6)full report

49
MASIH ADA YANG SAYANG (MAYS) 2013/2014 MESYUARAT KALI TERAKHIR BERSAMA BARISAN JIK DAN JTK TARIKH : 16 DISEMBER 2013 MASA : 9.00 MALAM TEMPAT : BILIK SRI TERATAI

Upload: izzuddin-jefary

Post on 08-Nov-2015

60 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

report

TRANSCRIPT

MASIH ADA YANG SAYANG (MAYS) 2013/2014

MESYUARAT KALI TERAKHIR BERSAMA BARISAN JIK DAN JTK

TARIKH:16 DISEMBER 2013MASA:9.00 MALAMTEMPAT:BILIK SRI TERATAI

BRIDGING HEARTS, HEALING SOULS

MINIT MESYUARAT KALI TERAKHIR AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAMASIH ADA YANG SAYANG SESI 2013/2014KOLEJ KEDIAMAN TUN SYED ZAHIRUDDIN UNIVERSITI MALAYA_____________________________________________________________________________

Tarikh:16 Disember 2013Masa:9.00 malamTempat:Bilik Sri Teratai

Kehadiran:

Fatin Nurfarhana binti Mansor:PengarahFadhilah Ahmad Jalaluddin:Timbalan PengarahNur Hidayatul Syuhadah Bte Nazahar:SetiausahaBahjah Binti Abd Nashir:Naib SetiausahaKoo Ting Hong:BendahariNajwa Zahidah Binti Razali:Naib BendahariNuur Syafiqah Bt Wahid:Pen. Pengarah Bahagian Aturcara Dan ProtokolRozallia Amirah Binti Suznan:Pen. Pengarah Bahagian Derma Dan TajaanMaxwell:Pen. Pengarah Bahagian Publisiti Dan PesertaDini Nadhirah bt Sahibuddin:Pen. Pengarah Bahagian Jamuan Dan CenderamataAmirah Sariyati bt Mohd Yahya:Pen. Pengarah Bahagian Aktiviti Dan PermainanMuhammad Khairuddin bin Shamsuddin:Pen. Pengarah Bahagian Tugas-Tugas Khas Dan Pengangkutan

AGENDA MESYUARAT KALI TERAKHIR BERSAMA BARISAN JIK DAN JTK1.0 Ucapan alu-aluan oleh Pengarah selaku Pengerusi Majlis.2.0 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat.3.0 Pembentangan laporan belanjawan oleh Bendahari4.0 Pembentangan laporan dari setiap bahagian oleh Penolong Pengarah4.1 Bahagian Aturcara Dan Protokol4.2 Bahagian Dana Dan Tajaan4.3 Bahagian Publisiti Dan Peserta4.4 Bahagian Aktiviti Dan Permainan 4.5 Bahagian Jamuan Dan Cenderamata4.6 Bahagian Tugas-Tugas Khas Dan Pengangkutan5.0 Hal-hal lain6.0 Ucapan felo-felo7.0 Penutup

Minit Mesyuarat

BilPerkaraTindakan

1.0Ucapan alu-aluan dari Pengarah selaku Pengerusi Majlis1.1 Pengarah selaku pengerusi majlis membuka majlis dengan mengalu-alukan kedatangan Pensihat MAYS, JTK dan semua AJK Pelaksana projek Masih Ada Yang Sayang (MAYS) bagi sesi 2013/2014. 1.2 Pengarah memberitahu serba sedikit tentang perjalanan projek MAYS yang telah dijalankan pada 6 hingga 8 Disember 2013.

Semua AJK

2.0

3.0

4.0Pembentangan minit mesyuarat oleh Setiausaha2.1 Pengerusi Majlis menjemput Setiausaha MAYS, Nur Hidayatul Syuhadah Binti Nazahar untuk membentangkan minit mesyuarat kali terakhir antara AJK MAYS yang telah diadakan pada 8 Disember 2013.2.2 Mesyuarat telah meluluskan minit mesyuarat tersebut tanpa pindaan.Pencadang: Najwa Zahidah Binti Razali (Naib Bendahari)Penyokong: Maxwell (Penolong Pengarah Bahagian Publisiti dan Peserta)

Pembentangan anggaran belanjawan oleh Bendahari3.1 Pengerusi Majlis menjemput Bendahari MAYS, Koo Ting Hong untuk membentangkan anggaran belanjawan.

Ulasan Penasihat, Encik Nik Muhammad Rozi Bin Nik Yusoff: Encik Nik Muhammad Rozi mencadangkan supaya nilai dalam belanjawan dinyatakan secara terperinci.

3.2 Mesyuarat telah meluluskan laporan anggaran belanjawan dengan beberapa pindaan.Pencadang: Amirah Sariyati bt Mohd YahyaPenolong Pengarah Bahagian Aktiviti DanPermainanPenyokong: Dini Nadhirah bt SahibuddinPenolong Pengarah Bahagian Jamuan Dan Cenderamata

Pembentangan laporan setiap bahagian oleh Penolong Pengarah

4.1 Bahagian Aturcara dan Protokol4.1.1 Penolong Pengarah, Nuur Syafiqah Bt Wahid melaporkan AJK bahawa projek MAYS telah dijalankan dengan melibatkan kanak-kanak dari Badan Kebajikan Siti Khadijah Anak Anak Yatim dan Stepping Stone Living Centre sebagai peserta program.4.1.2 Penolong Pengarah telah menjalankan aktiviti-aktiviti mengikut tentatif yang telah dirancang sepanjang program berlangsung.4.1.3 Penolong Pengarah melaporkan bahawa terdapat kesilapan sewaktu gimik dijalankan dan dapat diatasi dengan bantuan pengarah MAYS.

4.2 Bahagian Dana dan Tajaan4.2.1 Penolong Pengarah, Rozallia Amirah Binti Suznan melaporkan bahawa semua AJK dana dan tajaan telah mengutip derma sebanyak RM7,380.00 daripada individu persendirian dan syarikat-syarikat bagi menampung perbelanjaan projek.4.2.2 Penolong Pengarah menyatakan cara mengatasi masalah mengetahui status permohonan tajaan yang lama iaitu dengan memulakan gerak kerja memohon tajaan sebulan lebih awal dan sentiasa follow up dengan pihak tersebut.

Ulasan Penasihat, Encik Nik Muhammad Rozi Bin Nik Yusoff: Encik Nik Muhammad Rozi mengucapkan tahniah kepada bahagian dana dan tajaan kerana berjaya mengumpul dana dan tajaan yang baik bagi sesi ini.

4.3 Bahagian Publisiti dan Peserta4.4.1 Penolong Pengarah, Maxwell melaporkan tentang rekaan banner, logo, dan cogan kata yang telah dihasilkan bagi projek ini.4.4.2 Penolong pengarah memaklumkan bahawa terdapat masalah mendapatkan penyertaan abang angkat kerana terdapat projek lain yang berlangsung pada masa yang sama dan masalah ini diatasi dengan mengagihkan dua orang adik angkat kepada setiap abang angkat.

4.4 Bahagian Aktiviti dan Permainan4.5.1 Penolong Pengarah, Amirah Sariyati bt Mohd Yahya melaporkan bahawa terdapat masalah ketika lawatan ke Zoo Negara dan peserta perlu berkongsi payung.4.5.2 Penolong Pengarah juga memaklumkan bahawa aktiviti dan permainan yang dirancang berjalan mengikut tentatif.

Ulasan Penasihat, Encik Nik Muhammad Rozi Bin Nik Yusoff: Encik Nik Muhammad Rozi mencadangkan agar bahagian aktiviti dan permainan boleh mencadangkan beberapa permainan untuk ditulis dalam laporan bagi rujukan pada masa akan datang.

4.5 Bahagian Jamuan dan Cenderamata4.5.1 Penolong Pengarah, Dini Nadhirah bt Sahibuddin melaporkan bahawa terdapat masalah dengan makanan yang disediakan iaitu pedas bagi kanak-kanak dan kesukaran untuk menempah makanan vegetarian kerana hanya seorang sahaja peserta vegetarian.4.5.2 Bahagian jamuan dan cenderamata telah merancang menu makanan dengan sebaiknya untuk para AJK dan peserta program.

Ulasan Penasihat, Encik Nik Muhammad Rozi Bin Nik Yusoff: Encik Nik Muhammad Rozi menegur supaya laporan tentang masalah yang dihadapi akan ditulis dengan lebih jelas di dalam laporan supaya mudah difahami.

4.6 Bahagian Tugas-tugas Khas dan Pengangkutan4.6.1 Penolong Pengarah, Muhammad Khairuddin bin Shamsuddin, melaporkan bahawa terdapat seorang anak yatim yang jatuh sakit (demam) dan segera dibawa ke klinik berhampiran.4.6.2 Penolong Pengarah juga melaporkan bahawa ubat yang diperlukan tiada dalam peti pertolongan cemas.

Ulasan Penasihat, Encik Nik Muhammad Rozi Bin Nik Yusoff: Encik Nik Muhammad Rozi mencadangkan untuk menulis alamat klinik yang berhampiran dalam laporan dan mencadangkan agar meletakkan ubat tambahan (vicks) dalam peti pertolongan cemas tersebut.

5.0Hal-hal lain5.1 Pengarah mencadangkan agar tempat lawatan pada sesi akan datang terdiri daripada lokasi indoor.5.2 Encik Nik Muhammad Rozi mencadangkan agar baki pendapatan dalam projek ini diperuntukkan untuk lawatan susulan ke rumah anak yatim.5.3 Encik Nik Muhammad Rozi juga mengingatkan agar membuat pemeriksaan teliti berkaitan dengan kesihatan anak-anak yatim sebelum menyertai program.5.4 Lampiran-lampiran dan maklumat sumber seperti lokasi dan nombor telefon bagi urusan cenderamata dan makanan perlu disertakan dalam laporan akhir agar memudahkan rujukan projek MAYS pada sesi akan datang.

Makluman

6.0

Ucapan Felo Penasihat6.1 Encik Nik Muhammad Rozi mengucapkan tahniah kerana telah berjaya menjalankan projek MAYS pada sesi kali ini.

Makluman

7.0Penutup7.1 Pengerusi majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penasihat, Barisan JTK dan AJK projek Masih Ada Yang Sayang (MAYS) sesi 2013/2014 yang telah membincangkan laporan akhir.7.2 Mesyuarat diakhiri dengan jamuan makan. Pengerusi menjemput ahli mesyuarat untuk jamuan makan.

Makluman

Disediakan olehDisemak oleh

NUR HIDAYATUL SYUHADAH BTE NAZAHARFATIN NURFARHANA BT MANSORSetiausahaPengarahMasih Ada yang SayangMasih Ada yang SayangSesi 2013/2014.Sesi 2013/2014.

MINIT MESYUARAT KALI TERAKHIR AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAMASIH ADA YANG SAYANG SESI 2013/2014KOLEJ KEDIAMAN TUN SYED ZAHIRUDDIN UNIVERSITI MALAYA_____________________________________________________________________________

Tarikh:8 Disember 2013Masa:4.00 petangTempat:Bilik Kaca

Kehadiran:

Fatin Nurfarhana binti Mansor:PengarahFadhilah Ahmad Jalaluddin:Timbalan PengarahNur Hidayatul Syuhadah Bte Nazahar:SetiausahaBahjah Binti Abd Nashir:Naib SetiausahaKoo Ting Hong:BendahariNajwa Zahidah Binti Razali:Naib Bendahari

Bahagian Aturcara Dan ProtokolNuur Syafiqah Bt Wahid:Pen. Pengarah Jenifer Ung Su YienMohamad Izuddin bin SuliamanNor Jannah bt AbdullahSiti Hajar bt AzmanZainoreen Nadia bt Salleh@ Zakaria

Bahagian Derma Dan TajaanRozallia Amirah Binti Suznan:Pen. PengarahDatcanraw Chandra RaoNurul Zafira bt Nor AsriRaja Adibah bt Raja HasnanSiti Asmah bt ZulkifliSalihah bt Leman

Bahagian Publisiti Dan PesertaMaxwell:Pen. PengarahFairuz Nadhirah bt Mohd. PudziMuhammad Zarif b Hasan RayaSafina Zairin bt Noorul Ameen Saranya ChandranSharmillah SivapalanBahagian Jamuan Dan CenderamataDini Nadhirah bt Sahibuddin:Pen. PengarahAtikah bt Othman Marliza bt Abu Bakar Nurul Amalina bt NorazliNur Faziera bt YusofRoselind Chai Shi Ling

Bahagian Aktiviti Dan PermainanAmirah Sariyati bt Mohd Yahya:Pen. PengarahKhuzaidatul Jannah bt Abd. Samat Muhamad Muizzuddin b Muhamad ZamryNurain Nadhirah bt Abdul WahabNur Afiqah binti MazliSiti Fauziah Bt Hasan

Bahagian Tugas-Tugas Khas Dan PengangkutanMuhammad Khairuddin bin Shamsuddin:Pen. PengarahAhmad Khairi Bin RazaliAz Zaharah bt HidupKueh Con NieNur Ashiqen bt Mohd Noh Shazwan Affendy b Abd Wahab

AGENDA MESYUARAT KALI TERAKHIR BERSAMA BARISAN AJK PELAKSANA1.0 Ucapan alu-aluan oleh Pengarah selaku Pengerusi Majlis.2.0 Pembentangan laporan dari setiap bahagian oleh Penolong Pengarah2.1 Bahagian Aturcara Dan Protokol2.2 Bahagian Dana Dan Tajaan2.3 Bahagian Publisiti Dan Peserta2.4 Bahagian Aktiviti Dan Permainan 2.5 Bahagian Jamuan Dan Cenderamata2.6 Bahagian Tugas-Tugas Khas Dan Pengangkutan3.0 Hal-hal lain4.0 Penutup

MINIT MESYUARAT:BilPerkaraTindakan

1.0Ucapan alu-aluan dari pengarah selaku Pengerusi Majlis1.1 Pengarah saudari Fatin Nurfarhana binti Mansor selaku Pengerusi Majlis mengalu-alukan kedatangan dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli jawatankuasa projek Masih Ada Yang Sayang (MAYS) bagi sesi 2013/2014.1.2 Pengarah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para AJK pelaksana yang telah menjayakan Projek Masih Ada Yang Sayang (MAYS) sesi 2013/2014.1.3 Pengerusi Majlis meminta Penolong Pengarah bagi setiap bahagian membentangkan laporan masing-masing.

Makluman

2.0Laporan setiap bahagian oleh Penolong Pengarah

2.1 Bahagian Aturcara dan Protokol1.1 2.1 2.1. 2.1.1 Saudari Nuur Syafiqah Bt Wahid selaku Penolong Pengarah Bahagian Aturcara dan Protokol membentangkan laporan dan seterusnya mengucapkan tahniah kepada AJK Atucara dan Protokol kerana mengendalikan majlis berdasarkan matlamat projek sehingga mampu memberi impak dan telah berjaya membuatkan peserta bersemangat mengikuti program.

2.2 Bahagian Dana dan Tajaan2.2.1 Saudari Rozallia Amirah Binti Suznan mengucapkan tahniah di atas kelancaran projek MAYS sesi 2013 dan berterima kasih kepada semua AJK kerana telah membantu biro tajaan mendapatkan dana dan sumbangan bagi projek ini.

2.3 Bahagian Publisiti dan Peserta2.3.1 Saudara Maxwell selaku Penolong Pengarah Bahagian Publisiti mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada AJK protokol kerana telah bertugas dengan berdedikasi.2.3.2 Saudara Maxwell juga berpuas hati dengan rekaan logo, kain rentang, dan kemeja-T MAYS 2013.

2.4 Bahagian Aktiviti dan Permainan2.4.1 Saudari Amirah Sariyati binti Mohd Yahya berpuas hati atas kejayaan menjalankan aktiviti yang telah dirancang dan menegaskan kepentingan menambah bilangan ahli biro aktiviti dan permainan bagi memastikan projek berjalan dengan lebih lancar.2.4.2 Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua ahlijawatankuasa pelaksana MAYS sesi 2013/2014.

2.5 Bahagian Jamuan dan Cenderamata2.5.1 Saudari Dini Nadhirah Sahibuddin selaku Penolong Pengarah Bahagian Jamuan dan Cenderamata berpuas hati dengan pelaksanaan tugas biro makanan dan mengharapkan agar jamuan dapat disediakan dengan lebih baik pada sesi yang akan datang.

2.6 Bahagian Tugas-tugas Khas2.6.1 Saudara Muhammad Khairuddin bin Shamsuddin selaku Penolong Pengarah Bahagian Tugas-tugas Khas telah menyatakan tugasan yang dilakukan oleh bahagiannya. Ribuan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada barisan jawatankuasa Masih Ada Yang Sayang sesi 2013/2014.

Penolong PengarahAturcara dan Protokol

Penolong PengarahDana dan Tajaan

Penolong Pengarah Publisiti dan Peserta

Penolong Pengarah Aktiviti dan Permainan

Penolong Pengarah Jamuan dan Cenderamata

Penolong Pengarah Tugas-tugas Khas

3.0Hal-hal lain1.1 2.1 3.1 3.1. Pengarah mengingatkan bahwa mesyuarat kali terakhir bersama barisan JIK dan JTK akan diadakan pada 16 Disember 2013.

Makluman

4.0 Penutup4.1 Pengarah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang telah bersama-sama menjayakan projek MAYS 2013 ini.

Makluman

Disediakan olehDisemak oleh

NUR HIDAYATUL SYUHADAH BTE NAZAHARFATIN NURFARHANA BT MANSORSetiausahaPengarahMasih Ada yang SayangMasih Ada yang SayangSesi 2013/2014.Sesi 2013/2014.

MASIH ADA YANG SAYANG (MAYS)LAPORAN BELANJAWANSESI 2013/2014.BUTIRANRMRMRM

ANGGARAN PENDAPATAN

1. 0 Derma dan tajaan (Wang Tunai)1.1 Syarikat Rites SdnBhd1.2 Baitumal1.3 Individu persendirian

2. 0 Peruntukan JTK

1000.002000.004380.00

1200.00

JUMLAH PENDAPATAN8580.00

ANGGARAN PERBELANJAAN

1.0 SEKRETARIAT1.1 Fotokopi1.2 Minyak kereta

JUMLAH

2.0 BAHAGIAN ATURCARA DAN PROTOKOL2.1 Zoo Negara (Dewasa RM28x58) (Kanak-kanak RM8x29)

2.2 Badut2.3 Lain-lain 2.3.1 Belon Helium

JUMLAH

3.0 BAHAGIAN TUGAS-TUGAS KHAS3.1 Pengangkutan (2 buah bas)3.2 First Aid3.2.1 Plaster(RM0.20x4)3.2.2 Cool Fever(RM7x2)3.2.3 Mosquito repellent(RM12.56x1)3.3 Klinik Mediacare

JUMLAH

4.0 BAHAGIAN PUBLISITI DAN PESERTA4.1 Banner (7x5.4 kaki)4.2 Tanda nama(RM 0.60x 30orang)4.3 T-shirt(RM15x62)+Trace design (RM50)4.3Perhiasan dewan 4.3.1 Polystrene (RM5.60x4) 4.3.2 Belon (RM5.90x1)

JUMLAH

5.0 BAHAGIAN JAMUAN & CENDERAMATA5.1 Cenderamata abang dan kakak angkat (gambar (RM0.60x55)+RM 5)5.2 Makanan dan minuman (3 hari+post mortem)

JUMLAH

6.0 BAHAGIAN AKTIVITI6.1 Belon (RM9.50x3)6.2 Tali (RM5x1)

JUMLAH

7.0 LAWATAN LANJUTAN

100.0050.00

1624.00232.00

350.00

105.00

600.00

0.8014.0012.5650.00

56.7018.00980.00 22.405.90

38.00

2777.12

28.505.00

150.00

2311.00

677.36

1083.00

2815.12

33.50

1510.02

JUMLAH PERBELANJAAN8580.00

BAKI (PERBELANJAAN-PENDAPATAN)0.00

Disediakan olehDisemak oleh

______________________ __________________________________KOO TING HONGFATIN NURFAHANA BINTI MANSORBendahariPengarahMasih Ada Yang SayangMasih Ada Yang SayangSesi 2013/2014.Sesi 2013/2014.

LAPORAN BAHAGIAN ATURCARA DAN PROTOKOLPenolong Pengarah : Nuur Syafiqah Binti WahidAhli Jawatankuasa: Mohamad Izuddin Bin Suliaman Nor Jannah Binti Abdullah Zainoreen Nadia Binti Salleh@ Zakaria Siti Hajar Binti Azman Jenifer Ung Su Yien

1.0 TUGAS-TUGAS YANG DIAMANAHKAN

1.1 Mencari rumah anak-anak yatim untuk menyertai projek.1.2 Mencari tempat lawatan untuk diisi di dalam salah satu slot projek.1.3 Mencari wakil-wakil untuk melakukan persembahan pada malam perasmian.1.4 Memastikan kelancaran perjalanan projek sepanjang tiga hari.1.5 Menyediakan tentatif program.

2.0 TUGAS-TUGAS YANG TELAH DILAKSANAKAN

2.1 Memilih 20 kanak-kanak (10 lelaki dan 10 perempuan) dari Badan Kebajikan Siti Khadijah Anak Anak Yatim dan 10 kanak-kanak (5 lelaki dan 5 perempuan) dari Stepping Stone Living Centre sebagai peserta program.2.2 Memilih untuk melawat Zoo Negara sebagai tempat lawatan bagi projek MAYS sesi ini.2.3 Menjemput badut untuk mengisi slot persembahan pada malam perasmian2.4 Memberi setiap ajk biro protokol dengan tugas-tugas tertentu bagi memastikan kelancaran projek.2.5 Menyediakan tentatif program untuk hari tersebut (sila rujuk Lampiran A)

3.0 MASALAH YANG DIHADAPI

3.1 Kesilapan mengira berat belon helium untuk mengangkat perkataan MAYS ketika gimik malam perasmian.

4.0 CARA MENGATASI

4.1 Pengarah, Fatin Nur Farhana bte Mansor menolong mengangkat keluar huruf terakhir, S keluar dari kotak.

5.0 PENAMBAHBAIKKAN

5.1 Membuat simulasi bagi gimik pada malam sebelum perasmian supaya terdapat banyak masa yang terluang untuk mencari alternatif lain jika berlakunya kesilapan pada saat-saat akhir.5.2 Berurusan dengan pihak pengurusan Zoo Negara sekiranya boleh mendapatkan potongan harga untuk tiket masuk jika terdapat acara-acara lain yang melibatkan KK9 di Zoo Negara.

6.0 PENUTUP

6.1 Harapan daripada pihak biro Protokol untuk MAYS sesi hadapan supaya tempat lawatan tidak dihadkan di dalam Kuala Lumpur sahaja kerana majoriti anak-anak yatim yang di jemput telah pun pergi melawat tempat-tempat pelancongan yang ada. Ribuan terima kasih dan tahniah kepada setiap biro dan majlis tertinggi dalam memastikan kelangsungan projek ini.

Disediakan oleh

NUUR SYAFIQAH BINTI WAHID Penolong Pengarah Bahagian Aturcara dan ProtokolMasih Ada Yang Sayang Sesi 2013/2014..

LAMPIRAN A

ATURCARA PROGRAM

JUMAAT (6 Disember 2013)4.45 petang: Pendaftaran peserta5.00 petang:Solat Asar / sesi moralMinum petang7.30 malam:Solat Magrib / sesi moral8.30 malam:Ketibaan VIP Majlis perasmian program dan sesi penyerahan adik angkatMakan malamPersembahan10.15 malam:Bersurai

SABTU (7 Disember 2013)8.30 pagi:Sarapan Pagi9.15 pagi:Bertolak ke Zoo Negara10.15 petang:Sampai ke Zoo Negara1.30 petang:Keluar dari Zoo NegaraMakan tengah hariSolat Zohor2.30 petang:Bertolak pulang ke KK93.30 petang:Tiba di KK9Rehat8.30 malam:Makan malam9.15 malam: Pertandingan mewarnaPermainan Ayam Tambatan10.30 malam: Bersurai

AHAD (8 Disember 2013) 8.00 pagi:Aktiviti Bola Jaring bersama Kelab Bola Jaring UM8.45 pagi:Sarapan pagi9.30 pagi:KK9 explorace12.30 tgh hari :Makan tengahari2.15 petang:Penyampaian hadiah dan majlis penutup3.30 petang:Menghantar anak-anak yatim pulang

LAPORAN BAHAGIAN DANA DAN TAJAANPenolong Pengarah: Rozallia Amirah Binti SuznanAhli Jawatankuasa: Raja Adibah Binti Raja Hasnan Siti Asmah Binti Zulkifli Nurul Zafira Binti Nor Asri Salihah Binti Leman Datcanraw A/L Chandra Rao

1.0 TUGAS-TUGAS YANG DIAMANAHKAN

1.1 Memungut derma bagi menampung perbelanjaan projek.1.2 Mencari tajaan cenderamata, pakaian, air mineral dan lain-lain lagi untuk projek.1.3 Mendapatkan senarai nombor yang perlu dihubungi dan menghubungi orang persendirian serta syarikat-syarikat yang berpotensi untuk memberi sumbangan derma dan tajaan.

2.0 TUGAS-TUGAS YANG TELAH DILAKSANAKAN

2.1 Telah mencari sumbangan dana dan tajaan di syarikat swasta seperti Syarikat Rites Sdn.Bhd., Karangkraf dan Wisma Jakel. (Sila rujuk Lampiran B)2.2 Telah mendapatkan senarai nombor yang perlu dihubungi dan menghubungi orang persendirian dan syarikat-syarikat yang berpotensi untuk memberi sumbangan dana dan tajaan seperti Takaful Ikhlas, Pusat Zakat Negeri Selangor dan Pusat Zakat Wilayah Persekutuan.2.3 Telah menghantar kertas kerja projek bersama surat tajaan kepada semua orang persendirian dan syarikat- syarikat yang berpotensi untuk memberi sumbangan dana dan tajaan.

3.0 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI

3.1 Proses untuk mengetahui status permohonan tajaan mengambil masa agak lama iaitu lebih kurang sebulan.3.2 Kebanyakan syarikat swasta menolak untuk memberi dana dan tajaan kerana tiada peruntukan untuk memberi sumbangan terhadap projek kebajikan.

4.0 CARA-CARA MENGATASI

4.1 Pencarian dana dan tajaan perlu bermula lebih awal lagi iaitu sebulan sebelum projek berlangsung supaya proses untuk mendapat kelulusan tajaan dari sesetengah syarikat swasta berjalan dengan lancar.4.2 Memastikan setiap syarikat swasta ada memberi peruntukan sumbangan untuk projek kebajikan sebelum memohon tajaan daripada mereka dengan membuat sedikit penyelidikan mengenai latar belakang syarikat swasta tersebut.

5.0 PENAMBAHBAIKAN

5.1 Menyenaraikan terlebih dahulu semua senarai nama syarikat mahupun orang persendirian sebelum meminta tajaan daripada mereka bagi memudahkan proses tajaan.

6.0 PENUTUP

6.1 Diharapkan agar pada masa akan datang lebih banyak sumbangan dan tajaan yang dapat diperolehi. Sekalung ucapan terima kasih kepada biro-biro bahagian lain yang turut sama-sama membantu untuk mencari sedikit banyak sumbangan dan tajaan bagi menjayakan program pada sesi kali ini.

Disediakan oleh

ROZALLIA AMIRAH BINTI SUZNAN Penolong Pengarah Bahagian Dana danTajaanMasih Ada Yang Sayang Sesi 2013/2014.

LAMPIRAN BSUMBANGAN & TAJAAN YANG TELAH DITERIMA:1. Syarikat Rites Sdn. Bhd RM 10002. Orang PersendirianRM 28003. Pusat Zakat Negeri SelangorRM 20004. Cupcakes 125 unit5. Moist cake + chocolate cookies35 unit6. Hamper6 unit7. Kuih-muih ( 2 jenis) 210 unit8. Majalah karangkraf 300 unit9. Air mineral 7 kotak10. Air kotak 5 dozen11. Takaful Ikhlas RM 3000*Sumbangan Takaful Ikhlas dikhususkan untuk kelengkapan rumah anak-anak yatim sahaja.

LAPORAN BAHAGIAN PUBLISITI DAN PESERTAPenolong Pengarah: MaxwellAhli Jawatankuasa: Fairuz Nadhirah bt Mohd. Pudzi: Muhammad Zarif b Hasan Raya: Safina Zairin bt Noorul Ameen: Saranya Chandran: Sharmillah Sivapalan

1.0 TUGAS-TUGAS YANG DIAMANAHKAN

1.1 Mencipta logo dan moto untuk projek.1.2 Menghasilkan rekaan baju projek dan mencari pembekal yang sesuai untuk menghasilkan baju kemeja-T projek.1.3 Menghasilkan rekaan kain rentang projek bagi menghias backdrop pentas.1.4 Menyediakan bahan-bahan untuk tujuan perhiasan dewan dan bertugas untuk menghias dewan.1.5 Menghasilkan video untuk ditayangkan pada majlis penutup.

2.0 TUGAS-TUGAS YANG TELAH DILAKSANAKAN

2.1 Telah menghasilkan serta menciptakan logo dan moto untuk projek. (Sila rujuk Lampiran C)2.2 Telah menghasilkan rekaan baju projek dan mencari pembekal baju kemeja-T. (Sila rujuk Lampiran C)2.3 Rekaan banner projek berjaya dihasilkan dan disiapkan sebelum projek dijalankan.2.4 Bahan-bahan untuk perhiasan dewan telah dibeli dan segala perhiasan dewan disempurnakan dengan bantuan semua AJK.2.5 Telah berjaya menghasilkan video untuk ditayangkan pada majlis penutup.

3.0 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI

3.1 Kekurangan mendapatkan penyertaan abang angkat untuk menyertai projek disebabkan aktiviti yang bertindan seperti SUKMUM dan Kursus Pengurusan Jenazah.3.2 Kekurangan idea untuk menghias dewan.3.3 Kesuntukan masa dalam menghasilkan video untuk ditayangkan pada majlis penutup.

4.0 CARA-CARA MENGATASI

4.1 Sebahagian peserta lelaki yang menyertai projek ini menjaga dua orang adik angkat dan tiga orang AJK lelaki juga menjadi peserta bagi melengkapkan bilangan abang angkat.4.2 Mendapatkan pandangan dan bantuan daripada Majlis Tertinggi dan AJK untuk mendapatkan idea.4.3 Menghasilkan video dalam kualiti grafik yang rendah supaya proses rendering boleh dipercepatkan dan video boleh ditayangkan dalam masa yang dirancang.

5.0 PENAMBAHBAIKAN

5.1 Merujuk kepada AJK ICT kolej untuk mendapatkan nasihat dan tips bagi menghasilkan video.

6.0 PENUTUP

6.1 Diharapkan pada masa hadapan bahagian publisiti dan peserta boleh menarik lebih ramai peserta untuk menyertai projek ini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam melancarkan dan menjayakan projek ini.

Disediakan oleh

MAXWELLPenolong Pengarah Bahagian Publisiti dan PesertaMasih Ada Yang Sayang Sesi 2013/2014.

LAMPIRAN C

Logo MAYS 2013

Rekaan baju kemeja-T MAYS 2013

Banner

LAPORAN BAHAGIAN AKTIVITI DAN PERMAINAN

Penolong Pengarah : Amirah Sariyati Bt Mohd YahyaAhli Jawatankuasa : Nurain Nadhirah Bt Abdul Wahab Khuzaidatul Jannah Bt Abd. Samat Nur Afiqah Bt Mazli Muhamad Muizzuddin Bin Muhamad Zamry Siti Fauziah Bt Hassan 1.0 TUGAS-TUGAS YANG TELAH DIAMANAHKAN

1.1 Menyediakan aktiviti sukaneka dan riadah yang berkualiti untuk para peserta yang melibatkan adik-adik dari rumah anak yatim dan pelajar KK9.1.2 Menyediakan barang-barang sukan yang diperlukan semasa aktiviti tersebut diadakan.1.3 Membuat sistem sukan yang berkesan untuk kepuasan bagi setiap peserta.

2.0 TUGAS-TUGAS YANG TELAH DIJALANKAN

2.1 Aktiviti sukaneka dan riadah telah dijalankan untuk para peserta yang melibatkan adik-adik dari rumah anak yatim dan pelajar KK9 mengikut kerangka aktiviti yang telah dibuat. 2.2 Kelengkapan barang-barang sukan yang diperlukan semasa aktiviti tersebut diadakan telah disediakan dengan bilangan yang tepat dan mencukupi.2.3 Sistem sukan yang berkesan telah dijalankan dan telah memberi kepuasan kepada setiap peserta yang menjalankan aktiviti.2.4 Kesemua AJK Biro Bahagian Aktiviti telah bertugas dengan sebaiknya pada hari aktiviti berlangsung yang turut dibantu oleh AJK daripada biro-biro lain.

3.0 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI

3.1 Hujan renyai pada hari Sabtu (7 Disember 2013) sewaktu melawat Zoo Negara.3.2 Tidak dapat menjangkakan anggaran masa bagi aktiviti Jejak 9th pada hari Ahad (8 Disember 2013)

4.0 CARA-CARA MENGATASI

4.1 Mewajibkan abang dan kakak angkat membawa payung pada hari lawatan tersebut.4.2 Melakukan Test track bersama AJK MAYS 13/14 seminggu sebelum projek bermula untuk memastikan jangkaan masa bagi Jejak 9th dan mengatur kelancaran aktiviti pada hari tersebut.

5.0 PENAMBAHBAIKAN

5.1 Aktiviti seperti sukan permainan rakyat (congkak, gasing, ting-ting dan lain-lain) boleh dijadikan salah satu slot aktiviti di dalam program ini. Hal ini dapat mendekatkan lagi generasi muda seperti peserta program ini dengan permainan warisan bangsa. 6.0 PENUTUP

6.1 Besar harapan daripada pihak Biro Bahagian Aktiviti agar pada masa akan datang lebih banyak aktiviti yang lebih bermanfaat dan berkualiti dapat dijalankan. Sekalung ucapan terima kasih kepada biro bahagian lain yang turut serta dalam melancarkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh program berlansung.

Disediakan oleh

AMIRAH SARIYATI BINTI MOHD YAHYAPenolong Pengarah Bahagian Aktiviti dan PermainanMasih Ada Yang Sayang Sesi 2013/2014.

LAPORAN BIRO JAMUAN DAN CENDERAMATA

Penolong Pengarah: Dini Nadhirah Bt SahibuddinAhli Jawatankuasa: Nur Faziera BtYusof: Marliza Bt Abu Bakar: Nurul Amalina Bt Norazli: Roselind Chai Shi Ling: Atikah Othman

1.0 TUGAS-TUGAS YANG DIAMANAHKAN

1.1 Merancang menu yang akan disediakan untuk para peserta dan AJK bagi projek tiga hari dua malam ini.1.2 Menempah makanan mengikut menu yang telah dirancang.1.3 Menyediakan cenderamata untuk semua peserta dan anak-anak yatim. 1.4 Menetapkan jenis hadiah yang akan diberi untuk slot sukaneka.

2.0 TUGAS-TUGAS YANG TELAH DILAKSANAKAN

2.1 Telah menyediakan makanan sepanjang program berlangsung selama tiga hari dua malam (Rujuk Lampiran C).2.2 Telah menyediakan makanan mengikut menu yang telah dirancang.2.3 Telah menyediakan dan memberikan cenderamata kepada anak-anak yatim dan peserta (rujuk Lampiran D).2.4 Telah menyediakan hadiah untuk diberikan dalam slot sukaneka (hamper).

3.0 MASALAH YANG DIHADAPI

3.1 Bilangan peserta vegetarian hanya seorang menyebabkan kesukaran untuk menempah menu yang berlainan.3.2 Mendapat tahu anak-anak yatim lelaki muslim tidak dibenarkan makan ayam dan telur pada saat-saat akhir.3.3 Pihak katering menyediakan Ayam Masak Merah pada tengahari 7 Disember menyebabkan ramai adik angkat tidak dapat menikmati jamuan dengan sepenuhnya.

4.0 CARA MENGATASI

4.1 Perlu menempah makanan dari pembekal yang berlainan untuk menyediakan menu vegetarian.4.2 Menukar menu dan kuantiti makanan mengikut bilangan adik-adik yang tidak boleh memakan ayam sahaja.4.3 Mengingatkan kembali pihak katering supaya tidak menyediakan menu yang pedas bagi jamuan seterusnya supaya dapat dinikmati oleh adik angkat.

5.0 PENAMBAHBAIKAN

5.1 Cadangan untuk sesi akan datang supaya menu makanan yang dipilih tidak pedas supaya adik-adik angkat dapat nikmati sepenuhnya.

6.0 PENUTUP

6.1 Ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang membantu menjayakan projek. Diharap agar pada sesi akan datang, maklumat tentang pemakanan para peserta dapat diberi lebih awal kepada biro makanan untuk memudahkan mereka menempah supaya tidak berlaku pembaziran atau kekurangan makanan.

Disediakan oleh,

DINI NADHIRAH BT SAHIBUDDINPenolong Pengarah Biro Jamuan dan CenderamataMasih Ada Yang Sayang Sesi 2013/2014.

LAMPIRAN CMakananHariMenuKuantitiHargaSeunit (RM)Harga (RM)

JumaatMinum petangKek cawan + donut + Milo401.6064.00

Makan malamNasi ayam1205.00600.00

SabtuSarapanNasi gorengRoti Pandan KayaRoti Kentang102112.001.501.60204.001.501.60

Makan TengahariNasi + ayam merah + air mineral1023.50357.00

MalamChicken chop1065.50583.00

Makanan sampinganRotiSandwich1101020.601.2066.00122.40

AhadSarapanBihun goreng1022.00204.00

Makan TengahariNasi putih + ayam masak kicap1023.50357.00

SampinganAiskrim981.19116.62

Post mortemChicken Chop205.00100.00

JUMLAH2777.12

*Pihak katering yang terlibat : PUAN JASMAH BT IDRIS (019-2586421)

LAMPIRAN DCenderamataBilSenarai BarangKuantiti (keping)Harga Seunit (RM)Harga (RM)

1.Gambar550.6033.00+5.00 (Charge)

JUMLAH38.00

JUMLAH PERBELANJAAN: RM2,815.12

* Syarikat yang terlibat bagi urusan gambar :OLYMPUS BRAND STORE MID VALLEY (TRILLION PHOTO (577275-X))Lg-068 Lower Grd Floor, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur.03-2283 5800

LAPORAN BAHAGIAN TUGAS-TUGAS KHAS & PENGANGKUTAN

Penolong Pengarah: Muhammad Khairuddin bin ShamsuddinAhli Jawatankuasa: Ahmad Khairi Bin Razali: Az Zaharah bt Hidup: Kueh Con Nie: Nur Ashiqen bt Mohd Noh: Shazwan Affendy b Abd Wahab

1.0 TUGAS-TUGAS YANG TELAH DIAMANAHKAN

1.1 Menyediakan pengangkutan bagi aktiviti di luar kampus.1.2 Menyediakan barang-barang yang diperlukan oleh biro-biro lain.1.3 Menbantu biro-biro lain yang memerlukan ketika aktiviti dijalankan.1.4 Menjaga kebajikan peserta-peserta dan semua ahli jawatankuasa ketika aktiviti berlangsung.

2.0 TUGAS-TUGAS YANG TELAH DIJALANKAN

2.1 Menyenaraikan barang-barang yang diperlukan dan digunakan semasa aktiviti tersebut diadakan.2.2 Menyediakan atau menempah barang-barang yang diperlukan untuk hari aktiviti tersebut dijalankan seperti menempah Dewan Sri Tanjung, walkie talkie dan peti pertolongan cemas.2.3 Menguruskan dua buah bas bagi aktiviti di Zoo Negara dan sebuah van untuk mengambil adik-adik angkat. 3.0 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI

3.1 Terdapat seorang adik angkat yang menhadapi asma dan memerlukan inhaler.3.2 Seorang adik angkat jatuh sakit (demam) ketika program berlangsung.

4.0 CARA-CARA MENGATASI

4.1 Bergegas ke farmasi berdekatan dan membeli ubat alternatif.4.2 Menghantar adik angkat ke klinik 24 jam yang berdekatan (Klinik Mediacare di Seksyen 14) bagi mendapatkan rawatan dan ubatan.

5.0 PENAMBAHBAIKAN

5.1 Menambah ubat seperti Vicks di dalam peti pertolongan cemas.

6.0 PENUTUP

6.1 Biro tugas-tugas khas berharap agar aktiviti yang dijalankan dapat memberi impak yg besar kepada peserta dan adik-adik angkat. Diharap hubungan yang terjalin tidak akan terputus antara abang angkat dan adik angkat.

Disediakan oleh

MUHAMMAD KHAIRUDDIN BIN SHAMSUDDINPenolong Pengarah Biro Tugas-tugas KhasMasih Ada Yang Sayang Sesi 2013/2014.