thesis full

60
1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Bab ini merupakan bab utama yang menjelaskan tentang komponen keseluruhan kajian. Dengan kata yang lebih mudah, bab ini menerangkan mengenai maklumat awal kajian. Pada bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan mengenai latar belakang kajian, permasalahan kajian, persoalan kajian, objektif kajian, kesignifikanan kajian, definisi konsep dan operasi, survei kajian lepas, kerangka teori, kerangka kajian dan hipotesis kajian. Latar belakang kajian, permasalahan kajian, persoalan kajian dan objekif kajian dapat membantu penyelidik untuk memahami kandungan serta kefahaman terhadap kajian atau penyelidikan yang akan dilakukan terutamanya dalam pembinaan hipotesis kajian. Kesignifikanan kajian pula amat berguna kepada pengkaji dalam memastikan kajian yang dilakukan mampu untuk menghasilkan sumbangan yang berguna kepada semua pihak. Selain daripada itu, survei kajian lepas, kerangka teori dan kerangka kajian turut dibincangkan dalam bab ini. Survei kajian lepas dan kerangka teori merupakan komponen yang penting bagi membantu pengkaji mencari maklumat yang bersesuaian dalam memastikan keberkesanan dan kesignifikanan kajian. Manakala kerangka kajian yang

Upload: noor-aisyah

Post on 27-Jan-2016

102 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

KEPUASAN PERKAHWINAN DI SELANGOR : FAKTOR DEMOGRAFIK, PERSONALITI DAN CORAK KOMUNIKASI PASANGAN DENGAN KEPUASAN PERKAHWINAN

TRANSCRIPT

Page 1: THESIS FULL

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Bab ini merupakan bab utama yang menjelaskan tentang komponen keseluruhan

kajian. Dengan kata yang lebih mudah, bab ini menerangkan mengenai maklumat

awal kajian. Pada bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan mengenai latar belakang

kajian, permasalahan kajian, persoalan kajian, objektif kajian, kesignifikanan kajian,

definisi konsep dan operasi, survei kajian lepas, kerangka teori, kerangka kajian dan

hipotesis kajian. Latar belakang kajian, permasalahan kajian, persoalan kajian dan

objekif kajian dapat membantu penyelidik untuk memahami kandungan serta

kefahaman terhadap kajian atau penyelidikan yang akan dilakukan terutamanya dalam

pembinaan hipotesis kajian.

Kesignifikanan kajian pula amat berguna kepada pengkaji dalam memastikan

kajian yang dilakukan mampu untuk menghasilkan sumbangan yang berguna kepada

semua pihak. Selain daripada itu, survei kajian lepas, kerangka teori dan kerangka

kajian turut dibincangkan dalam bab ini. Survei kajian lepas dan kerangka teori

merupakan komponen yang penting bagi membantu pengkaji mencari maklumat yang

bersesuaian dalam memastikan keberkesanan dan kesignifikanan kajian. Manakala

kerangka kajian yang dibina dapat membantu pengkaji dengan menjadi panduan

terarah dan terancang agar kajian dapat dilakukan mengikut aliran dan kehendak

kajian yang betul.

Kajian yang dilakukan ini adalah berkaitan dengan kebahagiaan dalam

perkahwinan. Kebahagiaan dalam perkahwinan merujuk kepada penafsiran pasangan

mengenai kepuasan dan kesejahteraan yang dialami dalam perkahwinan. Walaupun

kajian ini sudah banyak dilakukan oleh sarjana dalam bidang psikologi,namun

kebanyakan kajian dijalankan di negara Barat; tidak banyak kajian yang dijalankan

dalam konteks Malaysia.

Page 2: THESIS FULL

2

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh di antara lelaki dengan perempuan melalui

akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan

isteri. Perkahwinan yang disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan

zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk

kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Di dalam Islam, perkahwinan adalah suatu

ibadat dan sunnah Rasulullah S.A.W. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan

fitrah manusia. Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik,

sempurna, dan penuh dengan tanggungjawab (Sansabil Ismail et al., 2006).

Menurut Barat, perkahwinan merupakan perhubungan kompleks dalam siri

interaksi tahap sedar dan tidak sedar antara dua orang atau lebih. Interaksi ini

mempengaruhi harapan, penilaian dan perasaan antara satu sama lain yang akan

mempengaruhi tingkah laku mereka (Nichols dan Schwartz, 2001)

Perkahwinan merupakan satu perkongsian hidup di antara lelaki dengan

perempuan. Hal ini kerana kedua-duanya saling memerlukan antara satu dengan yang

lain. Bukan hanya manusia yang memerlukan pasangan untuk hidup, tetapi semua

makhluk ciptaan Allah S.W.T. juga begitu. Apabila melalui gerbang perkahwinan dan

memasuki alam rumahtangga, seseorang itu sewajarnya mengetahui beberapa aspek

utama seperti bagaimana dan mengapa ia mengambil keputusan untuk berumahtangga.

Faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum seseorang itu berkahwin adalah

seperti kemahiran komunikasi, kemahiran menguruskan rumahtangga, penjanaan

ekonomi yang kukuh, pengetahuan agama yang secukupnya, keperluan untuk

mengekalkan kebahagiaan rumahtangga termasuk tempat tinggal, makanan, dan

sebagainya bagi menjadikan alam berumahtangga yang bahagia dan harmoni. Ini

penting kerana mendirikan rumahtangga bukanlah sesuatu yang boleh ditempuhi tanpa

mengetahui atau memiliki keupayaan dan keperluan dalam sesebuah perkahwinan

(Sansabil Ismail et al., 2006).

Page 3: THESIS FULL

3

Sememangnya telah menjadi lumrah dalam kehidupan berkeluarga atau

berumahtangga, setiap individu yang terlibat mempunyai matlamat yang sama iaitu

mencapai kebahagiaan. Ini kerana secara fitrah tidak ada seorang pun yang sanggup

meletakkan penderitaan, penindasan dan kegagalan sebagai matlamat hidup mereka.

Walaupun kebahagiaan bukan sesuatu yang boleh dijelaskan dengan kata-kata,

penampilan mimik muka yang ceria atau seumpamanya lantaran dari sifatnya yang

abstrak, namun ia boleh digambarkan melalui nilai-nilai yang mampu mencetuskan rasa

kasih sayang (mawaddah), kepuasan, bersyukur, keharmonian dan rasa tanggungjawab

yang diadaptasikan oleh setiap ahli dalam sesebuah keluarga. (Fakhrurrazi , 2013).

Setiap pasangan yang berkahwin bercita-cita memiliki sebuah keluarga yang

bahagia tetapi untuk mencapainya bukanlah perkara mudah. Banyak cabaran yang perlu

dihadapi bagi memastikan keluarga yang dibina mampu mencapai kebahagiaan yang

diidamkan. Ini kerana, perkahwinan melibatkan pasangan yang berlainan jantina, akal,

perasaan, dan emosi yang biasanya merumitkan perhubungan antara manusia

khususnya suami dan isteri serta ahli keluarga (Sansabil Ismail et al., 2006).

Fenomena perceraian di negara ini bukanlah suatu perkara yang asing. Saban

tahun dapat dilihat penambahan kadar penceraian dalam kalangan umat Islam

khususnya. Pelbagai usaha dijalankan sebagai persediaan ke alam perkahwinan

antaranya kursus pra-perkahwinan dan seminar perkahwinan. Namun, usaha itu tidak

mampu menghalang pertambahan perceraian. Keadaan tersebut sepatutnya dianggap

bertentangan dengan norma kehidupan dan budaya umat Islam yang memandang

perkahwinan sebagai ikatan murni yang perlu dipelihara.

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

Mencari dan memilih pasangan hidup merupakan satu keputusan yang amat sukar

untuk dilakukan di dalam hidup kerana proses pemilihan pasangan akan melibatkan

beberapa langkah. Biasanya sebelum seseorang membuat keputusan untuk

berkahwin mereka akan membuat saringan terlebih dahulu bagi memastikan bahawa

hanya orang yang sesuai dan layak sahaja akan dijadikan sebagai pasangan hidup.

Antara proses saringan tersebut ialah kerapatan, kedekatan dan perkenalan,

Page 4: THESIS FULL

4

mengenal pasti beberapa persamaan yang wujud, daya tarikan dan menilai sekiranya

individu tersebut “boleh masuk” (compatible) atau sepadan serta selaras dengan

jangkaan dan peranan yang akan dimainkan oleh calon itu kelak. Selepas semua

proses saringan tersebut dipenuhi barulah pasangan mengambil keputusan untuk

berkahwin bagi mengekalkan perhubungan mereka (Rozmi, 2011).

Faktor yang menyebabkan berlakunya keretakan dalam sebuah ikatan

perkahwinan sememangnya membangkitkan semangat inkuiri iaitu perasaan ingin

tahu dalam diri setiap orang. Bukan itu sahaja, perceraian juga secara tidak langsung

akan memberi kesan yang negatif kepada ahli keluarga dan mempunyai hubungkait

dengan kualiti perhubungan yang lemah antara ibu bapa dan anak (Suzana et al.,

2012). Menurut Wolcott dan Hughes (1999), terdapat tiga faktor utama yang

membawa kepada perceraian. Antaranya ialah aspek afektif (ketidakserasian,

kemunculan masalah komunikasi dan ketidaksetiaan), personaliti dan tekanan luaran

(kesihatan mental dan fizikal, masalah kewangan dan pekerjaan).

Faktor demografi sering dijadikan sebagai peramal kepada kepuasan

perkahwinan. Faktor demografi yang dimaksudkan adalah jantina, umur dan tempoh

perkahwinan. Kajian Faulkner et al. (2005) misalnya telah membuat satu kajian yang

mengaitkan faktor jantina dengan kepuasan perkahwinan. Dapatan kajian tersebut

meramalkan bahawa suami yang cenderung menjadi ketua keluarga dilaporkan

kurang berpuas hati dengan perkahwinan mereka kerana kebanyakan daripada

mereka merasakan bahawa diri tidak berupaya untuk menjadi pemimpin atau

pembimbing keluarga. Namun begitu, berbeza pula dengan dapatan kajian Coyne et

al. (2002) yang melaporkan bahawa isteri lebih kurang berpuas hati terhadap

perkahwinan mereka berbanding dengan suami. Disebabkan terdapat percanggahan

pendapat di antara pengkaji terdahulu, kajian ini ingin menyelidik sejauh mana

faktor jantina mempunyai kaitan dengan kepuasan perkahwinan.

Walaupun begitu, umur dan tempoh perkahwinan juga saling berkait rapat

dengan kepuasan perkahwinan. Shiota dan Levenson (2007) misalnya, telah

menjalankan kajian terhadap pasangan yang telah berkahwin selama 12 tahun tetapi

datang daripada tiga kumpulan umur yang berbeza iaitu 20-an (muda), 40-an

(pertengahan dewasa) dan 60-an (akhir dewasa). Dapatan kajian ini mendapati

Page 5: THESIS FULL

5

bahawa ketiga-tiga kumpulan umur ini mencatatkan kepuasan perkahwinan yang

berbeza. Disebabkan itulah pengkaji berminat untuk mengkaji kaitan umur dan

tempoh perkahwinan terhadap kepuasan perkahwinan.

Big Five Personality merujuk kepada lima domain atau dimensi personaliti

yang digunakan untuk menggambarkan tingkah laku manusia. Big Five Personality

adalah berdasarkan Model Lima Faktor (Five Factor Model [FFM]) yang banyak

diperkatakan oleh McRae dan Costa (2005). Terdapat lima dimensi personaliti yang

terdapat dalam Big Five Personality iaitu ekstraversi, keterbukaan, kepersetujuan,

kehematan dan neurotikisme. Big Five Personality bukanlah merupakan satu teori

tetapi ianya datang daripada penemuan empirikal yang telah dijalankan oleh

pengkaji-pengkaji terdahulu. Personaliti merupakan satu sifat yang tetap dan stabil.

Justeru, ia jelas memberi kesan terhadap kepuasan perkahwinan yang dialami oleh

seseorang. Contohnya, personaliti yang kaku akan memberi kesan terhadap proses

rundingan atau penyelesaian konflik sesama pasangan manakala personaliti yang

ceria membawa kepada perhubungan yang gembira dan selesa (Bradbury & Karney,

2004).

Faktor demografi sering dijadikan sebagai peramal kepada kepuasan

perkahwinan. Faktor demografi yang dimaksudkan adalah jantina, umur dan tempoh

perkahwinan. Kajian Faulkner et al. (2005) misalnya telah membuat satu kajian yang

mengaitkan faktor jantina dengan kepuasan perkahwinan. Dapatan kajian tersebut

meramalkan bahawa suami yang cenderung menjadi ketua keluarga dilaporkan

kurang berpuas hati dengan perkahwinan mereka kerana kebanyakan daripada

mereka merasakan bahawa diri tidak berupaya untuk menjadi pemimpin atau

pembimbing keluarga. Namun begitu, berbeza pula dengan dapatan kajian Coyne et

al. (2002) yang melaporkan bahawa isteri lebih kurang berpuas hati terhadap

perkahwinan mereka berbanding dengan suami. Disebabkan terdapat percanggahan

pendapat di antara pengkaji terdahulu, kajian ini ingin menyelidik sejauh mana

faktor jantina mempunyai kaitan dengan kepuasan perkahwinan.

Berdasarkan Tahap Pembentukan Konflik Galvin dan Brommel(1984), tahap

pembentukan konflik bermula dari sumber permulaan, pertengahan, akhir, dan

Page 6: THESIS FULL

6

akibat. Konflik dalam pasangan berkahwin boleh dicetuskan oleh banyak aspek

antaranya komunikasi. Komunikasi dalam perkahwinan adalah asas kepada

kesejahteraan perhubungan. Komunikasi tidak terhad kepada aspek positif sahaja

seperti bercerita, bertukar pandangan dan idea sebaliknya ia juga merangkumi aspek

negatif khususnya apabila berlaku konflik yang berpunca daripada perbezaan

persepsi, nilai, dan pandangan berhubung sesuatu aspek kehidupan yang dikongsi

bersama (Salina Nen, 2003).

Walaupun kepuasan perkahwinan merupakan bidang yang sering dikaji oleh

penyelidik, namun ia masih merupakan sesuatu bidang yang misteri dan timbul

pelbagai pendapat di antara pengkaji bagi mengkaji kepuasan perkahwinan dalam

diri seseorang dengan lebih mendalam. Rentetan daripada situasi tersebut, tujuan

utama kajian ini adalah ingin mengkaji tahap kepuasan perkahwinan pasangan suami

isteri dengan memberi fokus kepada faktor demografi, jenis personaliti dan corak

komunikasi pasangan.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Hasil daripada pembacaan yang telah dilakukan dan dengan pengetahuan sedia ada,

pelbagai persoalan telah muncul. Antaranya adalah :

1. Adakah terdapat hubungan antara corak komunikasi pasangan (saling

membina, mempertahan diri-mengundur diri) dengan kepuasan

perkahwinan?

2. Adakah terdapat hubungan antara tret personaliti (ekstraversi, keterbukaan,

kehematan, kepersetujuan, neurotikisme) dengan kepuasan perkahwinan?

3. Adalah terdapat perbezaan kepuasan perkahwinan di antara lelaki dan

wanita?

4. Adakah terdapat perbezaan dalam kepuasan perkahwinan berdasarkan faktor

umur?

Page 7: THESIS FULL

7

5. Adakah terdapat perbezaan dalam kepuasan perkahwinan berdasarkan

tempoh perkahwinan?

6. Sejauh manakah personaliti (ekstraversi, keterbukaan, kehematan,

kepersetujuan, neurotikisme) meramal kepuasan perkahwinan?

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan permasalahan dan rasional kajian seperti yang telah dihuraikan, kajian ini

dijalankan untuk :

1. Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara corak komunikasi pasangan

(saling membantu, mempertahan diri-mengundur diri) dengan kepuasan

perkahwinan.

2. Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara tret personaliti (ekstraversi,

keterbukaan, kehematan, kepersetujuan, neurotikisme) dengan kepuasan

perkahwinan.

3. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara faktor umur dan kepuasan

perkahwinan

4. Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara tempoh perkahwinan dan

kepuasan perkahwinan

5. Mengenalpasti sama ada terdapat terdapat perbezaan kepuasan perkahwinan di

antara lelaki dan wanita.

6. Mengenalpasti sejauh mana personaliti (ekstraversi, keterbukaan, kehematan,

kepersetujuan, neurotikisme) meramal tahap kepuasan perkahwinan

Page 8: THESIS FULL

8

1.6 KESIGNIFIKANAN KAJIAN

Kajian yang dilakukan ini diharapkan berpotensi untuk meningkatkan kefahaman

tentang kepuasan perkahwinan dan menggunakan hasil kajian ini sebagai panduan bagi

penyelidikan seterusnya.

Banyak kajian dari Barat yang memfokus kepada kepuasan perkahwinan.

Kajian-kajian yang dijalankan. Bagaimanapun, kajian serupa di Malaysia masih perlu

diperbanyakkan lagi. Oleh itu, diharapkan kajian ini juga dapat dimanfaatkan unutk

memahami konflik dalam perkahwinan dalam konteks yang lebih relevan dalam

masyarakat kita.

Kajian ini diharap mampu menjadi rujukan kepada suami isteri mengenai gaya

komunikasi dan gaya komunikasi pasangan agar menyedari pentingnya elemen ini

sebabgai salah satu penyumbang dalam mengekalkan hubungan dan kebahagiaan

sesebuah perkahwinan.

Dari segi khazanah ilmiah, kajian ini diharapkan dapat menyokong dan

mengukuhkan dapatan kajian-kajian terdahulu serta model kajian lepas yang berkaitan

dengan pengaruh faktor demografi, jenis personaliti dan gaya komunikasi terhadap

kepuasan perkahwinan. Selain itu, kajian ini juga dijalankan bagi menambah bilangan

kajian yang berkaitan dengan kepuasan perkahwinan. Memandangkan orientasi kajian

ini juga berhubungan dengan kaunseling keluarga , kajian ini diharap mampu

menyumbang maklumat dan dijadikan panduan kepada kajian-kajian akan datang.

1.7 DEFINISI KONSEPTUAL DAN OPERASIONAL

Bahagian ini akan menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai definisi konseptual dan

operasional pemboleh ubah kajian. Mendefinisikan pemboleh ubah kajian merupakan

satu aspek yang amat penting dalam melakukan penyelidikan. Definisi yang tepat akan

memudahkan proses pemilihan metod yang sesuai bagi sesuatu kajian. Secara

umumnya, definisi konseptual merujuk kepada pemberian makna secara umum

Page 9: THESIS FULL

9

berkaitan pemboleh ubah yang dikaji. Definisi operasional pula merupakan penjelasan

yang lebih lanjut tentang definisi konsep bagi sesuatu pemboleh ubah. Definisi

operasional secara spesifiknya merujuk kepada bagaimana pemboleh ubah yang diukur.

Definisi yang tepat secara operasi menentukan jenis analisis yang boleh dibentuk pada

bahagian metod kajian. Terdapat enam konsep utama yang berkaitan dengan kajian

yang diberikan definisi konsep dan operasinya. Konsep-konsep berkenaan adalah gaya

komunikasi, personaliti, kepuasan perkahwinan, umur, tempoh perkahwinan dan jantina

1.7.1 Komunikasi

Komunikasi berasal daripada perkataan Latin ‘communiatus’ yang membawa maksud

berkongsi sesuatu. Definisi khusus komunikasi berdasarkan Kamus Dewan (2005) ialah

perhubungan (secara langsung atau dengan perantaraan), mengadakan perhubungan

(berbincang, bertukar-tukar fikiran) atau menyampaikan maklumat. Definisi khusus

berdasarkan Mansor, Ramli dan Shawaluddin (1984), komunikasi ialah merupakan satu

proses sesuatu idea, nilai, sikap dan sebagainya disalur dan dipindahkan serta

dikongsikan oleh seseorang individu dengan orang lain.

Bagi definisi operasi pula, komunikasi diukur berdasarkan skor yang mereka

peroleh dalam soal selidik Communication Patterns Questionnaire (CPQ) yang

mempunyai 35 item dan direka oleh Christensen & Sullaway (1984). Soal selidik ini

direka untuk mengenalpasti corak komunikasi pasangan semasa fasa-fasa berdepan

konflik (masalah timbul, semasa perbincangan masalah perhubungan dan selepas

perbincangan). Terdapat enam subskala yang mengenalpasti enam corak komunikasi

dyadik bagi setiap fasa konflik. Chriestensen dan Sullaway menekankan tiga jenis

komunikasi iaitu :

a) Komunikasi saling membina

Keadaan ini berlaku apabila pasangan cuba berkomunikasi mengenai

masalah, mereka membincangkan tentang perasaan, ekspresi terhadap satu

sama lain dan membuat satu jalan penyelesaian berkenaan masalah

komunikasi. Pasangan juga masing-masing akan bercakap dan kedua-duanya

akan lebih memahami satu sama lain.

Page 10: THESIS FULL

10

b) Komunikasi saling mengelak

Keadaan ini berlaku apabila pasangan mengelak untuk membincangkan

sesuatu isu.

c) Komunikasi mempertahan diri-mengundur diri

Keadaan ini berlaku apabila satu pasangan cuba mendalami isu dengan

mengkritik, berleter atau membuat satu perubahan dalam masa yang sama

pasangannya cuba untuk tidak bercakap lansung, cuba menukar topik

perbualan untuk mengelak permasalahan, tetap mendiamkan diri atau

meninggalkan tempat perbincangan.

1.7.2 Personaliti

Personaliti berasal daripada Bahasa Latin iaitu persona yang bermaksud topeng

muka. Topeng muka ini di gunakan oleh pelakon–pelakon Yunani di atas pentas

untuk berlakon. Mereka memakai topeng yang bersesuaian dengan watak mereka

yang hendak dipersembahkan. Selain itu, personaliti adalah ciri-ciri tingkah laku

yang ada pada individu, namun setiap individu mempunyai personaliti yang berbeza.

Ia mewakili perwatakan seseorang individu dan dapat diperhatikan serta dinilai.

Pada pandangan Mishel (1968), personaliti adalah pola-pola atau tingkah laku

seseorang individu yang dijelmakan dalam kehidupan seharian masing-masing. Ini

bermaksud segala kerja atau kegiatan yang dilakukan oleh seseorang dapat

menggambarkan personaliti mereka yang sebenar. Definisi personaliti yang paling

popular telah dikemukakan oleh Gordon Allport iaitu personaliti merupakan sesuatu

yang dinamik di dalam diri individu yang terdiri daripada sistem-sistem psikofizikal

yang menentukan penyesuaian unik terhadap persekitarannya (Rumaya, 2007).

Bagi definisi operasi pula, personaliti diukur berdasarkan skor yang mereka

peroleh daripada borang soal selidik Big Five Personality. yang mempunyai 44 item

dan direka oleh John dan Srivastava (1999). Berdasarkan borang soal selidik

tersebut, terdapat lima jenis personaliti individu iaitu:

Page 11: THESIS FULL

11

d) Ekstraversi

Individu yang mendapat skor tinggi dalam item nombor 1, 11, 16, 26, 36 dan

skor rendah dalam item nombor 6, 21, 31 dikatakan mempunyai personaliti

ekstraversi.

e) Keterbukaan

Individu yang mendapat skor tinggi dalam item nombor 7, 17, 22, 32, 42 dan

skor rendah dalam item nombor 2, 12, 27, 37 dikatakan mempunyai

personaliti keterbukaan.

f) Kehematan

Individu yang mendapat skor tinggi dalam item nombor 3, 13, 28, 33, 38 dan

skor rendah dalam item nombor 8, 18, 23, 43 dikatakan mempunyai

personaliti kehematan.

g) Kepersetujuan

Individu yang mendapat skor tinggi dalam item nombor 4, 14, 19, 29, 39 dan

skor rendah dalam item nombor 9, 24, 34 dikatakan mempunyai personaliti

kepersetujuan yang tinggi.

h) Neurotikisme

Individu yang mendapat skor tinggi dalam item nombor 5, 10, 15, 20, 25, 30,

40, 44 dan skor rendah dalam item nombor 35, 41 dikatakan mempunyai

personaliti neurotikisme.

1.7.3 Kepuasan Perkahwinan

Kepuasan perkahwinan merujuk kepada suatu penilaian yang global mengenai

perkahwinan seseorang dan berkait dengan kesejahteraan, kepuasan dan perasaan

keseluruhan yang baik dalam konteks ikatan perkahwinan (Bradbury 1990). Suatu

perkahwinan yang berkualiti seharusnya berupaya melakukan penyesuaian diri

terhadap pasangan sendiri. Dengan kata lain, perkahwinan yang berkualiti ialah

hubungan suami isteri yang berjaya menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi serta

memiliki perkahwinan yang bahagia dan memuaskan (Spanier, 1976).

Secara operasinya, kepuasan perkahwinan diukur dengan menggunakan Skala

Penyesuaian Diadik yang telah diubah suai oleh Spanier (1976). Kepuasan

perkahwinan dilihat dari dimensi penyesuaian perkahwinan yang meliputi

Page 12: THESIS FULL

12

komponen perasaan berpuas hati dengan pasangan, tahap persetujuan pendapat, daya

tarikan atau hubungan rapat serta kemampuan mengluahkan perasaan terhadap

pasangan. Kepuasan perkahwinan dalam kajian ini merujuk kepada individu yang

mendapat skor tinggi dalam keempat-empat subskala. Subskala tersebut ialah:

a) Konsensus

Menilai sejauh mana tahap kepersetujuan pasangan dalam perkara-perkara

penting dalam hidup iaitu agama, aktiviti riadah, kawan-kawan, kerja-kerja

rumah dan jumlah masa yang diluangkan bersama.

b) Kepuasan

Mengukur jumlah ketegangan dalam perhubungan. Individu yang mendapat

skor tinggi dalam subskala ini menunjukkan dirinya berasa puas dalam

perkahwinannya dan akan terus memberikan komitmen dalam perhubungan

mereka.

c) Kohesi

Mengukur aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama-sama pasangan dan

kepentingan aktiviti tersebut (Spanier 1976).

1.7.4 Umur

Menurut kamus Oxford (2010), tahun atau umur didefinisikan sebagai tempoh masa

atau jangka masa bagi seseorang individu hidup atau sesuatu objek itu wujud. Selain

itu, umur juga didefinisikan sebagai satu peringkat hidup tertentu dalam kehidupan

dan keadaan individu untuk menjadi semakin tua. Dengan kata lain, umur

merupakan bilangan tahun individu hidup di dalam dunia bermula daripada individu

itu lahir sehinggalah waktu kini. Dalam psikologi perkembangan, peringkat umur

manusia dibahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya ialah:

a) Peringkat bayi

Bermula daripada baru lahir sehingga 18 atau 24 bulan. Pada peringkat ini,

biasanya bayi akan tidur di sepanjang masa. Selain itu, pada peringkat ini

juga banyak aktiviti psikologikal seperti bahasa, pemikiran simbolik,

koordinasi sensorimotor dan pembelajaran sosial baru sahaja bermula

(Santrock, 2011).

Page 13: THESIS FULL

13

b) Kanak-kanak awal

Bermula daripada 2 tahun sehingga 5 atau 6 tahun. Peringkat ini dikenali

sebagai “usia prasekolah”. Pada masa ini, kanak-kanak akan belajar untuk

menjaga diri mereka sendiri, meningkatkan kemahiran membaca

(mengenalpasti huruf) dan meluangkan masa lapang dengan bermain

bersama-sama teman sepermainan mereka (Santrock, 2011).

c) Kanak-kanak pertengahan dan akhir

Bermula daripada 6 tahun sehingga 11 atau 12 tahun. Kanak-kanak pada

peringkat ini berada dalam tahap sekolah rendah. Selain itu, kemahiran

membaca, menulis dan mengira juga telah dapat dikuasai. Bukan itu sahaja,

mereka juga kebiasaannya akan didedahkan kepada dunia luar dan budaya

mereka sendiri (Santrock, 2011).

d) Remaja

Bermula daripada 12 tahun sehingga 18 – 21 tahun. Pada tahap ini akan

berlakunya perubahan fizikal yang cepat dan ketara pada tubuh individu.

Antara perubahan tersebut ialah pertambahan berat badan dan ketinggian

yang cepat serta perubahan bentuk badan seperti buah dada. Individu yang

berada pada tahap ini juga lebih mementingkan pencarian identiti dan ingin

hidup secara berdikari. Pemikiran individu pada tahap ini adalah lebih

idealistik, logik dan berbentuk abstrak (Santrock, 2011).

e) Dewasa Awal

bermula pada umur awal 20an sehingga 30an. Individu yang berada pada

tahap ini akan menumpukan perhatian kepada pengurusan diri sendiri,

sumber pendapatan peribadi, perkembangan kerjaya dan pemilihan pasangan

hidup (Santrock, 2011).

f) Dewasa Pertengahan

Bermula daripada umur 40an hingga 50an. Individu yang berada pada

peringkat ini akan lebih mementingkan penglibatan diri dalam struktur

sosial, tanggungjawab yang dipikul, menjadi lebih cekap dan matang serta

mengukuhkan kerjaya yang dimiliki (Santrock, 2011).

g) Dewasa Akhir

Page 14: THESIS FULL

14

Bermula daripada umur 60an dan 70an sehingga mati. Pada peringkat ini,

individu kebiasaannya telah bersara, sering mengenangkan kisah hidup lalu

dan pencapaian yang pernah dicapai (Santrock, 2011).

Secara operasi, dalam kajian ini, umur dibahagikan kepada tiga kategori

iaitu:

a) Dewasa Awal

Tahap dewasa awal didefinisikan sebagai individu yang berada dalam

kelompok umur 20 tahun sehingga 30 tahun serta telah berkahwin (Lou &

Klohmen, 2005).

b) Pertengahan Dewasa

Dewasa pertengahan pula didefinisikan sebagai individu yang berada dalam

kelompok umur 31 tahun sehingga 40 tahun serta telah berkahwin (Lou &

Klohmen, 2005).

c) Dewasa Akhir

Individu yang berada dalam kelompok umur 50 tahun dan ke atas pula

dikenali sebagai dewasa akhir (Lou & Klohmen, 2005).

1.7.5 Tempoh perkahwinan

Tempoh perkahwinan merujuk kepada jangka masa antara hari, bulan dan tahun

dengan tarikh perkahwinan seseorang. Dikatakan, perkahwinan yang berusia 10

tahun ke bawah merupakan perkahwinan yang berada dalam usia jangka pendek

manakala perkahwinan yang berusia 10 tahun ke atas adalah hubungan perkahwinan

jangka panjang (Acevedo & Aron 2009).

Secara operasinya, dalam kajian ini, tempoh masa perkahwinan dibahagikan

kepada lima kategori iaitu:

a) 0 - 5 tahun

b) 6 - 10 tahun

c) 11 - 15 tahun

d) 16 - 20 tahun

e) Lebih daripada 20 tahun

Page 15: THESIS FULL

15

1.7.6 Jantina

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005), jantina merujuk kepada jenis

kelamin sama ada lelaki ataupun perempuan yang merujuk kepada manusia

Secara operasinya dalam kajian ini, jantina merujuk kepada manusia yang

dibahagikan kepada dua iaitu lelaki dan perempuan yang menetap di Selangor.

1.8 ULASAN KAJIAN LEPAS

1.8.1 Hubungan antara corak komunikasi dan kepuasan perkahwinan .

Mohammad Ebrahim Madahia et al. (2013) telah menjalankan kajian untuk melihat

hubungan antara corak komunikasi dan kepuasan perkahwinan. Kajian dijalankan ke

atas 229 orang pelajar yang telah berkahwin di Tehran. Soal selidik yang digunkan

ialah Communication Patterns Questionnaire (CPQ). Hasil kajian menunjukkan

terdapat hubungan yang negatif antara komunikasi saling membantu dan ketidakpuasan

perkahwinan. Terdapat hubungan yang positif antara corak komunikasi mempertahan

diri-mengundur diri dengan ketidakpuasan perkahwinan.

Kajian oleh Aboulfazl Bakhshipour et al. (2014) untuk melihat hubungan antara

corak komunikasi dan kepuasan perkahwinan dalam pasangan muda. Kajian di jalankan

di Bojnurd, Iran dan melibatkan 96 pasangan yang telah berkahwin. Soal selidik yang

digunkan ialah Communication Patterns Questionnaire (CPQ). Hasil kajian

menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara corak komunikasi saling

membina dan kepuasan perkahwinan dan hubungan negatif yang signifikan bagi corak

komunikasi mempertahan diri-mengundur diri dengan kepuasan perkahwinan.

Kajian oleh Tooran Khorsandpour dan Dokaneheei Fard (2015) untuk mengkaji

corak komunikasi dan kepuasan perkahwinan dalam kalangan guru sekolah di Tehran.

Kajian dijalankan ke atas 281 orang responden. Inventori yang digunakan ialah

Communication Patterns Questionnaire (CPQ). Hasil kajian menunjukkan terdapat

hubungan positif yang signifikan antara corak komunikasi saling membina dan

Page 16: THESIS FULL

16

kepuasan perkahwinan dan hubungan negatif yang signifikan bagi corak komunikasi

mempertahan diri-mengundur diri dengan kepuasan perkahwinan.

Kajian-kajian yang ditinjau menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif

yang signifikan antara corak komunikasi saling membina dan kepuasan perkahwinan

dan hubungan negatif yang signifikan bagi corak komunikasi mempertahan diri-

mengundur diri dengan kepuasan perkahwinan. Oleh hal yang demikian, kajian ini

membuat andaian bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara corak

komunikasi saling membina dan kepuasan perkahwinan dan hubungan negatif yang

signifikan bagi corak komunikasi mempertahan diri-mengundur diri dengan kepuasan

perkahwinan.

1.8.2 Hubungan antara personaliti dan kepuasan perkahwinan

Narges Razeghi et al. (2009) telah melakukan kajian yang bertujuan mengkaji

hubungan tret personaliti dan kepuasan perkahwinan. Inventori yang digunakan untuk

mengukur tret personaliti ialah NEO Inventory. Kajian dijalankan ke atas 100 pasangan

berkahwin di Tehran. Keputusan ujian korelasi menunjukkan bahawa terdapat

hubungan negatif yang signifikan antara tindakan presenteeism dan kesihatan mental. .

Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan bagi tret

personaliti ekstraversi, kehematan, keterbukaan dan kepersetujuan dengan kepuasan

perkahwinan. Manakala, bagi tret neurotikisme, terdapat hubungan negatif yang

signifikan dengan kepuasan perkahwinan.

Kajian telah dijalankan oleh Maryam Taheri, Fatemeh Jafarian dan Mahla

Yazdanpoor (2015) bertujuan untuk melihat hubungan antara tret personaliti dan

kepuasan perkahwinan di Sari, Iran. Kajian ini dijalankan terhadap 120 orang pasangan

berkahwin dari pelbagai latar belakang. Inventori yang digunakan ialah NEO-PI-R

Personality Traits Inventory. Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat hubungan

positif yang signifikan bagi tret personaliti ekstraversi, kehematan, keterbukaan dan

kepersetujuan dengan kepuasan perkahwinan. Manakala, bagi tret neurotikisme terdapat

hubungan negatif yang signifikan dengan kepuasan perkahwinan.

Page 17: THESIS FULL

17

Rumaya Juhari, Irese Tsen dan Siti Nor Yaacob (2007) telah menjalankan kajian

bertujuan melihat perhubungan antara personaliti dan kualiti perkahwinan dalam

kalangan kaum Cina di Sandakan, Sabah. Kajian dijalankan ke atas 160 responden yang

telah berkahwin. Inventori yang digunakan ialah Neo-Five-Factor Inventory. Hasil

kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara tret ekstraversi,

kehematan, keterbukaan dan kepersetujuan dengan kualiti perkahwinan. Manakala, bagi

tret neurotikisme terdapat hubungan negatif yang signifikan dengan kualiti

perkahwinan.

Ghasem Shahmoradi et al. (2014) telah menjalankan kajian untuk melihat

hubungan antara personaliti dan kepuasan perkahwinan. Kajian dijalankan kepada 50

pasangan berkahwin di Isfahan, Iran. Inventori yang digunakan ialah Big Five

Personality Inventory. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang

signifikan bagi tret kepersetujuan dan kehematan dengan kepuasan perkahwinan.

Manakala, terdapat hubungan negatif yang signifikan bagi tret neurotikisme dan

kepuasan perkahwinan

Najarpourian (2012) telah menjalankan kajian mengenai peranan faktor

personaliti dalam menentukan tahap kepuasan perkahwinan individu. Seramai 164

pasangan yang telah berkahwin terlibat dalam kajian ini dan alat ukuran yang

digunakan ialah NEO-PI Neuroticism-Extroversion-Openness Personality Inventory

Dapatan kajian melaporkan bahawa individu yang mendapat skor tinggi dalam tret

personaliti kehematan dan keterbukaan serta mendapat skor yang rendah dalam tret

personaliti neurotikisme didapati berasa bahagia dalam hubungan perkahwinan

mereka dengan pasangan.

Kajian oleh Mahdi Shahnazari et al. (2013) untuk melihat hubungan antara tret

personality dankepuasan perkahwinan. Kajian dijalankan dalam kalangan penduduk

Tehran. Kajian dijalankan ke atas 500 responden secara persampelan rawak. Inventori

yang digunakan ialah NEO Personality Inventory. Hasil kajian menunjukkan terdapat

hubungan positif yang signifikan bagi tret personaliti ekstraversi, kehematan,

Page 18: THESIS FULL

18

keterbukaan dan kepersetujuan dengan kepuasan perkahwinan. Manakala, bagi tret

neurotikisme terdapat hubungan negatif yang signifikan dengan kepuasan perkahwinan.

Kajian-kajian yang ditinjau menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif

antara tret personaliti ekstraversi, kehematan, keterbukaan dan kepersetujuan dengan

kepuasan perkahwinan. Manakala, bagi tret neurotikisme, terdapat hubungan negatif

yang signifikan dengan kepuasan perkahwinan. Oleh hal yang demikian, kajian ini

membuat andaian bahawa terdapat hubungan yang positif antara tret personaliti

ekstraversi, kehematan, keterbukaan dan kepersetujuan dengan kepuasan perkahwinan;

dan hubungan negatif antara tret neurotikisme dengan kepuasan perkahwinan.

1.8.3 Hubungan antara umur dan kepuasan perkahwinan

Kajian oleh Dabone dan Kyeremeh Tawiah (2014) bertujuan untuk melihat hubungan

antara umur dan kepuasan perkahwinan. Kajian di jalankan ke atas 320 responden di

Ghana. Hasil kajian menunjukkan pasangan muda menunjukkan kepuasan perkahwinan

yang rendah berbanding pasangan yang lebih berusia.

Jose dan Alfons (2007) mengkaji hubungan antara faktor demografik dengan

kepuasan perkahwinan. Kajian dijalankan melibatkan 787 pasangan dari daerah

Flanders, Belgium. Hasil kajian menunjukkan dewasa pertengahan lebih menunjukkan

kepuasan perkahwinan berbanding dewasa awal dan dewasa akhir.

Kajian dijalankan Owuamanam (2000) untuk melihat hubungan antara umur

dan agama dengan kepuasan perkahwinan. Kajian melibatkan 508 responden yang telah

berkahwin di Imo, Afrika. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan antara umur

dan kepuasan perkahwinan.

Ail Reza Hedari et al. (2012) telah menjalankan kajian untuk melihat hubungan

antara faktor demografik dan pengaruhnya terhadap kepuasan perkahwinan, kepuasan

seksual, dan kepuasan hidup. Kajian ini melibatkan 300 responden di Dezful, Iran.

Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara umur dan

kepuasan perkahwinan.

Page 19: THESIS FULL

19

Kajian-kajian yang ditinjau menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif

antara umur dan kepuasan perkahwinan. Oleh hal yang demikian, kajian ini membuat

andaian bahawa terdapat hubungan yang positif antara tahap umur dengan kepuasan

perkahwinan.

1.8.4 Hubungan antara tempoh perkahwinan dan kepuasan perkahwinan

Kajian dijalankan oleh Zainah et al. (2012) untuk melihat hubungan antara factor

demogarfik dan kepuasan perkahwinan. Kajian melibatkan 423 pasangan berkahwin dari

Malaysia. Hasil kajian menunjukkan tempoh perkahwinan mempunyai hubungan dengan

kepuasan perkahwinan

Asghar Mirfardi et al. (2010) telah menjalankan kajian untuk melihat hubungan

antara faktor demografik dan kepuasan perkahwinan. Kajian dijalankan ke atas 337

responden dari Bandar Shiraz, Iran. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan

antara tempoh perkahwinan dan kepuasan perkahwinan

Kajian yang dijalankan oleh Mirecki et al. (2013) untuk melihat elemen-elemen

yang menyumbang kepada kepuasan perkahwinan. Kajian dijalankan ke atas 1067

responden yang telah berkahwin dari pelbagai latarbelakang (Hispanik,Caucasian,

Native American, African-American dan Asia). Hasil kajian menunjukkan terdapat

hubungan antara tempoh perkahwinan dengan kepuasan perkahwinan bagi perkahwinan

pertama kali.

Zahra Yadalijamaloye et al. (2013) telah menjalankan kajian untuk melihat

hubungan antara penghargaan kendiri dan kepuasan perkahwinan. Kajian juga melihat

hubungan antara tempoh perkahwinan dan kepuasan perkahwinan. Kajian dijalankan di

Fuladshahr, Iran dan melibatkan seramai 757 orang wanita yang telah berkahwin bagi

tempoh lebih dari tiga tahun. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan antara

tempoh perkahwinan dan kepuasan perkahwinan.

Page 20: THESIS FULL

20

Kajian-kajian yang ditinjau menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif

antara tempoh perkahwinan dan kepuasan perkahwinan. Oleh hal yang demikian, kajian

ini membuat andaian bahawa terdapat hubungan yang positif antara tempoh

perkahwinan dengan kepuasan perkahwinan.

1.8.5 Tahap kepuasan perkahwinan antara lelaki dan wanita

April Chiung-Tao Shen (2002) telah menjalankan kajian untuk melihat perbezaan

jantina dalam kepuasan perkahwinan. Kajian melibatkan 100 pasangan yang menetap di

Taiwan. Hasil kajian menunjukkan lelaki menunjukkan tahap kepuasan perkahwinan

yang lebih tinggi berbanding wanita.

Kajian dijalankan oleh Lawrence A. Kurdek (2005) untuk melihat perbezzan

jantina dan kepuasan perkahwinan. Kajian melibatkan 1407 responden yang telah

berkahwin di Midwestern, Amerika. Hasil kajian menunjukkan wanita lebih

menunjukkan tahap tekanan yang tinggi berbanding lelaki.

Kok-Mun Ng et al. (2009) telah menjalan kajian untuk melihat perbezaan

kepuasan perkahwinan dan kepuasan hidup berdasarkan jantina dalam kalangan kaum

Cina di Malaysia. Kajian dijalankan ke atas 425 responden yang telah berkahwin. Hasil

kajian menunjukkan lelaki mempunyai tahap kepuasan perkahwinan yang tinggi

berbanding wanita.

Kajian telah dijalankan oleh Abdul Azeez E.P (2013) untuk melihat tahap

kepuasan perkahwinan dalam kalangan wanita bekerja. Kajian melibatkan seramai 110

orang jururawat dari daerah Thrissur, Kerala. Hasil kajian menunjukkan wanita

mempunyai tahap kepuasan perkahwinan yang rendah berbanding lelaki.

Rabia Maryam dan Khalid Mahmood (2014) untuk melihat perbezaan tahap

kepuasan perkahwinan berdasarkan jantina dalam kalangan pesakit diabetes. Kajian

melibatkan 200 pesakit diabetes dari hospital kerajaan dan swasta di Fisalabad,

Pakistan. Hasil kajian menunjukkan pesakit lelaki menunjukkan tahap kepuasan

perkahwinan yang tinggi berbanding wanita.

Page 21: THESIS FULL

21

Kajian-kajian yang ditinjau menunjukkan bahawa lelaki mempunyai tahap

kepuasan yang tinggi berbanding wanita. Oleh hal yang demikian, kajian ini membuat

andaian bahawa lelaki mempunyai tahap kepuasan yang tinggi berbanding wanita

1.9 KERANGKA TEORITIKAL

1.9.1 Tahap Pembentukan Konflik Galvin dan Brommel

Menurut Galvin dan Brommel (1991), tahap pembentukan konflik bermula dari sumber,

permulaan, pertengahan, akhir dan akibat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1

(a) Tahap awal kejadian

Konflik akan berlaku disebabkan kejadian sekarang atau pengalaman lepas. Dalam

sistem keluarga, terdapat norma, batasan, peraturan, kepercayaan dan sebagainya.

Sekiranya ahli keluarga mempersepsikan bahawa peraturan telah diancam maka

konflik mula timbul tetapi masih di tahap tidak serius.

Rajah 1.1 : Model Komunikasi Keluarga

Tahap Awal Keadaan

Tahap Kekecewaan dan Kesedaran

Tahap Konflik Akhir

Tahap Penyelesaian

Tahap Berikutan

Page 22: THESIS FULL

22

(b) Tahap kekecewaan dan kesedaran

Keperluan dan kehendak yang tersekat akan menyebabkan ahli dalam keluarga

merasai kecewa. Ini membawa kepada kesedaran tentang ancaman. Ancaman ini

mungkin merupakan mesej bukan lisan yang biasanya wujud sebelum lisan.

(c) Tahap konflik aktif

Konflik dalam tahap ini adalah nyata dan ditunjuk melalui lisan dan bukan lisan.

Pertukaran simbolik sama ada seperti medan peperangan atau secara tenang

bergantung kepada peraturan atau gya konflik keluarga.

(d) Tahap penyelesaian

Tahap ini mungkin melibatkan secara aktif, membina dan kepuasan atau

merangkumi tidak produktif dan menghampakan. Penyelesaian mungkin diwakili

oleh penyelesaian atau kompromi.

(e) Tahap berikutan

Tahap ini merangkumi reaksi kemudian akibat konflik dan kesannya terhadap

interaksi akan dating. Kesan konflik yang negatif akan membawa perasaan

dendam, sakit hati, kesan fizikal dan dibawa semula ke tahap permulaan konflik.

Kesan konflik yang positif pula akan meningkatkan intimasi dan penghargaan

kendiri pasangan suami isteri.

1.9.2 Big Five Personality

Dalam psikologi, Big Five Personality merujuk kepada lima domain atau dimensi

personaliti yang digunakan untuk menggambarkan tingkah laku manusia. Big Five

Personality adalah berdasarkan Model Lima Faktor (Five Factor Model [FFM])

yang banyak diperkatakan oleh McRae dan Costa (2005). OCEAN, NEOAC atau

CANOE adalah akronim yang sering digunakan bagi menggambarkan lima dimensi

personaliti yang terdapat dalam Big Five Personality iaitu ekstraversi, keterbukaan,

Page 23: THESIS FULL

23

kepersetujuan, kehematan dan neurotikisme. Big Five Personality bukanlah

merupakan satu teori tetapi ianya datang daripada penemuan empirikal yang telah

dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu.

Berikut merupakan ciri-ciri personaliti manusia yang digambarkan mengikut

lima dimensi yang berbeza:

(a) Keterbukaan (Openness)

Tret personaliti keterbukaan merujuk kepada individu yang sentiasa berfikiran

terbuka kepada pengalaman-pengalaman baru. Ini termasuklah perwatakan yang

menunjukkan ciri-ciri semangat ingin tahu, pemikiran yang berbeza dan kerelaan

untuk mempertimbangkan idea-idea baru serta seorang yang mempunyai tahap

imaginasi yang tinggi (John & Srivastava, 1999).

(b) Kehematan (Conscientiousnes)

Tret personaliti kehematan pula merujuk kepada tahap disiplin diri dan kawalan diri.

Individu yang memperoleh skor tinggi dalam tret personaliti ini adalah seorang yang

mempunyai azam, teratur dan sentiasa membuat perancangan dalam kehidupan

mereka. Individu yang memperoleh skor rendah dalam tret personaliti ini pula

merupakan seorang yang cuai serta mudah terganggu daripada matlamat utama

mereka (John & Srivastava 1999).

(c) Ekstraversi (Extraversion)

Tret personaliti ekstraversi adalah mengukur tahap kehidupan sosial individu di

mana individu yang berpersonaliti ekstraversi dirujuk sebagai seorang yang suka

bersosial, bertenaga, optimistik, mesra dan tegas (John & Srivastava, 1999).

(d) Kepersetujuan (Agreableness)

Tret personaliti kepersetujuan dikatakan sangat berkait rapat dengan interaksi sosial.

Individu yang berpersonaliti kepersetujuan dikatakan sebagai seorang yang mudah

mempercayai orang lain, mempunyai hati yang lembut dan sifat empati yang tinggi

(John & Srivastava,1999).

Page 24: THESIS FULL

24

(e) Neurotikisme (Neuroticism)

Dimensi neurotikisme adalah mengukur kestabilan emosi dan pertimbangan

peribadi. Individu berpersonaliti neurotikisme dikatakan seorang yang sering

bertukar mood dan tidak menentu (John & Srivastava, 1999).

Jadual 1.1 Model Big Five Personality (BFI)

Tret Personaliti

Individu Yang Memperoleh Skor Rendah Dalam Dimensi

Big Five Personality

Individu Yang Memperoleh Skor Tinggi Dalam Dimensi

Big Five PersonalityEkstraversi Sunyi

PendiamPasifTertutup

CeriaSuka bercakapAktifTerbuka

Kepersetujuan Bersifat curigaKritikalKurang sifat belas kasihanCepat marah

PercayaLemah lembutMempunyai hati yang lembutBaik hati

Neurotikisme TenangTidak panas baranTidak beremosi

RisauPanas baranPenuh emosi

Keterbukaan Tidak kreatifBersikap konvensionalTidak mempunyai sikap ingin tahu

KreatifBersikap terbukaMempunyai sikap ingin tahu

Kehematan CuaiMalasTidak teraturLambat

TelitiBekerja kerasTeraturMenetapi masa

1.10 KERANGKA KONSEPTUAL

Kajian ini menggunakan teori yang dibina berpandukan Tahap Pembentukan Konflik

Galvin dan Brommel (Galvin & Brommel, 1991) dan Big Five Personality yang

diasaskan John dan Srivastava pada 1999.

Galvin dan Brommel (1991) mengemukakan Tahap Pembentukan Konflik

yang mengidentifikasikan pengaruh gaya komunikasi pasangan. Sementara itu Big Five

Personality (John & Srivastava, 1999) mengarah kepada pengaruh jenis personaliti

pasangan.

Page 25: THESIS FULL

25

Selepas kajian dan pembacaan dilakukan berdasarkan teori dan kajian-kajian

lepas, kerangka kajian atau kerangka konseptual untuk kajian dibina. Kerangka ini

memberi panduan kepada pengkaji dalam menjalankan kajian dengan lebih teratur,

berstruktur dan jelas (Rajah 1.2).

Rajah 1.2 : Kerangka Konseptual

Pemboleh ubah bebas ialah gaya komunikasi, jenis personaliti dan factor

demografik. Pemboleh ubah bersandar pula ialah kepuasan perkahwinan.

1.11 HIPOTESIS KAJIAN

Berdasarkan huraian yang diberikan berkenaan penemuan kajian dan kesignifikan

kajian lepas, maka lapan hipotesis telah dibina untuk mengkaji perkaitan di antara

gaya komunikasi, jenis personaliti dan faktor demografik terhadap kepuasan

perkahwinan. Berikut merupakan hipotesis penyelidikan dalam kajian ini:

H1(1): Terdapat hubungan yang signifikan antara corak komunikasi dan kepuasan

perkahwinan

H1(2): Terdapat hubungan yang signifikan antara tret personaliti (ekstraversi,

keterbukaan, kehematan, kepersetujuan, neurotikisme) dengan kepuasan

perkahwinan

H1(3): Terdapat hubungan yang signifikan antara umur dan kepuasan perkahwinan

H1(4): Terdapat hubungan yang signifikan antara tempoh perkahwinan dan kepuasan

perkahwinan

H1(5): Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kepuasan perkahwinan

berdasarkan faktor jantin

Kepuasan Perkahwinan

Corak Komunikasi

Jenis Personaliti

Faktor Demografik

Page 26: THESIS FULL

26

H1(6): Tret personaliti (ekstraversi, kehematan, kepersetujuan, keterbukaan dan

neurotikisme) yang mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap

kepuasan perkahwinan.

1.12 RUMUSAN

Keseluruhannya, bab ini membincangkan mengenai perkara-perkara awalan dalam

memulakan kajian. Bab ini terdiri daripada latar belakang kajian secara umumnya,

persoalan dan objektif kajian, permasalahan, kesignifikanan kajian, definisi konsep dan

operasi, tinjauan kajian lepas, kerangka teori dan konseptual dan juga hipotesis.

Page 27: THESIS FULL

27

BAB II

METOD KAJIAN

2.1 PENGENALAN

Bahagian ini membincangkan mengenai kaedah kajian yang digunakan sepanjang

penyelidikan. Kaedah kajian merupakan satu aspek atau kerangka yang sangat penting

dalam sesuatu kajian. Kaedah kajian yang baik dapat membantu dan membimbing

pengkaji untuk menghasilkan penyelidikan yang bermutu dan juga berkualiti tinggi.

Kaedah kajian ini secara umumnya menerangkan mengenai responden yang

digunakan, tempat kajian, instrumen kajian, keputusan kajian rintis, prosedur kajian

dan analisis statistik yang akan digunakan untuk menganalisis data kajian serta

dapatannya.

2.2 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian merupakan jenis ataupun cara kajian dilaksanakan. Reka bentuk

kajian amat penting kepada pengkaji dalam menjalankan sesuatu penyelidikan atau

kajian (Syed Arabi Idid, 1993). Menurut beliau, reka bentuk kajian yang dipilih boleh

menjadi panduan asas kepada pengkaji dalam merangka sesuatu kajian.

Dalam kajian ini, pengkaji memilih untuk menggunakan reka bentuk survei

iaitu dengan menggunakan borang soal selidik. Survei berasaskan borang soal selidik

dipilih dan digunakan kerana faktor kebolehpercayaannya yang tinggi, kos yang

murah dan masa yang digunakan dalam menyelesaikan kajian adalah singkat dan

cepat serta mampu membuahkan hasil kajian yang memberansangkan. Hal ini

Page 28: THESIS FULL

28

sesuai dengan pendapat Cristenen (1973). Menurut beliau, kajian survei adalah sesuai kerana

skopnya yang luas dan banyak maklumat boleh diperolehi serta kos yang diperlukan lebih

murah berbanding reka bentuk kajian lain seperti temubual dan eksperimen. Selain daripada

itu, maklumat yang diperolehi juga adalah agak tepat. Melalui soal selidik, maklumat

berhubung responden dapat dirahsiakan. Ini membolehkan responden menjawab soalan

berkenaan dengan selesa tanpa perlu rasa tertekan atau bimbang.

Dengan penggunaan reka bentuk kajian ini, ia secara automatik membolehkan

pengkaji untuk menggunakan kaedah kuantitatif. Maka, pengkaji berpeluang untuk

menggunakan pelbagai jenis analisis data sama ada secara deskriptif mahupun secara

inferensi dengan menggunakan sistem perisian komputer yang canggih dan efisien iaitu

Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Antara analisis data yang boleh digunakan

melalui penggunaan SPSS adalah seperti korelasi Pearson, ujan t dan regresi.

2.3 TEMPAT KAJIAN

Kajian telah dijalankan di sekitar Bangi. Tempat kajian ini dipilih kerana ia memudahkan

pengkaji untuk memungut data kerana penyelidik masih belajar di UKM dan mempunyai

kenalan yang bekerja di beberapa organisasi di Bangi.

2.4 SAMPEL KAJIAN

Populasi sampel yang digunakan di dalam kajian ini adalah pasangan yang berkahwin

seramai 200 orang; 100 pasangan lelaki dan 100 pasangan wanita.

2.5 INSTRUMEN KAJIAN

Dalam kajian ini, satu set soal selidik yang mengandungi maklumat demografik dan skala

ujian psikologi untuk mengumpul pemboleh ubah kajian digunakan Terdapat empat

bahagian dalam soal selidik berkenaan iaitu; Bahagian A tentang maklumat demografik;

Bahagian B tentang gaya komunikasi; Bahagian C tentang jenis personalti; dan Bahagian

D tentang kepuasan perkahwinan.

Page 29: THESIS FULL

29

2.5.1 Bahagian A: Maklumat Demografik

Butiran demografik dibina di dalam borang soal selidik bertujuan untuk mendapatkan

maklumat agar sesuai dengan pemboleh ubah kajian. Bahagian ini mengandungi tiga

soalan iaitu jantina, umur dan tempoh perkahwinan. Maklumat deskriptif ini diperlukan

untuk melihat profil keseluruhan subjek kajian.

2.5.2 Bahagian B: Communication Patterns Questionnaire (CPQ)

Skala ini dibina oleh Christensen & Sullaway (1984) untuk mengukur corak komunikasi.

CPQ mempunyai 35 item. Terdapat tiga fasa berdepan konflik iaitu semasa masalah timbul,

semasa perbincangan masalah dan selepas perbincangan masalah. Terdapat empat item dalam

fasa pertama, 18 item dalam fasa kedua dan 13 item dalam fasa ketiga. Dalam kajian ini,

item dari fasa pertama dan kedua sahaja digunakan. Soal selidik ini mempunyai empat

subskala iaitu komunikasi saling membina, saling mengelak, lelaki mempertahan diri-wanita

mengundur diri, dan wanita mempertahan diri-lelaki mengundur diri. Dalam kajian ini

subskala komunikasi saling membina (3 item), lelaki mempertahan diri-wanita mengundur

diri (3 item), dan wanita mempertahan diri-lelaki mengundur diri (3 item) digunakan (Jadual

2.1).

Dimensi Komunikasi Nombor item Bilangan item

Saling membina 1,4,9 3

Lelaki mempertahan diri-wanita mengundur diri 2,5,7 3

Wanita mempertahan diri- lelaki mengundur diri 3,6,8 3

Item-item dimarkatkan menggunakan skala Likert 9-mata iaitu 1 (sangat jarang) dan 9

(sentiasa berlaku). Pemarkatan alat ujian corak komunikasi adalah seperti dalam Jadual

2.2.

Jawapan Skor item

Sentiasa berlaku 9

Berlaku 8

Kerap berlaku 7

Jarang berlaku 6

Jadual 2.1 : Item-Item bagi dimensi corak komunikasi mengikut Saubskala

Jadual 2.2 : Pemarkatan alat ujian corak komunikasi

Page 30: THESIS FULL

30

Tidak pasti 5

Jarang tidak berlaku 4

Kerap tidak berlaku 3

Tidak berlaku 2

Sentiasa tidak berlaku 1

Jumlah markat maksimum bagi ketiga-tiga corak komunikasi ialah 27 dan markat minimum

ialah 3 .

2.5.3 Bahagian C : Big Five Personality(BFI)

Pemboleh ubah ini diukur dengan menggunakan skala personaliti The Big Five Inventory

(BFI: John & Srivastava, 1999) untuk mengenalpasti jenis tret personaliti yang dimiliki

oleh setiap responden. Skala ini mengandungi 44 item yang mengukur 5 dimensi

personaliti iaitu ekstraversi (8 item), keterbukaan(10 item), kehematan (9 item),

kepersetujuan (9 item) dan neurotikisme (8 item). Terdapat 28 pernyataan positif dan 16

pernyataan negative (Jadual 2.3).

Dimensi Nombor item Bilangan item

Keterbukaan 5, 10, 15, 20, 25, 30, 35(*), 40, 41(*), 44 10

Kehematan 3, 8(*), 13, 18(*), 23(*), 28, 33, 38, 43(*) 9

Kepersetujuan 2(*), 7, 12(*), 17, 22, 27(*), 32, 37(*), 42 9

Neurotikisme 4, 9(*), 14, 19, 24(*), 29, 34(*), 39 8

Ekstraversi 1, 6(*), 11, 16, 21(*), 26, 31(*), 36 8

(*) item negatif

Item-item positif dimarkatkan menggunakan skala Likert 5-mata iaitu 1 (sangat tidak

bersetuju) dan 5 (sangat bersetuju). Bagi item negatif-negatif pula sebaliknya iaitu

5(sangat tidak bersetuju) dan 1 (sangat bersetuju).Pemarkatan alat ujian personaliti adalah

seperti dalam Jadual 2.3.

Jadual 2.3 : Pembahagian item positif dan negatif bagi dimensi personaliti

Page 31: THESIS FULL

31

Jawapan Item Positif Item Negatif

Sangat tidak bersetuju 1 5

Sedikit tidak bersetuju 2 4

Tidak pasti 3 3

Sedikit bersetuju 4 2

Sangat bersetuju 5 1

Markat maksimum untuk subskala keterbukaan ialah 50 dan markat minimum ialah 10.

Manakala bagi subskala kehematan dan kepersetujuan, markat maksimum ialah 45 dan

minimum ialah 9. Markat maksimum bagi subskala neurotikisme dan ekstraversi ialah 40

dan markat minimum ialah 8.

2.5.4 Bahagian D : Revised Dyadic Adjustment Scales (RDAS)

Pemboleh ubah ini diukur dengan menggunakan Revised Dyadic Adjustment Scales

(RDAS : Crane, D. R., Bean, R.A., & Middleton, K. C., 2000). Skala ini terdiri daripada

14 item dan mengukur 3 tahap penyesuaian iaitu konsensus, kepuasan dan kohesi dalam

sesuatu perhubungan. Konsensus mempunyai 6 item, kepuasan mempunyai 4 item dan

kohesi mempunyai 4 item. Bagi soalan 1 hingga 6 dimarkatkan menggunakan skala Likert

6-mata iaitu 0 (sentiasa tidak bersetuju) dan 5 (sentiasa bersetuju). Pemarkatan alat ujian

kepuasan dalam perkahwinan adalah seperti dalam Jadual 2.4

Jawapan Skor item

Sentiasa bersetuju 5

Hampir sentiasa bersetuju 4

Kadang-kadang tidak setuju 3

Kerap tidak bersetuju 2

Hampir sentiasa bersetuju 1

Sentiasa tidak bersetuju 0

Jadual 2.3 : Pembahagian item positif dan negatif bagi dimensi personaliti

Jadual 2.4 : Pemarkatan alat ujian kepuasan perkahwinan item 1-6

Page 32: THESIS FULL

32

Bagi soalan 7 hingga 10 dimarkatkan menggunakan skala Likert 6-mata iaitu 0 (pada

setiap masa) dan 5 (tidak pernah). Cara pemarkatan adalah seperti dalam Jadual 2.5

Jawapan Skor item

Tidak pernah 5

Jarang-jarang 4

Sekali-sekala 3

Lebih kerap daripada tidak 2

Pada kebanyakan masa 1

Pada setiap masa 0

Bagi soalan 11 dimarkatkan menggunakan skala Likert 5-mata iaitu 0 (tidak pernah) dan 4

(setiap hari). Cara pemarkatan adalah seperti dalam Jadual 2.6

Jawapan Skor item

Setiap hari 4

Hampir setiap hari 3

Kadang-kadang 2

Jarang-jarang 1

Tidak pernah 0

Bagi soalan 12 hingga 14 dimarkatkan menggunakan skala Likert 6-mata iaitu 0 (tidak

pernah) dan 5 (lebih kerap). Cara pemarkatan adalah seperti dalam Jadual 2.7

Jawapan Skor item

Lebih kerap 5

Satu kali sehari 4

Satu @ dua kali seminggu 3

Satu @ dua kali sebulan 2

Kurang daripada satu bulan 1

Tidak pernah 0

Jadual 2.5 : Pemarkatan alat ujian kepuasan perkahwinan item 7-10

Jadual 2.6 : Pemarkatan alat ujian kepuasan perkahwinan item 11

Jadual 2.7 : Pemarkatan alat ujian kepuasan perkahwinan item 12-4

Page 33: THESIS FULL

33

Markat maksimum untuk subskala konsensus ialah 30 dan markat minimum ialah 0.

Manakala bagi subskala kepuasan, markat maksimum ialah 20 dan minimum ialah 0.

Bagi subskala kohesi ialah 19 dan markat minimum ialah 0.

2.6 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UJIAN

Kebolehpercayaan dalam sesuatu penyelidikan merujuk kepada keupayaan suatu alat ujian

untuk memperoleh nilai yang serupa apabila pengukuran yang sama diulangi. Jika

pengukuran pada kali yang kedua (dan ketiga serta pada kali yang seterusnya) dilakukan,

nilai yang diperoleh adalah serupa, maka alat ujian yang digunakan dikatakan mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi (Chua Yan Piaw, 2006). Oleh sebab itu, kebolehpercayaan

sesuatu alat ukuran amatlah penting untuk diketahui kerana dengan skor kebolehpercayaan

alat ukuran yang tinggi, sesuatu alat ukuran itu dapat digunakan untuk penyelidikan

sebenar. Dalam kajian ini, kaedah kebolehpercayaan yang digunakan untuk mengetahui

skor alat kajian adalah berdasarkan kaedah Alfa (α) Cronbach.

2.6.2 Kebolehpercayaan bagi Communication Patterns Questionnaire (CPQ)

Nilai kebolehpercayaan adalah berdasarkan Jadual 2.8. Hasil analisis awal mendapati

kebolehpercayaan alfa Cronbach bagi corak komunikasi ialah adalah masing-masing 0.87

bagi corak komunikasi saling membina, 0.65 bagi corak komunikasi lelaki mempertahan

diri-wanita mengundur diri; dan 0.66 bagi corak komunikasi wanita mempertahan diri-

lelaki mengundur diri.

Subskala Nilai Alfa (α) Cronbach

Saling membina .87

Lelaki mempertahan diri-wanita mengundur diri .65

Wanita mempertahan diri- lelaki mengundur diri .66

Jadual 2.8 : Nilai alfa (α) cronbach Communication Patterns Questionnaire (CPQ)

Page 34: THESIS FULL

34

2.6.2 Kebolehpercayaan bagi Big Five Personality(BFI)

Berdasarkan Jadual 2.9 hasil analisis metod alfa (α) Cronbach menunjukkan nilai

kebolehpercayaan soal selidik BFI telah dibuktikan yang mempunyai ketekalan dan

kebolehpercayaan yang tinggi. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kelima-lima

dimensi iaitu ekstraversi (0.86), neurotikisme (0.87), kepersetujuan (0.79), keterbukaan (0.83)

dan kehematan (0.82).

Jadual 2.9 : Nilai alfa (α) cronbach Big Five Personality(BFI)

Subskala Jumlah Item Nilai Alfa(α) Cronbach

Ekstraversi 8 0.86Kepersetujuan 9 0.79Kehematan 9 0.82Neurotikisme 8 0.87Keterbukaan 10 0.83

2.6.3 Kebolehpercayaan bagi Revised Dyadic Adjustment Scales (RDAS)

Nilai kebolehpercayaan Revised Dyadic Adjustment Scales (RDAS) adalah berdasarkan

Jadual 2.10. Terdapat tiga dimensi dalam skala ini iaitu konsensus (0.683), kepuasan

(0.827) dan kohesi (0.836).

Jadual 2.9 : Nilai alfa (α) cronbach Revised Dyadic Adjustment Scales (RDAS)

Subskala Jumlah Item Nilai Alfa(α) Cronbach

Konsensus 6 0.683Kepuasan 4 0.827Kohesi 4 0.836

2.7 PROSEDUR KAJIAN

Responden dikehendaki mengisi tiga borang soal selidik iaitu Communication Patterns

Questionnaire (CPQ), The Big Five Inventory (BFI) dan Dyadic Adjustment Scale (DAS).

Ketiga-tiga borang soal selidik ini digunakan untuk mengetahui corak komunikasi, jenis

personaliti individu serta pasangannya dan tahap kepuasan perkahwinan mereka. Ketiga-

tiga borang soal selidik telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu bagi memudahkan

responden memahami soalan-soalan yang dikemukakan. Proses penterjemahan dilakukan

dengan merujuk kepada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005). Borang soal selidik

yang diberikan kepada responden mempunyai empat bahagian iaitu:

Page 35: THESIS FULL

35

Bahagian A – Merangkumi maklumat demografi responden seperti jantina, umur,

kaum, agama, tempoh perkahwinan dan pekerjaan. Bahagian ini bertujuan untuk

memudahkan pengelasan dan mengenalpasti subjek semasa kajian dijalankan.

Bahagian B– Merangkumi soalan bagi mengenalpasti corak komunikasi responden

kajian dengan pasangannya.

Bahagian C– Merangkumi soalan bagi mengenalpasti jenis personaliti responden

kajian.

Bahagian D– Merangkumi soalan bagi mengenalpasti tahap kepuasan perkahwinan

responden kajian.

Soalan yang dikemukakan dalam bahagian B, C dan D adalah berdasarkan objektif

kajian yang dinyatakan di dalam Bab 1. Dalam set soal selidik ini, Skala Likert digunakan

untuk mengukur darjah persetujuan dan pandangan responden terhadap sesuatu penyataan.

Borang soal selidik telah diedar secara rawak kepada pasangan berkahwin yang

menetap di sekitar Selangor. Individu yang terlibat dalam kajian ini mestilah telah

berkahwin sekurang-kurang selama setahun dan ke atas. Sebanyak 300 salinan borang soal

selidik diedar kepada pasangan yang telah berkahwin.

2.8 PENGANALISISAN DATA STATISTIK

Penganalisisan data adalah bahagian yang penting dalam sesuatu kajian yang dibuat. Data

yang diperoleh dianalisis dan diproses menggunakan perisian Statistical Package For

Social Sciences (SPSS) versi 20.0. Program SPSS ini digunakan kerana perisian ini

memudahkan penganalisisan data, mampu memanipulasikan data bagi bilangan sampel

yang banyak dan data yang dianalisis adalah tepat. Dengan bantuan program ini setiap

data yang diperoleh dianalisis daripada data mentah kepada bentuk statistik deskriptif dan

inferensi. Ujian-t untuk sampel bebas (Independent-samples t-test) digunakan untuk

mengenalpasti perbezaan kepuasan perkahwinan berdasarkan jantina. Manakala ANOVA

satu hala digunakan untuk mengenalpasti perbezaan kepuasan perkahwinan berdasarkan

umur dan tempoh perkahwinan. Sementara itu, pekali korelasi Pearson digunakan untuk

mengenal pasti hubungan antara corak komunikasi dan personaliti dengan kepuasan

perkahwinan. Ujian regrasi pelbagai juga digunakan untuk melihat mengenai pengaruh tret

personaliti terhadap kepuasan perkahwinan.

Page 36: THESIS FULL

36

2.6 RUMUSAN

Keseluruhannya, kajian ini merupakan satu kajian survei dengan menggunakan kaedah

kuantitatif untuk mengkaji cara komunikasi, jenis personaliti dan faktor demografik terhadap

kepuasan perkahwinan. Bab ini memberikan panduan kepada pengkaji dalam menjalankan

kajian dengan lebih teratur dan sistematik yang seterusnya dapat menghasilkan dapatan

kajian yang baik dan berguna.

RUJUKAN

Aboulfazl Bakhshipour, Farzaneh Michaeli Manee & Seysdhossein Mirzaei.2014. The relationship between communication patterns of couples and marital satisfaction. International Journal Of Current Life Sciences 9: 7648-7653.

Abdul Azeez E.P. 2013. Employed Women and Marital Satisfaction: A Study among Female Nurses. International Journal of Management and Social Sciences Research 1 : 17-22.

Ail Reza Hedari, Parviz Asskary, Maryam Azarkish. 2012. Relation of some demographic factors with marital commitment, sexual satisfaction and life satisfaction in women. Journal of American Science 8(2) : 195-199.

Allport, Gordon. 1961. Pattern and Growth in Personality. New York : Harcourt College Publication

April Chiung-Tao Shen. 2012. Same Marriage; Two Realities: Gender Differences in Marriage. Social Policy & Social Work 1 : 160-180.

Asghar Mirfardi, Ali Edalati & Ma’rof Redzuan. 2010. Relationships between background factors and female marital satisfaction. Journal of Social Sciences 6 (3): 447-452

Bradbury, T., N. 1990. Attributions in marriage: Review and critique. Psychological

Bulletin 107: 3-33.

Bradbury, T.N. & B.R. Karney. 2004.Understanding and altering the longitudinal course of marriage. Journal of Marriage and Family .

Bianca P, Acevedo and Arthur Aron. 2009. Does a long-term relationship kill romantic love?. American Psychological Association Journal 13 : 59-65.

Christensen, a., & Sullaway, M. 1984. Communications Patterns Questionnaire. Unpublished questionnaire. Los Angeles: University of California.

Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik dan

Penyelidikan (Buku 2). Kuala Lumpur: McGraw-Hill Education

Cristenen, L. B. 1994. Experimental Methodology, Ed ke-6. Boston: Allyn and Bacon.

Page 37: THESIS FULL

37

Coyne, J. C., Thompson, R. & Palmer, S. C. 2002. Marital quality, coping with conflict marital complaints and affection in couples with a depressed wife. Journal of Family Psychology 16 (1): 26-37.

Dabone & Kyeremeh Tawiah. 2014. Effects of age on marital satisfaction of married

people in sunyani municipality. International Journal of Research In Social

Sciences 8 : 48-57.

Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005. Kamus Dewan. United States: University Of

Michigan Press.

Fakhrurrazi. 2013. Senario pemilihan pasangan dan aktiviti salahlaku seks dalam kalangan peserta kursus pra perkahwinan Islam di daerah Johor Bahru. Tesis Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling), Universiti Teknologi Malaysia

Faulkner, R. A., Davey, M., & Davey, A. 2005. Gender-Related Predictors of Changein Marital Satisfaction and Marital Conflict. The American Journal of FamilyTherapy 33: 61-83

Galvin, K.M, & Brommel, B. J. 199. Family Communication : Cohesion and Change,

New York : Harper Collins.

Ghasem Shahmoradi, Esmat Maleki, Tayyebeh Maleki, Zeinab Shahmoradi, & Gholam

Hossein Entesar Foumany. 2014. Journal of Educational and Management Studies

4(4): 787-790.

John, O. P., & Srivastava, S. 1999. The Big-Five Trait Taxonomy: History,

Measurement and Theoretical Perspectives. in L. A. Pervin & O. P. John,

Handbook of personality: Theory and research 2: 102–138.

Jose Orathinkal & Alfons Vansteenwegen. 2007. Do Demographics Affect Marital

Satisfaction? Journal of Sex & Marital Therapy 33:73–85.

Kok-Mun N, Johnben Teik-Cheok Loy, Clinton G, Gudmunson & WinNee Cheong.

2009. Gender Differences in marital and life satisfaction among Chinese

Malaysians. Sex Roles 60:33–43.

Lawrence A. Kurdek. 2005. Gender and marital satisfaction early in marriage: a growth

curve approach. Journal of Marriage and Family 1 : 68-84

Page 38: THESIS FULL

38

Luo, S., & Klohnen, E. C. 2005. Associative Mating and Marital Quality inNewlyweds:A

Couple-Centered Approach. Journal of Personality and Social Psychology 88:

304-326.

Mahdi Shahnazari, Zahra Salarian Kaleje, Shaghayegh Vahidi, Shahrzad Javadpour, Nasrin Alizadeh, Fereshteh Amini & Davod Ghaderi. 2013. Survey the relationships between big five factor personalities and marital satisfaction in married Tehran’s residents. Annals of Biological Research 4 (12):129-132.

Mansor Ahmad Saman, Ramli Mohamed dan Shawaluddin Alias. 1984. Pengantar Komunikasi. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Maryam Taheri, Fatemeh Jafarian & Mahla Yazdanpoor (2015). The relationship between Five Factor Model of Personality and marital satisfaction among married couples in Sari. GMP Review Journal 3 : 405-409

McCrae, R. R & Costa, P. T., Jr., (2005). A Five-Factor Model Perspective onPersonality Disorder. In Strack, S. (Ed), Handbook of Personality andPsychopathology 81: 257-270.

Mischel, Walter. 1968. Personality and Assessment. New York: Wiley,

Mohammad Ebrahim Madahia, Mona Samadzadehb, & Nasirudin javidi (2013). The communication patterns & satisfaction in married students. Social and Behavioral Sciences 84 : 1190 – 1193.

M. P. Nichols & R. C. Schwartz. 2001. Family therapy: Concepts and methods. Ed. – 5. Boston. Allyn and Bacon.

Najarpourian Samaneh, Maryam Fatehizadeh, Ozra Etemadi, Vahid Ghasemi,Mohammad Reza Abedi & Fatemeh Bahrami. 2012. Interdisciplinary JournalOf Contemporary Research In Business. 43: 86-67.

Narges Razeghi, Masume Nikiju, Adis Kraskian Mujembari & Arine Zohrabi Masihi. 2009. Relationship between Big Five Personality factors and marital satisfaction. Developmental Psychology Journal 27 : 269-277.

Owuamanam, T O. 2000. Age at marriage, religion and marital satisfaction among Igbo people in Imo state. The Nigerian Journal of Guidance and Counselling. 110-120.

Oxford Dictionary of English. 2010. Third Edition. New York: Oxford University Press

Rabia Maryam & Khalid Mahmood. 2014. Gender Differences on Marital Satisfaction and Social Relations among Diabetic Patients. International Journal of Scientific & Engineering Research 5 (1) : 45-51

Page 39: THESIS FULL

39

Rachel M. Mireckia, Jessica L. Choua, Michael Elliottb & Christine M. Schneidera 2013. What factors influence marital satisfaction? differences between first and second marriages. Journal of Divorce & Remarriage: 78-93.

Rozmi Ismail. 2011. Psikologi Sosial. Bangi: Penerbit Universiti KebangsaanMalaysia.

Rumaya Juhari, Irese Tsen & Siti Nor Yaacob. 2007. Pengaruh Personaliti Ke AtasKualiti Perkahwinan Responden Cina Di Sandakan Sabah. Borneo ResearchJournal 19(3): 394-403.

Salina bt Nen. 2003. Konflik di Kalangan Pasangan Berkahwin dengan Kefahaman Komunikasi. Tesis Sarjana Kaunseling, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sansabil Ismail, Sulaiman Shakib & Mohamed Sharif. 2006. Persepsi siswi terhadap faktor-faktor yang memainkan peranan untuk mendirikan rumah tangga: satu tinjauan di fakulti pendidikan. National Student Development Conference (NASDEC) 2006. Kuala Lumpur, 8-9 Ogos.

Santrock W. 2011. Life-Span Development. Edisi ke-11. New York: MGRraw-Hill.

Shekoofeh Dadfarnia & Zahra Meidani, Nahid Amouei. 2015

Shiota, M. N., & Levenson, R. W. 2007. Birds of a feather don’t always fly farthest: Similarity in Big Five Personality Predicts More Negative Marital Satisfaction Trajectories in Long‐Term Marriages. Psychology and Aging 22 : 666 – 675

Spanier. G. B. 1976. Measuring Dyadic Adjusment: New Scales for Assesing the Quality of Marriage and Similar Dyads. Journal of Marriage and The Family,77:15-28

Suzana Mohd Hoesni, Mohd Suhaimi Mohamad, Sarah Waheeda Mohd Hafidz, SheauTsuey Chong & Nasrudin Subhi. 2012. Meneroka Konsep Cinta DalamPerkahwinan Dalam Kalangan Melayu Bandar Yang Akan Berkahwin. Journalof Social Sciences and Humanities 8:1823-884.

Syed Arabi Idid. 1993. Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tooran Khorsandpour & Dokaneheei Fard. 2015. Relationship between communication patterns of couples and marital satisfaction in married high school teachers in Tehran. Journal of Social Issues & Humanities 5 : 313-317.

Wolcott, I & Hughes, J. 1999. Towards Understanding the Reasons for Divorce,

Australian Institute of Family Studies 110: 1–43.

Zahra Yadalijamaloye, Elham Naseri, Mojgan Shoshtari, Mohamad Khaledian & Razeye Ahrami. 2013. Relationships between self-esteem and marital satisfaction among women. Psychology and Behavioral Sciences 2(3): 124-129.

Page 40: THESIS FULL

40

Zainah, A. Z., Nasir, R., Ruzy Suliza Hashim & Noraini Md Yusof. 2012. Effects of demographic variables on marital satisfaction. Asian Social Science Journal 9 : 46-49