rph contoh

Upload: eliesya

Post on 06-Jul-2015

3.928 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

BEBERAPA PANDUAN UTAMA PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)1. RPH ialah dokumen penting yang mesti disediakan sebelum pelaksanaan pengajaran-pembelajaran. 2. RPH mengandungi maklumat perancangan pengajaran harian yang terdiri daripada: a. butiran asas: tarikh, tempoh/masa, tahun, bilangan murid, tema, dan tajuk; b. huraian hasil pembelajaran: penyataan fokus utama dan aras serta penyataan fokus sampingan dan aras; c. objektif: olahan penyataan eksplisit, khusus dan konkrit berdasarkan HHP; d. sistem bahasa: pilihan beberapa aspek sistem bahasa; e. pengisian kurikulum: elemen-elemen nilai ilmu, nilai murni (17 nilai), kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah (KBT); f. langkah-langkah pengajaran-pembelajaran: penyataan pada tiga lajur utama (isi pelajaran, aktiviti p-p, dan catatan). Lajur isi biasanya dinyatakan dalam bentuk kata nama. Lajur aktiviti biasanya dalam bentuk kata kerja. Lajur catatan biasanya memuatkan maklumat pengisian kurikulum untuk mengingatkan guru agar tidak mengabaikan pengisian elemen berkenaan. 3. Dalam menyediakan RPH, guru perlu merujuk HSP tahun berkenaan, Buku Teks dan Buku Panduan Guru (BPG) tahun berkenaan , kamus, buku tatabahasa dan sumber lain untuk memastikan perancangan p-p tepat, jelas, dan lengkap. 4. RPH juga perlu merealisasikan aspek-aspek strategi (pendekatan, kaedah, dan teknik) p-p, konsep 5P dan konsep p-p bestari. 5. RPH hendaklah menjelmakan/menzahirkan hasrat SP, HSP dan aplikasi tatabahasa serta apresiasi sastera menerusi amalan berkomunikasi (interpersonal, intrapersonal, mendengar dan bertutur), membaca (ADD, MDD, MDK, komsas) dan menulis (berkarya). Perhatian Sila teliti empat contoh RPH yang diedarkan. Sila akur format yang ditetapkan dan murnikan mana-mana butiran mengikut keperluan serta kesesuaian p-p anda.

CONTOH RPH 1Tarikh Masa Tahun Bil. Murid Tema Tajuk : : : : : : 19 Januari 2008 8.45 9.45 pagi (60 minit) 4 Arif 45 orang Keluarga Cerita Sang Kelembai dan Si Kula 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan dan nada yang sesuai. Aras 1: Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau dilihat atau dibaca. 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 1: Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul. Fokus Sampingan: 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk. Aras 1: Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan. Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. berbual tentang perkara yang dibaca dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan dan nada yang sesuai; 2. membaca kuat petikan cerita perkataan, frasa dan ayat (tunggal dan majmuk) dengan sebutan dan intonasi yang betul; 3. menulis perkataan dan ayat (tunggal dan majmuk) berdasarkan cerita yang ditonton dan dibaca. Sistem Bahasa: Tatabahasa ayat tunggal dan ayat majmuk Sebutan dan intonasi ayat penyata Kosa kata kesaktian, ayat penyata Kosa kata kesaktian, bertimbang rasa, mentah, menakjubkan

Hasil Pembelajaran Fokus Utama :

Pengisian Kurikulum: Ilmu kesusasteraan dan TMK Nilai kasih sayang Kemahiran Bernilai Tambah: KBf membanding beza KMD membuat ramalan BCB pengurusan grafik (LPG)

2

TMK Perisian MS Word Bahan Bantu Mengajar: Petikan teks, slaid cerita/LCD, komputer, borang pengurusan, dan gambar bersiri Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah membaca cerita-cerita dongeng di perpustakaan Isi Pelajaran Pergerakan kreatif ikan dan gergasi (Guru digalakkan menunjukkan contoh dahulu) Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Set Induksi (3 minit) 1. Guru memilih beberapa orang murid untuk melakukan pergerakan kreatif 2. Murid-murid lain diminta meneka pergerakan kreatif yang dilakukan 3. Pergerakan kreatif dihubungkaitkan dengan tajuk pelajaran hari ini. Langkah 1 (8 minit) 1. Murid menonton slaid cerita Sang Kelembai dan Si Kula 2. Murid menjawab soalan guru berdasarkan cerita yang ditonton. Langkah 2 (20 minit) 1. Beberapa orang murid dipilih untuk membaca teks dengan kuat. 2. Secara berpasangan, muridmurid diminta berbual-bual tentang bahan yang dibaca. 3. Beberapa orang murid diminta menceritakan semula bahan yang dibaca. 4. Murid melengkapkan borang pengurusan grafik banding beza tentang watak dan perwatakan yang berkaitan dengan bahan di atas. 5. Guru membimbing murid yang lemah. 6. Guru mempamerkan hasil kerja murid melalui LCD dan membincangkannya. Catatan KP kinestatik Teknik: Tunjuk cara

Slaid Cerita Sang Kelembai dan Si Kula (rujuk Lampiran A)

BBM: Slaid cerita, LCD Mencapai objektif.

Teks Sang Kelembai dan Si Kula (rujuk Lampiran B)

BBM: Petikan teks cerita KBf: Membanding beza BCB: Pengurusan Grafik Mencapai objektif.

3

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Langkah 3 (15 minit) 1. Murid melihat gambar bersiri melalui paparan LCD. 2. Murid diminta membina sekurang-kurangnya dua ayat tunggal bagi setiap gambar dengan menaip di komputer. 3. Murid diminta menggabungkan kedua-dua ayat tunggal yang dibina untuk menjadi dua ayat majmuk. 4. Guru memaparkan jawapan beberapa orang murid dan perbincangan secara kelas turut dilaksanakan. Langkah 4 (10 minit) 1. Secara berkumpulan, muridmurid diminta meneliti dan memberi pandangan tentang kasih sayang Sang Kelembai terhadap Si Kula. 2. Murid-murid dimintga membuat ramalan sekiranya tiada lagi Ikan di dunia ini menggunakan alat roda masa depan. Penutup (10 minit) Guru meminta murid menyatakan pengajaran yang boleh dijadikan panduan hidup mereka berdasarkan pelajaran hari ini.

Catatan

Contoh Ayat Tunggal 1. Sang Kelembai tinggal di dalam hutan. 2. Si Kula tinggal di dalam hutan.

BBM: LCD, komputer TMK penggunaan komputer Mencapai objektif ....

Contoh Ayat Majmuk Sang Kelembai dan Si Kula tinggal di dalam hutan.

Soalan Guru 1. Pada pandangan anda, adakah kasih sayang yang ditunjukkan oleh Sang Kelembai terhadap anaknya itu baik? 2. Apakah yang akan terjadi jika secara tibatiba ikan tiada lagi di dunia? Nilai/Pengajaran Bertindak tanpa berfikir akan merugikan diri sendiri.

Nilai: kasih sayang KMD: Ramalan

Penutup kognitif

Kerja susulan:

Refleksi:

4

CONTOH RPH 2: Tarikh : 6 Mac 2008 Masa : 8.45 9.45 pagi (60 minit) Tahun : 4 Amanah Mata Pelajaran: Bahasa Melayu Tema : Kebersihan Tajuk : Amalan Kebersihan Diri Hasil Pembelajaran: Fokus Utama: 6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks. Aras 2 (i) Membaca dan mengecam isi penting dan isi sampingan daripada pelbagai bahan bacaan. Fokus Sampingan: 11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya. Aras 2 (i) Menyatakan pendapat tentang perkara yang menarik dalam bahan yang ditonton atau dibaca. Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

1. menyenaraikan tiga isi penting dan tiga isi sampingan yang terdapatdalam petikan yang bertajuk Amalan Kebersihan Diri;

2. menyatakan tiga cara menjaga kesihatan diri dengan menggunakanayat yang gramatis; 3. menyatakan pendapat tentang akibat tidak menjaga kesihatan diri. Sistem Bahasa: Tatabahasa: Morfologi: Kata berimbuhan Pengisian Kurikulum : Ilmu - Moral / Agama / PJK Nilai - Menjaga kebersihan - Berdisiplin Kemahiran Bernilai Tambah: - Pembelajaran Konstruktivisme - Kecerdasan Pelbagai - Belajar Cara Belajar - Kemahiran Berfikir Sumber P&P: Petikan rencana, alat perakam, borang pengurusan grafik (PG)

5

Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid pernah berbincang tentang cara menjaga kebersihan diri. Isi Pelajaran Rakaman bunyi orang sedang mandi, diikuti dua soalan: i. Berdasarkan bunyi yang anda dengar, apakah yang dapat anda gambarkan? ii. Apakah perasaan anda apabila mendengar bunyi tersebut? Petikan Amalan Kebersihan Diri (Rujuk Lampiran A) Soalan: 1. Mengapakah kita menjaga kebersihan diri? 2. Bagaimanakah cara menjaga kebersihan diri? 3. Nyatakan amalan kebersihan diri yang biasa dilakukan. Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Set Induksi (3 minit) i. Murid diperdengarkan rakaman bunyi orang mandi di bilik air. ii. Murid berfikir dan menjawab dua soalan guru. Catatan SPP: Alat perakam KBT : Pembelajaran Konstruktivisme

Langkah 1 (15 minit) i. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. ii. Murid diedarkan petikan. iii. Murid membaca petikan secara akaliah selama lima minit. iv. Berdasarkan soalan yang diajukan, murid mencari tiga isi penting. v. Setiap kumpulan diminta menyenaraikan isi penting dan isi sampingan dalam borang PG. Langkah 2 (15 minit)

BCB : Kemahiran membaca secara akaliah

Kemahiran Berfikir: - Menganalisis - Membuat keputusan - Borang PG

Tiga fakta tentang cara i. Murid menyatakan tiga cara menjaga kebersihan diri menjaga mengikut amalan tradisional kebersihan diri, berdasarkan teks dan amalan moden. dan pendapat sendiri. ii. Murid secara berkumpulan diminta membandingkan cara menjaga kebersihan diri (cara tradisional dan cara moden). iii. Ketua kumpulan melaporkan hasil perbincangan.

Kemahiran Berfikir - Membuat keputusan - Memberi pendapat

6

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran

Catatan

Langkah 3 (10 minit) Pendapat tentang akibat tidak menjaga kebersihan diri. i. Setiap kumpulan diberikan borang PG akibat tidak menjaga kebersihan diri. ii. Murid mengemukakan idea hasil daripada perbincangan kumpulan tentang maklumat daripada borang PG. iii. Setiap ketua kumpulana diminta mempamerkan hasil perbincangan dan membacakannya. iv. Guru memberikan komen terhadap hasil pembentangan murid. Langkah 4 (10 minit) Kata Berimbuhan - awalan - akhiran - apitan Permainan Bahasa (Rujuk Lampiran B) i. Murid menyenaraikan kata berimbuhan daripada teks.

Borang PG - Akibat tidak menjaga kebersihan diri Kecerdasan Pelbagai: Interpersonal KBT: Pembelajaran Konstruktivisme

PG Permainan Bahasa

KBT: ii. Murid mengklasifikasikan kata Kecerdasan Pelbagai berimbuhan mengikut jenis awalan, - Kinestetik - Visual Ruang akhiran, dan apitan. - Interpersonal iii. Murid melaksanakan aktiviti permainan bahasa cepu emas. (kata-kata berimbuhan dipadankan mengikut jenis dalam borang PG di papan tulis 5 minit) Penutup (5 minit) KBT:

7

Isi Pelajaran Lagu: Bangun pagi gosok gigi, bersih diri selalu, cuci muka, pakai baju, nampak kemas selalu. (2X)

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran i. Murid menyanyikan lagu Bangun Pagi beramai-ramai. ii. Guru membuat rumusan dan menyerapkan nilai murni yang berkaitan.

Catatan Kecerdasan Pelbagai - Kinestetik - Muzik Nilai Murni: Kebersihan sebahagian daripada iman

Lampiran A PETIKAN Amalan Kebersihan Diri Kebersihan diri amat penting dijaga. Kebersihan diri membantu kita untuk menjadikan kita sihat dan cergas. Badan kita juga hendaklah sentiasa bersih. Jika kita sentiasa menjaga kebersihan, diri kita akan terhindar daripada sebarang penyakit. Oleh sebab itu, kita mesti menjaga kebersihan diri. Tubuh badan yang sihat menjadikan minda, rohani, dan jasmani kita cemerlang. Kita boleh menjaga kebersihan diri dengan mandi tiga kali sehari. Sewaktu mandi, kita hendaklah menggunakan sabun untuk menghilangkan kekotoran dan menjadikan badan kita berbau wangi. Selepas makan kita hendaklah menggosok gigi untuk menghilangkan sisa makanan. Dengan cara tersebut, gigi kita tidak akan menjadi cantik dan tidak rosak. Apabila gigi kita cantik, senyuman kita akan bertambah manis. Amalam kebersihan diri termasuklah memotong kuku. Amalan ini bertujuan untuk menghilangkan kekotoran yang terlekat pada kuku. Kuku yang kotor akan mengakibatkan jangkitan kuman. Potonglah kuku kita sekurang-kurangnya sekali seminggu, sebaik-baiknya pada hari Jumaat. Rambut ialah mahkota diri seseorang. Oleh yang demikian, rambut perlu dibersihkan dan disikat rapi supaya nampak kemas. Rambut yang panjang dan tidak terurus haruslah dipotong. Jika perlu gunalah pencuci rambut untuk mencuci rambut agar rambut kita kelihatan lembut dan cantik. Apabila kita menjaga kebersihan diri, kita mudah mendapat kawan. Oleh itu, kebersihan diri patut dijadikan amalan dalam kehidupan seharian.

(Dipetik dan diubahsuai daripada .........................................................)

8

Lampiran B Senaraikan 10 kata berimbuhan berdasarkan teks. Kemudian, berikan kata dasar bagi setiap kata berimbuhan tersebut:

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Kata Berimbuhan kebersihan

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Kata Dasar Bersih

9

CONTOH RPH 3: Tarikh Masa Tahun Mata Pelajaran Tema Tajuk : : : : : : 19 Jun 2008 7.45 pagi 8.45 pagi 4 Cemerlang Bahasa Melayu Kesihatan Amalan Kebersihan Diri

Hasil Pembelajaran : Fokus Utama 6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks. Aras 2 i. Membaca dan mengecam isi penting dan isi sampingan daripada pelbagai bahan bacaan. Fokus Sampingan 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 2 ii. Menyatakan isi-isi penting berdasarkan bahan yang dibaca. Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : a. membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul; b. mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga isi penting yang terdapat dalam petikan; c. memberi pendapat tentang petikan yang dibaca; d. menyenaraikan 10 kata berimbuhan dan kata dasar daripada teks. Sistem Bahasa : ~ Tatabahasa : Kata Berimbuhan Pengisian Kurikulum ~ Ilmu : Kesihatan ~ Nilai : Menjaga kesihatan, prihatin ~ Kemahiran Bernilai Tambah :

10

Kemahiran Berfikir Belajar Cara Belajar Pembelajaran kumpulan Pembelajaran Kontekstual Kecerdasan Pelbagai Verbal Linguistik Kinestetik Muzik

Isi Pelajaran Alat-alat Kebersihan Diri

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Set Induksi (5 minit)

Catatan

BBM : ~ berus gigi i. Murid memerhatikan alat-alat. ~ ubat gigi ii. Murid menceritakan tentang alat-alat ~ sikat untuk menjaga kebersihan diri. Pembelajaran Kontekstual

Petikan - Amalan Kebersihan Diri (Rujuk Lampiran)

Langkah 1 (15 minit)

BBM (Petikan )

i. Murid membaca secara senyap. ii. Murid membaca kuat dengan intonasi BCB dan sebutan yang betul. - imbasan / iii. Guru membahagikan murid kepada scanning beberapa kumpulan. Kemahiran Berfikir - mencari maklumat Langkah 2 (15 minit) KB - Menjana idea

Isi-isi Penting Contoh : 1. Badan kita hendaklah sentiasa bersih. 2. Badan yang bersih terhindar daripada penyakit. 3. Tubuh badan sihat menjadikan murid cemerlang minda, rohani dan jasmani.

i. Murid membentangkan isi-isi penting yang dicetak mengikut kumpulan. Kecerdasan Pelbagai ii. Murid membaca dan menulis isi-isi - Verbal penting yang diperoleh di papan Linguistik tulis. - Kinestetik

11

Isi Pelajaran

Pendapat Soalan Pemahaman - Apakah yang akan berlaku i. Murid memberi pendapat tentang carajika kita tidak menjaga cara menjaga kebersihan diri. kebersihan diri? ii. Murid menjawab soalan yang - Apakah jenis makanan dikemukakan oleh guru secara lisan. yang sesuai dimakan? - Apakah makanan yang perlu kita jauhi? Kata Berimbuhan dan Kata Dasar ~ kebersihan ~ menjaga ~ terhindar ~ penyakit Langkah 4 (15 minit) i. Murid diminta mencari dan menggariskan 10 perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan. ii. Murid mencatat perkataanperkataan berimbuhan serta kata dasarnya. iii. Murid membacakan perkataanperkataan tersebut berdasarkan lembaran kerja. Penutup (5 minit) Murid menyanyi lagu Bangun Pagi secara berkumpulan.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Langkah 3 (15 minit)

Catatan Kemahiran Berfikir: - memberi pendapat - menjana idea Kecerdasan Pelbagai: - Verbal Linguistik

BBM : Lampiran 1 KB : - menjana idea - menyenarai

Nyanyian : Bangun pagi Gosok gigi Cuci muka Mandi pagi Pakai baju Minum kopi Makan roti Saya suka hati

Kecerdasan Pelbagai - Kinestetik - Muzik

12

CONTOH RPH 4: Tarikh : Masa : Tahun : Mata Pelajaran : Tema : Tajuk : 20 Jun 2008 60 minit 4 Merah Bahasa Melayu Kokurikulum Lawatan

Hasil Pembelajaran : Fokus Utama 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu tajuk. Aras1 i. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk. Fokus Sampingan 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 2 i. Membaca dan memahami pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan kepada intonasi berdasarkan tanda baca. Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

a.b. betul;

membina dua ayat tunggal dan dua ayat majmuk dengan betul; membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang memberi makna lima perkataan sukar dengan betul.

c.

Sistem Bahasa : Sintaksis: Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk Sinonim Pengisian Kurikulum: Ilmu : Kokurikulum Nilai : Patriotisme Kemahiran Bernilai Tambah Kajian Masa Depan Pembelajaran Kontekstual Belajar Cara Belajar

13

Kemahiran Berfikir Kecerdasan Pelbagai

Isi Pelajaran Gambar Pemandangan Kuala Lumpur

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Seti Induksi (5 minit)

Catatan

BBM : - Cantuman gambar 1. Murid mencantumkan gambar di papan KBT : - Kajian Masa Depan tulis. - Kecerdasan Pelbagai : 2. Murid bersoal jawab tentang gambar Visual- ruang tersebut. Langkah 1 (10 minit) 1. Murid membaca teks yang diberi dengan kuat dalam kelas kumpulan dan individu. 2. Murid mencari makna sekurangkurangnya lima perkataan sukar dalam kumpulan. 3. Murid menulis makna perkataan sukar di papan tulis. Langkah 2 (25 minit) 1. Murid mendapat penerangan tentang ayat tunggal dan ayat majmuk. 2. Setiap kumpulan menyalin ayat tunggal dan ayat majmuk daripada petikan. 3. Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan. Langkah 3 (15 minit) BBM - Lampiran A - Kad perkataan KBT - Pembelajaran Kontekstual (mengalami) - Belajar Cara Belajar (kemahiran membaca) KBT ~ Kemahiran Berfikir ~ Belajar Cara Belajar - pembelajaran secara kumpulan - kemahiran menulis Pembelajaran Kontekstual - bekerjasama

Petikan : Lawatan ke Kuala Lumpur (Rujuk Lampiran A)

Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk (Contoh disediakan oleh guru)

Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk

1. Murid membina dan menulis tiga ayat tunggal dan tiga ayat majmuk berdasarkan gambar di dalam buku latihan.

Belajar Cara Belajar - kemahiran menulis

14

Penutup (5 minit) Lagu Kuala Lumpur (Rujuk lirik di Lampiran B) Murid menyanyikan lagu. Kecerdasan Pelbagai - muzik BBM - Pita Rakaman (Lampiran B )

Lampiran A 10, Taman Saga, 28700 Bentong, Pahang Darul Makmur. 3 Oktober 2007 Menemui sahabatku, Yong Teck Chong yang berada di Triang, Pahang dengan selamatnya. Saudara, Apa khabar saudara sekarang? Saya di sini sihat. Pada minggu hadapan, sesi persekolahan akan bermula. Ke manakah saudara bercuti pada masa cuti baru-baru ini ? Saya telah melawat ke Kuala Lumpur. Saya pergi bersama-sama keluarga. Untuk pengetahuan saudara, saya telah berpeluang melawat Putrajaya. Saya sungguh tertarik dan kagum dengan kecanggihan pusat pentadbiran negara. Selepas itu, kami pula ke KLCC. Di sana, saya dapat bermain di taman permainan sambil melawat Petrosains. Sebelum pulang, saya sempat makan dan membeli-belah di Suria KLCC. Sampai di sini sahaja buat kali ini. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudara dan keluarga. Yang benar, Yvonne

15

Lampiran B KUALA LUMPUR Sungguh indah pandangan panorama Kuala Lumpur .. Kuala Lumpur Kota indah permai yang aku cinta Melambangkan negara maju jaya. Hidup aman damai yang aku pinta Adat resam dan kebudayaannya. Tempat tumpuan segala perniagaan Dari kecil hingga yang terbesar Nadi dan pusat pembangunan negara Namamu harum di muka dunia.

Contoh Hasil Perbincangan Murid : Ayat Tunggal 1. Saya sihat di sini. Ayat Majmuk 1. Saya sungguh tertarik dan kagum akan Kecanggihan pusat pentadbiran negara. 2. Pada minggu hadapan, sesi persekolahan akan bermula. 2. Di sana, saya dapat bermain di taman permainan sambil melawat Petrosains.

16

3. Saya pergi bersama-sama keluarga.

3. Saya sempat makan dan membelibelah di Suria KLCC.

Senarai Kemahiran Berfikir Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Kemahiran Bedrfikir Mencirikan Membanding dan membeza Mengumpul Membuat urutan Menyusun mengikut keutamaan Menganalisis Mengesan kecondongan Menilai Membuat kesimpulan Menjana idea Menghubungkaitkan Bil. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. Kemahiran Berfikir Membuat inferens Mengitlak Meramal Membuat gambaran mental Mensintesis Membuat hipotesis Menganalogikan Mereka cipta Mengkonsepsikan Menyelesaikan masalah Membuat keputusan

Senarai Nilai Moral Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Nilai Moral Kepercayaan kepada Tuhan Kebersihan fizikal dan mental Harga diri Kerajinan Hemah tinggi Kasih sayang Kesederhanaan Kejujuran Baik hati Berterima kasih Kasih sayang terhadap keluarga Bil. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. Nilai Moral Hormat dan taat kepada anggota keluarga Tanggungjawab terhadap keluarga Tanggungjawab terhadap masyarakat Toleransi dalam masyarakat Peka terhadap isu sosial Kebersihan dan keindahan persekitaran Menyayangi alam sekitar Peka terhadap alam sekitar Hormat dan setia kepada pemimpin, Raja dan Negara Semangat bermasyarakat Patuh kepada peraturan dan undangundang

* Senarai nilai murni KBSR/KBSM yang berjumlah 17 hendaklah digabungjalinkan dengan nilai-nilai moral di atas.

17

Prinsip-prinsip KBSR 1. Kemahiran asas 2. Kemahiran berfikir 3. Bahasa merentas kurikulum 4. Alam sekitar merentas kurikulum 5. Nilai, patriotisme dan kewarganegaraan merentas kurikulum

6. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid7. Penilaian berterusan 8. Pengukuhan, pengayaan dan pemulihan 9. Prinsip mudah ubah (lentur/luwes) 10. Sains dan teknologi merentas kurikulum

18