hidangan pengiring masakan baratwesternfood.yolasite.com/resources/panduan dan...

33
BAGAIMANA MENYEDIAKAN HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARAT [Resepi Dan Panduan Masakan Barat 2]

Upload: doliem

Post on 11-Jun-2018

250 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

BAGAIMANA MENYEDIAKAN

HIDANGAN PENGIRING

MASAKAN BARAT

[Resepi Dan Panduan Masakan Barat 2]

Page 2: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/ 2

Resepi dan Panduan Masakan Barat 2

Copyright © 2011 oleh Norasikin Binti Basri

Hak Cipta Terpelihara

Sebarang bahagian dalam buku resepi dan panduan ini tidak boleh dicetak

semula, dipindahmilik dalam apa jua format sama ada mekanikal, elektronik,

rakaman, fotokopi, imbasan atau sebarang format simpanan bagi tujuan

komersial tanpa kebenaran bertulis bagi pihak Norasikin Binti Basri kecuali

untuk tujuan ulasan.

Ebook ini diberikan secara percuma melalui laman web Resepi Masakan

Barat Komersial iaitu laman web yang menyediakan berbagai-bagai resepi

masakan barat khusus untuk anda yang berminat untuk membuka gerai

atau restoran. Pelajari bagaimana membuat black paper steak, chicken

chop, lamb chop, fish & chip dengan cara yang paling cepat, mudah, sedap

dan murah.

Penafian

Resepi dan Panduan Masakan Barat 2 ini hanyalah bertujuan untuk

maklumat semata-mata. Kami tidak akan bertanggungjawab diatas

sebarang kerugian atau perbezaan rasa masakan yang terhasil dari

maklumat e-book ini. Seperti yang anda tahu ilmu masakan memerlukan

ketekunan dan latihan yang banyak untuk menghasilkan hidangan seperti

yang dikehendaki.

Page 3: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/ 3

PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Dengan limpah kurniaNya, terhasil akhirnya ebook

ini. Walaupun penghasilannya sangat pelahan namun saya

berbangga kerana kualitinya yang tinggi tidak seperti ebook-

ebook percuma lain yang terdapat di internet.

Harap anda boleh mendapatkan ebook-ebook resepi masakan

barat yang lain seperti Black Paper Steak, Lamb Chop, Chicken

Chop, Fish & Chips di halaman web rasmi Resepi Masakan Barat

Komersial. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mempelajari

berbagai jenis sos untuk masakan barat seperti Brown Sauce,

Black Paper Sauce, Mushroom Sauce termasuk Thousand Island

Sauce dan Tartar Sauce. Desert juga sesuatu yang penting dalam

masakan barat. Pelajari sekali resepi Moist Chocolate Cake dan

Fruit Cake. Apa yang istimewa mengeni resepi-resepi ini ialah, ia

di reka khas untuk kegunaan komersial yang bermakna resepi ini

mestilah MUDAH disediakan, CEPAT dihasilkan, JIMAT belanja dan

MENGUNTUNGKAN jika dijadikan produk jualan di restoran atau

gerai anda.

Page 4: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/ 4

Saya disini tumpang gembira sekiranya anda dapat menjadikan

ilmu masakan barat sebagai sumber pendapatan anda atau

sekurang-kurangnya dapat menjimatkan perbelanjaan dapur

anda.

Sekian.

Salam hormat dari saya.

Norasikin Binti Basri

Pengajar Katering

Page 5: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/ 5

PENGENALAN

Masakan Barat terdiri daripada beberapa hidangan. Di bawah ini adalah di

antara yang terpenting dalam masakan Barat.

1. Pembuka selera

Pembuka selera ialah hidangan yang boleh merangsang seseorang

untuk menikmati hidangan seterusnya. Salah satu contoh pembuka

selera ialah salad iaitu campuran satu atau lebih sayuran sama ada

segar atau yang telah dimasak dan ditambah salad dressing. Salad

dressing bertujuan untuk mensebatikan rasa salad. Anda boleh

mempelajari kaedah membuat salad dan salad dressing seperti Tartar

Sauce dan Thousand Island Sauce di halaman web Resepi Masakan

Barat Komersial. Bahan-bahan protein seperti ayam, udang, telur dan

lain-lain juga boleh ditambah untuk memberikan variasi kepada salad.

2. Sup

Sup ialah hidangan yang dibuat dari stok atau air rebusan daging,

ayam, ikan, karangan laut atau sayuran. Ia juga bertujuan sebagai

pembuka selera dan membantu dalam sistem pencernaan.

3. Desert

Desert ialah hidangan manis yang dihidangkan pada akhir hidangan

utama untuk menyeimbangkan dan melengkapkan lagi hidangan. Ia

juga memberikan pelbagai warna pada hidangan serta menghilangkan

rasa muak selepas menikmati sajian.

4. Hidangan utama

Merupakan hidangan yang terdiri daripada ikan, daging, ayam atau

karangan laut yang dihidangkan bersama sos. Untuk menjadikannya

sepingan lengkap, hidangan utama mesti dihidangkan bersama

pelbagai sayuran dan bahan karbohidrat sebagai pengiring. Antara

bahan karbohidrat yang sesuai ialah kentang, nasi, roti dan pasta.

Ebook ini akan mengajar anda cara-cara menyediakan hidangan

pengiring dari kentang.

Page 6: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2

LANGKAH 1 - Bahan-bahan yang diperlukan

1. 500g kentang.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

bahan yang diperlukan

Tip Masakan Berguna

Pastikan kualiti kentang dalam keadaan yang baik. Di antara ciri kualiti yang baik adalah:

• kulitnya licin tiada bintik-bintik hijau.• kulit masih tegang dan tidak kecut.

• gunakan kentang yang masih baru bagi menggelakkan ia tidak empuk ketika direbus atau

dibakar.

| http://westernfood.yolasite.com/ 6

Tip Masakan Berguna

Pastikan kualiti kentang dalam keadaan yang baik. Di antara ciri kualiti yang baik adalah:

bintik hijau.kulit masih tegang dan tidak kecut.

gunakan kentang yang masih baru bagi menggelakkan ia tidak empuk ketika direbus atau

Page 7: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2

2. 10g mentega

3. 1 biji telur asingkan kuning dan putihnya.

• Mentega boleh digantikan dengan marjerin bagi

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

asingkan kuning dan putihnya.

Tip Masakan Berguna

Mentega boleh digantikan dengan marjerin bagi yang tidak menggemari rasa susu.

| http://westernfood.yolasite.com/ 7

Mentega boleh digantikan dengan marjerin bagi yang tidak menggemari rasa susu.

Page 8: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2

4. 25g tepung gandum

adunan Pommes Duch

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

25g tepung gandum ( salut Pommes Croquettes ) dan 5g ( dalam

Duchess)

Tip Masakan Berguna

Jika kuning pecah, ia masih boleh digunakan begitu juga jika ia telah tercampur sedikit dengan putih dalam proses pengasingan putih dan kuningnya.

| http://westernfood.yolasite.com/ 8

) dan 5g ( dalam

Tip Masakan Berguna

Jika kuning pecah, ia masih boleh digunakan begitu juga jika ia telah tercampur sedikit dengan putih dalam proses pengasingan putih dan kuningnya.

Page 9: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2

5. 50g Serbuk roti

• Serbuk roti mempunyai pelbagai warna di pasaran. Di antaranya putih, krim, oren, kuning serta

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

Tip Masakan Berguna

Serbuk roti mempunyai pelbagai warna di pasaran. Di antaranya putih, krim, oren, kuning serta

campuran kuning dan oren.

| http://westernfood.yolasite.com/ 9

Serbuk roti mempunyai pelbagai warna di pasaran. Di antaranya putih, krim, oren, kuning serta

Page 10: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/ 10

6. Garam dan Lada sulah

7. Air untuk merebus

Page 11: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/ 11

8. Sedikt mayonis

9. Sedikit keju parmesan yang diparut.

Page 12: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2

10. Kerajang aluminium

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

Kerajang aluminium

Tip Masakan Berguna

Keju Parmesan boleh diganti dengan keju cheddar namun rasa keju akan berkurangan sedikit.

| http://westernfood.yolasite.com/ 12

Tip Masakan Berguna

Keju Parmesan boleh diganti dengan keju cheddar namun rasa keju akan berkurangan sedikit.

Page 13: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/ 13

11. Daun parsli / cincangan daun parsli

12. Minyak masak untuk goreng tenggelam.

Page 14: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/ 14

LANGKAH 2 – Kaedah penyediaan

Langkah 2.1 – Baked Jacket Potato

1. Ambil sebiji kentang dan hiris sedikit bahagian hujungnya untuk

memudahkan ia berdiri.

2. Letakkan kentang tersebut di tengah-tengah kerajang aluminium

seperti gambar diatas. Lipatkan kerajang aluminium ke atas untuk

membalut keseluruhan kentang. Terbalikkan kentang supaya ia boleh

berdiri dengan bahagian yang dihiris tadi di bawah.

Page 15: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/ 15

3. Bakar di dalam oven dengan suhu 200°C selama 30 minit atau

sehingga empuk.

4. Dengan menggunakan pisau yang tajam, kelar/hiriskan berbentuk

palang (X) di atas kentang berserta dengan kerajang aluminium sekali.

Belah sehingga 1/3 bahagian kentang seperti dalam gambar di atas.

Page 16: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/ 16

5. Pegang dan picit sedikit bahagian tengah kentang supaya bahagian

atasnya terbuka sedikit. Letakkan diatas piring untuk menghidang.

6. Letakkan sedikit mayonis dan taburkan sedikit keju parmesan yang

diparut.

Page 17: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/ 17

7. Hiaskan dengan daun parsli/cincangan daun parsli.

Page 18: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/ 18

Langkah 2.2 – Pommes Duchess

1. Sebahagian kentang lagi kira-kira 250g direbus sehingga empuk.

Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil

dahulu supaya ia lebih cepat empuk.

2. Setelah empuk, tuskan airnya. Buangkan kulit kentang dan lecekkan

kentang yang telah direbus tadi sehingga hancur.

Page 19: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2

3. Campurkan 1 biji kuning telur,

secukup rasa dan gaulkan sebati.

bahagian dan simpan satu bahagian untuk

(Pommes Croquet)

4. Masukkan satu bahagian adunan kentang tadi dengan 5g tepung

gandum. Gaul sebati.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

Campurkan 1 biji kuning telur, mentega, lada sulah dan garam

secukup rasa dan gaulkan sebati. Bahagikan adunan kepada 2

bahagian dan simpan satu bahagian untuk kegunaan resepi seterusnya

Masukkan satu bahagian adunan kentang tadi dengan 5g tepung

gandum. Gaul sebati.

Tip Masakan Berguna

• Kentang yang dilecek perlu dilecek menjadi halus supaya ia mudah dipaip atau dibentuk dan bagi mengelakkan ia mudah

pecah ketika di goreng.

Tip Masakan Berguna

• Untuk mendapatkan tekstur kentang lecek yang halus kentang perlu direbus sehingga lembut dan dilecek ketika masih panas.

Jika telah sejuk ia sukar untuk dilecek dan agak keras.

| http://westernfood.yolasite.com/ 19

lada sulah dan garam

Bahagikan adunan kepada 2

epi seterusnya

Masukkan satu bahagian adunan kentang tadi dengan 5g tepung

Tip Masakan Berguna

Kentang yang dilecek perlu dilecek menjadi halus supaya ia mudah dipaip atau dibentuk dan bagi mengelakkan ia mudah

Tip Masakan Berguna

Untuk mendapatkan tekstur kentang lecek yang halus kentang perlu direbus sehingga lembut dan dilecek ketika masih panas.

Jika telah sejuk ia sukar untuk dilecek dan agak keras.

Page 20: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/ 20

5. Sementara itu sediakan 2 keping piping bag dan nozzle berbentuk

bintang bersaiz besar. Potong hujung satu piping bag dan masukkan

nozzle ke dalamnya sehingga ia ketat seperti gambar di atas iaitu 1/3

saiz nozzle.

6. Sapu / glis dulang pembakar dengan sedikit mentega/marjerin.

Page 21: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/ 21

7. Kembangkan piping bag yang satu lagi pada tangan supaya mudah

memasukkan kentang yang telah dilecek tadi dan tidak comot.

8. Masukkan kentang lecek tadi secukupnya. Picit dan pintal bukaannya

untuk memadatkan adunan (mengurangkan gelembung udara) di

dalamnya sehingga ke hujung.

Page 22: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2

9. Potong sedikit hujung

masukkan ke dalam piping bag yang telah dipasang

10. Paipkan adunan di

50 sen dan ketinggian 3

• Saiz porsi sebiji Pommes Duchess adalah diameter

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

Potong sedikit hujung piping bag ( 2.5 cm) berisi adunan kentang dan

dalam piping bag yang telah dipasang nozzle.

Paipkan adunan di atas dulang pembakar. Buat sebesar duit

dan ketinggian 3 cm sehingga habis.

Tip Masakan Berguna

Saiz porsi sebiji Pommes Duchess adalah diameter 2 cm dan ketinggian 5 cm

| http://westernfood.yolasite.com/ 22

berisi adunan kentang dan

nozzle.

atas dulang pembakar. Buat sebesar duit syilling

Saiz porsi sebiji Pommes Duchess adalah diameter

Page 23: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2

11. Dengan menggunakan berus yang lembut, sapukan

mentega di atas adunan yang dipaip tadi. Perlu berhati

bentuknya kekal. Lebih sena

merata.

• Adunan di gris dengan kuning telur / mentega

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

Dengan menggunakan berus yang lembut, sapukan kuning telur /

atas adunan yang dipaip tadi. Perlu berhati-hati supaya

bentuknya kekal. Lebih senang titik-titikkan sahaja dan tidak perlu

Tip Masakan Berguna

Adunan di gris dengan kuning telur / mentega adalah untuk memerangkannya.

| http://westernfood.yolasite.com/ 23

kuning telur /

hati supaya

dan tidak perlu

Adunan di gris dengan kuning telur / mentega

Page 24: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/ 24

12. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180⁰C selama 10 minit.

13. Setelah keperang-perangann, angkat, hidangkan di atas piring dan

dihias dengan daun parsli.

Page 25: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/ 25

Langkah 2.3 – Pommes Croquettes

1. Ambil adunan kentang lecek yang diasingkan tadi.

2. Bentukkan silinder sepanjang kira-kira 5cm dan berdiameter 2cm.

Page 26: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/ 26

3. Golekkan kentang yang telah dibentuk silinder ke dalam tepung

sehingga keseluruhannya disaluti tepung.

4. Setelah itu golekkan ke dalam telur putih pula.

Page 27: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/ 27

5. Setelah itu, golekkan pula dalam bread crumb.

6. Habiskan kesemua adunan kentang tadi.

Page 28: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2

7. Panaskan minyak masak dan gorengkan kentang bersalut sehingga

garing. Gunakan api yang sederhana sahaja kerana

mudah hangus.

• Ketikamenggunakaniaitusepenuhnyapembalikkanmenggelakkan

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

Panaskan minyak masak dan gorengkan kentang bersalut sehingga

. Gunakan api yang sederhana sahaja kerana bread crumb

Tip Masakan Berguna

Ketika menggoreng Pommes Croquettesmenggunakan kaedah menggoreng minyakiaitu makanan yang di goreng mestisepenuhnya di dalam minyak bertujuanpembalikkan makanan kurang dilakukanmenggelakkan ia pecah.

| http://westernfood.yolasite.com/ 28

Panaskan minyak masak dan gorengkan kentang bersalut sehingga

bread crumb amat

Tip Masakan Berguna

Croquettes perluminyak penuh

mesti tenggelambertujuan supaya

dilakukan bagi

Page 29: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/ 29

8. Gorengkan sehingga habis kesemuanya.

9. Hidangkan panas dan hiaskan dengan daun parsli.

Page 30: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/ 30

PENUTUP

Terima kasih kerana mengikuti ebook ini hingga ke akhirnya. Resepi tadi

hanyalah asas kepada hidangan pengiring Masakan Barat. Banyak lagi

hidangan pengiring yang boleh anda hasilkan berdasarkan resepi asas yang

telah anda pelajari tadi. Saya akan berikan beberapa idea untuk

mempelbagaikan hidangan pengiring seperti dibawah.

1. Pommes Williams

Kaedahnya sama seperti membuat Pommes Croquettes. Bezanya

terletak pada bentuknya dimana Pommes Williams berbentuk buah

pear. Gunakan bunga cengkih untuk membuat tangkai buah pear tadi.

2. Almond Potato

Sama seperti Pommes Duchess hanya gantikan serbuk roti kepada

badam cincang.

3. Pommes Lyonnaise

Rebus kentang sehingga empuk dan hiris bulat setebal ½ cm.

Kemudian sauté bawang besar menggunakan sedikit mentega

sehingga layu dan tambahkan kentang yang dihiris tadi. Perisakan

dengan garam dan lada sulah.

4. Pommes Parisiene

Bentukkan kentang kepada bebola kecil berdiameter 3 cm. Boleh

menggunakan peralatan untuk membentuk buah-buahan. Rebuskan

kentang sehingga empuk. Tuskan dan sauté sebentar dengan sedikit

mentega dan hiaskan dengan parsli cincang.

Akhir kata, saya doakan semoga anda berjaya menghasilkan masakan barat

yang unik berdasarkan ebook ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan

ini, memohon ribuan ampun dan maaf kerana saya sedar terlalu banyak

kekurangan dalam e-book ini. Saya amat hargai sebarang komen dari anda.

Saya juga mengalu-alukan testimonial dari anda agar dapat saya

memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam ebook ini dan

ebook-ebook yang akan datang.

[email protected]

Page 31: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2

http://westernfood.yolasite.com/

“Masakan barat yang biasanya terdapat di

restoran mewah, boleh disediakan di rumah

anda sendiri”

DAPATKAN

http://westernfood.yolasite.com

Screenshot Panduan dan Resepi

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

rnfood.yolasite.com/

Masakan barat yang

biasanya terdapat di

restoran mewah, kini boleh disediakan di rumah

anda sendiri”

DAPATKAN DISINI

http://westernfood.yolasite.com/

Screenshot Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial

| http://westernfood.yolasite.com/ 31

Masakan Barat Komersial

Page 32: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/ 32

PERCUMA!

Tidak lengkap menu masakan barat anda tanpa

dessert.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 3, 4

dan 5 PERCUMA untuk setiap pembelian Panduan &

Resepi Masakan Barat Komersial 1.

Semuanya hanya di

http://westernfood.yolasite.com/

Page 33: HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARATwesternfood.yolasite.com/resources/Panduan dan Resepi...Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/ 33

Kumpulkan kesemuanya