proposal full

31
1.0 Pendahuluan 1.1 Pengenalan Kajian ini memfokuskan kepada pengubahsuaian amalan pengajaran dan pembelajaran guru yang perlu dipertingkatkan melalui penggunaan bahan yang sesuai dan menarik minat murid pemulihan khas. Merujuk buku panduan program pemulihan khas menyebut bahawa Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS) 8502I5IPKIJ1d. V (26) bertarikh 8 Januari 1986 telah mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1984) di dalam Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas mentakrifkan murid pemulihan sebagai mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. Hal ini memberi mesej yang jelas bahawa murid pemulihan perlu 1 | Page

Upload: mohamednaqib

Post on 12-Jan-2016

261 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

y

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal Full

1.0 Pendahuluan

1.1 Pengenalan

Kajian ini memfokuskan kepada pengubahsuaian amalan pengajaran dan

pembelajaran guru yang perlu dipertingkatkan melalui penggunaan bahan yang

sesuai dan menarik minat murid pemulihan khas.

Merujuk buku panduan program pemulihan khas menyebut bahawa

Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS)

8502I5IPKIJ1d. V (26) bertarikh 8 Januari 1986 telah mendefinisikan pengajaran

pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah

pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya

ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah

kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang

ini.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1984) di dalam Garis Panduan

Pelaksanaan Program Pemulihan Khas mentakrifkan murid pemulihan sebagai

mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran

tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkah laku

yang menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap

positif terhadap pembelajaran. Hal ini memberi mesej yang jelas bahawa murid

pemulihan perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Mereka juga merupakan

modal insan yang akan menjadi agen perubahan masyarakat suatu hari nanti.

1 | P a g e

Page 2: Proposal Full

1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang lalu, penyelidik telah

mendapati bahawa pelaksanaan pengajaran bagi mata pelajaran Matematik

dalam kelas Pemulihan di sebuah sekolah di dalam kawasan PKG Pokok Sena

telah berjalan dengan baik. Murid-murid telah diajar dengan pelbagai

pengetahuan dan juga kemahiran berhubung dengan mata pelajaran ini.

Menerusi pemerhatian yang dilakukan, penyelidik juga mendapati bahawa

keadaan bilik pemulihan dipenuhi dengan banyak bahan bantu mengajar yang

menarik. Selain itu juga, bahan-bahan yang disediakan oleh guru pemulihan

sangat menarik minat murid untuk mengaktifkan diri sewaktu sesi pengajaran

dan pembelajaran dijalankan. Keadaan ini menunjukkan kepekaan guru

pemulihan khas untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang mampu

meningkatkan keupayaan murid pemulihan khas.

Namun, seringkali pengkaji dapat melihat bahawa murid – murid

pemulihan ini mempunyai masalah yang hampir sama antara mereka.

Terutamanya dalam subjek matematik. Majoriti murid yang pernah pengkaji ajar

selalunya akan mengalami masalah dalam menguasai kemahiran menolak.

Berdasarkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah jalankan di sekolah

tersebut, saya mendapati bahawa murid – murid pemulihan di sekolah ini juga

begitu lemah dalam kemahiran menolak. Di sekolah tersebut, pengkaji telah

ditugaskan mengajar Kelas Pemulihan Matematik tahun 3. Kelas tersebut

mempunyai 2 orang sahaja. Pengkaji mendapati kedua – dua mereka masih

belum boleh menguasai kemahiran tolak dalam lingkungan 10. Pengkaji

2 | P a g e

Page 3: Proposal Full

mendapati mereka kadangkala keliru jika dengan simbol tolak dan tambah.

Mereka juga tidak tahu bagaimana cara untuk menyelesaikan soalan tolak

menggunakan bentuk lazim. Kebanyakan daripada mereka juga masih

melakukan kesilapan ketika menyusun nombor dari ayat matematik kepada

bentuk lazim.

Umum kita mengetahui bahawa murid pemulihan ini sememangnya murid

yang perlu kita golongkan di dalam kalangan murid yang memerlukan perhatian

khas daripada guru. Sebagai guru pemulihan, pengkaji harus menyedari bahawa

murid murid pemulihan ini tidak mempunyai perkembangan kognitif yang baik.

Ini yang menghalang mereka untuk menguasai kemahiran yang telah dikuasai

oleh rakan – rakan mereka di aliran perdana.

Atas kesedaran itu, pengkaji selaku guru pemulihan telah bertindak

dengan pelbagai cara yang perlu untuk membantu murid pemulihan ini. ( Ishak

dan Koh Boh Boon, 2010 ) menyatakan, pemulihan merupakan perhkidmatan

khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak untuk menghadapi pembelajaran

di sekolah biasa. Oleh itu, seorang guru pemulihan perlu mengajar dengan

menggunakan pelbagai pendekatan kerana murid-murid pemulihan tidak mampu

menguasai kemahiran yang diajar jika guru hanya menggunakan kaedah biasa

semasa mengajar. Selain itu, ( Nik Aziz, 1994 ) menyatakan bahawa kreativiti

adalah kebolehan seseorang untuk mewujudkan sesuatu yang baharu sama

sekali.

3 | P a g e

Page 4: Proposal Full

Pengkaji telah mennggunakan 2 kaedah yang berlainan untuk membantu

murid ini. Kaedah yang pertama adalah kaedah menolak menggunakan jari.

Kaedah ini telah menunjukkan sedikit peningkatan tetapi murid masih tidak boleh

menguasai kemahiran tolak dalam lingkungan 10. Murid masih tidak boleh

menunjukkan cara menyelesaikan tolak lingkungan 10 dalam bentuk ayat

matematik dan bentuk lazim. Kaedah yang kedua adalah menolak menggunakan

garis dan potong. Kaedah ini jga masih tidak mampu membuatkan murid – murid

pemulihan ini menguasai kemahiran tolak dalam lingkungan 10. Oleh itu, sebagai

seorang guru pemulihan, pengkaji perlu mencipta pelbagai teknik yang kreatif

sebagai batu loncatan untuk murid menguasai objektif pembelajaran

sebagaimana yang ditetapkan.

Berdasarkan Hilezan Zainal, Parimalarani Sivasubramaniam, Tan Kim Lan

(2014), antara masalah murid berkeperluan khas dalam matematik ialah

kesukaran dalam mengenal nombor dan simbol-simbol matematik, kesukaran

membezakan nilai besar dan kecil,tidak dapat mengingati langkah-langkah untuk

menyelesaikan pengiraan matematik, mengalami kesukaran mengira wang,

melihat masa, dan lemah dalam pengiraan secara spontan. Jadi, murid

pemulihan boleh dianggap sebagai murid berkeperluan khas yang mempunyai

masalah dalam menyelesaikan pengiraan operasi matematik.

Manakala menurut (Zainal Kasan,2010), pengalaman konkrit harus

diberikan kepada murid-murid di samping penggunaan yang betul bagi mewakili

operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk simbol. Berdasarkan kenyataan

ini, sedarlah pengkaji bahawa pengkaji perlu menggunakan bahan konkrit untuk

4 | P a g e

Page 5: Proposal Full

membantu murid – murid pemulihan ini. Murid – murid perlu didedahkan dengan

konsep tolak menggunakan bahan konkrit. Oleh itu, pengkaji telah merancang

untuk membina satu bahan maujud sebagai pemudah cara bagi murid – murid

pemulihan ini menguasai kemahiran menolak.

1.3 Pengumpulan Data Awal

Menurut Noraini Idris ( 2005 ), pengumpulan data awal dirancang dan

dikendalikan oeh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran

yang diharapkan dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar. Oleh itu,

pengumpulan data awal ini penting kerana ia memberi impak kepada intervensi

yang akan pengkaji laksanakan. Pemilihan strategi pengumpulan data untuk

digunakan dalam kajian tindakan perlu menitikberatkan aspek-aspek seperti

kehidupan dalam bilik darjah dan sekolah, serta bagaimana cara kehidupan

dalam bilik darjah dan sekolah ini boleh diambil sebagai data untuk merangka

intervensi yang sesuai. Sebelum menjalankan Kajian Tindakan, pengkaji perlu

melakukan tinjauan awal dalam usaha mendapatkan maklumat yang tepat

berkenaan masalah yang dihadapi oleh murid pengkaji. Hal ini supaya, pengkaji

dapat merancang suatu siri tindakan yang tepat dalam memperbaiki amalan

pengkaji bersesuaian dengan masalah yang dihadapi. Oleh itu, pengumpulan

data yang sahih amat penting. Pengkaji juga telah merangka beberapa langkah

untuk mengesahkan maklumat yang pengkaji kutip. Dalam usaha memahami

masalah ini, pengkaji telah menggunakan tiga cara pengumpulan data iaitu

melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen.

5 | P a g e

Page 6: Proposal Full

1.3.1 Ujian diagnostik

Menurut Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah (2012), ujian diagnostik

adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas

mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh

seseorang murid. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah menjalankan ujian

diagnostik pada minggu pertama praktikum fasa 3 iaitu sebelum intervensi

dijalankan bagi menilai sejauh mana pencapaian murid dalam beberapa

kemahiran seperti kemahiran pranombor, mengenal angka, membilang,

memahami nilai nombor, seriasi dan operasi asas.

Berdasarkan kepada jadual analisis ujian diagnostik yang telah dijalankan,

didapati bahawa kedua-dua responden mengalami masalah dalam menguasai

operasi tolak bermula dari lingkungan 10. Oleh sebab itu, kajian ini akan

memberikan perhatian kepada kelemahan murid dalam menyelesaikan operasi

tolak dalam lingkungan 10 secara mengumpul semula.

1.3.2 Temu Bual

Kaedah utama yang pengkaji gunakan untuk mengumpul maklumat ialah

temu bual. Semasa mengumpulkan maklumat menggunakan kaedah ini,

pengkaji telah menemubual guru pemulihan, guru yang mengajar matematik

aliran perdana tahun 3, dan guru kelas tahun 3 Dinamik. Menurut Chow Fook

Meng & Jaizah Mahamud (2011), temu bual adalah suatu teknik yang amat

kesan untuk meninjau persepsi seseorang, termasuk pemikiran, sikap, nilai dan

pendapatnya. Sesi temubual yang pengkaji jalankan menggunakan teknik

6 | P a g e

Page 7: Proposal Full

temubual tidak berstruktur, dimana sesi temu bual yang dijalankan adalah secara

tidak formal dengan soalan yang diajukan bersifat terbuka. Penggunaan soalan

terbuka dapat memberi kebebasan kepada guru yang ditemubual untuk

mengemukakan pendapat dan memberi huraian lanjut berhubung soalan yang

dikemukakan. Soalan-soalan yang dikemukakan kepada mereka berfokuskan

kepada pandangan mereka terhadap penguasaan kemahiran operasi tolak

dalam lingkungan dalam kalangan murid-murid pemulihan tahun 3.

Hasil daripada temu bual bersama guru pemulihan dan guru-guru

matematik tahun 3, Pengkaji dapati mereka memberikan respons yang negatif

terhadap penguasaan kemahiran menolak lingkungan 10 dalam kalangan murid

tahun 3. Kebanyakan mereka mengakui murid-murid ini sememangnya lemah

dan sentiasa tertinggal di dalam kelas aliran perdana.

1.3.3 Pemerhatian

Selain menggunakan temubual sebagai alat untuk mendapatkan data,

pengkaji turut menggunakan kaedah pemerhatian. Menurut (Schein, 2011)

pemerhatian menjelaskan apa yang terjadi. Pengkaji telah mengaplikasikan

kaedah pemerhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di

dalam kelas semasa pengkaji mengajar matematik di kelas pemulihan. Antara

aspek pemerhatian yang dijalankan ialah penelitian terhadap tingkahlaku pelajar

ketika menjawab soalan tolak.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, pengkaji dapati murid-murid

pemulihan ini menghadapi masalah ketika ingin menolak dalam linkungan 10

7 | P a g e

Page 8: Proposal Full

kerana mereka tidak mampu mengira secara abstrak. Mereka seolah – olah fobia

terhadap nombor , mereka juga seperti keliru tentang cara untuk mendapatkan

jawapan dari permasalahan tolak ini. Walaupun mereka telah tulis jawapan yang

betul, mereka masih tidak yakin dengan jawapan yang mereka tulis. Mereka

cenderung untuk menutup jawapan mereka jika guru ingin melihatnya. Terdapat

juga murid pemulihan yang menambah walapun soalan itu jelas sekali

menggunakan simbol tolak. Namun, masalah paling ketara yang pengkaji dapati

ialah murid – murid ini tidak mampu menolak secara abstrak. Mereka juga tidak

tahu bagaimana mahu menolak jika berhadapan dengan nombor yang agak

besar.

1.3.4 Analisis Dokumen

Analisis dokumen yang digunakan ialah lembaran Latihan murid. Hasil

pemeriksaan daripada hasil kerja murid, didapati peserta kajian mengulangi

kesilapan yang sama iaitu mereka lupa akan simbol tolak, keliru antara tolak dan

tambah, tidak menyelesaikan soalan tolak dalam lingkungan 10 dengan betul

dan memberi jawapan yang dilihat seperti meletakkan apa – apa jawapan

sahaja.

8 | P a g e

Page 9: Proposal Full

2.0 Fokus Kajian

2.1 Huraian Fokus kajian

Fokus kajian ini hanya tertumpu kepada Operasi Tolak dalam lingkungan 10 .

Kajian akan menumpukan untuk meningkatkan kemahiran serta konsep operasi

tolak dalam kalagan murid pemulihan . Hal ini penting kerana menurut

Mohammad Hasrul (2011), kanak-kanak perlu diajar untuk memahami konsep

sesuatu operasi bukan dengan menghafal konsep. Seterusnya, Kajian akan

menumpukan terhadap pembinaan intervensi yang berkesan untuk membantu

murid – murid pemulihan ini menguasai kemahiran menolak tanpa mengumpul

semula. Hal ini selaras dengan kenyataan Margo Dill dan Elizabeth Wistorm

(2010) yang menyatakan murid tidak terbatas dengan satu kaedah dan strategi

sahaja, mereka memerlukan kaedah dan strategi yang berbeza bagi memastikan

mereka dapat memahami kandungan isi pembelajaran yang mereka pelajari.

Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, terdapat beberapa isu yang

terlibat secara langsung dan berkait rapat dengan kajian. Isu-isu tersebut ialah

kebolehtadbiran, kepentingan dan kolaboratif.

2.1.1 Kebolehtadbiran

Pengkaji mendapati bahawa fokus kajian yang dipilih iaitu

menyelesaikan soalan operasi tolak dalam lingkungan 10 dapat di atasi dengan

penggunaan PaPinTo. Kajian yang saya jalankan ini boleh ditadbir dengan baik

kerana pelaksanaan intervensi ini melibatkan bahan konkrit dan boleh diukur

hasilnya. Pengkaji hanya perlu menyiapkan model dan bahan serta merancang

tindakan atau aktiviti supaya sesuai dengan kemahiran murid.

Selain itu, kaedah yang saya jalankan ini juga boleh ditadbir dalam

masa yang ditetapkan oleh saya iaitu selama sebulan. Kajian ini juga mudah

untuk dilaksanakan kerana murid pemulihan yang menjadi responden kajian

mempunyai rekod kehadiran yang baik. Pengkaji juga boleh mentadbir kajian ini

di bilik pemulihan sahaja. Di samping itu, alatan dan bahan yang diperlukan oleh

9 | P a g e

Page 10: Proposal Full

pengkaji semasa menggunakan kaedah PaPinTo ini juga boleh didapati dengan

mudah. Alatan ini juga mudah dibawa dan diubah dengan mudah ke tempat lain.

2.1.2 Kepentingan

Penguasaan murid dalam kemahiran menolak dengan mengumpul

semula sangat penting dalam subjek Matematik kerana menjadi asas utama

sebelum murid mempelajari kemahiran yang lebih sukar seperti operasi darab

dan bahagi. Kemahiran menolak dalam lingkungan 10 penting untuk dikuasai

supaya murid boleh menyelesaikan operasi tolak dalam lingkungan nombor yang

lebih besar dan mengaplikasikan penolakan wang ringgit dalam kehidupan

seharian.

2.1.3 Kolaboratif

Pelbagai usaha kolaboratif telah dijalankan bersama-sama dengan warga

sekolah. Sebagai contoh, pengkaji telah menjalankan kolaborasi dengan guru

pemulihan untuk mendapatkan maklumat tentang murid pemulihan. Pengkaji

juga telah mendapatkan maklumat gur kelas serta guru matapelajaran Matematik

bagi memudahkan perancangan intervensi terhadap murid.

2.2 Tindakan/ Intevensi

Pengkaji telah merancang untuk membina satu alat yang diberi nama

sebagai “PaPinTo” yang berasal daripada singkatan Papan Pintar Tolak. PaPinto

ini akan dihasilkan sebagai intervensi bagi mengatasi masalah penguasaan

operasi tolak dalam lingkungan 10 di kalangan murid kelas pemulihan. PaPinto

ini akan bertindak sebagai intervensi bagi mengatasi masalah yang dialami

murid. Jika sebelum ini murid mungkin menggunakan jari tangan dan ada yang

sehingga menggunakan jari kaki untuk mendapatkan jawapan bagi

menyelesaikan masalah tolak tanpa mengumpul semula, kini mereka tidak lagi

semua itu kerana PePinto dapat membantu murid menolak dengan mudah. Alat

ini dibina dengan bahan elektronik seperti mentol, wayar, suis tekan tutup dan

10 | P a g e

Page 11: Proposal Full

mentol. Selain itu, bahan – bahan lain juga digunakan seperti mounting board,

Plastic Board, dan plastic cover

Rajah 1 : Lakaran 2 Dimensi PaPinTo

11 | P a g e

Page 12: Proposal Full

3.0 Objektif dan Soalan Kajian

3.1 Objektif kajian

i. Meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10

dalam kalangan murid pemulihan menggunakan PaPinTo.

3.2 Soalan kajian

i. Adakah PaPinTo dapat meningkatkan kemahiran operasi tolak

lingkungan 10 dalam kalangan murid pemulihan?

4.0 Kumpulan sasaran

Kajian ini hanya memberi sasaran kepada 2 orang Murid Pemulihan Tahun 3.

Jadual 1:Jadual kumpulan sasaran

ASPEK Murid A Murid B

JANTINA Lelaki Perempuan

UMUR 9 tahun 9 tahun

BANGSA Melayu Melayu

CIRI-CIRI- Pasif

- Malas belajar

- Tidak dapat

menumpukan perhatian

jika berasa sukar

- Suka mengelamun jika

dibiarkan

- Keliru simbol tolak dan

tambah

- Kurang faham konsep- Kurang mendengar arahan

guru- Pendiam- Tidak dapat menumpukan

perhatian jika berasa sukar

- Pemalu- Mudah lupa apa yang

diajar

KRITERIA PEMILIHAN Berdasarkan prestasi murid yang mengalami masalah iaitu operasi tolak dalam

12 | P a g e

Page 13: Proposal Full

lingkungan 10

5.0 Perancangan dan Pelaksanaan kajian

Pengkaji akan menggunakan Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis ( 1988 )

untuk menjalankan kajian ini. model ini mempunyai pmpat fasa iaitu merancang,

bertindak, memerhati dan merefleks.

Rajah 2 : Model kajian berasaskan Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis & Mc

Taggart (penyelidikan Tindakan : Panduan Menulis Laporan, 2013 )

13 | P a g e

MERANCANG

merancang untuk menggunakan kaedah PePinTo bagi mengatasi masalah menolak tanpa mengumpul semula dalam lingkungan 100 melalui sesi PdP yang dijalankan beberapa kali.

TINDAKA

N

menjalankan PdP menggunakan kaedah PePinTo sebanyak. Pengajaran tanpa sebarang bahan manipulatif selepas intervensi dilaksanakan bagi melihat hasilnya.

PEMERHATI

AN

memerhatikan keberkesanan tindakan yang dijalankan. pemerhatian boleh dibuat melalui temubual, analisis hasil kerja murid dan tingkahlaku mereka semasa berada dalam kelas.

REFLEKTI

F

merangka refleksi berdasarkan data yang dikumpul semasa menajalankan pemerhatian. reflektif ini perlu bagi menilai sejauh mana keberkesanan tindakan dan adakah kajian ini perlu diteruskan lagi atau tidak.

Page 14: Proposal Full

5.1 Langkah-langkah tindakan

5.1.1 Aktiviti/Langkah Tindakan

Pelaksanaan Langkah Tindakan

Aktiviti 1: Kotak Nombor

1. Murid mengambil kad nombor di dalam kotak nombor A yang

disediakan.

2. Murid menyalakan lampu dengan menekan suis tekan tutup mengikut

nombor yang mereka dapat.

3. Murid membilang lampu yang menyala.

4. Murid mengambil kad nombor dari kotak nombor B.

5. Murid memadamkan lampu dengan menekan suis mengikut bilangan

yang tertera pada kad nombor yang mereka ambil

6. Murid mengira lampu yang masih menyala

7. Murid menulis bilangan lampu yang masih menyala di ruang tulis

Aktiviti 2: Permainan Angpau Kad Soalan

1. Murid secara bergilir memilih 5 Angpau berwarna warni yang

disediakan

2. Murid secara bergilir menyelesaikan soalan di kad soalan yang mereka

dapat menggunakan PaPinTo

3. Murid menulis jalan penyelesaian secara bentuk lazim di ruang tulis

yang disediakan di PaPinTo.

Aktiviti 3: Lembaran Kerja

1. Murid diberikan lembaran kerja yang mengandungi 10 soalan operasi

tolak lingkungan 10

2. Murid menyelesaikan soalan yang diberikan menggunakan PaPinTo

3. Murid menukar penyelesaian bentuk ayat matematik kepada bentuk

lazim di lembaran kerja.

14 | P a g e

Page 15: Proposal Full

5.2 Cara mengumpul data

Untuk menjalani pengumpulan data, kaedah kualitatif akan digunakan iaitu

pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Kaedah ini dirasakan paling

sesuai untuk menguji sejauh mana keberkesanan PaPinTo sebagai intervensi

bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi murid iaitu tolakdalam lingkungan 10

i) Pemerhatian

Menurut Kidder (1981) dalam Shaukat Ali (2005), pemerhatian dianggap

sebagai alat kajian apabila ia digunakan untuk mencapai tujuan kajian,

dirancang dengan rapi, diperiksa dan dikawal kesahan dan

kebolehpercayaan. Berdasarkan atas pendapat yang diutarakan oleh

Kidder, saya telah menyediakan borang senarai semak bagi memastikan

kaedah pemerhatian yang dijalankan adalah relevan dan memfokuskan

kepada perkara yang diperlukan sahaja. Pemerhatian dilakukan untuk

melihat setiap perkembangan murid melaksanakan intervensi dan

penilaian dapat dibuat terhadap pemerhatian tersebut.

Pemilihan kaedah pemerhatian ini sesuai untuk dijalankan ke atas peserta

kajian semasa menjalankan intervensi menggunakan PaPinTo.

Pemerhatian ini akan dijalankan semasa Aktiviti 1, Aktiviti 2 dan Aktiviti 3.

Berikut merupakan senarai semak yang dijalankan ke atas peserta kajian.

15 | P a g e

Page 16: Proposal Full

Jadual 2:Borang senarai semak pengumpulan data

BIL

.

KEMAHIRAN

PESERTA

KAJIAN

A B

1) Tahu menyelesaikan soalan tolak dalam

lingkungan 10

2) Tahu menukarkan ayat matematik ke dalam

bentuk lazim

3) Tidak menyelesaikan soalan tolak dalam

lingkungan 10

4) Tidak menukarkan ayat matematik ke dalam

bentuk lazim

ii- Analisis Dokumen

Seterusnya ialah kaedah pengumpulan data yang kedua ialah analisis

dokumen.Dokumen yang akan dianalisis ialah hasil lembaran kerja

peserta kajian. Kaedah analisis dokumen ini sesuai untuk digunakan

dalam kajian ini kerana saya menggunakan kaedah kualitatif dalam

mengumpul data bagi kajian tindakan ini. Ini sejajar dengan pendapat

Creswell (2009), yang menyatakan bahawa analisis kandungan dokumen

adalah salah satu teknik khusus bagi kajian kualitatif. Kaedah ini

menyokong dan menambah bukti data pemerhatian, temu bual dan lain-

lain data.

16 | P a g e

Page 17: Proposal Full

5.3 Cara menganalisis data melalui huraian pekataan

Untuk mendapat maklumat awal berkenaan masalah yang dikaji, saya telah

membuat tinjauan melalui pemerhatian dan ujian pra.

i- Analisis Pemerhatian

Melalui borang senarai semak, data yang diperolehi dari borang senarai semak

tersebut akan dianalisis secara skor. Seterusnya data akan dipersembahkan

dalam bentuk jadual atau graf.

ii- Analisis Dokumen

Penggunaan lembaran kerja oleh peserta kajian semasa menjalankan intervensi

digunakan untk tujuan pengumpulan data. Data mentah akan dianalisis dalam

bentuk skor markah. Data yang diperolehi akan dipersembahkan dalam bentuk

carta / graf.

17 | P a g e

Page 18: Proposal Full

5.4Jadual pelaksanaan kajian tindakan

Jadual 3:Jadual pelaksanaan kajian tindakan

Bil Perkara TAHUN 2015JAN FEB MAC APR MAY JUN JUL OGS SEPT OKT NOV

1 Taklimat tugasan KKBI

2 Mengenalpasti tajuk kajian

3 Mengenal pasti fokus kajian

4 Mengumpul maklumat mengenai penulisan proposal/contoh-contoh proposal.

5 Merujuk/membaca literatur yang berkaitan daripada pelbagai sumber

6 Membincangkan dan menentukan tajuk dan fokus kajian dengan penyelia

7 Menulis draf 1 proposal

8 Menulis draf 2 proposal

9 Pembentangan proposal

10 Pemurnian proposal11 Menghantar proposal

untuk penilaian12 Melaksanakan

tindakan 113 Membincangkan

masalah yang timbul dalam tindakan 1

14 Melaksanakan tindakan 2

15 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2

16 Melaksanakan tindakan 3

17 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3

18 Refleksi kajian19 Menulis laporan kajian20 Pembentangan laporan

kajian21 Penghantaran Laporan

18 | P a g e

Page 19: Proposal Full

Akhir

5.5 Kos Kajian

Jadual 4:Jadual pelaksanaan kajian tindakan

Bil. BahanHarga Seunit

(RM)

Bilangan

Unit

Jumlah Harga

(RM)

1 Hard Board paper 4.00 2 8.00

2 Wayar 2.00 1 2.00

3 Mentol 1.50 10 15.00

4 Sampul angpau 2.00 1 set 2.00

5 Plastic Cover 1.00 1 1.00

6 Hard Plastic Board 4.00 1 4.00

7 Pen Marker 1.50 2 3.00

8 Bateri 3.00 1 3.00

Jumlah RM 38.00

19 | P a g e

Page 20: Proposal Full

6.0 Senarai Rujukan

Akhiar pardi & Shamsina Shamsuddin. (2011). Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam

Penyelidikan Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Altricher (1993). Menentukan Bidang Fokus. Dlm. Chow Fook Meng & Jaizah

Mahamud. (2011). (pnyt). Kajian Tindakan: Konsep & Amalan dalamPengajaran.

(hlm.46) Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Buku Panduan, Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan

3M). (1998). Jabatan Pendidikan Khas. Kementerian Pelajaran Malaysia

Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep & Amalan

dalam Pengajaran. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat.Kuala Lumpur :

Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

Lee Shok Mee (1990). Pedagogi (A): Pengujian dan penilaian dalam pendidikan.

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman

Othman Lebar (2011). Kajian tindakan dalam pendidikan: teori dan amalan. Perak:

Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohamad Mohsin Mohamad Said & Nasruddin Yunos. (2012). Peranan guru dalam

memupuk kreativiti pelajaran. Jurnal Pengajian Umum Bil (9): 63.

Marzita Puteh (2008). The Affective Domain of Learning Mathematics. Shah Alam:

20 | P a g e

Page 21: Proposal Full

University Publication Centre (UPENA).

Kepentingan Kefahaman Konsep dalam Matematik diakses pada 30 Mac 2015 di

http://eprints.utm.my/10413/1/1.10_Bab2.pdf

Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Faiziah Hj. Shamsudin (2013). Bahasa Melayu

Pemulihan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Len Frobisher. et al. (1999). Learning to Teach Number. United Kingdom: Nelson

Thomas Ltd.

Marilyn Nickson. (2004). Teaching and Learning Mathematics 2nd Edition. New York:

British Library Cataloguing in Publication.

Mohd. Sharani Ahmad. (2006). Psikologi Kanak-kanak. Selangor: PTS Professional

Publishing Sdn. Bhd.

Pengenalan Kepada Pendidikan Pemulihan diakses pada 20 Mac 2015 di

http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/PKP3101/Pengenalan_Kepada_Pendi

dikan_Pemulihan.pdf

Pengurusan Program PPK diakses pada 18 Februari 2015 di

http://www.moe.gov.my/v/Pengurusan-Program-PPK

Sufean Hussin et al. (2005). Pentadbiran dalam Pembangunan Pendidikan. Pahang: PTS

Professional Publishing Sdn. Bhd

21 | P a g e