full report koperasi

37
FAKULTI PENDIDIKAN GGGC6363 PENGURUSAN KOPERASI, KELAB DAN PERSATUAN SET 1 TUGASAN INDIVIDU KERJA LAPANGAN DI KOPERASI NAMA PENSYARAH : CIK HAJAR HALIMAH BT HARUN DISEDIAKAN OLEH: RAVI A/L NAGARATHANAM (P69124) TARIKH HANTAR: 15 MEI 2014

Upload: ravi-nagarathanam

Post on 06-Dec-2015

242 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

koperasi sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Full Report Koperasi

FAKULTI PENDIDIKAN

GGGC6363PENGURUSAN KOPERASI, KELAB DAN

PERSATUANSET 1

TUGASAN INDIVIDU

KERJA LAPANGAN DI KOPERASI

NAMA PENSYARAH :

CIK HAJAR HALIMAH BT HARUN

DISEDIAKAN OLEH:

RAVI A/L NAGARATHANAM (P69124)

TARIKH HANTAR: 15 MEI 2014

Page 2: Full Report Koperasi

ISI KANDUNGAN

Bil Kandungan Muka Surat1.0 Koperasi SMK Cochrane Kuala Lumpur Berhad 2

2.0 Koperasi SMK Seri Permaisuri Kuala Lumpur Berhad 5

3.0 Koperasi Tenaga Nasional Berhad 8

4.0 Koperasi Universiti Utara Malaysia Berhad 13

5.0 Lampiran 17

1

Page 3: Full Report Koperasi

1.0 Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Kuala Lumpur Berhad

1.1 Latar Belakang

Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Kuala Lumpur Berhad telah ditubuhkan

pada tahun 1998. Awalnya, koperasi sekolah ini dikenali sebagai Koperasi Sekolah

Menengah Kebangsaan Jalan Cochrane Kuala Lumpur Berhad, tetapi ditukar nama pada

tahun 2005, kerana telah berpindah ke bangunan baru.

1.1.1 Pengurusan

Koperasi ini diketuai oleh Pn. Kassina Binti Ghazali dan diuruskan oleh Pn. Irni Hafizan

Binti Ibrahim Bey. Koperasi ini mempunyai seramai 391 orang ahli termasuk Ahli Lembaga

Koperasi. Keterangan lanjut tentang koperasi ini, tidak dapat peroleh kerana guru yang

bertugas enggan memberi kerjasama. Keahlian adalah kepada pelajar tingkatan satu hingga

tingkatan enam. Walau bagaimanapun, keahlian akan tamat apabila seseorang pelajar tersebut

tamat tingkatan lima dan apabila pelajar tersebut daftar tingkat enam, mereka perlu bayar

semula yuran keahlian dan saham.

Pemilihan Pengawas Koperasi adalah berdasarkan temu duga. Seramai 32 orang

pengawas telah dilantik pada tahun ini.

1.1.2 Saham dan Yuran Keahlian

Yuran yang dikenakan kepada ahli koperasi adalah seperti berikut:

a. Pelajar: RM1.

b. Guru: RM1.

Manakala saham yang dikenakan adalah seperti berikut

a. Pelajar: minimum RM5.

b. Guru: minimum RM10.

1.1.3 Dividen Saham yang Diisytiharkan

Setakat 31 Disember 2012, jumlah saham koperasi ini adalah RM14,174. Keuntungan bersih

yang diperoleh adalah RM4,720.35 dan dividen yang diisytiharkan adalah 10%.

1.1.4 Jenis – jenis Perkhidmatan

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi sekolah ini adalah seperti berikut:

a. Pakaian sekolah seperti baju, seluar dan kain kepada pelajar tingkatan enam.

2

Page 4: Full Report Koperasi

b. Pakaian sukan untuk pelajar dan guru

c. Lencana dan tanda nama.

d. Alat – alat tulis.

e. Makanan seperti biskut, coklat dan kacang.

f. Minuman seperti susu Dutch Lady, Vitagen dan air mineral.

1.1.5 Aktiviti – aktiviti yang Lain

Selain aktiviti jualan, koperasi sekolah ini juga ada deposit tetap di Public Bank sebanyak

RM12,481 pada akhir Disember 2012. Selain itu, koperasi juga memberikan sumbangan

kepada

a. Tabung Derma dan Sumbangan.

b. Tabung Kebajikan Am.

c. Tabung Pendidikan Koperasi.

d. Tabung Keceriaan.

e. Tabung Pengubahsuaian Kedai.

1.2 Analisis Koperasi

1.2.1 Kepimpinan

Koperasi sekolah ini mempunyai kepimpinan yang baik. Di mana, pengetua sekolah ini

memberikan komitmen yang baik terhadap perjalanan koperasi sekolah ini. Guru – guru

koperasi juga menjalankan tugasnya dengan baik, di mana sering berusaha untuk

meningkatkan pendapatan koperasi dan juga menyediakan perkhidmatan yang baik kepada

ahli dan juga para pelajar. Akan tetapi, dari segi pengurusan masa, guru koperasi ini sering

datang lewat untuk bertugas.

Di samping itu, walaupun koperasi sekolah dapat menjana keuntungan dan aktiviti

koperasi berjalan dengan baik, pengetua masih enggan memberikan kebenaran – kebenaran

tertentu kepada koperasi untuk menjual sesetengah produk di koperasi. Antara produk –

produk yang ingin dijual kepada ahli koperasi iaitu guru di sekolah adalah seperti mangkuk

pinggan, pakaian seperti tudung dan lain – lain lagi, untuk menambahkan pendapatan

koperasi.

Dalam pada itu, Ahli Lembaga Koperasi (ALK) koperasi ini menjalankan tugas

mereka dengan baik. Walau bagaimanapun, ALK dalam kalangan pelajar tidak beberapa aktif

dalam kegiatan koperasi tersebut. Keadaan ini menyebabkan kebanyakan keputusan berkaitan

koperasi tersebut hanya dalam kalangan ALK yang terdiri daripada guru – guru.

3

Page 5: Full Report Koperasi

1.2.2 Kejayaan / Kegagalan

Pada pandangan saya, kejayaan bagi koperasi ini adalah setakat jualan barangan di koperasi

dan juga deposit tetap dalam Public Bank. Tiada pembaharuan dilakukan dalam aktiviti

koperasi dan terutamanya dari segi penjualan produk. Koperasi sekolah ini dapat berjalan

dengan baik, akibat kebanyakan produk yang dijual di koperasi ini adalah wajib dibeli oleh

pelajar seperti pakaian seragam pelajar tingkatan enam, track bottom dan lain – lain.

1.2.3 Potensi

Koperasi ini berpotensi untuk menjual barang – barang biasa sahaja. Selain itu, tiada potensi

lain yang dapat dilihat terhadap koperasi ini.

1.2.4 Cabaran Masa Hadapan

Cabaran bagi koperasi ini amat sedikit. Ia hanya tertumpu pada pelaburan deposit tetap di

Public Bank. Hal ini kerana, walaupun semua bank di Malaysia dikawal selia oleh Bank

Negara, akan tetapi pihak koperasi sering peru mengawasi terhadap dividen yang diberikan

ke atas deposit tersebut. Hal ini demikian, kerana, dividen tersebut adalah salah satu dapatan

koperasi tersebut.

4

Page 6: Full Report Koperasi

2.0 Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Permaisuri Kuala Lumpur Berhad

2.1 Latar Belakang

Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Permaisuri Kuala Lumpur Berhad telah

ditubuhkan pada tahun 2004. Sekolah ini merupakan sekolah baru di mana mula beroperasi

sejak tahun 2003.

2.1.1 Pengurusan

Ahli lembaga koperasi ini adalah seperti berikut:

a. Pn Hajah Jamaliah Othman (Pengerusi)

b. En Badrolhisham Mohd Khamis (Naib Pengerusi)

c. Pn Rosnah Abu Hasan (Penyelaras)

d. Pn Haslina Ramli (Setiausaha)

e. Pn Nurelisza Mohd Nor (Bendahari)

f. Pn Bahariah Mohd Nor (ALK)

g. Pn Nurhalina Hashim (ALK)

h. Siti Nor Aisyah Mohd Padri (ALK)

i. Nur Syahirah Aminuddin (ALK)

j. Nur Hanis Shuhada Hamran (ALK)

k. Amirah Dayana Shamsul Fansuri (ALK)

l. Asma Ul Husna Ramli (ALK)

m. Afiqah Nadhirah Zahari (ALK)

n. Anis Syahirah Anuwar (ALK)

Koperasi ini mempunyai seramai 1020 orang ahli termasuk Ahli Lembaga Koperasi.

Keahlian adalah kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam. Walau bagaimanapun,

keahlian akan tamat apabila seseorang pelajar tersebut tamat tingkatan lima dan apabila

pelajar tersebut daftar tingkat enam, mereka perlu bayar semula yuran keahlian dan saham.

2.1.2 Saham dan Yuran Keahlian

Koperasi sekolah ini, tidak mengenakan yuran keahlian tetapi hanya saham yang dikenakan.

Ia adalah seperti berikut

a. Pelajar: minimum RM10.

b. Guru: 1/5 daripada modal syer.

5

Page 7: Full Report Koperasi

2.1.3 Dividen Saham yang Diisytiharkan

Setakat 31 Julai 2013, jumlah saham koperasi ini adalah RM35,707.80. Keuntungan bersih

yang diperoleh adalah RM8,995.29 dan dividen yang diisytiharkan adalah 15%.

2.1.4 Jenis – jenis Perkhidmatan

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi sekolah ini adalah seperti berikut:

a. Pakaian sukan untuk pelajar dan guru

b. Lencana.

c. Alat – alat tulis.

d. Makanan seperti biskut dan coklat.

e. Minuman seperti susu Dutch Lady, Air Kotak dan air mineral.

2.1.5 Aktiviti – aktiviti yang Lain

Selain aktiviti jualan, koperasi sekolah ini juga ada deposit tetap di Bank Rakyat sebanyak

RM10,200 pada akhir 31 Julai 2013. Selain itu, koperasi juga memberikan sumbangan

kepada

a. Tabung Derma.

b. Tabung Kebajikan Am.

c. Tabung Pendidikan.

d. Tabung Keceriaan Koperasi.

e. Tabung Keraian

f. Tabung Infrastruktur.

2.2 Analisis Koperasi

2.2.1 Kepimpinan

Secara umumnya, kepimpinan koperasi ini juga baik. Di mana, pengetua sekolah ini

memberikan kerjasamanya yang padu untuk pembangunan koperasi sekolah tersebut.

Manakala, guru – guru koperasi juga menjalankan tugas mereka dengan baik, demi

kepentingan koperasi ini. Guru – guru tidak leka dengan tugas mereka. Mereka sering

menepati masa untuk membuka koperasi untuk meningkatkan kualiti dan pendapatan

koperasi ini dengan mencadangkan untuk menjual produk – produk yang lain seperti

Dominos Pizza, menjual pakaian seragam unit beruniform dan lain – lain lagi.

6

Page 8: Full Report Koperasi

Para pengawas koperasi juga berkomited dengan tugas – tugas mereka, iaitu menepati

masa dalam menjalankan tugas di koperasi sekolah. Kerjasama di antara mereka

membolehkan koperasi sekolah ini boleh membangun dengan baik.

2.2.2 Kejayaan / Kegagalan

Kejayaan bagi koperasi ini adalah dari segi komitmen antara semua pihak koperasi seperti

guru – guru koperasi, ALK dan juga ahli – ahlinya. Selain itu, pelaburan deposit tetap di

Bank Rakyat juga salah satu kejayaan bagi koperasi ini. Ia akan memberi pendapatan

tambahan kepada koperasi dan ia boleh digunakan sebagai modal tambahan dalam

pengurusan koperasi. Di samping itu, jualan barangan dalam koperasi ini juga membolehkan

koperasi berjalan dengan lancar kerana terdapat sambutan daripada para pelajar.

2.2.3 Potensi

Tiada potensi yang lain selain menjual barangan yang biasa di koperasi dan juga deposit bank

tetap.

2.2.4 Cabaran Masa Hadapan

Cabaran bagi koperasi ini adalah menerusi deposit tetap di Bank Rakyat, pihak koperasi

sering perlu memerhatikan dengan dividen yang diberikan oleh bank kerana ia merupakan

pendapatan tambahan bagi koperasi tersebut. Hal ini kerana, jika modal atau yuran keahlian

menurun, maka pihak koperasi perlu mengeluarkan wang deposit di bank tersebut untuk

menguruskan kewangan koperasi. Maka, dividen yang diberikan terhadap deposit bank

adalah juga sedikit.

7

Page 9: Full Report Koperasi

3.0 Koperasi Tenaga Nasional Berhad

3.1 Latar Belakang

Koperasi Tenaga Nasional Berhad telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1951. Awalnya, koperasi ini

dikenali sebagai Koperatif Tenaga Nasional Berhad, tetapi ditukar nama kepada Koperasi

Tenaga Nasional Berhad 28 November 1997. Koperasi ini beroperasi di No. 96, Jalan

Bangsar, 59200 Kuala Lumpur. Berikut merupakan visi, misi, objektif dan nilai – nilai

bersama:

a. Visi:

Menjadi koperasi berprestij berteraskan kecemerlangan perniagaan dan

perkhidmatan.

b. Misi:

Kami beriltizam untuk meningkatkan perkhidmatan, produk, dan perniagaan

untuk kepentingan ekonomi anggota, pekerja dan pemegang berkepentingan

selaras dengan prinsip dan nilai – nilai koperasi.

c. Objektif:

Memastikan perkhidmatan dan produk yang berkualiti.

Mengurus kewangan dengan efisien.

Mengamalkan urusan perniagaan yang berhemah dan telus.

Memperkasa budaya berkompetensi tinggi dan saling membantu.

Menjamin pulangan pelaburan yang terbaik.

d. Nilai – nilai Bersama:

Integriti

Profesional

Mesra

Kerja Berpasukan

3.1.1 Pengurusan

Ahli lembaga koperasi ini adalah seperti berikut:

a. YM Raja Hang Tuah bin Raja Iskandar (Pengerusi)

b. En Md Zamri bin Md Yasin (Naib Pengerusi)

c. En Mohd Roszeli bin Majid (Setiausaha)

d. En Zaiful Amran bin Aman (Bendahari)

8

Page 10: Full Report Koperasi

e. Pn Bahariah Mohd Nor (ALK)

f. En Ali bin Omar (ALK)

g. Tuan Haji Mohd Hanaiah bin Ismail (ALK)

h. Tuan Hahi Mohammad Idris bin Hashim (ALK)

i. En Hassan bin Mohammad (ALK)

j. En Raja Ram a/l Subramaniam (ALK)

k. En Saseetharan a/l Manam (ALK)

l. En Krishnan a/l Ponnan (ALK)

m. Tuan Haji Abdul Shukor bin Hassan (ALK)

Koperasi ini mempunyai seramai 22,300 orang ahli. Keahlian akan didaftarkan jika

pekerja TNB berminat untuk menyertai koperasi tersebut. Keahlian akan tamat, jika anggota

tersebut telah bersara, letak jawatan, dibuang kerja, masalah kesihatan dan juga meninggal

dunia. Koperasi ini terdapat sebanyak 53 orang staf untuk menguruskan pergerakan koperasi

ini. Segala urusan dan pengambilan staf dilakukan oleh koperasi sendiri dan tiada campur

tangan oleh pengurusan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana koperasi merupakan entiti

yang berasingan.

3.1.2 Saham dan Yuran Keahlian

Yuran keahlian yang dikenakan kepada ahli koperasi adalah 3% daripada gaji bulanan dan

juga dividen yang dibayar.

3.1.3 Dividen Saham yang Diisytiharkan

Setakat 31 Disember 2012, jumlah modal syer koperasi ini adalah RM4,508,675 dan modal

yuran adalah RM83,357,338. Keuntungan bersih yang diperoleh adalah RM11,122,607 dan

dividen yang diisytiharkan adalah 19%.

3.1.4 Jenis – jenis Perkhidmatan

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi ini adalah seperti berikut:

a. Simpanan dan Kredit

Menggalakkan penyimpanan wang pada setiap bulan serta menyediakan

kemudahan pinjaman dan pembiayaan.

b. Perkhidmatan Pengguna

9

Page 11: Full Report Koperasi

Menyediakan kemudahan pengguna untuk membolehkan anggota, orang

perseorangan dan syarikat korporat mendapat barangan keperluan dengan

harga yang kompetitif dan berkualiti.

c. Skim Insurans

Menyediakan kemudahan Insurans Nyawa dan Insurans Am dengan pelbagai

faedah sampingan.

d. Pelancongan dan Pengembaraan

Menyediakan aktiviti perniagaan tiket pengangkutan dan perkhidmatan

pelancongan serta aktiviti berkaitan dengannya yang dijalankan oleh anak

syarikat.

e. Perhotelan

Menjalankan aktiviti perhotelan

f. Ejen Pembayaran

Menjadi ejen untuk membayar premium insurans bagi pihak anggota.

g. Kedai Buku

Menyediakan perkhidmatan pembekalan buku – buku dan alat tulis kepada

UNITEN, institusi – institusi pendidikan dan orang awam.

h. Pelaburan

Melabur di dalam institusi kewangan dan Koperasi serta hartanah untuk

mendapatkan pulangan yang terbaik kepada anggota – anggota.

i. Pendidikan Anggota

Menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan latihan.

j. Bantuan Pelajaran

Mengendalikan bantuan kebajikan dan pelajaran untuk anggota dan pekerja

serta anak – anak yang berkelayakan.

3.1.5 Aktiviti – aktiviti yang Lain

Selain aktiviti di atas, koperasi juga memberikan sumbangan kepada Zakat, di mana pada

tahun 2013, koperasi ini telah mendapat kelulusan Pusat Zakat Wilayah Persekutuan untuk

menyumbangkan sebanyak RM58,818.94

3.2 Analisis Koperasi

10

Page 12: Full Report Koperasi

3.2.1 Kepimpinan

Koperasi ini mempunyai kepimpinan yang baik. Pengurus besar memang bijak dalam

menguruskan koperasi ini. Di samping itu, ALK turut memberikan komitmen yang baik

dalam pengurusan koperasi ini. Perancangan dan perjalanan koperasi memang baik. Keadaan

ini dapat dilihat menerusi keuntungan yang dijana dan juga bilangan anggota / ahli yang

daftar dengan koperasi setiap tahun. Kepekaan terhadap keperluan anggota menjadikan

koperasi ini menjadi tempat yang bagus untuk dikunjungi oleh ahlinya.

Di samping itu, pengurusan masa dalam mengendalikan permintaan ahli juga baik, di

mana ia mengambil masa satu hingga dua hari sahaja, membolehkan permintaan ahli – ahli

dapat dipenuhi dalam masa yang singkat.

3.2.2 Kejayaan / Kegagalan

Kejayaan koperasi ini adalah bergantung kepada produk dan perkhidmatan yang disediakan

oleh koperasi ini kepada ahli – ahlinya. Contohnya, tiket penerbangan, perhotelan, barangan

elektrik, dan lain – lain. Di samping itu, pelaburan koperasi ini dalam hartanah dan

perhotelan membolehkan koperasi ini memperoleh pulangan yang baik, di mana ia dapat

disalurkan semula kepada ahli – ahlinya. Tambahan pula, keanggotaan koperasi ini juga

membawa kejayaan kepada koperasi ini, di mana, yuran keahlian dan yuran saham yang

dikenakan membolehkan koperasi ini menggunakan wang tersebut untuk pengurusan

koperasi ini. Selain itu, komitmen antara ahli – ahli, ALK dan juga pihak pengurusan

koperasi turut membolehkan pergerakan koperasi ini berjalan dengan lancar.

3.2.3 Potensi

Koperasi ini mempunyai untuk berkembang pesat. Hal ini disebabkan oleh pelaburan, jualan

barangan seperti barangan elektrik, agensi pelancongan, perhotelan memang menjana

pendapatan yang baik untuk koperasi ini. Oleh hal yang demikian, koperasi ini perlulah

mengekalkan semua aktiviti ini, supaya dapat menjana pendapatan yang lebih baik pada masa

yang akan datang.

3.2.4 Cabaran Masa Hadapan

Rata – ratanya, koperasi ini mempunyai cabaran dari segi pelaburan dalam hartanah dan

perhotelan. Hal ini kerana, pulangan ke atas pelaburan – pelaburan ini akan mengambil

jangka masa yang lama. Di samping itu, jika pelaburan – pelaburan ini tidak diuruskan

dengan baik, maka ia boleh menggugat kedudukan kewangan koperasi ini.

11

Page 13: Full Report Koperasi

12

Page 14: Full Report Koperasi

4.0 Koperasi Universiti Utara Malaysia Berhad

4.1 Latar Belakang

Koperasi Universiti Utara Malaysia Berhad telah ditubuhkan pada 30 Julai 1985. Awalnya,

koperasi ini beroperasi di kampus sementara UUM di Tanah Merah, Jitra, Kedah. Perniagaan

buku secara kecil – kecilan dilakukan untuk mendapatkan komisen. Sekitar tahun 1990,

koperasi ini berpindah ke Sintok, dan menjalankan perniagaan kedai runcit, dan kemudian

bertukar kepada kedai buku. Koperasi UUM Berhad kini, mempunyai pejabat urusan sendiri

di Changlun, Kedah. Koperasi ini beroperasi di Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia,

06010, Sintok, Kedah Darul Aman. Berikut merupakan visi, misi dan objektif:

a. Visi:

Koperasi termaju dan terbaik.

b. Misi:

Menyediakan perkhidmatan dan produk terbaik.

Koperasi yang berdaya saing dan berintegriti.

Modal insan yang berasaskan prinsip Koperasi yang kompeten dan

membudayakan keusahawanan.

Koperasi yang peka dengan tanggungjawab sosial.

Melaksanakan / menggunakan / mengungguli teknologi terkini.

Mencapai 10 koperasi terbaik pada tahun 2015.

c. Objektif:

Meningkatkan keuntungan tahunan sebanyak 25%.

Mewujudkan kepuasan pelanggan kepada 90% dari segi perkhidmatan dan

produk.

Meningkatkan pelaburan baru.

Mengurangkan kadar keberhentian staf tahunan kepada 5%.

Meningkatkan tanggungjawab sosial melalui perkhidmatan yang diberikan.

4.1.1 Pengurusan

Ahli lembaga koperasi ini adalah seperti berikut:

a. Tuan Haji Mohd Hamizan Zalazilah (Pengerusi)

b. Dr. Abdul Halim Abdul Majid (Naib Pengerusi)

c. Tuan Haji Mohd Ashari Yaakub (Setiausaha)

13

Page 15: Full Report Koperasi

d. Tuan Haji Ahmad Puat Abdl Rahim (Bendahari)

e. En Ahmad Rahimi Husin (ALK)

f. En Jafri Ishak (ALK)

g. Pn Adilah Ishak (ALK)

h. LT. KOL. Prof. Dr. Abdul Razak Chik (ALK)

i. Ustad Muhamad Usamah Ismail (ALK)

Koperasi ini mempunyai seramai 3,200 orang ahli. Keahlian akan didaftarkan jika

pekerja UUM berminat untuk menyertai koperasi tersebut. Keahlian akan tamat, jika anggota

tersebut telah bersara, letak jawatan, dibuang kerja, masalah kesihatan dan juga meninggal

dunia. Koperasi ini terdapat sebanyak 58 orang staf untuk menguruskan pergerakan koperasi

ini. Segala urusan dan pengambilan staf dilakukan oleh koperasi sendiri dan tiada campur

tangan oleh pengurusan UUM kerana koperasi merupakan entiti yang berasingan.

4.1.2 Saham dan Yuran Keahlian

Yuran yang dikenakan kepada ahli koperasi ini adalah minimum RM30 setiap bulan melalui

potongan gaji. Manakala saham pula tiada hadnya.

4.1.3 Dividen Saham yang Diisytiharkan

Dividen yang diisytiharkan adalah 15%. Bayaran dividen diberikan dalam bentuk lain, seperti

produk jualan yang terdapat di koperasi tersebut.

4.1.4 Jenis – jenis Perkhidmatan

Antara aktiviti utama koperasi ini adalah seperti berikut:

a. Alat tulis dan cenderamata.

b. Tender buku.

c. Pasar raya.

d. Kafe.

e. Vending machine – snek dan minuman.

f. Pinjaman anggota.

g. Penyelenggaraan perumahan.

h. Kursus / bengkel / seminar.

i. Pelancongan.

14

Page 16: Full Report Koperasi

4.1.5 Aktiviti – aktiviti yang Lain

Selain aktiviti jualan, koperasi sekolah ini juga ada deposit tetap di Public Bank sebanyak

RM12,481 pada akhir Disember 2012. Selain itu, koperasi juga memberikan sumbangan

kepada

a. Skim Pembiayaan Bai Ai – Einah

Pinjman tunai kepada ahli koperasi.

b. Skim Pembiayaan Murabahah

Pembelian barangan utama oleh ahli.

c. Skim Pembiayaan Qardul Hasan

Pinjaman kecemasan kepada ahli.

d. Tabung Kebajikan Sejahtera

Sumbangan kepada ahli – ahli jika terdapat kematian dalam keluarga ahli.

e. Tabung Kebajikan Pendidikan

Diberikan kepada anak – anak ahli yang berkelayakan.

f. Sumbangan Zakat

g. Pelaburan Hartanah di Perlis dan Kuala Kedah.

4.2 Analisis Koperasi

4.2.1 Kepimpinan

Kepimpinan koperasi ini dalam keadaan sederhana. Oleh hal yang demikian, pengurusan

koperasi ini mempunyai beberapa masalah. Keadaan ini dapat dilihat menerusi sikap – sikap

staf koperasi ini yang sering leka dalam menjalankan tugas mereka. Contohnya, pekerja dan

juga pengurus besar tidak menepati masa, sering berbual kosong sesama mereka. Sistem

dokumentasi dokumen – dokumen penting seperti invois dan lain – lain juga tidak betul. Staf

sering alpa dalam memfailkan dokumen – dokumen tersebut dan sering mencari – cari di

merata – rata tempat. Manakala, ALK pula tidak mengambil berat tentang perjalanan

koperasi, kerana kebanyakan ALK merupakan pensyarah di UUM dan sering sibuk dengan

tugas – tugas rasmi mereka.

4.2.2 Kejayaan / Kegagalan

Pada pendapat saya, koperasi ini mempunyai kejayaan dari segi penjualan barang – barang

kepada pelajar UUM. Hal ini kerana, koperasi ini sering mendapat kunjungan oleh pelajar –

pelajar UUM untuk membeli buku, alat tulis, mencetak, fotostat, membeli barangan

keperluan seperti makanan minuman dan lain – lain. Akan tetapi, komitmen di antara pihak

15

Page 17: Full Report Koperasi

pengurusan koperasi dan ALK yang kurang baik, menyebabkan pengurusan koperasi ini

menjadi lemah. Keadaan ini akan menyebabkan koperasi boleh mendapat kerugian.

4.2.3 Potensi

Potensi bagi koperasi ini adalah dari segi penjualan barangan kepada pelajar dan juga

pelaburan hartanah di Perlis dan Kuala Kedah, kerana ia boleh memberi pulangan yang baik

kepada koperasi ini dan membolehkan kedudukan kewangan menjadi stabil.

4.2.4 Cabaran Masa Hadapan

Cabaran yang mungkin dihadapi oleh koperasi ini adalah menerusi pelaburan hartanah di

Perlis dan Kuala Kedah. Jika pelaburan ini tidak diuruskan dengan betul, maka kedudukan

kewangan koperasi boleh tergugat. Oleh hal yang demikian, pihak pengurusan koperasi

perlulah berkomited dalam menguruskan koperasi ini dengan betul dan baik.

16

Page 18: Full Report Koperasi

5.0 Lampiran (Gambar)

5.1 Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Kuala Lumpur Berhad.

17

Page 19: Full Report Koperasi

18

Page 20: Full Report Koperasi

19

Page 21: Full Report Koperasi

5.2 Koperasi SMK Seri Permaisuri Kuala Lumpur Berhad

20

Page 22: Full Report Koperasi

21

Page 23: Full Report Koperasi

22

Page 24: Full Report Koperasi

23

Page 25: Full Report Koperasi

5.3 Koperasi Tenaga Nasional Berhad

24

Page 26: Full Report Koperasi

25

Page 27: Full Report Koperasi

26

Page 28: Full Report Koperasi

27

Page 29: Full Report Koperasi

5.4 Koperasi Universiti Utara Malaysia Berhad

28

Page 30: Full Report Koperasi

29

Page 31: Full Report Koperasi

30

Page 32: Full Report Koperasi

31

Page 33: Full Report Koperasi

32

Page 34: Full Report Koperasi