resepi pemanggang ajaib sebenar

Download Resepi Pemanggang Ajaib Sebenar

Post on 08-Feb-2016

155 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Resepi happy call pan

TRANSCRIPT

RESEPI KAMBING PANGGANG BLACK PEPPERKalau ikut suami saya, hampir tiap2 minggu mesti nak makan kambing. Tapi saya hadkan sebulan sekali je. Sama macam dia hadkan sy makan kfc. hehe.. Bukan apa, selain daging kambing ni mahal, risau gak tengok berat badan dia yang makin bertambah tu. huhu.. Memang betul kambing makanan sunnah Nabi kita. Namun xboleh la berlebih-lebihan jugak kan. Berjimat pun penting :)Bagi saya, nak buat bahan perapan untuk daging kambing ni pun simple je. Sebab nanti nak dipadankan dengan sos black papper, tu yang perap light2 je dah ok, hehe.. Ok.. Nah resepinya.. BAHAN BAHANYA :2 keping daging kambing1 inci halia3 ulas bawang putihsedikit serbuk lada hitamsedikit garamsedikit kicap 1. Dengan menggunakan lesung batu, tumbuk hingga halus bahan-bahan perapan iaitu halia dan bawang putih ni2. Lumurkan daging dengan bahan tumbuk, tambah lada hitam, garam dan kicap. Picit-picit dan tekan2 untuk sebatikan rasa. Saya perap semalam. Esok nak masak, harini di waktu yang sama dah buat.3. Masukkan ke dalam Pemanggang Ajaib yang sudah dipanaskan dengan api sederhana besar. Saya guna bahagian yang rata, iaitu yang lebih nipis kerana sy taknak minyak yang keluar nanti akan bertakung di celahan bahagian bergrill. Sebab.. adalah sebabnya. tunggu4. Bakar setiap bahagian kurang 10 minit atau sehingga masak yang dikehendaki. ( Saya akan masak sehingga half-cooked sebab kami x suka well-done)5. Siap boleh dialihkan ke dalam pinggan.

SOS BLACK PEPPERMari kita buat sos black peppernya pula. Kalau ikut resepi asal, guna kiub ayam tu tapi saya guna stok ayam yang dibuat sendiri. Jadi memang selamat dari MSG atau bahan pengawet yang lain :) BAHAN BAHANYA1/2 ulas bawang besar1 cawan stok ayam2 sudu tepung jagung yang dibancuh dalam 1/2 cawan air1 sudu sos tiram1 sudu kicapserbuk lada hitamsecubit garam 1. Dalam bahagian Pemanggang Ajaib yang sama, tumisan bawang menggunakan minyak hasil dari panggang daging tadi2. Bila dah naik bau, masukkan stok ayam. Biarkan sehingga mendidih. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam, kicap dan sos tiram.3. Bila dah cukup rasa, tuang 2 sudu tepung jagung yang dah dilarutkan dalam air utk pekatkan sos. Kacau perlahan sehingga mencapai kepekatan yang diinginkan.4. Dah siap, curah atas daging :)

RESEPI PANCAKE NANGKAResepi yang diubahsuai dari masakan Chef Ezani Masterchef Malaysia, sesuai sebagai hidangan sarapan pagi. Untuk menyedapkan dan mengubah rasa biasa pancake yang dimakan dengan syrup atau madu, element buah2an tempatan dimasukkan dalam penghasilan pancake ini. Sekaligus menambahkan khasiat dalam sarapan pagi ini. BAHAN BAHANAYAK BERSAMA BAHAN KERING- 1 cawan tepung gandum- 1 sudu kecil baking powder- 1/2 sudu kecil baking soda/soda bikarbonat- secubit garam- 2 sudu besar gula castor

BAHAN BASAH- 1 biji telur- 1 cawan susu dicampur dengan 1 sudu besar cuka atau jus lemon, biarkan selama 10 minit (untuk buat buttermilk)/ atau jika mahu boleh beli buttermilk, mahal sikit la ;p- 1 sudu kecil vanilla3 sudu besar mentega dicairkanmentega untuk melengser kualinangka dipotong kiub

CARA CARANYA1) Gaul bersama telur, susu masam/buttermilk, vanilla. Campurkan kepada bahan kering dan kacau dengan handwhisk sehingga sebati (jangan terlebih pukul. kalau ada lump sikit2 tak apa).2) Masukkan mentega cair ke dalam adunan dan kacau. Biar adunan seketika untuk rest 15minit3) Gunakan pemanggang ajaib bahagian yang lebih nipis, panaskan ke suhu sederhana. Cairkan sedikit mentega. Dengan menggunakan senduk/ladle, tuangkan adunan ke dalam pan (bergantung kepada saiz pancake anda, boleh buat satu-satu atau 2,3 sekali)4) Bila pancake mula untuk nampak rongga udara, taburkan/susun kiub nangka di atas pancake dan tekankan sedikit kedalam pancake. biarkan masak beberapa saat sebelum menterbalikkan pancake.5) Ulang sehingga habis pancake batter.Selain nangka, buah-buahan lain yang bersesuaian boleh digunakan seperti pisang, mangga dan juga isi durian. Cubalah bereksperiment ya :)

RESEPI AYAM SERAISeperti bahan perapan ayam bakar yang lain, nak buat ayam panggang serai ni pun mudah je. Tapi rasanya memang tak kalah! Tambahan lagi serai yang jadi bahan utama ni menaikkan bau ke pelusuk penjuru rumah tatkala memanggang! Cewah! Bukan hanya cakap kosong, buat sendiri baru tahu. hehe.. Sila ambil resepi :)BAHAN BAHANYA :3-4 ketul ayam2 batang serai1 inci halia2 ulas bawang merah2 ulas bawang putihsedikit serbuk lada hitamsedikit serbuk kunyitsedikit garam 1. Dengan menggunakan blender kering, kisar halus atau boleh juga tumbuk dengan lesung batu bahan-bahan perapan iaitu serai, halia, bawang merah dan bawang putih2. Perap ayam dengan bahan tumbuk seketika, tambah lada hitam, kunyit dan garam. Picit-picit dan tekan2 untuk sebatikan rasa.3. Masukkan dalam Pemanggang Ajaib yang sudah dipanaskan dengan api sederhana besar. Jangan kecil sangat apinya nanti ayam masak perlahan akan menyebabkan air ayam akan keluar banyak, ayam lambat garing.4. Bakar setiap bahagian 10 minit sehingga naik bau5. Siap boleh dihidangkan dan dihias mengikut citarasa masing-masing Makan dengan nasi panas-panas dan ulam-ulaman. Sambal belacan dah tak perlu sebab lauk ni dah cukup pedas bagi saya :)RESEPI MURTABAK MEGGIMurtabak ni berasal dari mana sebenarnya ya. Kalau kat pasar malam, murtabak tu yang ala2 roti canai berini di dalam. Tapi kalau murtabak megi, mestilah megi di dalam nya kan. Buat Murtabak megi dalam pemanggang ajaib memang syok, sebab sekejap, senang dan sangatlah sedap. Bentuk dah cantik 4 segi, xperlu nak diuli2 tepung lagi. Oklah.. sila semak resepi yeBAHAN BAHAN2 paket meggi direbus sehingga lembut, ditos dan dibuang airnya1 biji cili merah dihiris nipis1 biji cili hijau dihiris nipis1 pokok daun ketumbar atau daun bawang1 ketul daging ayam baki semalam (digoreng/dibakar/sup)1 sudu serbuk lada hitamperencah megi4 biji telur pecahkan ke dalam mangkukgaram secukupnyaCARA PENYEDIAANPukul telur, kemudian campurkan bahan2 perasa, dan tambah kesemua bahan. Gaul sebati. Masukkan ke dalam pemanggang ajaib yang telah dipanaskan dan bakar guna api kecil selama lebih kurang 25 min. Balik2 kan untuk garing kedua-dua bahagian. Siap untuk dihidangkan ketika panas2. Potong mengikut kesukaan dan makan cicah sos atau jeruk bawang merah! Cubalah :)Resepi Murtabak Meggi2 | Resepi Pemanggang AjaibNota :1. Boleh juga digantikan baki ayam semalam tu dengan lauk lain seperti daging kisar atau udang, tapi perlu ditumis seketika dulu sebelum ditambah ke dalam campuran sebelum dibakar dalam pemanggang2. Untuk kelainan, tambahkan/campakkan cheddar atau mozarella cheese sebelum dibakarRESEPI AYAM POPCORN TORTILLASIdea buat ayam popcorn datang apabila bahagian dada ayam selalu menjadi pilihan terakhir kami berdua. Walaupun sy tahu dada ayam kurang lemak dan paling baik berbanding bahagian yang lain. Biasanya selepas beli ayam, saya akan asingkan siap2 bahagian yang nak diperap untuk dibakar, tulang untuk buat sup atau tomyam dan bahagian dada untuk diletak dalam bihun goreng, Tapi biasanya yang tak terusik bahagian dada lah. Resepi ini sy olahkan dari majalah rasa, iaitu Resepi Ayam Goreng Ala Taiwan. Silalah cuba ya BAHAN BAHANYA :300g isi ayam dipotong dadugaram secukup rasa2 sudu kecil serbuk lada hitam1 cawan tepung gandum2 sudu tepung jagung2 sudu tepung beras1 biji telur dipukul sedikit

CARA CARANYA :1. Perapkan dada ayam yang dipotong dadu bersama bahan perasa dan telur selama 30 minit.2. Dalam bekas yang mempunyai penutup, campurkan ketiga-tiga jenis tepung, lada hitam dan sedikit garam. Tutup penutup dan goncang untuk sebatikan tepung.2. Kemudian celupkan dan salutkan ayam ke dalam campuran tepung. Tekan2 dan sebatikan hingga rata.3. Setelah itu, panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan.Boleh juga goreng dalam pemanggang ajaib di bahagian yang lebih rata. Minyak diperlukan sedikit berbanding deep fry dalam kuali biasa. Lagipun minyak yang digunakan tidak elok direcycle lagi kan.4. Angkat dan toskan di atas kitchen paper. Sedia untuk dihidangkan. Boleh makan begitu saja atau dengan nasi, mee atau balut dalam roti tortilla.Roti Tortilla sy beli di carefour di bahagian roti satu paket ada 5 keping. Sangat sesuai untuk sarapan mudah atau boleh juga masa minum petang. Sy cuma gunakan apa2 yang sesuai yang ada dalam peti seperti daun lettuce, sos cili n mayonis. Nak buat ni simple n senang je tapi sangat mengenyangkan. Mula-mula, layurkan dulu roti Tortilla di atas Slant Fry Pan supaya ianya agak lembut dan garing, susun salad atas roti n ayam berserta sos cili, mayonis..ikut kesukaan. Kemudian lipat bersegi tiga atau gulung bulat terus pun boleh..

RESEPI AYAM KALIOResepi ini berasal dari Indonesia. Cara penyediaan ayam kalio ini seaakan2 memasak rendang tetapi masih terdapat sedikit perbezaan bahannya. Contohnya penggunaan sayur di dalam masakan ini seperti bunga kobis dan juga lobak merah. Susu cair yang digunakan boleh digantikan dengan santan. Amat mudah memasaknya menggunakan pemanggang ajaib kerana tak perlu dikacau dan ayam cepat masak berbanding masak di dalam kuali biasa. Silalah semak resepi dan selamat mencuba ya :) BAHAN BAHANYA5 ketul ayam (dibuang kulit dan lemak)1/2 sudu serbuk kunyit (bancuh dalam 1 cawan air)1 cawan susu cair1 keping asam1 helai daun kunyit2 biji ubi kentang dibelah 4100g bunga kobis dihiris1 biji lobak dihiris8 ulas bawang merah3 biji cili merah dikisar5 biji cili padi diketuk4 batang serai diketuk2cm lengkuas diketukCARANYA :1. Campurkan ayam, ubi kentang, bahan yang diketuk, dikisar dan air kunyit ke dalam Pemanggang Ajaib2. Tutup penutup, api sederhana besar, masak sehingga mendidih3. Apabila ayam separuh masak, masukkan bunga kobis, lobak merah, asam kepung, daun kunyit dan garam4. Akhir sekali masukkan susu cair5. Setelah ayam masak, hias dan hidangkan

REEPI POPIA BASAHSAMBAL1) 20 tangkai cili kering2) 4 ulas bawang putih (x guna bawang merah ye. nanti sambal x tahan lama)3) 1 cwn sos tomato4) 1 ketul gula melaka5) s