rph sosioemosi

20
DOMAIN SOSIOEMOSI LINUS PENDIDIKAN KHAS MODUL GURU DOMAIN SOSIOEMOSI PERLAKUAN SOSIOEMOSI NEGATIF ( BERAT ) BIL PANDUAN GURU 1

Upload: mohd-nazari-mohd-said

Post on 28-Oct-2015

167 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

note

TRANSCRIPT

Page 1: RPH SOSIOEMOSI

DOMAIN SOSIOEMOSI

LINUS PENDIDIKAN KHAS

MODUL GURU

DOMAIN SOSIOEMOSI

PERLAKUAN SOSIOEMOSI NEGATIF ( BERAT )

BIL PANDUAN GURU

1 Mudah mengamuk tanpa sebabMurid melakukan tingkah laku luar biasa seperti menjerit, menendang meja, mencampak barang.

1

Page 2: RPH SOSIOEMOSI

DOMAIN SOSIOEMOSI

2 Kerap membuat bisingMurid menjerit, mengetuk meja, menyanyi sehingga menggganggu pengajaran guru.

3 Kerap memeluk tanpa sebabMurid suka memeluk rakan atau guru secara tiba-tiba.

4 Membuat perlakuan tidak senonohMurid menunjukkan isyarat lucah, meraba, membuat perlakuan lucah atau menyebut perkataan lucah.

TOPIK Sosioemosi

MASA 30 Minit

SUB TOPIK Emosi

KEMAHIRAN Pengurusan Emosi

OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran:1. Murid dapat mengurangkan kekerapan mengamuk.

2

Page 3: RPH SOSIOEMOSI

DOMAIN SOSIOEMOSI

BAHAN BANTU BELAJAR

Sesi P&P1. Taman bunga / kolam ikan / taman sains / kebun.2. 2. Kamera.3. Lebaran kerja.

Aktiviti Pengukuhan1. Token

PERBENDAHARAAN KATA

Taman bunga, ikan, senyum, sabar, sayang, baik.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

1. Murid akan diasingkan ke satu tempat yang menenangkan seperti kolam ikan, taman bunga atau kebun.

2. Guru berbual-bual dengan murid mengenai persekitaran yang dilawati:Contoh “ Suka tempat ini tak? ““ Tempat ni cantik tak ?”

3. Guru membawa kamera dan menyuruh murid senyum. Murid melihat gambar yang telah diambil tadi.

4. Murid diberi peluang menerangkan mengapa dia mengamuk.

5. Guru menjelaskan kepada murid akibat daripada perbuatannya itu. Guru menjanjikan ganjaran token sekiranya tidak mengulangi perbuatan mengamuk.

6. Lembaran kerja diberikan kepada murid. (Lampiran A).

AKTIVITI PENGUKUHAN

1. Guru membuat catatan kekerapan kes mengamuk murid secara indidvidu (Lampiran B).

2. Memberi pujian secara lisan kepada murid jika berlaku perubahan tingkah laku positif.

7. Ganjaran token diberikan kepada murid jika tingkah laku positif dilihat berterusan.

CATATAN1. Sekiranya murid tiba-tiba mengamuk, guru hendaklah

menyiasat /mencari punca mengapa murid mengamuk dan menyelesaikannya.

2. Sekiranya keadaan murid tidak dapat dikawal, murid akan diberi peluang melepaskan perasaannya di bilik berasingan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan.

3. Guru boleh mengenal pasti minat/kecenderungan murid untuk menghentikan tingkahlaku murid.

4. Token yang akan diberikan mestilah yang boleh menarik minat murid untuk berubah ke arah positif.

LAMPIRAN A

Nama : ___________________________ Tarikh :_________

Kelas : ____________________________ Hari :_________

Arahan : Tandakan (√ ) pada perlakuan yang baik.

3

Page 4: RPH SOSIOEMOSI

DOMAIN SOSIOEMOSI

LAMPIRAN B

4

Page 5: RPH SOSIOEMOSI

DOMAIN SOSIOEMOSI

JADUAL PENGESANAN PERLAKUAN SOSIOEMOSI NEGATIF (TERUK)

Nama Murid : ____________________________________________

Jenis Perlakuan : ____________________________________________

Bulan : ____________________________________________

Sila tandakan ( √ ) pada ruang yang berkenaan.

Minggu Tarikh Waktu Catatan1 2 3 4 5 6 7 8

1

2

3

4

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

…………………………….. ……………………………… ………………………………

TOPIK Sosioemosi

MASA 30 Minit

5

Page 6: RPH SOSIOEMOSI

DOMAIN SOSIOEMOSI

SUB TOPIK Emosi

KEMAHIRAN Pengurusan Emosi

OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran:1. Murid dapat mengurangkan kekerapan membuat

bising.BAHAN BANTU BELAJAR

Sesi P&P1. Kad bergambar

.Aktiviti Pengukuhan

1. TokenPERBENDAHARAAN KATA senyap, hormat, ganggu, mulut, jari, bising

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

1. Murid akan diasingkan di sudut kelas untuk melakukan aktiviti khas seterusnya.

2. Murid diminta murid berdiri dan mengikut arahan yang akan diberi oleh guru.

3. Murid diminta mengangkat tangan kanan tinggi-tinggi dan meletakkan tapak tangan kanan ke mulut. Murid diminta mengangkat tangan kiri tinggi-tinggi dan meletakkan tangan kiri di atas tangan kanan tadi.

4. Guru mengira dalam kiraan 10 dan meminta murid melepaskan tangan.

5. Kemudian murid diminta menarik nafas dan menghembus nafas perlahan-lahan.

6. Murid diminta mengulangi semula langkah 3 hingga 5 sebanyak 2 kali.

7. Murid dikehendaki melihat kad gambar “Tolong Senyap” yang ditunjukkan oleh guru. ( Lampiran C )

8. Murid diminta membuat aksi seperti dalam gambar itu. Guru menjelaskan apabila guru membuat aksi seperti di dalam gambar, murid perlu diam.

8. Guru menjanjikan ganjaran token sekiranya tidak mengulangi perbuatan membuat bising.

AKTIVITI PENGUKUHAN

1. Guru membuat catatan kekerapan kes membuat bising secara individu (Lampiran B).Memberi pujian apabila murid berkelakuan baik. Pemberian token dari semasa ke semasa .

CATATAN 1. Sekiranya murid membuat bising, guru hendaklah menyiasat dan mencari punca mengapa murid bising dan menyelesaikannya.

2. Guru boleh mengenal pasti minat/kecenderungan murid untuk menghentikan tingkahlaku murid.Token yang akan diberikan mestilah yang boleh menarik minat murid untuk berubah ke arah positif.

LAMPIRAN C

6

Page 7: RPH SOSIOEMOSI

DOMAIN SOSIOEMOSI

LAMPIRAN B

JADUAL PENGESANAN PERLAKUAN SOSIOEMOSI NEGATIF (TERUK)

7

Page 8: RPH SOSIOEMOSI

DOMAIN SOSIOEMOSI

Nama Murid : ____________________________________________

Jenis Perlakuan : ____________________________________________

Bulan : ____________________________________________

Sila tandakan ( √ ) pada ruang yang berkenaan.

Minggu Tarikh Waktu Catatan1 2 3 4 5 6 7 8

1

2

3

4

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

…………………………….. ……………………………… ………………………………

TOPIK Sosioemosi

MASA 30 Minit

8

Page 9: RPH SOSIOEMOSI

DOMAIN SOSIOEMOSI

SUB TOPIK Emosi

KEMAHIRAN Pengurusan Emosi

OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran:1. Murid akan dapat mengurangkan kekerapan memeluk.

BAHAN BANTU BELAJAR

Sesi P&P1. Kad bergambar

.Aktivit Pengukuhan

1. Token

PERBENDAHARAAN KATA

sayang, memeluk, ibu, ayah, abang, kakak, rakan, guru

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

1. Murid akan diasingkan ke sudut lain untuk melakukan aktiviti khas.

2. Murid diminta mendengar penjelasan guru tentang perlakuan memeluk rakan-rakan atau guru merupakan satu kesalahan.

3. Murid diminta menyebut senarai ahli keluarga terdekat yang boleh dipeluk seperti ibu bapa, adik beradik, datuk dan nenek.

4. Guru memberikan penerangan sambil menunjukkan gambar keluarga yang boleh dipeluk. ( Lampiran D)

5. Guru juga menerangkan murid tidak boleh memeluk tanpa sebab.

6. Token akan diberikan jika murid tidak memeluk rakan-rakan atau guru tanpa sebab dalam sehari.

7. Jika murid masih melakukan perbuatan tersebut, murid akan diasingkan dari rakan-rakannya mengikut kesesuaian masa.

AKTIVITI PENGUKUHAN

1. Guru membuat catatan kekerapan kes memeluk secara individu (Lampiran B).

2. Memberi ganjaran token kepada murid jika berlaku perubahan tingkah laku positif.

CATATAN 1. Sekiranya murid tiba-tiba memeluk, guru hendaklah menyiasat dan mencari punca mengapa murid memeluk dan menyelesaikannya.

2. Guru boleh mengenal pasti minat/kecenderungan murid untuk menghentikan tingkahlaku murid.

3. Token yang akan diberikan mestilah yang boleh menarik minat murid untuk berubah ke arah positif.

LAMPIRAN D

9

Page 10: RPH SOSIOEMOSI

DOMAIN SOSIOEMOSI

LAMPIRAN B

JADUAL PENGESANAN PERLAKUAN SOSIOEMOSI NEGATIF (TERUK)

10

Page 11: RPH SOSIOEMOSI

DOMAIN SOSIOEMOSI

Nama Murid : ____________________________________________

Jenis Perlakuan : ____________________________________________

Bulan : ____________________________________________

Sila tandakan ( √ ) pada ruang yang berkenaan.

Minggu Tarikh Waktu Catatan1 2 3 4 5 6 7 8

1

2

3

4

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

…………………………….. ……………………………… ………………………………

TOPIK Sosioemosi

MASA 30 Minit

11

Page 12: RPH SOSIOEMOSI

DOMAIN SOSIOEMOSI

SUB TOPIK Emosi

KEMAHIRAN Pengurusan Emosi

OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran:1. Murid dapat mengurangkan kekerapan menangis.

BAHAN BANTU BELAJAR

Sesi P&P1. Kad bergambar

.Aktiviti Pengukuhan

1. Token

PERBENDAHARAAN KATA

senyum, ketawa, cantik, menangis, sakit, gembira, sedih

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

1. Murid dipujuk dengan kata-kata yang lembut supaya berhenti menangis

2. Murid diminta mencuci dan mengelap muka murid. Murid diminta supaya bertenang.

3. Murid diminta menarik dan menghembus nafas perlahan-lahan. Murid diberi minum air mineral supaya bertenang.

4. Murid diberi peluang menerangkan mengapa dia menangis. Guru berbual-bual dengan murid mengenai perkara yang menggembirakan.

5. Guru menunjukkan kad bergambar untuk dibuat perbandingan. (Lampiran E)

6. Murid diminta memilih gambar mana yang dia suka dan menyatakan mengapa gambar itu yang dipilih. Guru akan memberi maklum balas berdasarkan gambar dan alasan yang diberi oleh murid.

7. Guru menerangkan kesan daripada selalu menangis.8. Guru menasihati murid supaya jangan menangis lagi.

AKTIVITI PENGUKUHAN

1. Guru membuat catatan kekerapan kes menangis murid secara individu (Lampiran B).

2. Memberi peluang kepada murid bermain permainan yang disukai.

CATATAN 1. Sekiranya murid tiba-tiba menangis, guru hendaklah menyiasat / mencari punca mengapa murid menangis dan menyelesaikannya.

2. Guru boleh mengenal pasti minat/kecenderungan murid untuk menghentikan tingkahlaku murid.

3. Token yang akan diberikan mestilah yang boleh menarik minat murid untuk berubah ke arah positif.

LAMPIRAN E

12

Page 13: RPH SOSIOEMOSI

DOMAIN SOSIOEMOSI

LAMPIRAN B

JADUAL PENGESANAN PERLAKUAN SOSIOEMOSI NEGATIF (TERUK)

13

Page 14: RPH SOSIOEMOSI

DOMAIN SOSIOEMOSI

Nama Murid : ____________________________________________

Jenis Perlakuan : ____________________________________________

Bulan : ____________________________________________

Sila tandakan ( √ ) pada ruang yang berkenaan.

Minggu Tarikh Waktu Catatan1 2 3 4 5 6 7 8

1

2

3

4

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

…………………………….. ……………………………… ………………………………

TOPIK Sosioemosi

MASA 30 Minit

14

Page 15: RPH SOSIOEMOSI

DOMAIN SOSIOEMOSI

SUB TOPIK Emosi

KEMAHIRAN Pengurusan Emosi

OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran:1. Murid akan dapat mengurangkan kekerapan perlakuan tidak

senonoh.

BAHAN BANTU BELAJAR

Sesi P&P1. Cerita pendek 2. Kad gambar.

Aktiviti Pengukuhan1. Token

PERBENDAHARAAN KATA

lucah, lelaki, perempuan, kanak-kanak, dewasa

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

1. Murid dibawa ke sudut lain untuk melakukan aktiviti khas.2. Guru mendapatkan pengetahuan sedia ada murid tentang

perlakuan /simbol-simbol / perkataan-perkataan yang tidak sopan.

3. Murid diminta menerangkan tujuan/sebab dia bertindak demikian.

4. Murid diminta memberitahu apakah perasaannya sekiranya ada orang lain melakukan perlakuan tersebut kepadanya.

5. Guru menerangkan bahawa tindakan tersebut adalah salah, tidak sopan dan menyinggung perasaan kawan-kawan dan guru-guru.

6. Guru menyampaikan cerita kisah tauladan kepada murid. (Lampiran F)

7. Murid diberi amaran, tindakan akan dikenakan sekiranya murid mengulangi perbuatan / perlakuan tersebut.

8. Senarai semak disediakan untuk melihat perubahan perlakuan murid. Senarai semak ini akan diisi oleh semua guru yang mengajar sepanjang hari. Pemerhatian ini dilakukan selama sebulan. (Lampiran B)

9. Ganjaran akan diberikan sekiranya murid dapat mengurangkan perlakuan / perbuatan tersebut.

AKTIVITI PENGUKUHAN

1. Guru memberikan pujian atas perubahan tingkahlaku murid.

CATATAN 1. Sekiranya murid melakukan aksi lucah, guru hendaklah menyiasat dan mencari punca mengapa murid bertindak demikian dan menyelesaikannya.

2. Guru boleh mengenal pasti minat/kecenderungan murid untuk menghentikan tingkahlaku murid.Token yang akan diberikan mestilah yang boleh menarik minat murid untuk berubah ke arah positif.

LAMPIRAN F

CADANGAN CERITA KISAH DAN TAULADAN.

15

Page 16: RPH SOSIOEMOSI

DOMAIN SOSIOEMOSI

TAJUK : AKIBAT MENYAKITI HATI ORANG LAIN

Di dalam sebuah kampung tinggal seorang budak bernama Hamid. Hamid ialah seorang murid OKU. Dia merupakan seorang budak yang nakal. Namun begitu ibu bapanya amat menyayangi dan memanjakannya. Semua kehendaknya pasti akan dipenuhi oleh ibu dan bapanya.

Di sekolah, dia mempunyai seorang kawan baik bernama Azuan. Walaupun Azuan daripada murid aliran perdana, mereka sentiasa bermain bersama di waktu petang.

Azuan selalu mengajar Hamid perkara-perkara yang tidak elok seperti mencarut, menunjuk isyarat lucah dan melakukan aksi lucah. Hamid seronok melakukan perbuatan tersebut dan sering menunjukkan aksi-aksi tersebut di hadapan rakan-rakannya yang lain.

Cikgu Aini sering menegur dan menasihati Hamid agar tidak mengulangi perbuatan tidak senonohnya itu tetapi tidak diendahkan olehnya. Hamid hanya tersengih-sengih seperti kerang busuk sahaja apabila ditegur oleh guru. Cikgu Aini amat kecewa dengan sikap Hamid, namun jauh di sudut hati, cikgu Aini amat berharap Hamid dapat berubah sikap.

Pada suatu hari, semasa perjalanan pulang dari sekolah, Hamid bertembung dengan sekumpulan pelajar nakal dari sekolah menengah berdekatan. Pelajar-pelajar tersebut telah mengejek Hamid dengan memanggilnya “OKU”, “orang kurang upaya”. Hamid berasa marah lantas mengeluarkan kata-kata dan menunjukkan isyarat lucah.

Lalu........................................

( Guru meminta murid menyambung cerita tersebut mengikut pandangan sendiri )

LAMPIRAN B

JADUAL PENGESANAN PERLAKUAN SOSIOEMOSI NEGATIF (TERUK)

16

Page 17: RPH SOSIOEMOSI

DOMAIN SOSIOEMOSI

Nama Murid : ____________________________________________

Jenis Perlakuan : ____________________________________________

Bulan : ____________________________________________

Sila tandakan ( √ ) pada ruang yang berkenaan.

Minggu Tarikh Waktu Catatan1 2 3 4 5 6 7 8

1

2

3

4

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

…………………………….. ……………………………… ………………………………

17