[email protected] · pdf file dan resepi yang disediakan. selain langkah masakan yang mudah dituruti,...
Post on 09-Feb-2021
3 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
1
SISTEM ‘LET’S GET COOKING’:
PENGHANTARAN KIT MAKANAN BERASAS WEB
Hanis Nabila Ansary
Rodziah Latih
ABSTRAK
Matlamat utama projek ini adalah untuk membangunkan sistem penghantaran kit makanan
berasaskan web yang dinamakan Let’s Get Cooking. Sistem ini akan memudahkan pelanggan
untuk menempah kit makanan secara dalam talian. Tanpa perlu menyediakan setiap bahan
untuk masakan yang ingin dimasak, pelanggan dengan mudah boleh menempah kit makanan
bagi sesuatu masakan. Kit makanan ini secara khususnya mengandungi bahan-bahan sesuatu
masakan yang lengkap dan dalam ukuran atau isipadu yang tepat. Dengan adanya bahan yang
siap ditimbang, pembuangan sisa yang tidak diperlukan akan berkurangan sekaligus memupuk
budaya amalan hijau. Mereka tidak akan terbeban untuk membeli barangan di pasaraya serta
tidak perlu menimbang bahan-bahan yang digunakan untuk masakan seperti rempah-ratus.
Pengguna sistem terdiri dari dua kategori iaitu penjual dan pelanggan. Penjual yang mewakilli
syarikat masing-masing akan memuat naik produk mereka ke dalam sistem untuk dilihat
pelanggan. Mereka akan memberi segala maklumat berkaitan kit makanan yang dijual bagi
memudahkan pelanggan memilih menu dan kit yang bersesuaian dengan mereka. Setelah
menerima bungkusan kit makanan, pelanggan boleh terus memasak dengan mengikut panduan
dan resepi yang disediakan. Selain langkah masakan yang mudah dituruti, pelanggan juga
boleh mendapatkan petua-petua dan mengadaptasi teknik masakan yang bersesuaian bagi
mendapatkan masakan yang sedap, berkhasiat dan mudah. Sasaran utama pengguna sistem ini
adalah mereka yang sibuk dan menghabiskan masa yang panjang di luar rumah namun inginkan
masakan yang dimasak sendiri. Pengguna juga dapat menjimatkan masa memasak dan
menumpukan lebih perhatian kepada keluarga ketika makan di samping membentuk gaya
hidup sihat dan lestari.
1. PENGENALAN
Kesibukan tugas dalam kerjaya seseorang itu bukanlah alasan untuk mengabaikan diet
pemakanan yang sihat dalam kehidupan seharian. Masa bekerja yang panjang menyebabkan
seseorang itu mempunyai masa yang terhad dalam menguruskan kehidupan seharian di rumah
dari segi hal ehwal pemakanan anak-anak dan seisi keluarga.
Kehidupan masyarakat pada masa kini banyak dipengaruhi oleh pengaruh dari media
sosial dan media massa. Antara pengaruh baik yang semakin hari menyedarkan masyarakat
adalah kebaikan pemakanan yang sihat dan baik untuk kesihatan jangka masa panjang. Hal ini
menyebabkan ramai yang celik minda dan berusaha beralih arah dari menjamu makanan ringan
dan makanan segera kepada makanan yang mempunyai khasiat yang tinggi, segar dan bebas
PTA-FTSM-2019-050
Co py
FT SM
2
bahan perasa tiruan seperti MSG. Dalam masa yang sama, mereka juga mencari alternatif
dalam menyediakan makanan berkualiti buat keluarga mereka.
Disebabkan itu, mereka mencari-cari perkhidmatan yang mesra pengguna dan mampu
memberikan perkhidmatan dan bahan makanan yang terbaik buat mereka. Keperluan untuk
menyediakan makanan buatan sendiri yang diyakini bersih dan sihat turut meningkatkan lagi
permintaan untuk menempah sesuatu menu makanan dan dihantar terus ke pintu rumah mereka.
Tempahan menu makanan yang dinyatakan membolehkan mereka menentukan pilihan bahan
makanan yang mereka minati mahupun yang perlu dielakkan disebabkan alahan ke atas sesuatu
makanan.
Seperti yang kita sedia maklum, perniagaan penghantaran makanan pada masa kini
bertambah saban hari bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Namun, penghantaran kit
makanan masih lagi kurang dalam kalangan masyarakat. Kit makanan ini turut disertakan
bersama resepi dan petua-petua memasak sesuatu resepi yang ditempah. Perkhidmatan ini
merupakan platform yang sesuai untuk mereka yang sibuk bekerja namun inginkan makanan
buatan sendiri yang bersih, senang dan sihat.
Sasaran pengguna terdiri daripada dua jenis pengguna iaitu penjual dan pelanggan.
Penjual akan memuat naik produk mereka ke dalam sistem supaya pelanggan dapat meneliti
menu kit makanan dan pelan yang bersesuaian dengan mereka. Mereka akan memberi segala
maklumat berkaitan kit makanan yang dijual bagi memudahkan pelanggan memilih menu kit
makanan. Sistem ini akan memudahkan pelanggan untuk menempah kit makanan secara dalam
talian. Tanpa perlu berfikir untuk menyediakan setiap satu bahan untuk masakan yang ingin
dimasak, pelanggan dengan mudah boleh menempah kit makanan bagi sesuatu masakan.
Kit makanan ini secara khususnya mengandungi bahan-bahan sesuatu masakan yang
lengkap dan dalam ukuran atau isipadu yang tepat. Dengan adanya bahan yang siap ditimbang,
pembuangan sisa yang tidak diperlukan akan berkurangan sekaligus memupuk budaya amalan
hijau. Mereka tidak akan terbeban untuk membeli barangan di pasaraya serta tidak perlu
menimbang bahan-bahan yang digunakan untuk masakan seperti rempah-ratus.
Pelanggan boleh terus memasak kit makanan dengan memahami dan mengikut resepi
yang disediakan. Selain menunjukkan langkah masakan yang mudah diikuti, pelanggan juga
PTA-FTSM-2019-050
Co py
FT SM
3
boleh mendapatkan petua-petua dan mengadaptasi teknik masakan yang bersesuaian bagi
mendapatkan masakan yang sedap, berkhasiat dan mudah. Sasaran utama pengguna sistem ini
adalah mereka yang sibuk dan menghabiskan masa yang panjang di luar rumah namun inginkan
makanan yang dimasak sendiri dengan jaminan kebersihan dan sihat. Pengguna juga dapat
menjimatkan masa memasak dan menumpukan lebih perhatian kepada keluarga ketika makan
di samping membentuk gaya hidup sihat dan lestari.
2. PENYATAAN MASALAH
Antara kekangan yang dihadapi masyarakat khasnya generasi muda masa kini terutamanya
yang berkerjaya dan sibuk menguruskan kehidupan harian adalah kekangan masa dalam
menyediakan bahan masakan untuk dimasak setiap hari. Mereka yang sibuk bekerja biasanya
mengalami kekangan masa dalam proses penyediaan bahan-bahan masakan seharian. Hal ini
kerana mereka biasanya banyak menghabiskan masa di luar yakni tempat kerja, lalu
menyebabkan mereka kekurangan masa untuk pergi ke pasar dan pasaraya membeli bahan
masakan. Mereka banyak menghabiskan masa bekerja dan terperangkap dalam kesesakan lalu
lintas pergi dan pulang daripada tempat kerja. Hal ini menyebabkan mereka beralih arah kepada
makanan segera sebagai pilihan utama dalam pemakanan seharian. Ini menyebabkan diet
mereka tidak terjaga dan diabaikan.
Selain itu, mereka terbeban dengan beberapa proses yang remeh. Antaranya adalah
bersiap-siap untuk keluar rumah dan bergerak ke pasaraya mahupun pasar basah. Aktiviti
membeli barangan basah seperti ayam dan ikan, bukanlah sesuatu yang disukai ramai
disebabkan mereka perlu memilih sendiri bahan tersebut. Beban mengangkut bahan-bahan
masakan yang dibeli secara banyak untuk jangka masa yang tertentu bukanlah sesuatu yang
ringan. Malah bahan-bahan masakan yang dibeli adakalanya tidak digunakan dalam masa yang
tertentu lalu tamat tarikh luputnya. Masa yang diambil untuk beratur membayar barangan di
pasaraya, mencari parkir dan menghadapi kesesakan lalu lintas turut menambah beban.
3. OBJEKTIF PROJEK
Objektif projek ini adalah untuk membangunkan sistem penghantaran kit makanan berasaskan
web. Sistem ini akan memudahkan pelanggan untuk menempah kit makanan secara dalam
talian.
PTA-FTSM-2019-050
Co py
FT SM
4
4. METODOLOGI PROJEK
Sistem cadangan ini akan dibangunkan secara prototaip (Tavolato 1984). Model prototaip
merupakan pendekatan pembangunan sistem yang mana setiap fasa perlu disempurnakan dan
diulangi selari mengikut keperluan sistem dan keperluan pengguna sistem. Model prototaip
juga mempunyai fasa-fasa yang penting seperti yang terdapat dalam kitar hayat pembangunan
sistem. Fasa-fasa tersebut adalah seperti fasa kajian dan analisis keperluan sistem, rekabentuk,
pembangunan prototaip, penilaian prototaip, pembangunan sistem, pengujian, dan
perlaksanaan dan penyelenggaraan sistem. Pendekatan prototaip ini melibatkan komitmen
yang tinggi di antara pengguna, pembangun system dan teknologi kerana setiap fasa akan
dilakukan berulang kali sehingga sebuah sistem yang lengkap memenuhi keperluan pengguna
berjaya dihasilkan. Rajah 1.1 menunjukkan model prototaip yang digunakan dalam sistem.
Rajah 1 Model prototaip
Kajian dan analisis
Keperluan
Reka bentuk Pembangunan
prototaip
Penilaian prototaip
Pembangunan
sistem
Pengujian sistem
Penyelenggaraan
PTA-FTSM-2019-050
Co py
FT SM
5
4.1 Fasa Kajian dan Analisis Keperluan
Fasa ini merupakan fasa yang terawal dilaksanakan dalam membangunkan sistem ini. Melalui
fasa ini, penetapan tajuk yang sesuai akan dijalankan. Segala masalah utama yang dihadapi
oleh pengguna dalam sistem yang sedia ada akan dikenal pasti. Fasa ini m