full assignment.docx

18
1.0 PENGENALAN Bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata dikenali sebagai morfologi. Menurut Kamus Dewan (2013), Edisi Keempat, morfologi merupakan kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu termasuk infleksi. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang ( tulisan ) yang mengandungi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata merupakan unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Menurut Kamus Dewan (2013), Edisi Keempat, pemajmukan merupakan penghasilan atau penciptaan sesuatu dengan memadukan dua atau beberapa bahagian atau unsur untuk menjadi satu kesatuan. Proses pemajmukan merupakan proses yang mengaitkan dua kata dasar ataupun lebih. Hasil daipada pembentukan tersebut membawa maksud yang khusus. Kata majmuk dieja terasing dan bertindak unit iaitu bentuknya tidak dapat menerima penyisipan unsur lain. Tamsilnya, guru besar merupakan kata majmuk kerana tidak dapat diselitkan unsur lain seperti kata 'yang'. Menurut Kamus Dewan (2013), Edisi Keempat, penggandaan merupakan memperbanyakan bilangan menjadi dua atau beberapa kali lebih banyak daripada jumlah yang asal. Proses penggandaan ialah proses yang menggandakan kata dasar. Kata dasar dapat mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa dalam proses tersebut. 2.0 PEMBENTUKAN KATA MAJMUK (i) Kata majmuk terdiri daripada rangkaian kata bebas. Contohnya ialah rangkaian kata guru besar. Contoh ayat bagi rangkaian kata tersebut ialah Encik Abu merupakan guru besar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim. 1

Upload: kecoh

Post on 12-Jan-2016

353 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: full assignment.docx

1.0 PENGENALAN

Bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan

penggolongan kata dikenali sebagai morfologi. Menurut Kamus Dewan (2013), Edisi

Keempat, morfologi merupakan kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu termasuk

infleksi. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang ( tulisan ) yang

mengandungi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata merupakan unit tatabahasa, sama

ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan

penggandaan.

Menurut Kamus Dewan (2013), Edisi Keempat, pemajmukan merupakan

penghasilan atau penciptaan sesuatu dengan memadukan dua atau beberapa bahagian

atau unsur untuk menjadi satu kesatuan. Proses pemajmukan merupakan proses yang

mengaitkan dua kata dasar ataupun lebih. Hasil daipada pembentukan tersebut membawa

maksud yang khusus. Kata majmuk dieja terasing dan bertindak unit iaitu bentuknya tidak

dapat menerima penyisipan unsur lain. Tamsilnya, guru besar merupakan kata majmuk

kerana tidak dapat diselitkan unsur lain seperti kata 'yang'.

Menurut Kamus Dewan (2013), Edisi Keempat, penggandaan merupakan

memperbanyakan bilangan menjadi dua atau beberapa kali lebih banyak daripada jumlah

yang asal. Proses penggandaan ialah proses yang menggandakan kata dasar. Kata dasar

dapat mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa dalam proses tersebut.

2.0 PEMBENTUKAN KATA MAJMUK

(i) Kata majmuk terdiri daripada rangkaian kata bebas. Contohnya ialah rangkaian kata

guru besar. Contoh ayat bagi rangkaian kata tersebut ialah Encik Abu merupakan guru

besar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim.

(ii) Selain daripada itu, kata majmuk juga termasuk dalam bentuk kata yang digunakan

sebagai gelaran. Misalnya, Peguam Negara. Contoh ayat bagi perkataan tersebut ialah

Peguam Negara mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap negara.

(iii) Selanjutnya, kata majmuk daripada berbentuk istilah.Tamsilnya, teknologi

maklumat.Contoh ayat untuk perkataan tersebut ialah dia merupakan seorang yang

berpengetahuan tentang komputer dan teknologi maklumat.

(iv) Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan(simpulan bahasa).Contohnya, ambil

angin. Contoh ayat bagi perkataan tersebut ialah ayah selalu membawa kami ambil angin

di Tasik Titiwangsa pada masa lapang.

1

Page 2: full assignment.docx

2.1 BENTUK YANG TELAH MANTAP

Terdapat kata majmuk yang dianggap sudah mantap sebagai satu perkataan yang utuh.

(i) Perkataan yang demikian tetap dieja bercantum sebagai satu perkataan iaitu

perkataan ketidakadilan. Contoh ayatnya, penjahat itu dijatuhi hukuman mati dalam

ketidakadilan kes pembunuhan.

(ii) Terdapat juga perkataan yang bukan kata majmuk tetapi dieja bercantum iaitu

perkataan daripada. Contoh ayatnya ialah dia telah menerima sepucuk surat daripada

emaknya.

2.2 PENGGANDAAN KATA MAJMUK

(i) Penggandaan kata majmuk melibatkan unsur pertama sahaja.Contohnya, stesen-stesen

besar. Contoh ayatnya ialah ekspres kereta api yang berjalan cepat dan hanya berhenti di

stesen-stesen besar.

2.3 PENGIMBUHAN KATA MAJMUK

(i) Kata majmuk yang menerima imbuhan awalan dan akhiran sahaja, ejaannya tetap

terpisah. Contohnya urus niaga jadi berurus niaga. Contoh ayatnya, dia berurus niaga

dengan majikannya.

(ii) Kata majmuk yang menerima imbuhan apitan,ejaannya bercantum.Contohnya,

gabung jalin menjadi digabungjalinkan. Contoh ayatnya,pengajaran bahasa Malaysia

digabungjalinkan antara beberapa aspek.

3.0 BENTUK KATA GANDA

Terdapat tiga jenis kata ganda iaitu penggandaan penuh,separa dan berentak.

(a) Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar,

tidak kira kata dasar itu mengandungi kata imbuhan atau tidak.

(i) Contoh penggandaan penuh kata tunggal ialah kanak-kanak. Contoh ayatnya

kanak-kanak itu pandai membaca walaupun usianya baru empat tahun.

(ii) Contoh penggandaan penuh berimbuhan awalan iaitu pekerja-pekerja. Contoh

ayatnya pekerja-pekerja telah diberhentikan perkhidmatan mereka oleh syarikat itu.Contoh

penggandaan dengan akhiran iaitu rayuan-rayuan. Contoh ayatnya, Perdana Menteri

telah menerima rayuan-rayuan daripada rakyatnya. Contoh penggandaan dengan apitan

2

Page 3: full assignment.docx

iaitu perkhidmatan-perkhidmatan. Contoh ayatnya ialah syarikat itu memberikan

perkhidmatan-perkhidmatan yang amat memuaskan.

(b) Penggandaan separa merupakan proses menggandakan sebahagian kata dasar

sahaja.

(i) Contoh penggandaan separa kata tunggal ialah bebola. Contoh ayatnya, bebola ikan

merupakan makanan kegemaran ramai orang.

(ii) Contoh penggandaan separa berimbuhan awalan iaitu berduyun-duyun.Contoh

ayatnya, berduyun-duyun orang datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola

sepak. Contoh penggandaan separa dengan akhiran iaitu ulam-ulaman. Contoh

ayatnya, Encik Hamdan sukan makan ulam-ulaman di restoran itu. Contoh penggandaan

separa dengan apitan iaitu, bermaaf-maafan. Contoh ayatnya, pada hari raya umat Islam

bermaaf-maafan sesama insan.

(c) Penggandaan berentak ialah proses menggandakan kata dasar mengikut rentak

bunyi tertentu dalam kata dasar itu.

(i) Penggandaan berentak pengulangan vokal merupakan penggandaan yang

mempunyai ciri-ciri keharmonian iaitu calar-balar. Contoh ayatnya, badan budak-budak

itu calar-balar kerana mereka bermain di dalam semak.

(ii) Penggandaan berentak pengulangan konsonan ialah penggandaan yang

mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi tertentu iaitu susup-sasap. Contoh

ayatnya, penjahat itu lari susup-sasap apabila beberapa orang anggota polis mengejar

mereka.

(iii) Penggandaan berentak bebas merupakan penggandaan yang tidak mengandungi

ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal dan konsonan. iaitu kusut-masai. Contoh

ayatnya, rambut kakak kusut-masai apabila bangun daripada tidur.

4.0 RUMUSAN

Morfologi memainkan peranan penting dalam tatabahasa.Tatabahasa merupakan

perkara yang asas bagi sesuatu bahasa.Morfologi memberi tumpuan terhadap perkataan

dalam bahasa yang telah menyebabkan perubahan dan perkembangan yang pesat,

terutama dalam bidang kosa kata dan bentuk-bentuk kata. Bentuk kata pula terdiri daripada

proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Akhirnya, morfologi bahasa Melayu

ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata dalam bahasa Melayu.

3

Page 4: full assignment.docx

BAHAGIAN B

1.0 KESALAHAN DALAM IKLAN PAPAN TANDA

Gambar rajah 1.1

Gambar rajah 1.0 merupakan salah satu papan kenyataan yang terjumpa di Banda

Raya, Ipoh. Terdapat beberapa kesalahan dalam papan kenyataan tersebut. Kata majmuk

dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima

sebarang penyelitan unsur yang lain. Oleh itu, " BANDARAYA" yang dicatat dalam papan

kenyataan itu salah kerana perkataan " BANDARAYA " merupakan kata majmuk. Oleh

sebab itu perkataan " BANDARAYA " perlu dieja dengan dua patah perkataan seperti

"BANDAR RAYA ". Selain daripada itu, " KESELURUH " ialah perkataan yang terdapat

dalam papan kenyataan di atas. Perkataan "ke" merupakan kata sendi nama. Kata sendi

nama tersebut digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu

atau masa dan tempat yang dituju. " Seluruh " merupakan kata nama yang menunjukkan

arah. Maka, perkataan "KESELURUH" tersebut perlu dijarakkan kerana kata sendi nama "

ke " diikuti oleh kata nama " seluruh ". Perkataan " KESELURUH" perlu dijarakkan menjadi

dua perkataan seperti "KE SELURUH ". Selanjutnya, terdapat lagi kesalahan dalam papan

kenyataan di atas iaitu perkataan " BOLIH ". Perkataan tersebut dieja dengan salah.

Sepatutnya perkataan " BOLIH " perlu ditukar dengan ejaan baharu iaitu " BOLEH ".

Gambar Rajah 1.2

Gambar rajah 1.2 menunjukkan papan tanda jenis notis pemberitahuan.Papan tanda

tersebut juga terdiri daripada banyak kesalahan. Kata nama am merujuk kepada benda atau

perkara yang umum sifatnya.Perkataan " Kenderaan " merupakan perkataan yang terdiri

4

Page 5: full assignment.docx

daripada kata nama am. Oleh sebab itu, huruf " K " perlu ditulis dengan huruf kecil iaitu

"kenderaan". Selain itu, perkataan " peniaga^2 " merupakan salah satu kesalahan yang

terdapat dalam papan tanda tersebut. Perkataan "peniaga" merupakan kata ganda(jenis

penggandaan penuh). Penggandaan penuh ialah proses menggandakan keseluruhan kata

dasar tidak kira kata dasar tersebut mengandungi imbuhan atau tidak. Jelaslah bahawa,

perkataan " peniaga" tersebut perlu menggandakan dengan menggunakan tanda sempang

(-) seperti " (peniaga-peniaga).

Gambar rajah 1.3

Gambar rajah 1.3 merupakan papan tanda sebuah kedai. " Mee Ca Mee: PUSAT

MEMBELI BELAH " merupakan frasa nama yang salah kerana ia membawa maksud "

pusat yang melakukan urusan membeli-belah ", sedangkan maksud sebenar yang hendak

disampaikan ialah " tempat tumpuan orang ramai untuk membeli-belah". Frasa nama yang

betul ialah " Mee Ca Mee: Pusat Beli- Belah". Perkataan " Beli- belah " perlu ada tanda

sempang (-) antara dua perkataan tersebut. Selain itu, kesalahan yang mudah dikesan oleh

masyarat iaitu terdiri daripada frasa nama " FOTOSTAT & ALATULIS ". " ALATULIS "

merupakan kata majmuk. Sebenarnya, kata majmuk perlu diejak terpisah dan bertindak

sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima mana-mana penyisipan unsur lain.

Perkataan " ALATULIS " merupakan kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata

bebas. Oleh demikian kerana, perkataan " ALATULIS " perlu dieja terpisah sebagai dua

patah perkataan seperti " ALAT TULIS ". Kesalahan yang selanjutnya dapat diperhatikan

melalui frasa nama " BAUCER BUKU DITERIMA DISINI" ini." BAUCER" merupakan

perkataan yang diterjemah melalui perkataan Inggeris iaitu " VOUCHER". Oleh itu,

perkataan ataupun ejaan yang betul bagi perkataan " BAUCER " ialah " BAUCAR".

Kesalahan yang ketara dijumpai oleh masyarakat ialah terdiri daripada perkataan " DISINI".

Perkataan "di" merupakan kata sendi nama yang khususnya digunakan di hadapan kata

nama ataupun frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama tersebut perlu

terpisah daripada kata atau frasa nama yang mengikutinya. Perkataan "di" merupakan kata

sendi nama manakala perkataan "sini" merupakan frasa nama. Oleh itu perkataan " DISINI"

perlu dieja terpisah seperti " di sini ".

5

Page 6: full assignment.docx

2.0 KESALAHAN DALAM IKLAN AKHBAR

Gambar rajah 2.1

Gambar rajah 2.1 merupakan iklan daripada sumber akhbar. Perkataan " di "

merupakan kata sendi nama. Kata sendi nama tersebut digunakan khusus di hadapan kata

nama atau kata nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama " di " tidak boleh

digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman. Sebenarnya

kata sendi nama " di " perlu diganti dengan kata sendi nama " pada " kerana kata sendi

nama " pada " digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan

keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam situasi tertentu. Disebabkan " Tahun

Baru Cina ini " menunjukkan waktu ataupun masa, kata sendi nama " pada " perlu

mendahului frasa nama tersebut kerana frasa namanya menunjukkan waktu. Oleh itu, kata

sendi nama " di " perlu ditukar kepada kata sendi nama " pada".

Gambar rajah 2.2

6

Page 7: full assignment.docx

Terdapat satu kesalahan dalam gambar rajah 2.2. Kesalahanya dapat dilihat dalam

frasa nama " Sila daftar secara online di www.lindentours.com/fairs ". Kata sendi nama

"di " digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat,

hala ataupun jurusan. Sepatutnya frasa nama perlu ada selepas kata sendi nama " di "

tetapi dalam ayat " Sila daftar secara online di www.lindentours.com/fairs" kurang satu

perkataan selepas kata sendi nama " di ". Oleh itu, perlu menambahkan perkataan arah iaitu

" atas " dalam ayat tersebut. Maka, kata arah " atas " dapat menunjukkan jurusan sesudah

kata sendi nama " di ". Ayat yang betul bagi frasa tersebut ialah " Sila daftar secara online

di atas www.lindentours.com/fairs."

Gambar rajah 2.3

Dalam gambar rajah 2.3, terdapat beberapa kesalahan yang kita boleh mengenal

pasti. " Penjagaan Keintiman Yang Tiada Tandingan " merupakan frasa nama yang

mempunyai kesalahan. Kata nama am merujuk kepada benda atau perkara yang umum

sifatnya. Perkataan " Keintiman", "Tiada" dan "Tandingan " merupakan kata nama am,

manakala perkataan " Yang " merupakan kata hubung. Oleh itu, huruf pertama perkataan

"Keintiman"," Tiada" dan "Tandingan" perlu tukar menjadi huruf kecil seperti " keintiman,

tiada dan tandingan" manakala huruf perkataan " Yang" jugak perlu tukar kepada huruf

kecil iaitu "yang" kerana perkataan-perkataan tersebut bukannya terdiri daripada kata nama

khas. Frasa yang betulnya ialah " Penjagaan keintiman yang tiada tandingan".

Selanjutnya, singkatan telah digunakan dalam akhbar ini supaya dapat menggantikan

huraian yang panjang tetapi penggunaan singkatan dalam bahasa Melayu merupakan

kesalahan tatabahasa yang besar. Terdapat beberapa penggunaan singkatan dalam akhbar

tersebut.Sebagai contohnya perkataan " Tak", " Dulu " dan " baru ".Sebenarnya perkataan

"Tak" ialah singkatan perkataan " Tidak", " Dulu " ialah singkatan perkataan " Dahulu "

dan "Baru " ialah singkatan perkataan " Baharu ". Oleh itu, perkataan "tak", "dulu" dan

7

Page 8: full assignment.docx

"baru" perlu ditulis dengan lengkapnya tanpa menggunakan singkatan iaitu " tidak","

dahulu" dan "baharu".

3.0 KESALAHAN DALAM IKLAN MAJALAH

Gambar Rajah 3.1

Gambar rajah 3.1 merupakan iklan majalah. Dalam majalah ini terdapat banyak

kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan perkataan. " Tejako Solusi Jantung Sihat "

merupakan frasa nama yang mempunyai kesalahan. Perkataan " Solusi " merupakan

perkataan yang diterjemah melalui perkataan Inggeris iaitu " solution". Sebenarnya,

perkataan "solusi" tidak wujud dalam Kamus Dewan (2013), Edisi Keempat. Oleh itu,

perkataan "solusi" perlu tukar dengan perkataan " penyelesaian". Selanjutnya,perkataan

"sehat" dieja dengan salah.Oleh itu, perkataan " sehat " perlu dieja seperti "sihat".

Seterusnya perkataan " karena" perlu tukar dengan perkataan " kerana." Selain daripada

itu, perkataan "dikonsumsi " perlu ditukar kepada perkataan " diambil ".

Gambar Rajah 3.2

8

Page 9: full assignment.docx

Dalam gambar rajah 3.2 menunjukkan kesalahan yang berlaku dari segi bahasa

campur ataupun bahasa rojak. Penggunaan bahasa dalam iklan ini ialah bahasa Melayu dan

bahasa Inggeris. Sebenarnya, " Personalised YOUR WEDDING DOORGIFT " perlu

menterjemah dalam bahasa Melayu kerana kebanyakan perkataan dalam iklan ini ditulis

dalam bahasa Melayu. Oleh itu, frasa nama " Personalised YOUR WEDDING DOORGIFT"

perlu menterjemah dalam bahasa Melayu. Penterjemahan bagi frasa Inggeris tersebut ialah

" Peribadi doorgift perkahwinan anda". Selain itu, perkataan "woww" merupakan perkataan

Inggeris. "Woww" patut ditukar dengan perkataan " wah " iaitu perkataan seru.

Gambar Rajah 3.3

Dalam gambar rajah 3.3 juag merupakan salah satu iklan daripada majalah.Dalam

iklan ini, terdapat beberapa perkataan singkatan. Kata singkatan tersebut telah digunakan

dalam majalah ini agar dapat menggantikan keterangan yang panjang tetapi dalam

tatabahasa hal ini merupakan isu yang amat besar.Perkataan singkatan dalam majalah ini

adalah perkataa "yg" , "dlm" dan "pd".Ketiga-tiga perkataan tersebut merupakan kata

sendi nama. Sebenarnya perkataan "yg" perlu dieja sebagai "yang", perkataan "dlm"

patut dieja sebagai " dalam " dan perkataan "pd" perlu eja sebagai "pada". Selain

daripada itu terdapat juga penggunaan perkataan Inggeris iaitu " blackheads". Perkataan "

blackheads" perlu tukar kepada " bintik hitam ". Seterusnya perkataan " PENURUNAN"

dan " SEBULAN" perlu ditulis dalam huruf kecil kerana kedua-dua perkataan ialah terdiri

9

Page 10: full assignment.docx

daripada kata nama am. Oleh hal demikian kerana, perkataan " PENURUNAN" dan

"SEBULAN" perlu ditulis dengan huruf kecil iaitu seperti " penurunan" dan " sebulan".

4.0 KESALAHAN DALAM PENGUMUMAN

Gambar Rajah 4.1

Dalam gambar rajah 4.1 terdapat banyak kesalahan tatabahasa terutamanya dari

segi ejaan dan singkatan. Dalam ayat " Belajar Memandu Dengan KURIKULUM KPP

Baru" terdapat banyak kesalahan. Perkataan "Memandu", " Dengan" ,dan

"KURIKULUM" patut ditulis dengan huruf kecil kerana ketiga-tiga perkataan merupakan

perkataan yang terdiri daripada kata nama am. Pembetulan bagi ketiga-tiga perkataan ialah

" memandu", " dengan" dan " kurikulum". Selain itu, perkataan " baru " perlu dieja

dengan betul iaitu "baharu ". Ayat yang betul ialah " Belajar memandu dengan kurikulum

KPP baharu". Dalam ayat selanjutnya juga terdapat kesalahan ejaan iaitu ayat

"PENGANGUKUTAN dari LRT Taman Melati disediakan PERCUMA ". Ejaan yang

sebenarnya bagi perkataan "PENGANGUKUTAN " ialah " Pengangkutan ". Selain itu,

perkataan " PERCUMA" perlu ditulis dengan huruf kecil kerana perkataan tersebut

merupakan kata nama am. Oleh itu, "PERCUMA " patut ditukar kepada "percuma".

Pembetulan bagi ayat tersebut ialah " Pengangkutan dari LRT Taman Melati disediakan

percuma". Terdapat juga kesalahan dalam ayat " DAFTAR dahulu BAYAR kemudian".

Antaranya, perkataan " DAFTAR" dan " BAYAR" perlu ditulis dengan huruf kecil iaitu

"Daftar" dan " bayar ". Seterusnya, perlu ada tanda koma(,) antara frasa " DAFTAR dahulu

10

Page 11: full assignment.docx

BAYAR kemudian". Ayat yang betul dengan tanda koma ialah " Daftar dahulu, bayar

kemudian ". Ayat terdapat kesalahan ialah ayat " Boleh byr ANSURAN ". Perkataan "byr"

ialah singkatan bagi perkataan " bayar ". Perkataan " ANSURAN" patut ditulis dengan huruf

kecil iaitu " ansuran ". Ayat tersebut juga ketinggalan satu patah perkataan yang patut hadir

di hadapan perkataan " ansuran" iaitu perkataan "secara". Selain daripada itu juga,

perkataan "ansuran " juga ketinggalan imbuhan iaitu imbuhan " beR-...-an ". Perkataan

yang betul ialah " beransuran". Ayat yang betul ialah " Boleh bayar secara

beransuran".Berikutnya frasa " Masa belajar FLEKSIBEL ". Perkataan " FLEKSIBEL"

patut ditulis dengan huruf kecil seperti " fleksibel ". Frasa yang betul ialah " Masa belajar

fleksibel ". Selain itu, ayat yang salah ialah " Bljr & ujian di tempat yg SAMA ". Perkataan

"bljr" merupakan singkatan daripada perkataan " belajar" manakala perkataan "yg" juga

merupakan singkatan daripada perkataan " yang ". Perkataan " SAMA" perlu ditulis dengan

huruf kecil iaitu " sama". Frasa yang betul ialah " Belajar & ujian di tempat yang

sama".Selanjutnya ayat yang salah ialah " Jalan RATA dan TIDAK berbukit ". Dalam ayat

ini perkataan " RATA" dan " TIDAK" patut ditulis dalam huruf kecil iaitu seperti "rata" dan

"tidak". Maka ayat yang betul ialah " Jalan rata dan tidak berbukit ". Berikutnya, ayat yang

salah ialah " LOKASI di blkg Pasar Besar Gombak ". " LOKASI " patut ditulis dengan

huruf kecil iaitu " Lokasi ". Perkataan "blkg" merupakan singkatan bagi perkataan

"belakang". Oleh itu, ayat yang betul ialah " Lokasi di belakang Pasar Besar Gombak ".

Kesalahan ayat yang seterusnya ialah " Tenaga pengajar yg PROFESIONAL". Perkataan

"yg" merupakan singkatan daripada perkataan " yang" manakala perkataan

"PROFESIONAL" perlu ditulis dalam huruf kecil seperti " profesional ". Ayat yang betul

ialah " Tenaga pengajar yang profesional ". Selain itu " PILIH/TUKAR guru

(Lelaki/Perempuan) ". Perkataan " PILIH/TUKAR" perlu ditulis dalam huruf kecil iaitu

"pilih/tukar". Selain daripada itu , terdapat juga ayat yang salah iaitu " HARGA PROMOSI

diatas hanya sah sehingga harga untuk Kurikulum KPP Baru di-finalize". Perkataan

"HARGA PROMOSI" patut ditulis dalam huruf kecil iaitu " Harga promosi ". Perkataan

"diatas" perlu dieja terpisah kerana " di " merupakan kata sendi nama yang digunakan

khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama

ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Manakala

perkataan " atas " merupakan kata arah. Kata arah ini hadir sesudah kata sendi nama .

Oleh itu, perkataan "diatas" perlu dieja sebagai dua patah perkataan seperti " di atas".

Selain itu, perkataan " di-finalize" merupakan perkataan bahasa Inggeris yang bercampur

dengan bahasa Melayu. Perkataan " finalize" patut diterjemahkan dalam bahasa Melayu.

Perkataan yang dibentuk selepas penterjemahan tersebut ialah " dimuktamadkan".

11

Page 12: full assignment.docx

5.0 KESALAHAN DALAM KAIN RENTANG

Gambar Rajah 5.1

Gambar rajah 5.1 menunjukkan sejenis kain rentang. Dalam kain rentang terdapat

kesalahan yang mudah dikesan oleh rakyat ataupun masyarakat. Perkataan "di" merupakan

kata sendi nama yang digunakan khusus di hadapan kata nama ataupun frasa nama yang

menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini terpisah daripada kata nama atau frasa nama

yang mengikutinya. Selain itu, kata sendi nama ini tidak boleh digunakan di hadapan kata

nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman. Manakala perkataan

sendi nama " pada " digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan

waktu, masa atau zaman. Oleh itu, kata sendi nama "di" perlu tukar kepada kata sendi

nama "pada" kerana selepas kata sendi nama "pada", diikuti oleh frasa nama " masa" yang

menunjukkan keterangan waktu.

12

Page 13: full assignment.docx

Gambar Rajah 5.2

Kain rentang yang terdapat dalam gambar rajah 5.2 terdiri daripada beberapa

kesalahan ejaan. Perkataan " KEWASAN" dieja dengan salah. Sebenarnya " KEWASAN "

dieja sebagai " Kawasan ". Berikutnya, perkataan " national " juga dieja dengan salah.

Pembetulannya ialah " Nasional ". Frasa " KEWASAN YANG TELAH DIBANGUNKAN

NATIONAL " merupakan kata nama am. Oleh itu, perkataan-perkataan tersebut perlu ditulis

dengan huruf kecil iaitu seperti " kewasan yang telah dibangunkan oleh ". Ayat yang betul

bagi kain rentang tersebut ialah " Selamat Datang , Ke N.14 Asajaya kawasan yang telah

dibangunkan oleh Barisan National ".

6.0 KESIMPULAN

Sewaktu membuat analisis kesalahan kata, terdapat banyak kesalahan tatabahasa

dari segi ejaan, imbuhan dan penggunaan tanda baca. Masyarakat memainkan peranan

penting dalam memartabatkan bahasa Melayu.Masyarakat perlulah bersedia untuk

menghadapi cabaran iaitu mengenai isu bahasa Melayu yang akan datang pada masa

hadapan. Pihak berkuasa juga perlulah menggembleng kudrat untuk memartabatkan

bahasa Melayu di persada antarabangsa. Penggunaan bahasa Melayu yang betul dari

semua aspek membolehkan kita, "duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi " dengan

negara-negara lain di seantero dunia.

13

Page 14: full assignment.docx

REFLEKSI

NAMA : PRASANA A/P GANESON

NO.K/P : 960112-07-5110

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Cik Hamidah Binti Abd Hamid selaku

pensyarah mata pelajaran Morfologi ( BMM 1054 ) yang telah membimbing saya dan rakan

sekelas saya dalam pelaksanaan kerja kursus ini. Saya mendapat banyak pengalaman

melalui tugasan ini yang akan membantu saya sebagai bakal guru apabila saya ditugasi

untuk mengajarkan Bahasa Melayu di sekolah. Dalam bahasa Melayu terdapat pelbagai

pecahan bidang mengkaji bahasa, terutamanya Morfologi. Pengalaman yang saya dapat

melalui tugasan ini ialah saya dapat mengenal pasti proses pembentukan kata iaitu bentuk

kata majmuk dan bentuk kata ganda dengan sangat jelas. Melalui tugasan ini, saya dapat

menguasai morfologi dari aspek imbuhan, perkataan dan proses pembentukan kata. Selain

itu, saya juga dapat mempelajari mengumpul maklumat mengenai Morfologi. Dari perspektif

yang lain pula, saya juga dapat mempelajari untuk menganalisis kesalahan kata dalam

pelbagai jenis bentuk iklan dengan menggunakan Dewan Tatabahasa(2013), Edisi Ketiga.

Selanjutnya, saya mendapat banyak pengalaman tentang topik ini yang akan

membantu saya sebagai bakal guru apabila saya ditugasi untuk mengajarkan Bahasa

Melayu di sekolah. Saya berpendapat bahawa sebagai bakal guru, saya perlu

mempertingkatkan lagi penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar semasa

proses pengajaran dan pembelajaran . Saya berharap bahawa saya dapat mengkongsikan

ilmu pengetahuan yang saya perolehi semasa menjalankan kerja kursus ini dengan anak

murid saya. Saya akan mengaplikasikan perkara yang saya dapat semasa menjalankan

kerja kursus ini. Perkara ini amat penting kerana sayalah yang melahirkan anak-anak

bangsa yang menjadi nadi dan tonggak kepada negara pada masa akan datang. Saya

sentiasa mengingati bahawa " pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara ".

Dengan menjalankan tugasan ini, saya dapat memahami kepentingan pengguasaan

bahasa Melayu untuk menjayakan dasar memartabatkan bahasa melayu (MBM). Bahasa

Melayu merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan

1996. Semasa membuat rujukan Utusan Malaysia, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri

Muhyiddin Yassin berkata, memartabatkan bahasa melayu bertujuan memastikan semua

murid dapat memahami antara satu sama lain dalam satu bahasa yang mewujudkan

perpaduan dan muhibah di kalangan pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia.

14

Page 15: full assignment.docx

Melalui membuat analisis kesalahan kata, saya dapat kenal pasti perkataan yang salah dan

betul. Jika mengelakkan membuat kesalahan dari segi tatabahasa, maka sudah pasti kita

akan dapat memartabatkan bahasa Melayu di seantero dunia.

Di peringkat awal pelajar perlu menguasai bahasa Melayu kerana bahasa Melayu

merupakan bahasa rasmi ataupun bahasa kebangsaan. Bidang morfologi dapat membantu

kita dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Buktinya,

anjakan kedua iaitu " memastikan semua murid profisien dalam bahasa Melayu dan bahasa

Inggeris" . Morfologi dapat membentuk murid dari segi inovasi dan kreatif. Contohnya,

pembelajaran morfologi yang mengandungi aspek tatabahasa dari segi ejaan, imbuhan,

kesalahan struktur ayat dan proses pembentukan kata dapat membetulkan murid daripada

melakukan kesalahan tatabahasa. Jikalau kita tidak melakukan sebarang kesalahan dari

segi tatabahasa, maka sudah pastilah bahasa Melayu dapat dimartabatkan.Secara tidak

langsung, kesilapan yang tidak berlaku dari segi tatabahasa juga dapat membantu kita untuk

merealisasikan anjakan kedua dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-

2025). Bahasa Melayu dapat ditingkatkan jika kita mengindarkan diri daripada membuat

salah dari segi tatabahasa.

Sebagai penghias bicara akhir, saya berasa bangga menjalankan kerja kursus ini

kerana bidang morfologi ini akan membantu saya pada suatu hari nanti apabila saya

menjadi seorang guru yang berwibawa. Saya berharap saya dapat melahirkan anak murid

saya yang cemerlang, terbilang dan gemilang dengan mengajar pelajaran mengikut skop

yang betul. Tidak lupa juga, saya dapat menguasai bahasa Melayu dengan teliti dan betul.

Saya akan mengaplikasikan pengetahuan yang saya dapat melalui tugasan ini, semasa

saya berada dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan anak murid saya. Saya akan

berdaya upaya untuk mengajar anak murid saya dengan memperbetulkan kesilapan yang

dilakukan oleh anak murid saya dalam bahasa Melayu. Hal ini dapat merealisasikan anjakan

kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Tugasan ini juga membantu

saya supaya menjadi seorang yang berwibawa dan mencungkil bakat profesion keguruan

seperti dicatat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Oleh itu,

semua warga Malaysia perlu menggembleng kudrat untuk menjayakan Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (2013 - 2025) agar kita dapat duduk sama rendah dan diri sama tinggi

dengan negara lain di seantero dunia.

15

Page 16: full assignment.docx

16