rph (makroteaching0

19
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran : Pengajian Am Tingkatan : 6 Atas 1 Bilangan Murid : ! "rang #$ %erem%uan 6 lelaki& Masa : '($) am * !()) am #$) minit& Tarik+ :1, Mei )1, Tajuk : -ang di.Pertuan Ag"ng Hasil %em/elajaran : Pada ak+ir %em/elajaran ini0 %elajar da%at: a& Menerangkan tentang %eranan dan /idang kuasa -ang di.Pertuan Ag"ng /& Menjelaskan kedudukan -ang di.Pertuan Ag"ng & Mema+ami %eranan dan /idang kuasa -ang di.Pertuan Ag"ng Pengeta+uan sedia ada : Pelajar tela+ menda%at %endeda+an a2al tentang adan3a -ang di.Pertuan Ag"ng di Mala3si mengamalkan k"nse% Raja Ber%elem/agaan sejak kemerdekaan Persekutuan Tana+ Mela3u( Alat Bantu Mengajar : Buku Teks 4TPM %enggal 10 %a%an %uti+0 marker %en0 gam/ar -ang di.Pertuan Ag"ng0 %"2er %"in la%t"%

Upload: shazlina-sahrizal

Post on 07-Oct-2015

288 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

rancangan pengajaran harian

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANMata Pelajaran: Pengajian AmTingkatan: 6 Atas 1Bilangan Murid: 29 orang (23 perempuan 6 lelaki)Masa: 8.30 am 9.00 am (30 minit)Tarikh: 14 Mei 2014Tajuk: Yang di-Pertuan AgongHasil pembelajaran: Pada akhir pembelajaran ini, pelajar dapat:a) Menerangkan tentang peranan dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agongb) Menjelaskan kedudukan Yang di-Pertuan Agongc) Memahami peranan dan bidang kuasa Yang di-Pertuan AgongPengetahuan sedia ada : Pelajar telah mendapat pendedahan awal tentang adanya Yang di-Pertuan Agong di Malaysia kerana Malaysia mengamalkan konsep Raja Berpelembagaan sejak kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.Alat Bantu Mengajar : Buku Teks STPM penggal 1, papan putih, marker pen, gambar Yang di-Pertuan Agong, power point, LCD, laptop

KANDUNGAN KURIKULUMPENGENALAN: Malaysia mengamalkan konsep Raja Berpelembagaan sejak kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Oleh itu, seorang ketua negara bergelar Yang di-Pertuan Agong Malaysia akan dipilih dalam kalangan Raja-raja Melayu untuk menjadi ketua negara Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya ketua negara Malaysia.KELAYAKAN YANG DI-PERTUAN AGONG1. Calon Yang di-Pertuan Agong mesti terdiri daripada seorang Raja negeri bersultan di Malaysia.2. Calon Yang di-Pertuan Agong mestilah seorang dewasa, lelaki, berbangsa Melayu, dan beragama Islam3. Baginda mesti tidak cacat dari segi akal fikiran4. Nama Baginda haruslah teratas dalam senarai pemilihan5. Senarai pemilihan pertama mengikut kekananan raja dalam takhta kerajaan dan diikuti faktor usia raja.PELANTIKAN YANG DI-PERTUAN AGONG1. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-raja secara sulit2. Majlis Raja-raja yang dipengerusikan oleh sultan bergilir-gilir memilih Yang di-Pertuan Agong mengikut senarai nama pemilihan.3. Sebelum dipilih, Yang di-Pertuan Agong perlu memberikan persetujuan terhadap pemilihan baginda itu.4. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong ditentukan melalui sokongan sekurang-kurangnya lima daripada Sembilan orang raja.5. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja selaku setiausaha Majlis Raja-raja akan mengumumkan keputusan pemilihan Yang di-Pertuan Agong.6. Yang di-Pertuan Agong akan mengangkat sumpah dan menandatangani sumpah jawatan dalam upacara pertabalan Yang di-Pertuan Agong di bangunan Parlimen7. Timbalan Yang di-Pertuan Agong tidak secara automatik memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong. Timbalan Yang di-Pertuan Agong hanya membantu jika Yang di-Pertuan Agong tidak dapat bertugas kerana ke luar negara atau uzur.8. Saraan Yang di-Pertuan Agong dipertanggungkan oleh Kumpulan Wang yang DisatukanKEDUDUKAN YANG DI-PERTUAN AGONG1. Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara dan Raja Berpelembagaan2. Yang di-Pertuan Agong lambing kedaulatan dan perpaduan3. Keutamaan baginda mengatasi semua orang dalam Persekutuan4. Kuasa eksekutif negara adalah dalam tangan atau dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong.5. Baginda merupakan ketua agama dinegeri baginda sendiri iaitu di Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang.6. Yang di-Pertuan Agong menyandang jawatan selama lima tahun dan dibantu oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong.BIDANG KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG DALAM BADAN EKSEKUTIF1. Baginda menjalankan tugas sebagai Ketua Negara menurut Perlembagaan Persekutuan dan mengikut nasihat Jemaah Menteri.2. Baginda berkuasa melantik Perdana Menetri, Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri.3. Baginda berkuasa melantik seorang senator dari Wilayah Persekutuan Labuan, seoarang senator dari Putrajaya, dua orang senator dari Kuala Lumpur dan 40 orang senator dari seluruh Malaysia mengikut nasihat Perdana Menteri. Jumlahnya ialah 44 orang senator.4. Melantik Ketua Audit Negara, ahli suruhanjaya, Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Pos, dan ketua setiausaha negara. Ketua Audit Negara dan ahli suruhanjaya boleh dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui satu tribunal.5. Melantik ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Pilihan Raya, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia6. Melantik Yang Dipertua Negeri dengan nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan ketua-ketua Menteri berkenaan.7. Baginda merupakan Pemerintahan Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan.8. Baginda boleh mengisytiharkan undang-undang darurat mengikut nasihat Perdana Menteri.9. Baginda bertanggungjawab terhadap hak istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera.10. Baginda bertanggungjawab terhadap hak yang sah rakyat bukan bumiputera di Malaysia.BIDANG KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG DALAM BADAN PERUNDANGAN1. Baginda merasmikan persidangan pertama setiap penggal persidangan Parlimen (baginda tidak ikut serta dalam persidangan)2. Baginda memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen.3. Baginda memperkenankan rang undang-undang/pindaan undang-undang/pindaan perlembagaan yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam masa 30 hari. Undang-undang yang telah diperkenan akan berkuat kuasa selepas diwartakan dalam warta kerajaan.4. Baginda melantik Speaker Dewan Rakyat. Speaker Dewan Negara, Setiausaha Dewan Rakyat, Setiausaha Dewan Negara dan Ketua Pentadbiran Parlimen.BIDANG KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG DALAM BADAN KEHAKIMAN1. Baginda melantik Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim bagi Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dengan syarat atas nasihat Perdana Menteri dan persetujuan Majlis Raja-raja.2. Baginda melantik Hakim Mahkamah Sesyen dengan nasihat Hakim Besar.3. Baginda berkuasa menyingkirkan seseorang hakim mengikut keputusan tribunal.4. Baginda mempunyai kuasa mengampun orang yang bersabit kesalahan-kesalahan di: a) Mahkamah Syariah(bagi negeri baginda, negeri tidak beraja, dan wilayah persekutuan)b) Mahkamah Tenterac) Mahkamah Awam di Wilayah Persekutuan5. Dalam urusan pengampunan, baginda mestilah mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Persekutuan dan mengikut nasihat Lembaga Pengampunan.

Langkah/ MasaKandungan pengajaran

Aktiviti Pengajaran & PembelajaranCatatan

Aktiviti GuruAktiviti Murid

Set induksi( 3 minit)Yang di-Pertuan Agong

Langkah 1(5 minit)

menarik perhatian murid supaya tertarik dengan topik yang hendak diajar menunjukkan gambar Yang di-Pertuan Agong

Pengenalan terhadap Yang di-Pertuan Kelayakan Yang di-Pertuan Agong Pelantikan Yang di-Pertuan Agong Kedudukan Yang di-Pertuan Agong

bacaan doa guru memberi salam guru memulakan aktiviti dalam kelas dengan menunjukkan satu gambar Yang di-Pertuan Agong kepada pelajar-pelajar

-

guru menerang dan menjelaskan Yang di-Pertuan Agong di Malaysia

guru menerangkan kelayakan yang perlu ada pada seseorang Yang di-Pertuan Agong guru menjelaskan pelantikan yang dibuat bagi melantik Yang di-Pertuan Agong

guru menjelaskan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dimana baginda merupakan ketua negara dan juga raja berpelembagaan bacaan doa pelajar-pelajar menjawab salam guru pelajar-pelajar memberi tumpuan kepada guru pelajar-pelajar fokus kepada guru dan memberi respons kepada guru pelajar-pelajar menjawab soalan yang diajukan oleh guru berdasarkan pengetahuan mereka masing-masing

pelajar-pelajar memberi tumpuan dan mencatat nota penting pelajar-pelajar memberi respons dan menjawab soalan yang diajukan oleh guru pelajar-pelajar fokus kepada guru dan mencatat isi penting untuk dijadikan nota

KAEDAH: kuliah, soal jawab, penerangan

ABM: gambar Yang di-Pertuan Agong, papan putih, marker pen

NILAI:menghornati guru, memberi tumpuan dan taat

KBKK:menjana minda dan mencungkil idea

ABM: power point

Langkah 2(10 minit) Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong Guru menerangkan tentang bidang kuasa yang ada pada Yang di-Pertuan Agong dalam badan eksekutif, badan perundangan dan juga badan kehakiman Dalam badan eksekutif: Menjalankan tugas sebagai ketua negara menurut perlembagaan persekutuan Berkuasa melantik Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri dan juga timbalam menteri Dalam badan perundangan: YDPA merasmikan persidangan pertama setiap penggal persidangan Parlimen Memanggil, menangguh dan membubarkab parlimen Dalam badan kehakiman: YDPA melantik Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim Berkuasa menyingkirkan seseorang hakim mengikut keputusan tribunal.

Pelajar mendengar dan memberi respon kepada guru terhadap penerangan yang diberikan mengenai bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut tiga badan yang diberikan.

KAEDAH:kuliah, penerangan,

ABM: power point

Langkah 3(10 minit)Aktiviti Pengukuhan Guru mengagihkan kertas soalan kepada setiap pelajar yang berbentuk soalan objektif. Soalan tersebut mengandungi 10 soalan objektif yang merangkumi semua aspek yang telah diajar. Guru mengarahkan pelajar menjawab semua soalan tersebut dalam masa 5 minit Guru mengadakan perbincangan jawapan dengan menyuruh pelajar membaca soalan serta memberikan jawapan yang betul. Selepas itu guru menyuruh pelajar mencabut kertas yang tertera nama pelajar lain untuk soalan yang seterusnya. Pelajar menjawab semua soalan yang diberikan oleh guru selama 5 minit Pelajar membaca soalan dan memberi jawapan setelah nama dipanggil oleh guru. Pelajar mengikut arahan guru dengan mencabut satu kertas yang tertera nama pelajar lain untuk membaca soalan seterusnya.

ABM: kertas soalan, balang plastik

KBKK: mencungkil idea, menjana minda, perbincangan dua hala

Penutup ( 2 minit) Rumusan Menjawab soalan yang dikemukakan oleh pelajar dengan ringkas dan lebih mudah untuk difahami Membuat rumusan mengenai pembelajaran yang telah diajar secara ringkas dan padat Mengingatkan pelajar tentang tajuk yang seterusnya akan diajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Memberi perhatian yang positif terhadap penjelasan guru Memberi respon positif dengan mengemukana soalan yang tidak difahami untuk mendapat penerang dari guru

REFLEKSI:____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAMPIRANSET INDUKSI ( 3MINIT)Menarik perhatian murid-murid terhadap isi pembelajaran dengan Menunjukkan gambar Yang di-Pertuan Agong sebagai isi pembelajaran

LANGKAH 1 ( 5 MINIT)1. Guru membuka nota powerpoint berkaitan Yang di-Pertuan Agong yang telah disediakan untuk di ajar pada hari berkenaan.2. Guru menjelaskan mengenai pengenalan tajuk Yang di-Pertuan Agong dan juga kelayakan yang ada pada seseorang Yang di-Pertuan Agong dengan menggunakan power point tersebut dan buku teks pengajian am penggal 1.

Power point pengenalan Yang di-Pertuan Agong

Power point kelayakan Yang di-Pertuan Agong

3. Dengan menggunakan nota powerpoint guru juga menerangkan lebih terperinci berkaitan pelantikan Yang di-Pertuan Agong dan kedudukan Yang di-Pertuan AgongLANGKAH 2 (10 MINIT)1. Dengan menggunakan power point guru juga menjelaskan tentang bidang kuasa yang ada pada Yang di-Pertuan Agong mengikut tiga badan yang ada dalam doktrin pengasingan kuasa di Malaysia. Tiga badan tersebut ialah:a) Badan eksekutifb) Badan perundanganc) Badan kehakiman

Power point bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam badan kehakiman

LANGKAH 3 (10 MINIT)AKTIVITI PENGUKUHAN1. Guru mengagihkan kertas soalan kepada setiap pelajar yang berbentuk soalan objektif. Soalan tersebut mengandungi 10 soalan objektif yang merangkumi semua aspek yang telah diajar.2. Guru mengarahkan pelajar menjawab semua soalan tersebut dalam masa 5 minit3. Guru mengadakan perbincangan jawapan dengan menyuruh pelajar membaca soalan serta memberikan jawapan yang betul. Selepas itu guru menyuruh pelajar mencabut kertas yang tertera nama pelajar lain untuk soalan yang seterusnya.

Contoh soalan yang diberikan kepada pelajar.

PENUTUP (2 MINIT)1. Guru membuat penilaian terhadap tahap kefahaman bagi setiap pelajar melalui aktiviti latihan pengukuhan yang telah diberi kepada pelajar2. Menjawab soalan yang dikemukakan oleh pelajar dengan ringkas dan lebih mudah untuk difahami3. Membuat rumusan mengenai pembelajaran yang telah diajar secara ringkas dan padat4. Mengingatkan pelajar tentang tajuk yang seterusnya akan diajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran