full thesis

Upload: cda-jrs

Post on 16-Jul-2015

418 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

TINJAUAN AMALAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA MAKTAB RENDAH SAINS MARA GERIK, PERAK

INTAN SAPINAS BINTI BAHURI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL :: TINJAUAN AMALAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA MAKTAB RENDAH SAINS MARA GERIK, PERAK

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya

INTAN SAPINAS BINTI BAHURI

Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan () (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

__________________________ (TANDATANGAN PENULIS)Alamat Tetap: LOT 67, CHABANG 3, HAJI MUSA BUKIT MARAK, 16030 KOTA BHARU, KELANTAN

__________________________ (TANDATANGAN PENYELIA)PROF. MADYA DR AZIZI BIN YAHYA

29 APRIL 2008 Tarikh: __________________

Tarikh: __________________

Catatan:

* **

Potong yang tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursusu dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Tandatangan Nama Penyelia Tarikh

: : :

.......PROF. MADYA DR AZIZI BIN YAHYA

................

TINJAUAN AMALAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA MAKTAB RENDAH SAINS MARA GERIK, PERAK

INTAN SAPINAS BINTI BAHURI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

ii

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: : :

.............. INTAN SAPINAS BINTI BAHURI ..............

iii

DEDIKASI

Syukur kehadrat ilahi kerana memanjangkan usiaku hingga ke saat ini dan berjaya mengharungi liku-liku kehidupan di sini Buat... Suamiku yang dikasihi..... En. Nik Sujairi Bin Ahyat Pengorbananmu begitu besar buatku, Doa, kasih sayang dan perhatian mu membantuku dalam mengharungi setiap kesukaran dalam perjuangan ini. Terima kasih atas doa dan restumu, Semoga Allah merahmati dunia dan akhiratmu. Buat Abah dan Emak En. Bahuri Bin Kulup Kessin dan Pn. Fatimah Binti Osman serta Abah dan Ma En. Ahyat Bin Sulaiman dan Pn. Tuan Rapuan Binti Tuan Mat Demi sedikit harapan.......... Melihat kejayaanku dunia dan akhirat, Terima kasih atas doa dan restu kalian, Anak-anakku yang disayangi. Nik Qistina Fitri Binti Nik Sujairi & Nik Qhair Fikri Bin Nik Sujairi Ingatan dan kasih sayang kalian menjadi sumber kekuatan dan inspirasi ku Buat rakan-rakan seperjuangan 4 SPH yang sentiasa membantu sepanjang perjuangan kita di sini. Terima kasih si atas segalanya, semoga kejayaan menjadi milik kita semua. InsyaAllah.......

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah dan segala puji-pujian ke-atas Mu Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan izinnya dapat saya menyiapkan kajian tinjauan terhadap amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Pelbagai rintangan dan dugaan yang harus saya hadapi dalam usaha untuk menyiapkan laporan ilmiah ini. Walau bagaimanapun saya berasa amat bertuah dan amat bersyukur kerana dengan adanya kehadiran dan sokongan daripada semua pihak yang terlibat, secara tidak langsung telah memotivasikan saya untuk menyiapkan kajian ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Prof. Madya Dr Azizi Yahya selaku penyelia projek ini atas segala nasihat dan pandangan yang diberikan. Di samping itu, buat kedua-dua ibu bapa saya serta ahli keluarga yang disayangi, terima kasih yang tidak terhingga atas doa dan restu yang diberikan. Penghargaan ini juga diberikan kepada pihak pengetua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak di atas kesudian membenarkan saya menjalankan penyelidikan di sini. Kerjasama yang diberikan oleh En. Efendi Binti Bahuri dalam menjayakan projek penyelidikan ini juga amat saya sanjungi. Akhir kata, kajian ini diharap dapat dijadikan sumber rujukan yang dapat dimanfaatkan oleh semua pihak ke arah usaha mempertingkatkan taraf mutu pendidikan. Intan Sapinas Binti Bahuri April, 2008

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Kajian ini mengandungi lima objektif kajian. Responden kajian terdiri daripada 132 orang pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Instrumen yang telah digunakan di dalam kajian ini adalah satu set soalan soal selidik. Soal selidik ini terbahagi kepada 2 bahagian, bahagian A adalah un tuk mendapatkan maklumat latar belakang responden. Bahagian B mengandungi item-item yang perkaitan dengan persoalan kajian. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSSv14.0, iaitu Statistical Package for the Social Science Version 14.0 untuk mendapatkan min, kekerapan, peratusan dan sisihan piawai. Kajian rintis dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan dan kesesuaian soal selidik. Manakala Alpha Cronbach digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman soal selidik. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan soal selidik ini ialah 0.926. Dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan bagi faktor diri sendiri adalah 3.88 dengan sisihan piawai 0.52, faktor rakan sebaya ialah 4.18 dengan sisihan piawai 0.47, faktor guru ialah 4.17 dengan sisihan piawai 0.47 dan faktor suasana pembelajaran adalah 4.17 dengan sisihan piawai 0.48. Pada keseluruhannya, didapati bahawa faktor rakan sebaya merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Dapatan menunjukan faktor rakan sebaya berada di tahap yang tinggi. Beberapa cadangan juga telah dikemukakan pada akhir kertas penyelidikan untuk membolehkan kajian lanjutan dijalankan. Di antara cadangannya adalah responden kajian tidak dihadkan kepada pelajar peringkat sekolah sahaja tetapi boleh melibatkan pelajar dari institusi pengajian tinggi yang lain. Kajian juga diperluaskan kepada banyak sekolah dan menggunakan responden dari kawasan bandar dan luar bandar.

vi

ABSTRACT

This study is carried out to investigate factors which affect the cooperative learning style among form two students in MRSM Gerik, Perak. There are five objectives in this study. 132 form two students were selected to be the respondents of the study. Questionnaire is manipulated as the research instrument. The

questionnaire is divided into two sections. Section A is to gather demographic background of the respondents. For section B, the items are aimed to answer the research questions. Data obtained was analyzed using SPSS to find the mean,

frequency, percentage and standard deviation. The pilot study was done in order to determine the reliability and suitability of the questionnaires. Meanwhile Cronbach Alpha was used to determine the internal consistency of the questionnaires. The reliability value of Cronbachs Alpha for the whole set of questionnaires used was 0.926. The findings indicated that the cumulative mean value for individual factor is 3.88 with 0.52 for the standard deviation. As for peers, the mean value is 4.18 and the standard deviation value is 0.47 followed by teachers factor with 4.17 for the mean value and 0.47 for the standard deviation value. The final factor is the

environment with the mean 4.17 and 0.48 for the standard deviation. The findings demonstrate that the peers play the most important role in affecting the cooperative learning style among form two students in MRSM Gerik, Perak. From the findings, some suggestions are proposed for further research. Amongst the suggestions are to involve other group of respondents for example students in universities or other higher education institution and also students in urban and rural schools.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xii xiv xv xvi

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7

Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Hipotesis Kajian Kepentingan Kajian

1 3 4 5 6 6 7

viii 1.8 1.9 1.10 Batas Kajian Skop Kajian Definisi Istilah 8 9 9

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6

Pengenalan Pembelajaran Koperatif Ciri-Ciri Pembelajaran Koperatif Prinsip-Prinsip Koperatif Kebaikan Pendekatan Pembelajaran Koperatif Jenis Pembelajaran Koperatif 2.6.1 2.6.2 2.6.3 2.6.4 2.6.5 Kaedah Jigsaw Learning Together (LT)- Belajar Bersama Team- Games Tournament (TGT) Student Team Achievement Division (STAD) Team Accelerated Instruction- Mathematics (TAI) 2.6.6 Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation)

11 11 12 13 14 16 16 16 17 17 17

18 18 19 20 21 23 23 25 26 27

2.7 2.8 2.9 2.10 2.11

Faktor Diri Sendiri Faktor Rakan Sebaya Faktor Guru Faktor Suasana Pembelajaran Teori Yang Berkaitan Dengan Pembelajaran Koperatif 2.11.1 Teori Konstruktivisme 2.11.2 Teori Kolaboratif-Integrasi 2.11.3 Teori Tingkah Laku 2.11.4 Pengunaan Teori Kolaboratif-Integrasi Sebagai Model Kajian

2.12

Kajian-Kajian Lepas

28

ix

BAB 3

METOLODOGI KAJIAN

3.1 3.2 3.3 3.4

Pengenalan Reka Bentuk Kajian Tempat Kajian Subjek Kajian 3.4.1 3.4.2 Populasi Sampel Kajian

33 33 34 34 34 35 37 38

3.5

Instrumen Kajian 3.5.1 Bahagian A: Soal Selidik Latar Belakang Responden Dan Keluarga 3.5.2 Bahagian B: Soal Selidik Faktor Yang Paling Dominan Seperti Faktor Diri Sendiri, Rakan Sebaya,Guru Dan Suasana Pembelajaran 3.5.3 Pemarkatan Skor Faktor-Faktor Paling Dominan

38

39 40 41 42 43 43 44 44

3.6

Kajian Rintis 3.6.1 3.6.2 Keesahan Instrumen Kebolehpercayaan Instrumen

3.7 3.8

Prosedur Pengumpulan Data Analisis Data 3.8.1 3.8.2 Min Analisis Ujian-t

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 4.2

Pengenalan Analisis Data Bahagian A 4.2.1 Tingkatan 4.2.2 Jantina 4.2.3 4.2.4 Bangsa Bilangan Adik Beradik

47 48 48 49 49 50

x 4.2.5 Tahap Pendidikan Bapa 4.2.6 Tahap Pendidikan Ibu 4.2.7 4.2.8 4.3 Pekerjaan Bapa Pekerjaan Ibu 51 52 53 54 55 56

Analisis Data Bahagian B 4.3.1 Apakah faktor diri sendiri merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif ? 4.3.2 Apakah faktor rakan sebaya merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif ? 4.3.3 Apakah faktor guru merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif ? 4.3.4 Apakah faktor suasana pembelajaran merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif ?

59

63

67

4.4

Perbincangan Dapatan Hipotesis 4.4.1 Analisi ujian-t

71 71

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 5.2

Pengenalan Perbincangan Hasil Kajian 5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 5.2.2 Perbincangan Hasil Kajian Bagi Faktor Diri Sendiri Merupakan Faktor Yang Paling Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif 5.2.3 Perbincangan Hasil Kajian Bagi Faktor Rakan Sebaya Merupakan Faktor Yang Paling Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif

74 74 75 76

78

xi 5.2.4 Perbincangan Hasil Kajian Bagi Faktor Guru Merupakan Faktor Yang Paling Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif 5.2.5 Perbincangan Hasil Kajian Bagi Faktor Suasana Pembelajaran Merupakan Faktor Yang Paling Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif 5.2.6 Perbincangan Hasil Kajian Berdasarkan Hipotesis Kajian 5.3 5.4 5.5 5.6 Rumusan Cadangan Kajian Cadangan Kajian Lanjutan Kesimpulan 85 86 88 88 82 81 79

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

89 94

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

HALAMAN

3.1

Jumlah Populasi Mengikut Kelas Bagi Pelajar Tingkatan Dua Di Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak

35

3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 3.10 4.1 4.2 4.3 4.4

Jadual Penentuan Saiz Sampel, Krejcie, R.V. & Morgan, D.W Taburan Sampel Bagi Setiap Kelas Taburan Skala Likert Pembahagian Item Berdasarkan Faktor Dominan Pemarkatan Skor Dan Tahap Jadual Keputusan Analisis Nilai Kebolehpercayaan Kajian Jadual Julat Min Bagi Menjawab Persoalan Kajian Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Hipotesis Kajian Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Tingkatan Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Jantina Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Bangsa

36 37 39 39 40 43 44 45 46 48 49 50

Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Bilangan Adik 50 Beradik

4.5

Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Tahap Pendidikan Bapa

51

4.6

Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Tahap Pendidikan Ibu

52

4.7 4.8 4.9

Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Pekerjaan Bapa 53 Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Pekerjaan Ibu Jadual Taburan Bilangan Responden Mengikut Peratusan, Min Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Diri Sendiri Yang Paling Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif 55 56

xiii 4.10 Jadual Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Bagi Diri Sendiri 4.11 Jadual Taburan Bilangan Responden Mengikut Peratusan, Min Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Rakan Sebaya Yang Paling Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif 4.12 Jadual Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Bagi Rakan Sebaya 4.13 Jadual Taburan Bilangan Responden Mengikut Peratusan, Min Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Guru Yang Paling Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif Piawai Bagi Faktor Guru Yang Paling Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif 4.14 4.15 Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Bagi Guru 67 64 63 60 59

Taburan Bilangan Responden Mengikut Jadual Taburan Bilangan 67 Responden Mengikut Peratusan, Min Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Suasana Pembelajaran Yang Paling Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif

4.16

Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Bagi Suasana Pembelajaran

70

4.17

Ujian-t untuk perbezaan min

72

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

HALAMAN

3.1

Model Kerangka Kajian Tentang Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Amalan Pembelajaran Koperatif Menurut Teori Kolaboratif-Integrasi

27

xv

SENARAI SINGKATAN

MRSM CLEAR SPSS KBSR KBSM JPN KPM XYC LT TGT STAD TAI SS S TP TS STS

_ _ _ _ _

Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak Cooperative Learning Exercises And Roles Statistical Package For Social Science Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Jabatan Pendidikan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia Excellence Youth Club Learning Together Team- Games Tournament Student Team Achievement Division Team Accelerated Instruction- Mathematics Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN

TAJUK

HALAMAN

A

Borang Soal Selidik Responden

94

B

Surat Pengesahan Kesahan Soal Selidik

99

C

Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan 100 Dasar Pendidikan ( BPPDP / EPRD ) Surat Pengesahan Pelajar 102

D

E

Keputusan Kebolehpercayaan Item Soal Selidik

103

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Pendidikan di Malaysia telah mengalami gelombang reformasi yang begitu pesat sesuai dengan tuntutan era teknologi maklumat. Anjakan paradigma dan pengubahsuaian pada kurikulum adalah bertujuan untuk membina dan mengembangkan kuasa berfikir guru dan murid. Dengan memberi penekanan kepada proses kognitif dalam isi pelajaran dan pengetahuan. Proses kognitif kurikulum dikembangkan melalui isi kandungannya yang dipelbagaikan dari segi pendekatan dan strategi berfikir serta mempunyai kualiti intelek yang tinggi. Isi pelajaran dan pengetahuan yang mendasari sesuatu aktiviti pengajaran pembelajaran akan dapat merangsang pemikiran serta mengukuhkan daya fikir dan celik akal pelajar.

Selain itu juga, objektif asas reformasi dalam pendidikan adalah untuk menentukan negara dapat mengeluarkan warganegara yang seimbang dan cemerlang dari segi akademik, intelektual, modal insan dan sahsiah diri. Untuk memperkasakan produk yang dihasilkan ini, sekolah adalah platform yang terbaik untuk melahirkan genarasi yang mampu berdaya saing sejajar dengan perkembangan arus globalisasi. Justeru itu, pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran telah dicadang untuk digunakan semasa menyampaikan sesuatu pengajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Salah satu daripadanya adalah dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif.

2 Di Malaysia pembelajaran koperatif masih dalam peringkat permulaan dan ia memerlukan kajian sama ada dari segi pengalaman, sikap, tingkah laku, bakat yang sangat luas oleh para penyelidik pendidikan ( Ng Kim Choy, 1999). Pembelajaran koperatif merupakan satu inovasi pendidikan di Malaysia. Ianya merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai integrasi antara pelajar-pelajar berbilang kaum dan menghasilkan rakyat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai murni sebagaimana dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ).

Pembelajaran koperatif merupakan satu strategi pengajaran umum yang boleh dilaksanakan dalam kumpulan belajar yang kecil dimana pelajar berinteraksi sesama sendiri bagi menyelesaikan tugasan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Ianya melibatkan perkongsian pembelajaran atau dapatan di antara ahli-ahli dalam kumpulannya. Pembelajaran koperatif boleh disesuaikan dengan sebarang kumpulan umur dan sebarang matapelajaran.

Pembelajaran koperatif secara keseluruhannya mampu menilai ``kebestarian'' seseorang individu dengan lebih bestari''. Kebestarian dalam penilaian pembelajaran koperatif bukan hanya bergantung pada sejauh mana seseorang pelajar dapat menterjemaahkan kembali apa yang dihafal tetapi memberi peluang menggunakan pelbagai idea rakan sebaya untuk menjana pemikiran dan mencipta idea baru yang lebih kreatif. Secara tidak langsung, ianya akan dapat meningkatkan mutu pembelajaran.

Dalam konteks ini, pembelajaran koperatif dapat dilihat sebagai satu usaha ke arah mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Ini terbukti apabila kaedah belajar secara berkumpulan serta memberi tumpuan di bilik darjah membolehkan Nadiah Amirah Jamil, 18, ialah penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon memperoleh keputusan iaitu 19 1A bagi semua mata pelajaran yang diambil tanpa had dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2006 (Berita Harian, Disember 2006).

3 Justeru itu, pembelajaran koperatif merupakan satu pendekatan yang baik dan perlu digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan bersemangat di kalangan pelajar-pelajar di samping mempertingkatkan lagi mutu prestasi pelajar dalam peperiksaan.

1.2

Latar Belakang Masalah

Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kami percaya bahawa pendidikan adalah suatu kewajipan dan komitmen yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti dan kerbergunaan manusia kepada diri sendiri, masyarakat dan negara. Kami juga yakin bahawa sekolah yang berkualiti dan cemerlang, sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti, kecemerlangan, penyuburan, pengembangan potensi, kepimpinan dan kreativiti. Di samping itu, setiap pelajar adalah unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan. ( Falsafah Pendidikan MRSM )

Sejajar dengan itu, menerusi pendidikan generasi muda dapat diasuh dan dipupuk agar mereka membesar dan menjadi manusia yang bertanggungjawab bukan sahaja kepada tuhan dan diri sendiri bahkan juga pada masyarakat dan negara. Selain itu juga, pendidikan ialah proses pembentukan akhlak dan budi pekerti yang mampu menghasilkan orang yang bermoral, mempunyai jiwa bersih, niat yang kuat, cita-cita yang benar dan akhlak yang tinggi, tahu erti kewajipan dan perlaksanaanya, menghormati hak-hak manusia serta tahu membezakan perkara yang baik dan buruk.

Justeru itu, pendidikan pada hari ini perlu menggunakan pendekatan ataupun kaedah yang mampu menarik minat pelajar-pelajar untuk belajar. Pengajaran dan pembelajaran yang di buat perlu bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan semua golongan pelajar sama ada berkebolehan tinggi, sederhana atau rendah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu ada perubahan yang lebih efektif untuk menarik minat pelajar serta membuka minda pelajar supaya lebih fleksibel dalam menimba ilmu pengetahuan.

4 Menurut Hidhir Ismail (2004), pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru pada masa kini ialah gemar menggunakan cara tradisional. Ini menyebabkan pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menyeronokkan dan menjadikan suasana pembelajaran menjadi bosan.

Kajian Chew (1998), menyatakan bahawa kaedah pengajaran secara tradisional iaitu mengunakan kaedah bersoal jawab berdasarkan pembacaan buku teks hanya memberi kesan yang minimum. Situasi tersebut tidak akan dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Ini adalah kerana melalui aktiviti pembacaan buku teks akan merendahkan pencapaian kecemerlangan akademik, keseimbangan sahsiah dan kecergasan fizikal.

Menurut Mc Caslin & Good (1996), teknik-teknik dalam pembelajaran koperatif adalah sangat sesuai dalam lingkungan pelajar yang memiliki pelbagai kebolehan kerana ia menjalankan perasaan positif dan saling menghargai, menyokong dan menghormati sesama pelajar. Melalui pembelajaran koperatif setiap pelajar akan berusaha untuk dapatkan hasil yang dapat memberi manafaat bukan sahaja kepada dirinya tetapi terhadap ahli kumpulannya. Selain itu juga, kemahiran berkerjasama di kalangan pelajar dalam kumpulan adalah penting bagi mendedahkan mereka untuk bersama dalam mengembangkan dan mengeratkan persaudaraan, mengadakan hubungan yang baik di antara ahli kumpulan. Ianya juga dapat membentuk sesebuah masyarakat yang harmonis.

1.3

Pernyataan Masalah

Pada hari ini, suasana di dalam kelas lebih berorentasikan peperiksaan iaitu memberi penekanan kepada pencapaian akademik semata-mata. Kaedah pengajaran yang digunakan di dalam kelas menjadi salah satu faktor yang membuatkan pelajar menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan. Bertitik tolak daripada permasalahan yang wujud di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek pretasi dan hubungan sosial. Salah satu

5 alternatif kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada adalah pembelajaran koperatif. Maka kajian ini adalah penting untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar-pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

1.4

Objektif Kajian

Beberapa objektif kajian telah dirangka sebagai garis panduan ke atas kajian yang dilakukan. Langkah ini perlu supaya matlamat kajian yang dirancang dapat dicapai sepenuhnya. Objektif yang telah digariskan adalah seperti butiran tersebut:-

1.4.1

Untuk mengenalpasti sama ada faktor diri sendiri merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif.

1.4.2

Untuk mengenalpasti sama ada faktor rakan sebaya merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif.

1.4.3 Untuk mengenalpasti sama ada faktor guru merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif.

1.4.4

Untuk mengenalpasti sama ada faktor suasana pembelajaran merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif.

1.4.5

Untuk mengetahui sama ada tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor-faktor terhadap amalan pembelajaran koperatif iaitu faktor diri sendiri, rakan sebaya, guru dan suasana pembelajaran dengan jantina.

6 1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini adalah merujuk kepada persoalan-persoalan berikut :-

1.5.1

Apakah faktor diri sendiri merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif ?

1.5.2

Apakah faktor rakan sebaya merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif ?

1.5.3

Apakah faktor guru merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif ?

1.5.4

Apakah faktor suasana pembelajaran merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif ?

1.5.5

Adakah tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktorfaktor terhadap amalan pembelajaran koperatif iaitu faktor diri sendiri, rakan sebaya, guru dan suasana pembelajaran dengan jantina ?

1.6

Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian yang dibentuk adalah seperti berikut :

1.6.1

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor-faktor terhadap amalan pembelajaran koperatif iaitu faktor diri sendiri, rakan sebaya, guru dan suasana pembelajaran dengan jantina

7 1.6.1.1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor diri sendiri dengan jantina

1.6.1.2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor rakan sebaya dengan jantina

1.6.1.3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor guru dengan jantina

1.6.1.4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor suasana pembelajaran dengan jantina

1.7

Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau pelaksanaan pembelajaran koperatif di sekolah dalam membantu pelajar mengikuti pembelajaran dengan lebih berkesan dan pengajaran guru mencapai objektif yang dimatlamatkan. Pengetahuan yang menyeluruh tentang kaedah pembelajaran ini tentunya akan memberi kebaikan kepada semua pihak terutama pelajar, guru dan pihak pentadbiran dalam meningkatkan pencapaian di sekolah. Melalui pencapaian tinggi yang dicapai oleh pelajar-pelajar adalah merupakan satu motivasi terhadap guru untuk melaksanakan pembelajaran koperatif dalam proses pengajaran mereka. Justeru itu, berlaku peningkatan dalam pencapaian dan pretasi pelajar dalam peperiksaan di peringkat sekolah.

Melalui kajian ini juga, pelajar akan dapat mengenal pasti gaya pembelajaran mereka. Secara tidak langsung, ia membolehkan mereka menumpukan perhatian, memproses dan mengingati maklumat serta dapat mengembangkan bakat dan potensi dalam diri mereka. Perubahan ini akan membantu pelajar dalam pemilihan kerjaya yang sesuai pada masa hadapan.

8 Kajian ini juga diharap dapat memberi pemahaman kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru tentang pembelajaran koperatif melalui faedah-faedah yang diperolehi daripada aktiviti pembelajaran koperatif seperti keseronokan belajar, mewujudkan sikap bertanggungjawab dan berkerjasama antara ahli-ahli dalam kumpulan.

Melalui kajian ini juga, diharapkan ia dapat membantu pihak-pihak yang tertentu seperti Jabatan Pendidikan Negeri ( JPN ) dalam usaha memberi pendedahan kepada guru tentang pelbagai kaedah pengajaran terkini selaras dengan perkembangan dan perubahan pesat dalam dunia pendidikan masa kini. Kajian juga diharapkan dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) dalam menggubal kurikulum yang sesuai agar sistem pendidikan di Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa.

1.8

Batasan Kajian

Dalam kajian ini, responden atau subjek kajian hanya terbatas kepada pelajar tingkatan dua yang terdiri daripada 132 orang. Kajian ini akan dijalankan di Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak.

Rasional pemilihan tempat kajian adalah kerana ianya melaksanakan satu program iaitu Excellence Youth Club (XYC). Ianya merupakan sebahagian daripada program Gemilang Penilaian Menengah Rendah. Tujuan progam ini diadakan adalah untuk meningkatkan pretasi akademik Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Kaedah pelaksanaan program ini adalah pembelajaran secara berkumpulan yang melibatkan pelajar Tingkatan Dua dan diteruskan sehingga ke Tingkatan Tiga.

Selain itu juga, rasional pemilihan Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak adalah kerana ianya menempatkan 90 peratus pelajar bumiputera dan lima peratus pelajar bukan bumiputera yang sentiasa mengamalkan budaya MRSM. Di mana cara bertindak atau cara hidup warga MRSM khususnya pelajar-pelajar dapat

9 menggambarkan identiti mereka sebagai produk MRSM yang unggul. Sehubungan dengan itu, aspek yang dikaji oleh penyelidik adalah faktor-faktor yang mempengaruhi amalan koperatif semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

1.9

Skop Kajian

Kajian ini akan dijalankan di Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Penyelidik telah menetapkan bahawa responden yang akan terlibat dalam menjayakan kajian ini ialah pelajar-pelajar lelaki dan perempuan yang berusia empat belas tahun. Segala maklumat yang diperolehi dari responden hanyalah berdasarkan maklum balas melalui soal selidik sahaja.

Skop kajian ini adalah tertumpu kepada empat faktor utama yang mempengaruhi amalan koperatif di dalam kelas iaitu faktor diri sendiri, rakan sebaya, guru dan suasana pembelajaran. Selain itu juga, tumpuan kajian adalah untuk melihat sama ada terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi amalan koperatif mempunyai perbezaan dengan jantina.

1.10

Definisi Isitilah

Dalam kajian yang dijalankan ini terdapat beberapa istilah yang telah digunakan untuk menggambarkan maksud kajian. Antara istilah yang telah digunakan adalah :

1.10.1 Diri Sendiri Menurut Mok Soon Sang (2005), diri sendiri ialah individu yang sedang belajar atau berguru. Dalam kajian ini, diri sendiri yang dimaksudkan adalah pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan dua yang belajar di Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak.

10 1.10.2 Pembelajaran Koperatif Menurut Effandi Zakaria (1998), ditakrifkan pembelajaran koperatif sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan.

1.10.3 Pembelajaran Pembelajaran ditakrif oleh Musa (1992), sebagai satu proses yang melibatkan perubahan tingkah laku dikalangan pelajar akibat berinteraksi dengan persekitarannya. Perubahan itu mungkin bersifat sementara @ kekal. Perubahan dalam cara bertindak, melahirkan pendapat, sikap dan perasaan dinamai sebagai pembelajaran. Dengan erti kata yang lain, pembelajaran merupakan pembinaan pengalaman-pengalaman baru.

1.10.4 Amalan Menurut Kamarudin Hj Husin (1997), amalan bermaksud perihal pelaksanaan atau perbuatan.

1.10.5 Suasana Pembelajaran Menurut Zaidatol (1990), suasana pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai keadaan selesa di dalam bilik darjah, di mana proses pengajaran dan pembelajaran berjalan akan memberikan hasil yang maksima baik kepada guru mahupun terhadap pelajar.

1.10.6 Guru Menurut Atan Long (1988), guru ialah seorang ahli masyarakat yang mempunyai tanggungjawab untuk mendidik dalam sesebuah sekolah.

1.10.7 Rakan Sebaya Menurut Manja Mohd. Ludin (1999), menyifatkan kelompok rakan sebaya sebagai kelompok yang terdiri daripada ahli-ahli yang sama umur.

11

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1

Pengenalan

Dalam bab ini, penyelidik akan mengulas beberapa kajian, pandangan serta kenyataan yang mempunyai yang mempunyai kaitan rapat dengan pembelajaran koperatif dan aspek-aspek yang berkaitan dengannya. Penyelidik juga akan memberi perhatian kepada faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran koperatif di Maktab Rendah Sains Mara, Gerik Perak. Sumber-sumber yang mengandungi kenyataan, teori dan pendapat yang menyokong kepada permasalahan dalam kajian juga dikaitkan.

2.2

Pembelajaran Koperatif

Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran dimana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil. Pembelajaran koperatif berlaku apabila pelajar bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan daripada guru. Guru menguji dan memberi gred berdasarkan pretasi kumpulan, kadang-kadang berdasarkan gred individu.

12 Kumpulan dalam pembelajaran koperatif ini lazimnya terdiri daripada empat hingga enam orang ahli. Ahli-ahli dalam kumpulan ini biasanya kekal untuk tempoh tertentu misalnya dalam beberapa minggu (Sharan dan Sharan,1992).

Semua kaedah pembelajaran koperatif memerlukan pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran rakan-rakan sepasukan mereka selain daripada pembelajaran mereka sendiri. Selain daripada idea berkerjasama, kaedah pembelajaran pasukan pelajar memberi penekanan kepada penggunaan matlamat pasukan dan kejayaan pasukan, ianya boleh dicapai apabila semua ahli dalam pasukan memberi komitmen yang diperlukan (Slavin, 1990).

2.3

Ciri-ciri Pembelajaran Koperatif

Mengikut Johnson & Johson (1985), tidak semua bentuk pembelajaran dalam kumpulan itu adalah pembelajaran koperatif. Sesuatu pembelajaran koperatif perlu mengandungi elemen-elemen berikut:

i.

Saling Pergantungan Secara Positif Pelajar seharusnya berubah dari sifat bergantung kepada sifat berdikari dan seterusnya ke tahap saling pergantungan antara seorang individu kepada seorang individu yang lain. Saling pergantungan wujud apabila pelajar menganggap bahawa ia memerlukan usaha orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Walaupun seseorang pelajar berdikari tetapi tahap kecemerlangan yang lebih tinggi. Cuma boleh dicapai melalui usaha, input dan tenaga orang lain.

ii.

Akauntabiliti Individu Walaupun setiap individu dikehendaki berkerjasama dalam sesuatu tugasan, ia adalah bertanggungjawab ke atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat secara individu dengan melihat tahap kerjasama dan tanggungjawab yang diberikan.

13 iii. Interaksi Kumpulan Pelajar-pelajar membantu proses pembelajaran pelajar lain dengan berkongsi maklumat dan menggalakkan mereka untuk pencapaian yang lebih baik. Interaksi kumpulan termasuklah tindakan pelajar untuk menerang, berbincang dan mengajar apa yang diketahui kepada orang lain.

iv.

Kemahiran Sosial Untuk memastikan pembelajaran koperatif berkesan, guru mestilah mengajar kemahiran sosial kepada pelajar. Ianya merangkumi dari aspek kepimpinan, membuat keputusan, membina kemahiran, berkomunikasi dan pengurusan konflik.

2.4

Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif

Menurut Ng Kim Choy (1999), prinsip-prinsip asas pembelajaran koperatif adalah seperti berikut:-

2.4.1

Positive Interdependence (Saling Kebergantungan Secara Positif)

Mengikut model Stephen Covey tentang perubahan peribadi, (Seven Habits of Highly Effective People) pelajar seharusnya beranjak dari sifat bergantung kepada sifat berdikari dan seterusnya ke tahap saling kebergantungan. Saling kebergantungan wujud apabila pelajar menganggap bahawa ia memerlukan usaha orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Walaupun seseorang pelajar berdikari tetapi tahap kecemerlangan yang lebih tinggi hanya boleh dicapai melalui usaha dan input orang lain.

14 2.4.2 Individual Accountability (Akauntabiliti Individu)

Walaupun setiap pelajar dikehendaki bekerjasama dalam sesuatu tugasan, ia adalah bertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat secara individu.

2.4.3

Group Interaction (Interaksi Kumpulan)

Pelajar-pelajar memajukan pembelajaran pelajar lain dengan membantu, berkongsi dan menggalakkan usaha pembelajaran. Interaksi kumpulan termasuk tindakan pelajar untuk menerangkan, membincang dan mengajar apa yang diketahui kepada orang lain.

2.4.4

Social Skills (Kemahiran Sosial)

Untuk menjadikan pembelajaran koperatif berkesan, guru mesti mengajar kemahiran sosial kepada pelajar. Kemahiran-kemahiran tersebut merangkumi kepimpinan, membuat keputusan, membina kepercayaan, komunikasi dan pengurusan konflik.

2.5

Kebaikan Pendekatan Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan berkerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, bahkan untuk rakan-rakan yang lain.

15 Menurut Ahmad Md Sharif (1994), pengajaran dan pembelajaran yang dikatakan menarik ialah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar dan berkesan iaitu di mana pengajaran tersebut berpusatkan pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi, berkomunikasi, mengalami dan menghayati proses pembelajaran yang lebih berkesan.

Sesuatu pendekatan itu ada kekuatan dan kelemahannya. Ini adalah kerana sesuatu pendekatan atau kaedah itu mungkin sesuai dan berkesan bagi sesuatu objektif pelajaran dan suasana pembelajaran. Jika pendekatan atau kaedah ini dilaksanakan dengan serius ia akan membawa manfaat kepada pelajar (Ahmad,1994).

Menurut Kagan (1992), kebaikan pembelajaran koperatif kepada pelajar adalah seperti berikut:-

i.

Motivasi yang lebih tinggi untuk berjaya kerana seseorang bukan sahaja mencapai kejayaan untuk diri sendiri, tetapi untuk rakan-rakan sekumpulan juga. Keadaan ini menyebabkan lebih masa ditumpukan pada sesuatu tugas dan akan meningkatkan pembelajaran.

ii.

Pelajar dengan strategi pembelajaran yang lemah mendapat lebih peluang untuk melihat model pelajar lain yang mempunyai strategi yang lebih berkesan.

iii.

Perhubungan interpersonal bertambah baik, disebabkan oleh kemahiran bekerjasama dan keperluan untuk saling membantu antara satu sama lain.

iv.

Suasana sosial pembelajaran kerjasama membuat sekolah itu satu tempat yang seronok.

v.

Ahli-ahli daripada kumpulan berlainan dalam masyarakat dapat berkerjasama menuju ke satu matlamat yang sama (saling pergantungan positif).

vi.

Berinteraksi dengan orang lain menggalakkan seseorang menyusun semula pemikiran mereka, misalnya meringkas, menjelas dan memberi contoh. Penyusunan semula kognitif ini menambah pemikiran peringkat tinggi.

vii.

Pelajar mempunyai lebih peluang untuk melihat strategi pemikiran orang lain, di samping berkongsi strategi sendiri.

16 viii. Kerisauan akan berkurangan dan ini menggalakkan seseorang mengambil risiko, mencuba cara baru serta meningkatkan kreativitinya. ix. Mendengar pandangan orang lain terutamanya dalam kumpulan heterogenous, boleh memberi kesedaran bahawa ada pendapat yang berlainan daripada pendapat sendiri.

2.6

Jenis Pembelajaran Koperatif

2.6.1

Kaedah Jigsaw

Jigsaw telah diperkenalkan oleh Aronson et al (1978), Ianya merupakan satu daripada jenis pembelajaran koperatif yang menjadikan pelajar pakar dengan aras yang mereka pelajari. Kaedah ini hampir sama dengan Jigsaw Puzzle. Setiap ahli kumpulan menyumbangkan sekeping puzzle dengan berkongsi sebahagian maklumat yang mereka pelajari. Kunci idea dalam Jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu pasukan akan menjadi ketua dalam bab tertentu dan bertanggungjawab untuk mengajar apa yang telah mereka pelajari kepada rakan di dalam kumpulan.

2.6.2

Learning Together (LT)- Belajar Bersama

Menurut Johnson & Johnson (1991), LT bermaksud gambaran oleh ahli kumpulan di dalam kumpulan kecil heterogenius secara koperatif untuk saling menyempurnakan matlamat pembelajaran. Bersama-sama ahli kumpulan bekerja keras untuk menyelesaikan tugasan akademik yang sering melibatkan perancangan serta perpaduan hasil kumpulan. Kemahiran sosial, latihan dan cara memproses diperlukan. Kumpulan yang mencapai kriteria untuk kejayaan sempurna akan berkongsi ganjaran.

17 2.6.3 Team- Games Tournament (TGT)

TGT telah dicipta oleh Robert Slavin. TGT mengandungi putaran biasa aktiviti pengajaran seperti berikut:

a-pengajaran guru perlu memberitahu pelajaran yang berkaitan. Ini boleh jadi dalam bentuk syarahan, demonstrasi dan pertunjukkan visual. Murid berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh guru. Kemudian mereka akan bekerja mengikut lembaran kerja yang disediakan oleh guru untuk menguasai konsep.

b-pertandingan murid-murid bermain permainan dalam pertandingan di atas meja. Setiap pertandingan, meja akan diwakili tiga atau empat ahli dari setiap pasukan yang mempunyai kebolehan akademik yang sama.

2.6.4

Student Team Achievement Division (STAD)

STAD ialah satu kaedah pembelajaran koperatif yang berasal dari Hopkins. Ianya adalah satu kaedah yang mudah dan pratikal. Dalam STAD, guru mengikut satu pusingan mengajar, kumpulan pembelajaran dan penilaian individu. Kumpulan akan memperolehi sijil atau apa-apa penghargaan kejayaan apabila melakukan perubahan berbanding masa lepas sebagai pengiktirafan.

2.6.5

Team Accelerated Instruction- Mathematics (TAI)

TAI ialah pendekatan menyeluruh kepada pembelajaran koperatif dalam matematik. TAI menyatukan pembelajaran koperatif dengan kebebasan bertindak secara individu iaitu membolehkan guru membentuk kelas matematik heterogenius untuk memberikan murid yang mempunyai pencapaiannya yang rendah

18 meningkatkan tahapnya dan mempercepatkan kurikulum biasa sama seperti murid yang tinggi pencapaiannya. Bahan-bahan TAI dapat menggantikan sepenuhnya buku teks dengan bahan yang direka istimewa untuk sesuatu program. Dalam TAI, murid ditentukan kepada kumpulan heterogenius iaitu mereka yang mempunyai latar belakang yang berbeza.

2.6.6

Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation)

Penyiasatan Berkelompok ialah kaedah koperatif yang membolehkan pelajar merancang melakukan satu kursus pembelajaran. Ini termasuk mengenalpasti satu topik yang disiasat, merancang dan membolehkan penyiasatan serta menyediakan persembahan terakhir.

2.7

Faktor Diri Sendiri

Menurut Meor Ibrahim (2000), untuk memastikan matlamat pembelajaran koperatif tercapai, sebagai seorang pelajar perlu memainkan peranan berikut: i. Bekerja secara bersama dalam kumpulan. ii. Menyelesaikan setiap masalah perbincangan dalam kumpulan. iii. Memastikan setiap kumpulan telah memahami dengan jelas mengenai tugasan yang akan dijalankan untuk menyelesaikan masalah yang diberi. iv. Setiap ahli perlu terlibat secara aktif atau mengambil bahagian dalam sesi perbincangan. Jika seseorang ahli memberi pandangan, pendapat atau mengemukan soalan semasa sesi perbincangan, ahli lain perlu memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya. v. Setiap ahli kumpulan perlu diberi peluang membentangkan hasil kerja kumpulan kepada kelas. Biasanya ketua kumpulan yang mengendalikan sesuatu topik perbincangan (pakar bidang) akan membentang hasil kerja kumpulan kepada kelas.

19 Menurut Khairuddin Khalil (1996), para pelajar adalah seorang individu. Mereka mempunyai rasa, hati, fikiran dan perasaan serta mampu membentuk motivasi dalam dirinya. Pelajar tidak sepatutnya dibiarkan tanpa panduan untuk membentuk tabiat belajarnya sendiri kerana kemungkinan besar cara-cara yang diamalkan oleh mereka akan lebih menggangu kelancaran mekanisme pembelajarannya ( Weigel & Weigel, 1967).

Menurut Mat Khailil (2000), pelajar lelaki dan perempuan mempunyai dimensi yang berbeza dari sudut pandangan dan priotiriti sendiri dalam menentukan cara pembelajaran yang sesuai.

2.8

Faktor Rakan Sebaya

Menurut Ghafari Awang (1997), sikap dan minat seseorang tetap dipengaruhi oleh rakan sebaya. Rakan sebaya dapat membantu individu meningkatkan kemahiran interaksi dan komunikasi antara individu. Rakan sebaya yang baik akhlak ketika belajar bersama-sama akan mengembangkan tingkah laku yang positif dan sebaliknya jika rakan sebaya adalah buruk akhlak. Lee (1983), juga menyatakan bahawa rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat dalam membentuk kelakuan seseorang pelajar. Jika rakan sebaya seseorang pelajar itu berkelakuan baik, maka ada kemungkinan besar pelajar itu mempunyai kelakuan yang baik juga.

Menurut Faridah (2000), di dalam hal-hal seperti tanggungjawab moral, keberanian, kejujuran dan lain-lain, remaja sering dipengaruhi oleh pendapat atau pandangan rakan sebaya berbanding dengan pengaruh ibu bapa.

Menurut Rohani Abdul Hamid (1998), pembelajaran koperatif yang diamalkan oleh pelajar akan dapat membantu mereka membina pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran secara individu.

20 2.9 Faktor Guru

Dalam bidang pendidikan, tugas guru ialah mendidik dan membentuk pelajar yang mempunyai perbezaan dari segi tahap kebolehan kognitif, afektif dan psikomotor.Ini bermakna pelajar yang di ajar oleh guru adalah berbeza kebolehan intelektual, kesediaan emosi dan kebolehan fizikalnya.

Menurut Abdul Rahim (1999), kemahiran pedagogi, kebolehan intelektual, kepakaran profesional dan sikap positif yang ditunjukkan oleh guru terhadap tugas dan tanggungjawabnya mendapat penghargaan yang tinggi daripada pelajar-pelajar. Kepimpinan guru yang baik dapat menghidupkan suasana dan keadaan yang mendorong kepada kemajuan pelajar. Contoh teladan yang baik yang ditunjukkan oleh guru, semangat juang yang tinggi dan memberi inspirasi kepada pelajar boleh menghidupkankan minat dan mengubah sikap pelajar.

Guru yang cekap dan berwibawa dapat mencorakkan pengajarannya yang baik, meningkatkan keyakinan pelajar, menjadikan pembelajaran menarik dan disukai pelajar, menghidupkan semangat dan sentiasa memberi rangsangan kepada pelajar-pelajarnya untuk berusaha dan bercita-cita tinggi (Abdul Rahim, 1999). Guru yang cekap dan pakar dapat mencorakkan suasana dan keadaan pembelajaran yang diminati oleh pelajar-pelajarnya. Keadaan sebaliknya akan berlaku sekiranya guru tidak mempunyai sikap yang positif terhadap pengajarannya dan bersikap sambil lewa.

Menurut Esah (2004), perancangan pengajaran yang menarik memerlukan aktiviti pelajar yang bercirikan hands-on, minds-on dan authentic. 1. hands-on bermaksud perancangan pengajaran hendaklah melibatkan pelajar melaksanakan aktiviti atau amali sambil membina makna dan memperoleh kefahaman. 2. minds-on bermaksud perancangan aktiviti yang membolehkan pelajar membina proses berfikir dan menggalakkan rasa ingin tahu dan mencari jawapan.

21 3. authentic bermaksud perancangan yang melibatkan pelajar mengenai aktiviti penyelesaian masalah yang mempunyai soalan daripada kehidupan sebenar serta isu-isu yang menggabungkan usaha kolaboratif, dialog dengan sumber kepakaran dan generalisasi dengan idea yang lebih luas aplikasinya.

Setelah pengajaran dilaksanakan, penilaian perlu dilakukan untuk melihat sejauhmana kefahaman pelajar dan pencapaian objektif pengajaran. Walaubagaimanapun, penilaian boleh juga dilakukan dalam masa pengajaran disampaikan. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti kelemahan pelajar semasa pengajaran dan mengatasi masalah dengan segera sebelum pengajaran berakhir. Penilaian dilakukan dengan pelbagai cara dan yang paling mudah adalah melalui pemerhatian. Dengan memerhatikan air muka pelajar, tingkah laku dan hasil aktiviti mereka. Ianya dapat memberikan maklumbalas segera sama ada pelajar faham atau tidak perkara yang diajar. Penilaian juga boleh dibuat dengan mengadakan perbentangan dalam kelas, kuiz dan ujian (Esah, 2004)

2.10

Faktor Suasana Pembelajaran

Menurut Abdul Rahim (1999), kaedah pembelajaran koperatif menuntut suasana dan keadaan bilik darjah yang menarik, kreatif dan aktif. Kebolehan seseorang guru kelas mengguna dan menguruskan ruang yang terhad untuk mewujudkan keselesaan dan kecekapan pengurusan bilik darjah akan memberikan kesan kepada keadaan dan suasana bilik darjah.

Di dalam bilik darjah, pelajar-pelajar yang berdisplin adalah penting untuk menghasilkan pencapaian objektif pengajaran yang berkesan. Objektif pengajaran yang dimaksudkan di sini merangkumi objektif bagi semua jenis pengajaran termasuklah kaedah pembelajaran koperatif. Ini kerana kaedah pembelajaran koperatif mengkehendaki pelajar-pelajar yang berdisplin, bertolenrasi, berkerjasama dan boleh mendengar arahan guru. Sekiranya pelajar tidak berdisplin, tidak

22 mendengar arahan dan tidak menghormati guru, kaedah pembelajaran koperatif pasti sukar untuk dilaksanakan.

Displin bilik darjah yang baik bermakna suasana sosioekonomi bilik darjah adalah kondusif dan harmonis, aktiviti dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara sistematik, teratur serta licin, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan, segala tugas dapat diselesaikan mengikut jadual, sifat tanggungjawab, tolong menolong, tolenrasi, kerajinan, kerjasama dan kebersihan dapat dipupuk dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan.

Pelaksanaan pembelajaran koperatif juga boleh terhalang sekiranya di dalam kelas tersebut terdapat lebih ramai pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang rendah. Ini kerana jika kelas tersebut mempunyai pelajar-pelajar yang lemah, kaedah pembelajaran koperatif kurang sesuai digunakan disebabkan mereka tidak dapat berinteraksi dengan baik di antara satu sama lain sedangkan pembelajaran koperatif memerlukan interaksi dua hala yang baik (Ahmad Md. Sharif, 1994).

Pengurusan bilik darjah yang baik mewujudkan keadaan-keadaan yang baik serta prosedur yang efektif bagi menjalankan aktiviti-aktiviti secara pantas dan berkesan. Guru perlu bergerak untuk mengawal, menyelia dan membimbing pelajarpelajar di dalam bilik darjah. Guru-guru yang kurang berkebolehan dalam pengurusan kelas akan mengetepikan kaedah pembelajaran koperatif. Ini adalah kerana ia memerlukan kawalan serta penyeliaan yang rapi. Sekiranya guru gagal untuk mengawal kelas, aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan secara sempurna. Pengurusan kelas terutamanya pengurusan aktiviti kumpulan yang diuruskan dengan baik dapat memupuk semangat kerjasama, sikap tolenrasi dan hormat-menghormati di kalangan murid (Ee Meng, 1990).

23 2.11 Teori Yang Berkaitan Dengan Pembelajaran Koperatif

Bahagian ini menerangkan tentang teori-teori dari kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan pembelajaran koperatif. Teori yang dikemukakan boleh dihubungkaitkan dengan kajian ini.

2.11.1 Teori Konstruktivisme

Teori Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba sempurna. Pelajar perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing.

Pembelajaran adalah hasil daripada usaha pelajar itu sendiri. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh pelajar sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran pelajar tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui pelajar adalah realiti yang dibina sendiri. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Untuk membantu pelajar membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina.

Beberapa orang ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada pelajar. Mereka berpendapat bahawa pelajar mempunyai idea mereka

24 sendiri hampir dalam semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan salah konsep ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.

Teori konstruktivisme juga mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Kepentingan penyertaan pelajar di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran diberikan. Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan pelajar meniru dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan pelajar membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif.

Dalam teori konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubah suai realiti tersebut. Ini adalah sesuai dengan kaedah pembelajaran koperatif. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan kaedah pembelajaran koperatif, pelajar akan menjadi aktif dalam membina realiti mereka sendiri. Segala pengetahuan dibina oleh pelajar dalam modul tidak disokong dari pengetahuan luar.

Teori ini juga beranggapan bahawa pelajar mampu untuk membuat penyelidikan, menganalisis dan mempersembahkan maklumat. Mengikut Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran, pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif, menggunakan cara membanding maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada supaya menyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul dengan tujuan mencapai kefahaman terhadap maklumat baru.

25 2.11.2 Teori Kolaboratif-Integrasi

Teori Kolaboratif-Integrasi telah menjelaskan method pengajaran yang dikenali sebagai CLEAR, akronim bagi Cooperative Learning Exercises And Roles. Matlamat utama CLEAR ialah:1. 2. 3. 4. menukar peranan pelajar dari pembelajaran pasif kepada aktif. membolehkan semua pelajar memberikan sumbangan yang baik. mengurangkan kebosanan dan membezakan peranan setiap individu. memastikan kerjasama yang diberikan kepada kumpulan membantu dalam penilaian.

Model CLEAR mengandungi peranan yang berbeza untuk membolehkan kumpulan-kumpulan menetapkan penentuan tugas dan mengubahsuai garis panduan untuk mereka. Strategi ini menolong setiap pelajar memberi sumbangan yang berterusan terhadap pembelajaran rakan sekumpulan dengan merasai bertanggungjawab untuk melaksanakan peranan tertentu. Pengagihan peranan memaksa setiap pelajar memberi perhatian dan mendengar ketika ahli sepasukan membuat laporan tugasan mereka. Adalah dicadangkan setiap kali pertemuan semua pelajar berkongsi tiga peranan iaitu perbincang, pembaca dan peserta di dalam ulasan kerja kumpulan. Kadangkala guru boleh menjemput kumpulan-kumpulan untuk membentangkan tugasan mereka kepada kelas. Setiap kumpulan boleh mengambil giliran untuk memilih tugasan, berkongsi dapatan dan mengabungkan data-data yang diperolehi.

Kerjasama antara kumpulan berlaku apabila pelajar-pelajar dari kumpulan yang berbeza saling berinteraksi dan memainkan peranan yang sama untuk bergabung bagi menjelaskan dapatan mereka. CLEAR membolehkan kumpulan-kumpulan untuk mempraktikan pelbagai tugas yang diperlukan untuk mengembangkan skop pembelajaran dan seterusnya meningkatkan hasil kumpulan dengan efisen (Hidri Ismail, 2004).

26 2.11.3 Teori Tingkahlaku

Teori ini diperkenalkan oleh aliran mazhab behavioris. Mereka berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku, iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Pandangan ini memfokuskan kepada perubahan tingkahlaku yang nyata dan dapat diperhatikan. Di antara pandangan atau definisi pembelajaran mazhab behavioris yang boleh diterima umum iaitu pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkahlaku yang agak tetap akibat daripada latihan pengukuhan.

Perubahan pembelajaran ini berlaku melalui empat proses iaitu perhubungan, pelaziman klasik, pelaziman operan dan pembelajaran melalui pemerhatian. Di antara prinsip-prinsip teori behaviorisme yang diterapkan dalam pembelajaran koperatif ialah:-

a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya . Keadaan ini dapat diwujudkan dengan dengan menyediakan aktiviti-aktiviti tertentu yang melibatkan pelajar secara aktif seperti perbincangan dalam kumpulan. b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar. Penglibatan dan perhatian pelajar dapat dikekalkan dengan memberikan ganjaran atau rangsangan dengan tujuan untuk memotivasikan mereka bagi mengikuti pembelajaran seterusnya. Setiap respon pelajar perlu diberikan maklumbalas yang positif . d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi motivasi. Setiap kali pelajar berjaya melakukan sesuatu aktiviti ataupun memberikan respon yang betul atau baik maka ia perlu diberikan ganjaran untuk mengekalkan minat pelajar bagi meneruskan pembelajaran berikutnya.

27 2.12 Penggunaan Teori Kolaboratif-Integrasi Sebagai Model Kajian

Berdasarkan ke tiga-tiga teori yang telah dibincangkan di atas, didapati bahawa Teori Kolaboratif-Integrasi adalah bersesuaian dengan kajian yang akan dijalankan. Ini adalah disebabkan, teori ini mementingkan aspek peranan yang dimainkan setiap ahli kumpulan. Mereka akan bekerjasama untuk berkongsi maklumat bagi mendapatkan pencapaian yang lebih baik. Jadi bersesuaian dengan kajian yang akan dijalankan berkenaan dengan pembelajaran koperatif, kajian akan melihat sejauh mana peranan setiap faktor seperti diri sendiri, rakan sebaya, guru, suasana pembelajaran memainkan peranan dalam mempengaruhi amalan pembelajaran koperatif. Model kajian ditunjukkan dalam Rajah 2.1.

Faktor Diri Sendiri

Faktor Rakan Sebaya

Faktor Guru

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan secara pembelajaran koperatif

Faktor demografi iaitu : Jantina Bangsa, Bilangan AdikBeradik, Tahap Pendidikan Ibu Bapa Pekerjaan Ibu Bapa

Teori KolaboratifIntegrasi

Faktor Suasana Pembelajaran

Perubahan Tingkah laku Pelajar Dalam Pembelajaran

Rajah 2.1:Model Kerangka Kajian Tentang Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Amalan Pembelajaran Koperatif Menurut Teori Kolaboratif-Integrasi

28 2.13 Kajian-Kajian Lepas

Kajian-kajian lepas yang dirujuk adalah kajian yang dijalankan dalam bidang pembelajaran koperatif dan yang berkaitan dengannya bagi memperolehi fakta-fakta yang dapat menyokong kajian ini.

Kajian secara eksperimen tentang pembelajaran koperatif dapat menerapkan nilai murni: bekerjasama, berdikari, kasih sayang, kebersihan mental, kebersihan fizikal, kejujuran, kerajinan dan rasional.dalam mata pelajaran Sains telah dijalankan oleh Nor Azizah Salleh (2001). Eksperimen ini telah dijalankan ke atas 990 orang pelajar Tingkatan dua daripada 12 buah sekolah di Selangor diambil sebagai sampel dalam kajian. Hasil kajian telah menunjukkan semua nilai murni dapat diterapkan secara signifikan (p = 0.05. Ini bermakna hipotesis nol dua diterima. Dalam kata lain ianya menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor rakan sebaya dengan jantina.

Berdasarkan jadual 4.17. Dapatan kajian juga mendapati bahawa nilai signifikan bagi guru ialah nilai p= 0.107. Memandangkan nilai p lebih besar daripada nilai = 0.05. hipotesis nol tiga diterima. Secara tidak langsung ianya menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor rakan sebaya dengan jantina.

Dapatan kajian yang diperolehi daripada jadual 4.17 juga mendapati nilai signifikan bagi suasana pembelajaran ialah 0.04 < = 0.05. Hipotesis nol empat

73 ditolak dan ianya menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor suasana pembelajaran dengan jantina

Secara keseluruhannya daripada dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa hipotesis nol satu dan nol empat ditolak. Dengan ini, dapat dirumuskan terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor diri sendiri dan suasana pembelajaran dengan jantina. Manakala hipotesis nol dua dan nol tiga diterima. Ini bermakna tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor rakan sebaya dan faktor guru dengan jantina.

74

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

Dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan dan menyimpulkan keputusan kajian secara keseluruhan. Perbincangan ini berdasarkan kepada dapatan persoalan kajian dan hipotesis kajian yang telah dikemukakan dalam bab empat iaitu tentang faktor-faktor yangmempengaruhi amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Selain itu, cadangan untuk kajian selanjutnya juga disertakan bersama dalam bab ini, bagi membolehkan maklumat terperinci dihasilkan dan pada masa yang sama, kajian seumpama ini dapat diperbaiki pada masa hadapan.

5.2

Perbincangan Hasil Kajian

Perbincangan tentang hasil kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:-

5.2.1

Perbincangan latar belakang responden

5.2.2

Perbincangan hasil kajian bagi faktor diri sendiri merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif.

5.2.3

Perbincangan hasil kajian bagi rakan sebaya merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif.

75 5.2.4 Perbincangan hasil kajian bagi faktor guru merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif.

5.2.5

Perbincangan hasil kajian bagi faktor suasana pembelajaran merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif.

5.2.6

Perbincangan hasil kajian berdasarkan hipotesis kajian seperti berikut:-

Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor diri sendiri dengan jantina.

Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor rakan sebaya dengan jantina.

Ho3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor guru dengan jantina.

Ho4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor suasana pembelajaran dengan jantina.

5.2.1

Perbincangan Latar Belakang Responden

Kajian ini melibatkan 132 orang responden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Kesemua pelajar ini dipilih dipilih secara rawak mudah dari kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Di mana persampelan rawak mudah ialah proses mencabut sampel di mana-mana unit secara individu dan langsung melalui proses yang rawak. Ia sesuai digunakan apabila populasi mempunyai sifat yang hampir seragam.

Hasil daripada kajian ini mendapati terdapat 28 orang atau (21.2 peratus) pelajar yang berada di kelas Arcturus. Manakala yang berada di dalam kelas

76 Al-Nilam seramai 27 orang atau (20.5 peratus), Alhena dan Adhara yang mempunyai bilangan responden yang sama iaitu seramai 26 orang atau (19.7 peratus) dan kelas Alnair yang mempunyai bilangan responden seramai 25 orang atau (18.9 peratus). Ini bermakna kelas Arcturus mempunyai bilangan pelajar yang ramai berbanding dengan kelas-kelas yang lain.

Melalui kajian ini juga mendapati 65 orang responden atau (49.2 peratus) orang daripada mereka adalah lelaki dan 67 orang responden atau (50.8 peratus) orang adalah perempuan.

Dapatan kajian juga mendapati bahawa bangsa Melayu iaitu 122 orang atau (92.4 peratus) dan bangsa India iaitu sepuluh orang atau (10 peratus) daripada jumlah bilangan responden. Analisis data juga menunjukkan bahawa majoriti bilangan adik beradik mempunyai bilangan adik beradik seramai empat orang iaitu seramai 32 orang atau ( 24.2 peratus). Manakala, majoriti bagi tahap pendidikan bagi ibu dan bapa adalah pada tahap SPM sahaja.

5.2.2

Perbincangan Hasil Kajian Bagi Faktor Diri Sendiri Merupakan Faktor Yang Paling Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif.

Dapatan kajian mendapati responden telah memberikan maklum balas yang positif bagi faktor diri sendiri. Ini bertepatan dengan nilai min keseluruhan iaitu 3.88 dengan sisihan piawai 0.52. Selain daripada itu, dapatan kajian menunjukan bahawa 93 orang atau (70.5 peratus) bersetuju menyatakan bahawa faktor diri sendiri berada di tahap yang tinggi. Manakala, terdapat 39 orang atau (29.5 peratus) menyatakan bahawa faktor diri sendiri berada di tahap yang sederhana. Ini menunjukkan bahawa faktor diri sendiri merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif.

77 Pernyataan tersebut diperkuatkan lagi dengan dapatan kajian Tok Hoon Seng (2006), tentang pembelajaran koperatif adalah satu usaha untuk mengelompokkan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kebolehan ke dalam kumpulan kecil demi menuju ke arah sasaran umum. Dapatan kajian ini menunjukkan pendekatan pembelajaran koperatif memainkan peranan yang penting dalam penguasaan Bahasa Inggeris di dalam kelas.

Kebanyakkan responden menyatakan setuju bahawa pelajar yang memberi bantuan dan sokongan serta semangat kepada ahli yang lain dapat menghasilkan pencapaian individu yang maksimum. Ini adalah bersesuaian dengan pendapat Meor Ibrahim (2000) yang menyatakan bahawa untuk memastikan matlamat pembelajaran koperatif tercapai, sebagai seorang pelajar perlu memainkan peranan seperti bekerja secara bersama dalam kumpulan. Selain itu juga, setiap pelajar perlu terlibat secara aktif di dalam aktiviti yang dilakukan. Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan pernyataan yang menyatakan bahawa responden suka membantu rakan yang lain, mendapat min yang kedua tertinggi iaitu 4.26 dengan sisihan piawai 0.82.

Pembelajaran koperatif boleh berlaku apabila pelajar bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan daripada guru. Ini diperkukuhkan dengan pendapat Effandi Zakaria (1998), yang menyatakan bahawa pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran dimana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil. Ini selari dengan pernyataan yang menunjukkan nilai min yang ketiga tertinggi iaitu 4.08 dengan sisihan piawai 0.81 yang mana menyatakan bahawa responden selalu berkongsi idea dengan rakan-rakan.

Hasil daripada dapatan kajian juga menunjukkan nilai min untuk setiap item bagi persoalan kajian mempunyai nilai min yang tinggi. Ini secara tidak langsung memberi gambaran bahawa faktor diri sendiri merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif. Sebagaimana menurut Slavin (1990), semua kaedah pembelajaran koperatif memerlukan pelajar

78 bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka sendiri selain daripada pembelajaran rakan-rakan sepasukan yang lain.

5.2.3

Perbincangan Hasil Kajian Bagi Rakan Sebaya Merupakan Faktor Yang Paling Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif

Dapatan kajian mendapati bahawa faktor rakan sebaya merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif. Melalui dapatan kajian yang diperolehi dari penganalisaan maka dapat dinyatakan bahawa responden telah memberikan maklum balas yang positif bagi faktor rakan sebaya. Ini bertepatan dengan nilai min keseluruhan iaitu 4.18 dengan sisihan piawai 0.47. Selain daripada itu, dapatan kajian menunjukan bahawa 98 orang atau (74.2 peratus) bersetuju menyatakan bahawa faktor rakan sebaya berada di tahap yang tinggi. Manakala terdapat 34 orang atau (25.8 peratus) menyatakan bahawa faktor rakan sebaya berada di tahap yang sederhana. Ini menunjukkan bahawa faktor rakan sebaya merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif.

Dalam pembelajaran koperatif peluang untuk berkerjasama dan berinteraksi sesama rakan sebaya adalah tinggi berbanding dengan pembelajaran tradisional. Kesan daripada ini akan menyebabkan pelajar dapat menerima maklumbalas yang boleh memudahkan kefahaman mereka semasa pembelajaran berlaku. Ini diperkukuhkan dengan pendapat Johnson & Johson (1985) yang menyatakan bahawa pelajar lain yang membantu proses pembelajaran pelajar lain dengan berkongsi maklumat, berbincang, mengajar apa yang diketahui dan menggalakkan mereka untuk pencapaian yang lebih baik. Ini bertepatan dengan pernyataan bahawa rakan sering membantu responden di dalam pelajaran dalam menerangkan sesuatu yang kurang difahami di dalam kelas menunjukkan nilai min yang ketiga tertinggi iaitu 4.08 dengan sisihan piawai 0.81.

Pernyataan ini turut disokong oleh Ghafari Awang (1997), sikap dan minat seseorang tetap dipengaruhi oleh rakan sebaya. Rakan sebaya dapat membantu

79 individu meningkatkan kemahiran interaksi dan komunikasi antara individu. Rakan sebaya yang baik akhlak ketika belajar bersama-sama akan mengembangkan tingkah laku yang positif dan sebaliknya jika rakan sebaya adalah buruk akhlak. Ini selari dengan pernyataan bahawa responden sentiasa membuat persediaan awal sebelum pengajaran dan pembelajaran berlaku bersama dengan rakan.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa interaksi yang terjadi semasa pembelajaran koperatif diadakan telah dapat dikembangkan dengan baik. Suasana pembelajaran lebih menyeronokkan dan memberi peluang kepada pelajar untuk untuk memperkembangkan kognitif mereka. Ini diperkukuhkan dengan pendapat Kagan (1992) menyatakan bahawa kebaikan pembelajaran koperatif kepada pelajar adalah berinteraksi dengan orang lain menggalakkan seseorang menyusun semula pemikiran mereka, misalnya meringkas, menjelas dan memberi contoh. Penyusunan semula kognitif ini menambah pemikiran peringkat tinggi. Ini selari dengan pendapat Rohani Abdul Hamid (1998), yang menyatakan bahawa pembelajaran koperatif yang diamalkan oleh pelajar akan dapat membantu mereka membina pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran secara individu.

5.2.4

Perbincangan Hasil Kajian Bagi Faktor Guru Merupakan Faktor Yang Paling Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif

Dapatan kajian mendapati bahawa faktor guru merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif. Berdasarkan penganalisaan terhadap persoalan kajian di atas, dapatan kajian menunjukkan bahawa responden telah memberikan maklum balas yang positif bagi faktor guru. Ini bertepatan dengan nilai min keseluruhan adalah tinggi iaitu 4.17 dengan sisihan piawai 0.48. Selain daripada itu, dapatan kajian juga menunjukan bahawa 114 orang atau (86.4 peratus) bersetuju menyatakan bahawa faktor guru berada di tahap yang tinggi. Manakala, terdapat 18 orang atau (13.6 peratus) menyatakan bahawa faktor guru berada di tahap

80 yang sederhana. Ini menunjukkan bahawa faktor guru merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif.

Di dalam amalan pembelajaran koperatif, guru yang cekap dan berwibawa dapat mencorakkan pengajarannya dengan baik. Secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan pelajar, menjadikan pembelajaran menarik dan disukai pelajar, menghidupkan semangat dan sentiasa memberi rangsangan kepada pelajarpelajarnya untuk berusaha dan bercita-cita tinggi.

Pernyataan ini turut disokong oleh Abdul Rahim (1999) yang menyatakan bahawa kemahiran pedagogi, kebolehan intelektual, kepakaran profesional dan sikap positif yang ditunjukkan oleh guru terhadap tugas dan tanggungjawabnya mendapat penghargaan yang tinggi daripada pelajar-pelajar. Secara tidak langsung akan dapat menghidupkan suasana dan keadaan yang mendorong kepada kemajuan pelajar.

Ini diperkukuhkan lagi dengan Teori Konstruktivisme yang menyatakan bahawa untuk membantu pelajar membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Ini bertepatan dengan pernyataan bahawa guru yang sentiasa memberi penerangan yang jelas terhadap isi pelajaran yang kurang difahami oleh pelajar akan menggalakkan mereka untuk pencapaian yang lebih baik.

Pernyataan tersebut diperkuatkan lagi dengan dapatan kajian oleh Linda Tiong Ming (2004), yang menyatakan bahawa tahap pemahaman konsep pelajar dalam matapelajaran Sains Tingkatan Empat di daerah Sibu, Sarawak yang mengikuti pengajaran guru secara koperatif kaedah Jigsaw dengan yang mengikuti secara tradisional adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah pembelajaran tradisional.

81 5.2.5 Perbincangan Hasil Kajian Bagi Faktor Suasana Pembelajaran Merupakan Faktor Yang Paling Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif

Dapatan kajian mendapati bahawa faktor suasana pembelajaran merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif. Berdasarkan penganalisaan terhadap persoalan kajian di atas, dapatan kajian menunjukkan bahawa responden telah memberikan maklum balas yang positif bagi faktor suasana pembelajaran. Ini bertepatan dengan nilai min keseluruhan adalah tinggi iaitu 4.17 dengan sisihan piawai 0.48. Selain daripada itu, dapatan kajian juga menunjukan bahawa 115 orang atau (87.1 peratus) bersetuju menyatakan bahawa faktor suasana pembelajaran berada di tahap yang tinggi.

Manakala, terdapat 17 orang atau (12.9 peratus) menyatakan bahawa faktor suasana pembelajaran berada di tahap yang sederhana. Ini menunjukkan bahawa faktor suasana pembelajaran merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif.

Pernyataan ini turut disokong oleh Abdul Rahim (1999) yang menyatakan bahawa amalan pembelajaran koperatif menuntut suasana dan keadaan bilik darjah yang menarik, kreatif dan aktif. Kebolehan seseorang guru kelas mengguna dan menguruskan ruang yang terhad untuk mewujudkan keselesaan dan kecekapan pengurusan bilik darjah akan memberikan kesan kepada keadaan dan suasana bilik darjah.

Menurut Ahmad Md Sharif (1994), pengajaran dan pembelajaran yang dikatakan menarik ialah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar dan berkesan iaitu di mana pengajaran tersebut berpusatkan pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi, berkomunikasi, mengalami dan menghayati proses pembelajaran yang lebih berkesan. Ini bertepatan dengan pernyataan bahawa pembelajaran yang aktif dapat membantu responden dalam meningkatkan pemahaman terhadap sesuatu

82 pelajaran dengan nilai min keseluruhan yang tinggi iaitu 4.45 dengan sisihan piawai 0.75.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan, segala tugas dapat diselesaikan mengikut jadual, sifat tanggungjawab, tolong menolong, tolenrasi, kerajinan, kerjasama dan kebersihan dapat dipupuk dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan apabila suasana pembelajaran menyeronokkan. Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya. Ini adalah bersesuaian dengan Teori Tingkahlaku yang menyatakan bahawa keadaan ini dapat diwujudkan dengan dengan menyediakan aktiviti-aktiviti tertentu yang melibatkan pelajar secara aktif seperti perbincangan dalam kumpulan.

Ini diperkukuhkan dengan pendapat Ee Meng (1990) yang menyatakan bahawa pengurusan kelas terutamanya pengurusan aktiviti kumpulan yang diuruskan dengan baik dapat memupuk semangat kerjasama, sikap tolenrasi dan hormatmenghormati di kalangan murid dapat menghidupkan suasana dan keadaan ini yang akan mendorong kepada kemajuan pelajar.

5.2.6

Perbincangan Hasil Kajian Berdasarkan Hipotesis Kajian

Berdasarkan hasil kajian menunjukkan nilai signifikan bagi diri sendiri dengan jantina adalah 0.01 dengan aras signifikan 0.05. Hal ini menunjukkan hipotesis nol satu ditolak dan ianya menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor diri sendiri dengan jantina. Ini menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa jantina mempengaruhi dalam menentukan faktor diri sebagai faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif. Secara umumnya, responden dalam kajian ini terdiri daripada lelaki dan perempuan yang belajar di dalam satu kelas berdasarkan pencapaian akademik. Kebanyakan pelajar mempunyai cara belajar yang berlainan.

83 Ini diperkukuhkan dengan pendapat Khairuddin Khalil (1996) yang menyatakan bahawa para pelajar adalah seorang individu. Mereka mempunyai rasa, hati, fikiran dan perasaan serta mampu membentuk motivasi dalam dirinya. Menurut Mat Khailil (2000), pelajar lelaki dan perempuan mempunyai dimensi yang berbeza dari sudut pandangan dan priotiriti sendiri dalam menentukan cara pembelajaran yang sesuai. Ini adalah bersesuaian dengan teori konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubah suai realiti tersebut.

Berdasarkan hasil kajian juga menunjukkan nilai signifikan bagi rakan sebaya dengan jantina adalah 0.107 dengan aras signifikan 0.05. Hal ini menunjukkan hipotesis nol dua diterima dan ianya menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor rakan sebaya dengan jantina. Ini menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa rakan sebaya tidak mempengaruhi dalam menentukan faktor rakan sebaya sebagai faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif. Hal ini berlaku mungkin kerana pelajar-pelajar lebih rapat dengan rakan sebaya tanpa mengira jantina. Mereka lebih selesa untuk berkerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, bahkan untuk rakan-rakan yang lain.

Hasil kajian ini turut disokong oleh Tok Hoon Seng (2006) yang menyatakan bahawa pembelajaran koperatif adalah satu usaha untuk mengelompokkan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kebolehan ke dalam kumpulan kecil demi menuju ke arah sasaran umum. Pernyataan tersebut diperkuatkan lagi dengan dapatan kajian oleh oleh Siti Hajar Abd Hamid (2007) yang menunjukkan bahawa penggunaan kaedah pembelajaran secara koperatif dapat membantu pelajar dan guru di sekolah dalam usaha untuk memantapkan strategi pengajaran dan pembelajaran mereka. Pernyataan ini juga turut disokong oleh Noriah Ishak (2004), menyatakan bahawa hubungan dengan rakan sebaya membolehkan pelajar yang menggunakan pembelajaran koperatif menunjukkan prestasi yang tinggi dalam ujian pasca yang dijalankan.

84 Dapatan kajian juga menunjukkan nilai signifikan bagi guru dengan jantina adalah 0.107 dengan aras signifikan 0.05. Hal ini menunjukkan hipotesis nol tiga diterima dan ianya menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor guru dengan jantina. Ini menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa jantina tidak mempengaruhi dalam menentukan faktor guru sebagai faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif. Secara umumnya guru akan sentiasa mencorakkan pengajarannya yang pelbagai semasa pembelajaran koperatif dilaksanakan tanpa mengira jantina pelajarnya. Tujuannya adalah untuk menjadikan sesuatu pembelajaran menarik dan disukai pelajar. Ianya akan menghidupkan semangat dan sentiasa memberi rangsangan kepada pelajar-pelajarnya untuk terus mencapai kecemerlangan. Ini bermakna pembelajaran koperatif wajar digunakan sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam pembelajaran bagi meningkatkan pencapaian pelajar.

Pernyataan ini turut disokong oleh Zaenab Hanim (2004) menyatakan bahawa kemampuan guru menjalankan pembelajaran koperatif sangat rendah dan banyak mengalami masalah pada peringkat awal tindakan namun kemampuan guru tersebut semakin meningkat pada peringkat pusingan akhir. Ini diperkukuhkan dengan pendapat Abdul Rahim (1999) yang menyatakan bahwa guru yang cekap dan berwibawa dapat mencorakkan pengajarannya yang baik, meningkatkan keyakinan pelajar dan menjadikan pembelajaran menarik dan disukai pelajar. Pernyataan tersebut diperkuatkan lagi dengan dapatan kajian oleh Linda Tiong Ming (2004), yang menyatakan bahawa pengajaran guru secara koperatif adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah pembelajaran tradisional.

Dapatan kajian juga menunjukkan nilai signifikan bagi suasana pembelajaran dengan jantina adalah 0.04 dengan aras signifikan 0.05. Hal ini menunjukkan hipotesis nol empat ditolak dan ianya menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor suasana pembelajaran dengan jantina. Ini menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa jantina mempengaruhi dalam menentukan suasana pembelajaran sebagai faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif. Hal ini berlaku mungkin disebabkan terdapat

85 responden yang lebih suka terhadap suasana di dalam bilik darjah yang menarik, kreatif dan aktif. Tujuannya adalah untuk mewujudkan keselesaan semasa pembelajaran koperatif dilaksanakan.

Pernyataan ini turut disokong oleh Ee Meng (1990) yang menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah yang baik mewujudkan keadaan-keadaan yang baik serta prosedur yang efektif bagi menjalankan aktiviti-aktiviti secara pantas dan berkesan.

Ini diperkukuhkan lagi dengan pendapat Abdul Rahim (1999), yang menyatakan bahawa keadaan di dalam bilik darjah, pelajar-pelajar yang berdisplin adalah penting untuk menghasilkan pencapaian objektif pengajaran yang berkesan. Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya. Ini juga adalah bersesuaian dengan prinsip-prinsip teori behaviorisme yang menyatakan bahawa keadaan tersebut dapat diwujudkan dengan dengan menyediakan aktiviti-aktiviti tertentu yang melibatkan pelajar secara aktif seperti perbincangan dalam kumpulan.

5.3

Rumusan

Hasil daripada dapatan kajian yang telah dijalankan ini, didapati bahawa faktor rakan sebaya merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Dapatan menunjukan nilai min keseluruhan iaitu 4.18 dengan sisihan piawai 0.47. Secara keseluruhannya jawapan yang diberikan oleh responden adalah positif. Ini menunjukkan responden menyatakan faktor rakan sebaya berada di tahap yang tinggi.

Berdasarkan kepada analisis kajian didapati bahawa faktor demografi iaitu jantina turut mempunyai perkaitan dalam menentukan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab

86 Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Di mana melalui penganalisaan yang dibuat didapati pelajar lelaki atau perempuan tidak menganggap perbezaan jantina membataskan pergaulan di antara mereka bagi mencapai kejayaan di dalam pembelajaran. Ini adalah kerana rakan sebaya dapat membantu dalam menggalakkan mereka untuk pencapaian yang lebih baik. Selain itu juga, kerjasama mudah diwujudkan di antara mereka adalah kerana mereka tinggal di asrama. Ini membolehkan mereka mengulangkaji pelajaran atau berkerjasama tanpa mengira masa.

Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan bahawa faktor-faktor seperti diri sendiri, guru dan suasana pembelajaran membantu di dalam amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hanya terdapat perbezaan yang kecil di antara keempat-empat faktor yang mempengaruhi amalan pembelajaran koperatif. Ini bermakna untuk menjayakan sesuatu amalan pembelajaran koperatif, pelajar-pelajar perlu saling bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan daripada guru bagi menghasilkan proses pembelajaran yang lebih berkesan.

5.4

Cadangan

Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan keberkesanan amalan pembelajaran koperatif. Diharapkan cadangan kajian ini dapat dijadikan garis panduan oleh pihak-pihak yang berkenaan untuk menilai kembali perlaksanaan pembelajaran koperatif yang diadakan di sekolah-sekolah.

Bagi menjayakan perlaksanaan pembelajaran koperatif, ianya memerlukan beberapa aspek diberi perhatian. Guru yang ingin melaksanakan strategi pembelajaran jenis ini perlu membuat perancangan pengajaran yang rapi supaya

87 waktu pengajaran mencukupi. Selain itu juga, agihan tugas yang sesuai diberikan kepada pelajar supaya pelajar berupaya melibatkan diri secara koperatif dan membentuk suasana persaingan yang sihat. Guru yang melaksanakan kaedah pembelajaran koperatif hendaklah berhati-hati supaya dapat memastikan bahawa pelajar menerima arahan yang boleh memberikan perkembangan pelajaran yang lengkap, berpeluang untuk berinteraksi secara aktif di antara satu sama lain. Guru yang dipertanggungjawab untuk melaksanakan pembelajaran koperatif perlu diberi pendedahan atau kursus dalam kaedah pembelajaran koperatif supaya mereka dapat memberikan komitmen yang lebih tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diadakan.

Persekitaran pembelajaran yang kondusif juga perlu disediakan bagi peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran tidak hanya berlegar dalam bilik darjah dengan hanya menggunakan buku teks sahaja tetapi diperluaskan ke seluruh dunia dengan menggunakan internet dan bahan multimedia.

Penyelidik juga mencadangkan penggunaan waktu berkembar digunakan untuk setiap sesi pembelajaran yang diadakan. Jumlah waktu yang diperuntukkan iaitu lebih kurang 55 hingga 60 minit supaya perbincangan dapat dijalankan dengan selesa.

Cadangan kepada para pelajar agar semangat kerjasama perlu dipupuk melalui semua mata pelajaran. Pemupukannya juga dapat dilakukan melalui aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat. Pemupukan semangat kerjasama bertujuan untuk melahirkan individu yang mempunyai semangat berkerjasama seterusnya dapat meningkatkan pretasi pembelajaran dan hubungan sosial. Selain itu juga, para pelajar perlu mengikuti perubahan pada masa kini iaitu menuntut setiap individu meningkatkan ilmu pengetahuan, latihan dan kemahiran supaya tidak ketinggalan dalam arus perdana pendidikan negara. Antara pendekatan yang digunakan ialah mengikuti seminar dan kursus yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

88 Bahagian Pendidikan yang bertanggungjawab untuk menyelia sekolahsekolah supaya dapat menganjurkan kursus-kursus berkaitan teknologi pendidikan supaya guru-guru dapat memiliki kemahiran merancang pengajaran, menyediakan bahan-bahan, mempelbagaikan strategi pengajaran dan mampu menguruskan bilik darjah.

5.5

Cadangan Kajian Lanjutan

Pembelajaran koperatif adalah satu bidang yang berfaedah untuk dikaji secara lanjut di masa akan datang. Masih terdapat banyak kajian harus dilakukan berkaitan dengan pembelajaran koperatif di negara kita. Beberapa cadangan untuk kajian lanjutan supaya kajian yang akan dibuat akan lebih mendalam lagi. Ini termasuklah responden kajian tidak dihadkan kepada pelajar peringkat sekolah sahaja tetapi boleh melibatkan pelajar dari institusi pengajian tinggi yang lain. Kajian juga diperluaskan kepada banyak sekolah. Kajian selanjutnya boleh dibuat dengan menggunakan responden dari kawasan bandar dan luar bandar. Kajian ini juga harus dijalankan kepada pelajar yang bercapaian rendah.

5.6

Kesimpulan

Pendidikan merupakan satu bidang yang pe