1. pengenalan - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/259-titis-adp-turdimet.pdf ·...

34
1 1. PENGENALAN 1.1 Pengenalan Mengenai Agensi Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang Darul Makmur yang diketuai oleh Pegarah JBA Pahang mula beroperasi pada 1 Januari 1993 setelah berpecah daripada Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang di bawah peruntukan Enakmen Bekalan Air Negeri Pahang 1982 serta merupakan agensi Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur. Struktur bahagian yang beroperasi adalah seperti berikut :- i. Pengeluaran ii. Agihan iii. Pembangunan iv. Kewangan & Kewangan v. Pengurusan Hasil vi. Pentadbiran & Sumber Manusia vii. Khidmat Perlanggan viii. Korporat ix. Mekanikal x. Elektrikal xi. Kontrak & Ukur Bahan Jabatan ini adalah merupakan Organisasi Membekal Air Bersih dalam memenuhi kepuasan pelanggan dari segi membekal air bersih kepada pengguna. Mengutip hasil bekalan air dan penguatkuasaan bagi kerajaan Negeri termasuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Air Penjana Pembangunan merupakan tema yang menyeluruh di mana air adalah sumber untuk pembangunan insan dan industri bagi Negeri Pahang Darul Makmur. Inovasi ini dihasilkan oleh Bahagian Agihan yang berfungsi mengawasi dan menjalankan Aktiviti Penyelanggaraan, Operasi Sistem Agihan termasuk Kawalan Air tidak berhasil (NRW) . Dalam proses membekal air yang konsisten dari segi kuantiti dan kualiti serta aktiviti proses kerja penyelenggaraan sistem agihan yang efisyen bagi memenuhi kepuasan pelanggan.

Upload: vocong

Post on 06-Feb-2018

243 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

1

1. PENGENALAN

1.1 Pengenalan Mengenai Agensi

Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang Darul Makmur yang diketuai oleh

Pegarah JBA Pahang mula beroperasi pada 1 Januari 1993 setelah

berpecah daripada Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang di bawah

peruntukan Enakmen Bekalan Air Negeri Pahang 1982 serta merupakan

agensi Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur.

Struktur bahagian yang beroperasi adalah seperti berikut :-

i. Pengeluaran

ii. Agihan

iii. Pembangunan

iv. Kewangan & Kewangan

v. Pengurusan Hasil

vi. Pentadbiran & Sumber Manusia

vii. Khidmat Perlanggan

viii. Korporat

ix. Mekanikal

x. Elektrikal

xi. Kontrak & Ukur Bahan

Jabatan ini adalah merupakan Organisasi Membekal Air Bersih dalam

memenuhi kepuasan pelanggan dari segi membekal air bersih kepada

pengguna. Mengutip hasil bekalan air dan penguatkuasaan bagi

kerajaan Negeri termasuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

“Air Penjana Pembangunan ” merupakan tema yang menyeluruh

di mana air adalah sumber untuk pembangunan insan dan industri bagi

Negeri Pahang Darul Makmur.

Inovasi ini dihasilkan oleh Bahagian Agihan yang berfungsi mengawasi

dan menjalankan Aktiviti Penyelanggaraan, Operasi Sistem Agihan

termasuk Kawalan Air tidak berhasil (NRW) . Dalam proses membekal air

yang konsisten dari segi kuantiti dan kualiti serta aktiviti proses kerja

penyelenggaraan sistem agihan yang efisyen bagi memenuhi kepuasan

pelanggan.

2

Kumpulan Inovasi Dan Kreatif ditubuhkan pada 12 Julai 2008 dianggotai

7 orang ahli kumpulan TITIS 08, terdiri daripada kakitangan sokongan

bertugas di beberapa bahagian di JBA Daerah Kuantan, Pahang Darul

Makmur.

Dari kesanambungan aktiviti projek tersebut 4 orang ahli kumpulan TITIS 08

telah dipilih untuk mewakili Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang ke

Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Pahang tahun 2011 di ketuai oleh

Encik Ahmad Azam bin Mohamed Juruteknik J22 Bahagian Agihan Ibu

Pejabat JBA Negeri Pahang.

Ahli – ahli kumpulan dipilih seperti berikut :-

i. Ahmad Azam bin Mohamed - Bahagian Agihan IPJBA Pahang

ii. Rahimi bin Ramli - Bahagian Pengeluaran JBA Ktn

iii. Md. Rasidi bin Ibrahin - Bahagian Agihan JBA Ktn

iv. Mohamed Faidzi bin Mohd Sitah - Bahagian Pengurusan Hasil

JBA Ktn

v. Kamaruddin bin Sudin - Bahagian Pengurusan Hasil JBA Ktn

Kumpulan ini berperanan sebagai satu Pasukan Kerja yang terdapat di

dalam Struktur Pengurusan Kualiti dan berfungsi untuk membuat kajian

terperinci dengan menggunakan teknik-teknik dan alat penyelesaian

masalah / penambaikan secara bersistematik berkualiti, semasa

menjalankan aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah yang dihadapi.

Logo Kumpulan TITIS 08

Motto Kumpulan : GERAK KERJA BERINOVATIF DAN KREATIF

3

Etika Kumpulan:

i. Kebolehan serta bijak menyelesai masalah dalam kumpulan.

ii. Mempunyai daya pemikiran kreatif dan inovatif.

iii. Semangat dedikasi bekerja secara berkumpulan.

iv. Amanah serta jujur dan intergeriti dalam melaksanakan

tugas.

v. Menepati, menghargai masa dan janji.

vi. Berdisiplin dan berhemah tinggi

vii. Kos kerja yang seminima mungkin

Objektif Dan Matlamat Kumpulan:

i. Memberi komitmen dan pandangan yang jujur ke arah

kebaikan

ii. Meningkatkan daya pemikiran kreatif dan inovatif

iii. Meningkatkan ilmu pengetahuan dan pembelajaran baru

kepada kumpulan.

iv. Berpadu tenaga di dalam meningkatkan kecemerlangan

produktiviti Jabatan.

v. Meningkatkan nilai dan mutu kerja bagi menepati Piagam

Pelanggan.

vi. Kesedaran tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan,

jabatan pejabat dan Negara.

vii. Meningkatkan kecemerlangan dan keupayaan kumpulan

yang berdaya saing.

4

Carta Ahli Kumpulan TITIS 08

AHMAD AZAM MOHAMED

JURUTEKNIK AGIHAN

IBU PEJABAT JBA PAHANG

RAHIMI RAMLI

JURUTEKNIK

PENGELUARAN

JBA KUANTAN

MOHD FAUDZI MOHD SITAH

KETUA PEMBACA METER

BHG PENGURUSAN HASIL

JBA KUANTAN

KAMARUDIN SUDIN

TUKANG K 3 (UPK)

BHG PENGURUSAN HASIL

JBA KUANTAN

MD. RASIDI IBRAHIM

TUKANG K 3

BHG AGIHAN

JBA KUANTAN

5

Dari proses pemilihan masalah yang telah dibuat menggunakan Carta

Analisa Faedah didapati masalah yang paling kritikal ialah Kelewatan

pengisian dan pengiraan air ke dalam tangki air lori tangki semasa

bekalan air terputus untuk diselesaikan oleh kumpulan. Hasil dari kajian

yang telah dijalankan ke atas masalah paling kritikal maka lahirlah

cadangan penyelesaian menggunapakai Inovasi TITIS ADP TERDIMET bagi

menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Inovasi ini juga perlu direalisasikan kerana ianya berkaitan dengan :-

i. Piagam Pelanggan Jabatan dari segi :

i. Pelanggan akan diberi layanan yang mesra dan saksama

ii. Notis kepada catuan atau pun gangguan berjadual akan

dimaklumkan 3 hari sebelum

iii. Kerosakan paip (yang menyebabkan gangguan bekalan)

yang bersaiz dari 200mm akan dibaiki dalam tempoh 1 hari

manakala yang bersaiz melebihi 200mm dibaiki dalam

masa 24 jam.

( Piagam Pelanggan Jabatan seperti di lampiran A )

ii. Misi

i. Mengurus sistem bekalan air dengan menggunakan

amalan-amalan terbaik

ii. Menjadikan NRW (Penurunan) sebagai pengukur

kecekapan operasi

( Misi Jabatan seperti di lampiran B )

iii. Visi

MENJADI PENYEDIA PERKHIDMATAN

BEKALAN AIR BERTARAF DUNIA

( Visi Jabatan seperti di lampiran C )

6

iv. Manual Prosedur Kerja :

Proses kerja : Aktiviti proses pengisian air ke dalam tangki air lori tangki

dari segi :

i. Tukang Kadar - Mengawal aliran /tekanan air

melalui sluice valve.

- Aktiviti kerja penyelenggaraan.

pembaikan ke atas komponen peralatan

penyaluran bekalan air .

ii. Pembaca Meter - Menjalankan proses kerja pengiraan

bekalan air.

- Mengukur paras air dalam tangki.

- Mengukur luas tangki.

Mengira isipadu air dalam tangki.

( Manual Prosedur Kerja seperti dilampiran D1,D2 )

iii. Garis Panduan Pengauditan Air Tidak Berhasil (NRW) Jabatan Audit

Negara Malaysia Bab B Air Tidak Berhasil ( Non-Revenue Water).

B4.2.2 Penggunaan Yang Tidak Dibilkan.

Terdapat dua (2) komponen penggunaan yang tidak dapat

dibilkan.

B4.2.2.2 Penggunaan Tanpa Meter Yang Tidak Dibilkan

Kategori ini lazimnya untuk penggunaan pili bomba bagi tujuan

latihan dan memadam kebakaran termasuk kerja flushing iaitu

pembersihan sesalur secara berkala dan pembersihan selepas

pembaikan paip pecah. Kuantiti air yang digunakan bergantung

kepada aliran alir dan tempoh masa penggunaan. Kuantiti

penggunaan air ini diukur menggunakan formula yang ditetapkan

tetapi tidak dikenakan caj.

( Pekara B42.2 seperti dilampiran E)

7

1.2 Pengenalan Mengenai Inovasi

1.2.1 Penerangan Projek Inovasi Yang Dihasilkan

Ianya adalah berdasarkan setelah penemuan lima sebab utama yang

kritikal kepada masalah Kelewatan pengisian dan pengiraan air di dalam

tangki air lori tangki yang telah dianalisa menggunapakai Analisa Sebab

Akibat berasaskan rerifikasi sebab-sebab dan Konsep Pareto 80 : 20.

Rajah Isihawa III (Rajah Sebab Akibat)

Sebab-sebab yang telah ditentukan iaitu :

i. Adaptor bocor - Faktor alat / mesin

ii. Seal rosak (pelapit getah) - Faktor alat / mesin

iii. Ukuran muatan - Faktor manuasia

iv. Kawal sluice valve - Faktor manusia

v. Tangki berbeza - Faktor persekitaran

Hasil dari sesi percambahan fikiran ( brainstorming ) yang telah dijalankan

oleh ahli-ahli kumpulan bagi mendapatkan cadangan penyelesaian

terbaik keatas lima sebab utama yang kritikal kepada masalah

berpandukan lembaran semakan, anggaran kos dan masa, rajah pokok

matrik dan rajah perhubungan/ relation diagram didapati Inovasi TITIS

ADP TURDIMET adalah merupakan cadangan penyelesian terbaik dan

amat praktikal untuk digunapakai.

ALAT/MESIN MANUSIA

PERSEKITARAN

Kelewatan

pengisian

dan pengiraan

air didalam

tangki air

lori tangki

Seal rosak

Adaptor

bocor

Ukur

muatan

Tangki

berbeza

Kawal

sluice

valve

8

1.2.2 Ciri-ciri Projek Inovasi

Inovasi TITIS ADP TURDIMET adalah merupakan rekabentuk peralatan

terdiri daripada gabungan beberapa komponen peralatan (alat ganti ),

ada dipasaran tempatan dan selalu digunapakai oleh jabatan.

Komponen peralatan ditempah khas di bengkel tempatan yang mana

ianya boleh digunapakai/dikendalikan dengan senang, mudah dan

efisyen oleh pekerja tidak mahir.

Komponen peralatan siap dikimpal serta dipasang

KOMPONEN-KOMPONEN PERALATAN

Komponen peralatan

ganti ada

dipasaran

Komponen peralatan

ganti ada

dipasaran

TITIS ADP TURDIMET

Komponen peralatan

ditempah khas

di bengkel kejuruteraan

tempatan

Komponen peralatan

ditempah khas

di bengkel kejuruteraan

tempatan

Komponen peralatan

dibeli dipasaran

Komponen peralatan ditempah

khas dibengkel kejuruteraan

tempatan

9

1.2.3 Objektif Projek Inovasi

Berdasarkan kepada % anggaran pengurangan dari jumlah purata masa

sebab-sebab utama yang kritikal kepada masalah yang boleh

dikurangkan oleh ahli kumpulan.

Jadual Anggaran Pengurangan Jumlah Purata Masa Sebab-Sebab

Utama Yang Kritikal.

Sebab-Sebab

Jumlah Purata

Masa

(minit)

% anggaran

Penguran

gan Ahli

Kumpulan

Jumlah

Pengurang

an

(Minit)

1. Tangki berbeza 7.87 20% 1.57

2. Seal rosak 7.73 100% 7.73

3. Kawal sluice valve 7.50 50% 3.75

4. Ukur muatan 7.33 20% 3.67

5. Adaptor bocor 1.20 100% 1.20

Jumlah 31.63 17.92

Dari jadual anggaran pengurangan jumlah purata masa sebab-sebab

utama yang kritikal. Kumpulan telah menetapkan sasaran dan objektif

projek adalah berdasarkan jumlah purata masa yang boleh dikurangkan

untuk menyelesaikan Kelewatan pengisian dan pengiraan air didalam

tangki air lori tangki.

“UNTUK MEMPERCEPATKAN PENGISIAN DAN

PENGIRAAN AIR DIDALAM TANGKI AIR LORI TANGKI

DARI 31.63 MINIT KEPADA 17.92 MINIT”

10

1.2.4 Tempoh Perlaksanaan Inovasi

Bermula dari cadangan penyelesaian sehinggalah berakhir kepada

ujicuba kedua selama 7½ bulan iaitu :

Minggu kedua Ogos 2008 hingga akhir Mac 2009

1.2.5 Lokasi Perlaksanaan Inovasi Dan Maklumat-maklumat Lain Yang

Berkaitan.

Ibu Pejabat Ibu Pejabat,

` Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang

Bandar Indera Mahkota

25582 KUANTAN.

Kumpulan / Jabatan Perlaksanaan Inovasi.

Kumpulan TITIS 08,

Pejabat Jurutera Daerah,

Jabatan Bekalan Air Kuantan,

KM. 2, Jalan Sungai Lembing,

25200 KUANTAN.

Tapak Ujicuba Perlaksanaan Inovasi

Taman Bandar Indera Mahkota,

Kuantan

11

2. SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN

2.1 Perbandingan Mengenai Kaedah/Sistem Yang Digunakan

Ciri-ciri

Sebelum Inovasi

Ciri-ciri

Selepas Inivasi

1. Adaptor selalu

bocor dan

pembaikan segera

perlu dilakukan.

1. Female thread

adaptor c/w

handle tidak bocor

dan pembaikan

segera tiada.

2. Perlu mengukur

tangki air lori tangki

bagi penentuan

pengiraan isipadu

bekalan air yang

dibekalkan.

2. Tidak perlu

mengukur tangki

air lori tangki dan

semua penentuan

pengiraan bekalan

air melalui meter.

3. Pengawalan

aliran air sukar

dikawal melalui

sluice valve pili

bomba sediada.

3. Pengawalan

aliran air mudah

dengan

menggunakan

Landing valve.

4. Kekerapan

berlakunya

limpahan

pembaziran air

semasa pengisian

air kedalam tangki

air lori tangki.

4. Tiada lagi

berlaku limpahan

pembaziran air

semasa pengisian

air ke dalam tangki

air lori tangki.

5. Data-data maklumat pengiraan

bekalan air pada borang

berasaskan pengiraan formula

isipadu.

( seperti dilampiran F. )

5. Data-data maklumat pengiraan

bekalan air pada borang

berasaskan pengiraan bacaan

meter.

( seperti dilampiran G. )

12

Masalah-masalah Yang Dihadapi

1. Adaptor pili bomba yang digunapakai

untuk menyalurkan air dari pili bomba ke

dalam tangki air lori tangki sering bocor

dan rosak.

2. Aktiviti proses mengenalpasti kerosakan

adaptor semasa membuka sluice valve

menyebabkan pekerja basah dan tidak

selesa untuk meneruskan tugas.

3. Kerja penyelenggaraan pembaikan

segera perlu dilakukan ke atas kerosakan

komponen peralatan yang digunapakai.

4. Rekabentuk tangki air lori tangki berbeza,

terdapat bentuk bujur (eliptical) dan

bulatan (silinder). Ukuran paksi tinggi, paksi

lebar dan panjang berbeza,

menyebabkan kelewatan pengiraan

bekalan air (M3) di dalam tangki air lori

tangki.

5. Tiga orang Tukang Kadar/Pekerja Awam

diperlukan untuk untuk mengukur saiz

tangki air lori tangki iaitu ukuran paksi

tinggi, paksi lebar, panjang dan paras air

dalam tangki air bagi setiap lori tangki air.

13

2.3 Carta Aliran Kerja Sebelum dan Selepas Inovasi Dihasilkan dan

Makluamat-maklumat Lain Yang Berkaitan

( seperti dilampiran H. )

3. KRITERIA PENILAIAN

Idea

Cetusan idea rekacipta inovasi ini adalah dari ahli kumpulan TITIS 08 yang

berpengalaman dan mahir dalam tugas harian yang berkaitan dengan

inovasi yang dihasilkan di jabatan.

3.1 Kreativiti

Dalam merialisasikan projek inovasi merekacipta rekabentuk TITIS ADP

TURDIMET konsep asas rekabentuk dicadangkan oleh ahli kumpulan iaitu :

3.1.1 Kaedah Penggunaan Bulk Meter.

i. Ianya ada dijual dipasaran tempatan dalam

berbagai saiz dan jenama

ii. Bulk meter mudah dibaca dengan tepat

iii. Kos penyelenggaraan pembaikan kurang /

rendah

Kumpulan mencadangkan penggunaan bulk meter yang dipraktikkan

di kawasan permis taman perumahan atau kompleks bangunan dan

premis Industri mengikut spesifikasi jabatan sediada dalam proses kerja

penentuan atau pengiraan melalui bacaan pada bulk meter.

Spesifikasi jabatan sediada perlu dipatuhi ?

a. Pemaju Taman Perumahan atau Kompleks Bangunan

Jumlah kuantiti bekalan air keseluruhan yang hendak

dibekalkan.

Jumlah tempoh masa penggunaan bekalan air yang

diperlukan.

b. Jurutera Perunding ( Consultant )

14

Pemeriksaan data penentuan bagi saiz Bulk Meter berasaskan

data jumlah kuantiti dan tempoh masa bekalan air dari

pemaju.

c. Syarikat Pembekal Bulk Meter

Membuat penentuan saiz bulk meter berasaskan daripada

laporan pemeriksaan penentuan dan pengesahan yang

disediakan oleh Jurutera Perunding ( Consultant ).

d. Jabatan Bekalan Air.

Melakukan pemeriksaan dan pemantauan pemasangan bulk

meter di tapak kerja.

3.1.2 Kaedah Sambungan Bebenang ( Threads system joint )

i. Pemasangannya adalah mudah dan

senang.

ii. Tidak mudah bocor semasa

penggunaan dan kerja

penyelenggaraan tiada.

iii. Kos penyelenggaraan pembaikan

kurang / rendah.

Cadangan kedua adalah merupakan kaedah pemasangan meter air

(volumetric cold water meter) di permis perumahan atau kompleks

bangunan yang mana komponen peralatan (end fitting) pada stand

meter.

3.1.3 Rasionalnya penggunaan konsep asas rekabentuk yang

dicadangkan ?

i. 50mm.dia nipple pili bomba sediada juga

menggunakan kaedah sambungan

bebenang (thread system joint).

15

ii. Peralatan penyambungan adaptor yang

menggunakan kaedah sambungan

bebenang (thread system joint) boleh

dibuat dipasaran tempatan.

iii. Muatan bekalan air (M3) secara manual

melalui bacaan bulk meter adalah mudah

dan tepat serta efektif.

Hasil Inovasi ( Output )

Kualiti peralatan yang direkabentuk akan melalui proses ujicuba dan

penambahbaikan semasa percubaan supaya terus digunapakai tanpa

perlu diubahsuai oleh agensi lain dalam menjalankan aktiviti

perkhidmatan berasaskan sumber bekalan air.

3.2 Tahap Perlaksanaan

3.2.1 Langkah-langkah membuat komponen peralatan Inovasi TITIS

ADP TURDIMET

i. Sediakan pelan rekabentuk peralatan penyambung

(adaptor) dan sistem pemasangan peralatan ( No. Pelan

10/TITIS/08/01/JBA/PHG )

ii. Dalam penentuan kesesuaian saiz bulk-meter untuk

digunapakai berdasarkan khidmat nasihat oleh ahli

kumpulan TITIS 08. Perbincangan dengan Jurutera Operasi

JBA Daerah Kuantan dan Bahagian Pembekalan Stor JBA

untuk memilih bulk meter yang sesuai untuk digunapakai

iaitu GKM Helix Woltmann cold water meters 50mm.

(Ringkasan Data Kajiselidik seperti di lampiran I dan Brouser GKM Helix

Woltmann cold water meters di lampiran J 1,2,3,4 & 5 )

16

Aliran proses kerja penentuan Saiz Bulk Meter

Proses

brainstorming

Pandangan

dan nasihat

jurutera

Perbincangan

bersama pihak

pengurusan

stor

5OMM BULK-METER

KENT HELIX setuju

digunapakai

17

iii. Membeli bahan atau alat ganti .

i. ½” Stainless steel nipple - 2 nos

ii. ½” Stainless steel TEE - 1 nos

iii. ½” Stainless steel Ballcock - 1 nos

iv. ½” Stainless steel Bush - 1 nos

v. 2”x5/8” Prussure Gauge - 1 nos

vi. 50 mm Landing Valve - 1 nos

vii. 5/8”x2½” Bolt & Nuts - 8 nos

viii. 50mm Rubber Packing - 1 nos

iv. Membuat tempahan komponen peralatan

penyambungan yang perlu dilarik mengikut

pelan yang disediakan di bengkel

kejuruteraan.

i. 100 OD X 80 IDX 40(W)mm.dia Female

Thread adaptor - 1 no

thread Type NPSH American

Standard straight pipe (Carbon Steel)

18

ii. 73 OD X 60ID X155(L)mm.dia shortpiece -

1 no

Shortpiece siap dilarik 1 bilangan

iii. 25mm X 150(L)mm.dia handle dilarik

berbentuk diamond knurling - 2 nos

Handle siap dilarek berbentuk diamond

knurling.

19

vi. Kerja-kerja mengimpal komponen yang

telah dibuat untuk dijadikan Female Thread

Adaptor peralatan penyambung ke pili

bomba.

i. 100OD X 80ID X 40OD(W)mm.dia Female

Thread Adaptor dikimpal pada

65OD X 60ID X 155(L)mm. Dia Shortpiece.

ii. 50mm PN 16 Steel Flange dikimpal

kepada 65OD X 60ID X 155(L)mm.dia

shortpiece

iii. ½” Stainless steel socket dikimpal pada

65OD X 60ID X 155(L)mm.dia Shortpiece.

iv. 25mm X 150(L)mm.dia handle diamond

knurling dikimpal pada 65OD X 60ID X

155(L)mm.dia shortpiece.

Inilah rekabentuk komponen peralatan

penyambungan yang siap dikimpal ia itu

65mm X 155mm SF Female Thread

adaptor c/w handle siap dipasang pada

pili bomba.

20

3.2.2 Langkah-langkah pemasangan komponen peralatan Inovasi TITIS

ADP TURDIMET pada Pili bomba

1. Membuka end cap pili bomba

2. Pasang 65mm X 155mm.dia SF Female

Thread Adaptor c/w Handle pada nipple pili

bomba.

3. Pasang rubber gasket c/w 50 mm Bulk meter

pada 65mmX155mm.dia SF Female Thread

Adaptor c/w handle serta kerja-kerja

memasang serta mengikat bolt & nuts.

4. Pasang rubber gasket c/w 50mm landing

valve pada 50mm.dia bulk-meter serta

kerja-kerja memasang dan mengikat bolt &

nuts.

21

5. Pasang hose bomba c/w nozle pada

50mm.dia landing valve dan seterusnya

halakan ke tangki air lori tangki.

6. Kerja-kerja mengawal aliran/tekanan air

masuk ke dalam tangki air lori tangki.

7. Memeriksa dan mencatat bacaan pada

bulk-meter untuk penentuan (m3 ) bekalan

air di dalam tangki air luar tangki.

Rekabentuk Inovasi TITIS ADP TURDIMET

22

3.2.3 Ujian

Penerangan fungsi peralatan kepada

pegawai Sirim sebelum ujian dijalankan

ditapak ujian. (Taman Bandar Indera Mahkota)

Pemasangan 65mmx155mm dia SF Female

Thread Adaptor c/w Handle.

Ujian tekanan

65mmx155mm dia SF

Female Thread Adaptor

c/w Handle kali dengan

50mm Bulk meter.

Keputusan Ujian Tekanan

7 BAR – Lulus

Ujian kobocoran

“ TITIS ADP TURDIMET”

2 BAR - Lulus

Keputusan Ujian : Tidak terdapat sebarang

kebocoran dan apa-apa pada produk semasa

ujian dijalankan pada kedua-dua tekanan.

REPORT NO : 2009MA0220

Model : TITIS ADP TURDIMET

Serial No/Marketing : TAT250309

Our reference : SQAS/MPT/13/16

Job no/Ref. No : J20095050240

(Sijil Ujian seperti di lampiran K 1,2 & 3)

23

3.2.4 Penggunaan Inovasi TITIS ADP TURDIMET semasa operasi pengisian

dan pengiraan air ke dalam tangki air lori tangki JBA, MPK,

Jabatan Bomba & Penyelamat dan Swasta.

Surat Penyeragaman Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang

kesemua daerah JBA Pahang. (Surat seperti di lampiran L)

JABATAN

BOMBA DAN PENYELAMAT

JBA

MPK SWASTA

TITIS ADP TURDIMET

24

Tahap Perlaksanaan

Inovasi TITIS ADP TURDIMET ini juga boleh digunapakai oleh lain-lain agensi

tanpa perlu membuat ubahsuai.

Pemasangan pada peralatan Jentera

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Surat pengesahan projek :

i. Jabatan Bekalan Air, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Malaysia (KeTTHA) – disyorkan agar peralatan dapat digunapakai

oleh semua PBAN agar manfaatnya lebih menyeluruh. - ( Surat seperti di

lampiran M )

ii. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) - „TITIS ADP TERDIMET‟

kegunaannya lebih tepat dan berkesan. Langkah yang diambil

adalah selaras dengan arahan SPAN kepada semua operator air

dinegara ini untuk mencatatkan penggunaan air yang sah sama

ada dibilkan atau tidak. - ( Surat seperti di lampiran N )

TITIS ADP TURDIMET

25

Impak ( Outcame )

Daripada hasil projek ianya dapat di ukur dari faedah-faedah yang

diperolehi dari segi mempercepatkan masa dan kos semasa operasi

pengisian dan pengiraan air di dalam tangki air lori tangki secara tidak

langsung dapat meningkatkan produktiviti dan imej jabatan kerana

ianya mudah digunakan (user-friendly) serta memberikan impak kepada

bahagian / unit, organisasi dan perkhidmatan awam.

3.3 Efisyen ( Kecekapan )

a) Jimat masa

Sebelum Inovasi

a. Purata masa sekali operasi : 0.75 jam / 45 minit

b. Jumlah operasi setahun (2008) : 263 trip

Masa Operasi setahun

= a x b

= 0.75 jam x 263 trip

= 197.25 jam / tahun

Selepas Inovasi

a. Purata masa sekali operasi : 0.21 jam / 12.80 minit

b. Jumlah operasi setahun (2008) : 263 trip

Masa Operasi setahun

= a x b

= 0.21 jam x 263 trip

= 55.23 jam / tahun

Penjimatan Masa Setahun

= Sebelum Inovasi – Selepas Inovasi

= 197.25 jam/tahun – 55.23 jam/tahun

= 124.02 jam / tahun

26

b) Jimat kos

Sebelum Inovasi

a. Purata masa sekali operasi : 0.75 jam / 45 minit

b. Jumlah operasi setahun (2008) : 263 trip

c. Purata gaji kakitangan (2008) : RM 9.05/jam

d. Jumlah pekerja sekali operasi : 5 orang

Kos Operasi setahun

= a x b x c x d

= 0.75 jam x 263 trip x RM9.05/jam x 5 orang

= RM8,925.56 / tahun

Selepas Inovasi

a. Purata masa sekali operasi : 0.21 jam / 12.80 minit

b. Jumlah operasi setahun (2008) : 263 trip

c. Purata gaji kakitangan (2008) : RM 9.05/jam

d. Jumlah pekerja sekali operasi : 3 orang

Kos Operasi setahun

= a x b x c x d

= 0.21 jam x 263 trip x RM 9.05/jam x 3 orang

= RM1,499.49 / tahun

Penjimatan Kos Operasi Setahun

= Sebelum Inovasi – Selepas Inovasi

= RM 8,925.56 /tahun – RM 1,499.49 /tahun

= RM7,426.07 / tahun

27

c) Peningkatan Produktiviti

i. Pengurangan tenaga pekerja daripada lima orang pekerja

kepada tiga orang sahaja.

ii. Kepuasan hati pelanggan.

Tiada lagi aduan runggutan :-

a) Kesukaran pengiraan dan

penentuan kadar bekalan air

(m3) di dalam tangki air lori

tangki oleh pembaca meter.

Sebelum Inovasi

Kerja-kerja memasang

Adaptor serta membuka

injap.

Kerja-kerja mengukur

tangki air lori tangki bagi

penentuan isipadu air.

Selepas Inovasi

Kerja-kerja memasang

„TITIS ADP TURDIMET‟ Muatan Air (m3) dalam

tangki air lori tangki

dibaca melalui Bulk-meter.

28

b) Kesukaran mengawalan air

semasa mengisi air ke dalam

tangki air lori oleh tukang /

Pekerja Awam.

c) Aktiviti penyelenggaraan

pembaikan segera ke atas

Komponen peralatan bocor

semasa operasi oleh tukang /

Pekerja Awam

iii. Pekerja tidak mahir.

Kerja-kerja pemasangan mudah,

cepat dan boleh dilakukan oleh

pekerja tidak mahir atau baru.

iv. Penjimatan masa bertugas

Dapat manfatkan masa kerja

dengan lebih baik dan masa ini

boleh digunakan untuk kerja-kerja

penyelenggaraan yang lain.

29

v. Mudah digunaakan ( user-friendly)

Didapati penggunaan inovasi TITIS

ADP TURDIMET semasa operasi

pengisian dan pengiraan air di

dalam tangi air lori tangki adalah

mudah , cepat dan tepat serta

menjimatkan masa dan kos.

3.5 Signifikan

Inovasi TITIS ADP TURDIMET adalah amat

berkesan digunapakai dalam dua kategori

aktiviti perkhidmatan berasaskan sumber

bekalan air iaitu :-

3.5.1 Kategori (i)

Operasi pengisian dan pengiraan air di dalan tangki air lori tangki yang

menggunakan perkhidmatan lori tangki air Jabatan Bekalan Air / Swasta

bagi menghantar bekalan air di kawasan yang terputus bekalan air atau

yang dibeli oleh kilang industri swasta.

Perkhidmatan

lori tangki JBA

Pahang

Perkhidmatan

lori tangki

Swasta

30

Lapuran Media – 21 oktober 2009, semasa bekalan air terputus di daerah

Kuantan.

3.5.2

4.5.2 Kategori (ii)

Penentuan pengiraan penggunaan sebenar air yang digunakan semasa

menjalankan aktiviti proses kerja yang berkaitan perkara B4.2.2.2

Penggunaan Tanpa Meter Yang Tidak Dibilkan berdasarkan Garis

Panduan Pengauditan Air Tidak Berhasil ( NRW ) Jabatan Audit Negara

Malaysia. ( Seperti dilampiran N)

i. a Penggunaan Pili bomba untuk

memadamkan kebakaran oleh Jabatan

Bomba Dan Penyelamat Malaysia

31

ii.b Kerja flushing sistem paip agihan oleh

Jabatan Bekalan Air / Syarikat Air Swasta

iii.c Kerja-kerja kemasyarakatan seperti

gotong royong yang dianjurkan oleh

NGO dan Agensi kerajaan

32

4. Pengurusan

Pengurusan atasan telah memberi sokongan yang padu dari segi :-

i. Sumber Kewangan

Ujian Sirim : Test for Single Flange Adaptor

(65mm x 155mm c/w Handdle)

a. Inden No: IPHG 149/2009

b. No Invoice: 211776

( Surat seperti di lampiran O1,2 )

ii. Sumber manusia.

Surat perlantikan ahli kumpulan Inovatif yang komited telah diberi

kebenaran, dari segi kelonggaran masa, tenaga pekerja serta

keperluan asas bagi menjayakan projek inovasi tersebut.

( Surat seperti di lampiran P )

iii. Insentif.

Jabatan juga telah memberi kebenaran untuk memberi taklimat

Projek inovasi tersebut di :-

a. Jabatan Bekalan Air, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau

dan Air Malaysia (KeTTHA), Pusat Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan Putrajaya.

b. Suruhanjya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Cyberjaya.

iv. Penghargaan.

Mendapat anugerah penghargaan inovasi pada 27 Oktober 2010

dihari Kualiti Jabatan Bekalan Air Pahang.

( Surat seperti di lampiran Q )

33

v. Peralatan.

Peralatan yang ditempah dan dibeli dibuat melalui Inden kerja dan

pesanan kerajaan bagi tujuan membekal ke semua daerah serta

diseragamkan penggunaan di peringkat JBA Pahang.

a. Membekal & Menghantar 65mm SF Female Threads Adaptor

c/w Handle sebanyak 24 unit – Senang Engineering Work.

i. No Pesanan: L111430000831- ( Surat seperti di lampiran R1 )

ii. No Invoice: 15669 - ( Surat seperti di lampiran R2 )

b. Membekal dan Menghantar 50mm Landing Vakve bersama

Tolok Tekanan serta Barang-Barang Berkaitan – Pengkalan

Teknik Enterprise.

i. No Pesanan: L111430000755 - ( Surat seperti di lampiran S1 )

ii. No Invoice: 0043/11A - ( Surat seperti di lampiran S2 )

c. Membekal dan Menghantar 50mm Landing Vakve bersama

Tolok Tekanan serta Barang-Barang Berkaitan – Pengkalan

Teknik Enterprise.

i. No Pesanan: L111430000868 - ( Surat seperti di lampiran T1 )

ii. No Invoice: 0044/11A - ( Surat seperti di lampiranTS2 )

34

5. Kesimpulan

Idea dan rekacipta inovasi “TITIS ADP TERDIMET” telah memberikan hasil

yang amat kritis dan memberi impak kepada jabatan bekalan air serta

industri perbekalan air :-

a. Penjimatan masa kos operasi.

b. Penjimatan Masa.

c. Penjimatan Tenaga Pekerja.

d. Penambaikan kepada kerja-kerja NRW (Water Balance):-

i. Program bekalan air lori tangki.

ii. Program kerja-kerja flushing dan scouring.

iii. Program kerja kemasyarakatan (gotong royong).

iv. Kawalan Kebakaran (Jabatan Bomba dan Penyelamat

Malaysia)

e. Kegunaannya yang lebih mesra alam.

MUDAH, CEPAT, TEPAT

MEMUDAHKAN & MEMPERCEPATKAN

AKTIVITI PROSES KERJA PEMASANGAN PERALATAN,

PEMERIKSAAN SERTA PENGIRAAN KUANTITI BEKALAN AIR

SEMASA OPERASI.

MENJIMATKAN MASA ,KOS OPERASI

DAN PENGGUNAANNYA YANG AMAT PRAKTIKAL.

BOLEH MENINGKATKAN PRODUKTIVITI, KUALITI DAN

KUANTITI KUTIPAN HASIL BEKALAN AIR

JBA PAHANG DARUL MAKMUR