iinnoovvaassii - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1074-sistem-e-fast.pdf ·...

66
Mukasurat | 1 Inovasi PDTAG I I N N O O V V A A S S I I PEJABAT DAERAH DAN TANAH ALOR GAJAH (PDTAG) MELAKA MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU

Upload: others

Post on 29-Aug-2019

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

M u k a s u r a t | 1

Inovasi PDTAG

IIINNNOOOVVVAAASSSIII

PEJABAT DAERAH DAN TANAH

ALOR GAJAH (PDTAG)

MELAKA

MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU

M u k a s u r a t | 2

Inovasi PDTAG

SEKAPUR SIREH

PEGAWAI DAERAH ALOR GAJAH

Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah (PDTAG) merupakan salah satu

di antara lima (5) Pejabat Daerah dan Tanah di Malaysia yang telah

dipilih oleh Panel Penilai Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah dan

Tanah (AIPDT) sebagai calon untuk menerima anugerah tersebut.

Inovasi berasal daripada perkataan latin, innovation yang bermaksud

pembaruan dan perubahan. Inovasi merupakan suatu perubahan yang

baru menuju ke arah pembaikan, yang berbeza daripada yang sudah

ada sebelumnya.

Kefahaman terhadap inovasi membolehkan warga PDTAG mewujudkan

kerangka kerja, peraturan dan dasar yang menyokong inovasi dan tidak

membantut perkembangannya. Justeru, semua warga PDTAG perlu

bekerjasama dan berganding bahu membawa inovasi ke dalam jabatan

dan jabatan ke dalam inovasi.

Inovasi dan amalan terbaik yang telah dihasilkan dan dipraktikkan

adalah bertujuan untuk memenuhi kehendak semasa pelanggan yang

kian mencabar serta keadaan persekitaran yang sentiasa menuntut

perubahan dan pembaharuan. Kehendak pelanggan merupakan faktor

pendesak yang menjadi antara penyebab utama tercetusnya idea

kepada penghasilan inovasi. Inovasi juga terhasil melalui perbincangan

dalam Mesyuarat Jawatankuasa Inovasi, perbincangan di antara

kakitangan dalam unit serta maklum balas yang diperolehi daripada

pelanggan.

M u k a s u r a t | 3

Inovasi PDTAG

Piagam Pelanggan merupakan akujanji perkhidmatan terbaik yang boleh

diberikan merupakan cabaran utama kepada penghasilan inovasi dan

amalan-amalan terbaik di jabatan ini. Menerusi Piagam Pelanggan,

PDTAG berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang dapat memenuhi

kehendak dan harapan pelanggan berdasarkan kepada keupayaan

sedia ada.

PDTAG telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan

pelanggan yang datang berurusan. Di antara kemudahan-kemudahan

tersebut adalah seperti perkhidmatan Pegawai Khidmat Pelanggan,

ruang menunggu yang selesa, televisyen, perkhidmatan ‘EZ’-Isi, air

minuman, kantin, wakaf bermaklumat, kerusi roda, tongkat, Kaunter

Bayaran Rumah Awam, Kaunter Jabatan Hasil Dalam Negeri, mesin

fotostat berbayar dan Bilik Perbicaraan.

Kebajikan kakitangan PDTAG tidak dilupakan dalam usaha untuk

menghasilkan inovasi terbaru kepada jabatan. Anugerah Pekerja

Terbaik diadakan pada setiap suku tahun, cenderahati kepada

kakitangan yang menyambut ulang tahun hari kelahiran pada setiap

bulan, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada setiap tahun dan

Penganugerahan Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka

sempena Sambutan Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka pada

setiap tahun merupakan antara penghargaan yang diberikan kepada

kakitangan yang telah menunjukkan prestasi perkhidmatan yang tinggi

dan cemerlang.

M u k a s u r a t | 4

Inovasi PDTAG

Kegiatan-kegiatan sukan terutamanya sukan dalaman adalah amat

digalakkan. Sebuah dewan serbaguna untuk tujuan sukan dan riadah

tersergam untuk kegunaan kakitangan dan penduduk setempat.

Terdapat juga lima (5) buah basikal disediakan untuk tujuan kemudahan

beriadah.

PDTAGlibrary2U merupakan satu lagi amalan terbaik yang bakal

dilancarkan sebagai usaha untuk menggalakkan amalan membaca di

kalangan kakitangan PDTAG.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada warga PDTAG kerana telah

berjaya menghasilkan buku Inovasi PDTAG ini. Diharapkan dengan

penerbitan ini dapat menyeru semua warga PDTAG untuk sentiasa

mencari idea-idea baru dalam penghasilan inovasi yang boleh

meningkatkan mutu kerja dan penyampaian perkhidmatan awam.

Adalah diharapkan juga buku Inovasi PDTAG ini dapat menjadi satu

suntikan semangat kepada semua warga PDTAG untuk terus

menyokong dan mengamalkan inovasi yang telah dan akan dihasilkan

untuk manfaat dan kebaikan kita bersama.

Adalah diharapkan PDTAG bakal terpilih untuk memenangi AIPDT 2011

berdasarkan kepada penghasilan inovasi dan amalan-amalan terbaik

yang telah dihasilkan dan dilaksanakan.

Datuk Hj. Idrus bin Md Jani

M u k a s u r a t | 5

Inovasi PDTAG

MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG

NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU

M u k a s u r a t | 6

Inovasi PDTAG

ISI KANDUNGAN INOVASI PDTAG

Bil. Inovasi

Mukasurat

1. Sistem e-FAst 7

2. Sistem ioStok (in-out Stok) 10

3. Sistem ToGS (Tour Guard Systems) 13

4. ResTAG (Rescue Team Alor Gajah) 16

5. One Stop Centre for Health 19

6. Daftar Kilat 22

7. Zer ‘O’ Isih 24

8. Siasatan Pertama Permohonan Perintah Jual (SPPJ) oleh Pemegang Gadaian

27

9. VGtag (Visual Guide PDTAG) 29

10. Kempen ‘EZ’ Bayar 32

11. i-Pelan (Index Pelan) 34

12. Kiosk d’Pland (Pelan Tanah Digital) 37

13. Perekayasaan Proses MCL (Tanah Adat Melaka) 40

14. ‘EZ’ Cari 43

15. ‘EZ’ Isi 46

16. e-Guard 49

17. Pengkalan Data Inventori Bangunan / Projek Tahun 2011

52

18. Profil Daerah Digital 54

19. e-mAG 56

20. Pengkalan Data Jalan-Jalan Kampung 58

21. RaGTech (Rain Green Technology) 59

22. Penggunaan Global Positioning System (GPS) 62

23. PBR Digital 65

24. Pengkalan Data Permohonan PBR dan PPRT 66

M u k a s u r a t | 7

Inovasi PDTAG

Inovasi : Sistem e-FAst

Bahagian : Khidmat Pengurusan

Pengenalan :

Sistem e-FAst merupakan gabungan sistem Pengurusan

Fail dan Pengurusan Aduan. ‘e’ bermaksud elektronik

manakala huruf ‘F’ dan ‘A’ masing-masing mewakili

perkataan Fail dan Aduan. Fast merupakan perkataan

dalam bahasa Inggeris yang membawa maksud cepat.

Inovasi yang dihasilkan :

Sistem Fail dahulunya hanya menggunakan database

Microsoft Excel. Sistem ini kemudiannya telah dinaik

taraf dengan menggunakan platform PHP dan MySQL.

Pengurusan Fail menjadi lebih mudah setelah sistem

ini dinaik taraf dengan carian fail hanya mengambil

masa kurang daripada 1 minit.

Sistem ini juga dapat mengenal pasti pergerakan fail

apabila digunakan dan meningkatkan tahap

keselamatan dokumen-dokumen sulit.

Sistem Aduan dahulunya menggunakan database

Microsoft Excel. Sistem ini telah dinaik taraf dengan

menggunakan platform PHP dan MySQL yang

membolehkan Pegawai Aduan memantau segala

aduan yang diterima dan tindakan yang diambil oleh

setiap bahagian di PDTAG. Sistem Aduan ini dikawal

selia oleh Pegawai Aduan dan seorang Pembantu

Tadbir.

M u k a s u r a t | 8

Inovasi PDTAG

Sistem e-FAst

M u k a s u r a t | 9

Inovasi PDTAG

Impak Sistem e-FAst

SEBELUM SELEPAS (IMPAK)

Sistem fail dan aduan

menggunakan aplikasi

Microsoft Excell

e-Fast menggunakan PHP

dan mySQL

Tidak dapat mengenalpasti

pergerakan fail dan aduan

secara terperinci

Pergerakan fail dan aduan-

aduan dapat dikenal pasti

seperti :

a) Pengguna fail

b) Tarikh dan masa yang

tepat fail dipinjam

c) Aduan dapat dipantau

mengikut tempoh piagam

pelanggan

Maklum balas adalah

daripada bahagian

pembangunan dilakukan

melalui e-mel / surat

Maklum balas boleh terus

dijawab melalui sistem

e-Fast

Dengan Microsoft Excell,

data hanya boleh diperolehi

pada komputer tertentu

sahaja

Melalui e-Fast, data boleh

diakses oleh semua

komputer pejabat melalui

Local Host

M u k a s u r a t | 10

Inovasi PDTAG

Inovasi : Sistem ioStok (in-out Stok)

Bahagian : Khidmat Pengurusan

Pengenalan :

Sistem ioStok merupakan sistem Pengurusan Stok keluar

masuk peralatan-peralatan komputer. Huruf ‘i’ bermaksud

in manakala huruf ‘o’ bermaksud out. Stok membawa

maksud bekalan peralatan komputer.

Inovasi yang dihasilkan :

Unit Teknologi Maklumat mewujudkan pengkalan

data menggunakan Microsoft Excel yang boleh di

akses secara file sharing oleh kakitangan Unit

Teknologi Maklumat untuk pengurusan stok.

Sistem ini memudahkan kakitangan Unit Teknologi

Maklumat membuat pemantauan tanpa perlu

menyemak secara manual di stor IT.

Sistem ini juga berfungsi :

o Mengawal keluar masuk inventori;

o Mendapatkan statistik pengguna printer;

o Mengenal pasti pengguna toner printer;

o Mendapatkan statistik kekerapan penggunaan

toner printer;

o Mendapatkan statistik pengeluaran peralatan IT;

dan

o Dapat merancang dan mengelakkan pembaziran

dalam urusan pembelian peralatan IT.

M u k a s u r a t | 11

Inovasi PDTAG

Sistem ioStok

TANAH ALOR GAJAH

M u k a s u r a t | 12

Inovasi PDTAG

Impak Sistem ioStok

SEBELUM SELEPAS (IMPAK)

Menggunakan rekod secara

manual

Menggunakan pengkalan

data Microsoft Excel

Sukar menentukan status

stok

Mudah memantau status

stok terkini

Tiada maklumat terperinci

peralatan dan agihan

kepada pengguna

Rekod peralatan dan

pengguna lebih terperinci

Sukar membuat

perancangan pembelian

stok

Mudah membuat

perancangan pembelian

stok dan mengelakkan

pembaziran

Pemantauan stok dibuat

oleh seorang pegawai

sahaja

Pemantauan boleh dibuat

oleh lebih daripada seorang

pegawai secara file sharing

M u k a s u r a t | 13

Inovasi PDTAG

Inovasi : Sistem ToGS (Tour Guard Systems)

Bahagian : Khidmat Pengurusan

Pengenalan :

Sistem ToGS merupakan Sistem Kawalan Keselamatan

Pejabat. ‘To’ bermaksud Tour manakala huruf ‘G’ dan ‘S’

masing-masing mewakili perkataan Guard dan System.

Inovasi yang dihasilkan :

Peralatan ToGS digunakan pada waktu malam yang

dipantau secara elektronik.

Pengawal Keselamatan Pejabat akan membuat

rondaan dan perlu mengimbas alat kawalan ToGS

tersebut setiap empat (4) jam di lokasi yang telah

ditetapkan.

Data rondaan tersebut seterusnya boleh diperolehi

dan dicetak melalui sistem ToGS.

JAH, MELAKA

M u k a s u r a t | 14

Inovasi PDTAG

Sistem ToGS

(Tour Guard Systems)

M u k a s u r a t | 15

Inovasi PDTAG

Impak Sistem ToGS

(Tour Guard Systems)

SEBELUM SELEPAS (IMPAK)

Rekod Kawalan adalah

secara manual

Rekod kawalan boleh

dipantau melalui sistem

Sukar untuk memastikan

pengawal keselamatan ada

membuat rondaan

Masalah ketidakhadiran

pengawal keselamatan

yang perlu bertugas boleh

dikenal pasti

M u k a s u r a t | 16

Inovasi PDTAG

Inovasi : ResTAG (Rescue Team Alor Gajah)

Bahagian : Khidmat Pengurusan

Pengenalan :

ResTAG iaitu Rescue Team Pejabat Daerah dan Tanah

Alor Gajah adalah pasukan keselamatan jabatan yang

telah ditubuhkan pada bulan Mei 2011. Perkataan ‘Res’

merujuk kepada Rescue. Manakala huruf ‘T’ dan ‘AG’

masing-masing membawa maksud Team dan Alor Gajah.

Inovasi yang dihasilkan :

Merupakan jabatan yang pertama di Negeri Melaka

yang mempunyai pasukan keselamatan jabatan.

M u k a s u r a t | 17

Inovasi PDTAG

M u k a s u r a t | 18

Inovasi PDTAG

Impak ResTAG

(Rescue Team Alor Gajah)

SEBELUM SELEPAS (IMPAK)

Tiada pasukan keselamatan

jabatan di PDTAG

ResTAG iaitu Rescue Team

Pejabat Daerah dan Tanah

Alor Gajah adalah pasukan

keselamatan jabatan yang

telah ditubuhkan pada bulan

Mei 2011 dan merupakan

jabatan yang pertama di

Negeri Melaka yang

mempunyai pasukan

keselamatan jabatan

M u k a s u r a t | 19

Inovasi PDTAG

Inovasi : One Stop Centre for Health

Bahagian : Khidmat Pengurusan

Pengenalan :

One Stop Centre for Health merupakan pusat sehenti

setempat yang membolehkan kakitangan PDTAG membuat

pemeriksaan kesihatan sendiri dengan dibantu oleh kader

kesihatan terdiri daripada kakitangan PDTAG yang

terlatih.

Inovasi yang dilakukan oleh One Stop Centre for Health

bagi tahun 2011 adalah bertumpu kepada peningkatan

kesihatan warga kerja PDTAG.

Inovasi yang dihasilkan :

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan setelah

saringan kesihatan bagi tahun 2011 adalah :

o Saringan kesihatan secara menyeluruh kepada

semua kakitangan;

o Taklimat pemakanan sihat;

o Aerobik pada setiap minggu (setiap hari Rabu);

o Program 10,000 langkah;

o Program memasak menu sihat; dan

o Kursus instructor aerobic kepada kader-kader

kesihtan PDTAG.

One Stop Centre for Health PDTAG telah diiktiraf

sebagai One Stop Centre for Health yang terbaik di

Negeri Melaka.

M u k a s u r a t | 20

Inovasi PDTAG

One Stop Centre for Health

M u k a s u r a t | 21

Inovasi PDTAG

M u k a s u r a t | 22

Inovasi PDTAG

Inovasi : Daftar Kilat

Bahagian : Pengurusan Tanah

Pengenalan :

Daftar Kilat merupakan proses urusan pendaftaran

Urusniaga dan Bukan Urusniaga dalam tempoh satu (1)

jam untuk satu (1) hakmilik. Kilat membawa maksud

proses kerja dapat dilaksanakan dengan pantas.

Inovasi yang dihasilkan :

Contoh Daftar Kilat dapat di lihat daripada urusan

pindahmilik tanah pada tahun 2011 di mana sebanyak

37.10% daripada 2,671 perserahan telah didaftarkan

dalam tempoh satu (1) jam bermula daripada

penerimaan perserahan sehingga kepada pendaftaran

hakmilik.

M u k a s u r a t | 23

Inovasi PDTAG

Impak Daftar Kilat

SEBELUM SELEPAS (IMPAK)

Pendaftaran 1 hakmilik

1 hari

Pendaftaran 1 hakmilik

dalam tempoh 1 jam

37.1% daripada 2,671

perserahan telah

didaftarkan dalam tempoh

1 jam

Urusan pendaftaran

Urusniaga sahaja

Urusan pendaftaran

Urusniaga dan Bukan

Urusniaga

M u k a s u r a t | 24

Inovasi PDTAG

Inovasi : Zer ‘O’ Isih

Bahagian : Pengurusan Tanah

Pengenalan :

Zer ‘O’ Isih merupakan satu pemantapan proses kerja bagi

menambahbaik proses isihan dokumen selepas tindakan

pendaftaran urusniaga dan bukan urusniaga dilakukan.

Zer ‘O’ membawa maksud proses kerja dapat dibuat

dengan cepat sehingga selesai sepenuhnya.

Inovasi yang dihasilkan :

Zer ‘O’ Isih dapat membantu mempercepatkan proses

kerja

Zer ‘O’ Isih juga telah berjaya meningkatkan kutipan

bayaran pendaftaran sebanyak 16.70% pada tahun

2011

M u k a s u r a t | 25

Inovasi PDTAG

M u k a s u r a t | 26

Inovasi PDTAG

Impak Zer ‘O’ Isih

SEBELUM SELEPAS (IMPAK)

Dokumen tidak diisih pada

hari yang sama

Dokumen diisih pada hari

yang sama

Proses pencarian lambat

Proses pencarian lebih

cepat

Risiko dokumen hilang

adalah tinggi

Dokumen tidak hilang dan

mudah dikesan

Kutipan bayaran meningkat

M u k a s u r a t | 27

Inovasi PDTAG

Inovasi : Siasatan Pertama Permohonan Perintah

Jual (SPPJ) oleh Pemegang Gadaian

Bahagian : Pengurusan Tanah

Pengenalan :

Siasatan Pertama Permohonan Perintah Jual (SPPJ)

adalah penambahbaikan proses kerja bagi permohonan

perintah jual oleh pemegang gadaian di mana tarikh

siasatan pertama ditetapkan dalam tempoh tiga (3) bulan

daripada tarikh permohonan.

Inovasi yang dihasilkan :

SPPJ telah dapat mempercepatkan permohonan yang

diproses dan membolehkan sasaran penyelesaian

permohonan perintah jual diselesaikan dalam tempoh

lapan (8) bulan.

Sebanyak 100% daripada jumlah permohonan

perintah jual oleh pemegang gadaian dapat

ditetapkan tarikh siasatan pertamanya dalam tempoh

tiga (3) bulan.

M u k a s u r a t | 28

Inovasi PDTAG

Impak Siasatan Pertama

Permohonan Perintah Jual (SPPJ)

oleh Pemegang Gadaian

SEBELUM SELEPAS (IMPAK)

Tarikh siasatan pertama

tidak ditetapkan

Tempoh siasatan pertama

telah ditetapkan dalam

tempoh 3 bulan

Tidak dapat mencapai

sasaran bagi penyelesaian

permohonan perintah jual

dalam tempoh 8 bulan

Mencapai sasaran 100%

dalam tempoh 3 bulan

M u k a s u r a t | 29

Inovasi PDTAG

Inovasi : VGtag (Visual Guide PDTAG)

Bahagian : Pengurusan Tanah

Pengenalan :

VGtag merupakan satu instrumen yang memberi panduan

secara visual kepada pelanggan mengenai tatacara

sesuatu permohonan atau urusan yang dilakukan

di PDTAG. Huruf ‘V’ mewakili perkataan Visual manakala

huruf ‘G’ mewakili perkataan Guide. ‘tag’ pula merujuk

kepada Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah.

Inovasi yang dihasilkan :

PDTAG telah menggunakan VGtag bagi menunjukkan

panduan mengenai bagaimana tatacara proses

pindahmilik tanah dilakukan.

VGtag secara langsung akan memaparkan rentetan

semua aktiviti yang terlibat semasa proses

pindahmilik yang dilakukan bermula dengan

pertanyaan di Kaunter Khidmat Pelanggan, diikuti

dengan mengisi Borang 14A, penyaksian bagi Borang

14A, membuat salinan fotostat dokumen-dokumen

berkaitan di Self Fotostate Machine dan seterusnya

menyerahkan semua dokumen tersebut di Kaunter

Duti Setem PDTAG.

M u k a s u r a t | 30

Inovasi PDTAG

VGtag (Visual Guide PDTAG)

M u k a s u r a t | 31

Inovasi PDTAG

Impak VGtag (Visual Guide PDTAG)

SEBELUM SELEPAS (IMPAK)

Tiada panduan mengisi

borang secara visual

Panduan mengisi borang

secara visual disediakan

Pelanggan menggunakan

Penulis Surat Rayuan

(Petition Writer)

Pelanggan boleh mengisi

borang sendiri

Dikenakan bayaran

Tiada dikenakan bayaran

Tiada kefahaman oleh orang

ramai tentang cara-cara

mengisi borang

Orang ramai lebih

berpengetahuan tentang

cara-cara mengisi borang

M u k a s u r a t | 32

Inovasi PDTAG

Inovasi : Kempen ‘EZ’ Bayar

Bahagian : Pengurusan Tanah

Pengenalan :

Kempen ‘EZ’ Bayar merupakan inisiatif dengan mengambil

peluang untuk membuka kaunter kutipan cukai tanah di

program-program keramaian. ‘EZ’ membawa kepada

maksud mudah.

Inovasi yang dihasilkan :

Mencetak risalah berkenaan pembayaran cukai tanah

secara on-line

Pra-Notis 6A / Pra-Perampasan dikeluarkan dalam

tempoh 14 hari bagi mewujudkan kesedaran yang

tinggi untuk membayar tunggakan cukai tanah.

M u k a s u r a t | 33

Inovasi PDTAG

Impak Kempen ‘EZ’ Bayar

SEBELUM SELEPAS (IMPAK)

Tiada pilihan untuk orang

ramai membuat bayaran

Menyediakan kemudahan

perkhidmatan kaunter cukai

tanah di luar pejabat

Kurang kefahaman oleh

orang ramai mengenai

kepentingan membayar

cukai

Orang ramai memahami

kewajipan membayar cukai

Kutipan cukai tanah tidak

meningkat

Kutipan cukai tanah

meningkat 9.25% bagi tahun

2011 berbanding tahun 2010

Berjaya meningkatkan

kutipan tunggakan

sebanyak 25.97%

berbanding tahun 2010

Peratus kutipan cukai tanah

tidak mencapai sasaran

yang ditetapkan

Peratusan kutipan cukai

tanah mencapai 96.02%

daripada sasaran yang

ditetapkan

Terus mengeluarkan notis

6A, perintah seksyen 100

KTN dan notis 8A

(Rampasan)

Surat Pra notis dikeluarkan

terlebih dahulu kepada

pembayar cukai

Tiada bayaran secara

ansuran

Pembayar cukai diberi

peluang menjelaskan

tunggakan cukai secara

ansuran

M u k a s u r a t | 34

Inovasi PDTAG

Inovasi : i-Plan (Index Pelan)

Bahagian : Pengurusan Tanah

Pengenalan :

i-Plan (Index Plan) merupakan satu inovasi di mana semua

dokumen di Bilik Pelan seperti buku daftar lot, buku daftar

PT serta Syit Piawai telah diberikan index. Huruf ‘i’

mewakili perkataan Index.

Inovasi yang dihasilkan :

Memudahkan pencarian pelan dilakukan;

Menyingkatkan masa dan tindakan charting;

Mempercepatkan proses permohonan dihantar untuk

pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri (PBT);

Mengurangkan kebergantungan terhadap pegawai

kerana proses carian boleh dibuat sendiri tanpa

mengharapkan Pelukis Pelan; dan

Meminimumkan risiko kehilangan pelan atau tersalah

letak

Kesemua 152 Syit Piawai bagi daerah Alor Gajah

telah diindex satu persatu dan digabungkan

keseluruhannya dalam bentuk jadual

M u k a s u r a t | 35

Inovasi PDTAG

i-Plan (Index Plan)

M u k a s u r a t | 36

Inovasi PDTAG

Impak i-Pelan (Index Pelan)

SEBELUM SELEPAS (IMPAK)

Pelan tidak disusun

mengikut indeks

Menggunakan indeks

Kehilangan pelan tidak

dapat dikesan

Mudah dikesan jika berlaku

kehilangan / tersalah letak

Pelan hanya boleh dicari

oleh Pegawai Penempatan

dan Pelukis Pelan sahaja

Semua pegawai dan

kakitangan boleh mencari

pelan semasa ketiadaan

pegawai yang

bertanggungjawab

M u k a s u r a t | 37

Inovasi PDTAG

Inovasi : Kiosk d’PLand (Pelan Tanah Digital)

Bahagian : Pengurusan Tanah

Pengenalan :

Kiosk d’PLand dihasilkan untuk memaparkan maklumat

lokaliti tanah secara digital kepada pelanggan. Huruf ‘d’

membawa maksud digital manakala huruf ‘P’ membawa

maksud pelan.

Inovasi yang dihasilkan :

Antara aplikasi yang terkandung di dalam d’PLand

ialah :

o Pelan Digital Tanah yang menggunakan perisian

Map Info dan Map Source;

o e-MAG – nilai tambah pada ciri perisian Map Info

yang mengandungi Persempadanan JKKK,

landmark, dan maklumat Gunasama Tanah;

o Google Earth iaitu imej tanah melalui pandangan

satelit; dan

o e-B1-Tif & e-Coordinate iaitu sistem semakan

Pelan Hakmilik Kekal.

Tidak perlu berulang alik dari kaunter ke Bilik Pelan

untuk membawa Syit Piawai yang dikehendaki oleh

pelanggan

Proses pencarian lokaliti sesuatu tanah dapat

dilakukan dengan mudah dan cepat

Ketepatan data adalah amat tinggi kerana pelan-

pelan di dalam perisian ini dikemaskini setiap tahun

Meningkatkan kebolehpercayaan pelanggan terhadap

PDTAG

Peningkatan kutipan untuk pembelian pelan oleh

orang awam pada tahun 2011

M u k a s u r a t | 38

Inovasi PDTAG

Kiosk d’PLand

M u k a s u r a t | 39

Inovasi PDTAG

Impak Kiosk d’PLand

(Pelan Tanah Digital)

SEBELUM SELEPAS (IMPAK)

Semakan pelan secara

manual

Semakan secara digital

Mengambil masa yang

panjang

Penggunaan masa yang

singkat

Data yang diberi kepada

pelanggan kurang tepat

Ketepatan data amat tinggi

Carian menentukan lokasi

tanah adalah sukar

Proses pencarian lokaliti

tanah dapat dilakukan

dengan mudah dan cepat

Prestasi permohonan

pembelian plan adalah

kurang

Prestasi kutipan bayaran

pelan meningkat daripada

RM41,397.00 (2010) kepada

RM78,044.00 (2011)

M u k a s u r a t | 40

Inovasi PDTAG

Inovasi : Perekayasaan Proses MCL

(Tanah Adat Melaka)

Bahagian : Pengurusan Tanah

Pengenalan :

Proses merekayasa permohonan MCL dilakukan dengan

menggabungkan dua (2) proses menjadi satu (1).

Inovasi yang dihasilkan :

Semua permohonan dapat dikemukakan serentak

oleh pemohon.

Proses kerja dapat disingkatkan daripada enam (6)

bulan kepada tiga (3) bulan.

M u k a s u r a t | 41

Inovasi PDTAG

Perekayasaan Proses MCL

(Tanah Adat Melaka)

M u k a s u r a t | 42

Inovasi PDTAG

Impak Perekayasaan Proses MCL

(Tanah Adat Melaka)

SEBELUM SELEPAS (IMPAK)

Proses kerja mengambil

masa 6 bulan

Proses kerja hanya

mengambil masa 3 bulan

Pelanggan perlu datang ke

PDTAG sebanyak 2 kali

(penyerahan borang 12A

dan Jadual 1)

Semua permohonan

dikemukakan serentak

PDTAG tidak kehilangan

sumber pendapatan (kadar

bayaran) walaupun

pemohonan tersebut di

proses serentak

M u k a s u r a t | 43

Inovasi PDTAG

Inovasi : ‘EZ’ Cari

Bahagian : Pengurusan Tanah

Pengenalan :

‘EZ’ Cari adalah inisiatif untuk mengurangkan masa

menunggu pelanggan untuk kutipan dokumen / hakmilik di

kaunter. ‘EZ’ membawa kepada maksud mudah.

Inovasi yang dihasilkan :

Memudahkan pencarian dokumen / hakmilik

Dokumen / hakmilik pelanggan tersusun dengan

kemas.

M u k a s u r a t | 44

Inovasi PDTAG

M u k a s u r a t | 45

Inovasi PDTAG

Impak ‘EZ’ Cari

SEBELUM SELEPAS (IMPAK)

Proses pencarian hakmilik

tanah mengambil masa

yang panjang

Proses pencarian cepat dan

mudah

Menimbulkan

ketidakpuasan hati

pelanggan terhadap

perkhidmatan kaunter

Kurang menerima aduan

daripada pelanggan

M u k a s u r a t | 46

Inovasi PDTAG

Inovasi : ‘EZ’ Isi

Bahagian : Pengurusan Tanah

Pengenalan :

‘EZ’ Cari adalah inisiatif untuk memudahkan pelanggan

dalam urusan pengisian borang. ‘EZ’ membawa kepada

maksud mudah.

Inovasi yang dihasilkan :

Memudahkan Petugas Kaunter 1 untuk memberi

penerangan kepada pelanggan sekaligus dapat

menjimatkan masa

Pelanggan lebih berilmu dalam urusan tanah kerana

boleh mengisi borang sendiri

Menjimatkan kos pelanggan bagi bayaran

perkhidmatan Penulis Berlesen

Meningkatkan integriti

M u k a s u r a t | 47

Inovasi PDTAG

‘EZ’ Isi

M u k a s u r a t | 48

Inovasi PDTAG

Impak ‘EZ’ Isi

SEBELUM SELEPAS (IMPAK)

Menggunakan perkhidmatan

penulis surat rayuan dan

kakitangan jabatan secara

berbayar

Pelanggan mengisi borang

sendiri dengan panduan

yang disediakan

Pelanggan perlu

menyediakan kos bayaran

mengisi borang bersama

dengan fees permohonan

Pelanggan hanya

menyediakan fees

permohonan sahaja

Kakitangan mengambil

kesempatan mendapatkan

upah mengisi borang

Integriti kakitangan dapat

dipertingkatkan

M u k a s u r a t | 49

Inovasi PDTAG

Inovasi : e-Guard

Bahagian : Pengurusan Tanah

Pengenalan :

e-Guard adalah satu sistem keselamatan di Bilik Kebal.

‘e’ membawa kepada maksud electronic.

Inovasi yang dihasilkan :

e-Guard telah dapat meningkatkan ciri-ciri

keselamatan di Bilik Kebal dengan hanya pegawai

tertentu yang mempunyai akses sahaja boleh

memasuki bilik kebal

M u k a s u r a t | 50

Inovasi PDTAG

e-Guard

M u k a s u r a t | 51

Inovasi PDTAG

Impak e-Guard

SEBELUM SELEPAS (IMPAK)

Keselamatan bilik kebal

dikawal secara manual

Kawalan keselamatan

secara digital

Pemantauan sukar

dilakukan

Pemantauan dapat

dilakukan dengan lebih

berkesan

M u k a s u r a t | 52

Inovasi PDTAG

Inovasi : Pengkalan Data Inventori Bangunan /

Projek Tahun 2011

Bahagian : Pembangunan Daerah

Pengenalan :

Pengkalan Data Inventori Bangunan / Projek Tahun 2011

bertujuan sebagai medium pemantauan bagi semua

inventori / projek di daerah Alor Gajah

Inovasi yang dihasilkan :

Memudahkan penyaluran maklumat sekiranya

diperlukan oleh jabatan ataupun agensi lain

Memudahkan proses aturan perancangan

pembangunan di daerah Alor Gajah.

Pengkalan data menggunakan perisian Microsoft

Excell

Memudahkan kerja-kerja pemantauan keadaan jalan

yang berada di bawah pengawasan Pejabat Daerah

dan Tanah Alor Gajah.

M u k a s u r a t | 53

Inovasi PDTAG

Pengkalan Data Inventori Bangunan /

Projek Tahun 2011

M u k a s u r a t | 54

Inovasi PDTAG

Inovasi : Profil Daerah Digital

Bahagian : Pembangunan Daerah

Pengenalan :

Profil Daerah Digital merupakan video yang menerangkan

mengenai pembangunan di seluruh daerah Alor Gajah.

Inovasi yang dihasilkan :

Profil Daerah Digital telah dapat memberi penerangan

kepada pelanggan secara digital berbanding

penerangan secara manual sebelum ini

M u k a s u r a t | 55

Inovasi PDTAG

Profil Daerah Digital

M u k a s u r a t | 56

Inovasi PDTAG

Inovasi : e-mAG

Bahagian : Pembangunan Daerah

Pengenalan :

e-mAG merupakan peta elektronik yang mempunyai

keupayaan untuk menunjukkan kedudukan kawasan

JKKK, jalan dan sungai secara gambaran peta yang jelas

bagi daerah Alor Gajah. Huruf ’e’ dan ’m’ merujuk kepada

perkataan electronic dan map. Manakala ’AG’ membawa

kepada maksud Alor Gajah.

Inovasi yang dihasilkan :

e-mAG telah dapat menyelesaikan masalah

pertindihan kawasan JKKK yang sebelum ini menjadi

masalah utama dalam sistem pentadbiran kawasan

JKKK.

e-mAG juga dapat membantu dalam proses

perancangan pembangunan dan pengurusan program-

program masyarakat.

M u k a s u r a t | 57

Inovasi PDTAG

e-mAG

M u k a s u r a t | 58

Inovasi PDTAG

Inovasi : Pengkalan Data Jalan-Jalan Kampung

Bahagian : Pembangunan Daerah

Pengenalan :

Pengkalan Data Jalan-Jalan Kampung dibangunkan bagi

mengenal pasti data jalan-jalan kampung di Daerah Alor

Gajah merangkumi data panjang jalan, jenis jalan dan

gambar jalan mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri

(DUN).

Inovasi yang dihasilkan :

Pengkalan data ini akan terus dipertingkatkan pada

masa akan datang daripada aspek rekod-rekod

penyelenggaraan yang pernah dilaksanakan.

Harapan jangka masa panjang supaya data jalan-jalan

kampung peringkat daerah dapat ditambahbaik

menggunakan sistem dan boleh menandingi sistem

rekod jalan sedia ada di bawah Kementerian

Kewangan Malaysia iaitu Malaysia Road Record

Information System (MARRIS)

M u k a s u r a t | 59

Inovasi PDTAG

Inovasi : RaGTech (Rain Green Technology)

Bahagian : Pembangunan Daerah

Pengenalan :

RaGTech adalah satu sistem tadahan air hujan yang

diperkenalkan untuk kegunaan air harian di pejabat

seperti menyiram tanaman di kawasan landskap pejabat.

Perkataan ‘Ra’ mewakili perkataan Rain dan huruf ‘G’

mewakili perkataan Green. Manakalan perkataan ‘Tech’

merupakan singkatan kepada Technology.

Inovasi yang dihasilkan :

Projek RaGTech adalah suatu langkah penjimatan

bagi jabatan di samping menyahut saranan Kerajaan

Negeri Melaka untuk mengaplikasikan penggunaan

teknologi hijau.

M u k a s u r a t | 60

Inovasi PDTAG

RaGTech (Rain Green Technology)

M u k a s u r a t | 61

Inovasi PDTAG

Impak RaGTech

(Rain Green Technology)

SEBELUM SELEPAS (IMPAK)

Penyiraman tanaman

menggunakan air paip

Penyiraman tanaman boleh

mengunakan air hujan

Dapat menjimatkan kos bil

air jabatan

Air paip yang mengandungi

campuran klorin digunakan

untuk menyiram tanaman

Tanaman lebih subur kerana

menggunakan air hujan dan

tiada campuran klorin

Pejabat kurang bekalan air

untuk kegunaan harian

apabila berlaku masalah

bekalan air

Bilangan tangki simpanan

air dipertingkatkan dan

boleh digunakan apabila

waktu ketiadaan bekalan

air

M u k a s u r a t | 62

Inovasi PDTAG

Inovasi : Penggunaan Global Positioning System

(GPS)

Bahagian : Pembangunan Daerah

Pengenalan :

Unit Pembangunan Daerah (Fizikal) telah menggunakan

Global Positioning System (GPS) bagi mengenalpasti

status lokasi tanah dan laluan.

Inovasi yang dihasilkan :

Penggunaan GPS telah membolehkan pelaksanaaan

siasatan aduan dilakukan dengan lebih tepat dan

berkesan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

M u k a s u r a t | 63

Inovasi PDTAG

Penggunaan

Global Positioning System (GPS)

M u k a s u r a t | 64

Inovasi PDTAG

Impak Penggunaan

Global Positioning System (GPS)

DAHULU KINI

Mengunakan bantuan

Penolong Pegawai Tanah

(Bahagian Tanah) untuk

mengenalpasti kedudukan

dan status tanah

Pengenalpastian status dan

kedudukan tanah dibuat

menggunakan GPS yang

diuruskan oleh kakitangan

Unit Pembangunan Fizikal

Tempoh masa untuk

siasatan tapak projek /

aduan mengambil masa

agak lama kerana

mengunakan khidmat

kakitangan Bahagian Tanah

Tempoh masa siasatan

tapak dilaksanakan dengan

lebih cepat menggunakan

GPS yang diselia oleh

kakitangan dalam Unit

Pembangunan Fizikal.

M u k a s u r a t | 65

Inovasi PDTAG

Inovasi : PBR Digital

Bahagian : Pembangunan Daerah

Impak PBR Digital

SEBELUM SELEPAS (IMPAK)

Terlalu banyak salinan

borang yang perlu disimpan

Semua borang permohonan

PBR disimpan di dalam CD

yang boleh memuatkan

banyak borang dan secara

langsung menjimatkan

ruang simpanan

Terdapat borang asal yang

telah dihantar kepada pihak

KKLW telah hilang dan

PDTAG hanya mempunyai

salinan yang berwarna

hitam dan putih

Semua borang dapat

diakses dengan mudah dan

semua borang yang di ‘scan’

dapat memaparkan borang

seperti borang yang asal

Laporan bagi pengesahan

permohonan dibuat dalam

Focus Group Daerah hanya

berdasarkan maklumat

ringkas pemohon

Pengesahan permohonan

yang di ‘scan’ dapat

dipaparkan secara terus

bagi mengelakkan sebarang

keraguan

Jabatan terpaksa

menanggung kos salinan

borang asal permohonan

PBR

Tiada kos salinan yang

dikenakan untuk ‘scan’

borang PBR

M u k a s u r a t | 66

Inovasi PDTAG

Inovasi : Pengkalan Data Permohonan PBR

dan PPRT

Bahagian : Pembangunan Daerah

Impak Pengkalan Data Permohonan

PBR dan PPRT

SEBELUM SELEPAS (IMPAK)

Senarai permohonan PBR

dan PPRT disimpan

berasingan mengikut DUN

dan tahun permohonan. Ini

menyukarkan proses carian

dan pelaporan

Senarai permohonan dibuat

secara tersusun dan

memudahkan pemantauan

dan pelaporan

Berlaku pertindihan bagi

pengesahan permohonan

PBR dan PPRT pada

seorang individu yang sama

Menyelesaikan masalah

pertindihan pengesahan

permohonan PBR dan PPRT