masakan solar

26
IKATAN DAN SIMPULAN Dalam mengikuti aktiviti Pandu Puteri terutama bagi aktiviti luar, pemimpin dan ahli perlu menggunakan pelbagai kemahiran simpulan dan ikatan. Terdapat pelbagai jenis ikatan dan simpulan, namun begitu terdapat beberapa yang sering digunakan. Diantaranya ialah simpul buku sila, manuk, seraya, bunga geti, silang tungku dan lilit kacang. Buku sila Diguna untuk mematikan ikatan. Simpul Manuk 1

Upload: muhammad-thaqif

Post on 24-Jun-2015

1.745 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Masakan Solar

IKATAN DAN SIMPULAN

Dalam mengikuti aktiviti Pandu Puteri terutama bagi aktiviti luar, pemimpin dan ahli perlu menggunakan pelbagai kemahiran simpulan dan ikatan. Terdapat pelbagai jenis ikatan dan simpulan, namun begitu terdapat beberapa yang sering digunakan. Diantaranya ialah simpul buku sila, manuk, seraya, bunga geti, silang tungku dan lilit kacang.

Buku sila

Diguna untuk mematikan ikatan.

Simpul Manuk

1

Page 2: Masakan Solar

Bunga Geti

Kedudukan bendera sebelum istiadat dimulakan

2

Simpul manuk

Page 3: Masakan Solar

PERKHEMAHAN

Pemimpin pasukan yang ingin menganjur satu perkhemahan Pandu Puteri perlulah memenuhi syarat berikut :

Berwaran Mendapat kebenaran dari pesuruhjaya Semua ahli dilindungi insuran Maksima perkhemahan lima hari empat malam Peserta 24-36 ( bagi pemimpin yang mengambil ujian )

Perancangan sebelum perkhemahan

Memohon kepada ibupejabat Pandu Puteri kebenaran menjalankan perkhemahan Menubuh jawatankuasa perkhemahan (staf kem) Mengadakan mesyuarat staf perkhemahan Memilih tapak yang sesuai dan mempunyai kemudahan asas. Menghantar surat makluman kepada majlis perbandaran (kutip sampah), hospital (doktor

on call dan Balai Polis). Memilih staf perkhemahan iaitu :

Kem Komandan , Penolong Kem Komandan , Juru Pertolongan Cemas, Penolong Juru Pertolongan Cemas, Juru Masak & Penolong Juru masak

Menyedia jadual aktiviti perkhemahan Menyedia anggaran perbelanjaan perkhemahan Senarai peralatan perkhemahan

Semasa Perkhemahan

Memastikan tapak perkhemahan telah dalam keadaan sedia semasa ahli mendaftar. Menjalankan aktiviti yang dirancang Mengubahsuai aktiviti mengikut keperluan semasa Bekerjasama dengan staf perkhemahan menyelesaikan masalah di tapak Menjalankan mesyuarat Court Of Honour (COH) setiap hari bersama staf perkhemahan

dan ketua dan penolong kumpulan ( mesyuarat staf perkhemahan dan ketua-ketua kumpulan)

Memeriksa tapak perkhemahan setiap hari selepas panji-panji.

Selepas Perkhemahan

Membuat penilaian perkhemahan Membuat laporan Menghantar surat terima kasih kepada agensi yang terlibat membantu perkhemahan Membersihkan tapak perkhemahan Membersih dan menyimpan peralatan perkhemahan

3

Page 4: Masakan Solar

Membaik pulih peralatan yang rosak

TUGAS-TUGAS STAF PERKHEMAHAN

KEM KOMANDAN Sebelum perkhemahan Kem Komandan adalah merupakan ketua di tapak perkhemahan .

Mendapat kebenaran mengadakan perkhemahan daripada pesuruhjaya Daerah, Perkhemahan, Ketua Pesuruhjaya negeri dan Ibu pejabat kebangsaan

Mengisi borang permohonan dalam tiga salinan dan dihantar ke ibupejabat satu bulan sebelum tarikh perkhemahan

Menubuh jawatankuasa perkhemahan yang terdiri daripada Kem Komandan, Juru pertolongan cemas, juru masak dan penolong-penolong.

Membuat kertas kerja perkhemahan dan menetapkan tarikh, tempat, tema , matlamat, kumpulan sasaran dan struktur organisasi perkhemahan.

Membuat surat menyurat kepada pihak sekolah, Balai Bomba,Balai Polis, Doktor On Call, semburan kabus anti aedes, Majlis Perbandaran, penceramah, peminjaman peralatan, kebenaran ibu bapa dan surat jemputan majlis perasmian atau penutupan.

Menyedia borang pendaftaran , kebenaran ibu bapa, kesihatan dan penilaian perkhemahan. Melawat tapak perkhemahan bagi memantau kemudahan dan keselamatan. Menyediakan jadual aktiviti cuaca baik dan cuaca buruk. Mengurus pengangkutan jika perlu. Menganjur latihan pra perkhemahan Menyedia anggaran perbelanjaan perkhemahan bagi pembelian bahan kering, bahan basah,

sewa tapak, pengangkutan dan cenderamata. Menentukan yuran perkhemahan Merangka peraturan perkhemahan Menyedia jadual tugas kumpulan.

Semasa Perkhemahan Datang awal ke tapak perkhemahan dan memantau pendaftaran pekhemah. Mengagih pekhemah kepada kumpulan , mengadakan taklimat dan membuat agihan tapak . Membina gajet perkhemahan iaitu tiang bendera, pintu gerbang, pagar, papan kenyataan

dan rak beg pakaian pekhemah. Mengendali istiadat dan upacara panji-panji. Mengendali mesyuarat Court Of Honour ( Staf perkhemahan & ketua-ketua kumpulan) Mengelola Malam Unggun Api Membuat penilaian dan sesi refleksi

Selepas Perkhemahan Menyemak penyata akaun perbelanjaan. Mengurus pengangkutan, peralatan perkhemahan dan membersih tapak. Menghantar surat terima kasih dan membuat laporan & penilaian.

4

Page 5: Masakan Solar

JURU PERTOLONGAN CEMAS

Sebelum perkhemahan Memilih tempat yang sesuai untuk mendirikan khemah Juru Pertolongan Cemas

( kawasan yang teduh dan kondusif) Memilih khemah yang sesuai dan menentukan bilik / khemah kurantin. Mengumpul peralatan untuk JPC seperti katil untuk pesakit dalam khemah, cooler, termos

dan anduh. Menghubungi pihak hospital dan mendapatkan nama doktor on call. Menyediakan borang kesihatan untuk mendapat maklumat tahap kesihatan pekhemah. Menyimpan satu buku catatan berkenaan nama pekhemah dan masalah kesihatan mereka Memastikan ubat dan peralatan dalam peti pertolongan cemas tidak luput tarikh dan

lengkap. Mempunyai pengetahuan merawat dan memberi pertolongan cemas untuk masalah luka,

kecederaan, patah, melecur, gigitan serangga,sawan, pengsan, rejatan, terkena benda tajam pada anggota badan, cara mengusung atau mengangkat pesakit, tercekik, bahaya asap, keracunan makanan, demam, sakit gigi, dan lain-lain kemalangan yang mungkin berlaku.

Semasa perkhemahan Mendirikan khemah JPC dan gajet yang sesuai iaitu tripod & besin air, tuala kecil,

screening untuk pekhemah menyalin pakaian dan untuk mandi jika perlu, rak ubat dalam khemah, ampaian dan label / papan kenyataan.

Membuat label tandas dan tempat pembuangan sampah. Menyediakan plastik / surat khabar lama untuk membalut tuala wanita yang telah diguna. Membuat catatan rekod pekhemah yang mendapatkan rawatan. Memeriksa kebersihan tapak perkhemahan termasuk tandas dan dapur. Memastikan air minuman disediakan sepanjang masa untuk pekhemah. Menyampaikan input sesi pertolongan cemas kepada pekhemah.

Selepas perkhemahan Membuat laporan dalam buku log dan memberi cadangan penambahbaikan.

5

Page 6: Masakan Solar

JURU MASAK Sebelum perkhemahan

Membuat perancangan menu dan resepi yang sesuai untuk pekhemah. Menyenarai bahan basah dan kering untuk dimasak Membuat anggaran perbelanjaan Membeli barangan kering untuk persediaan perkhemah. Memberi cadangan yuran perkhemahan berasas belanja dapur

Semasa perkhemahan Mendapat maklum balas tahap kesihatan dan pantang pemakanan dari JPC. Menyediakan menu mengikut jadual yang ditetapkan dan keperluan makanan seimbang. Mempamerkan jadual masa makan & minum pagi / petang kepada umum Mengguna pelbagai kaedah penyediaan makanan Membina gajet seperti lubang basah ( untuk membuang sisa makanan) dan tong sampah

bagi membuang sisa sampah yang lain, rak dapur altar, rak penyimpan peralatan dan khemah untuk menyimpanbahan kering.

Menyediakan makanan khas untuk pekhemah yang memerlukannya. Mengagih agihan bahan kepada pekhemah sekiranya mereka memasak sendiri. Mengubahsuai menu mengikut keadaan cuaca di tapak perkhemahan. Menyimpan baldi berisi pasir di kawasan dapur untuk mencegah bahaya api. Menjalankan rutin bacaan doa sebelum makan. Memaklum dan mengingatkan Kem Komandan waktu makan pekhemah. Menyediakan aktiviti seperti masakan rimba, pertandingan masakan atau solar jika perlu.

Selepas perkhemahan Mengumpul semua resit pembelian Menyimpan peralatan serta penjagaannya. Melelong baki makanan ( bahan kering ) yang belum diguna. Membuat laporan perbelanjaan dan menyiapkan buku log.

6

Page 7: Masakan Solar

AGIHAN TUGAS KUMPULAN

Semasa perkhemahan konsep aktiviti berasaskan patrol mesti dilaksanakan. Iaitu Kem Komandan perlu mengagih kumpulan besar pekhemah kepada empat patrol. Patrol ini boleh menggunakan nama yang telah ditentukan. Setiap patrol perlu dilantik ketua dan penolong. Semasa berkhemah semua ahli menyelesaikan tugasan dan melakukan aktiviti dalam kumpulan. Sikap kerjasama ini perlu ditekankan oleh pemimpin.

KUMPULAN HARI

1HARI

2HARI

3HARI

4Kesihatan 1 2 3 4Memasak 2 3 4 1Menghidang 3 4 1 2Kayu & Air 4 1 2 3

7

Page 8: Masakan Solar

Contoh jadual bertugas kumpulan dalam perkhemahan

TUGAS UTAMA KUMPULAN

Dalam buku Mari Berkhemah (1977) yang diterbitkan oleh persatuan Pandu Puteri Malaysia tugas kumpulan di bahagikan kepada empat yang utama. Iaitu memasak, menghidang, kesihatan dan api & air. Pennambahan tugas atau pengubahsuaian boleh dibuat sekiranya pekhemah menjalani perkhemahan dalam pelbagai situasi seperti kemudahan yang lebih banyak, kaedah memasak atau aspek keperluan kebersihan yang berbeza.

MEMASAK MENGHIDANGMengambil agihan bahan ke tapak perkhemahanMenyedia dan memasak untuk pekhemahMengemas bahan basah dan kering di dapurMenyimpan bahan makanan dengan baikMengemas peralatan dapur yang telah diguna

Menyiapkan tempat untuk makan pekhemahMenghidang makanan yang siap di masakMenyediakan minuman ringan pagi & petangBertugas membaca doa Bertugas menaikkan panji-panji pada hari tersebut

API DAN AIR KESIHATANMenyediakan kayu api untuk memasakMenyediakan air untuk memasak dan keperluan di dapurBertugas membersihkan dan mengisi bekas air

Menjaga kebersihan tandas dan bilik mandi setiap pagi dan petangMembuang sampah dari tapak perkhemahan ke tempat yang ditentukan Memastikan tapak perkhemahan bersih sepanjang masa

8

Page 9: Masakan Solar

KAEDAH DAN PENGISIAN CONTOH AKTIVITI PERKHEMAHAN

1. Belajar sambil bermain ( games ) 2. Puzzle / jigsaw puzzle 3. Menggunakan air 4. Fotografi ( digital ) 5. Permainan tradisional 6. Pergerakan kreatif – menyampaikan mesej 7. Perbincangan – memberi pendapat / pandangan untuk penambahbaikan pasukan 8. Kraftangan - dari pelbahagi bahan/ terbuang / boleh recycle / alam semulajadi 9. Kerja tangan – menjahit , menyulam , manik 10. Melukis / mewarna / mencipta poster kempen kesedaran 11. Menggunakan muzik & nyanyian 12. Mencipta lagu / bunyi 13. Lakonan 14. Mencipta sesuatu kreativiti berasas sumber terbuang – jadikan bahan bantu aktiviti kepanduan 15. Persembahan - menggunakan bahan terbuang ( prop) / Ratu Rimba / Ratu Recycle 16. Lawatan – meningkatkan ilmu/ mencari maklumat di kawasan persekitaran tapak 17. Kerja komuniti di kawasan berdekatan 18. Masakan solar 19. Kembara 20. Permainan Luas atau gerak kerja luar

9

Page 10: Masakan Solar

21. Amali atau demonstrasi CPR 22. Amali atau demonstrasi cara mengangkat pesakit 23. Sukaneka untuk suai kenal 24. Sesi suai mesra khas dengan pemimpin veteran 25. Menyediakan buku log kumpulan

PERALATAN PESERTA

A. PERALATAN INDIVIDU

1. Keperluan pengurusan & kebersihan diri 2. Sleeping Bag 3. Pakaian Seragam Lengkap4. Kasut sukan / selipar 5. Pinggan/ Mangkuk sup / Gelas / Sudu 6. Baldi / sepit baju / penyangkut baju 7.8.

Pakaian T yang seragam bagi semua aktiviti / ubat ubatan peribadi Baju Hujan

B. PERALATAN UNTUK AKTIVITI

1. Topi 2. Buku Log Perkhemahan / buku catatan 3. Alat Tulis / pen berwarna4. Gunting 5. Gam kertas 6. Kertas warna 7. Tikar / alas untuk duduk semasa aktiviti / surat khabar lama / ground sheet8. Kostum untuk persembahan 9. Pisau lipat ( aktiviti gajet & backwoodsman )

10

Page 11: Masakan Solar

10. Sarung tangan ( untuk gajet )11. Hadiah manito ( 2 buah : RM5.00 keatas setiap satu ) 12.13.14.15.

Lampu Suluh / Lilin / mancisMess tin Kain lap / buruk.Buku nyanyian

11

Page 12: Masakan Solar

GAJET PERKHEMAHAN

Tiang Bendera (indoor)

Rak beg pakaian pekhemah Pintu Gerbang dan pagar

Ampaian pakaian pekhemah Dapur Altar

12

pasir

zink

Page 13: Masakan Solar

Screening Tripod Juru Pertolongan Cemas

Rak penyimpan Rak dapur

Lubang membuang sisa makanan Papan kenyataan ditutup dengan ranting berdaun

13

Page 14: Masakan Solar

PERMAINAN LUAS

Ia merupakan permainan yang memerlukan kawasan yang luas untuk dikendalikan . Tempat yang sesuai ialah di kawasan pinggir hutan, padang yang luas, bandar dan juga di luar bandar. Permainan ini amat sesuai untuk menguji kecekapan ahli semasa aktivti berkhemah. Pada kebiasaannya permainan ini dimainkan selama lebihkurang satu atau dua jam Ianya bergantung kepada kawasan dan juga kecekapan pemimpin menyediakan aktiviti dan tugasan permainan .Tetapi sekiranya kawasan anda tidak terlalu banyak ruang, pemimpin bolehlah menjalankan permainan ini di sekitar bangunan tempat aktiviti di jalankan. Permainan ini diadakan adalah bertujuan untuk menerap nilai kerjasama, kepimpinan, kepanduan dan juga kerjasama berpasukan .

Di antara kemahiran yang boleh diuji melalui permainan ini ialah kecekapan ahli memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah atau tugasan, mengendap, kerjasama dalam pasukan, toleransi, nilai-nilai murni, kesabaran, simpulan dan ikatan, tanda-tanda mengesan dan lain-lain aktiviti kemahiran kepanduan.

Sebelum aktiviti dijalankan pemimpin perlu merancang apakah kemahiran yang hendak diuji dan juga sasaran masa permainan. Tugasan di setiap stesen perlu dipelbagaikan supaya ianya memenuhi objektif. Pemimpin perlu melantik beberapa pembantu bagi setiap stesen supaya mereka boleh memerhati dan memberi komen terhadap reaksi kumpulan dalam menyelesaikan tugasan. Bilangan stesen tidak tetap dan ianya bergantung kepada jangkamasa aktiviti dan juga keluasan kawasan permainan.

Kumpulan boleh dilepaskan secara serentak atau berurutan. Pemimpin boleh memberi satu aktivti ringkas di garis permulaan, mana-mana kumpulan yang dapat menyelesaikan tugasan boleh meneruskan permainan.

CONTOH AKTIVITI

Aktiviti 1:

Bekalan : alat tulis, buku catatan ,buah dadu ,duit RM3.00 ( sekiranya aktiviti diadakan berdekatan dengan kawasan bandar atau pekan)

Stesen 1 Kutip lima jenis benda hidup dan lima benda buangan . Nyatakan kegunaan benda hidup tersebut dan jelaskan bagaimana alam sekitar di

kawasan anda terancam dari aktiviti manusia . Setelah mendapat maklumat di atas anda dan sekumpulan rakan anda terpijak

bom dan semua ahli menjadi buta kecuali seorang yang paling muda di antara anda.

Guna skaf dan tutup mata untuk sampai ke stesen berikutnya Ketua perlu memerhati tanda mengesan sepanjang perjalanan untuk sampai ke

stesen berikutnya.

14

Page 15: Masakan Solar

Stesen 2 Tugasan 2

Anda dan sekumpulan rakan anda terserempak seorang kanak-kanak yang menangis berumur 6 tahun , bajunya koyak dan badannya lebam.

Nyatakkan lima faktor yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku Catatkan apakah tindakan kumpulan anda. Teruskan perjalanan ke stesen tiga di

kaki bukit Stesen 3 Tugasan 3

Semasa berjalan tadi salah seorang dari rakan anda tercedera dan tidak boleh berjalan.

Tunjukkan kepada pembantu di stesen cara untuk merawat kaki terseliuh dan setelah siap membuat balutan bergerak ke stesen yang berikutnya.

Stesen 4 Tugasan 4

Teruskan perjalanan anda dan dapatkan maklumat – maklumat berikut :- Nama lima buah kedai makan dan kedai buku di pekan Tenom.- Lukis lima tanda jalan (road sign) yang anda temui sepanjang perjalanan.- Lukis peta arah jalan menuju ke Hospital Tenom dan Stesen Kereta Api Tenom - Balik semula ke pengkalan

PERMAINAN KIM

Permainan ini merupakan satu aktiviti yang menguji dan meningkatkan kemahiran daya ingatan ahli. Ahli perlu diberi peluang memerhati benda yang dipamerkan selama dua minit sebelum ditutup dengan sehelai kain. Sekiranya ahli berjaya mengenalpasti sekurang-kurangnya 25 dari 30 benda yang dipamerkan maka ia telah berjaya dalam permainan ini.

15

Page 16: Masakan Solar

GERAK KERJA LUAR

Gerak kerja luar merupakan satu cara pemimpin boleh meningkatkan kesedaran ahli kepada alam sekitar. Pelbagai pendekatan boleh digunakan termasuklah aktiviti rekreasi dan permainan. Berikut merupakan contoh aktiviti yang boleh dijalankan kepada ahli Tunas semasa perjumpaan atau perkhemahan.

Arahan ; Semua ahli bergerak dalam kumpulan masing–masing dan tugasa ini perlu diselesaikan dalam jangkamasa 40 minit. Semua bahan perlu dipamer secara kreatif di atas kertas mahjung dan dilabelkan . selamat mencuba sehabis baik.

(a) Buat 10 jenis lorekan permukaan dari persekitaran anda . (b) Kumpulkan 10 jenis bahan semulajadi di persekitaran anda. Terangkan kegunaan bahan

tersebut.(c) Kumpul 10 bahan asing yang terdapat di persekitaran anda. Nyatakan apakah kesannya

terhadap alam sekitar.(d) Cari 5 jenis tumbuhan yang boleh digunakan dalam masakan. (e) Cari sekurang-kurangnya satu jenis bahan boleh dibuat ubat / merawat sakit.(f) Cipta dua rangkap pantun yang berkaitan dengan alam sekitar tempat anda berada

sekarang.

Pemimpin bolehlah menyediakan borang markah seperti berikut untuk menilai persembahan kumpulan .

Perkara Kenanga

Siantan Melor Kesidang Teratai Cempaka

Jenis lorekan (10 M)Bahan semulajadi (10M)Bahan asing ( 10 M)5 jenis tumbuhan ( 5 M)Bahan untuk ubat / rawatan (5 M)Dua rangkap pantun ( 10 M)

16

Page 17: Masakan Solar

MASAKAN SOLAR

Masakan solar ini diperkenalkan sebagai salah satu cara penyediaan makanan tanpa menggunakanperalatan dapur dan hanya menggunakan cahaya matahari sebagai sebagai sumber tenaga pembakar. Kaedah memasak menggunakan tenaga solar mempunyai banyak kebaikan. Diantaranya ialah sebagai satu cara mendidik ahli supaya melindungi alam sekitar yang semakin terancam, mengurangkan pencemaran pembakaran bahan api, mengurangkan bahaya gas dan kebakaran. Cuaca yang sesuai ialah semasa musim panas terik .

Bahan-bahan yang diperlukan ialah aliminium foil, periuk memasak nipis yang disembur cat aerosol hitam, kertas kadbord yang tebal, gam, plastik, tali rapiah dan tiga batu kecil diletak dibawah panci semasa memasak. Ukuran dapur adalah seperti berikut.

17

Page 18: Masakan Solar

Cara memasak Puding Roti menggunakan dapur solar.Bahan-bahan

Empat keping roti di potong dadu dan disusun di dalam periuk

2 sudu gula halus, 1 sudu tepung kastard, 3 biji telur ( digaul sekali )

450ml susu segar

18

Page 19: Masakan Solar

Kaedah ini sesuai digunakan oleh ahli semasa mengikuti aktiviti perkhemahan dan perkelahan di masa terdapat cuaca matahari yang mencukupi.

19