full report pemulihan 3m group dr hanafi

Upload: sitiaisyahbuhari

Post on 07-Jan-2016

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KURSUS:GGGB1053 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS SET 1 SESI 2 2014/2015

TUGASAN:TUGASAN KUMPULAN

TAJUK TUGASAN:. PEMULIHAN KHAS 3M

NAMA PENSYARAH:PROF. MADYA DR. MOHD HANAFI BIN MOHD YASIN

DISEDIAKAN OLEH:DIANI AMIRA BINTI HAMZAH (A148556)MUHAMMAD NURNIZAM BIN SUHAIMI (A151177)RAIDAH MAHIRAH BINTI ABDULLAH (A151222)NURULHUDA BINTI GHAZALI (A151355)SITI AISYAH BINTI BUHARI (A151285)NORADIBAH BINTI IBRAHIM (A150676)

FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIAMengilham Harapan Mencipta Masa Depan

KANDUNGANTAJUKHALAMAN1. PENGENALAN0. KONSEP PEMULIHAN30. DEFINISI PEMULIHAN30. DEFINISI MURID PEMULIHAN30. MATLAMAT PEMULIHAN30. OBJEKTIF PEMULIHAN30. PENYATAAN MASALAH41. DAPATAN KAJIAN0. TEMPAT KAJIAN50. VISI SEKOLAH50. MISI SEKOLAH52.2BILANGAN MURID KELAS PEMULIHAN 3M 2.2.1BILANGAN MURID52.2.2KATEGORI MURID72.3LATAR BELAKANG RESPONDEN 92.3.1LATAR BELAKANG MURID 9PEMULIHAN KHAS 3M2.4LATAR BELAKANG GURU142.5PENGALAMAN GURU172.6INFRASTRUKTUR SEKOLAH203,0CABARAN DAN HARAPAN244.0RUMUSANDAN KESIMPULAN275.0RUJUKAN306.0 LAMPIRAN31

1.0 PENGENALAN1.1KONSEP PEMULIHANKonsep Program Pemulihan ialah satu usaha untukmengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas 3M iaitu menulis, membaca dan mengira.

1.2DEFINISI PEMULIHANMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245, 1246),Pulih bermaksudkembali seperti biasa (keadaan semula). Pemulihan bermaksudperbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula.Dalam konteks ini, konsep pemulihanmerujuk kepadakanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.1.3DEFINISI MURID PEMULIHANMenurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1984),murid pemulihan ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran, dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

1.4MATLAMAT PEMULIHAN Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.

1.5OBJEKTIF PEMULIHAN menguasai kemahiran 3M. meneruskan pembelajaran di kelas biasa dan menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. 1.6PENYATAAN MASALAHMasalah-masalah Murid Pemulihan ialah kanak-kanak yang perlu menjalani program pendidikan pemulihan biasanya terdiri daripada murid-murid yang kurang bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran. Antaranya ialah mereka yang mempunyai kelemahan dalam membaca, menulis dan mengira serta kelemahan dalam daya pemikiran yang abstrak. Mereka juga tidak mempunyai kemampuan menganalisis sesuatu untuk membezakan antara yang penting dengan yang kurang penting seperti dalam kefahaman dan menganalisis teks disebabkan kurangnya daya cipta dan kekurangan penguasaan kosa kata pertuturan yang mempunyai kelemahan dalam koordinasi pancaindera dengan pemikiran dari segi pengamatan, pendengaran dan pertuturan. Lemah dalam penerimaan konsep-konsep yang baru, tidak boleh mengingat kembali, tidak mempunyai akal yang cerdas serta kurang pengalaman tentang alam sekeliling. Kurang keyakinan diri kerana dikuasai oleh perasaan rendah diri, tidak boleh bertindak balas dengan bebas kerana kelemahan sikap kanak-kanak itu sendiri. Gagal dalam ujian atau peperiksaan dan lemah dalam pelajaran. Tercicir daripada sekolah pada peringkat awal lagi ketidakbolehan belajar sesuatu dalam masa yang terhad darjah kecerdasan yang rendah apabila dibandingkan dengan rakan-rakan sebaya. Murid-murid pemulihan ini juga dianggap sebagai murid murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak boleh dianggap disebabkan oleh kecacatan. Kadangkala mereka ini diberi label pencapaian rendah yang bermaksud bahawa mereka memperlihatkan taraf pendidikan yang tidak memuaskan berbanding dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya mereka atau taraf pencapaian yang diharapkan bagi murid-murid pada peringkat persekolahan.

2.0 DAPATAN KAJIAN2.1 TEMPAT KAJIANSekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2, Negeri Sembilan.2.2.1VISI SEKOLAHSekolah Unggul Penjana generasi Terbilang2.2.2MISI SEKOLAHMembangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti.

2.2 BILANGAN MURID KELAS PEMULIHAN 3M

BILANGAN MURID YANG MENGIKUTI KELAS PEMULIHAN 3M DI SK WAWASAN.

2.2.1BILANGAN MURID Terdapat dua kelas pendidikan pemulihan khas yang ditawarkan di Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2, Negeri Sembilan iaitu Pemulihan Bahasa Melayu di dalam Bilik Darjah Khas dan Pemulihan Matematik di dalam Bilik Darjah Khas. Kedua-duanya berada dalam kategori masalah pembelajaran kompleks.

Pendidikan pemulihan khas di sekolah ini disediakan untuk murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Murid-murid ini mengikuti aktiviti pemulihan di dalam kelas khas yang disediakan khusus untuk pengajaran dan pembelajaran mereka. Murid-murid yang ketinggalan atau lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dipindahkan ke dalam kelas khas untuk mengikuti program pemulihan khas. Rasionalnya murid pemulihan khas ditempatkan di dalam kelas kerana masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan oleh guru mereka, Puan Jaharah. Selain itu, segala kemudahan yang terdapat di dalam kelas tersebut dapat digunakan dengan lebih berkesan. Di samping itu, Puan Jahara dapat menyediakan suasana pembelajaran yang lebih menggalakkan minat murid untuk belajar. Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Selain itu, kelas khas di sekolah ini diwujudkan kepada murid-murid yang memerlukannya bertujuan untuk membolehkan mereka menerima pembelajaran atau rawatan khas (jika perlu) supaya keperluan-keperluan murid-murid tersebut dapat dipenuhi atau dalam setengah-setengah keadaan cuma dapat dibantu agar masalah yang sedia ada tidak menjadi bertambah buruk atau menimbulkan kesan-kesan sampingan. Sebenarnya, sistem pengajaran & pembelajaran di sekolah ini menggunakan kaedah seperti yang dilaporkan oleh National Bureau for Co-Operation in Child Care (1970) dalam Living With Handicaps, iaitu menubuhkan kelas-kelas pemulihan khas di sekolah biasa.

Pemulihan khas 3M di sekolah ini dijalankan di dalam bilik darjah khas oleh guru pemulihan khas yang terlatih dalam bidang ini iaitu Puan Jaharah. Murid-muridnya pula terdiri daripada murid yang gagal menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Murid-murid ini dikenal pasti sebagai murid pemulihan khas melalui ujian saringan yang melibatkan kemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiran membaca dan kemahiran menulis. DarjahBilangan Murid (Orang)

Pemulihan Khas Bahasa MelayuPemulihan Khas Matematik

2103

354

Jumlah157

Jumlah Keseluruhan22

Jadual 1.1 : Bilangan Murid Pemulihan Khas di Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2Sumber : Kajian Lapangan 2015Berdasarkan data yang diperoleh hasil daripada temubual yang dijalankan ke atas guru penyelaras pemulihan khas di sekolah ini, Puan Jahara, bilangan keseluruhan murid pemulihan khas 3M di sekolah ini ialah seramai 22 orang. 13 orang daripada jumlah tersebut terdiri daripada murid Darjah 2. Manakala bilangan yang selebihnya adalah mereka yang terdiri daripada murid Darjah 3. Seterusnya, setiap daripada murid-murid tersebut dibahagikan mengikut kelemahan masalah mata pelajaran masing-masing iaitu Bahasa Melayu dan Matematik . Seperti yang dapat dilihat dalam Jadual 1.1, bilangan murid pemulihan khas Bahasa Melayu bagi Darjah 2 ialah 10 orang, manakala bagi Darjah 3 pula ialah seramai 5 orang. Merujuk kepada jadual yang sama, 3 orang murid di Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2 mengikuti kelas pemulihan khas Matematik. Ketiga-tiga daripada murid-murid tersebut berada dalam Darjah 2. Bagi Darjah 3 pula, seramai 4 orang murid yang mengikuti kelas pemulihan khas Matematik. Hal ini menjadikan jumlah keseluruhan murid yang mengikuti kelas pemulihan khas di sekolah ini seramai 22 orang dengan 15 daripadanya mengikuti kelas pemulihan khas Bahasa Melayu dan selebihnya mengikuti kelas pemulihan khas Matematik. 2.2.2KATEGORI MURID YANG BELAJAR DI SK WAWASANSecara umumnya, kita mengetahui bahawa murid yang tidak boleh mengikuti pembelajaran di dalam kelas biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu-satu objektif pengajaran yang mudah atau objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah atau rendah terhadap pemikiran tentang konsep yang abstrak akan ditempatkan di Kelas Pemulihan Khas. Begitu juga dengan murid di Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2, Negeri Sembilan. Murid yang berjaya dikesan oleh guru mereka apabila tidak dapat menulis, membaca atau mengira akan ditempatkan di Kelas Pemulihan Khas 3M. Di sekolah ini, terdapat dua kategori murid pemulihan khas 3M iaitu murid pemulihan khas Bahasa Melayu dan murid pemulihan khas Matematik.Murid pemulihan khas Bahasa Melayu di sekolah ini terdiri daripada mereka yang tidak mampu mengeja perkataan-perkataan yang mudah apatah lagi yang susah. Sebagai contoh, perkataan seperti sayur juga sukar untuk mereka eja. Di samping itu, murid-murid dalam kategori ini dilihat meninggalkan huruf, suku kata atau perkataan ketika menulis dan membaca. Mereka juga mengalami masalah untuk merangka ayat yang panjang kerana pembendaharaan kata yang kurang diketahui. Mereka juga rendah darjah kecerdasan berbanding dengan rakan sebaya. Di sini jelas menunjukkan bahawa penggunaan elemen semantik dalam pembinaan ayat tidak dapat diaplikasikan secara sempurna oleh mereka. Apabila diberi latihan oleh guru, kita akan dapat melihat mereka gigih menyiapkan latihan tersebut namun perhatian mereka terhadap latihan yang diberi akan hilang apabila mereka tidak berjaya menjawab soalan latihan yang diberikan. Murid-murid ini akan kelihatan gelisah serta mula mengganggu kawan-kawan sekelas yang lain. Ada juga di antara mereka yang mula menghisap jari dan menggigit kuku.Seterusnya, kategori murid pemulihan khas Matematik. Murid pemulihan kategori ini tidak mengira dengan betul. Walaupun mereka diberi alat bantu mengajar seperti batu untuk memudahkan mereka membuat pengiraan angka, namun mereka masih tidak mampu untuk mendapat pengiraan yang betul. Berdasarkan pemerhatian kami, murid-murid ini seolah-olah keliru dengan jumlah sebenar benda yang diberi. Mereka berulang-ulang kali mengira benda yang sama, namun jawapan yang diperolehi tetap salah. Di disamping itu, sebilangan besar murid pemulihan khas Matematik di sekolah ini gagal untuk menggunakan operasi mudah Matematik dengan betul. Walaupun telah diajar oleh guru mereka iaitu Puan Juhara, namun operasi tambah, tolak, darab dan bahagi masih tidak mereka fahami. Di sini, kami menyimpulkan bahawa mereka keliru dengan konsep yang diajarkan serta tidak kenal bentuk turutan. Oleh sebab itu, mereka susah mengingat kembali cara penyelesaian yang diajar oleh Puan Juhara. Tuntasnya, itulah dua kategori murid pemulihan khas 3M yang mengikuti kelas pemulihan khas di sekolah ini. 2.3 LATAR BELAKANG RESPONDEN

LATAR BELAKANG 2 ORANG RESPONDEN (MURID PEMULIHAN 3M)

2.3.1LATAR BELAKANG MURID PEMULIHAN KHAS 3MKami telah mengambil dua orang pelajar yang mengalami Pemulihan Khas 3M dari Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2 untuk dijadikan responden pemerhatian dalam tugasan berkumpulan kami. Berikut adalah antara latar belakang dua orang responden yang telah kami ambil.Responden 1 Responden pertama kami bernama Muhammad Hakimi Bin Huzain atau nama singkatannya Hakimi. Berumur 8 tahun dan ditempatkan di kelas 2 Orchid yang merupakan kelas ke 4 daripada 5 kelas yang terdapat di sekolah itu, tarikh lahir pelajar ini ialah 24 Januari 2007 serta berbangsa Melayu. Nama bapa Hakimi ialah Huzaini Bin Irdani dan berkerja sebagai pembantu makmal manakala nama ibunya Mahani Binti Muhammad Razak dan berkerja sebagai jururawat. Muhammad Hakimi juga anak ke dua daripada tiga orang adik beradik. Selepas menemubual guru yang mengajar Hakimi iaitu Puan Jaharah mendapati pada tahun 1, Hakimi pernah dirujuk di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk ditukarkan ke sekolah pendidikan Khas tetapi tidak diteruskan di atas beberapa sebab misalnya, doktor yang mengesahkan Hakimi untuk ke sekolah pendidikan khas telah berpindah ke hospital lain dan akhirnya kes itu hanya terbengkalai begitu sahaja. Puan Jaharah iaitu guru pemulihan Hakimi juga ada menyatakan bahawa Hakimi ini kerap meninggalkan tempat duduk di dalam kelas, kurang perhatian di dalam kelas, dan tumpuan lebih diberikan terhadap sesuatu perkara lain yang lebih diminati.Berdasarkan pemerhatian kami, dari aspek emosi, Hakimi mengalami perasaan sedih pada awal-awal kelas bermula. Hal ini mungkin kerana Hakimi tidak berminat untuk pergi ke sekolah. Tetapi selepas dipujuk oleh guru dengan bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik seperti teka-teki berwarna-warni, batu untuk mengira, menyanyi lagu kanak-kanak contohnya tanya sama pokok dan angkat tangan bersama-sama pelajar, Hakimi kembali gembira untuk meneruskan pembelajaran dan pengajaran (P&P).Dari segi tingkah laku, pada awal-awal kelas bermula Hakimi seorang yang malas dan sukar untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh guru, misalnya jika guru meminta untuk mengeluarkan buku untuk belajar dan didapati Hakimi sangat lambat untuk mengeluarkan buku pada waktu kelas itu iaitu subjek Matematik. Hakimi juga cepat berasa bosan atau jemu akan perkara yang telah diajar oleh gurunya dan akhirnya Hakimi akan bermain dan selalu bercakap sewaktu di dalam kelas walaupun guru mengajar dihadapan. Seterusnya, dari aspek kesihatan, pertumbuhan badan dilihat tidak seimbang iaitu gemuk. Muhammad Hakimi menceritakan kepada kami bahawa dia suka makan makanan ringan dan kami mendapati Hakimi juga banyak membeli makanan ringan sewaktu rehat seperti snek dan gula-gula. Hal ini boleh menyebabkan bentuk badan hakimi menjadi gemuk sehingga tidak sesuai dengan usia. Pada tahap pencapaian kokurikulum, kami mendapati bahawa Hakimi telah menyertai sukan tahunan di sekolahnya iaitu mewakili rumah sukan merah pada tahun 1 dan telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan meniup belon, dan tempat kedua dalam acara lari membawa aiskrim gergasi. Bagi pencapaian akademik pula, Hakimi telah mendapat numbor peperiksaan ke 21 dari 25 orang pelajar didalam kelasnya. Hal ini, menunjukkan Hakimi seorang pelajar yang agak lemah dari pencapaian akademik terutama bagi subjek Matematik. Bagi subjek matematik Hakimi hanya boleh menulis numbor 1 hingga 30 sahaja tetapi bagi aktiviti tolak, tambah, darab, dan bahagi Hakimi kurang mahir. Hakimi juga sorang pelajar yang sukar untuk mengingati apa yang telah diajar oleh guru, sehinggakan gurunya terpaksa kerap kali mengulang apa yang telah diajar.Responden 2Responden kedua kami bernama Nurul Sakinah Huda Binti Iqbal atau nama singkatannya Sakinah. Berumur 9 tahun dan ditempatkan di kelas 3 Mawar yang merupakan kelas hujung sekali iaitu nombor 5 daripada 5 kelas yang terdapat di sekolah itu. Tarikh lahir pelajar ini ialah 12 Jun 2006 serta berbangsa Melayu. Nama bapa Sakinah ialah Iqbal Bin Ramlan dan berkerja sebagai Polis di Seremban manakala nama ibunya Noryati Binti Saidun berkerja sebagai peniaga. Sakinah juga anak ke tiga daripada empat orang adik-beradik. Hasil menemubual dengan guru yang mengajar Sakinah iaitu Puan Jaharah dan berbual sendiri dengan Sakinah. Kami mendapati bahawa ibubapa Sakinah telah bercerai. Hal ini telah menyebabkan Sakinah sering sedih dan tidak bermaya untuk ke sekolah. Namun begitu, hak penjagaan telah diberikan kepada ibunya iaitu Puan Noryati Binti Saidun. Puan Jaharah selaku guru pemulihan Sakinah juga ada menyatakan bahawa ibu Sakinah pernah berjumpa guru besar kerana anaknya ditempatkan di kelas pemulihan bagi subjek Bahasa Melayu. Ibu Sakinah tidak dapat menerima Sakinah ditempatkan di kelas pemulihan kerana Abang kandung Sakinah seorang yang pandai. Namun, selepas diberi penerangan akhirnya ibu Sakinah dapat menerima kerana anaknya sukar untuk mengeja dan membaca.Berdasarkan pemerhatian kami pada aspek emosi, Sakinah merupakan seorang kanak-kanak yang mudah berasa sedih dan hiba. Hal ini mungkin kerana Sakinah dahagakan perhatian dan kasih sayang daripada orang sekeliling. Manakala bagi aspek tingkah laku, mendapati bahawa Sakinah seorang pendiam atau pasif, beliau hanya berbual apabila kami bertanya sahaja dan begitu juga jika guru bertanya mengenai topik pembelajaran di dalam kelas, Sakinah hanya berdiam diri. Kami juga mendapati bahawa Sakinah tidak ramai kawan kerana beliau lebih banyak bersendirian pada waktu kelas dan di luar kelas. Hal ini kerana, Sakinah kurang bercakap dan selalu tidak hadir ke sekolah dengan pelbagai alasan berdasarkan maklumat yang telah diberikan oleh gurunya. Berdasarkan pemerhatian kami, dari aspek kesihatan mendapati bahawa Sakinah tidak kurang bermaya dan kurus jika dlihat pada usianya iaitu 9 tahun. Manakala hasil menemubual gurunya, mendapati bahawa kesihatan Sakinah sering terganggu seperti selesama dan demam. Hal ini menyebabakan Sakinah kerap kali tidak hadir ke sekolah.Pada tahap pencapaian kokurikulum, kami mendapati bahawa Sakinah pernah menyertai sukan tahunan di sekolahnya iaitu mewakili rumah sukan Biru pada tahun 2 dan telah memenangi tempat ketiga dalam acara lari dalam guni. Bagi pencapaian akademik pula, Sakinah telah mendapat numbor peperiksaan ke 15 dari 23 orang pelajar didalam kelasnya. Hal ini menunjukkan Sakinah seorang pelajar yang agak lemah dari pencapaian akademik terutama bagi subjek Bahasa Melayu sehingga terpaksa dimasukkan ke kelas pemulihan. Sakinah mempunyai perbendaharaan kata yang kurang, lemah dalam pemahaman, dan sukar untuk mengeja. Gurunya juga ada menyatakan bahawa Sakinah juga sukar untuk mengingati kembali apa yang telah dipelajarinya sehingga menyebabkan Puan Jaharah iaitu guru pemulihan terpaksa untuk mengulang dengan kerap.

Gambar 1 : Muhammad Hakimi Bin Huzain

Gambar 2 : Nurul Sakinah Huda Binti Iqbal

2.4LATAR BELAKANG GURUBILANGAN GURU PENDIDIKAN KHAS, LATAR BELAKANG LATIHAN PENDIDIKAN KHAS YANG DIPEROLEHI DAN PENGALAMAN MENGAJAR PENDIDIKAN KHAS.Setelah melihat kepada bilangan murid dan menyatakan bilangan kategori murid-murid yang belajar di SK Seri Wawasan, Seremban secara terperinci serta telah mengkaji latar belakang 2 orang murid untuk kajian kes, kita akan melihat kepada bilangan guru pendidikan khas, latar belakang latihan pendidikan khas yang diperoleh dan pengalaman beliau mengajar pendidikan khas. Di sekolah SK Seri Wawasan, Seremban hanya terdapat 1 orang guru Pendidikan Khas. mereka merupakan guru pendidikan khas yang mengajar pelajar pemulihan 3M tahap 1 dan tahap 2 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik yang sekarang dikenali dengan Kaedah LINUS. Namun, kami berpeluang menemu ramah salah seorang guru pendidikan khas iaitu Puan J, yang juga merupakan penyelaras bagi kelas pendidikan khas pemulihan 3M. Pada awalnya, Puan J menerima pendidikan tinggi pada peringkat Diploma dalam bidang pendidikan di Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur dalam opsyen perdagangan untuk peringkat sekolah menengah. Beliau telah mengajar di sekolah menengah selama berbelas tahun. Pada permulaan beliau memulakan tugas, beliau telah diberi tanggungjawab untuk mengajar dalam subjek Matematik, Perdagangan dan Prinsip Perakaunan selama beberapa tahun di SMK Bahau, Perak. Kemudian, beliau mengajar sebentar di Pahang dan seterusnya berpindah ke Negeri Sembilan dan mengajar di SMK Senawang. Di sana, beliau mengajar dalam subjek Perdagangan dan Kemahiran Hidup Bahagian Teknikal. Seterusnya, beliau telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah oleh Open University Malaysia dalam bidang Kejuruteraan Awam pada tahun 2005. Setelah menamatkan ijazah, beliau telah menerima arahan daripada pihak Kementerian Pelajaran untuk mengajar di sekolah rendah dan beliau telah ditempatkan di SK Seri Wawasan, Seremban daripada tahun 2005 hingga sekarang. Pada ketika itu, beliau telah diamanahkan untuk mengajar subjek Bahasa Melayu. Pada tahun berikutnya, beliau telah dilantik oleh guru besar untuk menjadi guru HEM (Hal Ehwal Murid) namun beliau telah meletakkan jawatan tersebut kerana kurang minat dalam memikul tanggungjawab tersebut. Seterusnya, pada tahun 2007, beliau telah dtawarkan untuk mengajar kelas pemulihan.Maka, disini bermulalah era yang penuh cabaran bagi beliau kerana pada ketika itu beliau merupakan seorang yang sangat kekok untuk berinteraksi dengan murid-murid sekolah rendah apatah lagi untuk mengajar mereka kerana pada sebelum ini beliau merupakan seorang guru di sekolah menengah dan pernah terlibat dalam bidang disiplin sewaktu mengajar di sekolah menengah. Namun, sebagai seorang guru, beliau sedar bahawa beliau tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menerima dan melibatkan diri beliau sepenuhnya dengan murid-murid kelas pemulihan tersebut kerana ini merupakan jalan pilihan beliau. Setelah itu, beliau juga mengambil masa untuk bermuhasabah diri dan memohon kepada-Nya agar dikurniakan kesabaran serta menimbulkan rasa sayang terhadap murid-muridnya. Kemudian, beliau telah dihantar untuk mengikuti kursus pendidikan khas selama beberapa bulan. Di sana, beliau telah diberikan latihan serta panduan dalam mengajar murid-murid khas. Lama-kelamaan, barulah beliau dapat menerima cara pengajaran dan pembelajaran murid-murid kelas pemulihan. Bagi memudahkan tugas beliau, Puan Jaharah berkata bahawa dalam melakukan sesuatu perkara yang baru, kita perlu untuk mencari seorang guru yang boleh membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kita dan kita juga perlu sentiasa merendah diri dalam kalangan guru-guru supaya kita dapat bersama-sama bergaul dan boleh bertukar-tukar pendapat dalam memajukan skil pengajaran kita serta berkongsi kreativiti yang boleh diaplikasikan dalam kelas. Hasil daripada perkongsian idea beliau sesama guru di tempat beliau bertugas, maka terhasillah sebuah kelas yang sangat ceria, menarik, kreatif, informatif dan penuh dengan pelbagai kelengkapan seperti ABM (Alat Bantu Mengajar) yang digunakan khas untuk mengajar murid-murid pemulihan. Setelah hampir 9 tahun Puan Jaharah mengajar murid-murid pemulihan, beliau telah pun tahu selok-belok tentang pengendalian kelas pemulihan ini daripada penyediaan sehingga ke peringkat penilaian. Beliau juga menggunakan teknik-teknik tertentu dalam mengajar murid-muridnya mengikut tahap kebolehan dan penerimaan muridnya. Menurut Puan Jaharah, sebagai seorang guru, pasti akan ada matlamat dan objektif yang ingin dicapai oleh guru tersebut terutamanya dalam pencapaian murid-muridnya. Oleh itu, dalam situasi beliau, Puan Jaharah telah menetapkan objektifnya iaitu dengan mengharapkan dalam tempoh 6 bulan murid-muridnya dapat menguasai beberapa kosa kata yang diajarnya dan sekiranya murid-muridnya berjaya menjawab ketika penilaian dilakukan beliau sudah berasa bersyukur kerana objektifnya tercapai. Kerana menurut beliau, bukan mudah bagi mencapai matlamat tersebut kerana penguasaan tatabahasa tersebut adalah mengikut tahap kemampuan murid-muridnya. Dalam temu ramah yang dilakukan, Puan Jaharah ada juga menyatakan bahawa latar belakang pelajar adalah penting dala menentukan tahap literasi mereka, hal ini kerana jika murid-murid mempunyai ibu bapa yang prihatin dan memberikan sepenuh tumpuan terhadap perkembangan anak-anak mereka pasti murid-murid tersebut tidak akan mengalami sebarang masalah untuk menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Apabila ditanyakan tentang hubungan beliau dengan ibu bapa anak-anak muridnya, beliau mengatakan yang hubungan mereka sangat baik sehinggakan ada sahaja ibu bapa yang menghantarkan mesej kepada beliau untuk meminta beliau dapat memberikan tunjuk ajar kepada anak-anak mereka serta berkongsi tips-tips yang boleh dipakai untuk membantu anak-anak mereka ketika berada di rumah. Namun, ada juga ibu bapa yang tidak boleh menerima tentang keadaan anak mereka yang perlu ditempatkan di kelas pemulihan kerana kurang mahir dalam mengusai kemahiran 3M. Puan Jaharah berkata, dalam situasi berkenaan pihak sekolah akan terlibat dalam membuat perundingan dengan ibu bapa supaya anak-anak mereka dapat terus dibimbing tanpa perlu mengalami keciciran dalam pelajaran. Di samping itu, beliau ada menyatakan yang cara untuk mengendalikan murid-murid kelas pemulihan ini perlulah menggunakan kaedah-kaedah tertentu iaitu jangan terlalu garang dengan mereka kerana mereka masih lagi kecil selain tidak mahu mereka berasa takut untuk berada dekat dengan guru. Selain itu, sekiranya hendak menangani murid yang bising atau nakal, beliau menyatakan di situlah perlu ada sedikit tegas dan keras supaya mereka ada rasa takut dan tingkah laku mereka akan terkawal. 2.5PENGALAMAN GURU

LATAR BELAKANG KURSUS PENDIDIKAN KHAS YANG DITERIMA OLEH PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS.

Latar belakang pendidikan yang diterima oleh Puan Jaharah pada permulaanya ialah sebagai seorang penuntut Maktab Teknik Perguruan Kuala Lumpur dalam bidang perdagangan. Selepas tamat pengajian di maktab, Puan Jaharah telah di postingkan di sekolah pertama iaitu sekolah menengah dan mengajar subjek perdagangan dan matematik. Setelah beberapa tahun mengajar di sekolah pertama, beliau telah ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau, Negeri Sembilan. Seterusnya, beliau berpindah ke sekolah Pahang kerana terpaksa mengikuti suaminya. Setelah beberapa tahun mengajar di Pahang beliau Pulang semula ke Negeri Sembilan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang. Di sekolah ini beliau mengajar subjek perdagangan dan dalam masa yang sama guru perdagangan dikehendaki mengajar subjek kemahiran hidup bahagian teknikal.Semasa mengajar di SMK Senawang, beliau telah membuat permohonan menyambung pelajaran di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang kemahiran hidup tetapi tidak diterima. Selepas itu, beliau telah ditawarkan oleh Universiti Malaya (UM) dalam jurusan kejuruteraan awam dalam lingkungan umur 30 tahun. Beliau telah menerima tawaran yang ditawarkan oleh UM. Pengalaman belaiau pada semester pertama ialah beliau tidak mahu datang peperiksaan pada semester ini dan tidak mahu menyambung pelajaran lagi dalam jurusan ini kerana baginya jurusan ini sangat susah terutamanya subjek matemaatik angeneering. Beliau sangat tertekan dan putus asa untuk belajar. Beliau terpaksa tabahkan diri untuk terus belajar dalam jurusan ini Akhirnya, beliau telah mengambil keputusan untuk menghadiri kelas tusyen yang di ajar oleh kawannya dan beliau berjaya mendapat Ijazah Kejuruteraan pada tahun 2005 dengan keputusan PNGK 3 keatas.Semasa sedang menyambung pelajaran, beliau telah memohon dengan PPD untuk mengajar sekolah rendah. Akhirnya permohonan diterima dan PPD telah memberi pilihan kepada beliau sekolah mana yang beliau ingini. Beliau telah memilih untuk mengajar di Sekolah Kebangsaan Wawasan, Seremban 2 tahun 2005. Beliau telah mengajar murid tahun 2 dan pengurusan telah memberi subjek masalah melayu kepada beliau ketika itu. Dalam masa yang sama, beliau tidak berminat dalam Bahasa melayu. Belaiu hadapi dengan sabar mengajar murid-murid Bahasa melayu walaupun bukan minatnya. Pada tahun kedua beliau mengajar di sekolah itu, beliau telah di naikkan pangkat menjadi penolong kanan Hal Ehwal Murid ( PK HEM) dalam tugas yang beliau tidak minat. Beliau terpaksa menerima jawatan itu dengan hati yang tidak rela. Apakan daya, beliau telah memegang jawatan itu selama 3 hari dan beliau telah pergi berjumpa guru besar untuk letak jawatan bersebabkan beliau tidak selesa duduk dalam bilik berseorangan. Pada masa yang sama, beliau ingin meletakkan jawatan ini kerana tertekan selalu kena buat proposal.Selepas beliau meletakkan jawatan sebagai PK HEM, beliau telah disuruh mengajar kelas pemulihan oleh pihak pengurusan pada tahun 2006. Beliau sangat tertekan kerana dikehendaki mengajar murid-murid pemulihan sedangkan jiwa beliau tidak berminat dengan kanak-kanak. Suami dan rakan-rakan menasihati beliau supaya muhasabah diri dan redha dengan tugas yang kita dapat. Pada awal mengajar pemulihan, beliau dikehendaki mengikuti kursus dan semasa kursus tersebut ada persembahan menari, menyanyi membuatkan beliau rimas dan jiwanya tidak masuk dengan persekitaran sebegini. Beliau seorang yang sangat serius kerana beliau menjadi guru disiplin ketika dahulu. Beliau terpaksa terima apa jua masalah yang dihadapinya. Beliau setiap hari berdoa supaya dapat menyanyangi kanak-kanak dan rapat dengan mereka. Akhirnya, beliau boleh terima dengan persekitaran kanak-kanak dan sekarang beliau sangat menyayangi murid-muridnya.

PENGALAMAN PENGURUSAN DAN PENGALAMAN BERHADAPAN DENGAN IBU BAPA Pengalaman pengurusan semasa berkecinpung dalam 3M ialah Pengalaman berhadapan dengan ibu bapa semasa di sekolah beliau pernah dimarahi oleh ibu bapa murid-murid kerana tidak mengajar anaknya dengan baik dan masih sama tidak pandai. Beliau telah memberitahu kepada ibu bapa bahawa anaknya sangat bagus semasa berada di dalam kelas. Beliau juga telah menunjukkan buku-buku hasil pembelajarn anaknya. Beliau juga telah memberitahu sedikit sebanyak tentang anak mereka di sekolah dan beliau memujuk ibu bapa supaya akan memimbing anak-anak mereka supaya menjadi pandai.

2.6INFRASTRUKTUR SEKOLAHSekolah wawasan adalah sekolah yang berkonsepkan belajar bersama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Dibawah konsep ini, dua atau tiga aliran sekolah rendah yang berlainan akan ditempatkan dalam satu kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan satu jambatan penghubung. Sekolah Kebangsaan Wawasan, Seremban 2 ini menghubungkan dua jenis sekolah iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Kebangsaan (SK) didalam satu kawasan. Sekolah ini mempunyai satu bangunan yang menghubungkan antara dua sekolah itu.Sekolah Wawasan adalah idea Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat. Sekolah Wawasan di Negeri Sembilan ini mula dibina pada bulan Disember 2002. Terletak di atas tapak pemaju RB Land, dalam Taman Garden Homes seluas 6.5 ekar. 4 ekar di antaranya adalah kawasan bangunan dan kawasan lapang. Sementara 2.5 ekar lagi adalah kawasan berumput. Reka bentuk Moden Contemperory yang menempatkan 2 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Wawasan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Convent. Sekolah ini terletak dikawasan perumahan Garden Homes, Seremban 2, 10 km dari Bandar Seremban. Telah diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan pada 4 Disember 2003. Mula menerima pendaftaran murid dari tahun 1 hingga tahun 5 pada bulan November 2003. Mula beroperasi sepenuhnya untuk sesi persekolahan 2004 pada 5 Januari 2004 dengan bilangan murid seramai 453 orang, 12 orang guru, seorang Pembantu Tadbir dan 3 orang Pekerja Rendah Am sambilan. Visi Sekolah Wawasan Seremban 2 ialah Sekolah Unggul Penjana generasi Terbilang manakala misi sekolah ini pula ialah membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti. Terdapat empat matlamat yang ingin dicapai oleh sekolah ini iaitu melahirkan bangsa Malaysia. Matlamat kedua ialah untuk melahirkan insan beriman, berakhlak mulia, dan sejahtera. Matlamat ketiga ialah untuk menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan Negara. Akhir sekali ialah untuk memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia. Insfrastruktur dan kemudahan di sekolah ini berada pada tahap terbaik kerana sekolah ini merupakan sekolah yang dibina berdasarkan idea Tun Mahathir Mohammad. Sekolah ini mempunyai bangunan 3 tingkat dan susun atur dan kedudukan setiap kelas di sekolah ini adalah pada kedudukan yang sesuai. Kedudukan pejabat di sekolah ini adalah terletak di tingkat dua bangunan berkenaan dan berhampiran dengan laluan utama. Disitu juga terletaknya bilik bagi guru besar dan guru penolong kanan SK Wawasan. Bilik guru pula terletak bertentangan dengan pejabat pentadbiran dan bilik guru berkenaan mempunyai keluasan yang mencukupi untuk menampung setiap guru yang ada disekolah berkenaan dengan selesa. Ditengah tengah bangunan sekolah, terdapat kawasan yang dilitupi dengan tumbu-tumbuhan seperti bunga yang ditanam dengan teratur untuk memastikan persekitaran sekolah sentiasa tenang. Kantin bagi sekolah ini mempunyai keluasan yang agak besar dan hal ini mungkin kerana kantin ini merangkumi dan memberikan perkhidmatan untuk dua buah sekolah. kawasan padang yang luas dan baik membolehkan pelajar meggunakan kawasan itu untuk tujuan bersukan dan juga untuk matapelajaran pendidikan jasmani. Tandas guru dan murid kesemuanya adalah bersih dan selesa dan keadaan persekitaran sekolah ini juga adalah sentiasa terbaik. Pada waktu pagi semasa perhimpunan, kesemua pelajar daripada dua sekolah ini akan berkumpul bersama di satu dewan ini dan mendengar cikgu berucap. Kantin sekolah ini juga dikongsi bersama antara dua sekolah tersebut dan juga padang permainan.Bagi pemerhatian untuk kelas pemulihan yang terdapat di sekolah ini adalah Insfrastruktur yang disediakan oleh sekolah ini adalah sangat baik dan bersesuaian dengan kategori murid-murid iaitu bagi pelajar pemulihan. Segala kemudahan yang diperlukan oleh guru untuk pelajar pemulihan disekolah ini adalah mencukupi dan mampu untuk menyokong bagi setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam kelas ini. kedudukan kelas ini berada di tingkat dua dan terletak dihujung sekali blok bangunan. Saiz kelas ini adalah sama dengan kelas lain akan tetapi, kemudahan dan insfrastruktur yang ada didalam kelas berkenaan adalah berbeza daripada kelas yang biasa. Kelas ini sangat mementingkan aspek kebersihan kerana, setiap guru dan pelajar yang ingin memasuki kelas ini haruslah terlebih dahulu membuka kasut dan meletakkannya diluar. Oleh sebab itu, kelas pemulihan ini yang berlantaikan mozek sangat selesa untuk sesi pembelajaran dan pengajaran bagi pelajar pemulihan. Bagi kelas pemulihan ini, bilangan guru yang ditugaskan untuk mengajar dalam kelas ini adalah dua orang iaitu Puan Jaharah binti Mustafa dan Puan Norasikin. Mereka berdualah yang akan memantau dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar pemulihan di kelas ini. Seterusnya adalah berkaitan dengan keadaan didalam kelas pemulihan ini. Kedudukan bagi setiap kerusi dan meja dalam kelas ini sangat teratur, Lapan meja yang digabungkan dan dirapatkan diletakkan dihadapan sekali berhampiran dengan papan putih. Tujuan kedudukan itu dipilih adalah dengan sebab untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti dihadapan yang berkaitan dengan papan putih. Pembelajaran seperti menulis huruf dan nombor dihadapan rakan lain dan juga belajar mengeja dan menulis semula ayat yang dieja. Kaedah pembelajaran seperti ini adalah lebih cepat untuk difahami oleh mereka kerana kaedah ini memyebabkan mereka terus belajar untuk menulis selepas belajar suatu ayat. Ditengah kelas pula terdapat empat buah meja dan kerusi yang diletakkan dalam keadaan bergabung. Menurut cikgu, bagi pelajar darjah dua, terdapat pembahagian dalam kalangan mereka iaitu mereka akan dipisahkan menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan adalah bagi pelajar yang masih tiada perkembangan dan kumpulan kedua pula adalah bagi pelajar yang mempunyai peningkatan seperti semakin mahir untuk mengeja dan menulis. Bagi kumpulan pertama, cikgu-cikgu akan lebih kerap bersama mereka dan lebih menumpukan perhatian kepada aktiviti pembelajaran mereka. Namun bagi kumpulan kedua, cikgu akan memberikan mereka latihan dan mereka akan membuat kerja tersebut secara individu dan menempatkan mereka berasingan di meja yang berada di tengah kelas. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti tahap peningkatan yang berlaku dalam diri mereka. Satu sudut yang sangat menarik bagi kelas ini adalah terdapat satu sudut santai. Sudut tersebut terdapat ruang untuk pelajar berehat dan juga bermain. Disitu juga disediakan permainan yang santai bagi pelajar sebagai contoh congkak, dam, buku mewarna dan sebagainya. Terdapat dua buah almari besar yang digunakan untuk meletakkan bahan-bahan bantu mengajar dan juga permainan disitu. Peralatan elektrik seperti television dan alat pemancar projector juga ada dalam kelas ini. Satu perkara lagi yang menarik bagi kelas ini adalah penggunaan warna yang menarik dan ceria membuatkan sesiapa sahaja akan berasa sangat selesa dan seronok semasa berada didalam kelas ini. Keceriaan kelas ini pula ditambah dengan kebanyakan permukaan dinding kelas ini akan dipenuhi dengan poster bahan bantu mengajar seperti huruf dan juga nombor. Terdapat juga gambar-gambar menarik seperti gambar bunga, haiwan dan lain-lain yang mampu untuk menjadikan kelas ini lebih menarik. Berdasarkan temu ramah kami dengan cikgu, kadang-kadang untuk menghiaskan kelas ini, mereka juga terpaksa mengeluarkan duit mereka terlebih dahulu. Namun bagi Cikgu Jaharah, beliau menyatakan yang setiap perkara yang dibuat untuk kelas ini walaupun terpaksa menggunakan duit sendiri, beliau menganggap perkara itu seperti sedekah dengan niat untuk membantu setiap pelajarnya. Kesimpulan bagi insfrastruktur yang ada di sekolah ini kesemuanya adalah dalam keadaan yang sangat memuaskan.

3.0CABARAN DAN HARAPANTidak pernah terbayang di fikiran kami bagaimana keadaan murid-murid yang bakal dihadapi kelak. Namun, apabila berbual dengan Puan Jahara selaku guru penyelaras kelas Pemulihan Khas 3M di Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2, beliau memberikan kata-kata semangat supaya berkenalan dulu dengan murid-murid, cuba memahami tingkah laku mereka, selami hati mereka dan ikhlas mendidik mereka. Oleh itu, kami mempunyai beberapa harapan jika kami berpeluang mengajar di sekolah ini. Harapan-harapan tersebut kami bahagikan mengikut dua kategori iaitu kategori jangka pendek dan kategori jangka panjang. Berdasarkan soal selidik yang telah dibuat disekolah kami telah menanyakan azam dan harapan Cikgu Jaharah terhadap sekolah dan program. Cikgu Jaharah telah menyatakan azamnya untuk program ini ialah menjadikan program ini sebagai program pemulihan yang komited dan cemerlang. Selain itu, harapan beliau pula ialah supaya murid-muridnya dapat menguasai kemahiran sama seperti murid-murid lain. Beliau berharap tiada lagi murid yang tidak dapat menguasai 3M. Kategori jangka pendek ialah berkaitan aspek alat bantu mengajar (ABM). Sejajar dengan peredaran zaman, kami berpendapat bahawa pihak sekolah perlu menyediakan lebih banyak ABM yang bercorak elektronik. Antara seperti komputer dan projektor. Alat-alat ini penting untuk menarik perhatian murid-murid. Sekurang-kuranya alat ini mampu menjadikan mereka individu yang celik IT. Tidak kami nafikan yang ABM sedia ada di kelas pemulihan khas sekolah ini sekarang menarik namun pihak sekolah seharusnya lebih cakna dengan keperluan semasa. Tambahan lagi, banyak aplikasi menarik berkaitan pembelajaran untuk murid-murid pemulihan khas pada hari ini. Di samping itu, murid-murid ini pastinya menginginkan suatu kaedah pembelajaran yang baru. Kami merasakan bahawa penggunaan papan hitam yang digunakan di sekolah ini sudah tidak relevan dengan keperluan pelajar. Semangat mereka perlu disuntik dengan kaedah pembelajaran yang lebih maju dan terkehadapan agar mereka tidak terus jauh tertinggal dibelakang.Bagi kategori jangka panjang, berkaitan aspek guru pemulihan khas 3M. Kami berpendapat bahawa guru untuk murid-murid pemulihan khas 3M di sekolah ini perlu ditambah daripada satu kepada dua atau lebih. Hal ini bagi mengurangkan beban guru sedia ada. Bukan mudah untuk seorang guru mengawal murid-murid pemulihan khas 3M yang pelbagai ragam. Mungkin ada segelintir pihak beranggapan bahawa bilangan murid pemulihan khas 3M di sekolah ini tidak seberapa, namun jika dilihat dari sudut keperluan dan perhatian yang mereka perlukan, kami merasakan bahawa seorang guru pemulihan khas sahaja tidak cukup. Menurut pandangan yang diberikan oleh Puan Juhara, nisbah tekanan yang dirasai oleh guru aliran biasa dengan guru pemulihan khas 3M adalah 2 kali ganda. Justeru itu, perlunya lebih dari seorang guru pemulihan khas di sekolah ini. Kami juga berpandangan bahawa apabila ada lebih daripada seorang guru pemulihan khas di sekolah ini kelak, mereka boleh bertukar-tukar pendapat berkenaan keperluan murid-murid pemulihan khas 3M di sekolah ini.Akhir sekali, sekalung apresiasi penghargaan kami hulurkan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2, Negeri Sembilan di atas kerjasama yang diberikan. Waktu yang diluangkan serta perkongsian ilmu yang unik dan menarik akan kami manfaatkan. Terima kasih pihak pentadbiran, guru pemulihan khas 3M dan murid-murid pemulihan khas 3M sekolah ini yang mesra. Kenangan bersama kalian pastinya menjadi memori yang paling unik dalam hidup kami. Jujur kami katakan bahawa segala harapan jangka pendek dan jangka panjang yang diungkapkan ini hanyalah pandangan daripada kami bakal guru Pendidikan Khas. Tidak layak rasanya kami untuk membuat pengharapan yang lebih. Namun,besar harapan kami agar segala pandangan kami ini dapat menjadi salah satu medium penambahbaikan potensi murid-murid kelas pemulihan khas 3M di sekolah ini.

PERKARA YANG PERLU DITINGKATKAN LAGI DI SEKOLAH ATAU PROGRAM 3MMenurut Cikgu Jaharah perkara yang perlu ditingkatkan lagi di sekolah atau program 3M ialah menjadikan program pemulihan khas 3M sebagai program yang dilaksanakan mengikut Pelan Pembangunan Pendidikan. Menurut beliau lagi, perkara yang perlu ditingkatkan lagi ialah menjadikan program atau kelas pemulihan sebagai kelas yang terbilang(cemerlang. Selain itu, beliau juga berpendapat agar guru-guru pemulihan khas yang berpengalaman di hantar dan di tambah ke sekolah-sekolah.

4.0RUMUSAN DAN KESIMPULANSecara keseluruhannya, Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2, Negeri Sembilan merupakan sekolah kebangsaan harian biasa yang turut menawarkan kelas pemulihan khas kepada murid-murid yang mengalami masalah 3m iaitu masalah menulis, membaca dan mengira. Namun, hanya satu kelas pemulihan khas yang disediakan disekolah ini. Kelas pemulihan khas ini kemudiannya dibahagikan mengikut sesi pengajaran & pembelajaran (PdP) yang berbeza berdasarkan jenis pemulihan yang diperlukan oleh murid iaitu Kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu Darjah 2 dan 3 dan Kelas Pemulihan Matematik Darjah 2 dan 3. Sebagai tambahan, hanya seorang guru pemulihan khas disediakan disekolah ini iaitu Puan Jahara. Beliau yang bertanggungjawab mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) kelas pemulihan khas sekolah ini.Sekolah Kebangsaam Wawasan Seremban 2, Negeri Sembilan. Pada pandangan kami, begitu mudah untuk mendapatkan kebenaran masuk ke sekolah ini. Hanya dengan satu panggilan telefon daripada kami kepada pihak pentadbiran sekolah, kami telah diberi kebenaran masuk ke sekolah ini untuk membuat pemantauan dan beramah mesra dengan guru dan murid-murid pemulihan khas 3m. Pertama kali menjejakan kaki di sekolah ini, hanya perasaan kagum yang mampu kami ungkapkan. Hal ini demikian kerana infrastruktur sekolah ini yang tersusun kemas, persekitaran yang bersih, ceria dan menarik perhatian serta layanan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah ini yang begitu mesra menerima kedatangan kami.Sementara itu, walaupun hanya terdapat satu kelas pemulihan khas di sekolah ini, namun hiasan dalam kelas dan alat bantu mengajar (ABM) yang disediakan untuk murid-murid pemulihan khas 3m di sekolah adalah lengkap. Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) yang berwarna-warni menarik perhatian murid-murid ini untuk terus memberi fokus semasa belajar. Batu berwarna-warni dan batang ais-krim adalah antara ABM yang digunakan ketika sesi pengajaran di dalam kelas. Dalam sedar atau tidak, ABM ini telah menjadi medium penting dalam meningkatkan tahap 3m murid-murid kelas ini.Selain itu, kami juga berpandangan bahawa guru pemulihan khas di sekolah ini iaitu Puan Jahara menggunakan pendekatan yang bijak dan kreatif untuk menarik perhatian murid-muridnya. Sifatnya yang tegas tetapi ceria itu telah menimbulkan rasa seronok kepada murid-muridnya untuk terus memaksa diri mereka memberi fokus ketika belajar. Di samping itu, kami juga berpendapat bahawa Puan Jahara bijak mengawal emosi kerana sentiasa bersabar melayan karenah murid-murid pemulihan yang pelbagai di sekolah ini. Jika diikutkan, bukan mudah untuk seorang guru aliran biasa mengajar murid-murid yang mempunyai masalah 3m. Tetapi Puan Jahara berjaya melakukannya. Seterusnya, apabila dikaji mengenai aspek pentadbiran dan guru-guru lain, berdasarkan temu bual bersama Puan Jahara, pihak pentadbiran memberi perhatian yang tinggi kepada murid-murid kelas pemulihan khas. Buktinya, guru besar sekolah ini sendiri tidak lokek untuk memberikan sebahagian besar insentif yang diterima daripada pihak kementerian kepada kelas pemulihan khas di sekolah ini. Sementara itu, Puan Jahara berpendapat bahawa majoriti guru di sekolah ini memberi pandangan yang positif terhadap murid-murid pemulihan khas di sekolah ini. Mereka sering memberi bantuan dari sudut fizikal mahupun mental. Namun tidak dapat dinafikan, ada segelintir guru yang memandang rendah akan kebolehan murid-murid pemulihan khas di sekolah ini. Kami berpendapat bahawa guru yang memandang rendah ini adalah mereka yang masih tidak cakna tentang murid-murid pemulihan khas 3M. Pastinya guru-guru ini perlu diberi kesedaran.

Berbalik kepada murid-murid pemulihan khas 3M di sekolah ini, kami berpandangan mereka mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mengatasi masalah 3M masing-masing. Berdasarkan pemerhatian kami, mereka sangat teruja untuk belajar. Masing-masing mempunyai cita-cita yang diluar jangkaan. Dari sudut komunikasi, murid-murid ini senang untuk didekati oleh kami. Mereka cepat mesra dan mudah mengikut arahan yang diberikan. Namun, ada juga murid yang lambat bertindak ketika diberi arahan. Kesimpulannya, kelas pemulihan khas di sekolah ini adalah terbaik dan lengkap. Insyallah, kami percaya bahawa murid-murid pemulihan khas di sini akan berjaya mengatasi masalah 3M mereka serta menjadi insan yang berjaya.

5.0 RUJUKAN1) Charlie Anak Ungang (2008), Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kemahiran Asas Membaca di Kelas Pemulihan: Kajian Kes di Lima Buah Sekolah Daerah Serian. Jurnal Penyelidikan IPBL, Jilid 8, 84-97.2) Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. (1992).Pendidikan Khas dan Pemulihan:Bacaan Asas.Dewan Bahasa dan pustaka. Kuala Lumpur.3) Abdul Rahman Rashid. (1995).Kepentingan alat bantu mengajar dalam pengajaran bahasa. Jurnal Teknologi Pendidikan. KPM. KualaLumpur.4) Syed Abu Bakar Syed Akil, (1997)., Bimbingan khas perkhidmatan pendidikan pemulihan. Kuala Lumpur : DBP 5) Tilstone, C.et Al. (2000)., Pupils with learning difficulties in mainstream schools. London : David Fulton Pub6) Kementerian Pendidikan Malaysia. 1999. Buku Panduan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas.

6.0LAMPIRAN

RAJAH 1 : AKTIVITI PELAJAR SEMASA DI KELAS

RAJAH 2 : AKTIVITI PELAJAR SEMASA DI KELAS

RAJAH 3 : MENEMBUAL SALAH SEORANG PELAJAR SEBAGAI RESPONDEN

RAJAH 4 : AKTIVITI PELAJAR SEMASA DI KELAS (MENGEJA DAN MEMBACA)

RAJAH 5 : GURU MENGGUNAKAN ALAT BANTU MENGAJAR

RAJAH 6 : PELAJAR SEDANG MEMBUAT LATIHAN SEMASA SESI P&P

RAJAH 7 : GURU SEDANG MENJALANKAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN RAJAH 8 : CARTA ORGANISASI DAN BUKU PROGRAM BIJAK SIFIR

RAJAH 9 : KAWASAN UTAMA BERDEKATAN PEJABAT SK WAWASAN 2

RAJAH 9 : GURU SEDANG MENJALANKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK MENYANYI UNTUK MENARIK PERHATIAN PELAJAR

RAJAH 10 : SESI FOTOGRAFI BERSAMA BEBERAPA ORANG PELAJAR SK WAWASAN 2

RAJAH 11 : TAMAN DAN LANDSKAP YANG TERDAPAT DI SK WAWASAN 2

RAJAH 12 : SUDUT NILAM BESTARI SK WAWASAN 2

RAJAH 13 : DEWAN CITRA WAWASAN, SK WAWASAN 2

RAJAH 14 : BORANG SOAL SELIDIK

RAJAH 15 : BORANG SOAL SELIDIK

RAJAH 16 : BORANG SOAL SELIDIK2