resepi rendang ayam

2
Resepi Rendang Ayam 82Share Share Share Resipi Rendang Ayam, sedap dimakan bersama nasi lemak untuk sarapan pagi. Di sebelah utara atau juga di sesetengah kawasan lain, rendang ayam juga dimakan bersama pulut kuning, iaitu pulut yang dikukus dan digaulkan bersama santan. Memang sedap, bagi sesiapa yang belum pernah makan pulut kuning bersama rendang, harus mencuba. Ada beberapa cara untuk memasak rendang, cara yang pertama menggunakan kaedah tumis bahan kisar di dalam minyak dan cara yg kedua pula tidak menggunakan minyak tetapi dimasak dia dalam santan yang pekat sehingga pecah minyak. Resepi di bawah adalah menggunakan kaedah yang pertama. Ditulis oleh : Che' Nom Masa: Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 30 Minit | Keseluruhan: 50 minit Jumlah Hidangan : 6 Bahan-Bahan: Bahan untuk di kisar 5 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah 2 biji bawang besar

Upload: amir

Post on 20-Dec-2015

7 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bahan bacaan

TRANSCRIPT

Page 1: Resepi Rendang Ayam

Resepi Rendang Ayam

82Share Share Share

Resipi Rendang Ayam, sedap dimakan bersama nasi lemak untuk sarapan pagi. Di sebelah

utara atau juga di sesetengah kawasan lain, rendang ayam juga dimakan bersama pulut kuning,

iaitu pulut yang dikukus dan digaulkan bersama santan. Memang sedap, bagi sesiapa yang

belum pernah makan pulut kuning bersama rendang, harus mencuba. Ada beberapa cara untuk

memasak rendang, cara yang pertama menggunakan kaedah tumis bahan kisar di dalam minyak

dan cara yg kedua pula tidak menggunakan minyak tetapi dimasak dia dalam santan yang pekat

sehingga pecah minyak. Resepi di bawah adalah menggunakan kaedah yang pertama.

Ditulis oleh : Che' Nom

Masa:

Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 30 Minit | Keseluruhan: 50 minit

Jumlah Hidangan : 6

Bahan-Bahan:

Bahan untuk di kisar

5 ulas bawang putih

5 ulas bawang merah

2 biji bawang besar

2 cm kunyit hidip

2 inci lengkuas

2 inci halia

Page 2: Resepi Rendang Ayam

2 batang serai, hiris nipis

10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus

Bahan-bahan berkaitan lain

1 kg ayam, potong ikut selera anda

3 sudu besar kerisik

2 senduk minyak, untuk menumis

2 cawan santan pekat

1 cawan santan cair

2 helai daun kunyit, di carik atau hiris kasar

2 keping asam keping

2 sudu besar sos tiram

Cara Penyediaan:

Cara untuk memasak:

1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng ayam separuh

masak. Angkat dari kuali dan asingkan.

2. Dalam kuali berasingan panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah

minyak. Pastikan bahan kisar betul-betul masak dan pecah minyak.

3. Masukkan ayam, serai dan sos tiram. Gaul rata dan biarkan masak seketika.

4. Masukkan kerisik dan santan cair. Masak sehingga kuah mendidih dan ayam

menjadi empuk. Kemudian masukkan pula santan pekat, asam keping dan daun

kunyit.

5. Pada ketika ini, kuah perlu kerap dikacau supaya santan tidak pecah minyak

dan kuah menjadi pekat sekata. Perasakan dengan garam dan gula secukup

rasa. Jika kuah sudah cukup rasa masam, boleh diangkat keluar asam keping

dari kuah.

Tips:

Jika anda rasa minyak terlalu banyak tidak mengapa, kerana minyak yang banyak

memudahkan proses untuk memasak bahan kisar. Minyak boleh dibuang sedikit

apabila kuah rendang sudah dimasak.