rph (teori)

8
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN Mata Pelajaran : TEKNOLOGI KONKRIT Tarikh : 6 MEI 2015 Tingkatan : 4 KONKRIT Bil. Pelajar : 17 ORANG Tempat : BILIK KULIAH 2 Masa : 12.00 pm – 12.15 pm TAJUK: KEBOLEHKERJAAN KONKRIT & UJIAN PENURUNAN OBJEKTIF : - Pelajar dapat menerangkan secara lisan kebolehkerjaan konkrit dan faktor-faktor yang mempengaruhinya menggunakan perkataan sendiri. - Pelajar dapat menyatakan secara bertulis ujian penurunan yang dijalankan menggunakan perkataan sendiri. - Pelajar dapat membezakan secara lisan berkaitan jenis-jenis runtuhan menggunakan perkataan sendiri. ALAT BAHAN BATU MENGAJAR : Slaid power point & bahan maujud. PENGETAHUAN SEDIADA : Pelajar telah mempelajari tajuk bancuhan konkrit dan nisbah bancuhan konkrit pada minggu lepas.

Upload: cik-mia

Post on 17-Sep-2015

302 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

rancangan pengajaran harian bagi subject mikroteching

TRANSCRIPT

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

Mata Pelajaran : TEKNOLOGI KONKRIT Tarikh : 6 MEI 2015Tingkatan : 4 KONKRIT Bil. Pelajar : 17 ORANGTempat : BILIK KULIAH 2 Masa : 12.00 pm 12.15 pm

TAJUK: KEBOLEHKERJAAN KONKRIT & UJIAN PENURUNAN

OBJEKTIF : Pelajar dapat menerangkan secara lisan kebolehkerjaan konkrit dan faktor-faktor yang mempengaruhinya menggunakan perkataan sendiri. Pelajar dapat menyatakan secara bertulis ujian penurunan yang dijalankan menggunakan perkataan sendiri. Pelajar dapat membezakan secara lisan berkaitan jenis-jenis runtuhan menggunakan perkataan sendiri.

ALAT BAHAN BATU MENGAJAR :Slaid power point & bahan maujud.

PENGETAHUAN SEDIADA : Pelajar telah mempelajari tajuk bancuhan konkrit dan nisbah bancuhan konkrit pada minggu lepas.

LANGKAH KESELAMATAN : i. Memastikan bengkel dalam keadaan selesa dan bersih sebelum memulakan kelas.ii. Memastikan kedudukan kerusi dan meja teratur.iii. Memastikan pencahayaan dan pengaliran udara dalam keadaan baik.

PENERAPAN NILAI-NILAI MURNIi. Beraniii. Bekerjasama

SESI PENGAJARAN :

Masa

Isi Pelajaran

Kefahaman/Kemahiran Pelajar

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

12.00 p.m.-12.03 p.m.

(3 minit)

Pra Pengajaran :

Memberi salam dan membaca doa.

Dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar agar pelajar boleh terapkan dalam kehidupan seharian mereka.

Guru memulakan kelas dengan memberi salam. Guru mengambil kedatangan pelajar. Wakil pelajar mengetuai bacaan doa.

Buku kehadiran pelajar.

Nilai :-Hormat menghormati.

Set Induksi :

Bertanyakan sesiapa yang ingin menjadi seorang jurutera awam. Memberitahu kepentingan menjadi seorang jurutera dan objektif pembelajaran.

Pelajar memberikan idea dari pengetahuan sedia ada mereka. Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir. Pelajar dapat membayangkan apa yang akan berlaku jika merka menjadi seorang jurutera.

Guru imbas kembali pembelajaran minggu lepas berkaitan bancuhan konkrit. Guru bercerita mengenai masalah yang berlaku terhadap konkrit. Guru bercerita berkaitan kepentingan menjadi seorang jurutera dan keperluanyya pada masa akan datang.

Strategi :-Soal jawab-perbincangan

Nilai :-Berdikari

ABBM :-Slaid power point

12.03 p.m.-12.13 p.m

(10 minit)

Penyampaian Isi :

1. Definisi kebolehkerjaan

Pelajar dapat menerangkan definisi kebolehkerjaan konkrit dengan jelas.

Guru bertanyakan soalan apa itu kebolehkerjaan. Guru memaparkan slaid power point mengenai kebolehkerjaan.

Strategi :-Soal jawab.-Perbincangan .- Aktiviti (permainan).-Sumbangsaran

Nilai :-Memberi perhatian.-Kerjasama.-Berani.

ABBM :-Slaid power point.-Bahan maujud-Gambar

2. Faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehkerjaan.

Pelajar dapat menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehkerjaan.

Guru menayangkan slaid berkaitan. Guru meminta pandangan para pelajar berkaitan faktor tersebut. Guru menerangkan dengan jelas faktor-faktor secara satu persatu dan memberi contoh berkaitan keadaan sebenar.

3. Ujian bagi menguji kebolehkerjaan konkrit :-Ujian Penurunan

Pelajar dapat menyatakan secara bertulis ujian penurunan yang dijalankan menggunakan perkataan sendiri.

Guru memaparkan gambar-gambar ujian yang akan dilaksanakan. Guru menerangkan maksud ujian penurunan kepada pelajar. Guru meminta pelajar menjawab soalan yang diberi.

4. Jenis-jenis runtuhan -Runtuhan sebenar-Runtuhan ricih-Runtuhan roboh

Pelajar dapat membezakan secara lisan berkaitan jenis-jenis runtuhan menggunakan perkataan sendiri.

Guru menjalankan aktiviti permainan dengan meminta 2 orang pelajar kehadapan. Guru bersoal jawab dengan pelajar lain berkaitan jawapan yang diberi oleh 2 orang pelajar tersebut. Guru menerangkan jenis-jenis runtuhan sambil memaparkan gambar-gambar berkaitan.

12.13 p.m.-12.15 p.m.

(2 minit)

Penutup :

Membuat rumusan tentang kebolehkerjaan

Pelajar dapat menambah pengetahuan dan akan lebih bersedia untuk kelas amali minggu hadapan.

Guru meminta wakil untuk menjelaskan keseluruhan topik. Guru memaparkan peta minda bagi kesimpulan keseluruhan topik yang diajar. Guru memaklumkan pembelajaran akan datang

Strategi :-Penerangan Keseluruhan.

ABBM :-Peta minda

REFLEKSI PELATIH :i. Pelajar menumpukan sepenuh perhatian dan dapat memahami topik yang disampaikanii. Terdapat segelintir pelajar yang tidak memberi sepenuh perhatian kerana pengajaran dan pembelajaran yang dilkasana tidak dapat menarik perhatian.iii. Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan alat bahan bantu mengajar agar pelajar dapat memahami dengan lebih jelas sebagai contoh membuat lawatan.