kajian tindakan jawi-straw ajaib

23
1 MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS MENGENAL HURUF-HURUF JAWI TUNGGAL MENGGUNAKAN STRAW AJAIB KEPADA MURID-MURID TAHUN 1 MIG Oleh : Dalilah binti Desa SK. Membedai 87030 WP Labuan 0168802476 ABSTRAK Kajian ini saya laksanakan adalah kerana kesedaran pada diri sendiri untuk membantu menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh diri saya dan rakan-rakan dalam mengajar pembentukan huruf tunggal jawi yang merangkumi mengetahui nama huruf jawi tunggal, mengenal huruf-huruf jawi, mengetahui perbezaan bentuk di antara huruf dan kedudukan huruf di atas garisan Ini kerana penggunaan plastisin banyak memberi impak negatif kepada murid, jadi alternatif perlu dicari agar objektif pdp akan tecapai dengan jayanya walaupun tidak menggunakan plastisin. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan kerja murid dan pemerhatian. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak dapat menamakan kebanyakan huruf-huruf jawi dengan tepat, murid gagal membezakan bentuk-bentuk huruf-huruf jawi dan gagal meletakkan huruf-huruf jawi di atas garisan dengan betul. Kemahiran-kemahiran ini sangat penting bagi memastikan murid dapat menulis dan membaca jawi dan membaca buku teks Pendidikan Islam yang mengandungi bidang Al-Quran, Ibadah, Aqidah, Sirah dan Adab dengan baik dan dapat memperolehi markah yang tinggi di dalam ujian mahu pun peperiksaan di samping memelihara kualiti penulisan jawi agar memenuhi piawaian penulisan jawi yang sebenar. Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid 1 MIG ini saya mengaplikasikan “Straw Ajaib”.Teori Konstruktivisme didefinisikan sebagai pembelajaran yang bersifat generatif, iaitu tindakan mencipta sesuatu yang bermakna daripada apa yang dipelajari.Justeru, saya telah memperkenalkan „Straw Ajaib” dan memperkenalkannya secara berperingkat-peringkat mengikut perkembangan pencapaian kemahiran mereka. Seramai 15 orang murid serta seorang guru terlibat di dalam kajian ini. Sembilan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam tempoh empat bulan. Aktiviti ini dijalankan selama 30 minit pada setiap hari Khamis di mana bidang Jawi hanya diajar seminggu sekali untuk tempoh 30 minit sahaja. Keputusan ujian pos serta ujian bulanan telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Murid semakin meminati bidang Jawi kerana ia sangat menyeronokkan di samping mengembangkan lagi kreativiti murid khususnya di dalam penulisan Jawi. Impak terbesar ialah penulisan murid menjadi semakin berkualiti dan menepati kehendak piawaian Dewan Bahasa dan Pustaka.

Upload: dalilahdesa

Post on 15-Dec-2015

202 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

Kajian tentang keberkesanan penggunaan straw sebagai alternatif kepada plastisin dalam membentuk huruf-huruf jawi tunggal dengan lebih efektif.Meraih naib johan dalam pertandingan inovasi hari guru kebangsaan 2013.

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan Jawi-straw Ajaib

1

MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS MENGENAL HURUF-HURUF JAWI

TUNGGAL MENGGUNAKAN STRAW AJAIB KEPADA MURID-MURID TAHUN 1

MIG

Oleh :

Dalilah binti Desa

SK. Membedai

87030 WP Labuan

0168802476

ABSTRAK

Kajian ini saya laksanakan adalah kerana kesedaran pada diri sendiri untuk membantu menyelesaikan masalah

yang sering dihadapi oleh diri saya dan rakan-rakan dalam mengajar pembentukan huruf tunggal jawi yang

merangkumi mengetahui nama huruf jawi tunggal, mengenal huruf-huruf jawi, mengetahui perbezaan bentuk di

antara huruf dan kedudukan huruf di atas garisan Ini kerana penggunaan plastisin banyak memberi impak

negatif kepada murid, jadi alternatif perlu dicari agar objektif pdp akan tecapai dengan jayanya walaupun

tidak menggunakan plastisin. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan kerja murid dan pemerhatian.

Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak dapat menamakan kebanyakan huruf-huruf jawi dengan tepat, murid

gagal membezakan bentuk-bentuk huruf-huruf jawi dan gagal meletakkan huruf-huruf jawi di atas garisan

dengan betul. Kemahiran-kemahiran ini sangat penting bagi memastikan murid dapat menulis dan membaca

jawi dan membaca buku teks Pendidikan Islam yang mengandungi bidang Al-Quran, Ibadah, Aqidah, Sirah dan

Adab dengan baik dan dapat memperolehi markah yang tinggi di dalam ujian mahu pun peperiksaan di

samping memelihara kualiti penulisan jawi agar memenuhi piawaian penulisan jawi yang sebenar. Untuk

mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid 1 MIG ini saya mengaplikasikan “Straw Ajaib”.Teori

Konstruktivisme didefinisikan sebagai pembelajaran yang bersifat generatif, iaitu tindakan mencipta sesuatu

yang bermakna daripada apa yang dipelajari.Justeru, saya telah memperkenalkan „Straw Ajaib” dan

memperkenalkannya secara berperingkat-peringkat mengikut perkembangan pencapaian kemahiran mereka.

Seramai 15 orang murid serta seorang guru terlibat di dalam kajian ini. Sembilan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dijalankan dalam tempoh empat bulan. Aktiviti ini dijalankan selama 30 minit pada setiap hari

Khamis di mana bidang Jawi hanya diajar seminggu sekali untuk tempoh 30 minit sahaja. Keputusan ujian pos

serta ujian bulanan telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Murid semakin meminati bidang Jawi

kerana ia sangat menyeronokkan di samping mengembangkan lagi kreativiti murid khususnya di dalam

penulisan Jawi. Impak terbesar ialah penulisan murid menjadi semakin berkualiti dan menepati kehendak

piawaian Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 2: Kajian Tindakan Jawi-straw Ajaib

2

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Selama 15 tahun saya mengajar bidang Jawi baru tahun ini saya menyedari bahawa amalan

saya selama ini dalam pengajaran jawi adalah kurang berkualiti apabila saya melihat kuantiti

murid yang terlibat di dalam kelas Pemulihan Jawi kian bertambah. Guru pula termasuk saya

selalu mengatakan “susah la ajar jawi kalau murid tidak sekolah agama petang”, malah murid

pula sering mengatakan “saya tak minat jawi sebab susah, lagi pun saya tidak bersekolah

agama petang”…Ayat-ayat ini sering kedengaran apabila saya bersembang dengan guru-guru

atau bersama-sama murid. Saya rasa perkara ini dibiar berlanjutan, perasaan cinta murid

terhadap tulisan jawi akan kian terhapus dan prestasi mereka dalam mata pelajaran

Pendidikan Islam juga akan terjejas. Penguasaan Jawi di peringkat asas sangat penting bagi

memastikan kelangsungan penulisan jawi ditulis dengan teknik, bentuk dan cara yang betul.

Penggunaan plastisin pada suatu ketika dulu banyak membantu guru dalam membantu murid

dalam melembutkan motor halus murid dam menulis Jawi. Namun setelah penggunaan

plastisin dilarang terhadap kanak-kanak maka guru-guru perlu mencari alternatifnya. Jadi

saya rasa bertanggungjawab untuk memperbaiki kelemahan diri saya dan membantu rakan-

rakan guru yang lain di samping mempertingkatkan kualiti penulisan jawi anak-anak murid

saya. Saya telah memulakan kajian dengan beberapa langkah iaitu membuat ujian pra,

memeriksa buku tulis, temu bual dan soal selidik. Kemudian saya merancang aktiviti serta

kaedah yang akan saya jalankan iaitu membina inovasi Straw Ajaib. Langkah-langkah

selanjutnya akan saya terangkan di dalam perenggan seterusnya nanti.

Seperti pengkaji-pengkaji yang lain, saya baru menyedari akan peri pentingnya kajian

tindakan iaitu mengeluarkan guru dari ikatan amalan yang biasa dan ditelan zaman di

samping meningkatkan amalan profesionalisme khususnya dalam menguji diri sendiri dan

mengembangkan idea-idea baru mengenai amalan yang berkesan.

2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini adalah berfokus kepada kemahiran menulis. Kajian ini penting

bagi murid tahap satu untuk mengetahui nama, mengenali huruf dan meletakkan huruf atas

atas garis huruf dengan tepat. Murid memerlukan contoh yang tepat dan jelas dari guru. Jika

tidak, murid akan mengamalkan kebiasaan yang silap itu dari mereka kecil hinggalah dewasa.

Malah mereka akan menghadapi banyak masalah jika mereka hendak menguasai kemahiran

menulis perkataan dan membaca dalam bidang Pendidikan Islam yang mempunyai lima

cabang nanti iaitu al-Quran, Ibadah, Aqidah, Sirah dan Jawi.

Page 3: Kajian Tindakan Jawi-straw Ajaib

3

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kualiti kemahiran penulisan jawi dan

mempertingkatkan keyakinan dan minat untuk menulis jawi semenjak di peringkat asas lagi.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

i. Membantu murid mengenali nama huruf jawi tunggal yang betul.

iii.Membantu murid mengenalpasti kedudukan huruf jawi tunggal yang tepat pada garis

huruf.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 15 orang murid tahun 1 MIG. Pemilihan murid-murid ini

dilaksanakan melalui ujian dwi bulanan dan ujian pra. Melalui ujian dwi bulanan saya dapat

mengesan 15 orang murid telah gagal dan mendapat markah kosong dalam ujian jawi.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

Jadual 1: Kaedah mengutip data

Langkah

dan tarikh

Cara penilaian

Kumpulan

sasaran

Tujuan

Langkah 1

10.2.2014

Menyemak dan menilai

hasil ujian dwi bulanan.

15 orang

murid 1MIG

Memilih murid yang akan dijadikan

sebagai sampel kajian.

Langkah 2

17.2.2014

Ujian pra

(Kemahiran: Mengenal

huruf)

Saya menjalankan ujian ke atas 15

orang murid iaitu :

Ujian :

1) Memadankan nama huruf dengan

huruf secara lisan. (Lampiran 1)

Langkah 3

24.2.2014

Ujian pra

(Kemahiran: Menulis

huruf di atas garisan)

2) Menulis huruf atas garis huruf.

(Lampiran 2)

Page 4: Kajian Tindakan Jawi-straw Ajaib

4

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Jadual 2: Analisis Tinjauan masalah

Langkah

dan tarikh

Cara penilaian

Kumpulan

sasaran

Dapatan

Langkah 1

10.2.2014

Menyemak dan

menilai hasil

ujian dwi

bulanan.

15 orang

murid

1 MIG

Didapati 15 orang murid 1 MIG

mendapat markah 0 dalam ujian ini.

Mereka dipilih sebagai sampel kajian.

Langkah 2

17.2.2014

Ujian pra

Semua muridi gagal dalam ujian pra ini.

Kelemahan yang berjaya dikenalpasti ialah :

1) Murid tidak tahu nama huruf-huruf jawi

tunggal yang ditunjukkan.

(Rujuk rajah 1)

Langkah 3

24.2.2014

Ujian pra

(Kemahiran:

Menulis huruf di

atas garisan)

Semua murid gagal dalam ujian ini.

Murid gagal meletakkan huruf di atas

garisan dengan betul.

(Rujuk rajah 2 dan 3)

Rajah 1 di bawah menunjukkan keputusan ujian pra murid-murid 1 MIG. Ujian ini

dijalankan secara lisan. Guru menunjukkan huruf-huruf jawi tunggal dan murid perlu

memberi nama bagi huruf-huruf tersebut.

Bil Huruf-huruf yang

ditunjuk oleh guru

Ujian Pra

(Jumlah murid jawab tepat)

Catatan

alif ا 14 Murid menyebut huruf alif

sebagai bunyi „a‟.

Page 5: Kajian Tindakan Jawi-straw Ajaib

5

ta ت 25 Tiada jawapan diberikan

oleh murid.

jim ج 30 Murid menyebut huruf alif

sebagai bunyi „ja‟.

ca خ 40 Tiada jawapan diberikan

oleh murid.

dal د 50 Murid menyebut huruf alif

sebagai bunyi „da‟.

ro ر 61 Tiada jawapan diberikan

oleh murid.

sin س 70 Murid menyebut huruf alif

sebagai bunyi „sa‟.

pa ف 80 Tiada jawapan diberikan

oleh murid.

nga غ 90 Tiada jawapan diberikan

oleh murid.

lam ل 011 Semua murid menyebut

huruf alif sebagai bunyi „la‟.

mim م 001 Semua murid menyebut

huruf alif sebagai bunyi

„ma‟.

nun ن 011 Murid menyebut huruf alif

sebagai bunyi „na‟.

wau و 021 Murid menyebut huruf alif

sebagai bunyi „wa‟.

ha ه 030 Tiada jawapan diberikan

oleh murid.

ya ي 043 Murid menyebut huruf alif

sebagai bunyi „ya‟.

Rajah 1: Keputusan pencapaian murid 1MIG bagi kemahiran mengenal huruf jawi

tunggal.

Page 6: Kajian Tindakan Jawi-straw Ajaib

6

Rajah 2 di bawah menunjukkan perbandingan jawapan yang sepatutnya dengan kesilapan

yang sering dilakukan oleh murid 1MIG.

Arahan : Tulis huruf-huruf di bawah ini mengikut kedudukan yang betul pada garis huruf.

( Jawapan sebenar ) (Kesilapan lazim murid)

1 ا ا ا

ج ج ج2

3 ر ر ر

س س س4

غ غ غ5

ف ف ف6

ل ل ل7

Page 7: Kajian Tindakan Jawi-straw Ajaib

7

8 م م م

9 ن ن ن

1 و و و

0

Rajah 2: Perbandingan jawapan yang sepatutunya dan kesilapan yang sering dilakukan oleh

murid-murid 1MIG.

Manakala rajah 3 di bawah pula menunjukkan keputusan pencapaian murid bagi setiap huruf.

Jawapan Jumlah murid yang

jawab dengan betul

Jumlah murid yang

jawab dengan salah

5 10 ا

ج 0 15

15 0 ر

Page 8: Kajian Tindakan Jawi-straw Ajaib

8

س 0 15

غ 0 15

ف 2 13

ل 5 10

15 0 م

11 4 ن

15 0 و

Dua ujian di atas berjaya mengesan kelemahan murid dalam kemahiran asas penulisan jawi

iaitu murid gagal:

1) Mengenali dan menamakan huruf-huruf jawi dengan tepat.

2) Meletakkan huruf-huruf jawi di atas garis huruf dengan tepat.

Page 9: Kajian Tindakan Jawi-straw Ajaib

9

5.3 Tindakan yang dijalankan

Berdasarkan tinjauan awal yang dijalankan didapati murid sangat lemah di dalam penulisan

jawi, ini adalah kerana mereka kurang berminat dalam penulisan Jawi, kurang keyakinan diri,

dan lebih terdedah kepada tulisan rumi sahaja.Oleh itu saya rasa bertanggungjawab di dalam

mendidik mereka agar mencintai tulisan jawi kerana tulisan jawi adalah tulisan warisan

bangsa dan negara. Malah yang paling penting, melalui tulisan jawi mereka akan menguasai

4 bidang utama dalam subjek Pendidikan Islam. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, Straw

Ajaib diperkenalkan secara berperingkat seperti jadual 3 di bawah ini.

Langkah

dan tarikh

Kemahiran Langkah-

langkah

pemulihan

Kumpulan

sasaran

Hasil pemerhatian

Langkah 1

3.3.2015

30 minit

Mengenal

huruf-

huruf jawi

tunggal

Implementasi

Straw WajHu

Kali pertama

15 orang

murid

1MIG

Murid sangat teruja untuk

memegang dan

memanipulasikan Ajaib ini.

Murid dapat mengikut

tunjuk cara guru dengan

baik.

Langkah 2

10.3.2014

30 minit

Implementasi

Straw WajHu

Kali kedua

Latih tubi membentuk huruf

mengikut arahan guru

berjalan lebih lancar kerana

murid sudah diberi

pendedahan pada minggu

lepas.

Rujuk lampiran 2

Langkah 3

17.3.2014

30 minit

Mengenal

huruf-

huruf jawi

tunggal

dan

meletakkan

huruf-

huruf atas

Implementasi

Straw WajHu

Kali ketiga

Murid sangat seronok

mengikuti kelas pada hari ini

kerana murid dapat

membetulkan kedudukan

huruf secara maujud dan

menggembiran.

Pdp hari ini berjalan dengan

berpusatkan bahan.

Page 10: Kajian Tindakan Jawi-straw Ajaib

10

Langkah 4

24.3.2014

garisan. Implementasi

Straw WajHu

Kali ketiga

Pada hari ini aktiviti

berkumpulan dijalankan.

Rujuk lampiran 3

Murid-murid dapat

mengenal dan meletakkan

huruf pada garisan dengan

betul.

Langkah 5

1 April

2014

Ujian pos

Menguji

kemahiran

mengenal

huruf.

Ujian secara

lisan

Murid dapat menjawab

soalan lisan dengan waktu

yang singkat dan yakin.

8 April

2014

Ujian pos

Menguji

kemahiran

menulis

dan

meletakkan

huruf di

atas

garisan.

Ujian bertulis Semua murid berjaya

menulis huruf-huruf pada

garisan dengan betul.

d. Bahan-bahan yang digunakan seperti jadual 4 dibawah.

Bil Bahan-bahan

1. Straw Ajaib berwarna-warni (Setiap murid mendapat sebatang sahaja.)

2. Kertas A4 putih (Sehelai bagi setiap murid)

3. Pen marker hitam (untuk menggaris kertas A4)

5.4 Pelaksanan Tindakan Dan Pemerhatian/Penilaian

Pemerhatian 1 dan 2

Tarikh : 3 dan 10 Mac 2014

Masa : 8.30-9.00 pagi

Tempat : 1 MIG

Alat bantu mengajar : Straw Ajaib dan kertas A4 yang telah sedia bergaris satu

di tengah-tengah kertas.

Page 11: Kajian Tindakan Jawi-straw Ajaib

11

Kemahiran :Mengenal huruf-huruf jawi tunggal.

Pengajaran dihidupkan dengan nyanyian lagu huruf-huruf jawi berdasarkan poster

huruf yang ditampal di hadapan kelas. Murid-murid dikehendaki mengangkat Straw

Ajaib supaya saya maklum bahawa setiap murid telah menerima Straw Ajaib tersebut.

Seterusnya, saya menyebut nama huruf-huruf Jawi tertentu dan membina huruf dengan

menggunakan Straw Ajaib. Murid mengikuti apa yang saya lakukan.

Contoh :

Arahan guru :

“Cuba tunjukkan saya bentuk huruf ba”.

Murid akan membentukkan huruf „ba‟ dan menggunakan jari untuk

menunjukkan kedudukan dan bilangan titik.

Guru akan membetulkan hasil jawapan murid secara terus jika murid salah

membentuk huruf dan meletakkan bilangan atau kedudukan titik.

Refleksi

Saya dapati ramai murid keliru dengan perbezaan bentuk asas huruf ba, ta, sa, fa, pa,

qof, nun dan nya. Setelah Straw Ajaib diaplikasikan murid terus dapat membezakan

bahawa huruf ba,ta,sa,fa dan pa adalah berbentuk seperti bentuk asas pinggan iaitu

lebih lebar berbanding huruf nun, nya dan qof yang lebih pendek dan dalam seperti

bentuk asas mangkuk.Selain itu kelemahan murid menentukan bilangan titik bagi

sesuatu huruf juga dapat diatasi dengan Straw Ajaib ini. Jadi penggunaan Straw

WAJhu ini berjaya memberi gambaran yang jelas dan berkesan mendalam dan

memberi ingatan kekal terhadap murid akan perbezaaanbentuk asas dan nama huruf-

huruf ini. Sebutan dan latih tubi juga telah menyebabkan murid telah berjaya

menamakan huruf-huruf jawi dengan betul.

Pemerhatian 3 dan 4

Tarikh : 17 dan 24 Mac 2014

Masa : 8.30-9.00 pagi

Tempat : 1 MIG

Alat bantu mengajar :

1)Straw Ajaib

2)kertas A4 yang telah sedia bergaris satu di tengah-tengah kertas.

3) Lembaran yang mengandungi huruf-huruf jawi yang terletak pada garisan

Page 12: Kajian Tindakan Jawi-straw Ajaib

12

dengan betul (sebagai rujukan murid)

Kemahiran :Meletakkan huruf pada garisan dengan betul.

Pengajaran dihidupkan dengan nyanyian lagu huruf-huruf jawi berdasarkan poster

huruf yang ditampal di hadapan kelas. Murid-murid dikehendaki mengangkat Straw

Ajaib supaya saya maklum bahawa setiap murid telah menerima Straw Ajaib tersebut.

Seterusnya, saya menyebut nama huruf-huruf Jawi tertentu dan membina huruf dengan

menggunakan Straw Ajaib. Murid menjadi teruja apabila mereka menerima kertas A4

dan lembaran huruf-huruf jawi tunggal setiap seorang. Mereka tertunggu-tunggu arahan

saya yang seterusnya

Contoh :

Arahan saya :

1) “Sila lihat letakkan huruf wau yang kamu bina itu di atas garisan pada kertas

itu…”

(Saya menyebut semua huruf)

Refleksi

Saya dapati semua murid meletakkan keseluruhan badan huruf wau di atas garis

sedangkan hanya kepala huruf wau sahaja yang perlu berada di atas garis begitu juga

dengan huruf-hurf yang lain. Tapi setelah saya menyuruh mereka merujuk lembaran

yang diberikan barulah mereka dapat membentuk dan meletakkan huruf-huruf tersebut

pada garisan dengan betul. Saya berasa sangat gembira dengan perubahan tingkah laku

positif yang ditunjukkan oleh murid-murid saya ini.

Pemerhatian 5 (Ujian pos bagi kemahiran mengenal huruf) :

Tarikh : 1 April 2014

Masa : 8.30-9.00 pagi

Tempat : 1 MIG

Refleksi

Ujian lisan digunakan bagi mengesan pencapaian murid. Secara keseluruhannya, semua

murid berjaya mengenal huruf-huruf yang ditunjukkan oleh guru. Tiada lagi yang

menamakan huruf „lam‟ sebagai huruf „la‟, huruf „nun‟ sebagai huruf „na‟. Saya sangat

berpuas hati dengan dengan pencapaian murid ini.

Page 13: Kajian Tindakan Jawi-straw Ajaib

13

Pemerhatian 6 (Ujian pos bagi kemahiran menulis dan meletakkan huruf di atas

garisan) :

Tarikh : 8 April 2014

Masa : 8.30-9.00 pagi

Tempat : 1 MIG

Refleksi

Ujian lisan yang mengandungi 10 soalan digunakan untuk menguji pencapaian murid.

Secara keseluruhannya, semua murid berjaya mengenal huruf-huruf yang ditunjukkan

oleh guru. Tiada lagi yang menamakan huruf „lam‟ sebagai huruf „la‟, huruf „nun‟

sebagai huruf „na‟. Saya sangat berpuas hati dengan dengan pencapaian murid ini.

5.5 REFLEKSI KAJIAN

5.5.1 Penilaian Pencapaian murid

Jadual 5 : Keputusan Ujian pra dan pos murid bagi kemahiran mengenal huruf.

Bil Huruf-huruf yang

ditunjuk oleh guru

Ujian

pra

Ujian

pos 1

15 4 ا 1

10 5 ت 2

13 0 ج 3

13 0 خ 4

15 0 د 5

10 1 ر 6

13 0 س 7

13 0 ف 8

Page 14: Kajian Tindakan Jawi-straw Ajaib

14

9 0 غ 9

04 1 ل 01

04 1 م 00

04 1 ن 01

04 1 و 02

04 0 ه 03

04 3 ي 04

Huruf-huruf yang dipilih adalah huruf yang paling lazim digunakan di dalam

tulisan jawi.

Jadual 5 di atas menunjukkan perbandingan pencapaian bagi ujian pra dan pos murid

bagi kemahiran mengenal huruf. Didapati berlaku perubahan ketara pada ujian pos.

Murid-murid dapat mengingat nama-nama huruf jawi jika belajar dalam keadaan yang

menggembirakan dan atas rasa minat.Tiada lagi bunyi huruf „a‟ , huruf „la‟, huruf „na‟

kedengaran dalam ujian pos.

Jadual 6 : Keputusan Ujian pra dan pos murid bagi kemahiran menulis dan meletakkan

huruf pada garisan dengan betul.

Markah

Bil. Murid

Ujian pra Ujian pos

10 0 15

9 0 0

8 0 0

7 0 0

6 0 0

5 0 0

4 0 0

Page 15: Kajian Tindakan Jawi-straw Ajaib

15

3 0 0

2 0 0

1 0 0

0 10 0

Jadual 6 di atas menunjukkan perbandingan pencapaian bagi ujian pra dan pos murid

bagi kemahiran menulis dan meletakkan huruf pada garisan dengan betul. Didapati 15

orang murid berjaya mengenal dan menamakan semua huruf yang ditunjukkan oleh

guru dengan betul dan hanya 2 orang murid sahaja yang menamakan 9 huruf dengan

tepat. Huruf yang gagal dikenali oleh kedua-dua murid ini ialah huruf nga dan pa.

Kelemahan murid ini telah dikenalpasti , jadi pengukuhan telah diberikan selepas ujian

pos dijalankan dan Alhamdulillah mereka berdua akhirnya berjaya mengenal huruf-

huruf tersebut.

Manakala jadual 7 di bawah menunjukkan pencapaian ujian 15 orang murid yang

terpilih sebagi sampel kajian di dalam ujian bulanan bagi bulan Februari dan ujian

PKSR 1 bagi jawi pada bulan Mei.

Bulan Ujian dwi bulanan

Februari

Ujian PKSR 1

Mei

Lulus 0 15

Gagal 15 0

Jadual 7: Pencapaian ujian dwi bulanan dan ujian PKSR

Berdasarkan dapatan kedua-dua ujian ini maka saya dapat simpulkan bahawa

penggunaan Straw Ajaib ini telah memberi impak yang besar dalam mempengaruhi

pencapaian murid dalam jawi.

Page 16: Kajian Tindakan Jawi-straw Ajaib

16

5.5.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti-Aktiviti yang dijalankan

Jadual 8 di bawah adalah rumusan bagi semua aktiviti kajian yang telah saya jalankan

demi melengkapkan kajian ini.

Tarikh

Aktiviti

Aktiviti 1

10.2.2014

Memeriksa buku tulis

Aktiviti 2

17.2.2014

Ujian pra

(Kemahiran: Mengenal huruf)

Aktiviti 3

24.2.2014

Ujian pra

(Kemahiran: Menulis huruf di atas garisan)

Aktiviti 4

3.3.2015

Implementasi Straw WajHu Kali pertama untuk

mengenal huruf-huruf jawi tunggal.

Aktiviti 5

10.3.2014

Implementasi Straw WajHu Kali pertama untuk

mengenal huruf-huruf jawi tunggal.

Aktiviti 6

17.3.2014

30 minit

Implementasi Straw WajHu Kali kedua untuk

mengenal huruf-huruf jawi tunggal

kedudukannya di atas garisan.

Aktiviti 7

24.3.2014

Implementasi Straw WajHu Kali kedua untuk

mengenal huruf-huruf jawi tunggal

kedudukannya di atas garisan.

Aktiviti 7

1 April 2014

Ujian pos

Ujian secara lisan

(Kemahiran : Mengenal huruf-huruf jawi

tunggal)

Page 17: Kajian Tindakan Jawi-straw Ajaib

17

Aktiviti 8

8 April 2014

Ujian bertulis

Aktiviti 9

5 Mei 2014

Ujian PKSR 1

(JAWI)

Aktiviti 10

11 Mei hingga 22 Mei

2014

Menyiapkan penulisan kajian.

Jadual 8 : Aktiviti Straw Ajaib yang telah dijalankan bagi bulan Februari hingga Mei

2014

Secara keseluruhannya, banyak perubahan yang dilalui oleh murid-murid dan saya

sendiri. Rumusannya adalah seperti jadual 8 di atas.

a) Saya dapat mengajar mengikut sukatan dengan cepat dan mudah dan saya

mempunyai banyak masa untuk membuat pengukuhan dan pengayaan murid

kerana telah menguasai kemahiran-kemahiran tersebut dengan cepat.

ii) Masa pengajaran saya menjadi sangat berkualiti kerana masa pdp dimanfaat

sepenuhnya oleh murid-murid dalam pembinaan jawapan dengan Straw Ajaib.

iii) Penjimatan penilaian jawapan murid. Saya dapat menilai jawapan murid dengan

hanya berdiri di hadapan. Jika dulu penggunaan plastisin memerlukan guru untuk

bergerak ke meja setiap murid, namun setelah straw ini digunakan hasil murid

dapat diangkat dan dilihat dari jauh.

iv) Murid dapat menulis dengan cara yang betul seperti yang digariskan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

5.5.3 Refleksi Proses pengajaran dan Pembelajaran secara keseluruhan

Sepanjang kajian ini, banyak pengalaman yang telah saya perolehi terutama semasa

pdp.Selepas kajian ini dilaksanakan saya rasa saya seperti artis yang terkenal pula

kerana sering dipanggil-panggil oleh murid dan sering menerima tepukan jika saya

menjejakkan kaki ke kelas mereka. Malah yang memberi semangat kepada saya

adalah seorang murid yang sering dipandang sebelah mata oleh guru-guru telah

menunjukkan perubahan tingkah laku yang sangat positif dan berani untuk

mencuba. Situasi ini sangat berbeza semasa sebelum kajian dijalankan. Jadi rasa

sangat gembira dan teruja dengan penemuan ini. Saya rasa ingin ingin berkongsi

dengan semua orang agar semua murid yang lemah akan menerima manfaatnya.

Page 18: Kajian Tindakan Jawi-straw Ajaib

18

Jadi saya rasa saya telah menemui alternatif yang paling praktikal untuk

menggantikan plastisin dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid

tahap 1.Setelah saya berkongsi dapatan saya bersama rakan-rakan yang mengajar

Matematik dan Bahasa Malaysia sekolah telah meminjam Straw Ajaib saya untuk

mengajar huruf dan angka. Saya rasa sangat gembira dengan penemuan ini. Saya

bersyukur kerana diberikan idea dan ilham untuk menghasilkan Straw Ajaib

ini.Kini, Straw Ajaib ini juga telah diguna pakai oleh guru-guru dan Munsyi Dewan

(Jawi) yang lain.

6.0 CADANGAN KAJIAN

Saya akan mengekalkan kaedah ini untuk pengajaran saya pada masa hadapan

kerana kaedah ini adalah kaedah yang paling praktikal, konstruktif, murah dan

efektif untuk mengajar kemahiran menulis jawi di peringkat asas. Pendedahan awal

sangat penting agar tidak lagi berlaku kesilapan dan kelemahan ketika murid

mempelajari pembinaan suku kata nanti. Insyaa Allah, Selepas ini saya akan

membuat kajian tentang faktor-faktor yang mengubah bentuk-bentuk huruf ketika

berada di tengah dan di akhir perkataan kerana saya dapati murid-murid

menghadapi masalah untuk mengubah bentuk-bentuk huruf ketika berada di tengah

dan di akhir perkataan.

Page 19: Kajian Tindakan Jawi-straw Ajaib

19

LAMPIRAN 1

UJIAN PRA DAN POS

Objektif : Menguji penguasaan murid bagi kemahiran mengenal huruf.

Nama murid :________________________ Tahun : 1MIG

Bil Huruf-huruf yang

ditunjukkan oleh guru

Menguasai Tidak menguasai

ا 1

ت 2

ج 3

خ 4

د 5

ر 6

س 7

ف 8

غ 9

ل 01

م 00

ن 01

و 02

ه 03

ي 04

Huruf-huruf yang dipilih adalah huruf yang paling lazim digunakan di dalam

tulisan jawi.

Page 20: Kajian Tindakan Jawi-straw Ajaib

20

LAMPIRAN 3

UJIAN PRA DAN POS

Objektif ujian : Menguji keupayaan murid meletakkan huruf di atas garisan .

Arahan : Tulis huruf-huruf di bawah ini mengikut kedudukan yang betul pada garis

huruf.

Nama:__________________________ Tahun :____________

1 ا

2 ج

3 ر

4 س

5 غ

6 ف

7 ل

8 م

9 ن

10 و

Page 21: Kajian Tindakan Jawi-straw Ajaib

21

LAMPIRAN 3

Page 22: Kajian Tindakan Jawi-straw Ajaib

22

BIBLIOGRAFI

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2008). Buku manual

kajian tindakan. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bity Salwana Alias. (2009). Pembudayaan Kajian Tindakan. Kertas Kerja Seminar

Penyelidikan Kebangsaan 2007. I nstitut Aminuddin Baki, Pahang, 29 – 31

Julai.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2008). Buku panduan kursus pemantapan

pelaksanaan kurikulum pendidikan Islam KBSR 2008. Putrajaya: Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Page 23: Kajian Tindakan Jawi-straw Ajaib

23