inovasi sistem i-lesen (fasa 1) -...

28
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH INOVASI SISTEM i-LESEN FASA 1 UNTUK BANK INOVASI SEKTOR AWAM MAMPU

Upload: dinhdieu

Post on 14-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: INOVASI SISTEM i-LESEN (FASA 1) - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1072-sistem-i-lesen.pdf · LAPORAN INOVASI i-LESEN 2 1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA

MA

JL

IS B

AN

DA

RA

YA

ME

LA

KA

BE

RS

EJA

RA

H

INOVASI SISTEM i-LESEN FASA 1 UNTUK BANK INOVASI SEKTOR AWAM MAMPU

Page 2: INOVASI SISTEM i-LESEN (FASA 1) - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1072-sistem-i-lesen.pdf · LAPORAN INOVASI i-LESEN 2 1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN

2

1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH

1.1 Sejarah

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah lahir bersama sejarah Melaka,

dari sebuah kampung Melayu sehingga menjadi bandaraya yang

terkenal di seluruh dunia. Berikut merupakan kronologi sejarah

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah:

1824 - Majlis Perbandaran Melaka & Kota Melaka telah ditubuhkan oleh Syarikat Hindia Timur.

1848 - Di bawah Akta IV Hindia Timur, peruntukan bagi Negeri Selat (termasuk P. Pinang & Singapura

1856 - Di bawah Akta XXVII Hindia Timur, Pesuruhjaya Perbandaran diasaskan.

1888 - Kawasan Pentadbiran telah digariskan seluas 4.2 batu persegi.

1950 - Ordinan Perlantikan Pihak Berkuasa Tempatan dikuatkuasakan dan memperuntukkan pilihanraya kecil Majlis Perbandaran Melaka.

1976 - Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) telah digubal bagi memansuhkan Ordinan Perlantikan Pihak Berkuasa Tempatan di mana Ahli-ahli Majlis Perbandaran Melaka dilantik oleh Kerajaan Negeri.

1977 - Kawasan pentadbiran Perbandaran Bandara dan Kota Melaka telah dicantumkan dengan Majlis Daerah Melaka Tengah dan wujudlah Majlis Perbandaran Melaka Tengah dengan keluasan 117 batu persegi.

1987 - Majlis Perbandaran Melaka Tengah telah menerima nama Majlis Perbandaran Melaka.

1989 - Pada 15 April, Kerajaan Persekutuan telah menaikkan taraf Bandaraya Bersejarah kepada Melaka dan maka itu Majlis Perbandaran Melaka kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah.

2003 - Pada 15 April, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan naik taraf Majlis Perbandaran Melaka kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

2008 - Pada 7 Julai 2008, Melaka telah diiktiraf sebagai tapak warisan Dunia oleh UNESCO.

Page 3: INOVASI SISTEM i-LESEN (FASA 1) - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1072-sistem-i-lesen.pdf · LAPORAN INOVASI i-LESEN 2 1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN

3

1.2 Peta Kawasan Tadbir Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

1.3 Alamat Pentadbiran

Ibu Pejabat :

Graha Makmur

No. 1, Jalan Abd. Razak – Hang Tuah Jaya

75450 Melaka

Tel: 06-3333333 Faks:06-2325716

KELUASAN : 277.0 km3

Page 4: INOVASI SISTEM i-LESEN (FASA 1) - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1072-sistem-i-lesen.pdf · LAPORAN INOVASI i-LESEN 2 1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN

4

1.4 Maklumat Pentadbiran

1.4.1 Carta Organisasi

Page 5: INOVASI SISTEM i-LESEN (FASA 1) - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1072-sistem-i-lesen.pdf · LAPORAN INOVASI i-LESEN 2 1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN

5

1.4.2 Visi

Menjadikan Melaka sebagai Bandaraya Warisan, Maju dan

Indah.

1.4.3 Misi

Melaka sebagai penggerak utama Pembangunan dan

Perkhidmatan Bandaraya Melaka.

1.4.4 Moto MBMB

Bandaraya Makmur Cabaran Kita

1.4.5 Slogan Q

Cekap dan Mesra Selalu

1.4.6 Objektif Operasi

i. Memupuk semangat cintakan organisasi dan bekerja

sebagai satu pasukan dan mempunyai satu matlamat

ke arah menjadikan organisasi yang kukuh, dinamik

dan cemerlang,

ii. Melaksanakan tugas untuk mendapatkan keredhaan

Tuhan,

iii. Memantapkan sistem dan cara bekerja supaya ia

menjadi lebih telus, cepat dan tepat,

iv. Melahirkan pekerja yang berdedikasi, cergas dan

rajin.

v. Perkongsian peranan masyarakat serta agensi-agensi

lain dengan lebih berkesan.

Page 6: INOVASI SISTEM i-LESEN (FASA 1) - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1072-sistem-i-lesen.pdf · LAPORAN INOVASI i-LESEN 2 1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN

6

1.4.7 Fungsi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis

Bandaraya Melaka Bersejarah mempunyai peranan penting

di dalam memaju dan membangunkan kawasan

pentadbirannya. Di antara peranan terpenting Majlis ialah

seperti berikut :

i. Merancang dan menggalakkan pembangunan di

kawasan bandaraya yang selari dengan undang-

undang dan dasar-dasar pembangunan negeri dan

Negara.

ii. Menyedia dan menyelenggara kemudahan-

kemudahan awam seperti jalan raya, parit,

pembentungan, lampu-lampu jalan, pasar, gerai,

tandas awam, perhentian bas dan teksi serta lain-lain.

iii. Memberi perkhidmatan perbandaran dan kesihatan

umum kepada penduduk-penduduk serta

perkhidmatan pungutan dan pelepasan sisa pepejal,

pelupusan najis, pembersihan jalan dan parit serta

lain-lain perkhidmatan perbandaran.

iv. Mengawasi kesihatan awam dengan mengawal

pengendalian makanan, mencegah penyakit

berjangkit, memusnahkan serangga makhluk perosak

dan sebagainya.

v. Merancang dan menggalakkan pembangunan sektor

perniagaan kecil dan penjajaan dengan cara

mengadakan kemudahan tambahan dan pengeluaran

lesen-lesen perniagaan.

vi. Menyedia dan menyelenggara kompleks-kompleks

sukan, pusat-pusat rekreasi, taman-taman dan lain-

lain kemudahan perbandaran.

Page 7: INOVASI SISTEM i-LESEN (FASA 1) - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1072-sistem-i-lesen.pdf · LAPORAN INOVASI i-LESEN 2 1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN

7

vii. Merancang dan menggalakkan aktiviti perdagangan,

perindustrian dan pelancongan bersesuaian dengan

strategi pembangunan negeri.

1.4.8 Statistik Anggota

Sehingga 31 Disember 2012, Majlis mempunyai seramai

1062 orang anggota yang bertugas di 15 buah jabatan.

Berikut adalah pecahan anggota Majlis mengikut taraf

perjawatan dan kumpulan.

KUMPULAN WUJUD

TARAF PERJAWATAN

JUMLAH TETAP KONTRAK

SEMENTARA/ PINJAMAN

Jusa 1 1 1 0 2

Pengurusan & Profesional

76 42 0 2 44

Sokongan I 624 472 25 0 497

Sokongan II 525 335 122 3 460

Pelantikan MMKN 0 1 50 0 51

Pelantikan KPKT 0 2 6 0 8

JUMLAH 1226 853 204 5 1062

Page 8: INOVASI SISTEM i-LESEN (FASA 1) - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1072-sistem-i-lesen.pdf · LAPORAN INOVASI i-LESEN 2 1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN

8

2.0 LAPORAN INOVASI i-LESEN

2.1 LATARBELAKANG INOVASI

2.1.1 LATARBELAKANG INOVASI

Setiap pertengahan bulan November hingga akhir bulan Disember,

pelanggan MBMB yang mempunyai lesen perniagaan akan datang

ke MBMB untuk memperbaharui lesen perniagaan mereka.

Pelanggan ada membuat aduan bahawa proses pengeluaran sijil

lesen mengambil masa yang agak lama. Ini adalah kerana selepas

sijil lesen dicetak, anggota yang bertugas perlu mendapatkan

tandatangan pegawai atasan untuk menandatangani sijil lesen

tersebut. Keadaan menjadi lebih parah kerana kebanyakan pelesen

hanya datang untuk membuat pembaharuan pada saat-saat akhir

tarikh tamat tempoh pembaharuan.

Jabatan Pelesenan juga telah menetapkan bahawa sebelum

pelanggan memperbaharui lesen perniagaan mereka, mereka

perlulah bebas dari sebarang tunggakan samada dari tunggakan

cukai harta, sewa gerai Majlis, kompaun penguatkuasaan atau

kompaun letak kereta. Sehubungan dengan itu, pelanggan perlu

menyemak semua status tersebut di jabatan-jabatan berkenaan

atau di Kaunter Khidmat Pelanggan bagi memastikan mereka tidak

mempunyai tunggakan atau kompaun tersebut. Ini menyebabkan

pelanggan merungut dan mengeluh kerana perlu berurusan di

banyak tempat sebelum urusan sebenar dapat diselesaikan.

Selain daripada itu juga, kegagalan MBMB mengutip tunggakan-

tunggakan hasil cukai dan bukan cukai telah mendapat teguran

Audit Negara dari segi pengurusan yang agak lemah kerana tidak

Page 9: INOVASI SISTEM i-LESEN (FASA 1) - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1072-sistem-i-lesen.pdf · LAPORAN INOVASI i-LESEN 2 1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN

9

mempunyai satu kaedah yang strategik bagi memastikan

tunggakan-tunggakan tersebut dapat dikutip atau jumlahnya dapat

dikurangkan ke satu paras yang minima.

Sehubungan dengan itu pihak pengurusan telah bersidang dan

memutuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal IT supaya

diwujudkan satu sistem maklumat bersepadu yang mengumpulkan

semua maklumat orang awam yang berurusan dengan MBMB

dengan menggunakan nombor kad pengenalan (MyID) sebagai

kekunci utama.

Melalui nombor kad pengenalan ini, pegawai di kaunter Jabatan

Pelesenan MBMB dapat menyemak semua status tunggakan cukai

taksiran harta, sewaan gerai, kompaun penguatkuasaan atau

kompaun letak kereta (sekiranya ada) bagi pemegang kad

pengenalan tersebut sebelum pengeluaran lesen baru atau proses

pembaharuan lesen dilaksanakan. Sistem yang diwujudkan ini

diberi nama sebagai i-LESEN.

2.1.2 PEMBANGUNAN I-LESEN

i-LESEN adalah sebuah sistem yang akan mengendalikan proses

pengeluaran lesen baru dan pembaharuan lesen tahunan. i-LESEN

dikendalikan oleh pegawai-pegawai di kaunter Jabatan Pelesenan

yang berhubung terus dengan pelanggan. Dengan menggunakan

konsept "no wrong door" polisi semakan terus kepada semua

tunggakan atau kompaun yang dikenakan ke atas pelanggan (jika

ada) akan dijalankan terlebih dahulu melalui i-LESEN di kaunter-

kaunter. Bagi merealisasikan proses ini, sistem i-LESEN telah

mengintegrasi ke semua sistem yang berkaitan seperti sistem

Page 10: INOVASI SISTEM i-LESEN (FASA 1) - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1072-sistem-i-lesen.pdf · LAPORAN INOVASI i-LESEN 2 1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN

10

cukai taksiran harta, sistem sewaan, sistem kompaun

penguatkuasa dan sistem kompaun letak kereta.

Tanpa inovasi ini pelanggan terpaksa hadir ke Kaunter Khidmat

Pelanggan untuk semakan cukai taksiran harta dan ke Jabatan

Penguatkuasaan di aras 3 untuk menyemak maklumat kompaun

mereka (sekiranya ada) sebelum boleh memperbaharui lesen

perniagaan mereka di kaunter Jabatan Pelesenan.

Sistem i-LESEN menggunakan sistem pengoperasian Linux, Unix

dan juga Windows. Ianya juga dioperasikan secara berpusat

(centralized) atau berasaskan web.

Sistem akan menyimpan, mengurus dan membekal maklumat

pelanggan. Disamping dapat memindahkan maklumat kepada

semua pihak pengguna dengan menghantar maklumat kepada

pengguna yang betul, sistem ini juga berupaya melaksanakan

integrasi tanpa batas sama ada berlainan server, sistem operasi,

dan pangkalan data.

Fasa II i-Lesen mensasarkan kepada pengeluaran lesen yang

cepat dan mudah dari meja pengguna. Matlamat fasa ini adalah

untuk membolehkan Lesen Tidak Berisiko Tinggi (TBT) dipohon,

diluluskan dan dicetak secara online dalam tempoh kurang

daripada satu (1) jam, bergantung kepada kelajuan sistem /

rangkaian pengguna.

Page 11: INOVASI SISTEM i-LESEN (FASA 1) - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1072-sistem-i-lesen.pdf · LAPORAN INOVASI i-LESEN 2 1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN

11

2.1.3 PLETFOM TEKNOLOGI i-LESEN

i) Teknologi - Web

ii) Bahasa pengaturcaraan - Cold Fusion/ASP.Net

iii) Komunikasi - on-line

- real time

- batch

iv) Sistem - berpusat

v) Pangkalan data - MySql/ Universe

vi) Antara muka - Web Based

vii) Sistem operasi (pelayan) - Linux

viii) Sistem operasi (penguna) - Windows 98/Linux

ix) Architecture - Multi-user

- Multi-tasking

x) Alatan sokongan perisian - Crystal Report

Semua perkakasan yang sedia ada (walaupun ianya belum sampai

ke tahap kapasiti maksima,) boleh digunakan untuk menampung

program aplikasi ini kerana ianya adalah berasaskan web.

2.1.4 FUNGSI

a. Menyimpan maklumat rekod pelanggan.

b. Menerima bayaran.

c. Mencetak resit dan sijil lesen.

d. Mengeluarkan laporan pengurusan seperti maklumat

pelanggan dan laporan tempahan.

Page 12: INOVASI SISTEM i-LESEN (FASA 1) - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1072-sistem-i-lesen.pdf · LAPORAN INOVASI i-LESEN 2 1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN

12

2.1.5 MODUL-MODUL i-LESEN

Menu Utama terdiri daripada beberapa modul yang sama pada

sistem yang sediada, tetapi beberapa pengubahsuaian dan

penambahbaikan telah dibuat bagi membentuk satu menu yang

lebih teratur, terperinci dan mudah dilaksanakan. Submenu yg

terlibat di dalam modul ini adalah seperti berikut :-

1. MODUL PERMOHONAN LESEN TBT

2. MODUL PEMBAHARUAN

3. MODUL KELULUSAN & PENGELUARAN LESEN

4. MODUL SELENGGARA

5. MODUL LAPORAN

6. MODUL LAPORAN EKSEKUTIF ONLINE

7. MODUL PENTADBIRAN

2.2 TUJUAN INOVASI

2.2.1 “No Wrong Door Policy” - Memudah dan mempercepat sistem

penyampaian kepada pelanggan MBMB;

2.2.2 Mencapai tahap efisien dan keberkesanan sumber manusia dan

teknologi ICT;

2.2.3 Meningkatkan KUALITI DAN PRODUKTIVITI anggota MBMB;

2.2.4 Mengurangkan jumlah tunggakan cukai taksiran harta, sewaan

gerai dan kompaun.

Page 13: INOVASI SISTEM i-LESEN (FASA 1) - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1072-sistem-i-lesen.pdf · LAPORAN INOVASI i-LESEN 2 1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN

13

2.3 PELAKSANAAN INOVASI

Pelaksanaan inovasi dijalankan dengan membuat kajian semula terhadap

proses sedia ada mengikut jadual dan carta seperti di bawah :

i) Carta struktur pelaksana seperti lampiran 1.

ii) Jadual Pelaksanaan seperti lampiran 2.

iii) Topologi seperti di lampiran 3.

iv) Carta alir seperti di lampiran 4.

2.4 PROSES KERJA SEBELUM DAN SELEPAS

2.4.1 PRA PEMBANGUNAN

a. KAJIAN SISTEM

Pasukan projek dari Jabatan Teknologi Maklumat MBMB dan

Jabatan Pelesenan menjalankan kajian terhadap sistem-sistem

yang sedia ada di beberapa jabatan yang terlibat dan membuat

kesimpulan bahawa sistem-sistem tersebut boleh diintegrasi

dengan sistem i-LESEN yang akan dibangunkan. Kajian tersebut

dilakukan secara pemerhatian dan juga menjalankan soal selidik

dengan pengguna-pengguna di MBMB.

Hasil kajian mendapati bahawa:-

i) lesen yang dibaharui tidak perlu disemak semula dan

ditandatangan kerana telah diluluskan.

ii) maklumat pelanggan yang mempunyai nombor kad

pengenalan yang sama boleh didapati dengan satu carian.

Page 14: INOVASI SISTEM i-LESEN (FASA 1) - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1072-sistem-i-lesen.pdf · LAPORAN INOVASI i-LESEN 2 1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN

14

b. PENYEDIAAN SPESIFIKASI REKABENTUK

Setelah maklumat relevan di jabatan berkaitan dianalisa, kerja-

kerja merekabentuk sistem i-LESEN untuk diintegrasikan dengan

sistem sedia ada dilakukan. Di peringkat ini, perubahan hanya akan

berlaku dipemprosesan belakang (back end operations) dan tidak

mengganggu semua operasi bahagian hadapan. Carta alir proses

dan konfigurasi perisian/ perkakasan/ rangkaian dan spesifikasi

rekabentuk teknikal akan dapat disiapkan di peringkat ini.

c. PENYEDIAAN SPESIFIKASI FUNGSI

Fungsi setiap modul yang dibina dalam sistem inovasi i-LESEN

akan dikenalpasti dan didokumen. Fungsi termasuk ciri-ciri yang

perlu ada dan juga kaedah integrasi antara modul-modul. Satu

spesifikasi fungsi tertentu, spesifikasi kemasukan dan pengeluaran

data, strategi integrasi, perpindahan data dan juga strategi

pengujian dapat dikenalpasti di peringkat ini.

2.4.2 PEMBANGUNAN INOVASI I-LESEN

a. PEMBANGUNAN DAN MODIFIKASI SISTEM

Pembangunan sistem i-LESEN dilakukan dengan menyesuaikan

keperluan sistem baru ini kepadasistem sediada. Modifikasi dan

konfigurasi sistem juga dilakukan di peringkat ini berdasarkan

penyelidikan yang telah dibuat di peringkat kajian dan rekabentuk

sistem.

Page 15: INOVASI SISTEM i-LESEN (FASA 1) - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1072-sistem-i-lesen.pdf · LAPORAN INOVASI i-LESEN 2 1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN

15

b. MIGRASI DATA

Semua data di dalam Sistem Cukai Taksiran Harta, Sistem Sewaan

Gerai, Kompaun Penguatkuasa dan Kompaun Letak Kereta

diambil dan dimasukkan ke dalam satu jadual (table) yang baru

dengan menjadikan nombor kad pengenalan (MyID) sebagai

kekunci utama.

c. PEMASANGAN / PENGUJIAN

Setelah sistem siap dibina dan integrasi ke sistem-sistem lain telah

dilaksanakan, sistem i-LESEN sudah bersedia untuk dibuat

pengujian oleh pegawai-pegawai MBMB untuk mengukur prestasi

dan keberkesanan sistem baru ini.

2.4.3 PASCA PEMBANGUNAN

a. LATIHAN

Beberapa sesi latihan dijadualkan untuk pengguna dan juga

pentadbir sistem di semua jabatan terlibat.

b. PERCUBAAN

Satu sub-sistem dipilih untuk menguji secara sebenar sistem yang

telah dibangun dan dimodifikasi. ‘Live run’ ini akan dijalankan untuk

tempoh yang akan dipersetujui kemudian. Jika ‘live run’ ini berjaya,

pemasangan sistem akan dibuat kesemuanya.

Page 16: INOVASI SISTEM i-LESEN (FASA 1) - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1072-sistem-i-lesen.pdf · LAPORAN INOVASI i-LESEN 2 1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN

16

c. DOKUMENTASI

Dokumentasi lengkap termasuk manual pengguna dan juga

‘technical guide’ sistem i-LESEN yang dibangunkan untuk

kegunaan pengguna dan pentadbir.

d. PENTAULIAHAN

Proses penutup projek. Pentauliahan diberi apabila semua kayu

pengukur prestasi sistem dapat dipenuhi semasa pengujian.

2.5 ELEMEN PENURUNAN KUASA

Di dalam proses pembaharuan lesen, sijil lesen tidak perlu ditandatangan

secara manual. Oleh itu tandatangan pengarah telah diimbas dan dicetak

semasa cetakan sijil lesen.

2.6 IMPAK INOVASI TERHADAP KUMPULAN SASAR / PERKHIDMATAN /

JABATAN / BAHAGIAN/ UNIT / AGENSI / NEGARA

2.6.1 MENJIMATKAN MASA PELANGGAN

a) Masa Pengeluaran Sijil Lesen dipendekkan

Dengan adanya Sistem i-LESEN ini, masa untuk pengeluaran sijil

lesen semasa pembaharuan lesen dapat dipendekkan. Sebelum

wujudnya Sistem i-LESEN, pengeluaran sijil lesen mengambil

masa di antara 10-15 minit untuk dikeluarkan. Namun selepas

Sistem i-LESEN dibangunkan, pengeluaran sijil lesen hanya

Page 17: INOVASI SISTEM i-LESEN (FASA 1) - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1072-sistem-i-lesen.pdf · LAPORAN INOVASI i-LESEN 2 1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN

17

mengambil masa hanya di antara 3-5 minit sahaja kerana tiada

tandatangan pegawai atasan yang diperlukan kerana tandatangan

pegawai dicetak semasa sijil lesen dikeluarkan. (Sila lihat lampiran

5)

2.6.2 ONE STOP CENTER / KAUNTER SETEMPAT (NO WRONG

DOOR POLICY)

Dengan Sistem i-LESEN ini juga masalah untuk berurusan dengan

banyak tempat tidak timbul. Pelanggan boleh mengetahui

mengenai semua butiran akaun mereka yang ada di Majlis seperti

cukai taksiran harta, sewa gerai Majlis, kompaun penguatkuasa

atau kompaun letak kereta dengan berurusan di satu tempat

sahaja. Sistem akan memaparkan semua akaun yang mempunyai

nombor MyID yang sama dan pelanggan boleh menjelaskan

tunggakan-tunggakan mereka (sekiranya ada) sebelum mereka

memperbaharui lesen perniagaan.

Contoh : Sistem i-LESEN dapat mengenalpasti En. Chong Chee Keong mempunyai 4 akaun cukai taksiran harta, satu akaun lesen perniagaan dan satu kompaun letak kereta berdasarkan nombor kad pengenalan (MyID) di dalam database i-LESEN

Page 18: INOVASI SISTEM i-LESEN (FASA 1) - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1072-sistem-i-lesen.pdf · LAPORAN INOVASI i-LESEN 2 1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN

18

2.6.3 DATA TERKINI

Semua kemaskini transaksi akan dibuat pada masa yang sama.

Semua bayaran tunggakan sewaan atau cukai taksiran harta

misalnya akan dikredit ke akaun pelanggan di sistem sewaan dan

tidak timbul lagi tunggakan selepas pembayaran dibuat.

2.6.4 PRODUKTIVITI & KUALITI

Inovasi akan melepaskan banyak tugasan di kaunter dan juga di

operasi sistem-sistem lain dan masa yang dijimat ini boleh

digunakan oleh pegawai untuk menyiapkan tugasan lain.

Pengeluaran lesen yang semakin mudah iaitu dengan mencetak

secara online adalah selamat kerana terdapat tandatangan

pengarah yang diimbas beserta kod-kod keselamatan.

2.6.5 SISTEM PENYAMPAIAN BERKESAN

Pelanggan berpuas hati kerana tidak perlu berurusan dengan

banyak tempat dan banyak perkara yang dapat diselesaikan dalam

satu masa. Penjimatan masa ini dapat meningkatkan produktiviti

anggota dan secara tidak langsung kerja-kerja akan menjadi lebih

efisyen dan produktif.

Page 19: INOVASI SISTEM i-LESEN (FASA 1) - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1072-sistem-i-lesen.pdf · LAPORAN INOVASI i-LESEN 2 1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN

19

2.7 ELEMEN INOVATIF / KREATIVITI

2.7.1 Penjimatan masa

2.7.2 Inovasi menggunakan teknologi web yang boleh dicapai di mana-

mana sahaja dalam lingkungan rangkaian MBMB.

2.7.3 Pelanggan hanya perlu berurusan di satu kaunter sahaja (konsep

one stop centre).

2.7.4 Penjimatan kertas

2.7.5 Ciri keselamatan menggunakan kod QR

2.8 ELEMEN KEBERKESANAN

2.8.1 Pengeluaran sijil lesen yang cepat dan pantas.(< 1 minit)

2.8.2 MBMB dapat mengurangkan jumlah tunggakan hasil – cukai dan

bukan cukai.

2.8.3 Pelanggan berpuashati kerana tidak perlu berurusan di banyak

tempat.

2.8.4 Peningkatan hasil bayaran kompaun dan tunggakan cukai taksiran

harta dari tahun lepas pada tempoh masa yang sama tahun ini.

Perkara 15/11/2011-15/1/2012

(RM)

15/11/2012-15/1/2013

(RM) %

Tunggakan Cukai Taksiran Harta

1,063,093.35 1,387,679.24 30.54%

Kompaun Letak Kereta 553,282.50 762,199.40

37.76%

Page 20: INOVASI SISTEM i-LESEN (FASA 1) - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1072-sistem-i-lesen.pdf · LAPORAN INOVASI i-LESEN 2 1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN

20

2.9 ELEMEN SIGNIFIKAN

2.9.1 Semua perkhidmatan yang fokus kepada memudahkan pelanggan

akan membuat pelanggan puas hati. Pelanggan tidak perlu

berurusan di banyak tempat dan inovasi i-LESEN menjimatkan

masa mereka.

2.9.2 Untuk jangkamasa panjang kos akan dijimatkan apabila kakitangan

yang mengendali inovasi i-LESEN menjadi mahir dan lebih

produktif. Sistem i-LESEN akan diperluaskan lagi penggunaannya

dengan membenarkan pelanggan memohon lesen perniagaan

mereka secara atas talian dan mendapat kelulusan serta merta

serta boleh memperbaharui lesen perniagaan mereka secara atas

talian juga (Fasa II).

2.9.3 Inovasi i-LESEN dibina dengan menggunakan bahasa

pengaturcaraan yang baru di atas landasan pangkalan data yang

terbaru dan juga sistem pengoperasian yang terkini. Teknologi yang

digunakan membolehkan sistem mudah ditingkatkan dan ini akan

memastikan MBMB tidak akan tertinggal dalam penggunaan

teknologi terbaru. Berasaskan sumber terbuka "open source" iaitu

Linux, MySQL, Apache, send mail dll.

2.9.4 Inovasi i-LESEN berupaya mengeluarkan laporan-laporan yang

relevan dalam tempoh yang singkat untuk dianalisa. Laporan-

laporan ini boleh digunakan oleh pihak pengurusan untuk

merancang strategi-strategi yang berkaitan bagi tujuan

memperbaiki mutu perkhidmatan yang sediada dan juga

menambah pendapatan. Perancangan dan kawalseliaan yang baik

akan menghasilkan mutu kerja yang baik.

Page 21: INOVASI SISTEM i-LESEN (FASA 1) - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1072-sistem-i-lesen.pdf · LAPORAN INOVASI i-LESEN 2 1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN

21

2.10 PENGIKTIRAFAN DITERIMA

Inovasi i-LESEN belum menerima apa-apa pengiktirafan lagi.

2.11 IMPLIKASI KEWANGAN

Bil Item Kategori sumber

Bil Staf

Bil Bulan/

unit

Harga Bersih (RM)

1

PEMBANGUNAN & MODIFIKASI SISTEM - Modul Permohonan - Modul Kelulusan - Modul Selenggara - Modul Laporan - Modul Pentadbiran

PROGRAMMER

1

1

35,000.00

2 MIGRASI DATA PROGRAMMER 1 1

3

LATIHAN / PEMBELAJARAN / DOKUMENTASI

TRAINER

1

4 PENGURUSAN PROJEK PEN PROJEK 1 1

JUMLAH 35,000.00

Page 22: INOVASI SISTEM i-LESEN (FASA 1) - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1072-sistem-i-lesen.pdf · LAPORAN INOVASI i-LESEN 2 1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN

22

2.12 GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN Beberapa screen shot modul-modul inovasi i-LESEN

Gambar 1 - Skrin log masuk sistem

Gambar 2 - Skrin Carian

Page 23: INOVASI SISTEM i-LESEN (FASA 1) - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1072-sistem-i-lesen.pdf · LAPORAN INOVASI i-LESEN 2 1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN

23

Gaambar 3 – Hasil Carian i-Lesen

Page 24: INOVASI SISTEM i-LESEN (FASA 1) - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1072-sistem-i-lesen.pdf · LAPORAN INOVASI i-LESEN 2 1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN

24

Lampiran 1

CARTA STRUKTUR PELAKSANA

JAWATANKUASA PEMANDU

PASUKAN PROJEK MBMB

PASUKAN JURURUNDING

PEMBANGUNAN APLIKASI RANGKAIAN SOKONGAN TEKNIKAL

Page 25: INOVASI SISTEM i-LESEN (FASA 1) - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1072-sistem-i-lesen.pdf · LAPORAN INOVASI i-LESEN 2 1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN

25

Lampiran 2

JADUAL PELAKSANAAN

MINGGU 1 2 3 4 5 6 7 8

1. PROJEK MULA X

- Pembentukan komiti

- Pasukan projek

2. KAJIAN SISTEM X X

- Pemerhatian sistem sedia ada

- Soal selidik dengan Pengguna

3. REKABENTUK SISTEM X X

4. SPESIFIKASI FUNGSI SISTEM

X X

5. PEMBANGUNAN / MODIFIKASI SISTEM

X X X X

- Modul-modul

6. PENGHANTARAN / PEMASANGAN

X X

7.PENGUJIAN i-LESEN X

8. LATIHAN X

9. PELAKSANAAN X

- Live run

- Pengurusan projek

Page 26: INOVASI SISTEM i-LESEN (FASA 1) - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1072-sistem-i-lesen.pdf · LAPORAN INOVASI i-LESEN 2 1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN

26

Lampiran 3

TOPOLOGI SISTEM

PELANGGAN

SISTEM i-LESEN - Cukai Taksiran Harta

- Lesen - Sewa Gerai

- Kompaun Penguatkuasa - Kompaun Letak Kereta

SISTEM LOGINS

SERVER ONLINE

SERVER KOMPAUN

LETAK KERETA

SERVER KOMPAUN

PENGUATKUASA

SERVER FPX

Page 27: INOVASI SISTEM i-LESEN (FASA 1) - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1072-sistem-i-lesen.pdf · LAPORAN INOVASI i-LESEN 2 1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN

27

Lampiran 4

CARTA ALIR PROSES I-LESEN

PELANGGAN KE KAUNTER

PELESENAN

PETUGAS KAUNTER MEMBUAT CARIAN SAMADA MENGGUNAKAN NO. KAD PENGENALAN/ NOMBOR

AKAUN/ NAMA/ NAMA SYARIKAT/ ALAMAT

MAKLUMAT DIJUMPAI?

tidak

MEMAPARKAN SENARAI AKAUN-AKAUN YANG MEMPUNYAI MYID YANG SAMA

(NO.KAD PENGENALAN)

ya

SEKIRANYA ADA TUNGGAKAN, PELANGGAN DIMINTA UNTUK

MENJELASKAN TUNGGAKAN TERSEBUT

SELEPAS TUNGGAKAN DIJELASKAN, PELANGGAN BOLEH MEMPERBAHARUI

LESEN PERNIAGAAN MEREKA

TAMAT

Page 28: INOVASI SISTEM i-LESEN (FASA 1) - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1072-sistem-i-lesen.pdf · LAPORAN INOVASI i-LESEN 2 1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN

28

QR Code

Tandatangan pengarah yang

telah diimbas dan dicetak

Lampiran 5

Lampiran 5