jurnal full

36
D Tajuk: Coping dan sambutan daripada orang lain. Nama No. Matrik Program Nor Anis binti Saleh D 20081032365 AT16 Nor Farah Aina bt Ahmad Nazri D 20081032330 AT16 Siti Aishah binti Abdul Latiff D 20081032348 AT16 Nor Rafiah bt Hussin D 20081032374 AT16 Norlela binti Mohammad D 20081032375 AT16 Ummi Mutti ah binti Samiran D 20081032513 AT23 Kursus: Pembangunan Sahsiah Kod Kursus: ULP 1013 Nama Pensyarah: Tn. Hj. Nazri bin Johari Tarikh Serahan: 4 Mac 2009 1

Upload: aesha89

Post on 13-Jun-2015

4.874 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: jurnal full

D

Tajuk: Coping dan sambutan daripada orang lain.

Nama No. Matrik Program

Nor Anis binti Saleh D 20081032365 AT16

Nor Farah Aina bt Ahmad Nazri D 20081032330 AT16

Siti Aishah binti Abdul Latiff D 20081032348 AT16

Nor Rafiah bt Hussin D 20081032374 AT16

Norlela binti Mohammad D 20081032375 AT16

Ummi Mutti’ah binti Samiran D 20081032513 AT23

Kursus: Pembangunan Sahsiah

Kod Kursus: ULP 1013

Nama Pensyarah: Tn. Hj. Nazri bin Johari

Tarikh Serahan: 4 Mac 2009

1

Page 2: jurnal full

ISI KANDUNGAN

Halaman

1) PENDAHULUAN 1

2) STRATEGI MENGAWAL DAN KESANNYA 2-7

3) PERBINCANGAN 8-12

4) FAEDAH 13-14

5) KELEBIHAN JURNAL 14-16

6) KOMEN SECARA KESELURUHAN JURNAL 17-21

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

2

Page 3: jurnal full

1) Pengenalan jurnal

Tajuk: Coping dan sambutan daripada orang lain.

Teresa J.Marin, Susan Holtzman & Anita DeLongis. University of British Columbia. Lynne

Robinson, Dalhousse University.

Menurut kajian, kira-kira 84 keluarga (29 pasangan dan 26 individu) mendapat

sambutan dalam pengawalan iaitu mengendalikan kanak-kanak yang tidak berupaya. Ramai

yang mengambil bahagian dengan mendaftar di samping banyak membuat pertanyaan

tentang mengendalikan orang yang berada dalam kemurungan jiwa. Tambahan lagi, terdapat

banyak sumbangan oleh orang ramai yang mengambil bahagian dengan cara yang lain dalam

kadar sumbangan mereka dalam mengawal secara positif, negatif atau secara semulajadi.

Kajian daripada ramai pengkaji menyarankan tentang memberi perhatian positif untuk

mengawal perhubungan- memberi perhatian terhadap pengawalan dan mengurangkan kesan

negatif tekanan perasaan. Malah, kognitif adalah sangat lemah dalam mengawal tekanan

perasaan dalam memberi perhatian yang positif, tetapi lebih mempunyai perhatian yang

negatif.

3

Page 4: jurnal full

2) Strategi mengawal

Strategi mengawal dan hasilnya.

Tekanan merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal,

emosional dan psikologi. Perkara ini adalah suatu pekara yang biasa. Semua insan

mengalami tekanan sama ada yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan, masa depan

dan sebagainya. Tekanan adalah sesuatu yang dihadapi secara fizikal dan mental. Hal ini

disebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita

sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan

pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak

dijangka. Sebagai respons kepada tekanan harian, badan kita secara automatik menambahkan

tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan, kadar metabolisme dan aliran darah ke otot.

Menurut teori pengawalan identiti terdapat tiga cabang pengendalian iaitu tumpuan perasaan,

tumpuan masalah (Folkman,Lazurus, Guen & Delongis 1986) dan tumpuan perhubungan

(Coyne & Smith, 1991, DeLongis & O’Brien, 1990). Tumpuan emosi terdiri daripada

tingkah laku seseorang dan mereka mempunyai strategi yang tersendiri untuk mengawal

perasaan, contohnya sifat amarah dan menyebabkan berlakunya tekanan perasaan. Perasaan

emosi yang pasif- perasaan terlalu merendah diri pada diri sendiri, suka menjauhkan diri dari

orang lain dan sentiasa berasa sedih iaitu, mengalami tekanan yang terlalu teruk dan sukar

untuk mengatasinya ( Epping-Jordan, Compas & Osawiecki, 1999). Selain itu, terdapat

banyak lagi emosi yang dapat dibina untuk mengatasi tekanan perasaan- tumpuan strategik

iaitu membuat penilaian semula ( Gross & John, 2003) dan persetujuan atau pemahaman

(Stone, Kennedy- Moore & Neale, 1995) meskipun untuk menjadi lebih baik atau sesuai

dengan keadaan.

Perlu kita ingatkan tekanan juga boleh membawa kesan positif. Setiap orang

memerlukan sedikit tekanan untuk membuat kerja dengan cemerlang. Kunci untuk mengawal

tekanan adalah dengan memastikan tahap yang sesuai yang boleh memberi tenaga,

keghairahan, motivasi dan juga mengawal tahap tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan

dan kesejahteraan hidup. Antara isu dan peristiwa yang yang menyebabkan tekanan jiwa

4

Page 5: jurnal full

ialah perasaan tidak mempunyai arah tuju, perasaan tidak dapat mengawal sesuatu keadaan,

rasa bersalah terhadap kelewatan atau kegagalan untuk menyempurnakan komitmen.

Contohnya, terlalu banyak komitmen berbanding dengan masa yang ada, perubahan,

terutamanya perubahan yang anda sendiri tidak buat. Misalnya, berpindah rumah merupakan

keadaan tekanan yang tinggi. Oleh itu, cara yang terbaik untuk mengawal tekanan ialah

dengan membasminya. Ubah tekanan anda kepada satu yang dapat memotivasikan diri anda

dengan memandang sesuatu dengan positif.

Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan atau mengawal tekanan jiwa iaitu

melakukan senaman pernafasan yang memberi banyak manfaat termasuk mengoksigenkan

darah yang dapat mengaktifkan otak, melegakan otot dan mententeramkan minda kita.

Senaman pernafasan adalah sangat berguna kerana ia dapat dibuat di mana-mana sahaja dan

ia membawa kesan positif dengan serta merta. Selain itu, melalui bertafakur (meditation)

iaitu bersendirian tanpa apa-apa gangguan, otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu

yang memajukan kesihatan dapat dibebaskan. Minda yang tenang dan lega membantu anda

mengelakkan tekanan jiwa. Penggambaran atau ‘visualization’ juga dapat membantu anda

mengawal tekanan perasaan iaitu dengan membayangkan kita mencapai tujuan dan cita-cita

anda untuk memperoleh sesuatu. Pengurutan atau ‘massage’- terapi pengurutan dapat

mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan

kecerdasan minda anda. Kelegaan otot- iaitu dengan berbaring, bersenang-senang dalam

masa tiga minit. Latihan ini boleh dibuat di mana-mana sahaja dan ini dapat membantu anda

berasa tenang dengan cepat dan mudah. Mendengar muzik- kerana muzik yang sesuai boleh

mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda.

Pengurusan masa- kenalpastikan kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu

jadual supaya anda dapat menyiapkan mengikut keutamaan. Kesan tekanan bergantung

kepada bagaimana kita memandangnya- sikap terhadap sesuatu keadaan.

Walaubagaimanapun, keadaan ini tidak sejajar menerusi penulisan. Contohnya,

matlamat untuk mengatasi tekanan perasaan hendaklah mempunyai strategik yang berfaedah

5

Page 6: jurnal full

(Bonanno, Keltner, Holen & Horowitz, 1995). Tambahan lagi, ketidaksamaan persekitaran

yang efektif akan mempengaruhi pendapat yang berbeza yang akan memnyebabkan masalah

ini tidak dapat dikawal dengan sistematik. Masalah- menjelaskan strategi untuk mengawal

tekanan perasaan dengan adanya aktiviti seperti perancangan dan mencari maklumat bagi

mengatasi masalah tekanan perasaan. Umumnya, kaedah ini mempunyai pengawalan yang

seimbang untuk mengatasinya. Walau bagaimanapun, pengkaji menyarankan pembabitan

dengan masyarakat iaitu dengan bersosial dapat mengurangkan masalah tekanan. Selain itu,

perkara yang lebih penting ialah strategik dan rasional dapat memberi faedah kepada pesakit

yang mengalami masalah tekanan perasaan yang kritikal contohnya, kegagalan dalam

akademik (Band & Weisz, 1988) berbanding sesetengah peristiwa yang lain lebih sukar

untuk mengawalnya contohnya di bawah pengawalan perubatan (Weisz, Mc Cabe &

Denning, 1994).

Hubungan- tumpuan untuk mengawal dirujukkan kepada kesantunan atau budi bicara

dalam pengawalan utama pada tata laksana, pengawalan atau menyeimbangkan hubungan

ketika masa ketegangan (O’Brien & DeLongis, 1997). Kajian yang lepas menyokong

keberkesanan strategik, khususnya dalam konteks tekanan yang bersifat kumpulan iaitu

ramai orang mengalami tekanan. Contohnya, percubaan untuk mengawal tumpuan ke atas

menyeimbangkan hubungan dalam masa perkahwinan dan tekanan keluarga, contohnya

kekosongan tumpuan hendaklah bercampur dengan mengurangkan tekanan dalam rumah

tangga dan masalah keluarga setiap masa ( DeLongis & Holtzman, 2005). Pengawalan

perasaan yang kosong hendaklah diatasi dengan meningkatkan hubungan antara suami isteri.

Oleh itu, antara pengawalannya ialah sentiasa menerima sebarang perubahan dengan sikap

yang wajar iaitu sentiasa bersikap terbuka terhadap apa jua perubahan yang berlaku di

kalangan suami isteri. Mereka hendaklah bersikap realistik terhadap segala perubahan dan

mampu menerima keadaan yang berada di luar kawalan mereka. Selain itu, sentiasa bersikap

positif dalam persekitaran yang mencabar dengan pelbagai dugaan persekitaran.

6

Page 7: jurnal full

Antara pengawalan lain yang dikaji oleh pengkaji ialah ramai masyarakat yang sudah

berkerja mengalami tekanan di tempat kerja. Oleh itu, antara pengawalan yang boleh dibuat

ialah mereka hendaklah bersikap realistik terhadap pekerjaan atau tanggunjawab mereka.

Antaranya ialah mereka hendaklah mengakui kekuatan dan kelemahan diri, sentiasa

berfikiran positif, cuba melakukan yang terbaik di dalam pekerjaan dan yang paling penting

ialah memupuk sikap seronok bekerja di tempat kerja. Selain itu, untuk mengurangkan

tekanan ketika menjalankan tugas ialah seseorang itu hendaklah sentiasa merancang kerja

mereka iaitu kendalikan masa dengan bijak. Oleh itu, mereka hendaklah memberi

keutamanan pada kerja yang lebih penting dan jangan sentiasa membiasakan diri dengan

menangguh kerja. Elakkan daripada membawa kerja pulang ke rumah dan bijak

mengagihkan kerja dengan baik.

Kebanyakan pengetahuan masyarakat kita sekarang menurut reaksi atau pendapat

mereka mengenai usaha dalam mengawal tekanan perasaan ialah datang daripada pelajaran

seseorang individu. Mereka yang pernah mengalami peristiwa hitam dalam hidup mereka

akan mengalami trauma yang teruk yang akan menyebabkan mereka mengalami tekanan

perasaan (contohnya: Lepore, Silver, Wortman & Wagment,1996). Cara yang dapat

mengawal tekanan perasaan mereka ialah mereka akan berkongsi pengalaman meraka

dengan orang lain. Kajian menyarankan, pesakit menyampaikan pengalaman trauma mereka

kepada orang ramai bagi mereka menyesuaikan diri dengan masyarakat dan lebih

berkeyakinan berhadapan dengan orang ramai. Justeru itu, untuk mengawal tekanan perasaan

ialah seseorang itu mestilah menyemai semangat bermasyarakat iaitu menjalankan

persahabatan dengan rakan-rakan. Antaranya ialah senaraikan individu dan organisasi yang

mampu membantu anda menangani sebarang masalah. Selain itu, seseorang pesakit boleh

berkongsi masalah mereka dengan orang yang sedia mendengar dan boleh dipercayai dan

mereka hendaklah sentiasa meluangkan masa untuk membantu rakan mereka yang

bermasalah mengikut pengalaman yang pernah dialami sebelum ini.

7

Page 8: jurnal full

Desakan sosial untuk bercakap tentang pengalaman mereka telah dikesan mempunyai

implikasai yang negatif apabila menceritakan semula pengalaman trauma yang pernah

dialami. Sebagai contoh, apabila kehilangan orang yang tersayang, mereka telah mendapat

sambutan yang negatif daripada keluarga dan rakan. Mereka tidak mahu menanggung

tanggungjawab untuk memelihara seseorang yang telah kehilangan keluarga. Antara cara lain

yang dapat mengawal masalah ini ialah sentiasa mengamalkan komunikasi yang berkesan,

biarlah bersikap lembut tetapi tegas daripada bersikap agresif. Mereka hendaklah sentiasa

meluahkan pendapat dengan penuh sopan, tegas dan jelas dan kita hendaklah menghormati

pandangan rakan lain. Oleh itu, dengan sentiasa mengamalkan komunikasi ini dalam

kehidupan, kita dapat mengurangkan jumlah masyarakat yang mengalami tekanan perasaan.

Selain itu, antara cara lain yang dapat mengawal tekanan perasaan ialah sentiasa

mengamalkan cara hidup sihat. Kita hendaklah meluangkan masa untuk berehat dan

bertenang iaitu sentiasa bersenam, pemakanan yang sihat, tidur yang mencukupi, tidak

merokok, jauhi diri dari arak dan dadah, amalkan nilai-nilai murni dan yang paling penting

ialah berpegang teguh kepada ajaran agama.

Kajian dalam tindak balas antara pesakit ‘arthritis rheumatoid’ dan mengambil tahu

dalam persamaan panduan dan penutupnya (Griffin,Friend, Kaell & Bennett, 2001).

Umumnya, apabila pesakit mengalami tekanan emosi yang negatif, mereka merasai perasaan

ambil tahu daripada orang lain sebagai sesuatu yang negatif (contohnya, perasaan ingin

marah dan tekanan jiwa). Pesakit menjadikan peningkatan yang negatif yang akan

menambahkan penyakitnya. Dalam persamaan, apabila seseorang pesakit itu mengambil tahu

yang lebih positif, oleh itu perasaan emosi tidak akan menguasai kesihatan mereka.

Pengarang menyarankan satu corak kepada pesakit bagi mengawal tekanan dan juga

pandangan negatif mereka iaitu menyediakan kepada mengurangkan tekanan jiwa yang akan

merosakkan sekiranya pesakit tidak bergantung kepada orang lain atau sokongan daripada

rakan. Oleh itu, sambutan yang penuh bermakna daripada orang lain untuk menangani adalah

lebih penting dalam menyelesaikan masalah dalam persekitaran perkahwinan dan

kesudahannya kedua-dua akan menjadi rakan, sekiranya mereka dapat mengawal tekanan

perasaan di dalam rumah tangga.

8

Page 9: jurnal full

Masalah kanak-kanak yang tidak upaya ialah mereka sering berada dalam tekanan

dengan masalah sosial, ekonomi dan kehendak yang berlebihan (Dyson,1993). Keluarga

yang mempunyai anak yang mengalami penyakit yang kronik umumnya melaporkan mereka

mengalami tekanan yang amat teruk daripada orang yang mempunyai anak yang sihat

(Hortan & Wallander, 2001). Perubahan hendaklah dikaji, sekurang-kurangnya bagi setiap

bahagian bagaimana keluarga mengatasi tekanan dalam pelbagai cabaran.

Walaubagaimanapun, ketidaksejajaran menuntut hubungan antara mengawal di dalam

keadaan keluarga yang baik terhadap anak yang berkeupayaan dalam pergaulannya

(Beresford, 1994). Oleh itu, perkara yang paling penting yang perlu diambil tahu ialah faktor

kenapa mengalami tekanan perasaan. Seperti pandangan orang lain terhadap sambutan untuk

mengawal iaitu dapat mempengaruhi pengawalan yang efektif terhadap keluarga.

9

Page 10: jurnal full

3) Perbincangan

Perbincangan strategi mengawal tekanan perasaan.

Kajian berpuluh tahun lalu telah menunjukkan bahawa pemeriksaan dalam setiap

individu dalam berhadapan dengan tekanan sebenarnya berguna dalam meramal masalah

psychological adjustment sehinggalah kepada kegiatan tekanan serta keadaannya. Walau

bagaimanapun, hasil penemuan dalam penyelidikan sekarang, menyarankan bahawa

walaupun seseorang individu menggunakan teknik yang sama dalam mengatasi tekanan,

namun keberkesanannya secara relektif oleh strategi ini barangkali berubah-ubah bergantung

kepada konteks sosial dengan cara apa mereka terlibat.

Apabila diambil pasangan suami isteri yang membesarkan anak yang tidak

berkemampuan, dapat dilihat bahawa kebanyakan dari mereka memberi respon dalam

membantu mengatasi dan hal ini sebenarnya mempunyai kaitan dalam menurunkan aras

tekanan psychological. Walaupun pelbagai cara telah digunakan untuk mengatasi tekanan

dan kesengsaraan yang diramalkan, hubungan antara faktor ini dikatakan berbeza

berdasarkan tanggapan terhadap reaksi pasangan suami isteri. Seperti yang diharapkan, lebih

kerap penggunaan reproach coping dikaitkan dengan aras tekanan jiwa yang lebih tinggi.

Selain itu, apabila keempat-empat strategi mengatasi digunakan pada model yang sama,

reproach coping adalah satu-satunya strategi yang bebas dari dikaitkan dengan tekanan.

Reproach coping menyatukan satu kumpulan strategi yang melibatkan tindakan

antagonis terhadap diri dan lain-lain strategi yang melibatkan tindakan antagonis terhadap

diri dan lain-lain. Strategi ini dilihat mempunyai hubungan yang konsisten dalam memberi

hasil yang negatif dalam kajian yang lepas. (Epping-Jordan (1999), Griffin (2001). Yang

mengejutkan, cara mengatasi melalui relationship-focused coping dikatakan mempunyai

hubungan dengan aras kemurungan yang tinggi. Bagaimanapun, interaksi antara kawalan

relationship-focused coping dengan tanggapan terhadap tindak balas pasangan suami isteri

10

Page 11: jurnal full

menunjukkan bahawa keberkesanan strategi ini boleh ditentukan melalui persekitaran sosial,

di mana kegunaan relationship-focused coping dalam konteks tindak balas suami isteri yang

dilihat negatif telah dikaitkan kemurungan jiwa yang teruk. Jika dibandingkan, kegunaan

teknik relationship-focused coping dalam konteks tindak balas suami isteri yang positif tidak

dikaitkan dengan kemurungan jiwa.

Corak ini dilihat konsisten dengan kajian terdahulu terhadap pasangan yang

mencadangkan bahawa keuntungan menyesuaikan diri (seseorang yang sanggup beri respon

dalam cara yang membina apabila rakan berkelakuan negatif ) mungkin bergantung sehingga

pada tahap seseorang menemui respon itu dalam pasangan masing-masing( O’Brien &

DeLongis,1997; Rusbult, Verette, Whitney, Slovik, & Lipkus, 1991). Penemuan kami

mencadangkan jika keluarga sibuk dalam usaha mereka melengkapkan kehidupan mereka

dan jika si suami atau isteri tidak membalas usaha ini, ia akan menyebabkan kenaikan dalam

arus kemurungan. Penemuan menyarankan bahawa kegunaan pembentukan kognitif semula

untuk mengawal pemberi tekanan mungkin berkesan dalam mengurangkan aras kemurungan

jiwa, tapi dalam syarat-syarat tertentu di bawah respon positif dari si suami atau isteri. Di

antara ibu bapa yang dilaporkan memberi respon negatif daripada si suami atau isteri,

kegunaan pembentukan semula kognitif dikaitkan dengan aras kemurungan yang lebih tinggi.

Penemuan ini konsisten dengan kajian terdahulu yang membuktikan bahawa keuntungan

ekspresi yang terlalu mengikut perasaan akan hilang bila usaha bertemu dengan galakan yang

tidak memberansangkan ataupun critical ear. (DeLongis ,1986; Lepore 1996)

Sebaliknya, dalam strategi mengawal fokus-hubungan dan emosi, hubungan di antara

kawalan dalam masalah dan kemurungan tidak dipengaruhi oleh persepsi respon suami atau

isteri dalam mengatasi masalah ini. Kegagalan dalam memenuhi peranan untuk pasangan

masing-masing untuk beri respon mungkin memberi refleks kepada kenyataan di mana

jawapan kepada masalah ini ataupun berusaha merealisasikan rancangan yang mungkin

dibawa secara bebas oleh pasangan masing-masing.

11

Page 12: jurnal full

Sebagai tambahan kepada penemuan berhubung dengan kesan pasangan suami isteri

memberi respon kepada cara mengatasi, kita juga menemui bahawa pasangan suami isteri

yang negatif memberi respon kepada cara untuk mengatasi masalah ini sebenarnya

mempunyai kaitan dengan kemurungan jiwa yang tinggi. Penemuan ini konsisten antara

ketidakpuasan dengan sokongan dan kejiwaan yang negatif dan kesihatan fizikal (Holtzman,

Newth & DeLongis, 2004; House, Landis, & Umberson, 1988; Walen & Latchman,2000).

Walaupun hipotesis utama disokong dengan data, namun masih ada batasnya

terhadap penyelidikan itu. Pertama, peserta yang mengalami kemurungan yang teruk

berkemungkinan akan lebih suka mentafsirkan respon dari pasangan suami isteri sebagai

sesuatu yang negatif. Keterangan ini konsisten dengan literature yang menyarankan bahawa

emosi pertama barangkali mempengaruhi persepsi industri sosial yang kabur. (Cohen,

Towbes, & Flocco,1988). Kajian pada masa lampau juga telah menemui hubungan antara

kemurungan dengan konflik perkahwinan, di mana simptom kemurungan pasangan boleh

berlaku kepada perilaku yang bersifat menolak pasangan masing-masing dan sebaliknya

(Benazon & Coyne,2000; Coyne, Thompson, & Palmer,2002). Oleh itu, penemuan ini

menjelaskan pada sebahagian hubungan satu hala antara kemurungan dan respon negatif

antara pasangan suami isteri.

Tambahan lagi, kemurungan mungkin mempengaruhi cara mengatasi sehinggalah

kepada meramal respon orang lain. Sebagai contoh, kemurungan mungkin membawa kepada

respon negatif daripada pasangan suami isteri apabila kemurungan dikaitkan dengan

penggunaan reproach coping yang besar. Sebaliknya, jika individu mengalami tahap

kemurungan yang tinggi, tetapi berupaya menggunakan relationship-focused coping, maka

pasangan suami isteri tadi akan kurang memberi respon dalam cara yang negatif. Kajian kini

akan memberi manfaat dalam menguji hubungan antara mengawal, dan kemurungan apabila

merentasi masa menggunakan cara harian.

12

Page 13: jurnal full

Kedua, ibu bapa perlu pelajari cara mengingatkan anak-anak yang ketidakmampuan

dan terdapat variasi dalam kehidupan, waktu dan kesederhanaan dalam laporan stressor.

Dalam kaitan pada yang ketidakmampuan yang kuat, kita tidak mampu menguji sama ada

impak mengatasi dan respon orang lain berubah dengan ketidakupayaan yang pelbagai.

Kajian lebih lanjut diperlukan untuk menyiasat sama ada proses dyadic coping dipengaruhi

oleh faktor sebegitu. Sebagai contoh, berdasarkan kepada hipotesis stress-buffering bagi

sokongan sosial (Cohen & Wills,1985), pasangan suami isteri memberi respon untuk

mengatasi mungkin dilihat lebih penting untuk kesejahteraan di antara ibu bapa yang

mengalami bebanan yang tinggi yang berkait dengan permintaan caregiving. Maklumat ini

mungkin berguna dalam mengetahui keluarga mana yang akan memberi manfaat yang lebih

daripada campur tangan klinik. Sehingga tahap tertentu, penemuan kami telah disamaratakan

kepada ibu bapa yang membesarkan anak-anak yang tidak berkemampuan juga memerlukan

penyiasatan lanjut.

Ketiga, setelah ditaksirkan respon pasangan suami isteri untuk mengawal

menggunakan nilai skala yang tepat, kami kekurangan informasi mengenai peserta kami yang

mempertimbangkan sama ada untuk menyokong ataupun tidak dalam berhadapan dengan

caregiving stress. Tindak balas tertentu berkemungkinan dianggap lebih berfaedah daripada

yang lain dan mungkin bergantung kepada strategi khusus yang digunakan. Misalnya, jika

suami atau isteri mengawal dengan tidak mempedulikan salah seorang daripada mereka (iaitu

reproach coping) mereka mungkin lebih menyukai pasangan mereka mencuba untuk

melibatkan diri dalam perbincangan yang terselindung di sebalik kemarahan dan kekecewaan

mereka berbanding tidak mempedulikan tabiat atau cuba mengubah topik. Dalam erti kata

lain, jika suami isteri mencuba untuk mengawal tekanan, dengan ”cuba melupakan

segalanya” (menjauhkan diri), pasangan akan mendesak untuk perbincangan tentang topik

kemurungan yang mungkin bukan respon yang diingini lebih tepat lagi, mereka mungkin

gemar pasangan mereka menahan diri daripada membangkitkan isu atau mungkin mereka

menawarkan beberapa jenis gangguan.

13

Page 14: jurnal full

Kajian masa hadapan yang mungkin menguntungkan diperoleh daripada maklumat

tambahan berhubung dengan tingkah laku suami isteri yang spesifik ditafsirkan sebagai

respon positif melawan respon negatif, sehingga kepada satu tahap tindak balas yang diingini

berbeza dari sisi caregiving stressor. Penemuan ini mungkin membantu sesama sendiri untuk

mengatasi cabaran dalam membesarkan anak yang tidak berkemampuan. Akhirnya,

disebabkan hanya 62 peratus ibu bapa dijemput untuk melibatkan diri dalam kegiatan ini,

maka mungkin penemuan kami dipengaruhi oleh seleksi diri. Hal ini mungkin terjadi kerana

ibu bapa yang biasa sahaja mengembalikan senarai soalan. Bagaimanapun, kita tiada sebab

untuk percaya bahawa tindak balas orang lain tidak memberi kesan kepada hasil mengawal

tekanan kepada mereka yang kebanyakannya mengalami tekanan. Namun begitu, future

work perlu untuk menjelaskan sehingga tahap kepada pengalaman individu yang pelbagai

jenis tekanannya merentasi stressor yang berbeza.

Meskipun terdapat batasan, sorotan daripada penemuan kini memberitahu

kepentingan memahami bagaimana individu merasakan respon kepada orang lain

sehinggalah kepada usaha mereka dalam mengatasi hal ini, dan bagaimana tanggapan orang

ramai mungkin mempengaruhi kesejahteraan dan keberkesanan dalam mengatasi

kemurungan. Kajian ini juga memberikan bimbingan berhubung dengan respon yang dirasai

oleh orang lain ketika cuba mengatasi masalah ini. Penemuan kami mencadangkan bahawa

campur tangan psycho-educational dianggap ke arah teaching coping skills kemungkinan

besar akan jadi lebih berkesan jika kepentingan orang lain dimasukkan dalam proses

perawatan. Para doktor mungkin telah meletakkan pesakit yang gagal jika mereka

menggalakkan mereka menggunakan cara yang dapat menyesuaikan diri dalam mengatasi hal

ini tanpa mempertimbangkan konteks sosial yang telah biasa mereka gunakan. Kajian ini

telah menjumpai bukti untuk keunggulan campur tangan dalam psychological coping untuk

pesakit yang menghidap radang sendi termasuklah pasangan suami isteri. Diberi alam

komunal bagi banyak stressor yang dihadapi oleh ibu bapa yang membesarkan anak dengan

penuh kekurangan, kita mengharapkan bahawa pendekatan didikan dalam mengatasi

kemahiran campur tangan akan lebih penting dalam memastikan hasil yang terbaik bagi

populasi ini.

14

Page 15: jurnal full

4) Faedah

Tekanan merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal,

emosional dan psikologi. Perkara ini adalah suatu pekara yang biasa. Semua insan

mengalami tekanan sama ada yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan, masa depan

dan sebagainya. Tekanan adalah sesuatu yang dihadapi secara fizikal dan mental. Hal ini

disebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita

sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan

pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak

dijangka. Sebagai respons kepada tekanan harian, badan kita secara automatik menambahkan

tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan, kadar metabolisme dan aliran darah ke otot.

Menurut teori pengawalan identiti terdapat tiga cabang pengendalian iaitu tumpuan perasaan,

tumpuan masalah (Folkman,Lazurus, Guen & Delongis 1986) dan tumpuan perhubungan

(Coyne & Smith, 1991, DeLongis & O’Brien, 1990).

Dalam jurnal ini, kami memperoleh beberapa faedah yang cuba disampaikan iaitu

cara untuk menghadapi dan mengatasi tekanan. Tekanan juga mampu mendatangkan kesan

positif terhadap diri seseorang kerana tekanan mampu membuatkan seseorang menjalankan

sesuatu kerja dengan cemerlang. Walau bagaimanapun, sekiranya tekanan tersebut tidak

dikurangkan dan diatasi dengan baik, seseorang itu berkemungkinan berhadapan dengan

masalah jiwa yang serius. Oleh itu, menghadapi dan mengatasi tekanan dengan baik adalah

penting supaya masalah yang dihadapi tidak menjadi semakin serius. Antara cara yang

dicadangkan untuk menghadapi dan mengatasi tekanan dalam jurnal ini ialah dengan

melakukan senaman pernafasan. Senaman ini mampu mendatangkan kesegaran kepada otak

kita dan membuatkan kita dapat berfikir dan baik. Selain itu, bertafakur juga merupakan satu

cara untuk mengawal tekanan kerana mampu menatur semula pernafasan kita dengan baik.

Di samping itu, teknik penggambaran juga mampu mendatangkan rasa tenang dalam

diri seseorang dengan menggambarkan seseorang yang disayangi atau pemandangan yang

disukai secara perlahan-lahan. Pengurutan juga mampu memberikan ketenangan kepada

seseorang yang sednag menghadapi tekana kerana pengurutan mampu melancarkan

pengaliran darah dalam tubuh di samping mampu melegakan otot-otot yang penat bekerja.

Secara tidak langsung, oksigen yang sampai ke otak dengan baik mampu membuatkan

15

Page 16: jurnal full

seseorang dapat berfikir dengan rasional. Selain itu, mendengar muzik juga merupakan terapi

yang berkesan untuk mengurangkan tekanan seseorang kerana muzik yang tenang mampu

menenangkan jiwa dan minda. Pengurusan masa yang baik juga adalah penting supaya kerja

yang ditugaskan dapat disiapkan pada masanya dan sekaligus mengurangkan tekanan kerja

yang dilakukan. Di samping itu, memandang sesuatu perkara secara positif juga mampu

memberikan ketenangan jiwa dalam diri seseorang.

5) Kelebihan

Kanak-kanak istimewa boleh digolongkan di dalam kategori mereka yang mengalami

masalah biologikal sama ada diwarisi melalui kedua ibu bapa ataupun diwarisi melalui faktor

persekitaran. Kebanyakan kanak-kanak yang telah didiagnosis, sebanyak 31% mengalami

kelumpuhan, 28% mengalami kecatatan pada tulang belakang sejak kelahiran lagi yang

menjadikan seseorang itu lumpuh, 11% mengalami masalah pendengaran dan baki sebanyak

38% mengalami kecacatan lain seperti masalah visual, sawan babi dan lain-lain kecacatan.

Jika dilihat dari luarannya, kanak-kanak istimewa ini tidak ada beza dengan kanak-kanak

normal yang lain. Namun, sebenarnya mereka ini mempunyai masalah pembelajaran yang

memerlukan perhatian yang lebih daripada kanak-kanak biasa. Sekali imbas, wajah mereka

normal, malah mereka boleh bertutur, mendengar, memahami dan cukup sifat, namun di

sebalik itu ada kekurangannya yang harus diberi sokongan dan bantuan.

Perkara yang dapat diaplikasikan melalui jurnal ini kepada kehidupan harian kita

ialah ianya dapat memberi tunjuk ajar kepada ibu bapa kepada kanak-kanak istimewa ini

ataupun individu lain tentang cara-cara penjagaan yang sistematik dan berkesan kepada

kanak-kanak tersebut. Dengan ini, ibu bapa perlulah memahami emosi kanak-kanak istimewa

tersebut di dalam melayan karenah mereka. Apa yang penting sekali adalah kesabaran dan

ketabahan dalam mendidik mereka. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya,

pelepasan cukai berganda diberikan disertai rebet untuk membeli peralatan khas untuk

kegunaan sendiri, anak, dan ibu bapa orang kurang upaya.

16

Page 17: jurnal full

Di samping itu, dengan wujudnya kelas-kelas tertentu di sekolah menengah mahupun

sekolah rendah yang menyediakan pelajaran khas untuk kanak-kanak istimewa ini akan

membolehkan mereka seiring bersaing dengan kanak-kanak normal yang lain dalam

menghadapi dunia yang kian maju pembangunannya. Kelas-kelas yang diwujudkan ini akan

memberi pelajaran tentang cara-cara untuk berkomunikasi dengan individu lain. Dengan itu,

masalah kecacatan bukan lagi menjadi faktor utama bagi kanak-kanak ini untuk

berkomunikasi dengan individu lain. Antara contoh yang kita boleh lihat di sini ialah dengan

penubuhan Pusat Pembangunan Potensi (CADS) yang ditubuhkan pada tahun 2003 yang lalu.

Pertubuhan ini ditubuhkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan sekumpulan ibu

bapa, ahli akademik dan sebahagian individu yang prihatin dengan kanak bermasalah dalam

pembelajaran. Pusat Perkembangan CADS ini mula beroperasi penuh pada 2004 khusus

untuk menempatkan kanak-kanak yang menghidap ‘celebral palsy’, hiperaktif, Sindrom

Down dan disleksia. Pihak kerajaan juga telah menunjukkan keprihatinan dengan

menyediakan sebuah premis yang sesuai untuk dijadikan tempat bagi pertubuhan ini

menjalankan aktiviti-aktivitinya. Selain sumbangan daripada pihak kerajaan, Baitulmal

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) juga telah memberi sumbangan

sebanyak RM120,000 kepada Persatuan Pusat Pembangunan Potensi (CADS) dalam satu

majlis ringkas di pejabat Baitulmal pada November 2008 yang lalu. Selain itu, pada masa

kini terdapat juga kursus-kursus di universiti yang menawarkan pengajaran dalam bidang ini

yang menjanjikan pendapatan yang seiring dengan profesion perguruan yang lain.

Tambahan pula, melalui jurnal ini, ianya dapat memberi peluang kepada ibu bapa

untuk memahami dengan lebih lagi tentang anak-anak mereka. Mereka harus memberikan

galakan yang positif kepada anak-anak mereka untuk berjaya pada masa yang akan datang.

Contoh yang kita boleh lihat di sini ialah pada era ini, terdapat ramai individu yang kurang

upaya atau nama lainnya OKU boleh menjejakkan kaki ke menara gading sekaligus

menjawat jawatan yang tinggi samada di dalam sektor kerajaan mahupun sektor swasta. Ini

membuktikan bahawa setiap orang boleh berjaya dan kejayaan bukan hanya bergantung

kepada faktor fizikal semata-mata tetapi apa yang lebih penting ialah semangat yang kental

17

Page 18: jurnal full

untuk berjaya dan juga harga diri bagi individu itu sendiri seperti kata Nathaniel Branden

iaitu “ Harga diri ialah faktor utama yang menentukan kejayaan atau kegagalan setiap orang

sebagai seorang insan” (Harga Diri : 1997).

Di samping itu, melalui jurnal ini juga kita dapat mengetahui bahawa kecacatan dapat

dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu seperti kecacatan pada bahagian telinga dan juga

sebagainya. Hospital-hospital kerajaan dan juga swasta telah pun diwujudkan untuk

mengenalpasti jenis-jenis kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak ini di samping wujudnya

pusat-pusat kesihatan yang menyediakan rawatan khusus untuk masalah kecacatan ini. Tidak

lain juga teknologi yang semakin pesat pada masa kini memberi peluang kepada mereka

yang mengalami masalah kecacatan seperti bibir sumbing dan masalah pendengaran untuk

mendapatkan rawatan dan kembali normal tetapi memerlukan kos yang agak tinggi di dalam

usaha pemulihan tersebut. Kanak-kanak kurang upaya juga dikecualikan bayaran di Hospital

Kerajaan, tidak termasuk Hospital Universiti dan Institusi, serta tidak termasuk bayaran wad

kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan.

18

Page 19: jurnal full

6) Komen secara keseluruhan terhadap jurnal

Tekanan berlaku dalam semua aspek kehidupan. Adakalanya stress membawa kesan yang

positif dan individu yang mengalami tekanan positif akan merasa lebih bersemangat untuk

menghadapi kehidupan. Tidak kurangnya juga stress yang membawa kesan negatif dan

individu yang mengalami stress negatif akan merasa sangat tertekan dan hilang kemampuan

untuk berfungsi secara optima.

Stress boleh dilihat secara positif atau dikenali dengan nama eustress. Dalam

percintaan(melibatkan pasangan suami isteri) stress positif lazimnya akan merangsang

perasaan kasih sayang yang lebih mendalam dan membina ikatan perhubungan yang lebih

kukuh. Ini kerana eustress boleh dianggap sebagai cabaran dan dugaan yang menguji

kekuatan kasih antara dua insan. Namun demikian stress negatif atau distress juga sering

wujud menyebabkan pasangan mula berkonflik dan secara tidak langsung menghakis tenaga

dan perasaan cinta yang ada antara satu sama lain. Distress ini boleh memisahkan pasangan

sekiranya langkah-langkah yang sepatutnya tidak diambil untuk memperbaiki hubungan

tersebut.

Dalam jurnal ini, ia memberitahu tentang bagaimana kita boleh mengatasi tekanan

dalam percintaan lebih-lebih lagi bagi pasangan suami isteri. Percintaan juga boleh

mengakibatkan stress yang tidak kurang hebatnya. Stress negatif dalam percintaan akan

memalapkan api kemesraan dan mungkin memusnahkan perhubungan cinta tersebut

sekiranya tidak ditangani dengan segera dan berkesan. Oleh itu, jurnal ini bertujuan untuk

meningkatkan kefahaman tentang stress di kalangan pasangan yang bercinta dan membantu

mereka melengkapi diri dengan cara-cara menangani stress antara pasangan suami isteri

yang bakal mahupun yang mempunyai anak yang kurang upaya dalam kehidupan mereka.

Ia juga akan membincangkan perkara-perkara yang perlu dielakkan bersama pasangan agar

stress dapat dikurangkan atau dielakkan sama sekali. Akhir sekali, jurnal ini akan

membincangkan beberapa teknik pengurusan stress yang praktikal dan berkesan untuk

membantu individu yang sedang atau merancang untuk membina hubungan yang mesra dan

berkekalan.

19

Page 20: jurnal full

Dalam kes hubungan suami isteri, untuk memastikan mereka dapat menangani stress

dengan baik, mereka seharusnya tahu tentang punca-punca atau stressor yang terlibat.

Tanpa mengetahui punca-punca atau stressor kaedah menangani stress tidak dapat

dijalankan dengan sempurna. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan stress

samada ianya telah dijangkakan atau tidak dijangkakan oleh pasangan yang terlibat. Lebih

elok sekiranya kedua-dua pasangan tersebut peka terhadap punca-punca ini agar dapat

saling membantu menangani stress yang berlaku. Ini akan membantu membentuk

keharmonian dan mengeratkan lagi kasih sayang antara pasangan. Berikut adalah antara

punca-punca stress atau stressor yang biasa berlaku dalam pasangan suami isteri.

Kebanyakan pasangan yang suami isteri pastinya akan mengharapkan hubungan

yang berkekalan. Namun alam perkahwinan, walau seindah mana pun tetap akan diwarnai

dengan pelbagai cabaran dan dugaan dan stress adalah sebahagian daripadanya. Stress akan

berlaku kepada setiap orang yang bercinta disebabkan keunikan individu, perbezaan

pendapat, cara hidup dan perpektif yang berlainan tentang hidup. Stress yang berlarutan dan

tidak ditangani dengan baik akan menimbulkan simptom-simpton stress yang lazim.

Sekiranya dibiarkan melarat akan memudaratkan kesihatan fizikal dan mental. Ada individu

yang terpaksa mendapatkan khidmat kaunseling atau yang lebih serius perlu mendapatkan

perkhidmatan psikiatri untuk membantu mereka menangani stress.

Oleh itu kefahaman tentang stressor dan cara-cara menanganinya haruslah diketahui oleh

setiap individu samada mereka sedang berada di alam percintaan atau tidak. Malah stress

dalam hubungan percintaan juga dapat dielakkan sekiranya pasangan tahu perkara-perkara

perlu diambil berat dalam sesuatu perhubungan. Oleh kerana stress adalah perkara biasa

dalam kehidupan, maka setiap individu perlu lebih peka tentang semua aspek berkaitan

stress agar hidup berpasangan lebih bermakna dan berkekalan. Hubungan percintaan dalam

perkahwinan harus dibajai dengan sikap-sikap positif dan langkah-langkah menangani

stress yang berkesan agar cinta tetap subur selama-lamanya.

20

Page 21: jurnal full

Dalam kes tekanan dalam menjaga anak yang kurang upaya pula, secara amnya

kanak-kanak kurang upaya didefinisikan sebagai kanak-kanak istimewa yang mempunyai

kesukaran atau ketidakupayaan fizikal, mengalami kesukaran dalam pembelajaran atau

masalah tingkah laku atau kedua-duanya. Kanak-kanak tersebut memerlukan rawatan dan

penjagaan yang lebih dan khusus untuk memenuhi potensi mereka. Memiliki anak kurang

upaya membentuk pelbagai reaksi dan penerimaan di kalangan ahli keluarga. Begitu juga

dengan tekanan yang bakal dihadapi oleh ahli keluarga tersebut. Meskipun Malaysia

merupakan sebuah negara yang sedang membangun, namun kemudahan dan akses yang

disediakan untuk golongan kurang upaya masih kurang diberi perhatian. Hal ini secara tidak

langsung membentuk perasaan bimbang di kalangan ibu bapa dalam mengurus dan

memikirkan tentang masa depan dan nasib anak kurang upaya mereka. Tanpa kita sedari

juga, kita mungkin terlupa untuk memikirkan perasaan dan nasib anak kurang upaya itu

sendiri.

Kesedihan merupakan reaksi biasa yang ditunjukkan oleh ibu bapa apabila

mengathui bahawa mereka memiliki anak kurang upaya. Dalam melalui proses kesedihan

(grieving), ibu bapa biasanya menjadi marah, tertekan atau tenggelam dalam kesedihan dan

dipenuhi dengan rasa bersalah. Kadang kala mereka bertindak untuk menafikan bahawa

mereka memiliki anak-anak kurang upaya, dan menafikan bahawa tidak ada apa-apa yang

kurang terhadap anaknya sama ada dari sudut fizikal mahupun mental. Reaksi tersebut

adalah sesuatu yang normal. Ia akan mempengaruhi emosi dan tingkah laku ibu bapa serta

penerimaan mereka terhadap anak-anak kurang upaya. Pada tahap ini, ibu bapa sangat

memerlukan bantuan dan sokongan untuk membantunya dalam melalui keadaan tersebut.

Dalam menguruskan anak-anak kurang upaya, terdapat pelbagai masalah yang

terpaksa dihadapi oleh ibu bapa. Antara masalah yang sering dihadapi oleh golongan ibu

bapa yang memiliki anak kurang upaya ialah kesukaran anak itu menguruskan dirinya

sendiri. Amalan rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu yang suka membantu

kadang kala tanpa kita sedari, telah membentuk sikap kebergantungan yang tinggi di

kalangan anak-anak kurang upaya kepada orang-orang di sekelilingnya. Sikap ini secara

21

Page 22: jurnal full

tidak langsung tidak menggalakkan anak itu untuk berdikari dan menyesuaikan diri dengan

persekitaran tanpa bantuan sesiapa. Sedar atau tidak, kanak-kanak tersebut akan terus

bergantung dengan bantuan orang-orang di sekelilingnya untuk menguruskan dirinya. Di

Barat, masyarakat di sana sangat mengambil berat tentang komuniti kurang upaya ini.

Namun, mereka lebih menggalakkan golongan kurang upaya untuk berdikari dalam

menguruskan diri mereka sendiri.

Selain itu, antara masalah yang sering dialami oleh golongan kurang upaya dan

keluarganya ialah kemudahan-kemudahan untuk golongan ini, dan akses untuk

menggunakannya. Tidak banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk

kemudahan dan keselesaan masyarakat kurang upaya. Misalnya kemudahan bersukan dan

berekreasi. Begitu juga dengan kemudahan hospitaliti dan kemudahan perubatan. Kita juga

dapat melihat senario di mana terdapat juga sebilangan masyarakat Malaysia yang tidak

mengambil berat dan kurang peka tentang golongan kurang upaya. Kemudahan-kemudahan

seperti kawasan letak kereta khas mahupun tempat duduk khas untuk golongan ini sering

digunakan oleh golong yang sempurna tubuh badannya. Secara tidak langsung, ia

menyukarkan golongan kurang upaya untuk menggunakannya.

Situasi di atas juga telah mendorong kepada pengabaian hak golongan kurang

kurang upaya, tanpa kita sedari. Hal yang lebih memberatkan keadaan apabila anak itu

sendiri turut diabaikan dan dinafikan haknya di dalam sistem kekeluargaan. Senario ini

bukanlah aneh dan mustahil untuk berlaku. Apa lagi sekiranya ibu bapa yang tidak dapat

menerima hakikat bahawa anak mereka tidak sesempurna anak-anak yang lain. Situasi ini

akan mempengaruhi perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak tersebut yang tidak

menerima rangsangan dan galakan yang sepatutnya daripada orang-orang di sekelilingnya.

Pengabaian dan penafian hak juga akan menyebabkan anak-anak kurang upaya tidak

mendapat hak kemudahan untuk belajar dan merangsang diri mereka dengan sewajarnya.

Sungguh pun begitu, permasalahan utama yang timbul adalah penerimaan dan corak

gaya ahli keluarga dalam menangani tekanan dan menyesuaikan diri mereka dengan situasi

22

Page 23: jurnal full

tersebut. Pengurusan sistem kekeluargaan yang berkesan juga amat perlu untuk

mengelakkan daripada berlakunya pengabaian hak ke atas anak-anak yang kurang upaya,

mahupun anak-anak yang lain. Bagi ibu bapa yang bekerja dan berkemampuan, mungkin

tidak akan mengalami masalah yang berat. Namun bagi ibu bapa yang mempunyai status

sosioekonomi (SES) yang rendah, ia agak membebankan. Ibu bapa yang mempunyai status

sosioekonomi yang rendah, dan memiliki anak-anak kurang upaya akan lebih mudah

terdedah kepada tekanan atau depresi.

Jadi, diharapkan agar sesiapa yang mempunyai tekanan yang berkaitan diharapkan

dapat menggunakan isi jurnal ini untuk mengawal tekanan yang mereka hadapi.

Bibliografi

Ida Hartina binti Ahmed Tharbe (2004). Memahami Stress Dalam Hubungan Percintaan. Tesis yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Teresa J. Marin, Susan Holtzman, & Anita Delongis (2007). Coping and the response of others. Dalam Sage Publications (atas talian). Diperoleh pada February 7, 2009 daripada http://spr.sagepub.com

23

Page 24: jurnal full

24