full fyp i report

34
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN MESIN MONEY CHANGER. Dewasa kini, perkhidmatan dobi layan diri semakin berkembang pesat di negara ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Perkhidmatan ini juga turut disediakan diasrama Institut Pengajian Tinggi (IPT) sebagai memenuhi keperluan harian pelajar untuk membasuh pakaian. Selain itu, perkhidmatan ini menjadi inisiatif kepada IPT untuk mendapatkan modal sampingan. Perkhidmatan ini selalunya mengenakan bayaran menggunakan duit syiling untuk membuat satu basuhan. Maka, menjadi satu masalah kepada para pelajar apabila mereka sukar untuk menyediakan atau menukar duit syiling secukupnya pada luar waktu pejabat kerana kiosk atau koperasi telah ditutup. Oleh hal yang demikian, money changerdapat menyelesaikan masalah para pelajar yang ingin menggunakan mesin basuh. Mesin ini berfungsi dengan menerima wang kertas 1

Upload: danial-sudirman

Post on 10-Nov-2015

146 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

mesin tukaran wang, money changer, bv 20, bil acceptor, arduino,, final year project report

TRANSCRIPT

Pengenalan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1PENGENALAN MESIN MONEY CHANGER.

Dewasa kini, perkhidmatan dobi layan diri semakin berkembang pesat di negara ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Perkhidmatan ini juga turut disediakan diasrama Institut Pengajian Tinggi (IPT) sebagai memenuhi keperluan harian pelajar untuk membasuh pakaian. Selain itu, perkhidmatan ini menjadi inisiatif kepada IPT untuk mendapatkan modal sampingan.

Perkhidmatan ini selalunya mengenakan bayaran menggunakan duit syiling untuk membuat satu basuhan. Maka, menjadi satu masalah kepada para pelajar apabila mereka sukar untuk menyediakan atau menukar duit syiling secukupnya pada luar waktu pejabat kerana kiosk atau koperasi telah ditutup.

Oleh hal yang demikian, money changer dapat menyelesaikan masalah para pelajar yang ingin menggunakan mesin basuh. Mesin ini berfungsi dengan menerima wang kertas dan akan mengeluarkan duit syiling yang sama nilai. Maka, masalah di atas dapat diselesaikan. 17

1.2PENYATAAN MASALAH

1. Kesukaran pelajar untuk menyediakan duit syiling. Sukar untuk menyedia dan menukar duit syiling secukupnya apabila ingin membuat basuhan.

2. Jurujual mengambil masa untuk mengira duit syiling supaya mendapat nilai yang sama. Perlu mengira semula duit syiling setiap kali menukar wang kertas.

3. Mengambil masa untuk menukar duit syiling. Pelajar perlu bergerak kantin, koperasi atau kiosk dan beratur panjang semata-mata untuk menukar duit syiling. Proses penukaran syling menjadi lambat kerana premis perniagaan tidak fokus pada penukaran duit.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1. Menukarkan wang kertas Ringgit Malaysia kepada duit syiling bernilai 50sen. Penggunaan 50 sen memudahkan pelajar untuk membuat satu basuhan dengan harga RM 2.50

2. Mengira bilangan duit syiling yang dikeluarkan sama nilai dengan wang kertas. Jurujual tidak perlu mengira satu-persatu syling untuk penukaran.

3. Mengambil masa selama 10 saat bagi setiap RM1. Pelajar dapat menukar duit syiling lebih cepat berbanding pergi ke premis perniagaan untuk menukar duit.

1.4SKOP PROJEK

Skop atau had perlaksanaan projek perlu dibuat sebagai rujukan bagi memastikan setiap perlaksanaan projek tidak terkeluar dari objektif yang ingin dicapai. Skop perlaksanaan projek ditetapkan berdasarkan objektif atau matlamat projek.

Masukan bagi money changer ialah RM1 dan RM5 sahaja.

Keluaran bagi money changer ialah duit syiling Malaysia yang bernilai 50 sen baru dan 50 sen lama.

Keluaran bagi money changer akan mengeluarkan nilai duit syiling yang sama dengan nilai wang kertas pada masukan.

Controller yang digunakan adalah Arduino MEGA 2560.

Komponen yang digunakan untuk menerima wang kertas adalah bill acceptor yang berupaya mengesan wang kertas.

Mekanisma yang digunakan untuk mengeluarkan duit syiling dari mesin adalah coin dispenser yang di operasikan oleh analog micro plastic gear servo motor.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Tajuk ini menerangkan tentang mesin yang berkaitan dengan projek ini iaitu money changer. Selain itu, tajuk ini mengandungi kajian mengenai mekanisma yang telah digunakan dalam membina mesin sedia ada.

2.2DEFINISI

Change machine ialah mesin yang menukarkan satu bentuk wang kepada bentuk yang lain, biasanya tukaran wang kertas kepada duit syiling. Mesin ini tidak memerlukan operator atau pekerja untuk beroperasi.

2.3FUNGSIMoney changer menyediakan perkhidmatan untuk menukar wang pengguna. Mesin ini boleh menukarkan wang kertas kepada pelbagai saiz duit syiling. Selepas memasukkan wang kertas, duit syiling dengan nilai yang sama akan keluar di bahagian keluaran mesin.

2.4SEJARAHAhli Matematik Hero (215SM) telah mencipta mesin layan diri pertama di Alexandria, Mesir. Mereka memperkenalkan mesin yang menerima duit syiling dan kemudian mengeluarkan sejumlah holy water. Selepas itu, Pencipta China (A.D.1076) telah menambah baik mesin layan diri bagi membangunkan mesin menjual pensel yang beroperasi dengan duit syiling.

Anonymous (1880) menyatakan bahawa mesin layan diri yang beroperasi dengan duit syiling moden pertama yang mengeluarkan poskad telah diperkenalkan di London, England. Thomas Adams dari Syarikat Gum (1888) telah membina mesin layan diri yang pertama di Amerika Syarikat. Mesin layan diri ini mengeluarkan kepingan gula-gula getah perisa buah-buahan.

Pada akhir tahun 1920 dan 1930, barangan yang lebih bernilai yang disediakan di dalam mesin layan diri. Contoh produk yang telah dijual dalam mesin layan diri ialah minuman ringan. Pada tahun 1946, penjual kopi telah membangunkan mesin kopi layan diri dan diikuti oleh penjual sandwic dalam peti sejuk pada tahun 1950.

Anonymous (1950), menggunakan konsep mesin layan diri, maka tercetus idea untuk mencipta change machine. Pada awalnya, penukaran wang kertas kepada duit syiling menggunakan mekanisma mudah yang dibawa oleh seorang operator, dan kemudiannya terhasil mesin automasi bagi mesin ini.

Rajah 2.1 Mekanisma mudah money changer

(Amir Safuan : 2008)

2.5JENIS-JENIS CHANGE MACHINE

Terdapat tiga jenis change machine di pasaran iaitu :1. Tukaran wang kertas kepada duit syiling.2. Tukaran duit syiling kepada wang kertas.3. Tukaran wang kertas kepada token.

2.6 MEKANISMA MESIN

Rajah 2.2Peranti menerima wang kertas.Peranti pengesan dalam mesin, mengesan nilai wang kertas yang diterima ke dalamnya dan menghantar isyarat kepada mikro-pemproses. Pemproses kemudian menghantar arahan kepada mekanisma untuk mengeluarkan duit syiling yang sama nilai.

Peranti pengesan wang kertas dan duit syiling ini juga kebiasaannya digunakan di dalam mesin layan diri yang beroperasi dengan menggunakan duit syiling. Peranti ini berkembang dan menjadi mesin yang boleh mengeluarkan duit syiling yang sama nilai tanpa memerlukan juruwang.

Penggunaan mesin terdahulu adalah sama dengan pengunaan yang digunakan pada hari ini, di mana perani pengesan dikehendaki untuk menerima wang kertas dan mengeluarkan duit syiling yang sama nilai. Walau bagaimanapun, mesin-mesin ini berbeza dalam kecanggihan komponen mengikut peredaran masa. Sebagai contoh, mereka menggunakan mekanisma yang mudah untuk mengeluarkan duit syiling seperti tiub panjang yang dipenuhi dengan duit syiling dan mempunyai solenoid yang terletak di bahagian bawah.

Solenoid ini terdiri daripada satu gelung dawai yang dibalut di sekeliling pelocok logam, bertindak seperti penutup tiub tersebut. Apabila wang kertas dimasukan, ia menghantar satu denyutan elektrik melalui gegelung solenoid, yang menyebabkan ia magnetized. Setelah gegelung solenoid magnetized, pelocok akan bergerak, dan membolehkan duit syiling jatuh ke dalam ruang keluaran.

Rajah 2.3 Rotary diskSelain menggunakan konsep solenoid, cakera berputar (rotary disk) di bawah satu tiub yang berisi dengan syiling pula diperkenalkan. Cakera yang berlubang akan berputar pada satu posisi sebagai tindak balas daripada isyarat elektronik dari pemproses. Tindakan ini akan membolehkan duit syiling yang sesuai untuk jatuh ke dalam ruang keluaran.

Mekanisma ini pada asalnya adalah ringkas dan mudah tetapi kemajuan dalam elektronik sejak 30 tahun lalu telah menyebabkan peningkatan yang ketara. Hari ini, change machine yang sangat canggih, dengan penggunaan microcomputer controller pada mesin tersebut. Change machine moden mampu dengan mengeluaran duit syiling dengan cepat dan bijak meneliti dan membezakan wang kertas yang diterima adalah palsu atau mengalami kerosakan.

(Randy Schueller : 2009)

2.7CONTOH PRODUK DI PASARAN

Rajah 2.4Model EC100 dan RHINO dari syarikat Standard Change-Makers Inc.Terdapat banyak pengeluar change machine di negara-negara eropah. Akan tetapi di Malaysia masih belum ada pengeluar yang menghasilkan mesin ini secara komersial. Antara contoh produk di pasaran ialah:

BAB 3

METODOLOGI

3.1PENGENALANBab ini membincangkan konsep projek, spesifikasi reka bentuk, senarai barangan dan kos, pembikinan dan pemasangan, carta alir dan carta garntt perjalanan projek.

3.2KONSEP PROJEK

3.2.1MEKANISMA1. Coin dispenser Menggunakan 5V analog micro servo motor sebagai komponen utama untuk menolak duit syiling. Tempat simpanan duit syiling dan perumah bagi coin dispenser ini adalah di reka berdasarkan idea rekabentuk produk di pasaran.

3.2.2 KOMPONEN UTAMA

1. Arduino Merupakan sejenis microcontroller. Arduino boleh mengesan keadaan sekeliling dengan menerima input daripada pelbagai jenis sensor dan boleh mempengaruhi persekitarannya. Boleh mengawal lampu, motor, dan lain-lain penggerak.

2. BV20 Merupakan peranti menerima wang kertas. Boleh mengesan jenis wang kertas. Mengeluarkan isyarat secara denyutan.3.3SPESIFIKASI REKA BENTUK PROJEK

3.3.1 GAMBAR RAJAH PROJEK

Rajah 3.1Pandangan isometrik.

3.3.2 UKUR LILIT PROJEK

Rajah 3.2PANJANG x LEBAR x TINGGI(400 mm x 400mm x 700mm)

3.4 GAMBAR RAJAH LITAR DAN PROGRAM

3.4.1GAMBAR RAJAH LITAR

Rajah 3.3 Sambungan litar daripada 240V.

3.4.2 SENARAI INPUT DAN OUTPUT.BilInputKuantitiOutputKuantiti

1.Scanner wang kertas1Motor masukan wang kertas1

2.LDR &LED (detect syiling penuh)1DC gearhead motor1

3.LDR &LED (detect last RM 5)1LCD 1

4.LDR &LED ( detect syiling habis)1Analog micro servo gear motor1

5.Switching

Rajah 3.4 Sequence circuit

Rajah 3.5Sambungan motor 12V

Rajah 3.6 Kedudukan IR sensor

Rajah 3.7Sambungan IR sensor

3.4.3PROGRAM

//This code dispences 10 x 10p coins when 1 is inserted.//A coin hopper is attached to a relay on "relayPin". When a coin is released a pulse is generated on the opCountPin.//The code waits for buttonPin to be pressed (1 coin in), turns the relay on and waits for a count of 10 pulses before //turning the relay off.

volatile byte burp=0; // a counter to see how many times the pin has changedbyte cmd=0; // a place to put our serial dataint opCountPin = 2; // pin2 as optical count input int relayPin = 7; // pin7 output relayint buttonPin = 3; //pin3 button pinint buttonState = 0; //reads coin button state

void setup() { Serial.begin(9600); Serial.print("PinChangeInt test2 on pin "); Serial.print(opCountPin); Serial.println(); pinMode(opCountPin, INPUT); //optical count is an input pinMode(relayPin, OUTPUT); // relay is an output pinMode(buttonPin, INPUT); //coin button trigger input digitalWrite(opCountPin, HIGH); //use the internal pullup resistor on the optical input attachInterrupt(0, burpcount, FALLING); // attach a PinChange Interrupt to our pin on the //rising edge// and execute the function burpcount when that pin changes - ALWAYS CHECKING CHANGES }

void loop(){ /*{ cmd=Serial.read(); if (cmd=='p') { Serial.print("burpcount:\t"); Serial.println(burp, DEC); } cmd=0;}*/delay(50);digitalWrite(relayPin, HIGH); //turn off relay - active LOW.buttonState = digitalRead(buttonPin); // read the state of the pushbutton value: if (buttonState == HIGH) // button state high and it has been pressed { digitalWrite(relayPin, LOW); //turn on relay - active LOW. delay(50); burp =0; while (burp < 10) { //do nothing and wait with the relay on } }void burpcount(){ burp++;}

3.5 SENARAI KOMPONEN DAN ANGGARAN KOS

Komponen elektrikal

BILKOMPONENKUANTITIHARGA SEUNIT(RM)JUMLAH HARGA(RM)

1. Plug 3-pin15.005.00

2. Cable( for wiring )Red, blue, black 240 v1m setiap satu10.0030.00

3. Selector switch14.004.00

4. Emergency switch17.007.00

5. MCB (miniature circuit breaker)28.0016.00

6. Power supply 12 v140.0040.00

7. Adapter 5v115.0015.00

8. Bill Acceptor BV 201550.00550.00

9. Pilot lamp65.0030.00

10. Arduino MEGA 2560 board1160.00160.00

11. Analog micro plastic gear servo motor130.0030.00

12. DC gearhead motor270.00140.00

13. Sensor LDR & LED33.009.00

14. Connector 21.002.00

15. Cable tie15.005.00

16. Relay 5v35.0015.00

17. Battery 9v13.003.00

TOTAL (RM)1061

Komponen Mekanikal

BILKOMPONENKUANTITIHARGA SEUNIT (RM)JUMLAH HARGA(RM)

1. Aluminium plate2 pcs/4ft X 4ft X 5mm60.00120.00

1 pcs/ 4ftx4ft3mm60.00120.00

2. Paip besi1pcs/150mm x 23 mm15.0015.00

3. Aluminium angle2m5.0010.00

4. Skru stud10 pcs0.101.00

5. Bold dan nut1kg6.006.00

TOTAL (RM)272.00

BILKomponen Harga

1.Komponen elektrikRM1061.00

2.Komponen mekanikal RM272.00

TOTALRM1333.00

3.6 GRAF CETT, CARTA ALIR DAN KENDALIAN

3.6.1 GRAF CETT

Rajah 3.8 Graf cett bagi kendalian mesin3.6.2 CARTA ALIR

REJECTMENGESAN WANG KERTAS (RM)AMARANPILIHAN 50 BARU ATAU LAMAMENGESAN DUIT SYILING HABISKELUARAN DUIT SYILINGTAMATNONOYESYESMULAMENGESAN DUIT SYILING RM5 TERAKHIR Rajah 3.9 Carta alir bagi kendalian mesin 3.6.2.1 CARA KENDALIAN MESIN MONEY CHANGER

Rajah 3.10 Kedudukan empty sensor di paip silinder.Apabila start button ditekan sensor empty akan mengesan kehadiran duit syiling dalam paip silinder. Jika tiada duit syiling dalam paip silinder, maka push button pemilihan jenis duit syiling tidak boleh ditekan. Lampu indicator akan menyala apabila kehabisan duit syiling.

Rajah 3.11 Peranti BV20Boleh menerima semua jenis wang kertas dalam matawang Malaysia sahaja. Terdapat empat cara untuk masukan wang kertas. Sensor di peranti BV20 kesan wang kertas dan motor dalam BV20 akan rotate untuk sedut wang kertas. Seterusnya nilai wang kertas dikenalpasti dan isyarat dihantar kepada controller arduino untuk di proses.

Rajah 3.12 Coin dispenserNilai wang kertas masukan tadi diproses oleh arduino dan arduino menghantar isyarat kepada analog micro plastic gear servo motor untuk menolak duit syiling mengikut nilai masukan wang kertas.

Rajah 3.13 Coin cupAkhir sekali duit syiling sama nilai dengan wang masukan tadi akan terkumpul dalam coin cup.

3.6.3 CARA KENDALIAN (MEKANISMA DALAM SIMPANAN DUIT SYILING)

Rajah 3.14 Kedudukan sensor fullSensor full adalah untuk mengesan duit syiling yang sudah penuh dalam paip silinder.

Rajah 3.15 Rotary diskRotary disk akan berputar apabila sensor full tidak lagi mengesan kehadiran duit syiling. Fungsi rotary disk ini adalah untuk memastikan duit syiling masuk ke dalam paip silinder dalam keaadan yang betul dan tidak tersangkut dalam paip silinder.

3.7CARTA GANTT

NoAKTIVITI

TEMPOHJANGKA MASA(BULAN)

OGOSSEPTOKTNOVDEC

MINGGU12341234123412341234

1Pembentukan kumpulan dan pemilihan penyelia projek.

2Mencari idea untuk tajuk projek.

3Perbincangan tentang idea-idea projek.

4Mencari maklumat mengenai projek.

5Mendapatkan lakaran projek.

6Menyediakan proposal projek.

7Pembentangan projek.

8Penyerahan proposal projek.

3.7.1 CARTA GANTT PROJEK TAHUN AKHIR SEMESTER 4

PERANCANGAN

PELAKSANAAN

NoAKTIVITI TEMPOHJANGKA MASA(BULAN)

JANUARIFEBRUARIMACAPRILMEIJUN

MINGGU123412341234123412341234

1Perbincangan dan pembahagian tugas.

2Mendapatkan bahan dan komponen projek.

3Membuat mekanism utama.

4Memasang bahagian mekanisma dengan perumah.

5Membuat litar elektrikal.

6Troubleshoot..

7Pembentangan.

3.7.2 CARTA GANTT PROJEK TAHUN AKHIR SEMESTER 5

PERANCANGAN

3.8 JANGKAAN HASIL

Setelah kajian dan pemerhatian dilakukan, serba sedikit hasil dan keputusan telah dapat dilihat dari segi penghasilan produk. Jangkaan hasilnya ialah mesin ini telah dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh jurujual dan pelajar. Secara tidak langsung hal ini telah dapat mencapai objektif yang ingin dicapai. Berikut adalah jangkaan hasil mengenai masalah yang dapat diselesaikan setelah projek ini siap.

Penyelesaian masalah:

I. Wang kertas Ringgit Malaysia dapat ditukar kepada duit syiling 50 sen dengan mudah.

II. Juruwang tidak perlu mengira semula duit syiling berulang kali untuk memastikan duit sama nilai dengan wang..

III. Pelajar tidak perlu bergerak ke sesuatu tempat atau beratur panjang untuk menukar wang mereka.

RUJUKAN

1. Amir Safuan bin Alyusi (2008). Development of Vending Machine.Tesis Ijazah Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Kebangsaan Malaysia.

2. "Arduino and BV20 Bill Acceptor/Validator." Programming Questions. 2010. Dipetik pada 12 Jun 2014 dari laman sesawang Arduino.cc: http://forum.arduino.cc/index.php/topic,125119.0.html

3. "Change Machine." Made How. 2002. Dipetik pada2 Oktober 2014 dari laman sesawang Madehow.com:http://www.madehow.com/Volume-4/Change-Machine.html

4. "Vending Machine."How Products Are Made. 2002. Dipetik pada 25 Oktober 2014 dari laman sesawang Encyclopedia.com: http://www.encyclopedia.com/doc/1G2-2897100104.html