eksperimen sos ajaib

6
EKSPERIMEN SOS AJAIB. PERNYATAAN MASALAH. Bolehkah peket sos tenggelam dan terapung di dalam botol yang dipenuhi air? MEMBUAT HIPOTESIS. Daya keapungan adalah daya yang bertindak keatas objek yang terendam dan mengarah keatas. Jika daya apung adalah kurang daripada berat, maka objek akan tenggelam dan sebaliknya.Bagaimana membuat sos dalam paket terapung di dalam botol yang ditutup ketat dengan kawalan. MERANCANG EKSPERIMEN BAHAN –BAHAN YANG DIPERLUKAN. 1. Botol plastik 1liter(jernih) 2. Sos tomato/cili di dalam peket. 3. Garam makan. LANGKAH-LANGKAH MENJALANKAN UJI KAJI. 1. Tanggalkan sebarang label pada botol. 2. Isikan air sehingga memenuhi botol. 3. Masukkan peket sos ke dalam botol.Tutup rapat botol dengan penutupnya. Jika peket sos tadi timbul,terus kepada langkah 4.Sekiranya peket sos tadi tenggelam,ikuti langkah 5. 4. Picit botol dengan kuat.jika sos tenggelam bermakna uji kaji berjaya.Jika sebaliknya berlaku cuba tukar dengan soso yang berlainan seperti sos cili atau kicap. 5. Jika peket sos terus tenggelam,tambahkan 3 sudu garam dan goncang sehingga garam larut. 6. Terus tambahkan garam sehingga peket sos tadi benar-benar terapung secara tetap.

Upload: mohd-jefri-sharif

Post on 26-Dec-2015

77 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Eksperimen Sos Ajaib

EKSPERIMEN SOS AJAIB.

PERNYATAAN MASALAH.

Bolehkah peket sos tenggelam dan terapung di dalam botol yang dipenuhi air?

MEMBUAT HIPOTESIS.

Daya keapungan adalah daya yang bertindak keatas objek yang terendam dan mengarah keatas. Jika daya apung adalah kurang daripada berat, maka objek akan tenggelam dan sebaliknya.Bagaimana membuat sos dalam paket terapung di dalam botol yang ditutup ketat dengan kawalan.

MERANCANG EKSPERIMEN

BAHAN –BAHAN YANG DIPERLUKAN.

1. Botol plastik 1liter(jernih)2. Sos tomato/cili di dalam peket.3. Garam makan.

LANGKAH-LANGKAH MENJALANKAN UJI KAJI.

1. Tanggalkan sebarang label pada botol.2. Isikan air sehingga memenuhi botol.3. Masukkan peket sos ke dalam botol.Tutup rapat botol dengan penutupnya. Jika peket sos

tadi timbul,terus kepada langkah 4.Sekiranya peket sos tadi tenggelam,ikuti langkah 5.4. Picit botol dengan kuat.jika sos tenggelam bermakna uji kaji berjaya.Jika sebaliknya

berlaku cuba tukar dengan soso yang berlainan seperti sos cili atau kicap.5. Jika peket sos terus tenggelam,tambahkan 3 sudu garam dan goncang sehingga garam

larut.6. Terus tambahkan garam sehingga peket sos tadi benar-benar terapung secara tetap.7. Setelah peket sos terapung,isikan air ke dalam botol sehingga betul-betul penuh dan tutup

dengan rapat.8. Sekarang,picit botol.Peket sos akan tenggelam bila botol dipicit dan terapung apabila

dilepaskan.Dengan sedikit latihan,peket sos boleh dikawal dan berada di tengah-tengah botol.

LANGKAH KESELAMATAN.

Menggunakan bahan plastik agar tidak jatuh dan pecah. Berhati-hati dengan air yang tumpah dan licin. Melakukan aktiviti dengan pengawasan orang dewasa.

Page 2: Eksperimen Sos Ajaib

MENGANALISIS DATA

Uji kaji ini berkaitan dengan keapungan dan ketumpatan.Keapungan menjelaskan tentang timbul atau tenggelam sesuatu objek di dalam air.Daya keapungan adalah daya yang bertindak keatas objek yang terendam dan mengarah keatas. Jika daya apung adalah kurang daripada berat, maka objek akan tenggelam dan sebaliknya.Di dalam paket sos terdapat gelembung-gelembung udara.Gelembung-gelembung udara membuatkan peket sos terapung.Apabila botol dipicit dengan kuat,peket sos tadi dikenakan tekanan yang kuat.Ini menyebabkan gelembung udara dalam peket sos menjadai semakin mengecil dan peket sos tadi menjadi lebih tumpat berbanding air di sekelilingnya dan peket sos tadi pun tenggelam.Apabila tekanan pada botol dilepaskan,gelembung udara dalam peket sos mengembang dan mengurangkan ketumpatan peket sos.Jadi peket sos kembali timbul apabila tekanan dilepaskan.

MEMBUAT KESIMPULAN.

Keapungan (buoyancy) jirim adalah merujuk kepada samada sesuatu jirim itu terapung atau tenggelam dalam jirim lain.Keapungan sesuatu jasad (bodies) adalah bergantung kepada ketumpatannya.Pepejal (solid) yang mempunyai ketumpatan yang lebih rendah daripada ketumpatan sesuatu cecair (liquid) akan terapung pada permukaan cecair tersebut.Pepejal yang mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada ketumpatan sesuatu cecair akan tenggelam di dalam cecair tersebut.

Page 3: Eksperimen Sos Ajaib

EKSPERIMEN SOS AJAIB.

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:

Page 4: Eksperimen Sos Ajaib

LAMPIRAN

PEKET SOS TIMBUL APABILA BOTOL DILEPASKAN DARI

PICITAN

PEKET SOS TENGGELAM APABILA BOTOL DIPICIT

DENGAN KUAT.

GELEMBUNG YANG TERDAPAT DALAM PEKET SOS

MEMBANTU IA TERAPUNG