report full

Upload: aishah-kidam

Post on 19-Jul-2015

1.388 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pengenalan Kepada Latihan Industri.

Latihan Industri ini merupakan satu keperluan yang penting untuk kami para pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai memenuhi syarat pengurniaan Diploma sebelum menamatkan pengajian masing-masing. Setiap pelajar wajid lulus Latihan Industri sebelum dibenarkan menduduki semester yang berikutnya manakala pelajar yang gagal dalam Latihan Industri perlu mengulang semula Latihan Industri .

1

1.1.1

Objektif Latihan Industri.

Secara amnya, Latihan Industri yang dijalankan mempunyai objektif dan matlamatnya yang tersendiri. Latihan industri ini dijalankan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang alam pekerjaan yang bakal ditempuhi pada masa akan datang. Dengan ini, pelajar perlu menilai hubungan di antara teori yang dipelajari dengan cara yang dipraktikkan dalam pekerjaan. Selain itu,pelajar juga hendaklah menggunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin dan menjaga imej serta nama baik politeknik dengan sebaiknya dan mengamalkan disiplin yang tinggi, memberi komitmen yang terbaik terhadap organisasi serta menyesuaikan diri dengan persekitaran dalam organisasi. Selain itu, latihan industri juga dapat memberi pendekatan kepada pelajar tentang perkara yang berkaitan dengan bidang yang diceburi oleh pelajar. Sehubungan dengan itu, pelajar akan diberi peluang untuk memilih manamana firma atau syarikat sama ada di bawah badan kerajaan ataupun swasta. Walaupun pihak Politeknik memberi peluang kepada pelajar untuk membuat pilihan sendiri tentang penempatan pelajar tetapi seboleh- bolehnya bidang atau kursus yang diceburi ada kaitan dengan pengajian mereka di Politeknik. Selain itu, antara matlamat atau objektif utama pelajar diwajibkan menjalani latihan industri ialah: Membina personaliti induvidu Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar Mengamalkan peraturan dan etika kerja yang baik Menambahkan dan meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar Membolehkan pelajar- pelajar mengaitkan teori- teori kepada praktikal dan sebaliknya.

2

1.1.2

Tujuan Latihan Industri

Latihan industri merupakan satu sesi latihan yang diwajid keatas semua pelajar IPTA. Salah Satu kepentingan utama yang didapati dari latihan industri ini adalah dapat mempratikkan apa yang telah dipelajari oleh pelajar selama menghadiri sesi pembelajaran dan kuliah. Melalui cara ini, setiap pelajar dapat mendalami dan menimba pengalaman dan pengetahuan dalam bidang yang diceburi. Selain itu, latihan industri adalah satu aspek yang penting kepada setiap pelajar agar pelajar tersebut memperolehi satu semangat yang tinggi dan berkeyakinan apabila berhadapan dengan suatu kerja kelak. Pelajar juga dapat membuat perbandingan antara teori-teori yang telah dipelajari di insititusi pelajar dengan situasi sebenar samada sama ataupun sebaliknya. Bagi pelajar yang selesai menjalankan latihan industri, mereka akan merasakan sesuatu perbezaan pada diri mereka. Dengan berbekalkan kemahiran yang ada akan menguatkan lagi keyakinan diri pelajar dan mereka akan lebih maju dalam bidang yang diceburi serta menambahkan lagi pengalaman yang sedia ada. Dalam proses menjalani latihan industri ,sikap amanah, bekerjasama, bertanggungjawad, bersikap terbuka dan sebagainya akan membolehkan pelajar dapat menjalankan kerja-kerja yang telah diarahkan dengan sempurna dan teratur. Oleh yang demikian maka komunikasi antara pelajar atau pelatih dengan pekerja akan lebih mesra dan wujudlah sikap yang selalu bertanya jika ada apa-apa yang kurang difahami. Antara tujuan dan kepentinganyang diperkenalkan dalam latihan industri keatas setiap pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin khususnya, adalah seperti berikut;

1.1.3

Skop Latihan Industri

Kolej Komuniti Kuala Terengganu, akan memastikan setiap pelajarnya yang menjalani Latihan Industri di setiap firma yang ditempatkan mendapat manfaat dan kebaikan serta pengalaman. Dengan pengalaman ini, pelajar dapat memotivasikan diri dan dapat membiasakan diri dengan alam pekerjaan setelah tamat pengajian 3

nanti secara tidak langsung pelajar akan menjadi lebih matang dalam menempuh alam pekerjaan suatu hari nanti . Disamping itu juga, ianya juga meliputi segala cabang dan tidak tertakluk semata-mata kepada pengkhususan bidang yang diikuti dan dipelajari. Di mana ianya akan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cabang-cabang pekerjaan yang bakal ditempuhi dan juga membolehkan para pelajar mengetahui serba sedikit tentang dunia perniagaan.

1.1.4

Objektif Laporan Harian Di buat

i.

Ianya bertujuan supaya pelajar dapat belajar untuk mendokumentasikan serta melaporkan setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang latihan bermula.

ii. iii.

Ia juga boleh dijadikan sebagai satu bahan bukti kepada yang telah diikuti. Laporan yang baik dan bermutu boleh digunakan sebagai dukomen sokongan dalam temuduga yang bakal dihadapi oleh pelajar.

1.1.5 Syarat Untuk Lulus Pengajian Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Setiap pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin dimestikan melalui satu sesi yang dinamakan sebagai sesi latihan industri bagi tempoh selama satu semester atau 6 bulan iaitu pada semester ketiga bagi pelajar yang mengambil pengajian peringkat sijil dan semester keempat bagi pelajar yang mengambil jurusan peringkat diploma di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Lulus latihan industri merupakan satu syarat utama yang diwajidkan bagi setiap pelajar bagi mendapatkan sijil atau diploma. Sekiranya pelajar tidak dapat menghadirkan diri atau gagal menjalani latihan industri atau telah didapati melanggar undang-undang dan tatatertib yang telah ditetapkan oleh pihak 4

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin atau syarikat yang diwakili semasa membuat latihan industri . Dengan ini pelajar terbabit tidak layak di anugerahkan sijil atau diploma. 1.1.6 Memaparkan Aktiviti Dan Pekerjaan Sebenar

Melalui latihan industri yang telah ditempuhi oleh pelajar, secara tidak langsung, pelajar akan didedahkan dengan situasi dan keadaan atau aktiviti sebenar alam pekerjaan. Ini merupakan satu cara pendekatan atau pendedahan yang terbaik dan paling berkesan kepada pelajar agar tidak sekadar berkhayal atau berilusi tentang bagaimana keadaan dalam pekerjaaan yang sebenarnya, sebaliknya melalui sendiri keadaan realitinya. Dengan melalui sendiri dalam pekerjaan yang sebenar, para pelajar juga dapat menangkis takrifan atau tanggapan-tanggapan negatif sesetengah pihak yang mengatakan bekerja adalah satu pekerjaan yang membebankan dan tidak mendatangkan manfaat.

1.1.7

Menambahkan Pengetahuan

Setiap pelajar yang sedang menempuh latihan industri pasti akan melalui kerja-kerja yang berbeza setiap hari. Pelajar tidak hanya didedahkan dengan kerja yang sama kerana ini pasti akan menimbulkan rasa bosan dihati pelajar. Oleh yang demikian, dengan cara ini pelajar akan memperolehi banyak pengetahuan yang baru setiap hari.

1.1.8

Menimba Pengalaman Baru

Semasa menjalani industri juga, pelajar melaksanakan atau melakukan segala pekerjaan yang disuruh oleh majikan atau pegawai ditempat latihan bukan semata-

5

mata kerana mahu menurut perintah, sebaliknya paling kurang pelajar dapat menimba serba sedikit pengetahuan dan pengalaman yang berguna tentang aktiviti yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Misalnya, pada satu-satu masa tertentu, majikan atau pegawai mungkin akan mengarahkan pelajar melakukan sesuatu kerja diluar bidang yang bukan meliputi pengajian pelajar dan ini terpaksa dihadapi oleh pelajar tanpa sebarang alasan. Jadi, secara tidak langsung ini akan meluaskan lagi pengetahuan dan tidak mustahil apa yang dipelajari oleh pelajar sewaktu menjalani latihan industri akan dapat dimanfaatkan juga satu masa yang akan datang kelak.

1.1.9

Mengaitkan Teori Dan Praktis Sebaliknya

Sepanjang menjalani sesi kuliah atau semasa dalam pembelajaran di sekolah pelajar hanya diajar dan didedahkan dengan pelbagai aspek teori dan praktikal oleh pensyarah , namun begitu, ianya masih tidak mencukupi bagi seseorang pelajar itu untuk menonjolkan bakat dan kemampuannya untuk menjadi seorang yang lebih mahir dan cekap. Sehubungan dengan itu, latihan industri diadakan bertujuan untuk mempraktikkan para pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki selama ini, disamping mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari dengan aspekaspek praktikal atau sebaliknya.

1.1.10 Memberi Pendekatan Yang Mengembangkan Pemikiran Pelajar Dalam Bidang Yang Diceburi

Para pelajar dinasihati meneliti terlebih dahulu tempat latihan yang hendak dipilih sebelum menjalani latihan industri. Sebaik-baik pelajar digalakkan memilih

6

tempat latihan industri yang bersesuaian dan bertepatan dengan bidang kursus yang diambil. Ini adalah kerana ianya menunjukkan bahawa pelajar mempunyai matlamat yang sebenar dalam bidang yang diminatinya,pelajar juga dapat mengetahui dan mendekatkan diri dengan kerja atau tugas yang berkait rapat dengan bidang yang diambil khususnya TEKNOLOGI MAKLUMAT. Pelajar juga dapat mengenal pasti sejauh mana skop bidang yang diminati. Adalah menjadi satu pembaziran bagi pelajar yang menjalani latihan industri ditempat latihan yang langsung tidak mempunyai kaitan dengan subjek atau bidang yang diambil kerana ini akan menjadikan pemikiran pelajar masih diperingkat yang lama dan tidak berkembang.

1.1.11 Sebagai Garis Panduan Kepada Pelajar

Latihan industri yang dilalui oleh pelajar dapat dijadikan garis panduan atau petunjuk untuk membiasakan diri dengan keadaan persekitaran kerja yang baru apabila telah tamat pengajian dan mula bekerja nanti. Jadi pelajar akan berkeyakinan dan berani untuk memulakan pekerjaan kerana sudah mempunyai pengalaman selama lebih 6 bulan semasa menjalani latihan industri.

1.1.12

Memberikan Pendedahan Dan Cara Berkomunikasi

Latihan industri dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan baik terhadap rakan sekerja atau majikan. Jadi dengan ini pelajar akan dapat membiasakan diri dengan rakan-rakan di tempat kerja tanpa sebarang masalah untuk tujuan kerja. Dalam latihan industri juga, pelajar akan belajar bagaimana cara untuk bercakap atau berkomunikasi , bergaul dan menghomati kedudukan setiap orang di dalam syarikat dan sebagainya. Ini kerana kokunikasi yang baik antara rakan sekerja amat penting untuk melahirkan mutu kerja yang bagus.

7

1.1.13 Sebagai Langkah Awal Menentukan Masa Depan Latihan industri dapat dijadikan tapak mula atau sebagai langkah awal kepada pelajar untuk memilih ke mana hala tuju membina masa depan yang cerah.Pelajar yang menjalani latihan di syarikat atau firma-firma besar dan berpengaruh perlu menunjukkan prestasi dan pontesi yang bagus agar boleh di harapkan untuk berkerja atau bertugas semula ditempat yang sama setelah tamat pengajian.Pelajar mungkin akan membuat kemajuan yang lebih membina agar pegawai atasan di syarikat atau firma menaruh keyakinan untuk mengambil semula pelajar untuk berkhidmat di syarikat berkenaan atau syarikat lain yang lebih bagus dan boleh menjamin masa depan.

1.1.14 Menanam Semangat Kerja Berpasukan

Salah satu kebaikan yang boleh diperolehi melalui latihan industri, iaitu dapat menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja. Pelajar diajar bagaimana untuk bekerja dalam kumpulan dan secara tidak langsung akan timbul sikap tolong-menolong, bantu-membantu dan saling bertolak ansur antara satu sama lain sebagai sebuah pasukan. Setiap ahli dalam pasukan akan memberi semangat dan inspirasi kepada ahli pasukan yang lemah atau mundur dalam kerja dan akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama pekerja.

1.1.15 Menanam Sifat Amanah Dan Berkeyakinan Diri

Latihan industri dapat mengajar dan menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri dalam diri pelajar kerana sepanjang menjalani latihan industri di syarikat-syarikat atau firma-firma terpilih, pelajar tersebut dilatih dan diajar melakukan kerja dengan penuh amanah dan bertanggungjawab demi menjaga nama baik Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

8

dan diri pelajar itu sendiri. Ini juga penting bagi pelajar supaya dapat memberi keyakinan kepada majikan atau pegawai atasan.

1.1.16 Mengajar Cara Berdisiplin Latihan industri juga dapat melatih pelajar cara berdisplin antaranya menepati masa bekerja, menyiapkan kerja yang diamanahkan tepat pada masanya, berpakaian kemas ketika hadir bekerja, mematuhi pemakaian semasa bekerja contohnya memakai peralatan dengan betul dan lain-lain.

1.1.17 Meningkatkan Kemahiran Dan Melahirkan Tenaga Mahir

Melalui latihan industri, pelajar juga dapat memahirkan diri dengan mencuba melakukan tugas-tugas yang diarahkan dengan hasil kerja tangan sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Ini juga salah satu cara yang baik untuk melahirkan ramai tenaga mahir di malaysia.

1.1.18 Penilaian Prestasi Pelajar

Melalui latihan industri yang dilalui oleh pelajar, pensyarah dan majikan tempat pelajar menjalankan latihan industri dapat menilai sendiri pretasi pelajar melalui kerja yang dilakukan dan pemeriksaan yang dijalankan.

1.1.19 Penyediaan Laporan Rasmi Dan Pelajar

9

Dengan adanya latihan industri ini, pelajar dapat memudahkan menyediakan laporan rasmi dan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh pihak Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin untuk lulus dan menyambung pengajian ke semester baru. 1.2 Pengenalan Syarikat

1.2.1

Latar Belakang Penubuhan Syarikat

Integrity Network Sdn Bhd

telah ditubuhkan pada tahun 2000 untuk

menyediakan perkhidmatan penyelesaian IT bagi sektor awam dan swasta.Nama asal syarikat ialah Dynasti IT Services,Namun pada tahun 2008 ianya ditukarkan namanya kepada Integrity Network Sdn Bhd.

Syarikat ini diuruskan oleh kumpulan profesional yang berkelayakan dan berpengalaman luas dari pelbagai bidang dan sangat komited terhadap peningkatan pengurusan dan pendekatan teknikal kerja. Falsafah dan tujuan perniagaan syarikat ini adalah berdasarkan komitmen kami dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan kami. Oleh itu, menyedari kepentingan tersebut pihak kami mempunyai pekerja berkelayakan dan komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan. Tujuan utama syarikat kami adalah untuk memenuhi kehendak pelanggan dengan pengurusan profesional, perancangan dan kepentingan kepada sumber manusia, kewangan serta bidang teknikal. Di dalam setiap urusniaga perniagaan, Integrity Network Sdn Bhd menitik beratkan sebarang pandangan para pelanggan bagi memberikan penyelesaian yang efektif serta komited terhadap penyediaan perkhidmatan jualan yang berkualiti.

10

1.3

Profil Syarikat : 17 April 2000 : TR002677-A : No 1102, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman Tel Fax : 609-620 3333 / 84 : 609-620 3383

Tarikh ditubuhkan No Pendaftaran Alamat

Email : [email protected] Pengurus Bank : Baharuddin bin Yahya : AFFIN BANK BERHAD Cawangan Jalan Sultan Ismail No Akaun Staff : 1000150010455 : Mr. Lutfi Mr. Farid Husni Mr. Faizi Mr. Iqbal Mr. Aizuddin Mr. Kamarulzaman Mr. Asyraf Mr. Hafiz Mss. Zuria Faelah Mss. Nor Izyan 11

Mss. Siti Nuk Akma

1.4

Logo Syarikat

INTEGRITY NETWORK SDN BHD

12

1.5

Carta Organisasi Syarikat

PENGURUS BAHARUDDIN BIN YAHYA

PEMASARA N

AKAUN

IT

JURUTEKNIK

ZURIA NOR IZYAN

AHMAD LUTFY

SITI NUR AKMA

FARID HAFIZ KAMARULZAMA N FAIZI IQBAR ASHRAF AIZUDDIN

1.5.1

Perkhidmatan yang Disediakan Syarikat

Membekal, menghantar, memasang dan membaik pulih peralatan komputer dan rangkaian internet.

1.6

Perkhidmatan yang Disediakan Syarikat

13

Membekal, menghantar, memasang dan membaik pulih peralatan komputer dan rangkaian internet.

1.6.1

Komputer Peribadi dan Komputer Riba :

a ACER, DELL a Twin head,

Printer / Scanner / Plotter

a Canon, HP

Software

a Win Vista, Win XP, Win 2000, Win ME a Microsoft Office, Adobe Photoshop, Adobe Acrobat, Page Maker, AutoCAD a AVG antivirus, Kaspersky antivirus, Avira antivirus a Winamp, Power DVD, Window Media Player

1.6.2

Hardware :

a Monitor, PC tower, Power supply a Motherboard, Processor, RAM, Hard disk, Floppy disk, CD / DVD Writer 14

a Graphic Card, Modem, USB card a Keyboard, Mouse, Speaker

1.6.3

LAN :

a Switch, Hub, Cable UTP, RJ45

1.6.4

Lain - Lain :

a Membuat kad perkahwinan, kad bisnes a Menaip, Bending, Laminate a Fotostat a Faksimili

1.7

Misi Syarikat

Misi bagi Syarikat Integrity Network adalah untuk memberi perkhidmatan yang lebih efisyen dan nilai yang setanding dengan mata wang yang dikeluarkan oleh setiap pelanggan dengan menyiapkan kerja secepat yang mungkin seperti yang telah dicatatkan dalam perjanjian. Sememangnya misi tersebut amat bersesuaian sekali dengan syarikat besar seperti ini. Ini kerana syarikat berkenaan perlu menepati masa dalam menyiapkan projek mereka. Dalam memastikan projek berkenaan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, pihak syarikat telah menggunakan khidmat pekerja yang berpengalaman 15

luas dan mahir. Sehingga sekarang mereka masih tetap bekerja di bawah syarikat Integrity Network.

1.8 Contoh senarai jadual untuk penerimaan Tender dan Sebutharga oleh syarikat NO. Item Senarai syarikat, Badan Berkanun,atau swasta 1 Kerja- kerja membekal, . menghantar, memasang dan rangkaian di Medan Infodesa AMBS, Bandar Al Muktafibillah Shah. 2 Sebutharga dan cadangan . untuk supply, Delivery Installation,Compressiong and Training of personal computer. 3 Tawaran kerja- kerja Cyber . Corner Tingkat 2, Bangunan Utama, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu. 4 Cadangan membekal, . menghantar, memasang dan menyelenggara peralatan dan perkakasan pencetak Laser ke UITM Terengganu, Kampus Dungun. UITM, Kampus Dungun. RM169,935.00 Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu. RM71,058.00 Tatiuc University Collage( TATIUC). RM116,645.00 1 mentauliah computer serta Lembaga Kerajaan Terengganu Tengah. RM277,200.00 Jumlah

16

BAB 2

RINGKASAN LAPORAN HARIAN YANG DIJALANKAN

MINGGU PERTAMA (4 7 JULAI 2011) Melapor diri di Syarikat Integrity Network Sdn Bhd. Mengenal operasi Dos dan Windows. Cara setting konfigurasi Bios untuk Acer Veriton M460. Langkah- langkah pemasangan perkakasan.

MINGGU KE-2 (10 16 JULAI 2011) 17

Mengenal bahagian utama pada papan litar utama. Install software penting ke 5 unit Pc baru jenis Dell Vastro 460. Membaikpulih Pc Hp Compaq MX2700. Membaikpulih laptop Hp Compaq Presario CQ337TU. Membaikpulih notebook MSI CR650. Membaikpulih notebook 1 Malaysia.

MINGGU KE-3 (17 23 JULAI 2011) Baikpulih Pc yang mempunyai masalah No Power. Membuang password windows pada laptop Dell Vastro 1400. Melakukan recovery pada laptop Acer M460. Mengenal Mini Window XP. Membaikpulih printer ABM 9068 - A01.

MINGGU KE-4 (24 31 JULAI 2011) Menggantikan keyboard pada laptop Lenovo Ideapad S10- 2. Membaikpulih hardisk pada notebook jenis Compaq PresarioCQ40-318TU. Membaikpulih laptop Acer Aspire 4820TG yang mengalami masalah cepat hang dan apabila ingin melayari internet. Membaikpulih Hp Mini yang menghadapi masalah window. Install software pada 5 unit Dell Vastro dan memeriksa agar ianya berjalan dengan lancar. Upgrade hardisk western original 500GB di sebuah PC. Membaikpulih PC desktop Compaq Presario 6120NT.

18

MINGGU KE-5 (1 4 OGOS 2011) Membaikpulih laptop Acer 4920 yang menghadapi masalah internet slow dan not responding. Membaikpulih laptop Asus K43U yang memnglami maslah WGA(Window Genuine Advantage). Memasang 6 unit PC yang baru sampai. Mengetahui tentang pemasangan Keyjack.

MINGGU KE-6 (7 11 OGOS 2011) Mengenal Crimp Cable. Mengetahui tentang perbezaan antara straight through cable dengan crossover cable. Langkah- langkah memasang window 7. Mengetahui masalah monitor yang tidak menyala. Membaikpulih monitor yang menjadi gelap apabila loading windows.

MINGGU KE-7 (14 20 OGOS 2011) Ugrade hardisk 500GB pada laptop Compaq CQ20TU. Upgrade ram 2GB pada PC model Klone. Memasang 2 unit PC yang baru sampai. Install software pada laptop Lenovo Ideapad S10-2. Melakukan recovery pada laptop Lenovo Ideapad S10-2. 19

MINGGU KE-8 (21 27 OGOS 2011) Install web camera pada laptop Compaq Presario CQ42. Menukar power supply pada PC Acer. Mengetahui tentang cara- cara menggunakan aplikasi Ccleaner. Recovery dan install software pada laptop Lenovo Ideapad S10-3. Backup data yang penting dan format window 7 Ultimate pada laptop Acer Aspire 4738G dan B Machine D525. Membuang password window pada laptop jenis Dell Vastro 1400.

MINGGU KE-9 (28 8 SEPTEMBER 2011) Upgrade RAM 500GB paa sebuah PC Klone. Membaikpulih laptop Acer Aspire SA490 dan melakukan recovery pada notebook Lenovo Ideapad S10-3. Format window 7 ultimate pada laptop Compaq Presario CQ42-357TU. Install software pada laptop Dell Inspiron yang baru sampai dan format window 7 Ultimate pada laptop Vaio yang mengalami maslah window slow. Menukar bateri pada laptop Lenovo Ideapad S10-3. Format window 7 Home Premium pada notebook HP Mini 110-3602TU.

MINGGU KE-10 (11 17 SEPTEMBER 2011) Install software pada laptop Acer Aspire 47558 dan upgrade RAM 2GB.

20

Servis PC yang mempunyai masalag :overheating kerana ada banyak habuk. Upgrade RAM 2GB dari 4GB pada laptop jenis Lenovo Ideapad 3000H Series. Recovery dan install software serta driver pada laptop Lenovo Ideapad S103. Format window 7 Ultimate pada laptop 1 Malaysia Nasty. Mengenal driver jenis Genius Profesional Edition untuk PC Klone.

MINGGU KE-11 (18 24 SEPTEMBER 2011) Memeriksa netebook jenis Lenovo Ideapad S10-3 yang menghadapi maslah screen. Memeriksa screen notebook jenis Lenovo Ideapad S10-3C yang menglami masalah No Display dan format window XP pada laptop Lenovo yang menghadapi masalah window. Memeriksa PC desktop Acer M1930 yang mengalami masalah VGA display motherboard. Servis PC yang mengalami maslah overheating dan no display. Memeriksa PC HP Ommi 200 yang mengalami masalah auto shutdown yang tetiba off. Install pada 5 unit laptop Acer Aspire 4752 G yang baru sampai.

MINGGU KE-12 (25 29 SEPTEMBER 2011) Laptop HP Pavilion TX2000 yang mengadapi masalah no display. Format window XP pada PC Acer dan backup data. Melakukan recovery pada laptop HP Mini dan juga format laptop Toshiba Satelite M100dengan menggunakan window vista home premium. Menggantikan graphic card baru pada PC Acer . 21

Memasang sebuah PC yang baru sampai dan install software yang penting.

MINGGU KE-13 (2 6 OKTOBER 2011) Melakukan recovery pada PC HP Compaq DC7700. Mengetahui cara-cara mennggunakan CMD (command prompt) pada PC. Mengetahui cara- cara menggunakan program Linux. Mengenal cara- cara menggunakan keyboard shortcut bagi window XP. Install software pada laptop jenis Dell Inspiron N5010.

MINGGU KE-14 (9 16 OKTOBER 2011) Tukar hardisk western digital 500GB sata pada laptop Sony Vaio VGNNG375GS dan install window 7 ultimate,driver serta sofware. Backup data dan format window xp pada 3 jenis laptop iaitu: 1. Compaq Presario CQ40-3377TU 2. Acer Aspire One 3. Compaq Presario V3000

Memasang 2 unit Pc baru yang baru sampai. Menukar motherboard dan power supply pada 1 unit Pc Hp Pavillion D6538D. Menukar battery cmos yang sebuah Pc Dekstop Hp Acer Aspire M460 yang menghadapi masalah tarikh dan masa yang berlainan. Intall sofware pada laptop jenis Hp Pavillion GT5.

22

MINGGU KE-15 (17 21 OKTOBER 2010) Format window 7 profesional dan install software pada notebook TC. Upgrade ram kingston 2GB1333mhz pada netbook Sony Vaio. Memeriksa kerosakan Pc Hp Pavillion P6383D series yang mengalami masakah no display. Tukar hardisk western digital 500GB sata pada laptop Compaq Presario CQ40-3218TU yang mengalami masalah hardisk corrupt. Melakukan recovery pada laptop Lenovo Ideapad S10-3 yang mengalami masalah window.

MINGGU KE-16 (24 27 OKTOBER 2011) Install window 7 ultimated pada notebook Compaq Presario CQ42-188TU yang mengalami masalah window. Memeriksa masalah pada laptop Acer Aspire SA90 yang mengalami masalah no power. Melakukan recovery window pada netbook Lenovo Ideapad S10-3 yang mengalami masalah window. Servis laptop Hp Compaq yang mempunyai masalah auto shutdown iaitu overheat. Backup data yang penting dan format window 7 ultimate pada laptop iaitu: 1. Acer Aspire 4738G 2. B Machine D525.

MINGGU KE-17 (30 OKTOBER 3 NOVEMBER 2011) 23

Format PC dan backup data sebelum format. Setelah siap, install software Menaip dokumen-dokumen yang berkaian dengan tender di TATIUC dan fotostat dokumen yang berkaitan dengan syarikat. Memasang power supply yang baru pada PC. Memeriksa computer yang mengalami kerosakan akibat NO DISPLAY pada skrin PC. Diberi tunjuk ajar untuk membaiki computer riba yang mengalami masalah kerosakan akibat virus.

MINGGU KE-18 (9 10 NOVEMBER 2011) Menukar hardisk yang baru ke PC desktop DC7800 Compaq yang mengalami masalah akibat hang dan lembap. Format PC yang mengalami masalah window dan lembap. Menukar power supply pada PC yang mengalami kerosakan akibat terbakar. Testing hardisk yang baru 500GB sata pada sebuah PC Compaq DC7800 dan install window serta driver.

MINGGU KE-19 (13 17 NOVEMBER 2011) Menukar hardisk 500GB western ke PC Klone yang mengalami masalah window hang. Upgrade RAM 2GB pada laptop Acer 4755G yang mengalami masalah lembap. Install software yang penting ke 1 unit PC baru jenis Dell Vestro 460. Melihat juruteknik memasang motherboard pada PC. Testing LCD monitor seorang pelanggan yang mengalami masalah No Display.

24

MINGGU KE-20 (20 24 NOVEMBER 2011) Servis PC Hp Compaq dan backup data serta format window XP. Kemudian install software dan driver. Install driver printer Canon PIXMA MP 258. Servis computer dan format window XP dan 7. Selepas itu, install software serta driver. Servis PC Hp Dekstop yang mengalami masalah No Display. Dengan itu, servis RAM dan PCI card serta OK. Install software pada notebook baru iaitu Fujitsu Lifebook A Series.

MINGGU KE-21 (28 NOVEMBER 1 DISEMBER 2011) Format window 7 Ultimate pada Hp Pavillion dan window XP pada laptop TC.selepas itu,install software dan driver. Backup data dan format window XP pada PC Dell Optilex 745. Selepas itu, install software dan driver. Tukar RAM Kingston 2GB 1333 MHZ pada netbook Sony Vaio. Servis computer yang mengalami No Display,overheating dan virus. Dengan itu, servis RAM. Kemudian cabut CPU Fan untuk dibersihkan dan pasang semula. Kemudian, format window XP dan install driver serta software. Check status warranty pada PC Acer. Format window XP pada PC Klone. Sebelum itu, backup data. Kemudian, baru format dan install software serta driver. Melihar juruteknik memasang motherboard pada PC Klone yang menghadapi masalah No Power.

25

BAB 3

PENGENALAN KEPADA PERKAKASAN KOMPUTER

3.1

Pengenalan Komputer

Komputer merupakan mesin yang boleh diprogramkan untuk memasukkan data yang kemudiannya diproses menjadi maklumat yang berguna. Maklumat yang telah siap diproses kemudiannya dikeluarkan semula sama ada dalam bentuk paparan, cetakan, dan sebagainya. Maklumat itu juga boleh disimpan untuk digunakan atau dieditkan pada masa akan datang.

Pelaksanaan proses ini dinamakan kitaran IPOS. Umumnya proses ini saling berinteraksi di antara satu sama lain semasa komputer berfungsi dan ianya 26

memerlukan perkakasan dan juga perisian bagi membolehkan ianya beroperasi dengan lancar dan sempurna.

27

3.2

Blok-Blok Dalam Komputer

Komputer sebenarnya mengandungi empat blok. Blok-blok ini saling berhubung kait semasa komputer berfungsi. Blok-blok itu adalah seperti berikut :

a) Unit Input di mana pengguna dapat memasukkan maklumat ke dalam komputer. Maklumat itu boleh berbentuk teks, data, grafik, imej, bunyi. b) Unit Output di mana maklumat dikeluarkan atau dibaca daripada komputer. c) Unit Pemprosesan Pusat (CPU) di mana data diproses. d) Unit Ingatan atau Simpanan di mana data atau program disimpan.

3.2.1

Komponen Utama Komputer

Umumnya juga, PC mengandungi kompenan-kompenan utama seperti berikut:-

a) Unit Input asas papan kekunci(keyboard), tetikus(mouse), mikrofon, kayu ria (joystick).

b) Unit Output skrin paparan (monitor), pencetak (printer), pembesar suara (speaker)

c) Unit sistem papan induk (motherboard), cmos-bios, pemproses (processor/cpu), Ingatan utama (main memory)-RAM & ROM.

28

d) Unit storan. Pemacu cakera liut (floppy disk drive), pemacu cakera keras (hard disk drive), pemacu optik (CD / DVD-ROM, CD / DVD-R, CD / DVD-RW Drive).

3.3

PERKAKASAN KOMPUTER

Perkakasan komputer boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan.

KOMPUTER SISTEM ASAS KOMPUTER SISTEM MULTIMEDIA KOMPUTER INTERNET TERSEDIA

3.3.1

Komputer Sistem Asas

Komputer Sistem Asas terdiri dari sebuah komputer yang mempunya perkakasan yang paling sedikit. Biasanya digunakan untuk menulis rencana atau kerjakerja mudah. Sebagai panduan, senarai perkakasan Sistem Asas seperti di bawah:

i)

Papan Induk (Motherboard) : Hampir kesemua perkakasan akan diletak di atasnya.

ii)

Prosessor (Microprocessor Atau CPU) : Memproses data untuk keseluruhan sistem.

29

Kotak komputer, bekalan kuasa dan kabel kuasa (Casing, power supply and power cable): Bekalan kuasa untuk sistem boleh berfungsi.

iii)

Ingatan Capaian Rawak (RAM) : Memori sementara yang penting.

iv)

Cakera Keras serta kabel reben 40 pin (HDD) : Storan untuk sistem operasi dan aplikasi.

v)

Pemacu Cakera Liut atau pemacu layut serta kabel reben 34 pin (FDD) : Membaca dan menulis data ke disket 1.4MB.

vi)

Kad Video (Video Card) : Untuk memproses dan menghantar data video ke skrin.

vii)

Monitor : Paparan untuk dilihat aktiviti komputer.

viii)

Papan Kekunci (Keyboard) : Peranti input yang penting.

ix)

Tetikus (Mouse) : Peranti input kedua yang penting.

30

Nota :

CPU - Central Processing Unit HDD - Harddisk drive FDD - Floppy Disk drive RAM - Random Access Memory

3.3.1.1 Papan Induk (Motherboard)

Gambarajah 3.1 : Papan Induk (Motherboard)

31

Pengenalan

Papan induk boleh dianggap sebagai salah satu perkakasan yang sangat penting dalam sesebuah komputer. Pemilihannya bergantung kepada tugasan yang hendak dibuat dan kemampuannya menaiktaraf. Di atas papan induk akan diletakkan pelbagai perkakasan seperti CPU, RAM, kad-kad tambahan dan sebagainya. Ini bererti, semasa membeli papan induk, pemilihan yang bijak diperlukan kerana perkakasan boleh ditambah tanpa perlu menukarkan papan induk. Ada berbagai-bagai jenis papan induk mengikut prosesor yang hendak digunakan. Papan induk datang dalam bentuk AT dan ATX. Papan induk AT telah berada di pasaran sejak sekian lama. Papan induk ATX memasukkan komponen seperti LPT1, USB dan PS/2 di atasnya tidak seperti papan induk AT. Dengan sendirinya, papan induk ATX memerlukan kotak komputer jenis ATX dan bekalan kuasa jenis ATX juga.

Komponen-komponen Papan Induk/Spesifikasi

Pada motherboard PC, terdapat beberapa jenis I/O (I/O bermaksud input/output iaitu keluaran dan masukan) sesuatu data atau isyarat dari motherboard ke hardware seperti ports, soket, slot dan antaramuka (interface) bagi beberapa bus. Selain itu, anda juga dapat melihat CMOS jumper, FSB jumper pada sesetengah motherboard dan juga sebuah bateri butang. Bateri ini dikenali sebagai bateri CMOS (Complementary Metal Oxide Semiconductor ), di mana ia merujuk kepada bahan semikonduktor yang digunakan dalam pembuatan cip pada motherboard.

32

Gambarajah 3.2 : Ciri-Ciri Port / Connector.

i.

Cache Aras 2 (L2 CACHE) di papan induk sebenarnya terdapat sejenis RAM statik (static) yang bertujuan untuk mempercepatkan operasi komputer. Lagi banyak cache lagi baik dan biasanya papan induk kini dibekalkan sebanyak 512 KB atau lebih.

ii.

Chipset adalah litar-litar bersepadu dalam satu unit untuk melakukan beberapa tugasan biasa. Dalam papan induk, tugas cipset ialah menentukan berbagaibagai perkara penting seperti kelajuan sistem bas, jenis RAM atau memori yang boleh digunakan, jenis CPU dan lain-lain lagi. Sesatu papan induk amat berbeza bergantung kepada kemampuan dan kecanggihan sesuatu cipset itu. Sesetengah pengeluar meningkatkan taraf kemampuan cipset dan papan induk yang sama sudah boleh melakukan perkara-perkara yang lebih baik dari sebelumnya. 33

Selain itu, cipset merupakan sekumpulan dari pelbagai cip/litar bersepadu/IC yang direka dalam satu binaan. Chipset boleh didapati pada motherboard atau expansion card seperti sound card, network card, modem dan sebagainya. Dalam sistem komputer, chipset biasanya merujuk kepada dua bahagian utama pada motherboard, iaitu northbridge dan southbridge. Kedua-dua bahagian ini sebenarnya ialah dua chipset yang saling bergantungan antara satu sama lain degan setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri.

Chipset, Northbridge dan Southbridge

Antara contoh chipset yang boleh didapati pada motherboard masa kini ialah D875PE, D925X (Intel) , KT400, K8T800 (VIA), nForce 2, nForce4 Sli (nVidia) dan sebagainya.

Northbridge

Northbridge befungsi mengawal komunikasi antara CPU, RAM module, port AGP atau PCI-E dan southbridge. Northbridge memainkan faktor penting dalam penentuan bilangan serta jenis CPU dan kelajuannya, serta bilangan, kelajuan dan jenis RAM yang boleh digunakan. Oleh kerana setiap kelas CPU dan RAM memerlukan isyarat yang berbeza, maka sesuatu northbridge hanya mengawal kombinasi CPU dan RAM dari kelas tertentu sahaja.

34

Misalnya, chipset i845GE hanya beroperasi pada CPU Intel Pentium 4 dan Celeron dengan penggunaan RAM dari jenis DDR SDRAM. Chipset nForce2 hanya beroperasi pada CPU jenis Duron, Athlon, dan AthlonXP dengan penggunaan RAM dari jenis DDR SDRAM. Chipset i915G hanya beroperasi pada CPU Intel Pentium4 dan Celeron, tetapi membenarkan penggunaan dua jenis RAM module, iaitu RAM DRR1 atau DDR2.

Southbridge

Southbridge berfungsi dalam mengawal operasi pada computer bus dan device, seperti bus PCI, USB, Firewire, port serial dan parallel, antaramuka ATA, SATA dan floppy disk controller. Sesetengah sotuhbridge juga mempunyai ciri istimewa tambahan seperti kawalan RAID dan audio codec (onboard sound card yang dibina atas motherboard).

iii.

Jenis jumper(pelompat) perlu juga diambil perhatian. Ada papan induk menggunakan jumper fizikal dan sesetengahnya jenis suis. Jumper jenis ketiga pula menggunakan CMOS setup untuk setkan jumper secara perisian. Kebanyakan papan induk kini juga ada kombinasi CMOS setup dan jumper flzikal atau jumper dan suis.

Gambarajah 3.3 : Jumper CMOS pada motherboard

35

iv.

Slot RAM bagi SIMM dan DIMM seharusnya mencukupi untuk tugasan. Slot SIMM mempunyai 72 pin dan DIMM pula 168 pin. Slot RAM di papan induk kini kebanyakannya jenis DIMM. Pemilihan RAM harus sesuai dengan papan induk agar kedua-duanya beroperasi dengan baik.

v.

Komponen slot tambahan ISA, PCI dan AGP sangat penting juga diberi perhatian, terutama slot PCI yang kini banyak perkakasan jenis slot tersebut. Slot tambahan AGP pula untuk kad grafik yang lebih baik dari segi prestasi dan resolusi.

vi.

Slot FDD dan HDD adalah untuk pemacu cakera liut dan cakera keras. Satu slot FDD boleh menampung dua pemacu cakera liut dan empat penyambung IDE0 dan cakera keras untuk IDE0 dan IDE1. Ada kalanya sesetengah pengeluar IDE1 dinamakan IDE1 dan IDE2 mengikut perkakasan.

vii.

Penyambung bekalan kuasa AT dan ATX kadang-kadang dibekalkan dalam satu papan induk, biasanya terdapat pada papan induk jenis lama. Kebanyakan papan induk kini dibekalkan dengan penyambung ATX saja memandangkan keperluan voltan 3V untuk litar-litar tertentu dalam papan induk ATX berkenaan.

viii.

USB adalah suatu sambungan perkakasan ke PC yang mantap ia menyelesaikan masalah perlu menambah kad perkakasan pada slot PCI apabila ingin menaik taraf/upgrade PC, selain membolehkan sebarang perkakasan dipasang (plug and play) dan ditanggal dengan mudah tanpa perlu memulakan semula/restart PC anda.

Penyambung USB seharusnya dibekalkan untuk semua papan induk kerana perkakasan jenis USB kini kian banyak. USB 1.1 memindahkan data antara perkakasan jenis USB dengan komputer pada tahap 12 mbps iaitu 12 megabit sesaat. Keluaran terbaru USB 2.0 boleh menghantar data sepantas 480 mbps.

36

Sambungan USB diperkenalkan sebanyak empat kali (USB 1.0 FDR, USB 1.0, USB 1.1, dan USB 2.0) dengan tiga sambungan mengikut kelajuan yang berbeza mengikut perkakasan; Low speed rate (1.5Megabit sesaat), Full Speed rate (12Megabit sesaat) dan Hi-speed rate (480megabit sesaat).

USB Port mengandungi 2 jenis iaitu jenis standard A dan standard B (atau Type A dan Type B). Biasanya port Standard A terdapat di motherboard PC, manakala Standard B pula terdapat pada gadjet elektronik kecil seperti kamera digital, komputer tangan dan sebagainya. Kebanyakan perkakasan PC masakini menggunakan antaramuka penyambungan USB bagi menggantikan sambungan LPT dan COM.

USB Connector/Header USB connector, atau USB Header terletak pada permukaan motherboard. Connector ini digunakan untuk menyambung port USB yang terdapat pada ATX casing ke motherboard, atau sesuatu hardware lain secara terus ke motherboard. (Rujuk rajah dibawah- merupakan aturan pin standard yang sentiasa tetap pada USB connector motherboard.)

Gambarajah 3.4 : Pin standard pada USB Connector motherboard

37

ix.

Komponen pengkalan (port) COM1, COM2 dan penyambung papan kekunci bersiri digunakan untuk disambungkan ke tetikus bersiri, modem luar dan papan kekunci bersiri mengikut susunan. Port LPT1 (Line printer terminal) pula untuk perkakasan seperti pencetak, pengimbas, kamera video dan sebagainya.

x.

PS/2 bererti 'personal system', penyambung yang digunakan kebanyakan komputer berjenama. Perkakasan seperti tetikus dan papan kekunci kerap menggunakan kemudahan ini.

xi.

CMOS bermaksud complementary metal-oxide semiconductor untuk menyimpan maklumat perkakasan seperti jenis storan, jumlah RAM serta waktu dan tarikh. Untuk mengubah senarai perkakasan dalam menu CMOS, tekan kekunci Del @ F2 berulang kali semasa komputer sedang dimulakan.

38

3.3.1.2 Central Processing Unit (CPU) / Unit Pemproses

CPU ialah akronim kepada perkataan Central Processing Unit. Ia merupakan peranti elektronik dalam famili microprocessor. CPU bertindak seperti otak yang menggerakan dan mengkoordinasikan sesuatu aktiviti pada sistem komputer. Kebanyakan operasi arithmetik matematik dilaksanakan oleh CPU. Untuk sistem komputer peribadi, CPU dipasang pada motherboard untuk beroperasi. Contoh CPU popular masakini ialah dari siri Intel Pentium Dual Core, Core 2 Duo, Core 2 Quad dan Core i7 keluaran Intel Technologies dan Athlon/Sempron, Turion, Atlon Neo keluaran Advanced Micro Device (AMD) technologies.

Gambarajah 3.5 : CPU /Processor (pemproses)

CPU terdiri dari dua bahagian am, iaitu :

1. Control Unit, di mana ia berfungsi menerima, menyahkod dan melaksanakan sesuatu arahan. 2. Arithmetic Logic Unit (ALU) di mana kesemua operasi matematik dan logik dilaksanakan. CPU dipasang pada soket CPU di motherboard. CPU tertentu hanya boleh dipadankan pada soket tertentu sahaja. Misalnya, soket A adalah untuk CPU 39

AMD Athlon, AthlonXP dan Sempron, soket 478 untuk Intel Pentium 4 yang berasakan PGA dan soket775 untuk Intel Pentium 4 , Intel Pentium Dual Core, Core 2 Duo dan lain-lain lagi yang berasaskan LGA serta banyak lagi. Sehingga hari ini, untuk CPU 32-bit, terdapat dua jenis binaan, iaitu PGA dan yang terbaru dari Intel, LGA.

PGA (Pin Grid Array) Architecture

Secara amnya, CPU masakini direka dalam binaan PGA Architecture iaitu pin (atau 'kaki' CPU). CPU terletak pada CPU itu sendiri, sama seperti kebanyakan komponen elektronik lain seperti perintang, transistor, IC dan sebagainya. CPU yang dibina pada PGA architecture adalah seperti AMD Athlon, AthlonXP, Sempron, Athlon64, AthlonFX, Intel Pentium 4, Pentium Dual Core, Core 2 Duo dan lain-lain lagi.

LGA (Land Grid Array) Architecture

Diperkenalkan oleh Intel, tidak seperti PGA architecture, LGA architecture menetapkan bahawa pin CPU terletak pada soket di motherboard dan soket bagi pin pula terletak di CPU. Komputer peribadi generasi masakini kebanyakannnya menggunakan CPU 32bit seperti AMD AthlonXP, Sempron dan Intel Pentium 4. CPU 64-bit semakin menguasai pasaran masakini dengan CPU model AMD Athlon64, AthlonFX, dan Intel Pentium 4 Extreme Edition.

40

3.3.1.3 RAM

RAM, atau Random Access Memory atau selalu disebut ramai sebagai memory, merupakan satu hardware yang penting dalam prestasi sesuatu sistem komputer. Mungkin kita selalu dengar akan ayat jika tambah bilangan RAM, maka semakin laju sesuatu komputer beroperasi. Ini adalah benar kerana RAM sememangnya memainkan peranan membantu CPU dalam melaksanakan proses/task pada sesuatu sistem komputer. Pada komputer peribadi, RAM didatangkan dalam bentuk RAM Module dan dipasang pada motherboard. Bagaimana RAM membantu dalam meningkatkan keupayaan dan prestasi sesuatu sistem komputer? Dalam sesuatu sistem komputer, contohnya PC, RAM digunakan untuk menyimpan arahan/instruction dan data yang diperlukan untuk menyiapakan sesuatu proses/task secara sementara/temporarily dengan itu CPU dapat mengakses kepada arahan dan data terbabit dengan kadar yang lebih pantas. RAM merupakan salah satu dari unit storan komputer, atau computer storage dalam kategori storan primer. Nama lain bagi RAM ialah read/write memory (kerana data boleh dimasukkan dan dibaca dari RAM). Dari permulaan era PC sehingga sekarang, RAM boleh didapati dalam pelbagai jenis, seperti SRAM (Static RAM), DRAM (Dynamic RAM) SDRAM (Synchronous Dynamic RAM) dan generasi terkini, DDR SDRAM (Double Data Rate SDRAM), RD RAM (Rambus) , DDR2 SDRAM (Double Data Rate Two SDRAM) dan sebagainya. RAM dipakej dalam pelbagai modul dan sel. RAM generasi terkini dipakej dalam bentuk modul, seperti SIMM (Single Inline Memory Module), DIMM (Double Inline Memory Module) dan RIMM (sama seperti DIMM, tetapi untuk membezakan pakej Rambus dan pakej memori DIMM biasa) . Pengunaan jenis RAM pada sesuatu sistem komputer dipengaruhi oleh sokongan chipset yang terdapat pada motherboard sesuatu sistem komputer. Contohnya, sesuatu motherboard yang mempunyai chipset Intel i925X hanya boleh menggunakan RAM jenis DDR2 SDRAM, dan RAM DDR SDRAM tidak dapat dipasang

41

kerana ia tidak disokong oleh chipset tersebut (dan apa yang lebih pasti, tiada slot yang sesuai untuk RAM jenis DDR SDRAM dipadankan ke motherboard itu). Setiap jenis RAM hanya boleh dipadankan pada slotnya tersendiri sahaja pada motherboard. Misalnya slot RAM jenis Rambus mempunyai bentuk yang berbeza berbanding dengan slot RAM jenis DDR SDRAM. Ini berlaku kerana Rambus dipakej pada rekabentuk kaki tersendiri yang tidak sama dengan DDR SDRAM.

Gambarajar 3.6 : RAM (Ingatan Capaian Rawak)

3.3.1.4 Pemacu Cakera Keras (Hard Disk Drives / HDD)

Merupakan plat besi yang diselaputi magnetic oxide yang boleh dimagnetkan bagi perwakilan data. Keras melambangkan keadaan fizikalnya. Ia mampu menampung saiz data yang lebih besar dan juga mencapai data dengan cepat. Biasanya hanya satu cakera keras yang terdapat dalam komputer yang terletak dalam kotak CPU yang dikenali drive C. Ianya adalah kekal di dalam sistem komputer dan tidak boleh diubah-ubah seperti cakera liut.

42

Komponen-komponen yang terdapat dalam cakera keras ialah:

i) ii) iii) iv) v)

Plat besi (platters) Pemutar (spindle) Kepala baca / tulis (read / write heads) Penggerak kepala (Head actuator) Papan litar (circuit board)

Ia berfungsi dengan platters atau cakera merupakan komponen bagi menyimpan data. Ia akan berputar pada spindle yang dipandu oleh motor apabila komputer diaktifkan. Permukaan cakera ini mempunyai kepala baca tulis yang membaca dan menulis data dari setiap cakera. Komponen ini pula dipegang oleh head actuator yang membantu menggerakkan kepala baca tulis di sepanjang cakera. Papan litar pula membolehkan komputer menggerakkan kepala baca tulis merentasi permukaan cakera. Permukaan lapisan magnet pada cakera pula terdapat bahagian-bahagian siri tertentu membolehkan komputer menentukan kedudukan di mana data disimpan dengan tepat dan pantas. Dalam membuat pemilihan cakera keras, beberapa faktor perlu diambilkira, iaitu:

a) Saiz - Kebanyakkan komputer dalam pasaran menawarkan pelbagai saiz contohnya 1 GB (1, 024 MB), iaitu boleh menampung 192 000 mukasurat penuh dengan teks.

b) Antaramuka (Interface) - Antaramuka adalah kaedah yang digunakan oleh cakera keras untuk berkomunikasi dengan peranti lain yang berada di dalam sistem. Terdapat tiga pengantaramuka buat masa sekarang ini iaitu :

i)

IDE (Integrated Drive Electronict)- mampu menampung

dua cakera sahaja iaitu master drive dan slave. 43

ii) iii)

EIDE (Extended Integrated Drive Electronict )- mampu SCSI (Small Computer System Interface) - boleh

menampung empat cakera keras dalam satu masa. menampung sehingga tujuh peranti.

Masa Capaian (Seek Time)

Masa capaian adalah masa yang diambil read/write head pada cakera keras untuk mencapai lokasi yang mengandungi data pada permukaan platters dan juga untuk bergerak pada silinder yang berlainan bagi mencapai data. Cakera keras yang berkelajuan tinggi boleh mencapai paling kurang 28 milliseconds (mn) manakala cakera berkelajuan rendah pula mampu mencapai paling kurang 65 ms. Ia perlu penjagaan yang teliti untuk jangka usianya dan jika sebaliknya beberapa kemungkinan akan berlaku :

a) Bad Sector adalah kerosakan fizikal yang menyebabkan cakera sukar dibaca atau ditulis sehingga menjurus kepada kehilangan data.

b) Head Crash iaitu keadaan kepala baca tulis berapungan beberapa milimeter pada permukaan cakera. Faktor kehilangan kuasa elektrik yang menyebabkan kepala akan jatuh menyentuh permukaan cakera semasa cakera berputar dan kerosakan pada lapisan yang mengandungi data.

c) Fragmentation iaitu jika cakera terbiar tanpa penjagaan, fail di dalamnya akan berada di dalam keadaan yang tidak tersusun di keseluruhan cakera keras. Data yang disimpan berselerakan dan melambatkan proses capaian data.

44

d) Physical and File Corruption iaitu kerosakan fizikal menyebabkan cakera sukar dibaca dan pengguna kehilangan data. Ia disebabkan habuk, rambut, atau sentuhan jari pada permukaan cakera. Masalah juga akan timbul untuk membaca tulis data pada sektor yang mempunyai medan magnet yang rendah atau sektor yang bermasalah. Namun demikian cakera keras mempunyai kelebihan dari segi capaian masa dan juga dapat menyimpan data yang lebih banyak serta cepat.

3.3.1.5 Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive-FDD)

Kebanyakan digunakan sebagai storan sekunder di dalam komputer. Ditempatkan dibahagian UPP dan kadangkala berasingan unitnya yang disambungkan ke unit pemprosesan pusat. Apabila disket dimasukkan ke dalam pemacu, motor pemacu memperhubungkan disket dan menukarkan dengan pantas. Maklumat boleh dibaca dari disket dan dilihat melalui skrin monitor. Biasanya dikenali sebagai pemacu A dan pemacu B jika ada dua pemacu. FDD ini mempunyai saiz berasingan dan kapasitinya yang tertentu iaitu :

a) 3.5 inci 720KB dan 1.44 MB b) 5.25 inci 360KB DAN 1.2 MB

45

Gambarajah 3.7 : Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive)

3.3.1.6 Skrin Paparan (Monitor)

Skrin paparan pula merupakan sejenis peranti output yang paling utama. Juga dikenali dengan nama VDU (Video/Visual Display Unit), Console, CRT (Cathode Ray Tube) ataupun skrin. Fungsinya adalah untuk memaparkan maklumat. Apa yang ditaipkan pada papan kekunci akan dipaparkan pada skrin monitor. Tanpanya kita tidak dapat mengetahui apa yang kita taipkan. Oleh itu komunikasi di antara kita dengan komputer akan terhalang. Ia dibahagikan kepada tiga jenis mengikut keupayaan dari sudut paparan warnanya, iaitu :

1. Monokron (Monochrome) Monitor jenis ini memerlukan kad adapter yang disambungkan pada unit sistem sebelum ianya dapat berfungsi sebagai unit paparan. Ianya hanya memaparkan dua jenis warna iaitu satu di bahagian belakang (background) dan satu warna lagi di bahagian hadapan (foreground). Warna-warna ini boleh jadi hitam dan putih, hijau dan hitam atau amber dan hitam. 46

2. Gray Scale Hanya berkeupayaan memaparkan pelbagai corak dan bayang dalam bentuk gray (kelabu).

3. Warna (Colour) Paling utama dan paling popular di kalangan pengguna. Memerlukan kad adapter yang disambung pada unit sistem sebelum ianya dapat berfungsi. Berkeupayaan memaparkan dari 16 warna sehingga 16 juta warna yang berbeza. Dinamakan juga RGB monitor kerana ia berfungsi berdasarkan tiga signal utama daripada warna merah, hijau, dan biru (red, green, blue RGB) Terdapat pelbagai standard dalam membezakan skrin paparan warna, berdasarkan resolusi pada skrin. Contohnya :

i)

CGA (Colour Graphics Adapter) 640 x 200 pixel ii) iii) iv) v) EGA (Enhanced Graphics Adapter) 640 x 480 pixel VGA (Video Graphics Array) 640 x 480 pixel SVGA (Super Video Graphics Array) 800 x 600 & 1024 x 768 pixel XGA (Extended Graphics Array) 2048 x 2048 pixel0

Secara amnya, semakin banyak jumlah pixel (yang diwakili oleh dots perinci), semakin tinggi kualiti imej, semakin jelas paparan gambar. Monitor juga biasanya terdapat dalam pelbagai saiz yang berdasarkan saiz skrinnya, diukur dari sudut ke sudut seperti dalam saiz 14, 15, 17, dan 21 inci.

47

Gambarajah 3.8 : Skrin Paparan (Monitor)

3.3.1.7 Papan Kekunci (Keyboard)

Papan kekunci atau keyboard merupakan salah satu peranti input. Ia biasanya menyerupai mesin taip tradisional. Digunakan untuk memasukkan data atau teks ke dalam kenyataan untuk diproses. Ia mempunyai di antara 85 hingga 120 kekunci segiempat yang mewakili aksara, nombor, function key, dan arahan komputer. Jumlah kekunci adalah berbeza bergantung kepada PC yang digunakan. PC desktop biasanya mempunyai 101 atau 104 kekunci. PC yang lebih kecil seperti laptop, jumlah kekuncinya kurang kerana mempunyai ruang yang kecil. Ia disambungkan kepada PC melalui plug besar, plug kecil, dan kadang-kala tanpa plug. Plug besar atau DIN connector merupakan sejenis sambungan serial port untuk sambungan antara papan kekunci dengan komputer. Plug kecil atau dikenali mini DIN pula adalah sejenis sambungan yang hampir sama dengan sambungan yang digunakan oleh tetikus. Ia tidak memerlukan sambungan secara terus sebaliknya beroperasi berdasarkan cahaya infrared seperti remote control. 48

Gambarajah 3.9 : Keyboard (papan kekunci)

3.3.1.8 Tetikus (Mouse)

Tetikus merupakan peranti input yang mengawal gerakan penunjuk atau cursor pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata. Ia bergerak berdasarkan pergerakan bebola di bahagian bawahnya. Tetikus ini sering digunakan dengan animasi, grafik, dan program desktop publishing. Semasa menggerakkan tetikus, penunjuk pada skrin paparan (cursor) akan bergerak dalam arah yang sama dan ia akan berubah mengikut lokasi di mana tetikus tersebut berada. Biasanya tetikus mempunyai 1 hingga 3 bebutang (button) dan setiap bebola mempunyai peranan yang tersendiri. Terdapat 4 aktiviti utama yang boleh dilakukan oleh tetikus iaitu :

i) ii)

Click atau single click untuk membuat pilihan yang tertentu pada skrin paparan. Double click 49

iii) iv) -

untuk membuka dokumen atau memulakan program. untuk memaparkan senarai arah /program pada skrin komputer untuk proses pemindahan ikon/item pada skrin.

Right click Drag and Drop

Gambarajah 3.10 : Mouse (tetikus)

50

3.3.2

Komputer Sistem Multimedia

Komputer Sistem Multimedia terdiri dari sebuah sistem yang mempunyai bunyi dan boleh memainkan video cakera padat (VCD), Cakera padat (CD) serta berkaraoke. Senarai perkakasan sistem multimedia yang dicampurkan dengan perkakasan sistem asas seperti di sebelah.

i)

Kad Bunyi (Sound Card) : Menghantar data audio ke pembesar suara.

ii)

Pemacu CD-ROM (CD-ROM Drive) : Membaca data dari CD, VCD dan CDROM.

iii)

Mikrofon (Microphone) : Tujuannya untuk berkaraoke dan sembang dalam talian.

iv)

Pembesar suara (speaker) : Mengeluarkan bunyi atau suara dari sumber kad audio.

51

3.3.2.1 Kad Bunyi (Sound Card)

Sound Card merupakan suatu expansion card yang disambungkan ke computer bus melalui slot PCI pada motherboard, berfungsi sebagai peripheral (perkakasan) kawalan keluaran dan masukan bunyi, (seperti bunyi ke speaker dan mengambil input bunyi dari mikrofon). Ia biasanya digunakan untuk menyokong ciri-ciri istimewa lain yang tidak ditawarkan oleh sound chip yang dibina pada motherboard. Secara amnya, setiap sound card mempunyai D/A Converter (Digital-to-Analog Converter) yang berfungsi sebagai pengubah isyarat digital yang dihasilkan oleh sistem komputer ke bentuk isyarat analog untuk disambungkan ke hardware sokongan seperti speaker. A/D Converter pada sound card pula berfungsi sebagai pengubah isyarat analog dari mikrofon ke isyarat digital untuk diproses oleh sistem komputer. Namun terdapat pelbagai jenis sound card di pasaran dengan spesifikasi dan keistimewaan tersendiri, khasnya untuk menyokong keistimewaan hardware lain, seperti speaker yang menyokong teknologi surround sound. Misalnya, on-board sound card (sound card yang dibina atas motherboard dalam bentuk cip), yang biasanya hanya menyokong speaker stereo standard (speaker 2.0 dan 2.1), tidak mampu untuk meberikan output bunyi maksima jika dipasang pada sub-woofer beserta 5 speaker satelit (5.1 Speaker) ketika memainkan DVD menggunakan kesan bunyi sekeliling (5.1 surround). Pada masa kini, Teknologi bunyi surrond sound maksima disokong oleh speaker 7.1 dan sound card yang bersesuaian, contohnya Sound Blaster Audigy 2 ZS keluaran Creative Technology. Secara amnya terdapat tiga port penyambung pada sesuatu sound card:

i)

Line Out : Port ini biasanya mempunyai kod warna hijau. Isyarat bunyi analog yang ditukarkan dari digital akan dipindahkan ke speaker atau headphone yang disambung pada port ini.

52

ii)

Line In : Menerima isyarat bunyi dari peralatan elektronik lain, misalnya anda boleh menyambung radio ke port ini dan mendengarnya dari speaker komputer. Anda boleh merakam lagu dari siaran radio terus ke bentuk digital. Port ini kebiasaannya bewarna biru.

iii)

Microphone : Port yang biasanya bewarna merah khas untuk sambungan mikrofon.

3.3.2.2 Pemacu CD ROM/ DVD-ROM

Alat storan data atau maklumat (storage device) iaitu CD-ROM (Compact Disk Read Only Memory) dan DVD-ROM (Digital Versatile Disk Read Only Memory). CD / DVD-ROM ialah sejenis alat cakera optikal yang digunakan oleh komputer yang dianggap sebagai peranti storan kedua (secondary storage) selepas hard disk. CD / DVD-ROM, digunakan untuk menyimpan program-program komputer, fail audio seperti MP3, fail berbentuk video, dan paling popular sekali ialah fail berbentuk permainan. CD / DVD-ROM hanya boleh membaca data atau maklumat sahaja. Perbezaan antara CD-ROM dan DVD-ROM ialah media storannya bebeza dari segi jumlah penyimpanan data iaitu untuk CD (Compact Disk) hanya 700 MB jumlah maksimum simpanan datanya manakala DVD (Digital Versatile Disk) iaitu 4.7 GB data boleh disimpan. DVD-ROM boleh membaca data secara digital manakala CDROM tidak. Syarat operasi CD / DVD-ROM adalah sama seperti cakera liut dan hardisk, iaitu memerlukan motor untuk memusingkan cakera dan menggunakan kepala yang hampir sama seperti hard disk untuk membaca, tetapi ia menggunakan teknologi kepala laser yang menggunakan motor untuk berfungsi dan ianya hanya boleh menjalankan kerja membaca data atau maklumat sahaja. Satu lagi motor diperlukan untuk satu laci (tray) bagi menjalankan kerja memasukkan dan mengeluarkan cakera.

53

CD / DVD-ROM maklumat adalah diwakili oleh lubang (pits) dan ruang rata (lands) pada bahan aluminium yang boleh memantulkan cahaya (reflective). Satu pancaran cahaya (beam) yang dihasilkan oleh laser akan dibaca oleh pengesan foto (photodetector) pada kepala pembaca (read head). Seterusnya data yang telah dibaca oleh CD-ROM akan dihantar ke dalam ingatan utama (main memory) iaitu RAM. Selepas itu data atau maklumat akan dihantar ke prosessor untuk ditafsirkan.

Terdapat dua jenis CD / DVD-ROM iaitu :

i) ii) iii) iv)

IDE (Integrated Drive Electronic) EIDE (Exchanged Integrated Drive Electronic) ATA (AT Attachment Interface) SCSI (Small Computer Sistem Interface)

Gambarajah 3.11 : CD-ROM / DVD-ROM

DVD-R

CD / DVD-R (Recordable) mempunyai fungsi seperti CD / DVD-ROM iaitu boleh membaca. Perbezaannya ialah ianya boleh menulis keatas CD / DVD kosong kerana ianya menggunakan kepala (Head) record dan baca iaitu berfungsi menulis dan baca. 54

Ianya memerlukan perisian untuk melaksanakan proses menulis iaitu seperti Easy CD / DVD Pro, Corel CD / DVD-Creator, Ahead Nero dan Adaptec CD Deluxe.

Gambarajah 3.12 : CD / DVD-R

CD / DVD-RW

Fungsinya ialah boleh menulis dan memadam ke atas CD / DVD kosong kerana ianya menggunakan kepala (Head) baca dan tulis iaitu berfungsi menulis, membaca dan memadam. Ia juga memerlukan perisian untuk melaksanakan proses menulis dan memadam iaitu seperti Easy CD / DVD Pro, Corel CD / DVD-Creator, Ahead Nero dan Adaptec CD Deluxe.

Gambarajah 3.13 : CD / DVD-RW. 55

3.3.2.3 Mikrofon (Microphone)

Suatu alat yang pengguna memang sudah biasa. Ia memerlukan perisian yang khusus untuk menerima dan memproses gelombang suara atau bunyi.

Gambarajah 3.14 : Mikrofon

3.3.2.4 Pembesar Suara (Speaker)

Speaker adalah sejenis alat peranti input device yang mengeluarkan bunyi hasil daripada data atau maklumat yang diterima daripada CPU (central processing unit ). Maklumat yang berbentuk audio serta bunyi dikeluarkan atau dihasilkan oleh speaker. Sumber output audio didapati dalam bentuk muzik, suara, dan juga kesan khas audio. Speaker merupakan kompenan yang membenarkan komputer mengeluarkan audio untuk diterima oleh pengguna.

56

3.3.3

Komputer Internet Tersedia

Komputer ini ialah komputer yang disediakan modem (Internet Ready) untuk melayari Internet. Senarai perkakasan sistem Internet, tambahan kepada sistem asas seperti di bawah.

i)

Modem Luar Atau Dalam : Perkakasan untuk disambungkan ke ISP dan melayari Internet.

ii)

Akaun TM Net Atau Jaring : Akaun untuk mendapatkan hak melayari Internet.

iii)

Satu Talian Telefon Untuk Sambungan : Satu media yang membantu menyambungkan komputer dengan ISP.

3.3.3.1 Modem Luar / Dalam

Modem (Modulator Demodulator) merupakan suatu peripheral (perkakasan) yang digunakan untuk menyambungkan sistem komputer anda ke internet melalui sambungan jenis Dial-Up. Kabel telefon digunakan untuk menyambungkan modem ke talian telefon tetap di rumah.

57

Gambarajah 3.15 : sebuah kad rangkaian (network card)

Konsep asas modulation demodulation pada Modem

Komputer kita hanya mampu menghasilkan data dalam bentuk isyarat digit (digital, isyarat yang hanya berada pada 0 dan 1), manakala untuk penghantaran data ke internet melalui talian telefon mestilah dalam bentuk isyarat analog. Maka sebuah isyarat analog menjadi pembawa kepada isyarat digit yang menjadi penumpang dalam proses penghantaran dari komputer ke internet dan sebaliknya. Analog mudah ialah sama seperti sebuah bas (pembawa) yang membawa penumpang dari satu Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan sebaliknya. Walaupun penumpang ada tetapi apa yang kita nampak bergerak di jalan hanyalah bas, seolah-olah penumpang telah menjadi sebahagian daripada bas untuk bergerak. Begitu juga dengan isyarat digit yang dibawa oleh isyarat analog di mana isyarat digit tadi seolah-olah ditukar/digabung dengan isyarat analog. Walaupun data yang dihantar adalah dalam bentuk isyarat analog, namun di dalam isyarat analog itu terdapat isyarat digital asal. Proses di mana isyarat analog bertindak sebagai pembawa isyarat digital ke internet adalah dipangil modulasi (Modulation) dan proses mengasingkan kembali isyarat termodulat ialah demodulasi (Demodulation). 58 Modem bertindak sebagai

pemodulat dan demodulat data yang dihantar dari komputer ke internet/komputer lain dan sebaliknya. Modem ADSL (Asynchronous Digital Subscriber Line) digunakan untuk sambungan jalur lebar atau broadband, contohnya Streamyx. ADSL mempunyai sedikit perbezaan berbanding dengan modem. Satu lagi jenis modem untuk sambungan jalur lebar ialah Cable Modem. Wireless Modem pula digunakan untuk sambungan internet tanpa wayar, seperti sambungan Wi-Fi ke hotspot.

3.3.3.2 Akaun TM Net / Jaring

Akaun TMNET/JARING merupakan satu akaun yang membolehkan pengguna melayari internet. Ia juga merupakan satu pengenalan bagi pengguna untuk membenarkan mereka memasuki atau menggunakan internet. Ia diibaratkan seperti kata laluan supaya diri mereka dikenalpastikan oleh syarikat induk yang menawarkan khidmat internet ini, sebelum mereka disahkan seterusnya melayakkan diri untuk meneruskan menggunakan perkhidmatan internet. Akaun TMNET atau JARING boleh didapatkan dan didaftar terlebih dahulu di mana-mana syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini. Sebaik-baiknya, pengguna disyorkan supaya mendaftarkan dan mendapatkan akaun tersebut di syarikat asal.

59

3.3.3.3 Satu Talian Telefon

Talian telefon merupakan satu talian yang meghubungkan seseorang dengan seseorang dalam satu tempat yang berbeza. Bagi melayari internet, dan membolehkan seseorang individu dihubungkan dengan dunia luar, talian telefon diperlukan bagi membolehkan penyambungan internet dilakukan. Ianya lebih kurang seperti juga telefon, iaitu satu alat yang digunakan untuk sesuatu perhubungan tersebut. Tetapi, untuk melayari internet, alat yang digunakan adalah modem dan sebuah komputer. Tetapi, yang membolehkan penyambungan tersebut dilakukan ialah juga melalui talian telefon.

3.4

Cara Pengendalian Dan Proses Mendapatkan Maklumat Perkakasan

Setiap maklumat tentang perkakasan yang dimuatkan dalam laporan ini, kebanyakannya di perolehi daripada laman-laman web mengenai komputer di internet. Disamping itu juga, maklumat mengenai perkakasan ini diperolehi semasa menjalani latihan. Setiap perkakasan yang digunakan dan yang terdapat di syarikat untuk dijual kepada pelanggan, diketahui spesifikasinya, kegunaannya dan cara untuk menggunakan atau mengendalikannya. Selain itu, buku-buku manual perkakasan yang disertakan bersama dalam satu pakej, digunakan untuk dijadikan sumber panduan dan maklumat disamping menjadikannya sebagai satu nota harian. Kesimpulannya, kebanyakan cara pengendalian dan proses menyelenggara sesuatu perkakasan di lakukan dan dirujuk berpandukan buku manual yang disertakan bersama setiap perkakasan mengikut jenis dan model sesuatu perkakasan tersebut.

60

3.5

Komen Dan Cadangan

3.5.1

Komen

Pengenalan kepada perkakasan komputer dapat menambah pengetahuan pelajar dan menerangkan dengan lebih terperinci tentang sesuatu perkakasan. Selain itu pelajar akan mengetahui lebih lanjut mengenai spesifikasi yang terdapat dalam satusatu perkakasan sebelum pergi lebih jauh dalam mempelajari selok-belok mengenai komputer samada dari segi pemasangan, memasukkan sesuatu perisian tambahan mahu pun mengesan sesuatu kerosakan sistem komputer yang mungkin terdiri daripada salah satu perkakasan atau peranti itu sendiri.

3.5.2

Cadangan

1. Seharusnya pelajar diperkenalkan tentang sesuatu perkakasan komputer ini dengan lebih terperinci sebelum memulakan mempelajari tugas-tuagasan dan kerjakerja yang bakal dilakukan agar pelajar lebih mudah mengenali sesuatu perkakasan yang digunakan selain mengelakkan berlakunya kesilapan.

2. Buku panduan dan pengenalan perkakasan perlulah disediakan kepada setiap pelajar untuk dijadikan rujukan disamping pelajar boleh mendapatkan nota daripadanya.

61

3.6

Kesimpulan

Perkakasan komputer sebenarnya boleh dikelaskan dengan pelbagai bahagian. Ianya tidak hanya tertumpu kepada satu pembahagian seperti laporan ini, malah ia juga boleh dikelaskan dengan mengetahui peranti input, output, storan dan juga ingatan, dan pelbagai lagi.

Difahamkan

juga

setiap

perkakasan

komputer

mempunyai

ciri,

dan

kegunaannya sendiri mengikut jenis, model dan kesesuaiannya terhadap sesuatu komponen dalaman komputer. Kebanyakan perkakasan ini juga turut bergantung dan saling memerlukan antara satu sama lain, seperti contoh, untuk menguji satu papan induk, RAM module dan pemproses diperlukan bagi melihat hasil ujian. perkakasan atau peranti yang lainnya. Sekiranya tanpa salah satu peranti tersebut, hasil tidak akan dipaparkan. Begitu juga dengan

Selain itu, perkakasan ini juga sangat penting bagi menjadikan sesebuah komputer itu sempurna dan seterusnya boleh digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan komputer. Oleh itu, penjagaan rapi untuk sesatu perkakasan amat penting supaya komputer tidak mengalami sebarang masalah.

62

BAB 4

PEMASANGAN KOMPONEN KOMPUTER

4.1

Pengenalan Perkakasan

Perkakasan (hardware) komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (device). Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal pada sebuah komputer, dan perisian (software) menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer. Kadangkala perbezaan perkakasan

63

(hardware) dengan perisian agak kabur, terutama apabila merujuk kepada firmware. Firmware ialah perisian yang dipasang ke dalam perkakasan (hardware).

4.1.1

Komponen-komponen yang dipasang :

Rajah 4.1.2 : Perkakasan computer

64

4.2

Memasang Power Supply

PERALATAN YANG DI GUNAKAN a) Skru Driver

Rajah 4.2.1 : Langkah pemasangan power supply

1. Tanggalkan penutup ATX casing. 2. Sambungkan kabel kuasa pada hard disk anda 3. Sambungkan kabel kuasa pada optical disc drive anda 4. Sambungkan kabel kuasa pada flopply disk drive anda 5. Bekalkan kuasa motherboard 6. Bekalkan kuasa 12 volt (sekiranya ada)

65

4.3

Memasang Motherboard

PERALATAN YANG DI GUNAKAN a) Skru Driver b) Skru

Rajah 4.3.1 : Langkah pemasangan motherboard.

1. Tentukan kedudukan di mana motherboard akan di pasang. 2. Gambarajah langkah demi langkah memasang motherboard pada ATX casing. 3. Gambarajah sebahagian langkah demi langkah memasang skru pada ATX casing. 4. Skru pada bahagian motherboard

66

4.4

Memasang Processor

PERALATAN YANG DI GUNAKAN a) Tiada

1. Gambarajah menunjukkan tuil pada soket 2. Gambarajah menunjukkan di mana segitiga emas berada. 3. Ketatkan processor anda dengan mengembalikan tuil pada kedudukan asal.

Rajah 4.4.1 : Langkah pemasangan processor.

4. Alihkan tuil kembali pada kedudukan asal. 5. Gambarajah heatsink processor Intel Pentium 4. 6. Letakkan heatsink pada soket processor 7. Pasangkan pencangkuk pada setiap empat penjuru heatsink kepada cangkuk di soket processor 8. Alihkan klip keselamatan untuk menetapkan kedudukan heatsink.

4.5

Memasang Harddisk Drive 67

PERALATAN YANG DI GUNAKAN a) Skru Driver b) Skru

Rajah 4.5.1 : Langkah pemasangan harddisk drive.

1. Gambarajah memasukkan hard disk ke hard disk bay pada ATX casing. 2. skrukan pada ruang yang disediakan pada kedua-dua belah bukaan ATX casing. 3. Gambarajah memasang IDE cable (Soket No 1) pada IDE Connector di motherboard. 4. Gambarajah memasang IDE cable (Soket No 3) pada IDE Connector di hard disk. 5. Gambarajah memasang kabel Power Supply Unit pada Power Connector di hard disk.

68

4.6

Memasang CD/DVD ROM

PERALATAN YANG DI GUNAKAN a) Skru Driver b) Skru

Rajah 4.6.1 : Langkah pemasangan cd/dvd rom.

1. Tanggalkan penutup hadapan ATX casing pada ruang CD-ROM bay yang dipilih. 2. Gambarajah langkah demi langkah memasukkan DVD-ROM ke CD-ROM bay yang telah dipilih tadi. Skrukan DVD-ROM pada ATX casing (gambarajah kanan). 3. Gambarajah langkah demi langkah memasang IDE cable (Soket No 1) pada IDE Connector di motherboard 4. Memasang IDE cable (Soket No 3) pada IDE Connector di DVD-ROM. ruang audio. 5. Gambarajah langkah demi langkah audio cable pada motherboard dan pada

69

4.7

Memasang RAM

PERALATAN YANG DI GUNAKAN Tiada

Rajah 4.7.1 : Langkah pemasangan ram.

1. Gambarajah kedudukan slot RAM pada motherboard. 2. Gambarajah menunjukkan notch keselamatan yang boleh ditolak keluar dan masuk 3. Gambarajah langkah demi langkah memasang RAM pada slot DIMM.

70

4.8

Menyambung Port USB Hadapan ATX Casing ke Motherboard

PERALATAN YANG DI GUNAKAN a) Tiada

Rajah 4.8 : Langkah penyambungan port USB.

1. Port USB di hadapan ATX casing 2. Perbandingan sistem penomboran pada manual dan di atas pin header di motherboard. 3. Wayar penyambung USB JENIS SATU 4. Wayar penyambung USB JENIS DUA 5. Wayar Power(1) disambungkan ke pin No 1 6. Wayar D-(1) disambungkan ke pin No 3 7. Wayar D+(1) disambungkan ke pin No 5 8. Wayar GROUND(1) disambungkan ke pin No 7 9. Ulang langkah tadi untuk set wayar Power (2) ke pin No 2, D-(2) ke pinNo 4, D+(2) ke pin No 6 dan GROUND(2) ke pin No 8. Siap!

71

10. Sambungan wajar USB jenis dua pada USB header di motherboard

4.8.1

Perkakasan yang telah dipasang

Rajah 4.8.1 : menunjukkan perkakasan yang telah siap dipasang.

4.9

Pemasangan ATX Casing

72

PERALATAN YANG DI GUNAKAN a) Skru Driver b) Skru

Rajah 4.9.1 : Pemasangan ATX Casing

1. Gambarajah langkah demi langkah membuka penutup ATX casing di kedua-dua belah bahagian. 2. Wayar-wayar Power, Reset dan sebagainya. 3. Port USB di hadapan ATX casing. 4. Gambarajah skru emas yang digunakan. 5. Baringkan ATX casing 6. Lubang-lubang pada ATX Casing di mana skru emas dipasang. 7. Skru emas dipasang.

4.10

Komen Dan Cadangan

Semasa proses pemasangan perkakasan- perkakasan komputer, terdapat sedikit kelemahan. Antaranya ialah tidak menpunyai skru driver yang mencukupi. Hal ini 73

menyebabkan juruteknik perlu banyak berkongsi skru driver. Dengan ini saya mencadangkan agar juruteknik dapat menyediakan skru driver yang secukupnya pada masa yang akan datang.

4.11 Kesimpulan

Setelah menjalani latihan industri di Syarikat Integrity Network Sdn, Bhd , saya dapat menguasai cara- cara pemasangan perkakasan- perkakasan komputer dengan cara yang betul dan selamat.

74

BAB 5

CARA PEMASANGAN WINDOW

Peralatan Yang Digunakan a) CD atau DVD yang mengandungi Operating system XP, vista, window 7 dan yang lain lain berkenaan dengan Operating system.

5.1

Cara pemasangan window XP

Hidupkan PC dan masukkan CD-ROM Windows XP Professional ke dalam CDROM. Terlebih dahulu kita mestilah menetapkan boot sequence mestilah CDROM, CD-ROM sebagai boot yang pertama supaya sistem dapat boot melalui CD-ROM. Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej Press any key to boot from CD. Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.

75

Rajah 5.1.1 : Tekan butang untuk boot. 1. Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, Press F6 if you need to install a third party SCSI or or RAID driver. Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas hard disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke Langkah 3.

Rajah 5.1.2 : Mengesan perkakasan. 2. Welcome to Setup dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.

Rajah 5.1.3 : Tekan Enter untuk sambung pemasangan. 3. Jika anda menemui skrin Setup did not find any hard disk ini, besar kemungkinan anda menggunakan hard disk SATA. Kembali kepada Langkah 2.

76

Rajah 5.1.4 : Window tidak dapat mengesan Hard Disk.

4. Windows XP Licensing Agreement. Tekan F8 untuk teruskan.

Rajah 5.1.5 : Tekan F8 untuk meneruskan pemasangan window.

5. Sekiranya hard hisk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana anda nak install Windows XP yang baru.

77

Rajah 5.1.6 : Tekan ESC untuk meneruskan proses pemasangan window.

6. Sekiranya hard disk anda: o masih baru dan belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8. o tapi jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.

7. Buat satu partition dengan menekan butang C.

Rajah 5.1.7 : Hard Disk yang belum di format.

78

8. Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.

Rajah 5.1.8 : Membahagikan saiz Hard Disk. 9. Pilih partition C: untuk install Windows XP. Kalau anda ada fail dan dokumen penting dalam partition C:, buat backup dengan memindahkan data tersebut ke dalam partition D: ataupun ke dalam external hard drive.

Rajah 5.1.9 : Pilih bahagian Hard Disk untuk pemasang Window.

79

10. Tekan butang C untuk setuju.

Rajah 5.1.10 : Tekan C untuk meneruskan pemasangan Window. 11.Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER.

Rajah 5.1.11 : Pilih cara untuk format Hard Disk.

80

12. Tekan butang F untuk format Hard Disk.

Rajah 5.1.12 : Tekan F untuk format Hard Disk.

13.Setup akan mula format hard disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.

Rajah 5.1.13 : Proses penyalinan data ke dalam Hard Disk.

81

Install Windows XP 1. Proses install Windows XP bermula. Klik pada butang Next.

Rajah 5.1.14 : Tekan Next untuk teruskan pemasangan.

2. Masukkan nama anda dan klik butang Next.

82

Rajah 5.1.15 : Letakkan Nama dan Organisasi.

3. Masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik butang Next.

Rajah 5.1.16 : Letakkan CD Key.

4. Masukkan password bagi Administrator dan klik butang Next.

83

Rajah 5.1.17 : Tekan Next untuk teruskan pemasangan. 5. Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.

Rajah 5.1.18 : Pilih tarikh, masa dan tempat.

84

6. Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.

Rajah 5.1.19 : Proses pemasangan. 7. Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda membuat pilihan mengenai Network. Klik sahaja pada butang Next sebanyak dua kali.

Rajah 5.1.20 : Tekan Next untuk meneruskan pemasangan window.

85

8. Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan restart sekali lagi. Mula Menggunakan Windows XP 1. Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution anda akan diubah mengikut kesesuaian. Klik pada butang OK.

Rajah 5.1.21 : Tekan OK untuk betulkan paparan.

2. Welcome to Microsoft Windows dipaparkan. Klik pada butang Next.

Rajah 5.1.22 : Tekan Next untuk pemasanagn.

86

3. Pilih Not right now dan tekan butang Next. Anda boleh mengaktifkan kembali Automatic Updates pada kemudian hari.

Rajah 5.1.23 : Pilih untuk update window atau tidak. 4. Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh tinggalkan langkah ini dengan menekan butang Skip.

Rajah 5.1.24 : Abaikan penyambungan pada internet.

87

5. Pilih No, not at this time supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft. Tekan butang Next.

Rajah 5.1.25 : Tekan Next untuk teruskan. 6. Masukkan nama anda dan tekan butang Next.

Rajah 5.1.26 : Letakkan nama.

88

7. Klik pada butang Finish.

Rajah 5.1.27 : Tekan Finish untuk memasuki window. 8. Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula menggunakannya.

Rajah 5.1.28 : Pemasangan window XP selesai.

89

5.2

Cara pemasangan window 7

1. Skrin pertama yang keluar akan memaparkan msej Windows is loading files, tunggu sehingga proses ini selesai.

Rajah 5.2.1 : paparan window is loading files.

90

2. Kotak pertama, kedua, dan ketiga memaparkan pilihan bahasa, zon masa dan matawang, serta tetapan papan kekunci. Tetapkan pilihan anda dan klik Next.

Rajah 5.2.2: paparan bahasa , zon masa dan matawang serta tetapan papan kekunci.

91

3. Klik pada butang Install Now untuk memulakan pemasangan Windows 7.

Rajah 5.2.3: skrin install now.

92

4. Tandakan pada kotak I accept license terms dan klik Next.

Rajah 5.2.4: skrin I accept lisence terms.

93

5. Klik pada butang Custom untuk melakukan pemasangan bersih Windows 7.

Rajah 5.2.5: jenis pemasangan window yang anda mahukan.

94

6. Pilih partition manakah yang akan memuatkan Windows 7, dan klik Next.

Rajah 5.2.6: pemilihan partition untuk menginstall window 7.

95

7. Proses pemasangan telah bermula. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.

Rajah 5.2.7: proses pemasangan window 7.

96

8. Setelah proses pemasangan siap, anda akan dikehendaki untuk membuat beberapa tetapan asas terhadap Windows 7 anda. Pertama sekali, masukkan nama anda dan nama bagi komputer, kemudian klik Next.

Rajah 5.2.8: pemilihan nama dan nama komputer anda.

97

9. Masukkan kata laluan bagi akaun Windows 7 anda dan klik Next.

Rajah 5.2.9: paparan kata laluan.

98

10. Masukkan nombor siri yang anda perolehi dari Microsoft sewaktu muatturun dahulu, dan klik Next.

Rajah 5.2.10: paparan untuk anda masukkan nombor siri.

99

11. Pilih pilihan bagi Windows Update. Untuk memastikan Windows 7 anda sentiasa dikemaskini, pilih User recommended settings

Rajah 5.2.11: pemilihan window update.

12. Pilh zon masa anda dan klik Next.

100

Rajah 5.2.12: pemilihan zon masa.

13. Kini Windows 7 sudah siap dipasang, dan anda sudah boleh mula menggunakannya.

Rajah 5.2.13: proses pemasangan window 7 yang telah siap dipasang.

Proses pemasangan Windows 7 adalah lebih mudah dan pantas berbanding Windows XP dan langkah pemasangan Window Vista lebih kurang sama dengan Window 7.

101

5.3 Antara cara untuk install software

install media player classic

install antivirus avira Adobe flash payer Microsoft office 2007 Gom player AIMPS Winamp Winrar 32 bit C c leaner Mozilla firefox Goggle chrome VLC media player Adobe reader

102

5.4 Komen dan Cadangan

Semasa proses pemasangan window, terdapat sedikit kelemahan. Antaranya ialah tiada CD atau DVD window. Hal ini menyukarkan proses pemasangan window. Saya mencadangkan agar juruteknik dapat menyediakan CD atau DVD pada masa akan datang.

5.5 Kesimpulan

Kesimpulannya, setelah selesai menjalani Latihan Industri di Integrity Network Sdn. Bhd, saya telahpun dapat menguasai langkah langkah pemasangan window XP dan window 7. Proses pemasangan setiap window adalah berbeza dan setiap window mempunyai kelebihan dan kekurangan masing- masing.

103

BAB 6

6.0 KESESUAIAN & APPLIKASI KURSUS

Sepanjang Latihan Industri yang saya jalankan di Integrity Network Sdn. Bhd, kerja atau pun tanggungjawab yang banyak saya lakukan di situ adalah membaiki komputer pelanggan syarikat itu. Oleh itu, saya dapat menyiapkan atau menghabiskan kerja yang diberikan kepada saya melalui ilmu serta pengetahuan yang sedikit sebanyak di pelajari di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidon dalam kursus Kejuruteran Komputer. Apabila ada asas tentang komputer yang saya pelajari, banyak dipraktikkan semasa latihan industri. Selain itu, terdapat juga kerja- kerja di luar seperti memasang komputer di pejabat atau syarikat, melakukan servis, menghantar barang, dan lain- lain lagi. Selain daripada itu juga, pada satu-satu masa tertentu, majikan atau pegawai mungkin akan mengarahkan pelajar melakukan sesuatu kerja diluar bidang yang bukan meliputi pengajian pelajar dan ini terpaksa dihadapi oleh pelajar tanpa sebarang alasan. Jadi, secara tidak langsung ini akan meluaskan lagi pengetahuan dan tidak mustahil apa yang dipelajari oleh pelajar sewaktu menjalani latihan industri akan dapat dimanfaatkan juga satu masa yang akan datang kelak. Setiap pelajar yang sedang menempuh latihan industri pasti akan melalui kerja-kerja yang berbeza setiap hari. 104

6.1 KEMAHIRAN / TEKNOLOGI BARU YANG TELAH DIGUNAKAN DALAM MELAKSANAKAN TUGAS

Sepanjang saya menjalani Latihan Industri di Integrity Network, banyak yang saya tahu tentang cara- cara membaiki komputer malah juga Laptop walaupun sangat sukar untuk membaikinya. Apabila hendak Format sesebuah komputer atau Laptop mestilah Backup Data yang paling pening untuk Juruteknik komputer. Dengan menggunakan Hiren BootCD, dengan Mini Windows XP membolehkan Backup Data tanpa memasang Hard Disk di komputer lain. Ia mudah dan sangat cepat digunakan. Sesetengah Komputer atau Laptop yang berjenama terdapat Recoverynya sendiri. Dengan menekan Recovery membolehkan balik asal mula Windows yang Original. Tetapi jika Recoverynya rosak atau bermasalah terpaksa Install Windows yang tidak Original. Kita Format Komputer atau Laptop mestilah install Driver yang penting. Dengan Driver Solution Pack 2011 membolehkan Install semua Driver yang tanpa perlu Download di Internet. Segala Driver ada. Ia sama macam Driver Cobra tetapi Driver Solution Pack banyak lagi pilihannya. Terdapat juga saya Install Acronis True Image 2011 yang sama macam Norton Ghost. Ia terdapat Recoverynya tersendiri. Iaitu simpan Image File dan membolehkan Recovery apabila komputer atau laptop yang menghadapi masalah Windows. Yang paling banyak sekali ialah dengan melakukan POST(Power On Self Test) pada komputer atau laptop yang menghadapi masalah No Power dan No Display.

105

Terdapat juga Windows Automated Installation Kit(AIK) yang membolehkan setting dan

Config Windows 7 yang kita ingin atau siap sekali dengan Software. Rajah 6.1.1: Windows AIK

Rajah 6.1.2: Mini Windows XP

106

Rajah 6.1.3:Melakukan Power On Self Test (POST)

6.2 MASALAH YANG DIHADAPI DAN CARA MENGATASI 107

Sepanjang saya praktikal 5 bulan, banyak komputer, laptop dan Netbook yang saya membaikinya. Ada yang susah dan ada yang senang. Kalau masalah Printer tahu serba sedikit.

No Display

Rajah 6.1.4: Menukar Motherboard Netbook

108

Rajah 6.1.5 Menukar Motherboard Komputer

109

Screen Crack and Flickering

Rajah 6.1.6 menukar screen

Rajah 6.1.7: Servis Screen Cable

110

Blue Screen Of Death

Rajah 6.1.8: Repair Windows

Services semua Hardware Component Buang semua PCI kad Last Known Good Configuration Uninstall Driver

Printer Spooler

111

Rajah 6.1.9: cara printer tidak dapat extract

Rajah 6.1.10: Run- services.msc Print Spooler Restart Atau Uninstall Printer Software then Reinstall back Driver

Overheat atau Auto Shutdown

112

Rajah 6.1.11: Servis CPU Fan

113

Rajah 6.1.12:Meletakkan Thermal Grease

Laptop Power ON But No Display

1. Off Laptop 2. Buang Battery dan Adapter. 3. Tekan(Hold) Power Button selama 30 saat dan Lepas 4. Masukkan Adapter 5. Power ON Laptop

114

Rajah 6.1.13: Laptop Power ON But No Display

Reset Password All Windows

1. Boot CD Hiren 2. Pilih Dos Program 3. Pilih Password and Registry Tools 4. Pilih Active Password Changer 5. Pilih Account nak Reset 6. Y untuk Save Changes 7. Exit

115

Rajah 6.1.14:Reset Password All Windows

116

Rajah 6.1.15: Melakukan Check Disk pada Windows Partition

Hard Disk Slow atau Corrupt

Rajah 6.1.16: Menggunakan Software Hard Disk Low Level Format Tool

6.3 Komen dan Cadangan

Setelah menjalani Latihan Industri di syarikat tersebut, terdapat pelbagai masalah yang saya hadapi untuk membaiki laptop dan computer.Di sini juga, terdapat pelbagai kelemahan yang dihadapi oleh juruteknik untuk membaiki laptop dan computer contohnya apabila ingin membuat pesanan barang daripada syarikat lain yang 117

kemungkinan barang yang dipesan itu akan lambat sampai atau barang yang tiada stok. Maka kerosakan pada laptop dan computer pelanggan akan ditangguhkan untuk membaikinya.ada juga pelanggan yang akan marah dengan tindakan daripada pihak yang terlibat melambatkan pengurusan untuk menyiapkan laptop dan computer tersebut. Dengan ini, saya mencadangkan agar pihak yang terlibat berkerjasama untuk menjalankan pengurusan yang lebih sistematik dan teratur dan kepada pihak pelanggan pula tidak salah rasanya untuk mengajar erti kesabaran.

6.4 Kesimpulan

Kesimpulannya di sini, saya dapat melihat pelbagai kerenah dan ragam yang dialami oleh setiap manusia. Di sini juga , saya mendapat pelbagai ilmu pengetahuan untuk mempelajari untuk membaikpulih computer dan laptop.

118

BAB 7

KESIMPULAN

Daripada keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa latihan industri yang dilakukan di Integrity Network amat berkesan kerana ia banyak membantu pelatih supaya lebih bersedia menempuhi alam pekerjaan kelak.

Peluang keemasan ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas terhadap corak pengurusan yang bersistematik bagi sesebuah syarikat atau firma yang mempunyai nilai pekerja yang kurang. Integrity Network ini banyak menekan terhadap aspek memberi perkhimatan yang terbaik terhadap para pelanggan. Di sini aspek kerjasama di antara dalam satu kumpulan juga amat digalakkan terhadap para pekerjanya.

119

Terdapat tiga aspek penting yang dapat saya nyatakan ketika menjalani latihan industri iaitu : a) Aspek Teknikal Dan Kemahiran.

i. ii.

Mempelajari cara-cara operasi membaikpulih dan membuat penyelenggaraan serta pencegahan masalah pada komputer. Mempelajari cara pemasangan Komputer daripada Casing yang kosong iaitu tiada apa-apa perkakasan yang lain terus mempunyai komputer yang lengkap.

iii.

Dapat mempelajari cara-cara penggunaan software yang lain seperti Adobe Photoshop, Adobe illustrator dan CoreDrow walaupun tidak mempelajarinya di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.

iv. v.

Mempraktikkan segala teori yang dipelajari di Politeknik walaupun tidak kesemuanya tetapi ia berpadanan. Pengetahuan teknikal seperti di dalam bidang elektrik, elektronik dan komputer merupakan bidang yang penting dan amat diperlukan terutama mereka yang berkerja di kedai membaik pulih komputer yang keseluruhan menggunakan peralatan yang terkini.

vi.

Pengawasan yang tinggi dan cekap serta penyenggaraan yang sempurna perlu di beri perhatian terhadap sistem keselamatan dan kecemasan.

120

b) Aspek Perhubungan Dan suasana Kerja.

i. ii.

Memelihara perhubungan yang baik dengan rakan sekerja sama ada peringkat atasan ataupun bawahan. Membina kenyakinan diri, bertanggungjawab dan bertolak ansur semasa melakukan atau berhadapan dengan suatu kerja yang dilakukan ataupun projek-projek yang tertentu.

iii.

Sentiasa bersabar menghadapi segala rintangan semasa di tempat kerja samaada dimarahi atau ditegur oleh Pengurus dan pekerja yang bekerja.

iv.

Perlulah belajar dari kesilapan yang dilakukan dan perlu mengatasi kesilapan tersebut.

c) Aspek Displin

i. ii.

Displin perlulah dijaga bagi setiap pelatih kerana ia dapat menunjukkan sifat seseorang yang berguna. Displin yang tinggi dan kelakuan yang elok serta baik dapat menunjukkan seorang pelajar yang berguna samada di luar atau semasa latihan.

iii.

Berusaha bersungguh-sungguh serta berkerjasama, bersopansantun dan saling memahami dengan pekerja atau pengurus dapat meningkatkan lagi kepercayaan terhadap seseorang pelatih.

iv.

Mengikut undang - undang dan peraturan serta arahan yang ditetapkan oleh syarikat dapat menunjukkan sifat seorang pelatih yang patuh.

121

Latihan Industri ini juga bukan sekadar memberi peluang kepada saya untuk mempratikkan segala pengetahuan yang saya pelajari, maka ia juga mendedahkan kepada pekerjaan yang sebenar sebagai seorang juruteknik dan pengurus. Melalui program latihan industri ini juga dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai kerja yang sesuai dengan kursus yang di ambil.

Secara keseluruhannya objektif latihan industri ini telah mencapai matlamatnya. Latihan ini adalah sangat menguntungkan dan amat bersesuai sekali bagi pelajar yang berada di Institusi Pengajian Tinggi dan Politeknik.

122

BAB 8

KOMEN DAN CADANGAN

8.1

Pengenalan

Latihan Industri yang diselaraskan oleh pihak politeknik kepada semua pelajar yang lul