleh Juruteknik dalam menyediakan ulasan teknikal bagi permohonan

pembangunan.

1

4. Juruteknik perlu membuat siasatan ke tapak lot untuk mengenalpasti samada

lot tanah berkenaan merupakan kawasan pengairan atau sebaliknya dan

menyemak pelan lama yang disimpan di bilik/kabinet pelan.

5. Kehilangan pelan lama atau kerosakan yang disebabkan oleh serangga

perosak.

6. Data lot-lot tanah di kawasan pengairan yang ada di Jabatan adalah rekod

lama yang kurang pasti ketetapan.

7. Pelan lot-lot tanah di kawasan pengairan yang ada di Jabatan adalah

merupakan pelan lama. Terdapat lot-lot baru dan pecahan-pecahan lot yang

dilaksanakan selepas tahun 1991 yang tidak dikemaskini.

8. Kaedah pengemaskinian data tidak sistematik kerana dilakukan terus di atas

pelan lama yang dibuat secara manual. Ini akan menyebabkan pelan lama ini

menjadi kotor dan menyukarkan Juruteknik untuk membaca/mengenalpasti.

9. Menyukarkan untuk membuat cetakan mengikut saiz kertas yang

dikehendaki.

C. KETERANGAN SEBELUM PROJEK KIK/INOVASI DILAKSANAKAN

Projek KIK/Inovasi yang dilaksanakan telah berjaya menghasilkan seperti berikut :

1. Penukaran sistem kerja dan pencapaian maklumat cara manual kepada

sistem berkomputer yang lebih dinamik, cekap dan berkesan.

2. Memudah dan mempercepatkan proses permohonan mengeluarkan lot-lot

tanah dari kawasan pengairan yang diwartakan pada masa akan datang.

Juruteknik hanya perlu memasukkan maklumat lot tanah yang terlibat dan

seterusnya menyemak samada lot tersebut dalam kawasan pengairan

yang telah diwartakan itu. Laman peta ini akan mencari dan memfokuskan

lot tersebut pada skala yang sesuai.

3. Kaedah ini dapat menjimatkan kos dan masa Jabatan tanpa perlu merujuk

pada peta lama atau membuat siasatan di tapak.

4. Kaedah yang terbaik bagi memastikan penanaman padi di negeri Pulau

Pinang tidak terjejas dan kekal sebagai kawasan tanaman padi.

5. Peta dan data yang terkini kawasan pengairan yang diwartakan bagi

seluruh Negeri Pulau Pinang.

2

6. Pengkalan data yang dibangunkan mengandungi maklumat-maklumat

terperinci seperti daerah, mukim, no.lot, keluasan tanah, pelan lokasi dan

no. warta.

7. Maklumat boleh diperolehi dengan kadar segera dan capaian maklumat

boleh dilakukan 24 jam sehari.

8. Melalui penggabungan internet dan GIS (sistem maklumat geografi), data

bagi setiap lot yang diwartakan dapat dicari dengan lebih cepat dan

pantas.

9. Peta dan data digital ini boleh terus dicetak mengikut saiz kertas yang

diingini apabila diperlukan.

10. Pelan dan data kawasan pengairan yang diwartakan dapat dikemaskini

dengan mudah dan cepat.

11. Pelan dan data dapat dipelihara dan dan disimpan dengan baik.

12. Menggalakkan perkongsian maklumat antara jabatan/agensi kerajaan

negeri.

Pelan dan data digital kawasan warta pengairan bagi seluruh negeri Pulau Pinanng

ini boleh diakses di laman Pegis Map Browser dengan menggunakan alamat internet

seperti berikut : http://pegismap.penang.gov.my.

D. FAEDAH-FAEDAH DARI KIK/INOVASI YANG DILAKSANAKAN

a. Kreativiti

Inovasi ini melibatkan penggunaan teknologi ICT. Melalui penggabungan

internet dan GIS (sistem maklumat geografi), data bagi setiap lot yang

diwartakan seluruh negeri Pulau Pinang dapat dicari dengan lebih cepat

dan pantas. Capaian maklumat boleh dilakukan 24 jam sehari oleh

pengguna yang berdaftar kecuali jika terdapat sebarang masalah pada

pelayan komputer.

b. Signifikan

Inovasi ini memberi impak yang besar terhadap JPS Negeri dan Daerah

iaitu melalui penjimatan masa, kos dan tenaga untuk memproses sesuatu

3

permohonan pembangunan di kawasan warta pengairan. Inovasi ini

adalah pemangkin kepada penukaran sistem kerja dan pencapaian

maklumat cara manual kepada sistem berkomputer yang dinamik, cekap

dan berkesan.

c. Efisien

Melalui inovasi ini, permohonan untuk apa saja keperluan bagi lot-lot yang

diwartakan dapat dibuat dengan segera dan seterusnya rekod dikemaskini

dengan baik serta boleh terus dicetak mengikut saiz kertas yang diingini

apabila diperlukan.

d. Replicability

Inovasi ini dapat membantu JPS Negeri, Daerah dan jabatan/agensi

kerajaan negeri Pulau Pinang khususnya Pejabat Tanah dan Daerah

dalam membuat carian dan menyemak status sesuatu lot tanah itu dengan

serta merta samada lot tersebut adalah lot warta pengairan atau

sebaliknya. Ini akan memudahkan serta mempercepatkan jabatan untuk

memberi ulasan dan membuat keputusan berhubung dengan sesuatu

permohonan pembangunan.

Selain itu, Jabatan dapat membuat tambah nilai lapisan pada peta yang

telah dibangunkan ini samada data Jabatan sendiri atau daripada

jabatan/agensi lain. Ini dapat membantu jabatan/agensi berkenaan untuk

membuat perancangan dan kajian. Contohnya bagi jabatan/agensi lain

seperti Jabatan Pertanian mempunyai data jenis haiwan perosak yang

terdapat di kawasan-kawasan pengairan. Data tersebut boleh

diintegrasikan ke dalam sistem dengan menambah nilai lapisan jenis

haiwan perosak yang terdapat di kawasan-kawasan pengairan. Akan

datang JPS merancang untuk menambah nilai lapisan pergerakan air

untuk setiap skim pengairan. Ini dapat membantu JPS dalam membuat

perancangan atau penambahbaikan bagi setiap skim pengairan tersebut.

4

e. Keberkesanan Kos

Inovasi ini telah dapat menjimatkan masa tanpa perlu menyiasat di tapak

dan mencari pelan lama di bilik/kabinet peta untuk memberi ulasan dan

membuat keputusan. Selain itu, kos juga dapat dijimatkan melalui

perkongsian maklumat antara jabatan/agensi kerajaan negeri Pulau

Pinang yang menyumbang maklumat-maklumat jabatan mereka di laman

ini.

f. Potensi Perlaksanaan

Laman Pegis Map Browser yang mengandungi maklumat lot-lot warta

pengairan ini dikhususkan hanya untuk kegunaan jabatan/agensi kerajaan

negeri Pulau Pinang yang berkaitan sahaja dengan menggunakan kata

laluan (password) yang dibekalkan oleh Pusat Pegis.

g. Komitmen Pengurusan Atasan

Projek inovasi ini telah mendapat sokongan daripada pengurusan atasan

JPS dan MMK Pertanian agar semua kawasan pengairan diwartakan

semula mengikut kaedah terkini. Ini melibatkan penyediaan pelan dan data

dalam bentuk digital dengan kerjasama Pusat Pegis.

5

E. BAGAIMANA SISTEM PEGIS MAP BROWSER BOLEH MENYELESAIKAN

MASALAH

• Sistem PEGIS Map Browser adalah merupakan antara laman peta

yang berinfomasi GIS yang berasaskan teknologi internet dan GIS. Ia

dapat membantu jabatan-jabatan kerajaan di negeri Pulau Pinang

mengakses maklumat di Pusat PEGIS dengan cepat dan tepat tanpa

memerlukan sumber kewangan yang tinggi.

• Sistem PEGIS Map Browser telah menyediakan satu Carta Aliran

Proses Pencarian Maklumat Lot Pengairan di mana tempoh pencarian

adalah 5 minit dan telah dipendekkan serta perjalanan proses tersebut

lebih sistematik. Pembentukan fungsi dan capaian laman peta ini

bercirikan mesra pengguna dan interaktif.

• Pegawai tidak perlu mempunyai pengetahuan atau kepakaran dalam

bidang GIS untuk melayari dan boleh dipelajari dalam tempoh kurang

daripada 15 minit. Laman peta ini juga boleh dilayari 24jam sehari di

mana-mana lokasi yang boleh dihubungkan dengan internet.

• Panduan penggunaan PEGIS Map Browser bagi proses pencarian

maklumat lot pengairan adalah seperti berikut :-

6

1. Layari laman sesawang http://pegismap.penang.gov.my

2. Bagi pengguna berdaftar, perlu masukkan nama dan kata laluan yang diperolehi

daripada Pusat PEGIS. Kemudian klik pada butang ‘Login’.

3. Klikkan pilihan lapisan peta-peta yang dikehendaki untuk paparkan semua

lapisan maklumat-maklumat yang ada dalam kumpulan maklumat.

7

4. Untuk membuat carian lot, pada menu Aplikasi dan pilih Carian Lot. Satu

tetingkap akan dipaparkan.

5. Memasukkan nama daerah, nama mukim dan nombor lot. Sistem akan zoom

kepada lot tanah yang dicari. Jika lot berkenaan tidak dijumpai satu mesej

akan dipaparkan.

8

6. Untuk mendapatkan keluasan lot, pilih polygon lot yang dikehendaki. Klik

pada menu maklumat data dan pilih lapisan maklumat yang berkaitan. Satu

tetingkap yang mengandungi maklumat mengenai lapisan data tersebut akan

dipaparkan.

7. Dengan klik ikon google earth, pengguna akan dipaparkan peta google yang

menunjukkan lokasi lot yang dicari. Pengguna akan lebih mudah mengesan

lot tersebut di tapak.

9

F. Maklumat Perhubungan pemilik KIK/Inovasi : JPS Pulau Pinang Bersama Pusat

PEGIS

G. Kelas KIK/Inovasi : KLUSTER : Proses dan Prosedur.

10