full report

141
TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 4 1.1 Pendahuluan Kepada Latihan Industri 4 1.2 Falsafah Latihan Industri 5 1.3 Objektif Latihan Industri 5 1.4 Objektif Laporan 6 2.0 JADUAL LATIHAN 9 2.1 Jadual Aktiviti Mingguan 9 3.0 LATAR BELAKANG FIRMA 20 3.1 Company Profile 21 3.2 Personnel 24 3.3 Organisation 26 3.4 Organisation Chart 27 3.5 Curriculum Vitae And Personal Particulars 28 3.6 Office Equipment 34 3.7 List Of Projects 36 4.0 UKUR KADASTER 40 4.1 Sempadan 42 4.1.1 Jenis-jenis Tanda Sempadan 43 1

Upload: john-langsi

Post on 25-Jun-2015

12.176 views

Category:

Documents


51 download

TRANSCRIPT

Page 1: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

ISI KANDUNGAN

BAB KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 4

1.1 Pendahuluan Kepada Latihan Industri 4

1.2 Falsafah Latihan Industri 5

1.3 Objektif Latihan Industri 5

1.4 Objektif Laporan 6

2.0 JADUAL LATIHAN 9

2.1 Jadual Aktiviti Mingguan 9

3.0 LATAR BELAKANG FIRMA 20

3.1 Company Profile 21

3.2 Personnel 24

3.3 Organisation 26

3.4 Organisation Chart 27

3.5 Curriculum Vitae And Personal Particulars 28

3.6 Office Equipment 34

3.7 List Of Projects 36

4.0 UKUR KADASTER 40

4.1 Sempadan 42

4.1.1 Jenis-jenis Tanda Sempadan 43

4.1.2 Syarat-syarat Penandaan Sempadan 43

4..1.3 Kaedah Penandaan Titik Sempadan 44

4.2 Datum Untuk Ukuran Kadaster 46

4.2.1 Asas Penentuan Datum 46

4.2.2 Syarat-syarat Datum 46

4.2.3 Had Anjakan Dan Perselisihan Sempadan 47

4.3 Surihan Kerjaluar 48

4.3.1 Keperluan Bagi Penyediaan Surihan 48

1

Page 2: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

4.3.2 Penyediaan Surihan Kerja Luar 48

4.3.3 Surihan Bagi Pelbagai Kerja Luar 50

4.4 Peringkat-peringkat Kerja Luar 51

4.4.1 Tinjauan 51

4.4.2 Pemilihan Stesen Ukur 52

4.4.3 Penandaan Stesen Ukur 53

4.4.4 Pengambilan Cerapan 53

4.4.5 Mengukur Jarak 53

4.5 Catatan Dalam Buku Kerja Luar 55

4.5.1 Borang Ujian EDM 55

4.5.2 Cara-cara Mengisi Buku Kerja Luar 55

4.5.3 Penomboran Stesen Ukur 57

4.5.4 Gambarajah Kerja Luar 57

4.6 Pembetulan 59

4.6.1 Pembetulan Tutup, ‘C’ 59

4.6.2 Pembetulan Meridian ‘M’ 61

4.7 Cerapan Matahari 63

4.8 Peraturan Penggunaan EDM 66

4.8.1 Ujian Alat EDM 67

4.8.2 Prosedur Differential Field Test 68

5.0 UKUR KEJURUTERAAN 69

5.1 Kepentingan Ukur Kejuruteraan 69

5.2 Peringkat Kerja Luar Ukur Kejuruteraan 70

5.2.1 Tinjauan 70

5.2.2 Ukur Kawalan 71

5.3 Jenis-jenis Ukur Terabas

72

5.4 Ukur Aras (Levelling) 74

5.4.1 Takrif-Takrif Untuk Istilah Ukur Aras 74

5.4.2 Cara Melaraskan Alat Laras 77

5.4.3 Menghapuskan Beza Lihat 78

2

Page 3: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

5.4.4 Pelarasan Tetap Untuk Alat Aras 78

5.4.5 Punca-punca Selisih Dalam Ukur Aras 79

5.4.6 Kaedah Pembukuan Dalam Ukur Aras 81

5.5 Takimetri 83

5.6 Ukur Butiran 84

5.7 Pembinaan Batu Aras Sementara (TBM) 87

6.0 PEMPROSESAN DATA DENGAN 89PERISIAN TRPS

7.0 PROSES MEMASUKKAN DATA 93 KE DALAM TRPS

8.0 PEMPROSESAN DATA DENGAN 99 PERISIAN CSCSWin V9.07

9.0 KERJA LUAR 106

10.0 LUAHAN UNTUK 127 JURUKUR PERMATA MALAYSIA

11.0 CADANGAN / KOMEN KEPADA 128JURUKUR PERMATA MALAYSIA

12.0 KESIMPULAN 130

13.0 LAMPIRAN 133

14.0 RUJUKAN 134

3

Page 4: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

PENGENALAN

PENDAHULUAN KEPADA LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri merupakan suatu subjek utama dalam kurikulum pembelajaran di

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diwajibkan kepada setiap pelajar semester 6

kursus Diploma Ukur Tanah. Pelajar disyaratkan lulus semua mata pelajaran yang

diambil dari semester 1 sehingga semester untuk menjalani latihan industri. Pelajar wajib

lulus latihan indusri agar diperakukan untuk penganugerahan Diploma Ukur Tanah. Jika

pelajar gagal dalam menjalani latihan industri, pelajar diwajibkan untuk mengulangi

semula sehingga lulus bagi memenuhi syarat akademik.

Pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta selama satu

semester (5 bulan) bagi mendedahkan kepada mereka suasana pekerjaan sebenar yang

berbeza daripada suasana di UTM. Pelajar diberi kebebasan untuk memilih tempat

menjalani latihan industri sama ada di jabatan kerajaan atau di firma swasta dengan setiap

pelajar digalakkan membuat permohonan sendiri ataupun melalui pihak universiti.

Tempat latihan yang dipohon seharusnya bersesuaian dengan bidang yang dipelajari di

universiti. Perkara ini penting agar latihan industri dijalankan di tempat yang sesuai

dengan kehendak pelajar dan pihak UTM dapat menentukan latihan berkenaan mencapai

objektif sepenuhnya.

Pelajar digalakkkan mempraktikkan dan mengggunakan segala ilmu yang

dipelajari ketika pengajian di UTM agar dapat digunakan dalam menjalani latihan

industri. Latihan industri juga bertujuan mendedahkan kepada pelajar kepada struktur

organisasi jabatan atau firma tempat latihan supaya pelajar memahami etika kerja

4

Page 5: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

sesebuah organisasi atau firma. Perkara ini bertepatan dengan matlamat utama latihan

industri dan diharapkan perlajar dapat menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan. Latihan

industri menjadi teras peluang keemasan bagi pelajar mencari peluang pekerjaan setelah

tamat pengajian.

FALSAFAH LATIHAN INDUSTRI

Latihan ini bertujuan memberi pendedahan, gambaran serta pengenalan kepada pelajar

mengenai pelbagai aspek dalam bidang Ukur Tanah dan sumbangannya dalam

masyarakat.

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

1) Untuk membolehkan pelajar melihat dan mengambil bahagian dalam amalan-amalan

selain daripada pelajaran teori yang dipelajari dalam bilik-bilik kuliah. Ini juga akan

memberi mereka satu peluang yang lebih awal untuk mengguna dan mempraktikkan

pengetahuan serta pertimbangan mereka sendiri dalam menjalankan tugas.

2) Untuk membolehkan mereka mengenali sesuatu melalui penglibatan secara langsung

dalam pelbagai aspek seperti konsep perancanagan, rekabentuk, pembinaan dan

pentadbiran projek-projek.

3) Seperti yang diketahui bahawa kerja-kerja kejuruteraan dan pengurusan tidak

selalunya didasarkan kepada kerja-kerja pejabat sahaja tetapi melibatkan kerja-kerja

di tapak yang berkemungkinan terletak di kawasan pedalaman yang amat mencabar.

5

Page 6: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

maka adalah diharapkan bahawa latihan ini mendedahkan pelajar kepada situasi tapak

yang sebenarnya.

4) Untuk mendedahkan pelajar kepada struktur organisasi jabatan atau firma tempat

latihan dan mengenali peranan jawatan tertentu di dalam organisasi tersebut.

5) Latihan industri ini juga memberi peluang melatih pelajar menulis laporan

teknikal yang lengkap dan teratur. Laporan-laporan yang mereka tulis itu tentunya

akan menjadi latihan yang penting bagi kerjaya mereka pada masa hadapan.

OBJEKTIF LAPORAN

Penulisan laporan bagi latihan praktikal ini adalah sebagai memenuhisyarat bagi

pelajar semester enam bagi jurusan Diploma Ukur Tanah. Objektif utama laporan ini

adalah untuk menilai sejauh mana pelajar dapat mengaplikasikan serta menggabungkan

pengalaman dalam mengaitkan teori yang telah dipelajari di Universiti Teknologi

Malaysia (UTM) dengan aspek-aspek praktikal di firma. Hal ini bertujuan bagi

memastikan latihan industri yang telah dijalankan oleh pelajar mencapai matlamat dan

objektifnya selaras dengan misi UTM dalam melahirkan tenaga kerja separa profesional

yang berkualiti bagi menampung keperluan sector awam dan swasta di Malaysia.

Pelajar diwajibkan menulis laporan berdasarkan pengalaman menjalani latihan

industri selama 5 bulan di firma Jurukur Tanah Berlesen. Latihan industri ini bertujuan

memberikan pendedahan kepada pelajar semester akhir tentang pengalaman sebenar

bekerja di luar di samping sebagai batu loncatan yang dapat membantu pelajar mencari

peluang pekerjaan selepas tamat pengajian.

6

Page 7: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Ilmu ukur secara umumnya bolehlah didefinisikan sebagai kaedah menentukan

kedudukan relatif data spatial bagi sesuatu titik di permukaan bumi. Ia adalah seni dalam

pengukuran jarak ufuk dan pugak bagi sesuatu objek, pengukuran sudut antara garisan,

penentuan arah garisan dan juga penetapan sesuatu titik melalui pengukuran sudut dan

jarak linear. Berdasarkan 3 bidang utama iaitu Ukur Kadaster, Ukur Kejuruteraan dan

Ukur Hidrografi. Dengan itu, pelajar dapat didedahkan dengan aplikasi sebenar bidang

ukur ini di lapangan yang sebenar melaului pengalaman kerja luar yang mungkin tidak

dapat diperoleh sepanjang pengajian di UTM.

Ukur Kadaster merupakan satu teknik pengukuran untuk menentukan kedudukan

batu-batu sempadan hakmilik dan menunjukkannya dalam rekod yang berdaftar, nilai

sempadan ini ditunjukkan dengan bearing dan jaraknya. Hasil daripada ukuran kadaster

ini adalah pelan kadaster yang boleh ditakrifkan sebagai pelan untuk penentuan hakmilik

bagi tujuan-tujuan pendaftaran tanah. Pengukuran kadaster adalah bertujuan untuk

meletakkan asas bagi memenuhi kehendak-kehendak awal bagi pendaftaran hakmilik.

Rekod bagi pengukuran kadaster adalah sah di sisi undang-undang dan ia perlu menepati

syarat-syarat rekod yang telah ditetapkan

Ukur Hidrografi pula adalah kaedah pengukuran yang melibatkan pengambilan

data dan memproses data daripada dasar laut. Seterusnya proses plotan pelan atau carta

bagi mengambil profil dasar laut serta kedalaman kawasan tersebut.

Ukur Kejuruteraan secara umumnya diringkaskan sebagai sebarang kerja ukur

yang dilakukan untuk tujuan kerja-kerja pembinaan kejuruteraan awam dan projek

pembangunan. Jurutera dan jurukur bertanggungjawab penuh dalam aspek-aspek kawaln

dimensi dalam kerja-kerja kejuruteraan tersebut. Ukur kejuruteraan biasanya berkait rapat

7

Page 8: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

dengan kawalan ufuk dan kawalan pugak bagi sesuatu kerja pembinaan di mana ia

berhubungkait dengan titik ukur iaitu titik kawalan. Kawalan ufuk dan pugak ini didapati

melalui pengukuran sudut, jarak atau kombinasi kedua-keduanya melalui teknik-teknik

tertentu seperti terabas, triangulasi, ukuran aras dan sebagainya.

Oleh yang demikian, dengan terhasilnya buku laporan ini, dapatlah dinilai

kemampuan pelajar dalam mengaplikasikan serta menggabungkan pengalaman dalam

penglibatan bagi setiap bidang ukur dan semoga laporan ini dapat dimanfaatkan

sepenuhnya pada masa akan datang.

8

Page 9: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

JADUAL LATIHAN

Secara kasarnya, pelajar yang menjalani latihan pratikal akan diberikan jadual

latihan yang perlu diikuti sepanjang tempoh Latihan Industri dijalankan. Namun begitu,

syarikat Jurukur Permata Malaysia tidak menyediakan jadual latihan kepada saya. Peyelia

saya iaitu Puan Sharifah Janorwati hanya beritahu secara lisan sahaja tentang kerja-kerja

yang akan saya lakukan sepanjang tempoh Latihan Industri. Oleh itu, sepanjang hampir 4

bulan saya menjalani latihan disini, pelbagai kerja telah saya lakukan bermula dari kerja

di pejabat iaitu perisian TRPS, CDS dan AutoCAD2000LT.

Walaubagaimanapun, kerja-kerja saya banyak ditumpukan di lapangan, saya telah

diaturkan untuk belajar melakukan kerja di lapangan dengan Encik Shahran. Kemudian

dengan Encik Shahiran dan yang paling lama dengan Encik Hashim.

Di sini, saya ingin memberi gambaran mengenai jadual aktiviti mingguan yang

telah saya lakukan sepanjang saya menjalankan latihan di firma Jurukur Permata

Malaysia :

Jadual Aktiviti Mingguan

MINGGU PERTAMA (18 Disember – 22 Disember)

Sesi suai kenal dengan semua staf di Jurukur Permata Malaysia.

Melaporkan diri sebagai pelajar praktikal kepada Puan Sharifah Janorwati iaitu

pegawai yang mengendalikan saya.

9

Page 10: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Cari pelan akui Kelau, Bentong di stor penyimpanan pelan.

Mempelajari cara-cara mencetak pelan dengan saiz A3, A2 dan A1.

Mempelajari cara menggunakan program perisian TRPS dan AutoCAD.

Memasukkan data-data ukur ke dalam program perisian TRPS dan memindahkan

data-data TRPS kepada AutoCAD.

Melukis pelan pra-hitungan dalam AutoCAD LT2000 di lot 61785, 61786, 61787

JPM(SEL)675, Pekan HICOM, Daerah Petaling, Selangor.

Mengenali hakmilik strata dan proses-proses penyediaan dokumen-dokumen

hakmilik strata.

Mempelajari asas program perisian CDS.

Membuat garisan kontur dalam program perisian TRPS.

MINGGU KEDUA (26 Disember – 29 Disember)

Mempelajari cara-cara memproses raw data dengan menggunakan program

perisian TRPS.

Mempelajari program perisian E-Submit iaitu program buku kerja luar elektronik.

Mempelajari cara-cara memindahkan data-data butiran dari program perisian

TRPS ke program perisian AutoCAD.

Melukis pelan topografi dan demarkasi dalam AutoCAD LT2000JPM(SEL) 680,

Pekan HICOM, Daerah Petaling, Selangor.

10

Page 11: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

MINGGU KETIGA (3 Januari – 5 Januari)

Mengira bilangan titik kawalan bagi pelan Ukur As-Builts Column di Lot 46186,

Bandar Selayang, Daerah Gombak, Selangor.

Memasukkan data-data daripada buku kerja luar ke program perisian E-Submit

dalam ruangan Fieldbook Entry bagi kawasan di Lot 1586 Mukim Tok Jamal,

Daerah Kuala Terengganu, Terengganu.

Mempelajari cara-cara mengisi data-data bagi kes tanda atas garisan (online)

dalam ruangan Fieldbook Entry dalam program perisian E-Submit.

Melakukan kerjaluar iaitu kerja ukur butiran dan aras di atas lot 74, Sekyen57,

Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

MINGGU KEEMPAT (8 Januari -12 Januari)

Mempelajari cara-cara penggunaan kalkulator berprogram model Casio CFX-

9850 GC PLUS.

Mempelajari cara-cara untuk memasukkan data-data check angle, online, online

check,solar entry dan PO entry dalam program perisian E-Submit.

Mempelajari cara-cara memasukkan data E-Submit Correction.

Mempelajari cara-cara memasukkan data ke dalam Baseline Entry dalam program

perisian E-Submit.

Menyambung kerja E-Submit di Lot 1586 Mukim Tok Jamal, Daerah Kuala

Terengganu, Terengganu.

Menyemak koordinat Cassini sama ada masuk atau tak dalam pelan pengambilan

tanah Mukim Sabai, Bentong, Pahang.

11

Page 12: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Menukarkan unit jarak daripada ling ke meter bagi pelan-pelan akui.

Mengedit pelan pra-hitungan di Lot 61785, 61786, 61787 Pekan HICOM, Daerah

Petaling, Selangor.

MIGGU KELIMA (15 Januari – 19 Januari)

Melakukan kerja luar iaitu kerja penandaan sempadan R.O.W (Right Of Way)

bagi Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 Terengganu, Pakej 7A: Dari CH

71300 ke CH 76000:

Menandakan sempadan di Right(R) dan Left(L) mengikut kawalan terabas

yang telah siap dilakukan.

Koordinat kawalan terabas dan koordinat tanda sempadan R dan L diambil

dari pelan dikira dengan menggunakan kalkulator berprogram dengan

kaedah 2 kali koordinat.

Setelah dapat bearing dan jarak, kayu peg R dan L ditanam dari stesen

kawalan terabas.

Sejumlah 39 kayu peg tanda. 25 batang di R dan 14 batang di L.

MINGGU KEENAM (22 Januari – 26 Januari)

Mempelajari cara-cara memuat-turun data-data daripada memory card Total

Station ke komputer R.O.W Kertih, Terengganu.

Menjalankan kerja luar di Karak, Pahang untuk kerja ukur penandaan sempadan

dengan kayu peg bagi projek penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor

12

Page 13: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Menunjukkan kawasan lot yang terlibat kepada Encik Fakrul, pegawai Lembaga

Jabatan Tanah Daerah Raub.

Mengira pre-comp (bearing dan jarak) untuk menandakan sempadan R dan L

Melakukan kerja luar di Melaka bagi projek perlebaran jalan raya.

MINGGU KETUJUH (29 Januari – 1 Februari)

Menjalankan kerja luar di Sprint Highway dan Bangsar bagi kerja ukur aras

untuk mendapatkan nilai aras Bore Hole.

Menyambung kerja penandaan sempadan di Karak:

Mengira bearing dan jarak kayu peg yang hendak ditanda dengan

menggunakan kalkulator berprogram dengan kaedah 2 kali koordinat.

Sebanyak 53 kayu peg ditanda. 29 batang di sebelah R (right) 24 batang L

(left).

MINGGU KELAPAN (5 Februari – 10 Februari)

Memuat-turun data-data dari kad memori hasil kerja ukur penandaan sempadan

untuk laluan paip air di Karak.

Mencetak pelan akui stesen janaelektrik Sultan Abdul Aziz , Mukim Kapar,

Daerah Klang.

Menunjukkan kawasan lot untuk projek laluan paip air di Karak kepada Encik

Fakrul, pegawai dari Jabatan Tanah Daerah Raub, Pahang:

Menunjukkan Lot 70, 0832, 4411, 4408, 4419, 236, 4420, 59, 235, 1752,

dan 3504.

13

Page 14: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Melakukan kerja luar di Lembah Beringin, Hulu Selangor untuk kerja tanam

Pastian:

3 batu konkrit ditanam berdasarkan prosedur kerja ukur kadaster.

Melaksanakan kerja luar di Mount Kiara, Kuala Lumpur di lot 57946 dan 56953

untuk kerja ukur muktamad (as-builts survey) penandaan Bore Hole.

32 Bore Hole diukur untuk mendapatkan arasnya.

Melakukan kerja luar di lot 2795 dan 2796 di Kg Padang Balang, Mukim Setapak,

Wilayah Persekutuan untuk kerja ukur hakmilik dan butiran.

Memulakan kerja dengan mengesahkan 2 batu lama.

Kerja ukur terabas dilakukan.

Ikat stesen kawalan terabas dengan 3 paip lama.

Kerja ukur terabas ditutup dengan melakukan cerapan ke matahari.

Butiran pagar dan rumah diambil.

MINGGU KESEPULUH (12 Februari– 16 Februari)

Menyambung kerja luar di lot 2795 dan 2796 di Kg Padang Balang, Mukim

Setapak, Wilayah Persekutuan.

Setiap stesen terabas dibuat pembetulan M (Meridian) dan C (Circuit)

Tikaian dan pembetulan dilakukan pada tiap-tiap stesen terabas

Menjalankan kerja menanam paip besi di lot 2795 dan 2796 di Kg Padang Balang,

Mukim Setapak, Wilayah Persekutuan.

Tanam 4 batang paip besi.

14

Page 15: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

MINGGU KESEBELAS (26 Februari – 3 Mac)

Menunjukkan kawasan lot di Karak kepada Encik Aziz, pegawai dari Jabatan

Penilaian Perkhidmatan Harta (JPPH) Temerloh, Pahang.

Antara nombor lot yang terlibat:

Lot 3391, 3392, 3503, 3501, 202, 3387, 3386, 3386, 3384, 3895, 3889,

3986, 5666, 195, 3994, 196, 3993

Melakukan kerja luar di Cenang, Pulau Langkawi untuk ukur pemancangan

(setting-out) di lot 2570 untuk penandaan Bore Hole, Mackintosh Probe dan

Piezocone.

Menyemak pelan nombor JPMWPK 345/07/DET1 di lot2795 dan 2796, Kg

Padang Balang, Mukim Setapak, Wilayah Persekutuan.

Melaksanakan kerja luar di lot 19428 – 19435 Ukay Heights, Selangor untuk ukur

pemancangan untuk penandaan Bore Hole dan Mackintosh Probe.

Melakukan kerja luar di Sg Penchala untuk mengukur cross-section parit besar

dan melukis diagram parit yang diukur.

Melakukan kerja luar di lot 5024 Batang Berjuntai, Kuala Selangor untuk

mencari semula tanda kayu piket dan batu konkrit baru.

MINGGU KEDUABELAS (5 Mac – 10 Mac)

Menjalankan kerja luar di Sg Penchala iaitu kerja penggantian besi keluli kepada

paip besi. 3 batang paip besi digantikan.

Menunjukkan kawasan ukur kepada pemilik tanah, konsultant dan klien di Sg

Penchala. Keluasan lot adalah 4 ekar.

15

Page 16: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Mencetak buku kerja luar ukur terabas untuk projek laluan air paip Karak.

Melakukan kerja luar ukur pemancangan untuk penandaan Bore Hole di

Pelabuhan Kuantan, Mukim Sg Karang, Daerah Kuantan, Pahang. Selepas siap

menanda 6 Bore Hole, ukur aras dibuat untuk mengira aras setiap Bore Hole.

Melakukan kerja luar ukur pemancangan untuk penandaan SP di Kayu Ara,

Damansara, Petaling Jaya. Sejumlah 4 SP ditanda dan aras setiap SP diambil.

Melaksanakan kerja luar di Batang Berjuntai, Kuala Selangor untuk kerja ukur

kadaster iaitu menanam batu konkrit dan paip besi.

MINGGU KETIGABELAS (12 Mac – 18 Mac)

Melakukan kerja luar di Pulau Carey, Klang, Selangor untuk kerja ukur

pemancangan penandaan Bore Hole.

Menjalankan kerja luar di Lembah Beringin, Hulu Selangor untuk kerja tanam

batu sempadan.

Melakukan kerja ukur di Btang Berjuntai, Kuala Selangor untuk kerja tanam batu

sempadan dan paip besi.

Menjalankan kerja luar di Pulau Carey, Klang dengan menggunakan alat GPS

model GARMIN 12 XL 12 Channel untuk kerja ukur pemancangan bagi menanda

kedudukan Bore Hole, Piezocone dan Continuous Sampling.

Melaksanakan kerja luar di kawasan Hutan Simpanan Ampang, Bukit

Antarabangsa, Ukay Perdana dengan dengan menggunakan alat GPS model

GARMIN 12 XL 12 Channel untuk mencari kedudukan Borehole.

16

Page 17: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Melakukan kerja luar di Tasik Kenyir, Daerah Hulu Terengganu bagi projek jalan

raya Simpang Pulai – Lojing – Gua Musang – Kuala Berang untuk kerja

penandaan Bore Hole bagi ahli geologi mengkaji keadaaan bawah tanah bumi.

MINGGU KEEMPATBELAS (20 Mac – 24 Mac)

Melaksanakan kerja luar di Stesen Janaelektrik Sultan Salahuddin Abdul Aziz,

Kapar, Klang untuk kerja mengubah batu sempadan baru dan mencari batu

sempadan lama.

Menjalankan kerja luar di Batang Berjuntai, Daerah Kuala Selangor, Selangor

untuk kerja mengubah batu sempadan dan paip besi.

Melakukan kerja luar di Hutan Simpanan Ampang, Ukay Perdana bagi

menyambung kerja penandaan Bore Hole dengan menggunakan alat GPS model

GARMIN 12 XL 12 Channel dan kerja ukur aras Borehole.

MINGGU KELIMABELAS (26 Mac – 30 Mac)

Menjalankan kerja luar di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor untuk kerja

penandaan kayu peg di tengah dan di setiap bucu 3 lot dan mengambil aras

ketinggian setiap kayu peg yang ditandakan.

Menunjukkan penandaaan Bore Hole, Continuous Sampling dan Piezocone

kepada konsultant, ahli geologi dan Mr Lee pengarah Maxim company di Pulau

Carey, Klang untuk projek lebuhraya SKVE.

Melaksanakan kerja luar di Batang Berjuntai, Kuala Selangor untuk ubah batu

sempadan dan paip lama.

17

Page 18: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Menjalankan kerja luar di Bukit Sentosa, Rawang bagi mengambil semula aras di

3 lot kerana pemaju hendak menaikkan lagi ketinggian tanah.

Melakukan kerja luar di Restoran Oversea, Amrcorp mall di Lot 226 dan 227,

Jalan Persiaran Barat, Petaling Jaya untuk kerja ukur ‘Lettable Size’ dengan

menggunakan alat DISTO iaitu alat mengukur jarak berlaser.

MINGGU KEENAMBELAS (2 April – 6 April)

Menyemak buku kerja luar terabas Stesen Janaelektrik Sultan Salahuddin Abdul

Aziz, Kapar, Klang, Selangor di Lot PT 36970 dan PT 13310 yang mempunyai

keluasan 144 hektar.

Memasukkan data-data bearing dan jarak ke dalam perisian CSCS berdasarkan

buku kerja luar terabas Stesen Janaelektrik Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Kapar,

Klang, Selangor di Lot PT 36970 dan PT 13310.

Menyemak bacaan cerapan matahari dalam perisian CSCS untuk buku kerja luar

terabas Stesen Janaelektrik Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Kapar, Klang,

Selangor di Lot PT 36970 dan PT 13310.

Menghitung keluasan Lot 226 dan 227 Restoren Oversea, Amrcorp Mall.

Mempelajari pemprosesan data ukur kadaster dengan menggunakan perisian

CPSWin32.

Memplot garisan-garisan terabas dalam pelan pra-hitungan Stesen Janaelektrik

Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Kapar, Klang bertujuan memudahkan perhitungan

‘direct line’ untuk dibandingkan dengan yang Baru dan SA (seperti asal).

18

Page 19: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

MINGGU KETUJUHBELAS (9 April – 13 April)

Menghitung perbandingan antara ‘direct linest’ Baru dengan SA (Seperti Asal)

dalam perisian CSCS dan CPSWin32 untuk Stesen Janaelektrik Sultan

Salahuddin Abdul Aziz, Kapar, Klang.

Menghitung dan menyemak bearing dan jarak dalam perisian CSCS dan

CPSWin32 untuk pecah sempadan GM 347, Lot 48186, Bandar Selayang, Daerah

Gombak, Selangor.

Mengira keluasan petak bangunan 3 tingkat bagi permohonan hakmilik strata di

Lot 1234 hingga 1251, Klebang Khecil, Melaka Tengah, Bandaraya Melaka.

Menyemak garisan-garisan terabas yang telah dibahagikan kepada 68 blok bagi

lot 11298, 11299, 11300, 11301, 11302, 11303 Kawasan Rezab Peringkat 4,

FELDA Lurah Bilut, Mukim Bentong, Daerah Bentong, Pahang.

19

Page 20: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

LATAR BELAKANG FIRMA

JURUKUR PERMATA MALAYSIA merupakan sebuah firma yang didaftarkan di

bawah Akta Jurukur Tanah Berlesen 1958 (Disemak - 1991) yang dimiliki oleh 2 orang

Jurukur Berlesen iaitu Encik Toh Swee Eng dan Tuan Haji Mokhtaruddin bin Wan

Yusof. Firma ini ditubuhkan pada Ogos 1985 untuk membekalkan perkhidmatan ukur

tanah dan pemetaan di seluruh kawasan Semenanjung Malaysia. Segala urusan

pentadbiran, rekod dan prosesan firma ini adalah bertempat di alamat :

JURUKUR PERMATA MALAYSIA

TINGKAT 2, BANGUNAN PLC,

279 JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN,

50100 KUALA LUMPUR,

WILAYAH PERSEKUTUAN (KL).

20

Page 21: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

21

Page 22: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

22

Page 23: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

23

Page 24: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

24

Page 25: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

25

Page 26: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

26

Page 27: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

27

Page 28: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

28

Page 29: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

29

Page 30: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

30

Page 31: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

31

Page 32: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

32

Page 33: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

33

Page 34: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

34

Page 35: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

35

Page 36: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

36

Page 37: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

37

Page 38: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

38

Page 39: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

39

Page 40: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

UKUR KADASTER

Sistem kadaster telah diperkenalkan sejak 4000 tahun sebelum masihi pada zaman

Babylon. Ia merupakan satu sistem yang dapat menjalinkan perhubungan di antara tanah

manusia dan undang-undang dalam pengurusan hartanah seharian. Antara kepentingan

sistem ini adalah untuk memudahkan proses pendaftaran hakmilik tanah dan pengutipan

cukai tanah oleh pihak yang berkuasa. Manakala ukuran kadaster pula sebagai suatu

proses atau teknik pengukuran yang bersistematik untuk penentuan sempadan-sempadan

hakmilik di atas tanah dengan ketepatan yang telah dipiawaikan.

Ukur kadaster merupakan suatu pengukuran untuk menentukan kedudukan batu-

batu sempadan hakmilik dan menunjukkannya di dalam rekod yang berdaftar atau titles.

Di dalam pelan atau title ini, sempadan ditunjukkan dengan nilai bearing dan jarak.

Tujuan utama ukur kadaster adalah untuk meletakkan asas bagi memenuhi

kehendak-kehendak awal bagi pendaftaran hakmilik. Antara tujuan lain ukur kadaster

adalah untuk:

Mengelakkan pembaziran, “ruang kosong” antara lot-lot tanah.

Mengelakkan berlakunya pertindihan antara lot-lot tanah yang bersebelahan.

Menentukan bentuk dan keluasan tanah bagi setiap perubahan seperti

pembahagian tanah dan lain-lain.

Mentakrifkan bahawa sebidang tanah itu adalah di bawah mukim-mukim tertentu

dan pemilik ekonomi tertentu.

40

Page 41: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Ukur kadaster dapat ditakrifkan sebagai pengukuran untuk menentukan harta tanah

bagi menyediakan butiran lengkap dan tepat tentang surat hakmilik yang dikeluarkan

oleh kerajaan.

Kategori Kadester:

a) Fiskal

b) Legal

c) Multipurpose

Kini, kadaster mengandungi rekod hakmilik, pemberimilikan, hak dan syarat-

syarat. Kadaster dianggap sebagai rekod pentadbiran dan perundangan tanah.

Kadaster serba guna(multipurpose) adalah matlamat utama oleh kerana kadaster

’legal’ jika digabungkan dengan maklumat lain, ia boleh digunakan untuk pelbagai

tujuan.

Objektif Ukur Kadaster :

a) Untuk menyediakan maklumat lengkap dan tepat bagi tanah-tanah

yang akan dikeluar hakmilik oleh keajaan

b) Untuk menyedia,menyusun dan menyimpan rekod tanah-tanah

yang telah diberimilik oleh kerajaan bagi melicinkan proses

pentadbiran tanah.

41

Page 42: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

SEMPADAN

Sempadan sesuatu lot tanah ditentukan dengan batu sempadan atau tanda

sempadan. Dengan itu, kedudukan sesuatu lot dapat ditentukan dengan mudah. Sempadan

sesuatu lot tanah terdiri daripada tanda-tanda sempadan yang dianggap disambung oleh

garisan lurus untuk menentukan kedudukan setiap unit tanah dan juga keluasannya yang

dibendung.

Peranan Pegawai Ukur terhadap batu sempadan di dalam pengukuran Kadaster

adalah seperti berikut:

1) Seorang Pegawai Ukur bertanggungjawab untuk mengawasi kerja-kerja tanam

pastian, mengubah atau mengalih sebarang batu atau tanda yang tidak diperlukan

lagi.

2) Seorang Pegawai Ukur juga perlu mencari kedudukan asal sempadan tanah dan

tidak cuba untuk membetulkan ukuran asal walaupun wujud selisih.

3) Tanda sempadan yang kekal hendaklah ditanam sebelum atau serentak dengan

pengukuran yang dibuat.

4) Jika terdapat bukti yang menyatakan tanda sempadan tersebut telah berganjak

dalam had yang ditetapkan, ini akan memberi kesan kepada kepentingan tuan

tanah maka tanda sempadan tersebut perlu diubah.

42

Page 43: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Jenis-jenis Tanda Sempadan

Jenis-jenis Tanda Sempadan yang biasa digunakan adalah:

Konkrit Bertetulang (Saiz 2’ panjang dengan keluasan rentas tidak kurang

daripada 7” persegi. Mempunyai tanda bulat ditengah-tengah bagi titik stesen

sebenar)

Paip Besi (Mempunyai saiz tidak kurang 3’ panjang dengan garisan pusat 1”-2”

dan seelok-eloknya bersalut cat/tar/galvani)

Batu Baur (Mempunyai dimensi yang sama dengan konkrit bertetulang. Ia dibuat

daripada campuran batu sungai dan simen)

Pepaku Besi (Panjang 8”-15” dan ditanam dalam konkrit. Biasanya ditutupi

dengan penutup besi di atas jalan raya)

Tiang konkrit bertetulang (Mempunyai saiz 4’-6’ panjang dan keratan rentasnya

adalah 6”-12”)

Syarat-syarat Penandaan Sempadan

Tanda Sempadan hendaklah ditanam secara menegak. Bahagian atas tanda sempadan

mestilah menonjol 3” di atas tanah.

Tanda Sempadan yang jatuh ke atas permukaan batu atau batu besar hendaklah

ditanda dengan membuat titik/tanda/lubang menggunakan penebuk lubang berserta

anak panah yang ditujukan ke arahnya.

43

Page 44: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Tanda Sempadan yang jatuh di atas binaan seperti konkrit, dinding, batu, dan

sebagainya hendaklah ditanda dengan paku besi atau paku yang ditanam ke dalam

simen.

Kaedah Penandaan Titik Sempadan

Batu konkrit atau granit dibenamkan ke dalam tanah dan kemudian dikukuhkan

kedudukannya dengan tanah sekeliling supaya batu tersebut padat. Bahagian atas batu

tersebut dibiarkan pada ketinggian 3 inci atau 8 cm dari permukaan tanah.

Paip besi digunakan untuk ukuran biasa dan dalam kes-kes yang tertentu dengan

bahagian atas batang besi tersebut akan dibiarkan berada lebih kurang 6 inci dari

permukaan tanah.

Bagi tanda sempadan yang terjatuh atau terletak di atas tapak konkrit , contohnya

pada bucu atau tepi bangunan, tepi jalan raya atau seumpamanya, titik tersebut akan

ditandakan dengan menggunakan paku besi dan ditandakan dengan cat supaya mudah

dikenali.

Bagi titik sempadan yang terkena pada permukaan bumi yang berbatu-batan, ia akan

ditandakan dengan satu titik yang dipahatkan bersama-sama dengan anak panah yang

menunjukkan titk tersebut.

Setelah batu sempadan atau tanda sempadan ditanam, kayu pancang setinggi paras

dada perlu dipacakkan lebih kurang 0.2 m daripada batu sempadan atau tanda

sempadan tersebut.

44

Page 45: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Bagi batu sempadan atau tanda sempadan yang telah ditandakan ini,

kedudukannya mestilah di tempat yang stabil dan tidak mudah dirosakkan atau

diganggu. Tuan punya tanah seharusnya bertanggungjawab menjaga dan memastikan

tanda-tanda sempadan yang ditanam itu sentiasa berada dalam keadaan sempurna.

45

Page 46: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

DATUM UNTUK UKURAN KADASTER

Datum merupakan suatu garisan yang mana bearing dan jaraknya diakui betul

samaada melalui cerapan matahari atau melalui pengukuran dan garisan ini menjadi

garisan rujukan untuk sesuatu kerja ukur. Datum juga digunakan untuk mencari koordinat

yang tetap dan kekal. Oleh itu, datum adalah sangat penting dalam memulakan satu-satu

kerja pengukuran.

Asas Penentuan Datum

Dua tanda ukur dari pengukuran terdahulu yang mana kedudukannya bersebelahan

dibuktikan dalam pengukuran atau dengan cara terabas dan hitungan dengan tilikan

matahari untuk menentukan kedua-duanya masih dalam keadaaan asal di dalam had

yang dibenarkan.

Tiga tanda ukur dari pengukuran terdahulu yang mana dua daripadanya berkedudukan

bersebelahan dan dibuktikan dengan pengukuran sudut dan jarak atau cara terabas

dan hitungan masih dalam keadaan asal di dalam had yang dibenarkan.

Mana-mana dua tanda ukur dari pengukuran terdahulu yang dibuktikan dalam

keadaan asal di dalam had yang dibenarkan melalui kaedah GPS seperti yang

ditetapkan oleh jabatan.

46

Page 47: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Syarat-Syarat Datum

Jarak garisan yang akan dijadikan sebagai datum hendaklah melebihi 30 meter

dan memenuhi had anjakn yang dibenarkan seperti yang dinyatakan di bawah, manakala

sudut dalaman di antara dua garisan yang diperolehi mengikut prosedur, mestilah tidak

melebihi 10”. Walau bagaimanapun, syarat sudut dalaman ini boleh dilonggarkan kepada

tidak melebihi 20” sekiranya ukuran terdahulu adalah dalam kelas kedua.

Had Anjakan Dan Perselisihan Sempadan

Had anjakan sempadan adalah seperti berikut:

Bagi garisan yang tidak melebihi 40 meter, bearing melebihi 01’ dan jarak

melebihi 0.015 meter.

Bagi garisan yang melebihi 40 meter, bearing melebihi 30” dan jarak melebihi

0.006 meter setiap 20 meter, dengan anjakan maksimum 0.050 meter.

47

Page 48: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

SURIHAN KERJALUAR

Sebelum sesuatu pengukuran dilakukan, sudah semestinya jurukur memerlukan

surihan kerjaluar untuk memudahkan lagi pengukuran. Surihan kerjaluar adalah satu

gambarajah petak-petak yang dilukis dengan berskala untuk membekalkan maklumat

bagi tindakan kerjaluar dimana ia hendaklah dilukis atau disalin dari peta kadaster atau

pelan-pelan akui dan daripada rekod-rekod yang lain yang disurih atas lusinar.

Keperluan Bagi Penyediaan Surihan

Surihan disediakan bagi keperluan berikut:

i. Untuk membekalkan data dan maklumat-maklumat kepada pengukur bagi

menjalankan kerja-kerja pengukuran.

ii. Untuk membekalkan maklumat-matlumat kepada Pejabat Tanah untuk

penempatan.

iii. Untuk keperluan warta.

iv. Untuk keperluan-keperluan

lain yang bersangkutan dengan pengukuran.

Penyediaan Surihan Kerja Luar

a. Baca minit-minit fail arahan ukur dengan teliti.

b. Semak pelan “Permohonan Ukur” untuk mempastikan:

- Lot baru diikat kepada tanda-tanda lama

48

Page 49: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

- Semak carta di atas Syit Litho

c. Salin semua maklumat yang muktahak bagi keperluan penyediaan surihan

dari syit litho:

- Pelan akui yang berkaitan.

- Jikalau pelan tidak ada atau tidak dapat di perolehi sebab ukuran

baru,dicatitkan nombor fail ukur.

d. Anggarkan jangkamasa kerja di padang supaya dapat ditentukan jenis

bahan surihan yang digunakan seperti:

- Kain surihan – untuk kerja-kerja dalam jangkamasa lebih dari tiga.

- Kerja surihan – untuk kerja dalam jangkamasa kurang dari tiga hari

- Salinan fotostat – untuk kerja-kerja yang jangkamasa lebih dari

tiga hari.

Bagi pengukuran di Jurukur Permata Malaysia, jurukur kebanyakkan hanya

menggunakan kaedah surihan salinan fotostat sahaja. Ini kerana ia menjimatkan masa

tambahan pula ia juga menjimatkan kos.

Surihan yang disediakan di atas salinan fotokopi adalah untuk kerja-kerja yang

lebih dari tiga dan kurang dari satu minggu. Salinan fotokopi selalu digunakan untuk

menggantikan kertas surihan untuk mengelak dari berlaku kesilapan.

49

Page 50: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Surihan Bagi Pelbagai Kerja Luar

Untuk kerja-kerja yang luas misalnya kawasan tanah Rancangan atau

kawasan pengambilan tanah, surihan disediakan di dalam banyak syit.

Di mana salinan fotostat hendaklah digunakan sebab ia lebih

menjimatkan kos dan juga menjimatkan masa.

Data yang dibekalkan untuk surihan hendaklah yang ditunjukkan di

atas hakmilik.

Kesahihan data adalah ditentukan dari kelas pengukuran bukan tarikh

kerja ukur.

PERINGKAT-PERINGKAT KERJA LUAR

50

Page 51: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Kerja luar yang dilakukan perlulah mengikuti langkah-langkah yang ditetapkan.

Ini adalah bagi melancarkan lagi proses kerja pengukuran. Langkah-langkahnya adalah

seperti berikut:

I. Tinjauan kawasan

II. Pemilihan stesen ukur

III. Penandaan stesen ukur

IV. Pengambilan cerapan

V. Mengukur jarak

Tinjauan

Langkah ini dilaukuan bagi memudahkan jurukur untuk memikirkan cara yang

sesuai untuk menjalankan kerja ukur nanti. Selain itu, jurukur juga dapat membayangkan

rupa bentuk terabas yang dilakukan. Jurukur juga perlu membuat tinjauan kerana penting

bagi menentukan kedudukan stesen yang diduduki.

Jurukur juga hendaklah mempertimbangkan beberapa perkara semasa membuat

tinjauan. Di antaranya ialah:

I. Tujuan pengukuran.

II. Ketepatan dan kejituan kerja yang diperlukan.

III. Memerhatikan kemudahan yang telah disediakan bagi memudahkan lagi

kerja ukur yang hendak dijalankan.

IV. Masa yang diperlukan bagi mengendalikan kerja ukur atau masa yang

diperuntukkan dalam menjalankan kerja ukur.

Pemilihan Stesen Ukur

51

Page 52: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Pemilihan stesen ukur adalah penting untuk melancarkan kerja pengukuran.

Jurukur perlulah memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

I. Meminimumkan bilangan stesen untuk kerja ukur tetapi memadai untuk

mendapatkan kejituan dalam kerja ukur dan tidak menjejaskan proses

perjalanan kerja ukur.

II. Stesen ukur mestilah saling nampak antara satu sama lain.

III. Jarak cerapan yang dilakukan antara satu stesen dengan stesen yang lain

hendaklah melebihi 30 meter. Ini adalah bertujuan untuk menghalang ralat

pada bacaan bearing atau cerapan sudut.

IV. Tapak kerja ukur juga perlu diambil perhatian. Misalnya, keadaannya

mestilah stabil dan kukuh di persekitarannya. Perkara ini bertujuan

mengelakkan pergerakkan alat semasa kerja ukur sedang dilakukan.

V. Kedudukan stesen sebaik-baiknya adalah stesen yang berhampiran dengan

butiran yang ingin dibuat cerapan. Stesen ukur juga mestilah tidak

terhalang dari sebarang gangguan seperti pokok, semak, batu, bangunan,

dan sebagainya.

VI. Seelok-eloknya elakkan dirikan alat untuk jadikan stesen bagi keadaaan

tapak yang bercerun dan berair.

Penandaan Stesen Ukur

52

Page 53: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Untuk menandakan sesuatu stesen ukur, beberapa perkara mestilah diambil

perhatian seperti berikut:

I. Penandaan stesen perlulah dibuat daripada kayu piket yang panjangnya

kira-kira 0.5m dan permukuaan keratannya adalah 40mm x 40mm.

II. Piket yang ditanam di dalam tanah hendaklah berjarak 2cm dari

permukaan tanah.

III. Pada permukuaan kayu piket itu hendaklah dipakukan. Ini bertujuan untuk

mendapatkan kejituan dalam kerja ukur.

IV. Kedudukan stesen hendaklah direkodkan. Ini bertujuan bagi memudahkan

pencarian semula kedudukan stesen.

Pengambilan Cerapan

Cerapan yang dibuat hendaklah mengikut spesifikasi yang betul dan dilakukan

dengan berhati-hati. Hal ini bagi mengelakkan sebarang selisih dalam mendapatkan

kejituan yang tinggi.

Mengukur Jarak

Bagi mengukur jarak yang ingin dicerap adalah lebih baik dengan mengukur jarak

secara langsung. Ia boleh digunakan dengan rantai khas yang mempunyai ketepatan serta

kejituan yang tinggi.

Perlu diambil perhatian bahawa jarak yang diukur adalah jarak cerun dan perlu

dibuat pembetulan bagi mendapatkan jarak mengufuk. Segala ukuran yang dibuat

53

Page 54: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

mestilah mengikut syarat-syarat kelas ukuran yang tertentu. Walaubagaimanapun, dengan

adanya alat yang lebih canggih seperti EDM dan Total Station, jarak boleh terus

diperoleh.

CATATAN DALAM BUKU KERJA LUAR

54

Page 55: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Buku kerjaluar yang biasa digunakan bagi ukuran kadaster hendaklah terus

digunakan bagi mencatatkan ukuran EDM. Bagi alat EDM yang boleh memberi jarak

mengufuk secara langsung, bacaan sudut pugak tidak diperlukan. Dalam buku kerjal luar

di ruangan sudut pugak, memadai dicatat huruf ‘H’ yang memberi makna bahawa sudut

pugak tidak dibaca. Jarak mengufuk yang diperoleh scara langsung ini hendaklah

dicatatkan ke dalam ruangan jarak yang diukur dan seterusnya ruangan jarak muktamad.

Bagi alat EDM yang tidak memberi jarak mengufuk secara langsung, bacaan

sudut pugak hendaklah dicatatkan seperti amalan biasa. Sekiranya, sudut pugak tersebut

didapati rata, catatan huruf ‘R’ adalah memadai. Bacaan suhu dan tekanan udara tidak

diperlukan bagi sebarang kelas ukuran.

Bagi jarak yang diukur secara ‘deduction’, catatan jarak yang diperoleh itu

hendaklah dibuat di garis ketiga dalam ruangan jarak muktamad. Pelarasan bearing

hendaklah dibuat mengikut peraturan-peraturan Jabatan Ukur.

Borang Ujian EDM

Borang ujian EDM hendaklah ditampal pada sebelah dalam kulit buku kerja luar.

Constant error tidak perlu dikenakan pada sebarang ukuran jarak.

Cara-cara Mengisi Buku Kerja Luar

Segala maklumat di dalam buku kerja luar yang berkaitan dengan cerapan yang

dilakukan ketika kerja pengukuran dijalankan hendaklah direkodkan oleh jurukur.

55

Page 56: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Pastikan bahawa borang ujian EDM telah dicetak serta dilengkapkan di dalam buku kerja

luar.

Semua pembukuan cerapan hendaklah dibukukan mengikut peraturan-peraturan

yang telah ditetapkan oleh Jabatan Ukur, seperti berikut:

1) Hanya dakwat biru atau hitam sahaja yang dibenarkan untuk mencatatkan

cerapan dilakukan di dalam buku kerja luar.

2) Penggunaan pen warna-warni dan pensil adalah dilarang sama sekali.

3) Jika terdapat kesilapan dalam catatan di ruangan cerapan bearing atau jarak,

maka keseluruhan cerapan itu hendaklah dibatalkan.

4) Pembetulan hendaklah dicatat dalam ruangan cerapan yang baru..

5) Sebarang perubhan terhadap ukuran yang tercatat di dalam buku kerjaluar

tidak dibenarkan kecuali terdapat bukti yang jelas yang boleh menunjukkan

kesilapan dalam catatan.

6) Penggunaan sebarang jenis alat pemadam seperti pemadam cecair adalah

dilarang sama sekali.

7) Setiap kesalahan yang dilakukan hendaklah ditangani dan bertarikh.

8) Pembetulan tulisan secara bertindih tidak dibenarkan juga.

9) Jurukur bertanggungjawab untuk melaraskan dan memasukkan segala bearing

dalam buku kerja luar bagi memenuhi kelas ukuran tertentu.

10) Jurukur juga dikehendaki menghitung segala pembetulan. Sebagai contoh,

pembetulan bearing, azimut, tikaian bearing dan sebagainya.

56

Page 57: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Penomboran Stesen Ukur

1) Penggunaan huruf, abjad atau nombor yang tidak berkenaan adalah dilarang

sama sekali.

2) Nombor-nombor stesen hendaklah mengikut aturan kerja.

3) Sekiranya suatu tanda telah dialih seperti dalam kes tanam pastian, nombor baru

hendaklah digunakan.

Gambarajah Kerja Luar

1) Gambarajah sebaik-baiknya dilukis di mukasurat sebelah kanan buku kerja luar

untuk dibuat rujukan daripada pembukuan sebelah kiri.

2) Jika gambarajah terlalu panjang, ia boleh disambung pada muka surat tertentu.

Arah ‘UTARA’ hendaklah ditunjukkan.

3) Garis sempadan hendaklah dilukis dengan garis terus manakala garisan terabas

pula dengan garisan putus-putus serta garisan offset dengan garisan titik-titik.

4) Simbol atau tanda yang tidak diiktiraf untuk menerangkan tanda ukur adalah

dilarang sama sekali.

5) Bearing hendaklah ditulis mengikut keperluan kelas seperti berikut:

a. Pengukuran terabas piawai berhampiran kepada 01”.

b. Terabas kelas pertama berhampiran kepada 10”

c. Terabas kelas kedua berhampiran kepada 30”.

d. Terabas kelas ketiga berhampiran kepada 1’.

e. Jarak pula hendaklah berhampiran kepada 0.001m melainkan kelas ketiga

berhampiran 0.01m. Bearing dan jarak yang dikira hendaklah ditunjukkan.

57

Page 58: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

f. BAGAIMANAPUN, KELAS UKUR TELAH DIMANSUHKAN

PENGGUNANNYA DAN HANYA UKURAN KELAS SATU YANG

DITERIMA PAKAI.

6) Jurukur hendaklah membuat ukuran dan merekodkannya di dalam rajah setiap

objek tetap. Manakala bagi jalan raya dan landasan keretapi hendaklah dituliskan

nama jalan dan landasan tersebut serta arahnya.

58

Page 59: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

PEMBETULAN

Dalam setiap kerja ukur, pasti terdapat pembetulan bagi ralat-ralat kecil di mana

pembetulan ini diperlukan bagi meningkatkan lagi tahap ketepatan sesuatu kerja ukur.

Sebagai contoh dalam bearing cerapan, semua bearing cerapan hendaklah dilaraskan

dengan memberikan pembetulan-pembetulan bagi mendapatkan bearing-bearing

muktamad. Terdapat dua jenis pembetulan bearing iaitu:

a. Pembetulan Tutup, ‘C’ (Closure Correction)

b. Pembetulan Meridian, ‘M’ (Meridian Correction)

Pembetulan Tutup ‘C’

Pembetulan ‘C’ perlu diberikan kepada setiap bearing cerapan sekiranya terdapat

perbezaan nilai bearing bagi sesuatu garisan terakhir yang telah dicerap dengan garisan

yang dibaca. Pembetulan ‘C’ hanya dilakukan sekiranya terdapat selisih pada penutup

terabas. Selisih ini disebut sebagai tikaian bearing (Bearing Misclose) iaitu perbezaan

antara bearing yang dicerap dengan bearing yang sepatutnya (sebenar). Semakan bearing

dilakukan setelah menutup satu terabas.

Tikaian Bearing = Bearing Yang Diukur – Bearing Yang Sepatutnya

Tikaian bearing yang dibenarkan adalah:-

Kelas Ukuran Tikaian Maksima Tikaian Per Stesen

Ukuran Kelas Satu 1’ 15” 10”

Ukuran Kelas Kedua 2’ 30” 20”

59

Page 60: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Tikaian bearing hendaklah dicatat pada akhir cerapan setelah bearing ditutup, seperti

berikut:

1

2

5

3

4

Garisan 1 – 2 dibaca 115° 20’ 50”

Sepatutnya dibaca 115° 21’ 25”

Tikaian - 35” dalam 5 stesen 2, 3, 4, 5, & 1

Pembetulan = + 35”/5 = + 7” setiap stesen

Pembetulan akan bertambah pada setiap stesen seperti contoh di bawah:

Garisan Pembetulan

2 – 3 7”

3 – 4 14”

4 – 5 21”

5 – 1 28”

1 – 2 35”

60

Page 61: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Pembetulan Meridian ‘M’

Pembetulan ‘M’ perlu diberikan sekiranya terdapat perbezaan pada meridian

(orientasi) terabas yang digunakan dengan meridian yang sebenar. Pembetulan ‘M’

dilakukan bagi membolehkan bearing yang dicerap tersebut mempunyai meridian benar

berdasarkan utara grid. Perkara ini berlaku kerana bearing yang digunakan sebagai datum

adalah bearing anggapan yang tidak sama dengan bearing asal seperti yang diakui di

dalam Pelan Akui atau bearing daripada cerapan matahari. Ia juga terjadi selepas

pembetulan ‘C’ diberikan.

Selisih Meridian, M = Bearing Anggapan – Bearing Sebenar

Cara pembetulan ‘M’ diperoleh:

1

23

1 – 2 - Terabas dilaras 45° 16’ 30”

1 – 2 - Dengan matahari 45° 15’ 00”

+ 1’ 30”

Maka, Pembetulan ‘M’ = - 1’ 30”

61

Page 62: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Terdapat 2 jenis Pembetulan ‘M’ iaitu:

i) Pembetulan ‘M’ dengan matahari:

Cerapan matahari dilakukan atas stesen 1 di mana titik rujukannya

ialah stesen 2, maka garisan sempadan 1 -2 dibetulkan dengan

matahari.

ii) Pembetulan ‘M’ daripada matahari:

Cerapan matahari dilakukan atas stesen 1 di mana titik rujukannya

ialah stesen 2, maka garisan sempadan 1 -3 dibetulkan daripada

matahari.

1

23

Terdapat 3 kaedah pembetulan ‘M’ iaitu:

Pembetualn ‘M’ sebelum garisan

Pembetulan ‘M’ selepas garisan

Pembetulan ‘M’ selepas pada mana-mana garisan

62

Page 63: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

CERAPAN MATAHARI

Cerapan matahari adalah bertujuan untuk memastikan bearing yang dicerap itu

mempunyai orientasi benar berdasarkan utara grid ataupun dengan makna lain adalah

untuk mengawal azimut. Kaedah untuk mendapatkan garisan azimut ialah secara cerapan

matahari pada satu-satu masa dan dihitung berdasarkan segitiga astronomi.

Cerapan

Cerapan pagi dan petang mengikut keadaan cuaca dan sudut pugak yang dicerap

adalah antara 15°- 30° pada kebiasaannya.

Dua set cerapan diperlukan bagi satu-satu pengiraan azimut.

Cerapan mestilah dicatatkan dengan teratur mengikut borang cerapan matahari.

Waktu sesuai membuat cerapan

i. Waktu pagi : lebih kurang 8.00 pagi hingga 9.00 pagi

ii. Waktu petang : lebih kurang 5.00 petang hingga 6.00 petang

iii. Ketika matahari bersudut pugak anatara 15°-30° dari stesen cerapan

iv. Ketika matahari cerah, tidak dilindungi awan

v. Ketika cuaca baik iaitu tidak mendung, hujan atau angin bertiup kencang

Tanda rujukan (T.R.)

Bearing T.R. diambil dari bearing yang diketaui (dari Pelan Akui) atau secara

anggapan.

Hitungan

63

Page 64: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Data bagi sudutiswa boleh didapati daripada buku almanak ukur yang terbaru.

Pembetulan biasan dan bezalihat boleh diperoleh melalui sifir-sifir yang telah

disediakan dalam buku almanak tersebut.

Kelas Ukuran

Perbezaan dalam bearing yang telah dihitung dalam 2 set cerapan mestilah

memenuhi syarat ukuran kelas pertama (tidak melebihi 10”).

Purata bearing grid antara 2 set cerapan hendaklah dikira kepada 01” terhampir.

Prosedur Melakukan Cerapan Matahari Di Lapangan

a. Alat didirikan di atas stesen cerapan iaitu stesen 2 manakala prisma didirikan

di stesen 1.

b. Kemudian halakan alat ke tengah-tengah prisma.

c. Bearing bagi stesen 1 disetkan (di mana stesen 1 dianggap sebagai T.R.).

Masukkan nilai bearing ke T.R. mengikut Pelan Akui atau secara anggapan.

d. Selepas itu, teropong alat dihalakan ke arah matahari mengikut arah pusingan

jam. (Alat pada penyilang kiri). Cerapan yang dilakukan mestilah

menggunakan sun glass atau penapis kaca.

e. Apabila matahari dapat dilihat pada teleskop teropng, skru plat atas dan skru

pugak diketatkan.

f. Skru gerak perlahan (slow motion) plat dilaraskan supaya pinggir kiri

matahari bersentuhan dengan rerambut pugak pada teropng alat.

g. Waktu dicatatkan serentak dengan pembacaan nilai bearing yang hendak

64

Page 65: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

diambil. Catatkan juga bacaan sudut pugak.

h. Kemudian perkara yang sama dilakukan apabila mengambil bacaan pada

pinggir kanan matahari.

i. Transitkan Total Station pada penyilang kanan dan teropong alat dihalakan ke

arah matahari.

j. Kemudian perkara yang sama dilakukan seperti dalam e hingga g dengan

menghalakan teropong alat pada pinggir kanan matahari dahulu, kemudian

baru ke pinggir kiri matahari.

k. Seterusnya putarkan Total Station dan target semula ke T.R. dan rekodkan

bacaan bearing.

l. Ulangi semua perkara di atas bagi mendapatkan bacaan cerapan set kedua.

PERATURAN PENGGUNAAN EDM

65

Page 66: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

PEKELILING KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL. 6/1986

Peraturan untuk menggunakan alat pengukur jarak elektronik (EDM) dalam kerja ukur

kadaster.

Tujuan

Pekeliling ini bertujuan untuk menetapkan keperluan teknikal dan prosedur

penggunaan alat pengukur jarak elektronik (EDM) dalam ukur kadaster.

Latar Belakang

Perkembangan teknologi yang pesat telah meningkatkan keupayaan alat EDM

dalam menghasilkan kejituan yang baik. Alat EDM ini didapati sesuai juga digunakan

untuk kerja ukur kadaster. Dengan adanya tapak ujian EDM, maka dapatlah alat EDM

diuji dari semasa ke semasa dan seterusnya digunakan untuk kerja ukur kadaster.

Peraturan

Peraturan untuk penggunaan alat EDM bagi kerja ukur kadaster yang berikut

digubal berasaskan kepada EDM berjenis ‘visible and infra-red lightwave’. Alat EDM

yang lain selain daripada jenis tersebut tiadak termasuk dalam peraturan ini. EDM untuk

tujuan kerja ukur kadaster perlu mempunyai dua atau tiga pemantul yang disebut sebagai

prisma.

Ujian Alat EDM

66

Page 67: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Bagi menentukan alat EDM sentiasa berada dalam keadaan baik, alat tersebut mestilah

diuji mengikut peringkat ujian seperti berikut:

(a) Kalibrasi

Alat EDM bersama dengan pemantulnya hendaklah diuji di tapak ujian EDM

sekali dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan mengikut Pekeliling KPUP Bil. 3/86.

Ujian ini hanya dilakukan bagi menentukan selisih sifar (zero error) alat EDM.

Nilai selisih ini mestilah kurang daripada 10mm. Ia bukanlah ujian untuk

mendapatkan pembetulan bagi jarak-jarak yang diukur seperti dalam ujian rantai.

Ujian ini hendaklah dijalankan di tapak ujian atau garis dasar EDM yang telah

disediakan oleh pihak JUPEM.

(b) Differential Field Test

Apabila memulakan kerja baru, pengukur hendaklah menjalankan ‘Differential

Field Test’ terhadap EDM yang digunakannya. Ujian ini perlu bagi memastikan

bahawa alat tersebut masih berada dalam keadaan baik.

(c) Semakan Harian

Pada setiap kali menjalankan pengukuran hendaklah mengukur semula garisan

terakhir pada sebelumnya. Pengukuran ini dianggap sebagai ujian alat sahaja. Jika

perbezaannya melebihi had 10mm, pengukur hendaklah menjalankan ‘Differential

Field Test’. Sekiranya ujian ini juga menunjukkan perbezaan lebih daripada

10mm, penggunaan alat tersebut hendaklah diberhentikan.

Prosedur Differential Field Test

67

Page 68: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Differential Field Test ini dilakukan apabila hendak memulakan kerja baru bagi

memastikan alat EDM masih berada dalam keadaan yang sempurna. Ujian ini hendaklah

dijalankan di tempat yang lebih kurang rata. Prosedur ujian adalah seperti berikut:

1. Tandakan 2 titik iaitu A dan B yang jaraknya tidak kurang daripda 50 meter.

A B

50 m

2. Dirikan alat EDM di titik A, dan prisma di titik B.

3. Kemudian ukur jarak A ke B.

4. Tandakan satu titik lagi iaitu C lebih kurang di pertengahan garisan AB.

A BC

5. Alihkan kedudukan EDM ke titik C dan dirikan satu lagi prisma di titik A.

6. Kemudian ukur jarak CA dan CB.

7. Bandingkan jarak AB dengan jumlah jarak CA + CB.

Jika terdapat perbezaan sebanyak + 10mm maka alatEDM yang diuji itu tidak boleh

digunakan. Oleh itu, ujian kalibrasi haruslah dilakukan terhadap alat EDM tersebut bagi

memastikan sama ada ia boleh diguna semula ataupun perlu dibaiki.

UKUR KEJURUTERAAN

68

Page 69: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Ukur Kejuruteraan merupakan salah satu cabang dalam bidang ukur tanah. Ia

didefinisikan sebagai kerja-kerja ukur yang dijalankan bagi menyediakan maklumat-

maklumat ukur yang diperlukan dalam kerja-kerja ukur yang dijalankan bagi

menyediakan maklumat-maklumat ukur yang diperlukan dalam kerja-kerja kejuruteraan

awam seperti jalan raya, landasan keretapi, binaan bangunan, laluan paip air/gas/minyak,

ampangan, jambatan, dan sebagainya. Ukur kejuruteraan juga adalah asas yang sangat

penting dalam semua kerja rekabentuk. Setiap kerja ukur kejuruteraan yang hendak

dijalankan haruslah berdasarkan kepada tanda-tanda yang sah seperti tanda sempada, batu

aras, monumen pnyegitigaan, monumen GPS dan lain-lain.

Kepentingan Ukur Kejuruteraan

Ukur kejuruteraan dilakukan adalah bertujuan untuk:

Memperoleh data-data spatial bumi untuk kegunaan merekabentuk kerja-kerja

ukur kejuruteraan.

Menentukan keadaan sebenar permukaan bumi pada tapak projek yang akan

dijalankan.

Melakukan kerja-kerja pemancangan di bumi serta menyediakan titik-titik

kawalan tetap bagi mengkaji sebarang pergerakan dalam tanah.

Menghasilkan pelan-pelan yang lengkap dan terbaru bagi kawasan tapak

projek yang akan dibina. Pelan-pelan ini adalah asas dalam kegiatan

merekabentuk binaan yang akan dibina dan ketepatan pelan-pelan ini adalah

bergantung kepada maklumat yang didapati daripada kerja-kerja ukur.

69

Page 70: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Menentukan keluasan dan isipadu tanah serta bahan yang sesuai diperlukan

ketika dalam pembinaan.

Memastikan binaan yang akan dibina berada pada kedudukan relatif dan

absolut yang betul.

Merekodkan kedudukan akhir binaan termasuk sebarang pindaan.

Peringkat Kerja Luar Ukur Kejuruteraan

Ukur kejuruteraan merupakan kerja ukur yang mempunyai prinsip atau peringkat

tertentu yang perlu dituruti oelh setiap jurukur mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Terdapat beberapa peringkat dalam menjalankan kerja ukur kejuruteraan ini bagi

memudahkan perjalanan atau perancangan kerja ukur iaitu:

1. Tinjauan

Tinjauan merupakan aspek yang penting sebelum memulakan sesuatu kerja ukur

agar perancangan kerja yang teratur dapat dibuat bagi menjimatkan masa dan kos

pengendalian kerja. Perkara-perkara yang perlu diperhatikan ketika dalam kerja

tinjauan adalah seperti berikut:

Memilih kedudukan stesen ukur yang baik

Mengenalpasti keadaan kawasan kerja

Mengenalpasti halangan-halangan

Mengenalpasti keperluan kerja

70

Page 71: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

2. Ukur Kawalan

Penyediaan titik-titik kawalan yang diperlukan untuk memberi rujukan dan

kawalan kepada kerja-kerja ukur dinamakan sebagai Ukur Kawalan. Ukur

kawalan ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

Ukur Kawalan Mengufuk

Ukur Kawalan Menegak.

i) Ukur Kawalan Mengufuk/Ufuk (x, y)

Kawalan mengufuk dilakukan dengan menggunakan ukuran terabas di mana

kedudukan ditentukan melalui gabungan pengukuran sudut dan jarak antara urutan

garisan yang menghubungi stesen-stesen kawalan. Ukur kawalan ufuk juga dijalankan

bagi menyediakan titik-titik kawalan yang mempunyai nilai koordinat untuk rujukan

ukur. Titik-titik kawalan yang mempunyai koordinat dapat memberikan kawaln ufuk

untuk keperluan berikut:

Memberikan nilai rujukan bagi memulakan sesuatu kerja ukur.

Memberikan nilai rujukan bagi menutup sesuatu kerja ukur supaya selisih dapat

disemak dan dilaraskan mengikut ketepatan kerja yang dikehendaki.

Menentukan kedudukan titik-titik butiran dalam kerja ukur butiran.

Memberikan rujukan dan kawalan kepada kerja-kerja ukur pemancangan supaya

titik dapat ditandakan di atas tanah mengikut pelan rekabentuk.

Menentukan kedudukan dan mengawal pergerakan bot dalam kerja hidrografi.

Memberikan kawalan foto kepada kerja-kerja pemetaan yang menggunakan foto

udara.

Memberikan kawalan geodetik kepada kerja-kerja ukur geodetik.

71

Page 72: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Jenis-jenis Ukur Terabas

Terdapat 2 jenis kerja ukur terabas yang dijalankan iaitu:

1. Terabas Tertutup (Closed Traverse)

Terabas yang bermula dan tutup di titik-titik ukur yang disediakan.

Kebiasaaannya, ia bermula dari titik tersebut dan berakhir pada titik yang

sama. Sekiranya, terabas bermula dan tutup di titik-titik ukur yang sama

maka terabas itu disebut sebagai Terabas Gelung Tertutup (Closed-Loop

Traverse) manakala terabas yang bermula dan tutup di titik-titik ukur yang

lain disebut sebagai Terabas Penghubung Tertutup (Closed-Link

Traverse). Kebaikan terabas tertutup adalah ia mempunyai kaedah

semakan bagi menentukan selisih dan ketepatan kerja ukur. Oleh itu,

terabas jenis ini adalah yang paling sesuai untuk kerja-kerja ukur kawalan.

2. Terabas Terbuka (Open Traverse)

Terabas yang bermula dari titik-titik ukur dan tidak tutup pada titik ukur.

Ia merupakan terabas yang tergantung dan tidak mempunyai semakan

kerja. Tikaian pada terabas ini tidak dapat ditentukan. Oleh sebab itu, ia

lebih sesuai digunakan sebagai ‘sub-terabas’ untuk kerja ukur butiran.

72

Page 73: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Kebiasaannya dalam kerja-kerja ukur kejuruteraan kita hanya menggunakan

kaedah terabas tertutup kerana melalui terabas ini kita dapat menentukan tikaiannya

supaya dapat dilakukan semakan sekaligus memastikan kerja kita memenuhi kehendak

pelanggan.

Bagi memastikan kawalan ufuk ini tepat, beberapa kelas telah digariskan sebagai

panduan. Kawalan ufuk ini dikelaskan kepada 3 iaitu ukuran kelas pertama, ukuran kelas

kedua dan ukuran kelas ketiga. Setiap kelas ini mempunyai spesifikasi yang tertentu.

Spesifikasinya adalah seperti berikut:

Kelas

Ukuran

Tikaian

Lurus

Jarak

Dicerap

Bearing

Dicerap

Bearing

Diplot

Tikaian

Bearing

Pertama 1 : 8000 0.001 m 01” 10” 01’ 15”

Kedua 1 : 4000 0.001 m 10”/20” 30” 02’ 30”

Ketiga 1 : 2500 0.01 m 01’ 01’ 5’ 00”

ii) Ukur Kawalan Menegak/Pugak (z)

Kawalan menegak merupakan pengukuran bagi memindahkan aras laras daripada

batu aras yang telah disediakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM). Secara

amnya, tujuan ukur aras adalah untuk membuat garisan kontur, memplot muka keratan

dalam satah pugak dan menentukan kedalaman serta kecerunan. Terdapat 2 kaedah dalam

mendapatkan ketinggian bagi titik-titik di atas permukaan bumi iaitu:

73

Page 74: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

a) Ukur Aras (Levelling)

Tujuan ukur aras dijalankan adalah untuk mendapatkan kawalan pugak iaitu

ketinggian (Z). Selalunya ukur aras akan bermula dari Batu Aras (BM). Batu Aras adalah

tanda aras di permukaan bumi yang telah dikira daripada purata aras laut. Lazimnya,

pengukuran BM ini dilakukan oleh pihak JUPEM. Bagi kerja-kerja pengukuran ukur

kejuruteraan lazimnya ketinggian BM akan dipindahkan ke kwasan yang berdekatan

dengan kawasan projek pembinaan dengan memindahkan ke atas Batu Aras Sementara

(TBM). TBM adalah tanda rujukan aras yang dibuat terlebih dahulu sebelum dilakukan

ukuran aras. TBM ditanda di tempat yang selamat, kukuh dan tegap seperti di atas sump,

divider jalan dan di atas parit berkonkrit. Ukur aras dilakukan dengan menggunakan alat

aras biasa. Dan daripada TBM ini barulah akan dipindahkan ketinggian ke stesen yang

digunakan dalam kerja-kerja takimetri.

Takrif-Takrif Untuk Istilah Ukur Aras

Dalam kerja ukur aras terdapat banyak istilah yang berkaitan dengan ukur

kejuruteraan. Berikut merupakan istilah-istilah yang biasa digunakan di dalam ukur aras

berserta dengan definisinya:

74

Page 75: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

i) Garis Aras (level line)

Garis Aras

Adalah satu-satu garisan yang terletak di atas permukaan aras di mana

ia merupakan garisan yang berkedudukan di atas sebuah bulatan

yang berpusat di pusat bumi.

ii) Garis Kolimatan

Garis Kolimatan

Alat Prisma

iii) Garisan Ufuk

Garisan ufuk adalah suatu garisan yang berada di atas bidang ufuk.

Dengan itu,garisan ufuk yang melalui suatu titik tertentu adalah satu garisan yang

bertangen kepada garisan aras pada titik ini dan mempunyai arah yang sama.

iv) Datum

Datum adalah sebarang permukaan aras anggapan, di mana segala rujukan

ukuran-ukuran tinggi bagi titik-titik di atas permukaan bumi boleh dirujuk

75

Page 76: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

kepadanya. Lazimnya, permukaan yang dijadikan datum adalah aras purata laut.

Untuk kerja-kerja di Semenanjung Malaysia, datum yang digunakan diambil dari

Port Klang.

v) Ketinggian Alat Aras Kolimatan

Ketinggian alat aras kolimatan adalah ukuran tinggi garis di sebelah atas datum

atau merupakan ukuran tinggi garis pandangan teropong.

vi) Aras Laras

Suatu titik ketinggian atau kedalaman yang telah diukur dengan merujuk kepada

suatu permukaan yang tetap yang dikenali sebagai aras datum.

vii) Batu Aras (Bench Mark)

Merupakan suatu tugu batu yang didirikan khas mewakili ketinggian ataupun titik

rujukan ketinggian di permukaan bumi dan di mana aras larasnya diketahui.

Lantaran itu, aras larasnya dijadikan sebagai permulaan kerja bagi ukur aras.

viii) Batu Aras Sementara (Temporary Bench mark)

Titik rujukan tetap yang bersifat kurang kekal, dibina berhampiran dengan tapak

pembinaan. Titik ketinggiannya ditarik berpandukan Batu Aras yang berdekatan.

Ia dianggap kurang kekal kerana bacaannya merujuk kepada Batu Aras.

ix) Beza Tinggi

Jarak yang terpendek di antara dua permukaan aras.

76

Page 77: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

x) Pandangan Belakang

Merupakan pandangan pertama yang diambil setelah alat aras didirisiapkan pada

satu kedudukan di permukaan bumi. Ia juga dianggap sebagai pandangan

permulaan yang diambil ketika melakukan kerja ukur aras.

xi) Pandangan Hadapan

Pandangan ini adalah pandangan terakhir yang diambil sebelum memindahkan

alat aras. Ia juga diambil ketika hendak memindahkan alat.

xii) Titik Pindah

Merupakan satu titik di mana kedua-dua pandangan iaitu pandangan hadapan dan

pandangan belakang diambil.

Cara Melaraskan Alat Aras

Alat aras yang digunakan ketika membuat kerja pengukuran adalah dari jenis alat aras

dompot. Berikut merupakan cara-cara melaksanakan alat aras:

a) Kaki tiga dipasangkan di atas tanah dengan ketinggian yang sesuai.

b) Alat aras dipasang pada kakitiga dan diikatkan dengan skru pengapit. Ubah

kedudukan kakitiga agar ia mendatar.

c) Dengan menggunakan ketiga-tiga skru A, B dan C yang terletak pada tribatch,

laraskan alat aras tadi.

d) Kedudukan teropong mestilah selari dengan skru A dan B. Pusingkan kedua-dua

skru tersebut pada arah berlawanan sehinnga gelembung air berada pada

kedudukan aras iaitu tengah.

77

Page 78: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

e) Pusingkan kedudukan teropong 90 dan gunakan skru C untuk memperbaiki

kedudukan gelembung agar ianya betul-betul berada di tengah.

f) Kemudian, pusingkan alat aras tadi 180 dan lakukan semakan ke atas

gelembung air tersebut dengan memastikan ia berada di tengah.

Menghapuskan Beza Lihat

Apabila alat aras telah di laraskan, bacaan hendaklah dibuat dengan menghalakan

teropong ke arah setaf. Gunakan skru pemfokus agar lebih jelas dan tepat.

Ketika melakukan kerja luar, setaf yang digunakan adalah berukuran 5 meter.

Terdapat senggatan-senggatan yang berbentuk ‘E”. Pada bahagian belakang setaf

tersebut, terdapat senggatan pertama berwarna hitam dan kedua berwarna cerah. Setiap

selanya adalah 1 meter. Setaf yang dipegang hendaklah berada dalam keadaan tegak

dengan berpandukan ‘bubble’.

Pelarasan Tetap Untuk Alat Aras

Sebelum alat aras di anggap sesuai di gunakan didalam sesuatu kerja ukur aras, terdapat

beberapa syarat tertentu yang perlu di ambil kira dan dipatuhi. Antara perkara-perkara

yang perlu diberi perhatian dalam kerja ukur aras ialah:

a) Paksi tiub gelembung selari dengan garis kolimatan

b) Garis kolimatan haruslah berada betul-betul dengan paksi optik teropong.

c) Paksi tiub gelembung haruslah bersudut tepat dengan paksi pugak.

78

Page 79: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Punca-punca Selisih Dalam Ukur Aras

Dalam ukur aras yang biasa, terdapat tiga punca selisih dan ia perlu diambil kira untuk

mengurangkan kesan-kesan selisih. Punca-punca selisih berikut adalah:-

i) Selisih pada ukur aras

ii) Selisih dalam mendirisiap alat ukur aras

iii) Selisih disebabkan oleh anjakan pada alat aras

i) Selisih pada alat ukur aras

Garis Kolimatan perlulah selari dengan paksi tiub gelembung. Sekiranya tidak

demikian, selisih yang timbul adalah sekadar ukuran panjang garis hadapan

teropong.

Selisih akan berlaku sekiranya tiub gelembung tidak berada dalam keadaan

teratur. Gelembung haruslah dihentikan pergerakannya dengan segera.

Pada kebiasaanya, tiub gelembung akan diuji keadaan sensatifnya supaya ia

sesuai digunakan untuk kerja ukur aras.

Alat aras mestilah berada dalam keadaan stabil. Keadaan kepala kakitiga

perlulah diperiksa untuk mengetahui sebarang kelonggaran atau kerosakan

pada bebenang skru dan ia mestilah diikat dengan betul semasa pemasangan

skru dibuat.

Setaf aras berkemungkinan silap ditentu ukuran dan setaf mungkin juga

tidak dipanjangkan dengan sempurna. Oleh itu ia perlu disemak sebelum

digunakan untuk membuat atau memulakan sesuatu kerja.

79

Page 80: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

ii) Selisih dalam mendirisiapkan alat ukur aras

Gelembung teropong hendaklah berada betul-betul di tengah bacaan diambil.

Setaf aras yang digunakan mestilah didirikan secara tegak di atas sesuatu titik

pada permukaan bumi.

Oleh itu, sebelum membuat sebarang bacaan hendaklah dipastikan bahawa

setaf yang dibaca sama tegaknya dengan bebenang pugak pada alat aras.

Sekiranya berlaku bedalihat maka keadaan ini haruslah dibetulkan dengan

kanta mata supaya bebenangnya kelihatan tegak.

iii) Selisih disebabkan oleh anjakan pada alat aras

Apabila alat ukur aras dipasang diatas permukaan yang lembut dan berpaya,

keadaan penerunan tanah berkemungkinan akan berlaku dan seterusnya

mengakibatkan ketinggian garis kolimatan akan berubah.

Titik-titik pindah haruslah diplih supaya apabila dipusingkan setaf samaada ke

belakang atau ke tempat asalnya setelah dipindahkan, maka tidak berlaku

perubahan dalam ketinggian.

Oleh sebab itu, hendaklah dipilih titik-titik pindah di atas permukaan bumi

yang lebih kukuh.

Kaedah Pembukuan Dalam Ukur Aras

Terdapat dua kaedah pembukuan didalam ukur aras iaitu:

i) Kaedah Naik Turun

80

Page 81: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Melibatkan lebih banyak pengiraan berbanding dengan cara ketinggian

kolimatan.

Jika ada kesilapan terhadap sebarang aras laras, maka aras laras yang

berikutnya juga akan mengalami kesan kesilapan.

Digunakan untuk mencari perbezaan ketinggian di antara titik-titik permukaan

bumi.

Dengan cara ini, sedikit sahaja bacaan setaf yang diambil dari sesuatu

kedudukan alat aras.

ii) Kaedah Tinggi Garis Kolimatan

Kurang pengiraan, kaedah yang lebih cepat untuk mendapatkan aras laras.

Jika terdapat kesilapan terhadap sebarang aras laras, ia tidak akan

mempengaruhi nilai-nilai laras yang lain.

Digunakan untuk merancang tanda bagi kerja – kerja cadangan pembinaan.

Lebih banyak bacaan setaf diambil dari sesuatu kedudukan alat aras melalui

kaedah ini.

Secara teorinya, ukur aras biasanya dijalankan dengan menggunakan kaedah

loop iaitu ketinggian dibawa dari satu titik ke suatu titik yang lain dan ditutup

ke titik permulaan atau titik yang diketahui ketinggiannya.

Secara praktiknya pula, cara ini adalah tidak selamat untuk satu loop yang

besar dan agak beralun. Ini kerana tiada semakan kerja dijalankan dan

kesilapan hanya akan diketahui setelah kerja ditutup.

Sekiranya terdapat kesilapan, maka keseluruhan terpaksa diulangi. Oleh itu,

cara yang lebih praktikal ialah melalui kaedah “double setting”. Dalam cara

81

Page 82: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

ini pada setiap stesen, alat akan membaca setaf dua kali iaitu dengan

menukarkan ketinggian alat itu sendiri.

Setiap cerapan akan disemak dengan membandingkan dirisiap pertama

dangan dirisiap kedua. Hasil nilai turun dan naik kedua-dua dirisiap ini

sepatutnya akan sama.

Perbezaan yang kurang dari 3mm biasanya diterima. Namun jika sebaliknya,

bacaan akan dibuat semula.

Dari segi pembukuan pula, kebiasaanya dirisiap pertama akan dibuktikan di

bahagian depan manakala dirisiap kedua pula dibukukan di bahagian

belakang. Perkara ini penting agar tidak timbul sebarang kekeliruan semasa

kiraan dilakukan kelak.

Di dalam kiraan, terdapat dua cara untuk mendapatkan aras laras iaitu:

i) Pelarasan secara selari

Dengan menganggap bahawa ketinggian dibawa pada satu arah sahaja,

dengan ini pembetulannya adalah dicampur pada dirisiap pertama dan

tolak pada dirisiap kedua. Nilai aras adalah nilai purata.

ii) Pelarasan secara loop

Menganggap bahawa ketinggian dibaea bermula dari satu titik dan ditutup

dititik tersebut juga. Pembetulannya adalah mengikut pembetulan

ukur aras loop yang biasa.

82

Page 83: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

b) Takimetri

Takimetri pada asasnya adalah satu kaedah yang digunakan dalam ukuran butiran.

Namun aras laras boleh dihitung melalui data-data yang diperoleh melalui kaedah

takimetri ini dengan menggunakan alat Total Station dan EDM. Berdasarkan kaedah

takimetri kedudukan dan ketinggian titik boleh ditentukan secara serentak. Antara bacaan

yang dicerap dengan menggunakan kaedah takimetri adalah:

Bearing

Horizontal Distance

Vertical Angle

Height Target.

Formula untuk mengira aras laras yang menggunakan kaedah ini adalah:

V

83

Ht

Page 84: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

ALStaf = ALTarget + Hi + V - Ht

AL = Aras Laras , Hi = Tinggi Alat , V= Sudut Pugak , Ht = Tinggi Target

Tinggi alat, Hi perlu diukur dengan menggunakan pita ukur. Sudut pugak, V adalah

positif untuk sudut dongak dan negatif untuk sudut tunduk. Tinggi target, Ht adalah

tinggi bagi target sama ada dipasang dengan tripod berserta prizem atau dengan

menggunakan rod berserta mini prizem.

Ukur Butiran

Secara umumnya, perkataan butiran adalah merupakan ciri-ciri yang ada di atas

atau di bawah aras tanah dan juga pada aras tanah. Jalan raya, bangunan, tembok, pagar,

dan lain-lain ciri yang merupakan buatan manusia disebut butiran terbina. Sebaliknya,

ciri-ciri semulajadi seperti pokok, sungai, tasik, tanaman pertanian, dan sebagainya

dipanggil butiran semulajadi. Takrifan lain termasuk butiran atas tanah adalah kabel

elektrik dan talian telefon serta butiran bawah tanah adalah paip-paip air dan laluan parit.

Tujuan kerja-kerja ukur butiran dilaksanakan adalah untuk menunjukkan

kedudukan dan ketinggian titik-titik dan pelbagai objek yang terdapat di permukaan

bumi. Namun, ukur butiran ini tidaklah terlalu tepat tetapi ia masih menggambarkan

kedudukan objek tersebut di lapangan. Semua objek ini akan digambarkan menggunakan

simbol di dalam pelan.

84

Hi

Page 85: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Kaedah yang biasanya digunakan dalam menjalankan ukuran butiran ini adalah

kaedah takimetri dengan menggunakan alat Total Station atau EDM. Antara bacaan yang

akan diambil bagi ukuran butiran yang menggunakan kaedah takimetri ini ialah:

Bearing

Jarak mendatar (Hz)

Sudut Pugak (V)

Tinggi alat (Hi)

Tinggi Target (Ht)

Dengan menggunakan kaedah takimetri ini, setiap butiran boleh diketahui

ketinggian aras larasnya dengan menggunakan formula AL B = AL A + Hi + V – Ht

apabila AL suatu titik diketahui (contoh AL A).

Sebenarnya ukur butiran ini tidaklah sukar untuk dilaksanakan kerana tidak

melibatkan banyak syarat dan peraturan namun ia masih terikat dengan syara-syarat

seperti teranas dan juga ukur yang ditetapkan oleh pelanggan. Kebiasaannya bagi kerja-

kerja ukur kejuruteraan, pihak pelanggan akan menetapkan spesifikasi kerja yang

dikehendaki berserta dengan spesifikasi hasil yang bakal dipetakan.

Aturan kerja ukur butiran adalah seperti berikut:

Penerimaan surat lantikan oleh pelanggan kepada pihak jurukur berlesen bagi

kerja ukur yang dikehendaki bersama spesifikasi kerja yang dikehendaki.

Pihak jurukur berlesen akan mengeluarkan satu sebut harga yang akan diserahkan

kepada pelanggan untuk makluman.

85

Page 86: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Sebelum apa-apa kerja ukur dimulakan, kami terlebih dahulu berurusan dengan

pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Wlayah Persekutuan bagi mendapatkan salinan

sah bagi Pelan Akui di sekitar kawasan ukur bagi memudahkan kerja-kerja

perancangan ukur. Maklumat bagi lot sekitar amat penting bagi memudahkan

jurukur merancang aturan kerja dan mengenalpasti masalah yang bakal dihadapi

seperti tiada Pelan Akui kerana ia akan merumitkan kerja-kerja mengikat ukuran

butiran dengan batu sempadan lama.

Jurukur akan memulakn kerja ukur dengan memastikan kerja yang dilaksanakan

menepati spesifikasi yang ditetapkan.

Setelah proses pengukuran selesai maka seksyen melukis pelan akan

menginterpretasikan hasil ukur untuk mengeluarkan hasil yang dikehendaki sperti

pelan tapak, kontur, detail dan sebagainya.

Setelah pelan siap dan disahkan oleh jurukur berlesen maka pelan tersebut akan

diserahkan kepada pelanggan untuk komen berserta dengan notis bayaran upah

ukur.

Dalam hal kerja ukur butiran, pihak pelanggan berhak untuk meminta tambahan

ukuran butiran sekiranya mereka berasakan bahawa butiran yang dicerap tidak

mencukupi bagi pihak mereka melaksanakn projek di tapak pembinaan.

Pembinaan Batu Aras Sementara (TBM)

Kerja ini adalah merupakan proses mewujudkan Temporary Bench Mark (TBM)

di lokasi projek. Ia hendaklah ditanam di kawasan yang sesuai dan selamat agar tidak

mudah diganggu oleh faktor luaran di sekitar tapak ukur. Lazimnya ia dibina berdekatan

kawasan pembinaan atau butiran kekal seperti berdekatan pili bomba, kaki lima pejalan

86

Page 87: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

kaki, manhole dan lain-lain tempat yang difikirkan sesuai dan berjauhan dengan kawasan

ukur. Batu Aras atau Bench Mark (BM) selalunya dibina pada setiap 2 kilometer di tepi

jalan sepanjang Jalan Persekutuan dan ia mestilah ditanam di kawasan yang strategik

serta mudah dicari. Pembinaan BM dilakukan oleh pihak JUPEM. Nilai ‘reduce level’

tersebut didapati berdasarkan nombor siri yang terdapat pada BM tersebut dan ia dirujuk

kepada buku panduan Dtaum Tegak Geodesi Kebangsaan yang dibekalkan oleh pihak

JUPEM. Batu aras sementara (TBM) ini biasanya akan digunakan untuk satu jangkamasa

yang panjang sepanjang projek pembangunan berlangsung dan mungkin sehingga tahap

pemantauan hasil projek. Lazimnya, projek yang dijalankan mengambil masa bertahun-

tahun lamanya untuk disiapkan maka pembinaan TBM ini seharusnya perlu menepati

spesifikasi tertentu bagi memastikan ketahanan serta kekukuhannya terjamin.

87

Page 88: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Batu Aras

Batu Aras Sementara Dengan Reduce Level

PEMPROSESAN DATA DENGAN MENGGUNAKAN TRPS

Perisian TRPS merupakan sejenis perisian komputer yang memproses data-data

ukur butiran dan takimetri. Dalam proses penyediaan pelan berkomputer, semua data

yang diukur di lapangan akan dimuat-turunkan ke dalam komputer melalui program

88

Page 89: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

tersebut. Data yang telah dimasukkan ke dalam komputer diedit bagi membentuk data

yang lebih sempurna.

Dalam penyediaan pelan, semua daa yang diambil di padang perlu disemak

terlebih dahulu. Semua data terabas dan data aras perlu memenuhi kejituan terabas dan

kejituan aras terlebih dahulu sebelum memproses sesuatu data. Dari data terabas,

koordinat X dan Y (timur dan utara) perlu ditentukan terlebih dahulu kedudukan bagi

setiap titik kawalan. Begitu juga dengan data aras bagi menentukan ketinggian stesen

kawalan tersebut iaitu koordinat Z (ketinggian Mean Sea Level).

Setelah koordinat X, Y dan Z diketahui bagi stesen kawalan, koordinat perlu

dipindahkan kepada setiap butiran melalui perisian TRPS yang mengandungi data yang

diambil di padang. Koordinat stesen kawaln ini diperoleh dengan membuat kiraan

melalui data cerapan yang mana data cerapan di buku terabas dan buku aras boleh

diproses di dalam perisian untuk menjimatkan masa.

Kedudukan stesen pencerap dan kedudukan titik kawalan yang berada pada

kedudukan yang betul adalah penting dalam menentukan kedudukan butiran. Jika

kedudukan tersebut berada pada kedudukan yang betul, ini dapat menentukan kedudukan

setiap butiran yang terdapat di pelan seperti mana pengukuran yang dilakukan diambil

kedudukannya sebagaimana ia kelihatan di lapangan.

Ketika memproses data dalam perisian TRPS, terdapat tiga perkara penting yang

perlu diingat semasa memproses data. Tiga perkara tersebut ialah stesen cerapan, stesen

bearing belakang dan stesen bearing hadapan. Ketiga-tiga perkara tersebut hendaklah

disemak terlebih dahulu sebelum melakukan pemprosesan data. Jika tidak, kemungkinan

kedudukan butiran yang akan diproses nanti tidak berada pada kedudukan sepertimana

89

Page 90: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

kedudukannya di lapangan. Antara perkara lain yang perlu diingat ketika melakukan

pemprosesan data dari TRPS ialah Tinggi Alat dan Tinggi Target (Prizem) perlu disemak

bagi memastikan ketinggiannya adalah betul. Penomboran titik butiran juga perlu

disemak supaya tidak terdapat nombor titik butiran yang sama pada titik lain. Misalnya,

jika titik butiran jalan diberi nombor 1000, maka titik butiran jalan yang berikutnya diberi

nombor 1001, 1002, 1003 dan seterusnya. Jika tidak, titik butiran jalan yang kedua,

ketiga, keempat dan seterusnya akan bertindih dengan titik butiran jalan yang pertama.

Setiap data di dalam perisian TRPS menggunakan sistem pengkodan di mana di

dalam perisian TRPS kod yang digunakan adalah kod STANDARD-MOSS GENNIO

CODE. Ringkasan kod ini dilakukan untuk memastikan butiran boleh dikenalpasti

selepas pemprosesan dilakukan di TRPS atau di AutoCAD. Kod yang digunakan tidak

boleh melebihi lapan huruf.

Contoh ringkasan kod :

Tiang Telefon = TT

Tiang Elektrik = TE

Tiang Lampu = TL

Rumah Batu = RB

Rumah Kayu = RK

Manhole = MH

Pagar = Pgr

Sungai = Sg

Longkang = Lkg

90

Page 91: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Setelah semua data TRPS disemak dan tiada sebarang masalah, data tersebut

hendaklah diproses melalui TRPS. Selepas semua data siap diproses dalam TRPS, data

tersebut dipindahkan ke AutoCAD melaui fail DXF bagi membolehkan data butiran yang

diukur ditunjukkan di dalam pelan. Dari AutoCAD, buka fail DXF yang mengandungi

data-data yang diproses di TRPS. Kemudian tukar fail DXF kepada DWG.

Dalam fail DWG terdapat tiga kategori iaitu data aras, data simbol dan data

butiran. Melalui ketiga-tiga data tersebut, ia akan dimasukkan ke dalam AutoCAD dan

akan terbentuk di AutoCAD melalui pengkodan yang digunakan TRPS. Titik yang

terbentuk di AutoCAD akan diedit mengikut kod yang sama. Sebagai contoh, kod jalan

tar (jo), titik yang menggunakan kod jalan tar akan disambung dengan kod jalan tar yang

lain sehinggalah terbentuknya jalan. Begitu juga dengan titik butiran lain seperti sungai, ‘

cutting’, longkang dan sebagainya. Titik tersebut diedit mengikut kedudukannya

sebagaimana yang terdapat di lapangan. Selepas nilai titik tersebut diedit, pastikan juga

batu sempadan yang dijadikan sebagai datum ditunjukkan di dalam pelan pada lampiran.

Saiz text ditentukan bagi niali butiran tersebut mengikut saiz kertas dan skala

yang akan digunakan kedudukan butiran tersebut mengikut saiz kertas dan skala yang

akan digunakan kedudukan butiran tersebut hendaklah berada pada keseluruhan kawasan

di dalam bingkai. Oleh itu, bingkai hendaklah terlebih dahulu dimasukkan bagi

menentukan skala bagi pelan tersebut. Data yang terbentuk di AutoCAD akan diedit

mengikut skala bingkai tersebut bagi memastikannya tidak terlalu besar atau terlalu kecil

apabila diplot nanti.

Setelah pelan siap diedit, masukkan nilai grid pada pelan berdasarkan skala yang

digunakan. Pela kunci dan pelan lokasi ditunjukkan di dalam pelan bagi menunjukkan

91

Page 92: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

kawasan projek. Keterangan lain yang sepatutnya ada pada pelan juga akan dimasukkan

seperti simbol bagi butiran.

Contohnya :

GL = Ground Level

RM = Monsun Drain

VM = Paya

PUE = Tiang Elektrik

ITP = Tiang Telekom

PUM = Manhole TNB

JE = Jalan Tanah

JO = Jalan Berturap

PUH = Hydrant

PUI = Pipe Line

PUB = Manhole JBA

RS = Sungai

PB = Culvert

PX = Tiang Lampu

PROSES MEMASUKKAN DATA KE DALAM TRPS

1) JOB SELECTION

Langkah pertama adalah buka perisian TRPS

Kemudian akan terpapar skrin seperti jadual 1

92

Page 93: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Master Menu

1. - Job Selection

2. - Data Entry

3. - Data Transfer

4. - Data Editing

5. - Process Survey Data

6. - Contouring

7. - Profiles & Sections

8. - Volume Calculations

9. - C.A.D & Plotting

Jadual 1

Pilih Job Selection

Seterusnya akan keluar jadual seperti jadual :

Data Drive C:

Path : ......\temp\.......@......\JPM325\......

Job Name – 3 chars : 007

Job Description : tajuk kerja @ nama projek

Contact :

93

Page 94: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Jadual 2

Jika file / directory tiada dalam path sila masukkan path baru kemudian

tekan Enter

Jika file sudah ada tetapi tidak dapat mencari ‘job name’ sila tekan F2

Tekan F4 untuk copy ‘Job name’ kepada job lain

Tekan F5 untuk delete / buang job yang tidak berguna lagi

Untuk keluar ke Master Menu tekan Esc

2. PROSES SURVEY DATA

Skrin akan terpapar seperti di jadual 1

Tekan 5 (Process Survey Data)

Skrin seperti jadual 3 akan terpapar :

Survey Processing

1. - Process Survey Data

2. - Fix Point Size

3. - Rounding Table

4. - Malaysian Cadastral Options

94

Page 95: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

5. - Malaysians Acquisitions

6. - Malaysians Transformations

Quit Return to Master Menu

Jadual 3

Pilih 1 (Process Survey Data)

Skrin berwarna hitam akan keluar dan di sebelah kanannya terdapat Main

Menu

Pastikan di atas skrin tertulis verify, jika tiada tekan V

Tekan butang kiri tetikus dan tekan N, kemudian masukkan koordinat

3. PROSES TERABAS

Buka TRPS dan akan terpapar Master Menu (sila rujuk jadual 1)

Pilih 2 iaitu Data Entry dan jadual 4 akan terpapar

Data Entry

1. - Data Recorder Options

95

Page 96: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

2. - Electronic Stadia Entry / Editing

3. - Traditional Stadia Entry / Editing

4. - Store Stadia in Database

5. - Print Stadia

6. - Change Code Library

7. - Enter / Edit Code Library

8. - Level Book Routines

9. - Traverse Entry Routines

Quit Return to Master Menu

Jadual 4

Pilih 9 (Traverse Entry Routines) kemudian skrin akan memaparkan jadual 5

Traverse Entry Routines

1. - Enter / Edit Traverse Data

2. - Reduce Traverse Database

3. - Print Traverse Data

Quit Return to Master Menu

Jadual 5

Tekan 1 iaitu Enter / Edit Traverse Data

Sila pilih stesen terabas untuk memasukkan nilai koordinat

Type Pt# East North Height

Stn 1 1000.000 1000.000 100.00

Tekan F1 kemudian pilih 2 dan mulakan kerja-kerja memasukkan data

96

Page 97: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Type Pt# To# Vert Sd Ht in Ht tar Pt

Trav 1 2 120.00 90 1.235 1.440

Untuk keluar sila tekan Esc

Tekan Y untuk simpan (save) file

4. PROSES STADIA

Kembali ke Master Menu kemudian tekan 2 iaitu Data Entry

Pilih 2 (electronic stadia Entry / Editing)

Enter survey number (1)/ Masukkan 1 jika baru memulakan kerja

Untuk Eter Type pertama sila pilih AT/BS. Sila rujuk jadual di bawah :

97

Page 98: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Type At# Hz Circle Bs# Ht in

AT/BS 1 180.0000 90.0000 1.45

Untuk Entry Type seterusnya pilih SD/HT

Rujuk jadual di bawah :

Type Pt# Hz Circle Vt Circle S/Dist Ht P/C Comment

SD/HT 1000 180.0000 90.0000 53.000 1.45 JO

Data-data yang dimasukkan akan disimpan (save) jika tekan Esc

Setelah habis memasukkan data klik Options untuk :

i) Get Database (dapatkan koordinat stesen dari database)

ii) Calculate Coordinates (memproses atau membuat kiraan)

iii) Show Coordinates (menunjukkan koordinat)

Untuk simpan data dan keluartekan Esc

Kemudian data yang sudah disimpan dipindahkan ke perisian AutoCAD

dalam bentuk fail DXF dan data-data itu diplot untuk membentuk pelan.

PEMPROSESAN DATA DENGAN PERISIAN CSCSWin V9.07

98

Page 99: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

1) Program perisian CSCSWin V9.07 adalah seperti yang dipaparkan di atas.

Program perisian ini digunakan untuk memproses data ukur kadaster.

2) Ini adalah file yang kita hendak buka, jika ingin menyambung kerja lama hanya pilih

fail yang telah ada. Jika ingin memulakan kerja baru, taip pada ruangan

file name dan klik Open. Misalnya, saya telah menjalankan kerja lama iaitu

KAPAR. Klik pada KAPAR.tle dan klik Open.

99

Page 100: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

3) Ini adalah Job Description dan hendaklah diisi butiran-butiran yang dinyatakan.

4) Ini merupakan ruangan untuk mengisi nombor-nombor stesen tanda sempadan

(Boundary Marks). Isikan nombor-nombor stesen tanda sempadan dan jenis tandanya.

Sebagai contoh, stesen nombor 2 dan jenis tandanya ialah Batu Konkrit Baru (BKL).

100

Page 101: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

5) Yang ini adalah ruangan untuk mengisi stesen terabas dari stesen ke stesen.

6) Ini adalah paparan untuk mencari direct lines (bearing dan jarak).

Misalnya, untuk mengira direct line untuk 2 tanda sempadan, masukkan nombor

tanda sempadan yang terikat dengan garisan terabas.

101

Page 102: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

7) Ruangan ini pula adalah untuk mengira direct bearing dan jarak. Klik All Lines

untuk mengira semua garisan yang telah dimasukkan ke dalam Lines To Compute.

Klik OK untuk memulakan pemprosesan.

8) Ini ruangan untuk memaparkan keputusan perhitungan. Klik pada A – Direct bearing

and distance dan klik Start.

102

Page 103: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

9) Maka, ini adalah keputusan hasil perhitungan direct lines. Scroll atas dan bawah

untuk melihat hasil berikutnya.

Terabas Panjang

10) Ini adalah paparan Lots In Block and Block Stations. Fungsinya adalah untuk

mengisi garisan-garisan terabas dan sub-terabas serta tikaian jarak dan tikaian

bearing. Bagi kerja ini, ada 1 terabas panjang dan 3 sub-terabas.

103

Page 104: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Sub-Terabas 1

Sub-Terabas 2

Sub-Terabas 3

104

Page 105: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

11) Klik pada Compute untuk menghitung Block Close and Mean-Comp. Klik All

Blocks dan klik OK untuk memproses perhitungan.

12) Setelah klik OK, keputusan akan dipaparkan seperti di atas.

105

Page 106: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

KERJA LUAR

PROJEK 1

PROJEK : KERJA UKUR DEMARKASI, BUTIRAN DAN ARAS DI LOT 74

LOKASI : SEKSYEN 57, JALAN SULTAN ISMAIL, WILAYAH

PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

FAIL UKUR : JPMWPK342 - DET

TARIKH UKUR : 5 JANUARI 2007

PERALATAN UKUR :

A) ALAT TOTAL STATION NIKON

B) ALAT UKUR ARAS

C) SETAF

D) GELEMBUNG SETAF

E) PANCANG BERPRISMA

F) 2 TRIPOD (KAKITIGA)

G) 1 PRISMA

H) PITA UKUR

I) KOMPAS PRISMA

J) TUKUL

K) PAKU

L) BUKU UKUR ARAS

M) KALKULATOR BERPROGRAM (CASIO 603P)

106

Page 107: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

ETIKA KERJA UKUR :

Sebelum memulakan kerja ukur, jurukur Encik Shahran menerangkan secara

ringkas tentang kerja yang bakal dilaksanakan dan pembahagian tugas.

Kerja dimulakan dengan membuat tinjauan di sekitar tapak ukur.

Sebatang paku dipasang untuk dijadikan bearing rujukan dan satu lagi untuk

dirikan alat Total Station.

Saya lakarkan diagram untuk dijadikan rujukan kepada pelan.

Butiran yang diambil adalah:

a) Tiang Elektrik

b) Manhole

c) Tiang Telefon

d) Tiang Lampu

e) Papan Tanda

f) Rumah Guard

g) Pillar (Monorail)

h) Manhole pembentungan

i) Kepingan konkrit

j) Pokok

MASALAH YANG DIHADAPI :

Oleh sebab kerja ukur dilakukan di tengah-tengah bandaraya maka halangan

seperti kenderaan dan orang ramai yang lalu lalang tidak dapat dielakkan.

Sukar untuk menanam paku payung kerana paku yang ditanam adalah di atas

jalan simen.

107

Page 108: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

PROJEK 2

PROJEK : KERJA UKUR PENANDAAN SEMPADAN BAGI PENGAMBILAN

TANAH UNTUK PROJEK LEBUHRAYA PANTAI TIMUR FASA 2,

PAKEJ 7A DARI CH71300 KE CH76000.

LOKASI : MUKIM KERTEH, DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU

PELANGGAN : JKR (JABATAN KERJA RAYA)

TARIKH UKUR : 15 JANUARI 2007 – 19 JANUARI 2007

PERALATAN UKUR :

A) ALAT TOTAL STATION TOPCON GTS-6A

B) PRISMA

C) TRIPOD (KAKITIGA)

D) PITA UKUR

E) PANJANG JAJAR

F) PRISMA KECIL

G) PAKU

H) TUKUL

I) PARANG

J) BUKU KERJA LUAR

K) KALKULATOR BERPROGRAM (CFX-9850 GC PLUS)

108

Page 109: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

PROSEDUR KERJA UKUR :

Memulakan penandaan R.O.W di titik kawalan terabas yang telah siap.

Alat Total Station dan bearing rujukan dipasang di titik kawalan terabas.

Perhitungan dua kali koordinat dilakukan dengan menggunakan kalkulator

berprogram bagi mendapatkan bearing dan jarak untuk menandakan R dan L.

Setiap tanda R dan L ditanam dengan paip besi yang dicat merah dan kayu

pancang juga dicat merah serta dituliskan nombornya.

Kayu pancang diletak 0.2m dari paip besi untuk memudahkan pencarian.

ANTARA GAMBAR-GAMBAR YANG DIAMBIL :

Paip Besi R4 Paip Besi R3

109

Page 110: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Paip Besi R7 Kayu Peg CH 72200

Stesen Kawalan GPS Encik Hashim Merekodkan Data

110

Page 111: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Rumah Papan Yang Kena Menyemak Semula Tanda Yang Diukur

PROJEK 3

PROJEK : KERJA UKUR PENANDAAN SEMPADAN BAGI PENGAMBILAN

TANAH UNTUK PROJEK PENYALURAN AIR MENTAH.

LOKASI : MUKIM SABAI, DAERAH BENTONG, PAHANG

PELANGGAN : JBA (JABATAN BEKALAN AIR)

TARIKH UKUR : 24 JANUARI 2007 – 1 FEBRUARI 2007

PERALATAN UKUR :

A) ALAT TOTAL STATION TOPCON GTS-6A

B) PRISMA

C) TRIPOD (KAKITIGA)

D) PITA UKUR

E) PANJANG JAJAR

F) PRISMA KECIL

111

Page 112: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

G) PAKU

H) TUKUL

I) PARANG

J) BUKU KERJA LUAR

K) KALKULATOR BERPROGRAM

PROSEDUR KERJA UKUR :

Kerja penandaan dimulakan dari stesen BKL 1 iaitu L134. Alat dipasang di BKL

1 dan bearing rujukan di BKL 2 iaitu L134.

Kemudian, perhitungan bearing dan jarak dilakukan untuk menanda L132, L133

dan L135 berdasarkan koordinat daripada pelan pengambilan tanah.

L132, L133 dan L135 ditanda dengan kayu peg.

Bagi menandakan nombor yang lain, cari BKL daripada pelan pengambilan tanah

dan lakukan seperti langkah yang kedua untuk tanda yang seterusnya.

ANTARA GAMBAR-GAMBAR YANG DIAMBIL :

Kawasan Kebun Sayur Yang Kena Dalam Projek

112

Page 113: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Kayu Peg L259 dan R98 Di Atas Jalan

Rumah Batu Yang Kena Dalam Projek

Kayu Peg L133 R136 Ditanda Kayu Peg L139 Kayu Peg Atas Simen R173

113

Page 114: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

R141 dan L142 Di Atas Jalan Raya Kayu Peg R109

L226 Yang Jatuh Atas Kedai Hardware Yang Stor Getah Yang Batu Konkrit Kena Dalam Projek Kena Dalam ProjekPROJEK 4

PROJEK: : KERJA TANAM PASTIAN DAN TANAM BATU SEMPADAN

LOKASI : LEMBAH BERINGIN, HULU SELANGOR, SELANGOR

PELANGGAN : LAND & GENERAL

TARIKH UKUR : 8 FEBRUARI 2007 – 11 FEBRUARI 2007

PERALATAN UKUR :

i) ALAT TOTAL STATION (TOPCON GTS-6A)

ii) PRISMA (TOPCON)

iii) TRIPOD (KAKITIGA)

iv) PANJANG JAJAR

v) PRISMA KECIL

vi) PARANG

vii) PITA UKUR

viii) PAKU

114

Page 115: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

ix) TUKUL BESI

x) PENGGALI

xi) BATU KONKRIT

xii) PAIP BESI

xiii) BUKU KERJA LUAR

xiv) KALKULATOR BERPROGRAM

PROSEDUR KERJA UKUR :

1) Alat Total Station didirikan di stesen terabas 12, bearing belakang di stesen 11

dan semak jarak.

2) Dari stesen 12, buka bearing dan jarak yang sudah muktamad hitungannya untuk

mengubah batu konkrit 4710. Selepas batu konkrit 4710 dianjakkan, semakan

sudut dibuat.

3) Untuk buat semakan sudut, set bearing 0° 0’ 10” dari stesen 11 dan buka bearing

ke batu konkrit 4170. Bacaan sudut pugak dan jarak cerun diambil.

4) Pindah alat ke stesen 18, bearing belakang di stesen 17.

5) Dari stesen 18, buka bearing dan jarak yang sudah muktamad kiraannya untuk

tanam batu konkrit 4722. Selepas batu konkrit 4722 ditanam, semakan sudut

dibuat.

6) Alat dipindahkan ke stesen 415, bearing belakang di stesen 406.

115

Page 116: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

7) Dari stesen 415, buka bearing dan jarak yang sudah muktamad kiraannya untuk

tanam batu konkrit 4160. Batu konkrit 4160 adalah dalam garisan 415 – 406.

Semakan sudut batu konkrit 4160 dilakukan.

8) Alat dipindahkan ke stesen 439, bearing belakang di stesen 443.

9) Dari stesen 439, buka bearing dan jarak yang telah muktamad hitungannya untuk

ubah batu konkrit 4400. Batu konkrit 4400 adalah dalam garisan 439 – 434.

Semakan sudut batu konkrit 4400 dilakukan.

10) Alat dipindahkan ke stesen 430, bearing belakang di stesen 426.

11) Dari stesen 430, buka bearing dan jarak yang telah muktamad hitungannya untuk

ubah batu konkrit 4290. Batu konkrit 4290 adalah dalam garisan 430 – 426.

Semakan sudut batu konkrit 4290 dilakukan.

12) Alat dipindahkan ke stesen 27, bearing belakang di stesen 26.

13) Dari stesen 27, buka bearing dan jarak yang sudah muktamad kiraannya untuk

ubah batu konkrit 1060 dan 91. Semakan sudut batu konkrit 1060 dan 91 dibuat.

14) Alat dipindahkan ke stesen 26, bearing belakang di stesen 27.

15) Dari stesen 26, buka bearing dan jarak yang telah muktamad hitungannya untuk

tanam batu konkrit 1050. Semakan sudut batu konkrit 1050 dilaksanakan.

16) Alat dipindahkan ke stesen 5, bearing belakang di stesen 4.

17) Dari stesen 5, buka bearing dan jarak yang sudah muktamad kiraannya untuk

ubah batu konkrit 680. Semakan sudut batu konkrit 680 dilakukan.

116

Page 117: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

ANTARA GAMBAR-GAMBAR YANG DIAMBIL :

Kawasan Tapak Ukur Kedudukan Batu Konkrit Diubah

Kawasan Tapak Ukur Dari Atas Bukit Batu Konkrit Yang Baru Siap Ditanam

117

Page 118: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

PROJEK 5

PROJEK : KERJA UKUR KADASTER

LOKASI : BATANG BERJUNTAI, DAERAH KUALA SELANGOR

PELANGGAN : MCOBA (MALAY COLLEGUE OLD BOYS ASSOCIATION)

TARIKH UKUR : 15 MAC 2007 – 18 MAC 2007

PERALATAN UKUR :

i) ALAT TOTAL STATION (TOPCON GTS-6A)

ii) PRISMA (TOPCON)

iii) TRIPOD (KAKITIGA)

iv) PANJANG JAJAR

v) PRISMA KECIL

vi) PARANG

vii) PITA UKUR

viii) PAKU

ix) TUKUL BESI

118

Page 119: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

x) PENGGALI

xi) BATU KONKRIT

xii) PAIP BESI

xiii) BUKU KERJA LUAR

xiv) KALKULATOR BERPROGRAM

PROSEDUR KERJA UKUR :

1) Datum daripada Pelan PUBLSEL 972/2004.

2) Kerja dimulakan dengan mendirikan alat Total Station di stesen 31, bearing rujukan

di stesen 30.

3) Dari stesen 31, buka bearing dan jarak yang telah muktamad kiraanya untuk tanam

batu konkrit 85 dan 86. Semakan batu konkrit 85 dan 86 dibuat.

4) Alat dipindahkan ke stesen 32, bearing belakang di stesen 31.

5) Dari stesen 32, buka bearing dan jarak yang telah muktamad kiraanya untuk tanam

batu konkrit 87. Semakan batu konkrit 87 dilakukan.

6) Alat dipindahkan ke stesen 33, bearing belakang di stesen 32.

7) Dari stesen 33, buka bearing dan jarak yang telah muktamad kiraanya untuk tanam

batu konkrit 88 dan 89 serta paip besi 119 . Semakan sudut batu konkrit 88, 89 dan

paip besi 119 dilakukan.

8) Alat dipindahkan ke stesen 34, bearing belakang di stesen 33.

119

Page 120: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

9) Dari stesen 34, buka bearing dan jarak yang telah muktamad kiraannya untuk tanam

paip besi 90 dan paip besi 91. Semakan sudut paip besi 90 dan 91 dilakukan.

10) Alat dipindahkan ke stesen 35, bearing belakang di stesen 34.

11) Dari stesen 35, buka bearing dan jarak yang telah muktamad kiraannya untuk

tanam paip besi 92, 120 dan batu konkrit 93. Semakan sudut paip besi 92, 120 dan

batu konkrit 93 dilakukan.

MASALAH YANG DIHADAPI :

Terdapat segelintir stesen-stesen terabas yang telah teranjak dan hilang.

Oleh sebab kawasan yang diukur adalah kawasan lombong, jika hujan turun

dengan lebat batu sempadan dan paip besi yang ditanam akan tenggelam.

Kawasan ukur yang bersemak-samun menyukarkan kami untuk mencari stesen-

stesen terabas.

ANTARA GAMBAR-GAMBAR YANG DIAMBIL :

Kawasan Tapak Ukur Lombong

120

Page 121: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Menanam Batu Konkrit Mencari Kayu Piket

PROJEK 6

PROJEK : KERJA UKUR DEMARKASI DAN BUTIRAN

LOKASI : LOT 2795 DAN 2796 KG PADANG BALANG, MUKIM SETAPAK,

WILAYAH PERSEKUTUAN

PELANGGAN : JAIS (JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR)

TARIKH UKUR : 10 FEBRUARI 2007 – 15 FEBRUARI 2007

ETIKA KERJA UKUR :

1) Membuat tinjauan kawasan ukur.

2) Mencari batu sempadan berpandukan syit piawai.

3) Selepas 2 batu lama dapat dicari, kerja ukur mula dijalankan.

121

Page 122: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

4) Alat dipasang di stesen 2 iaitu di atas batu lama dan bearing belakang di stesen 1 di

atas batu lama juga.

5) Dari stesen 2, terabas ke stesen 3 dengan memasang paku payung untuk dijadikan

piket.

6) Alat dipindahkan ke stesen 3, bearing belelakang di stesen 2. Dari stesen 3 butiran

seperti rumah dan pagar diambil.

7) Dari stesen 3, terabas ke stesen 4.

8) Dari stesen 4, bearing diikat ke paip lama stesen 5. Dari stesen 4, butiran rumah dan

pagar diambil.

9) Dari stesen 4, terabas ke stesen 6.

10) Dari stesen 6, bearing diikat ke paip lama stesen 7. Dari stesen 6, butiran rumah

dan pagar diambil.

11) Alat dipindahkan ke stesen 1 dan kerja terabas ditutup dengan mengambil bacaan

cerapan matahari.

MASALAH YANG DIHADAPI :

Tiada pelan akui maka skala syit piawai digunakan untuk mendapatkan jarak.

Terdapat 4 batu sempadan yang hilang.

Satu cermin prisma dicuri pleh penagih dadah.

ANTARA GAMBAR-GAMBAR YANG DIAMBIL :

122

Page 123: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Saya Melakukan Cerapan Butiran Rumah

PROJEK 7

PROJEK : KERJA TANAM PASTIAN

LOKASI : STESEN JANAELEKTRIK SULTAN ABDUL AZIZ, MUKIM KAPAR,

DAERAH KLANG, SELANGOR.

PELANGGAN : TNB (TENAGA NASIONAL BERHAD)

TARIKH UKUR : 20 MAC 2007 – 21 MAC 2007

PERALATAN UKUR :

i) ALAT TOTAL STATION (TOPCON GTS-6A)

ii) PRISMA (TOPCON)

iii) TRIPOD (KAKITIGA)

iv) PANJANG JAJAR

123

Page 124: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

v) PRISMA KECIL

vi) PARANG

vii) PITA UKUR

viii) PAKU

ix) TUKUL BESI

x) PENGGALI

xi) BUKU KERJA LUAR

xii) KALKULATOR BERPROGRAM

PROSEDUR KERJA UKUR :

1) Cari piket stesen 24.

2) Alat dipasang di stesen 24, bearing belakang di stesen 23.

3) Dari stesen 24, anjak batu konkrit lama 81, 82 dan 83. Nilai bearing dan jarak

untuk setiap batu tersebut telah dikira dengan muktamad oleh staf pejabat.

Semakan sudut dilakukan untuk setiap batu.

4) Kemudian, alat dipindahkan ke stesen 23, bearing belakang di stesen 59.

5) Dari stesen 59, ubah batu konkrit lama 84 dan kiraannya telah muktamad.

Semakan sudut dibuat.

6) Alat dipindahkan ke stesen 59, bearing rujukan di stesen 23.

7) Dari stesen 59, anjak batu konkrit lama 86 mengikut hitungan yang telah Muktamad. Semakan sudut dilakukan.

MASALAH YANG DIHADAPI :

Batu sempadan yang hendak dianjak adalah dalam kawasan dua pagar yang

bersebelahan (double fencing).

124

Page 125: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

ANTARA GAMBAR-GAMBAR YANG DIAMBIL :

Stesen Janaelektrik Saya Mengambil Bacaan

PROJEK 8

PROJEK : KERJA UKUR LETTABLE SIZE

LOKASI : LOT 226 DAN 227 RESTOREN OVERSEA, ARMCORP MALL,

PETALING JAYA, SELANGOR

PELANGGAN : PEMILIK RESTOREN

TARIKH UKUR : 30 MAC 2007

PERALATAN UKUR :

i) Alat DISTO basic (Leica)

ii) Pembaris Pendek

iii) Pita Ukur

125

Page 126: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

ETIKA KERJA UKUR :

1) Tinjauan dilakukan dalam restoren.

2) Mr Patrick menerangkan kepada saya cara-cara penggunaan alat DISTO.

3) Kemudian, beliau menunjukkan pelan strata kepada saya dan menerangkan

pengukuran dimensi dinding.

4) Seterusnya, kerja ukur dimulakan dengan mengambil jarak dari dinding ke dinding

serta dari bucu dinding ke bucu dinding.

5) Ketika mengambil bacaan dengan alat DISTO, pastikan alat tersebut betul-betul 90

darjah tegak ke dinding agar bacaan yang diambil adalah tepat.

DISTO basic (LEICA)

126

Page 127: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

TOTAL STATION GTS 6A

LUAHAN UNTUK JURUKUR PERMATA MALAYSIA

Syarikat Jurukur Permata Malaysia merupakan sebuah syarikat yang beroperasi di

Jalan Tuanku Abdul Rahman. Syarikat ini memulakan perkhidmatannya pada tahun

1985. Projek-projek yang diperoleh oleh syarikat Jurukur Permata Malaysia terdiri

daripada Projek Ukur Kejuruteraan, Topografi, Kadaster dan Strata. Sebelum saya

memberi cadangan serta pandangan, saya terlebih dahulu ingin mengutarakan beberapa

luahan kepada pihak syarikat bagi memantapkan lagi program latihan industri.

Antara luahan yang saya ingin kemukakan ialah:

Pihak syarikat seharuslah terlebih dahulu memberi gambaran mengenai tugas-

tugas yang perlu dilakukan oleh pelajar industri agar pelajar tidak berasa gugup

ketika melaksanakan sesuatu tugas.

127

Page 128: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Pihak syarikat seharuslah memberi peluang kepada pelajar yang menjalani

latihan industri mengendalikan projek-projek kecil dan mudah dikendalikan

serta diawasi oleh seorang pegawai.

Pihak syarikat perlulah memberi pendedahan yang lebih mendalam tentang

perisian-perisian ukur seperti CSCS, CPSWin32, MapInfo, E-Submit dan

perisian lain yang difikirkan perlu didalami kerana perisian-perisian tersebut

tidak banyak didedahkan ketika pengajian di universiti.

Akhir sekali, saya berharap pihak syarikat mengizinkan pelajar praktikal

mengendalikan sepenuhnya kelengkapan kerja luar bagi membolehkan pelajar-

pelajar menerapkan diri dalam situasi kerja yang sebenar dan menimba

pengalaman yang lain daripada lain jika dibandingkan di universiti.

CADANGAN \KOMEN KEPADA JURUKUR PERMATA MALAYSIA

Sepanjang saya menjalani latihan industri, saya mendapati bahawa syarikat

Jurukur Permata Malaysia masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibaiki untuk

memantapkan lagi mutu serta kualiti. Oleh itu, saya ingin mengemukakan beberapa

cadangan yang perlu diambil perhatian untuk dipertimbangkan oleh syarikat.

Antara cadangan saya adalah seperti berikut :

Penyelia latihan industri haruslah berbincang dengan pelajar praktikal mengenai

tugas-tugas yang boleh dilakukan supaya penyelia dapat mengetahui tahap

kemampuan yang terdapat pada pelajar praktikal.

128

Page 129: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Melaksanakan perancangan yang tersusun khasnya kepada pelajar praktikal

dengan menyediakan jadual latihan yang lebih teratur agar lebih banyak perkara

yang dapat dipelajari dan mengelakkan dari tertumpu pada satu tugas sahaja

dalam suatu masa.

Apabila staf-staf dalam syarikat sedang membincangkan sesuatu kerja, pihak

syarikat perlulah membenarkan pelajar industri turut serta dalam perbincangan

tersebut agar pelajar industri mengetahui perkara yang dibincangkan di samping

menambah pemahaman dalam kerja tersebut.

Menetapkan masa yang sesuai untuk pertanyaan dan perbincangan kepada pelajar

praktikal dengan staf syarikat tanpa menganggu kerja-kerja mereka.

Menggaji pekerja yang mahir dalam mengendalikan perisian ‘Field To Finish’

seperti CPSWin32 dan E-Submit 2 kerana saya dapati syarikat masih tiada

pekerja yang betul-betul mahir dalam perisian-perisian tersebut.

Menambah bidang ukur yang baru iaitu GIS (Geographical Information System)

kerana penggunaannya dapat meningkatkan produktiviti dalam penghasilan peta

topografi.

Pihak syarikat haruslah menghantar pelajar praktikal menyertai kursus-kursus

ukur yang difikirkan patut agar pelajar praktikal dapat menimba pengalaman

yang berguna.

Selain itu, saya mencadangkan agar firma menyediakan lebih banyak lagi buku-

buku dan nota-nota rujukan untuk membolehkan pelajar membuat rujukan.

Dengan itu, pelajar praktikal dapat menambahkan ilmu pengetahuan lebih luas

dalam segala ilmu Ukur Tanah.

129

Page 130: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Memberi peluang kepada pelajar praktikal untuk menguruskan data-data ukur

dengan melakukan pemprosesan data dalam program perisian ukur serta belajar

format-format menghasilkan pelan dengan menggunakan AutoCAD.

Akhir sekali, saya ingin mencadangkan pihak syarikat agar membenarkan pelajar

praktikal mengendalikan sepenuhnya kelengkapan kerja luar bagi

membolehkannya merasai pengalaman kerja ukur yang sebenar.

Daripada cadangan-cadangan yang saya utarakan di atas tersebut, saya berharap

agar pihak firma dapat memberi perhatian dan mempertimbangkan cadangan-cadangan

tersebut serta mengambil tindakan yang sewajarnya. Justeru, ini dapat meningkatkan taraf

pencapaian pelajar dalam bidang ukur tanah.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, latihan industri yang dilaksanakan oleh pelajar semester

akhir adalah amat berguna terutamanya bagi diri saya. Dengan adanya latihan industri, ia

menjadi satu landasan bagi saya untuk mengenali bidang kerja yang sebenar serta lebih

luas. Di samping itu, ilmu yang diperoleh sepanjang pengajian di universiti dapat

diaplikasikan sepenuhnya dalam dunia pekerjaan. Perbezaaan semasa pengajian di

universiti dan menjalani latihan praktikal adalah amat berbeza sekali terutamanya cara

berkomunikasi dengan orang luar. Gaya komunikasi mereka kelihatan lebih matang.

Maka, ini merupakan kelebihan yang saya peroleh bagi meningkatkan lagi gaya

130

Page 131: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

komunikasi. Justeru latihan ini amat baik dan wajar diteruskan bagi melahirkan graduan

yang lebih berkualiti selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan golongan

profesional yang dinamik.

Dalam tempoh menjalani latihan industri di firma Jurukur Permata Malaysia,

banyak pengetahuan dan pengalamannbaru yang saya terima sama ada ketika melakukan

kerja luar mahupun di pejabat. Pengetahuan dan pengalaman ini amat berguna bagi diri

saya untuk memajukan lagi diri saya dan mencerahkan masa depan saya terutama sekali

dalam bidang Ukur Tanah. Semua pengetahuan dan pengalaman tersebut akan

menambahkan keyakinan, kemahiran serta kebolehan diri saya dalam melakukan sesuatu

kerja apabila memasuki alam pekerjaan sebenar kelak.

Terdapat banyak pengalaman dan teknik baru yang saya peroleh sama ada di

pejabat atau ketika melakukan kerja luar. Walaupun kerja di pejabat tidak memenatkan

jika dibandingkan dengan kerja luar namun kerja seperti pemprosesan data ukur,

penyemakan buku kerja luar dan melukis pelan banyak mencabar kesabaran kerana ia

mengambil satu masa tertentu untuk disiapkan. Apabila melaksanakan kerja luar, ia lebih

banyak mencabar ketahanan fizikal dan pemfokusan agar sebarang kesilapan tidak timbul

bagi mengelakkkan selisih yang ketara wujud.

Sepanjang berada di pejabat, saya banyak belajar tentang perisian seperti

AutoCAD LT2000, AutoCAD 2004, TRPS, CSCS, CPS Win32, CDS dan E-Submit.

Saya turut didedahkan cara-cara untuk menghasilkan Pelan Pra-Hitungan seperti mana

yang dikehendaki oleh pelanggan. Penghasilan ini dilakukan dengan tunjuk ajar daripada

staf-staf syarikat yang prihatin. Semua ini memberikan saya satu pengalamn baru yang

tidak mungkin dilupakan dan akan saya gunakan sepenuhnya dalam pekerjaan kelak.

131

Page 132: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Selain melakukan kerja-kerja pejabat, saya juga diajar untuk berurusan dengan pihak luar

termasuklah dengan Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta, Lembaga Pejabat Tanah dan

Perancang Bandar dan Desa. Pihak syarikat ada sekali menyuruh saya pergi ke Karak

untuk menunjukkan lot kepada pegawai Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta.

Pengalaman seperti ini mengajar saya berkomunikasi dengan lebih matang serta

mengenali mereka dengan lebih rapat.

Di samping itu, saya banyak didedahkan kepada kerja luar seperti ukur

penandaaan sempadan (R.O.W), ukur butiran, ukur demarkasi, ukur aras, ukur

pemancangan, ukur sungai, ukur kadaster, dan ukur strata. Untuk projek kerja luar, saya

diletakkan di bawah penyeliaan jurukur Encik Hashim. Saya telah menimba pelbagai

pengalaman dan pengetahuan dalam kerja-kerja pengukuran sepanjang tempoh

mengikutnya menjalankan kerja luar. Di samping itu, saya juga mengikut Mr Patrick iaitu

jurukur yang menjalankan kerja-kerja ukur strata. Mereka banyak mengajar saya tentang

teknik-teknik baru dalam melakukan kerja pengukuran. Apabila mengikut mereka, saya

banyak bersoal untuk menambahkan pegetahuan saya dalam kerja luar. Mereka tidak

teragak-agak untuk menjawab soalan saya kerana mereka tahu bahawa pelajar praktikal

perlu banyak bersoal. Saya juga diberi peluang untuk melakukan cerapan dan mengambil

data-data di lapangan. Di samping itu, saya menghitung koordinat, bearing, jarak, dan

cerapan matahari dengan menggunakan kalkulator berprogram. Saya berasa amat

bersyukur sekali kerana diberi peluang keemasan yang mungkin datang sekali sahaja

sepanjang kehidupan saya ini. Segala tunjuk ajar mereka akan saya gunakan dan

manfaatkan dengan baik.

132

Page 133: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

Dari segi hubungan dengan staf-staf syarikat, tiada sebarang masalah yang saya

hadapi. Ini kerana sikap setiap staf pejabat yang ceria dan begitu prihatin terhadap setiap

gerak kerja yang saya lakukan. Kerjasama yang dihulurkan dalam setiap kerja yang

dilakukan juga amat membanggakan. Selain itu, kerajinan yang ditunjukkan oleh staf-staf

dalam melakukan kerja mencederungkan diri saya untuk menjadi seperti mereka.

Walaupun cuma saya seorang sahaja yang menjalani latihan praktikal di syarikat Jurukur

Permata Malaysia, namun saya berasa tidak tertekan kerana saya dapat menyesuaikan diri

saya dalam suasana pekerjaan dengan baik.

Oleh yang demikan, saya amat bersyukur kepada Tuhan dengan segala pemberian

yang diberikan oleh pihak syarikat. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada

mereka yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung yang telah memberi ilmu

dan tunjuk ajar yang berguna. Jasa dan bantuan mereka tersebut tidak akan saya lupakan

sampai bila-bila. Kepada mereka yang telah mencurahkan ilmu dan tunjuk ajar akan

mendapat balasan yang sepatutnya daripada Tuhan.

LAMPIRAN

133

Page 134: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

RUJUKAN

1) Modul Ukur Kejuruteraan, Program Pengajian Diploma UTM Kuala Lumpur,

En Raden Jayakasuma Supathan.

2) Pengenalan Ukur, Jamaluddin Md Jahi, Pensyarah Jabatan Geografi UKM (1985).

3) Asas Ukur Kejuruteraan, Abd Hamid Mohamad.

4) Pekeliling JUPEM, www.jupem.gov.my.

5) Modul Ukur Kadaster 2, Program Pengajian Diploma, UTM, Kuala Lumpur,

134

Page 135: Full Report

TAN 3DDL LATIHAN INDUSTRI 06/07 DIPLOMA UKUR TANAH

En Othman Zainon.

6) J. UREN dan W.F. PRICE, “ILMU UKUR UNTUK JURUTERA”, Edisi

Kedua, terjemahan Kamaruzaman Abd. Rasid, Anuar Ahmad, Shahidah Mohd

Ariff.

7) Garis Panduan Amalan Kerja Ukur Kadaster Sehubungan Dengan Perlaksanaan

Peraturan Ukur Kadaster 2002, Lembaga Tanah Semenanjung Malaysia.

8) Peraturan Ukur Kdaster 2002, Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

135