s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1938-kecemerlangan... · web viewlaporan inovasi...

7
KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN KAEDAH 2SB1A Bahagian Audit Dalam Kementerian Dalam Negeri PENGENALAN Latar belakang / ringkasan perkhidmatan. Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Kaedah 2SB1A telah dilaksanakan sejak tahun 2011 secara berperingkat dengan penjenamaan semula dan pengenalan kaedah baru dalam usaha memastikan semua pegawai dan kakitangan yang terlibat dengan pengurusan kewangan mengetahui peraturan dan secara spesifiknya perenggan peraturan yang perlu dipatuhi. Kluster : Kewangan dan Perolehan Punca : Lain-lain Status inovasi : Tidak membuat sebarang permohonan harta intelek Kumpulan Sasar dan Skop Liputan: PTJ-PTJ di bawah Kementerian Dalam Negeri LAPORAN INOVASI (Nyatakan secara ringkas yang mana berkaitan ) Tujuan / Objektif Projek Inovasi Inovasi 2SB1A adalah merupakan kaedah memantapkan 1

Upload: lamkhue

Post on 25-Apr-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1938-kecemerlangan... · Web viewLAPORAN INOVASI (Nyatakan secara ringkas yang mana berkaitan) Tujuan / Objektif Projek Inovasi Inovasi

KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN KAEDAH 2SB1ABahagian Audit Dalam

Kementerian Dalam Negeri

PENGENALAN

Latar belakang / ringkasan perkhidmatan.

Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Kaedah 2SB1A telah

dilaksanakan sejak tahun 2011 secara berperingkat dengan

penjenamaan semula dan pengenalan kaedah baru dalam usaha

memastikan semua pegawai dan kakitangan yang terlibat dengan

pengurusan kewangan mengetahui peraturan dan secara

spesifiknya perenggan peraturan yang perlu dipatuhi.

Kluster : Kewangan dan Perolehan Punca : Lain-lain Status inovasi : Tidak membuat sebarang permohonan harta

intelek Kumpulan Sasar dan Skop Liputan: PTJ-PTJ di bawah

Kementerian Dalam Negeri

LAPORAN INOVASI (Nyatakan secara ringkas yang mana berkaitan)

Tujuan / Objektif Projek Inovasi

Inovasi 2SB1A adalah merupakan kaedah memantapkan

pengurusan kewangan secara menyeluruh melalui Sistem

Penilaian Prestasi Pengurusan Kewangan (S3PK), Seminar

Kecemerlangan Pengurusan Kewangan, Bengkel Kecemerlangan

Pengurusan Kewangan, Buku Amalan Terbaik Pengurusan

Kewangan KDN dan Audit. Kombinasi 5 kaedah ini adalah usaha

bagi memastikan KDN dan PTJ-PTJ berjaya mencapai tahap

1

Page 2: s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1938-kecemerlangan... · Web viewLAPORAN INOVASI (Nyatakan secara ringkas yang mana berkaitan) Tujuan / Objektif Projek Inovasi Inovasi

pengurusan kewangan yang cemerlang.

Proses Pelaksanaan Inovasi- Nyatakan jika dibuat in-house atau out-source

Pelaksanaan ini dibuat secara in-house.

Proses sebelum dan selepas

Bagi pengauditan pengurusan kewangan, setiap PTJ yang akan

diaudit, dimaklumkan terlebih dahulu mengenai tarikh pengauditan

dan dokumen-dokumen kewangan yang perlu disediakan. Setelah

pengauditan selesai, Bahagian Audit Dalam akan mengeluarkan

Laporan Audit yang mengandungi penemuan-penemuan

ketidakpatuhan peraturan kewangan yang perlu dibuat

penambahbaikan oleh PTJ berkenaan. PTJ akan menjawab setiap

penemuan Audit yang dikemukakan. Namun begitu, berdasarkan

pengauditan dan maklumbalas diterima, pihak Audit mendapati

ketidakpatuhan ini berterusan dan berulang.

Elemen penurunan kuasa (jika ada)

Impak inovasi terhadap kumpulan sasar/perkhidmatan/ jabatan/agensi/Negara :

Elemen Inovatif/Kreativiti - Buku Amalan Terbaik Pengurusan Kewangan KDN yang

telah diterbitkan disertakan dengan CD. CD ini

mengandungi hyperlink kepada pekeliling-pekeliling yang

berkuatkuasa.

2

Page 3: s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1938-kecemerlangan... · Web viewLAPORAN INOVASI (Nyatakan secara ringkas yang mana berkaitan) Tujuan / Objektif Projek Inovasi Inovasi

Elemen Keberkesanan - Selain daripada mengaudit PTJ, tugas pegawai Audit

adalah untuk member tunjuk ajar kepada pegawai di PTJ

berkaitan dengan pengurusan kewangan. Sebelum inovasi

dilaksanakan, pegawai Audit megambil masa selama 5

hari untuk melaksanakan pengauditan bagi setiap PTJ.

Dengan adanya inovasi ini, dalam tempoh yang sama

pegawai Audit dapat menyiapkan pengauditan sebanyak 3

PTJ.

Elemen Signifikan - Perbelanjaan bagi tuntutan untuk melaksanakan

pengauditan bagi tahun 2012 adalah sebanyak

RM812,700. Sehingga bulan Mei 2013, sejumlah

RM388,097 telah dibelanjakan bagi melaksanakan kerja-

kerja pengauditan pengurusan kewangan.

Elemen Relevan - Maklumbalas daripada seminar dan bengkel yang telah

diadakan adalah positif.

- Memastikan PTJ mencapai sasaran sifar teguran audit dan

kesilapan pengurusan kewangan.

Gambar-gambar berkaitan

3

Page 4: s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1938-kecemerlangan... · Web viewLAPORAN INOVASI (Nyatakan secara ringkas yang mana berkaitan) Tujuan / Objektif Projek Inovasi Inovasi

Implikasi Kewangan (jika ada)

4

Page 5: s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1938-kecemerlangan... · Web viewLAPORAN INOVASI (Nyatakan secara ringkas yang mana berkaitan) Tujuan / Objektif Projek Inovasi Inovasi

Perbelanjaan bagi tuntutan untuk melaksanakan pengauditan bagi

tahun 2012 adalah sebanyak RM812,700. Sehingga bulan Mei

2013, sejumlah RM388,097 telah dibelanjakan bagi melaksanakan

kerja-kerja pengauditan pengurusan kewangan.

PENCAPAIAN & PENUTUP

Secara keseluruhannya, inovasi 2SB1A merupakan kaedah

memantapkan pengurusan kewangan secara menyeluruh melalui

beberapa kaedah seperti Sistem Penilaian Prestasi Pengurusan

Kewangan (S3PK), Seminar Kecemerlangan Pengurusan Kewangan,

Bengkel Kecemerlangan Pengurusan Kewangan, Buku Amalan

Terbaik Pengurusan Kewangan KDN dan Audit. Kombinasi kaedah-

kaedah ini adalah usaha bagi memastikan KDN dan PTJ-PTJ berjaya

mencapai tahap pengurusan kewangan yang cemerlang.

Disediakan oleh:

Nama Pegawai/Unit Terlibat : Muhammad Haziq bin Abdul Rahim

Tel. : 03-88863373

Emel : [email protected]

5