2190409 um akur tiada show, jual rendang lebih...

4
Headline Akur ada show, jual rendang lebih seronok Language Bahasa Melayu Media Title Utusan Malaysia Secon/Page No Berita/Hiburan Date 5 April 2019 Journalist Mohd Fadhil Abdollah Source hp://www.utusan.com.my/hiburan/akur-ada-show-jual-rendang- lebih-seronok-1.876582 Remarks Halal Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproducons or copyrighted materials. You may use the digized materials for private study, scholarship or research. Akur tiada show, jual rendang lebih seronok 3 ZAITON SAMEON MOHD. FADHIL ABDOLLAH 05 April 2019 4:00 PM Rezeki ada di mana-mana asalkan kita rajin berusaha. Begitulah prinsip yang dipegang oleh penyanyi Zaiton Sameon yang kini aktif menjual rendang masakannya sendiri. Rendang yang diberi nama Rendang Nasib Zaiton Sameon menjadi salah satu pendapatan utama buat penyanyi itu. “Alhamdulillah, saya bersyukur kerana boleh dikatakan hari-hari ada permintaan rendang daripada peminat seluruh Malaysia. ”Rata -rata mengatakan rendang yang saya masak sedap dan boleh dimakan dengan pelbagai cara seperti dengan nasi, roti, nasi impit atau dibawa bekal ke sekolah atau tempat kerja. “Rendang ini adalah resepi arwah ibu saya secara turun -temurun,” kata Zaiton.

Upload: others

Post on 07-Feb-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Headline Akur �ada show, jual rendang lebih seronok Language Bahasa Melayu

    Media Title Utusan Malaysia Sec�on/Page No

    Berita/Hiburan

    Date 5 April 2019 Journalist Mohd Fadhil Abdollah

    Source h�p://www.utusan.com.my/hiburan/akur-�ada-show-jual-rendang-lebih-seronok-1.876582

    Remarks Halal

    Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for private study, scholarship or research.

    Akur tiada show, jual rendang lebih seronok

    3 ZAITON SAMEON MOHD. FADHIL ABDOLLAH 05 April 2019 4:00 PM Rezeki ada di mana-mana asalkan kita rajin berusaha. Begitulah prinsip yang dipegang oleh penyanyi Zaiton Sameon yang kini aktif menjual rendang masakannya sendiri.

    Rendang yang diberi nama Rendang Nasib Zaiton Sameon menjadi salah satu pendapatan utama buat penyanyi itu.

    “Alhamdulillah, saya bersyukur kerana boleh dikatakan hari-hari ada permintaan rendang daripada peminat seluruh Malaysia.

    ”Rata -rata mengatakan rendang yang saya masak sedap dan boleh dimakan dengan pelbagai cara seperti dengan nasi, roti, nasi impit atau dibawa bekal ke sekolah atau tempat kerja.

    “Rendang ini adalah resepi arwah ibu saya secara turun -temurun,” kata Zaiton.

  • Headline Akur �ada show, jual rendang lebih seronok Language Bahasa Melayu

    Media Title Utusan Malaysia Sec�on/Page No

    Berita/Hiburan

    Date 5 April 2019 Journalist Mohd Fadhil Abdollah

    Source h�p://www.utusan.com.my/hiburan/akur-�ada-show-jual-rendang-lebih-seronok-1.876582

    Remarks Halal

    Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for private study, scholarship or research.

    Dalam memastikan rendang tersebut sentiasa berkualiti, Zaiton akan memasaknya selama enam jam sebaik sahaja selepas solat subuh.

    “Saya masak sendiri kerana tidak mahu kualiti rendang itu berubah. Namun, saya turut ditolong oleh beberapa pembantu agar proses membungkus dan penghantaran menjadi lancar.

    “Lebih istimewa, saya sendiri yang akan menghantar rendang ini kepada pelanggan-pelanggan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Walaupun kadang-kadang saya sibuk dengan urusan lain, saya tetap berusaha untuk menghantar rendang-rendang yang telah ditempah oleh pelanggan.

    “Selain orang perseorangan atau ke luarga, banyak juga pihak yang mengadakan majlis kahwin, akikah dan doa selamat yang menempah rendang saya untuk majlis mereka.

    Paling seronok, saya sudah ada pelanggan tetap,” kata Zaiton.

    Rendang istimewa tersebut dijual dengan harga antara RM25 hingga RM45 sekilogram.

    Selain daging dan ayam, rendang campur turut dijual.

    Tidak kisah disindir

    Zaiton akui dia juga tidak terlepas daripada ‘mulut-mulut’ jahat yang kurang senang dengan apa yang dilakukannya sekarang. Ada yang menyindir Zaiton kononnya menjual rendang hanya disebabkan tiada tawaran nyanyian.

    “Saya cari rezeki halal. Rendang saya juga dimasak dengan penuh kasih sayang dan kualitinya dijaga. Jadi, kalau ada yang kurang selesa melihat saya buat bisnes rendang, biarkanlah,” katanya.

    Zaiton tidak kisah dengan sindiran tersebut kerana mulut orang tidak boleh ditutup. Dia juga sedar tidak boleh halang orang lain bercakap mengenainya.

    “Mungkin artis lain segan untuk mengaku kurang tawaran nyanyian. Saya tak malu dan akur kekurangan tawaran nyanyian menyebabkan saya memulakan bisnes untuk menampung hidup.

  • Headline Akur �ada show, jual rendang lebih seronok Language Bahasa Melayu

    Media Title Utusan Malaysia Sec�on/Page No

    Berita/Hiburan

    Date 5 April 2019 Journalist Mohd Fadhil Abdollah

    Source h�p://www.utusan.com.my/hiburan/akur-�ada-show-jual-rendang-lebih-seronok-1.876582

    Remarks Halal

    Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for private study, scholarship or research.

    “Saya juga tidak pernah salahkan penganjur mana-mana acara atau persembahan kenapa tidak panggil saya menyanyi. Bagi saya mereka mempunyai kriteria tertentu yang dimahukan.

    “Iyalah.. sekarang ramai artis muda yang hebat-hebat dan mempunyai peminat yang ramai. Sudah tentu mereka akan diutamakan dalam kebanyakan acara,” katanya.

    Zaiton menerima hakikat situasi yang berlaku sekarang. Memandangkan rendang yang dijual lain daripada lain serta mendapat sambutan hebat, jadi dia lebih seronok meneruskan bisnes rendang ini.

    “Selain dapat berkongsi resepi turun temurun, dapatlah juga menjana ekonomi sendiri. Saya bersyukur diberikan sebuah pasukan yang bagus untuk membantu memasarkan rendang saya. Tidak ke mana rendang saya tanpa sokongan kuat mereka,” kata Zaiton.

    Kembali bersama A. Ali

    Selepas menang Juara Lagu 1992 melalui lagu Menaruh Harapan, kini Zaiton kembali berkolaborasi bersama komposer A.Ali setelah 32 tahun tidak bekerjasama.

    Zaiton akan berduet bersama Syed Wafa dalam lagu Lebaran Hari Raya ciptaan A. Ali dan penulis lirik oleh Hairi Rosman. Lagu bersempena Aidilfitri ini mengisahkan seorang ibu yang sedih kerana anak-anak tidak pulang beraya bersamanya.

    Sebelum ini Zaiton pernah berduet bersama Syed Wafa dalam lagu Rindu Pelukan Bonda.

    “Apabila dengar melodi lagu tersebut saya terus suka. Tambahan pula sudah 32 tahun saya dan A.Ali tidak bekerjasama. Kali terakhir kami berkolaborasi menerusi lagu Menaruh Harapan.

    “Saya harus akur A. Ali adalah orang yang bertanggungjawab menaikkan nama saya di persada seni. Dulu, dia memang garang dalam studio tapi saya rileks sahaja kerana tahu dia mahukan yang terbaik,” kata Zaiton.

    Rakan duet Zaiton iaitu Syed Wafa juga meluahkan rasa gembiranya apabila berpeluang bekerjasama dengan A.Ali.

  • Headline Akur �ada show, jual rendang lebih seronok Language Bahasa Melayu

    Media Title Utusan Malaysia Sec�on/Page No

    Berita/Hiburan

    Date 5 April 2019 Journalist Mohd Fadhil Abdollah

    Source h�p://www.utusan.com.my/hiburan/akur-�ada-show-jual-rendang-lebih-seronok-1.876582

    Remarks Halal

    Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for private study, scholarship or research.

    “Selain kembali berduet bersama Zaiton, saya begitu teruja kerana ini kali pertama saya bekerjasama dengan komposer A.Ali.

    “Beliau seorang yang tegas dan tahu apa yang perlu dilakukan dalam studio. Dia bijak mengawal vokal Zaiton dan saya agar tidak kurang atau keterlaluan. Semuanya sedang-sedang sahaja dan sedap didengar,” kata Syed Wafa.

    Kenangan Menaruh Harapan

    Komposer A.Ali, 70, yang turut hadir ketika sesi fotografi juga sempat berkongsi kenangan manis bekerja dengan penyanyi ini.

    “Saya masih ingat kenangan merakamkan lagu Menaruh Harapan bermula pada pukul 2 pagi kerana menunggu Zaiton habis menyanyi di kelab malam. Kami mengambil masa selama enam jam untuk merakamkan lagu tersebut.

    “Apa yang pasti Zaiton memberikan yang terbaik dan suaranya tetap mantap walaupun rakaman dilakukan pada jam 2 pagi dalam keadannya masih keletihan.

    “Syukur lagu ini masih menjadi siulan dan kegemaran ramai sehingga sekarang,” katanya.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/hiburan/akur-tiada-show-jual-rendang-lebih-seronok-1.876582#ixzz5kUW4Jkcw © Utusan Melayu (M) Bhd