laporan inovasi nama kementerian -...

13
LAPORAN INOVASI Nama Kementerian : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Nama Jabatan : Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Perak Nama Inisiatif Inovasi : Network Alert system ( N.A.S) 1. Ringkasan Inovasi Pelaksanaan Hasil Inovasi Metadologi pelaksanaan inovasi mengguna cara yang berikut. i) Kajian Kebolehlaksanaan ii) Pengumpulan maklumat iii) Rekabentuk antara muka iv) Pengujian dan penggunaan Pelaksanaan hail inovasi dilakukan dengan mengambil kira kemampuan untuk melaksanakan inovasi dengan menggunakan kos yang minimum, penjimatan masa semasa kerja reka bentuk, bilangan tenaga kerja yang terhad dan idea yang boleh diterima serta relevan dengan kehendak semasa. Kajian dilaksanakan untuk mengenal pasti metodologi terbaik yang boleh digunapakai untuk mengesan gangguan teknikal pada sistem rangkaian server RAS di PerakFM. Network Alert System (N.A.S.) ialah satu pembaharuan yang diperkenalkan oleh Jabatan Penyiaran Negeri Perak untuk mendepani arus perubahan dan ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masa kini. Mengutamakan kepantasan mengesan dan membaik pulih kegagalan sistem rangkaian , Sistem ini dibina dengan mengutamakan pemantauan ketersediaan rangkaian, bandwidth rangkaian dan penggunaan rangkaian. Ditambah baik dengan sistem amaran dan pemberitahuan (alert & alarm system) melalui dua kaedah iaitu melalui alarm di sistem server N.A.S. dan melalui telefon pintar (smartphone). Bagi proses penyemakan status rangkaian LAN sebelum dan selepas pelaksanaan sistem N.A.S. sila rujuk lampiran 1 A Sistem Inovasi memudahkan proses penyemakan status rangkaian dengan menyahfungsikan hampir 20 aktiviti secara automatik. Sistem Network Alert System (N.A.S.) PerakFM adalah satu sistem yang membolehkan pengesanan sebarang gangguan teknikal pada rangkaian RAS dan pemberitahuan melalui sistem amaran dan ditambah baik melalui peranti telefon pintar Android. Perisian ini dibangunkan oleh kakitangan Jabatan Penyiaran Negeri Perak dengan menggunakan sumber sedia ada.

Upload: doankhue

Post on 16-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN INOVASI

Nama Kementerian : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Nama Jabatan : Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Perak

Nama Inisiatif Inovasi : Network Alert system ( N.A.S)

1. Ringkasan Inovasi

Pelaksanaan Hasil Inovasi

Metadologi pelaksanaan inovasi mengguna cara yang berikut.

i) Kajian Kebolehlaksanaan

ii) Pengumpulan maklumat

iii) Rekabentuk antara muka

iv) Pengujian dan penggunaan

Pelaksanaan hail inovasi dilakukan dengan mengambil kira kemampuan untuk

melaksanakan inovasi dengan menggunakan kos yang minimum, penjimatan

masa semasa kerja reka bentuk, bilangan tenaga kerja yang terhad dan idea

yang boleh diterima serta relevan dengan kehendak semasa. Kajian

dilaksanakan untuk mengenal pasti metodologi terbaik yang boleh digunapakai

untuk mengesan gangguan teknikal pada sistem rangkaian server RAS di

PerakFM.

Network Alert System (N.A.S.) ialah satu pembaharuan yang diperkenalkan oleh

Jabatan Penyiaran Negeri Perak untuk mendepani arus perubahan dan ledakan

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masa kini.

Mengutamakan kepantasan mengesan dan membaik pulih kegagalan sistem

rangkaian , Sistem ini dibina dengan mengutamakan pemantauan ketersediaan

rangkaian, bandwidth rangkaian dan penggunaan rangkaian. Ditambah baik

dengan sistem amaran dan pemberitahuan (alert & alarm system) melalui dua

kaedah iaitu melalui alarm di sistem server N.A.S. dan melalui telefon pintar

(smartphone).

Bagi proses penyemakan status rangkaian LAN sebelum dan selepas

pelaksanaan sistem N.A.S. sila rujuk lampiran 1 A Sistem Inovasi memudahkan

proses penyemakan status rangkaian dengan menyahfungsikan hampir 20

aktiviti secara automatik. Sistem Network Alert System (N.A.S.) PerakFM adalah

satu sistem yang membolehkan pengesanan sebarang gangguan teknikal pada

rangkaian RAS dan pemberitahuan melalui sistem amaran dan ditambah baik

melalui peranti telefon pintar Android. Perisian ini dibangunkan oleh kakitangan

Jabatan Penyiaran Negeri Perak dengan menggunakan sumber sedia ada.

2. Latar Belakang

Siaran radio PerakFM merupakan siaran berbahasa Melayu dan bersiaran

selama 18 jam sehari dari jam 6.00 pagi hingga jam 12.00 tengah malam.

PerakFM adalah siaran khusus bagi pendengar Negeri Perak yang dipancarkan

menggunakan gelombang FM ke seluruh Negeri Perak melalui 6 frekuensi

tersendiri bergantung kepada faktor geografi sesuatu kawasan liputan. Bahan

audio untuk siaran dimainkan melalui sistem perisian automasi Netia yang

dihubungkan menggunakan rangkaian LAN (Local Area Network) dari sistem

pelayan-pelanggan (client-server system)

Untuk proses bahan audio ke udara melibatkan 4 proses iaitu proses acquisition

(proses memindahkan bahan audio ke dalam server), proses suntingan,

penjadualan (proses perancangan) dan proses terakhir iaitu on-air. Untuk

memainkan bahan audio ke udara secara langsung, perisian Netia iaitu AirDDO

(On Air Direct Drive Optical) yang diletakkan di sebuah terminal komputer di

dalam konti (bilik siaran) mengambil bahan dari bilik server. Ini menunjukkan

perkaitan antara server dan workstation on-air yang melalui sistem LAN bagi

sistem automasi radio (RAS) RTM Perak.

Rajah 1 : Sistem Automasi radio (RAS)

Sering kali bahan audio dari server tidak dapat dipindahkan ke perisian Netia

AirDDO di konti disebabkan oleh tiada respon daripada audio browser (library)

melalui sistem LAN. Perkara ini adalah perkara yang biasa berlaku dalam client-

server system kerana terdapat banyak aktiviti yang berlaku di belakang tabir

sistem rangkaian. Kita sebagai pengguna tidak dapat mengetahui apa yang

MULA

KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN

PENGUMPULAN MAKLUMAT

REKABENTUK ANTARAMUKA &

PEMASANGAN

PENGUJIAN DAN PENGGUNAAN

PERISIAN

TAMAT

berlaku mahupun menjangka bila ianyanya akan berlaku. Jadi satu jalan

penyelesaian perlu diperolehi.

3. Kumpulan Sasar dan Skop Liputan

Kumpulan Sasar

Projek Inovasi ini menyasarkan kepada juruhebah yang bersiaran di konti dan

kakitangan teknikal di Bilik Kawalan Pusat (MCR) Radio RTM Perak.

Skop Liputan

Projek inovasi ini difokuskan di Bilik Kawalan Pusat (MCR) Radio RTM Perak,

konti siaran radio dan sekitar premis RTM Perak (menggunakan WiFi khusus).

4. Objektif / Tujuan inisiatif

Objektif Inovasi yang dijalankan adalah bertujuan:

i. Menyelesaikan gangguan teknikal rangkaian pada sistem RAS.

ii. Meningkatkan kualiti perkhidmatan selaras perkembangan teknologi

semasa seterusnya meningkatkan imej Jabatan.

iii. Menyasarkan sifar gangguan bagi siaran radio ke udara.

iv. Meningkatkan kualiti modal insan di kalangan pekerja.

5. Penerangan mengikut kriteria projek seperti berikut

a) Kreativiti

i. Pelaksanaan Hasil Inovasi

Metadologi pelaksanaan inovasi mengguna cara yang berikut.

ii. Kajian Kebolehlaksanaan

Kajian dilakukan dengan mengambil kira kemampuan untuk melaksanakan

inovasi dengan menggunakan kos yang minimum, penjimatan masa semasa

kerja reka bentuk, bilangan tenaga kerja yang terhad dan idea yang boleh

diterima serta relevan dengan kehendak semasa.

Kajian dilaksanakan untuk mengenal pasti metodologi terbaik yang boleh

digunapakai untuk mengesan gangguan teknikal pada sistem rangkaian

server RAS di PerakFM.

Kajian dan maklumat dicari menggunakan rujukan melalui laman web seperti

:

a) http://www.wikibooks.org melalui tajuk Open System Interconnection

b) http://www.wikipedia.com melalui tajuk Transport Layer

c) http://searchnetworking.techtarget.com

d) http://tutorialspoint.com melalui tajuk Error Control

e) http://technet.microsoft.com melalui tajuk Database File Initialisation

iii. Pengumpulan Maklumat

Maklumat dikumpul dengan mencari alternatif terbaik untuk mengesan

gangguan teknikal pada bilik siaran radio. Dua cara utama telah dikenal pasti

iaitu dengan mereka bentuk perkakasan (hardware) dan menggunakan

perisian (software) sedia ada di pasaran. Memandangkan proses reka bentuk

perkakasan memerlukan kemahiran yang tersendiri, keputusan telah diambil

untuk menggunakan alternatif yang kedua.

Antara perisian yang dapat dikenal pasti ialah :

a) Microsoft Performance Monitor

b) Microsoft Network Monitor

c) NetWorx (www.softperfect.com)

d) TCP Monitor (www.tcpip.com)

e) PRTG Network Monitor (www.paessler.com)

Perisian yang dapat memenuhi keperluan kajian kebolehlaksanaan ialah

perisian PRTG Network Monitor berdasarkan analisis berikut :

Rajah 2 : Perbandingan Berdasarkan Spesifikasi Perisian Bagi Tujuan Pemilihan

iv. Rekabentuk Antaramuka & Pemasangan

Sebelum penggunaan aplikasi N.A.S., perisian PRTG Network Monitor perlu

dimuat turun dan dikonfigurasikan terlebih dahulu. Proses konfigurasi ini

dilakukan oleh kakitangan teknikal RTM Perak seperti penerangan pada

gambarajah di bawah :

Rajah 3 : Proses Muat Turun dan Installasi

Perisian

Pantau Installasi di luar PC

yang hendak

dipantau

Ale

rt

Ala

rm

Lebih satu kumpulan

dalam rangkaian

parameter penggunaan

dan bandwidth

trafik dan prestasi

database

dari luar

sistem

Performance Monitor

Microsoft Network Monitor

PRTG Network Monitor

NetWorx

TCP Monitor

Rajah 4 : Paparan Default (Asas) Perisian

Rajah 5 : Paparan sebenar (GUI) N.A.S PerakFm

Rajah 6: Spesifikasi Perkakasan (hardware) & Proses Installasi PRTG

Rajah 7 : Aplikasi N.A.S boleh dicapai melalui Telefon Pintar Android

Rajah 8 : Carta Alir Penggunaan PRTG Ke Sistem Rangkaian

v. Pengujian dan Penggunaan Perisian

Rajah 9 : Modus Operandi Pemasangan dan Pengujian N.A.S.

Rajah 10 : Penerangan Cara N.A.S. Beroperasi

b) Keberkesanan

i. Perbandingan Sebelum dan Selepas Sistem Ini Dilaksanakan.

Data menunjukkan penurunan aduan daripada juruhebah berkaitan

masalahgangguan teknikal di bilik siaran. Data diambil dari bulan Mac

sehingga Ogos yang mencakupi tempoh 3 bulan sebelum dan selepas

pelaksanaan N.A.S.

Rajah 11 : Analisa gangguan Sebelum dan Selepas projek

ii. Penjimatan Kos Pemasangan

Rajah 12 : Jadual Perbandingan Kos rekacipta berbanding konsultansi

c. Relevan

Projek inovasi ini bersesuaian sekali dengan penggunaan sistem automasi

radio Perakfm yang berkonsepkan rangkaian client-server. N.A.S adalah satu

cara pemantauan rangkaian yang sangat berkesan. Ia juga satu applikasi

rangkaian yang dapat memaklumkan gangguan yang berlaku dalam sistem

rangkaian. Dengan ini harapan kepada pengurusan prestasi rangkaian yang

baik akan dapat dicapai.

i. Penjimatan Masa Operasi Pembaikan (Troubelshoot)

Network Alert System (N.A.S.) PerakFM merupakan cara penyelesaian bagi

meminimumkan pengambilan masa bagi proses troubleshooting gangguan

sistem rangkaian di RTM Perak.

N.A.S. akan terus memberikan amaran dan pemberitahuan awal untuk

tindakan serta merta bagi mencegah gangguan teknikal rangkaian yang lebih

besar.

ii. Pengendalian Teknikal Yang Lebih Mudah dan Profesional

d) Signifikan

Sistem ini telah terbukti berkesan dari segi penurunan aduan dan kepuasan

hati pelanggan meletakkan perkhidmatan teknikal di RTM Perak berada pada

satu aras yang lebih tinggi dari sebelum ini.

i) Membantu usaha Jabatan dalam mencapai Misi, Visi dan Objektif.

ii. Impak kepada Jabatan, Pelanggan dan Negara

Preliminary (Jabatan)

a) Mesra pengguna – semua peringkat kakitangan dapat akses sistem

tersebut.

b) KPI (Key Performance Indicator) Jabatan dapat dipenuhi, mengelakkan

gangguan masa siaran ke udara dengan matlamat sifar gangguan siaran

ke udara.

c) Sistem yang dibangunkan adalah merupakan produk kebanggaan

jabatan.

Intermediate (Pelanggan / Organisasi)

a) Mengurangkan aduan gangguan teknikal berkaitan rangkaian dari

pelanggan dalaman (juruhebah).

b) Penyelenggaraan di mana petugas teknikal boleh bertindak dengan

segera dan dapat mengurangkan kadar masa yang diambil untuk

mengenal pasti dan memperbaiki masalah.

Tinggi (Negara)

Inovasi ini membantu dengan mengurangkan gangguan siaran radio ke udara

dan secara langsung akan meningkatkan fokus dan kualiti penyampai radio

bersiaran. Apabila kualiti siaran dan penyampai di tahap terbaik ia akan

menarik minat pendengar untuk mendengar PerakFM dan secara tidak

langsung mesej-mesej Kerajaan dapat disalurkan dengan tepat dan

berkesan.

6. Pencapaian dan Pengiktirafan yang diperolehi

i) Naib johan Pertandingan Inovasi Terbaik Peringkat Kementerian

Komunikasi dan Multimedia Malaysia tahun 2014.

ii) Naib Johan Pertandingan Kumpulan Inovatif & Kreatif Peringkat

Kementerian Komunikasi dan Multimedia 2014.

iii) Johan Pertandingan Kumpulan Inovatif & Kreatif Peringkat Zon Utara

Jabatan Penyiaran Malaysia 2014.