resepi masakan

Click here to load reader

Post on 30-Jul-2015

37 views

Category:

Food

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

1. GULAI IKAN TONGKOL ( AYO)Bahan - Bahanikan Ayo ( Tongkol ) | bawang Merah | Bawang Putih | Rempah Kari | Halia | Asam Keping | CiliBoh | Santan | Air | Gula & Garam |Cara cara menyediakannya1. Tumiskan bahan kisar seperti bawang putih , merah dan halia, cili boh.2.Masukan Rempah Kari , selepas itu masukan santan, lepas itu masukan ikan dan gula & garam.3. Selapas mendidih masukan asam keping, masak sehingga masak dan siap dihidangkan 2. ASAM PEDAS IKAN KERISI WARISBahan - Bahannya2 ekor ikan kerisi | 5 ulas bawang merah di tumbuk | 1 ulas bawang putih ditumbuk | 1 incikunyit hidup ditumbuk | 1 batang serai dititik | sedikit belacan | 4 sudu besar cili giling | 1/2cawan air asam jawa | 2 cawan air biasa | 8 tangkai daun kesum | 1 kutum bunga gantang di belah2 | 4 biji bendi | 1 biji tomato | gula & garam secukup rasa |Cara-cara Menyediakan1.minyak dalam kuali atau periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, kunyit, serai dan belacansehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis seketika (5 minit).2.Masukkan air biasa dan air asam jawa. Kacau sekata dan biarkan mendidih.3.Masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan, bendi dan tomato.(untuk bendi dan tomato, mungkin masukkan lambat sedikit)4.Masukkan garam dan gula secukup rasa. Siap untuk dihidangkan. 3. KERABU JANTUNG PISANG WARISBahan - Bahan1 Biji Jantung Pisang | 1 Ekor Ikan yang direbus | 6 ulas bawang merah yang ditumbuk | 1 sudulada hitam di tumbuh | 1 senduk santan | 1/2 biji limau nipis | gula & gula | 5 biji cili merah yangdihiris |Cara-cara1.Buang kulit dari jantung pisang yang paling keras. Kemudian belah dua dan hiris nipis-nipisjantung pisang. Rebus sehingga empuk.2.Toskan jantung pisang dan ramas sedikit supaya air rebusan turun.3.Sementara itu, tumbuk/kisar lada hitam dan bawang merah. 4.Gaulkan bersama-sama cili yangtelah dihiris dan isi ikan yang telah dikukus dan dibuang tulangnya.5.Panaskan santan dalam periuk, guna api yang perlahan.6.Masukkan lada hitam, bawang merah, isi ikan dan cili yang telah digaul sebati ke dalamsantan.7.Masukkan hirisan jantung pisang dan perah limau nipis.8.Masukkan garam dan gula secukup rasa.Siap untuk dihidangkan. 4. AYAM MASAK HALIA WARISBahan - Bahan1 Kg ayam | 2 Biji Bawang Besar yang di mayang |7 ulas bawang putih yang di mayang | 200 gmhalia yang di mayang | 1 sudu lada hitam | Minyak untuk menumis | garam & gula secukup rasa |3 sudu sos tiram |Cara - Cara Menyediakannya1. Tumis bawang putih sehingga naik bau, Kemudian masukan halia, tumis sehingga layu.Selepas masukan bawah besar, masak jangan layu.2. Masukkan ayam dan lada hitam, biarkan ia selama 5 minit tetapi kena kacau supaya tidakhangit.3. Masukkan 250 ml air , gula , garam serta sos tiram biarkan ia mendidih dengan api sederhana.4. Angkat ayam apabila sudah masak dan kuah menjadi pekat.( Chef Waris - Waros Fc )*Selamat Mencuba.... resepi ni begitu senang untuk di buat... kita mampu untukmenyediakannya.. jangan membazir di bulan yang mulia ini.. insfa'allah.... 5. AYAM KUNYIT WARIS GORENGBahan A4 ketul dada ayam | 2 sudu kecil kunyit | garam & gula | sedikit Minyak untuk mengoreng | 1 bijibawang besar yang dimayang | 2 biji merah dipotong | 1 tangkai daun purut |kacang panjang |Perencah1 ulas bawang besar | 3 ulas bawang putih | 1 inci halia | 4 biji cili padi | 2 sudu besar kunyit |garam secukup rasa |Cara -cara menyediakannya1. Dada ayam di potong kecil - kecil, basuh dan toskan.2. Masukan dada ayam yang di potong dan digaulkan dengan Bahan A & di perap selama 5minit.3. Tumbuk Bahan perencah dan di gaul dengan kunyit dan garam.4. Panaskan kuali dan masuk kan ayam yg di perap tadi bersama sedikit air.5. Setelah ayam empuk, masuk kan minyak masak dan goreng sekejap ayam.6. masukkan kesemua barang perencah bersama dengan sayur mengikut kesukaan. gorengsehingga masak.( Chef Waris - Waros Fc ) 6. WARIS RED BEEF'S WARRIORSBAHAN - BAHAN200gm daging di potong ikut suka | 1 inci halia dihiris | 2 batang serai di ketuk | 3 ulas bawangputih di ketuk | 2 sudu besar sos tomato | 2 sudu besar sos cili | 1 sudu besar sos tiram | 2 sedukbesar air rebusan daging | 1 bawang besar di kerat 8 | 1 biji cili merah & Hijau | garam & gulasecukup rasa | minyak masak |CARA - CARA MENYEDIAKAN1. Rebus Daging bersama halia dan serai sehingga masak.Angkat dan Hiris mengikut kesukaan.2. Goreng sekejap bersama minyak untuk nampak berkilat. kalau suka garing boleh goreng lamasikit.3. Panaskan 3 sudu besar minyak masak. tumis bwg putih hingga kuning. masukkan semua sos2.masukkan daging goreng dan air rebusan daging. masukkan garam, gula dan perasa. masakhingga kuah agak pekat.(From:- Cheff Waris Waros Fc ) 7. WARIS IKAN MASAK STIM WAROS FCBahan A1 ekor ikan siakap | 1/2 sudu teh garam | 1/2 sudu teh tepung jagung | 1/2 sudu teh lada sulah |Bahan sos3 sudu teh Limau Kasturi | 1 1/2 sudu teh minyak masak | 1 1/2 sudu teh gula | 1/2 sudu tehgaram | 5-10 cili padi *dihiris | 2 batang serai dihiris halus | 1/2 halia dihiris halus | 1 biji tomatodipotong dadu | 1 helai daun limau purut dihiris halus | 2 ulas bawang putih di hiris halus | 1/2sudu teh tepung Jagung | 1 kuib pati ikan bilis |Cara - cara menyediakannya1. Bersihkan ikan tersebut dan lumurkan dengan kesemua bahan A tadi. Biarkan ia selama 30minit.2. Dalam satu bekas, masukan kesemua bahan sos tadi, kacau sehingga sebati.3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahanpanas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih.( Begitu Mudah kan kenapa kita perlu menbazir di bulan yang mulia ni.. boleh buat sendiri.. pastilebih sedap dan berkhasiat... cuba jangan tidak mencuba... )*CHEFF WARIS - WAROS FC>3 GoMo KeLaTe GoMo 8. RESEPI AYAM GOLEK PERCIK WARIS WAROS FCBahan A1 ekor ayam di bersihkan | 3 Batang Serai | 3 Ulas Bawang Putih | 2 Ulas Bawang Merah |Sedikit Gula & Garam Serta Kunyit.|Bahan B500 ml santan pekat | 1 sudu besar gula | 200 ml minyak masak | sedikit garam |Bahan Sos2 Ulas Bawang Putih | 2 Ulas Bawang Merah | 2 cm Halia | 6 Tangkai chili Kering | 3cmLengkuas | 2 Batang serai |Cara - cara menyediakannya1*Kisar Bahan A dan perapkan dengan ayam selama 1 jam, kemudian panggang @ bakar dalamketuhar 150 celsius selama 20-25 minit.2*Sementara itu, kisarkan kesemua bahan sos itu, kemudian tumis sehingga nak bau.3*Tambahkan gula & garam secukup rasa. Kemudian masukkan santan dan gaul sebati. Masaksehingga sos jadi pekat4*Setelah ayam masak, tuangkan sos keatas ayam yang di panggang tadi.. Siap untukdihidangkan( kepada adik kakok ambo selamat mencuba resepi ambo ni.. mungkin sedap untuk makanan kitabila masa time berbuka puasa selamat mencuba GoMo KeLaTe GoMo )