proposal perniagaan

15
1.0. PENGENALAN Senang Rasa Katering merupakan perniagaan milik tunggal yang akan didaftarkan pada awal bulan April 2007, bagi menjalankan aktiviti katering disekitar Pekan Hutan Melintang, Perak dan bandar-bandar sekitarnya.Pengusaha memilih untuk menceburi perniagaan katering kerana ianya telah dilakukan secara sambilan dan kecil-kecilan mulai dari tahun 2000 lagi. Sepanjang tempoh itu, pengusaha telah memberi perkhidmatan katering kepada Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Pejabat Pelajaran Daerah, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak, Pusat Kegiatan Guru, Sekolah dan orang perseorangan . Pengusaha bercadang untuk bersara pilihan dan menceburi bidang perniagaan katering secara sepenuh masa. Perniagaan ini akan beroperasi di No. 64, Taman Sri Ishaq, 36400 Hutan Melintang, Perak. Daripada pengalaman yang ada ini, pengusaha mendapati perniagaan katering merupakan satu perniagaan yang berpotensi kerana terdapat banyak permintaan. Sepertimana diketahui kebanyakan wanita hari terlibat dengan perkerjaan sepenuh masa sama ada dalam sektor awam mahu pun swasta, mereka tidak mempunyai waktu untuk memasak sendiri sekiranya mahu mengadakan majlismajlis seperti kenduri doa selamat, kenduri arwah, jamuan hariraya dan sambutan hari lahir serta kenduri kahwin, malahan pada hari ini semangat gotong royong mahu mengadakan kenduri kendara juga telah berkurangan kerana masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan kekurangan tenaga kerja untuk membuat persiapan dan memasak untuk kenduri kendara

Upload: musliha-ismail

Post on 10-Jul-2016

33 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

busness

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal Perniagaan

1.0. PENGENALAN

Senang Rasa Katering merupakan perniagaan milik tunggal yang akan didaftarkan pada

awal bulan April 2007, bagi menjalankan aktiviti katering disekitar Pekan Hutan Melintang,

Perak dan bandar-bandar sekitarnya.Pengusaha memilih untuk menceburi perniagaan katering

kerana ianya telah dilakukan secara sambilan dan kecil-kecilan mulai dari tahun 2000 lagi.

Sepanjang tempoh itu, pengusaha telah memberi perkhidmatan katering kepada Jabatan

Pelajaran Negeri Perak, Pejabat Pelajaran Daerah, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak, Pusat

Kegiatan Guru, Sekolah dan orang perseorangan . Pengusaha bercadang untuk bersara pilihan

dan menceburi bidang perniagaan katering secara sepenuh masa. Perniagaan ini akan beroperasi

di No. 64, Taman Sri Ishaq, 36400 Hutan Melintang, Perak.

Daripada pengalaman yang ada ini, pengusaha mendapati perniagaan katering merupakan

satu perniagaan yang berpotensi kerana terdapat banyak permintaan. Sepertimana diketahui

kebanyakan wanita hari terlibat dengan perkerjaan sepenuh masa sama ada dalam sektor awam

mahu pun swasta, mereka tidak mempunyai waktu untuk memasak sendiri sekiranya mahu

mengadakan majlismajlis seperti kenduri doa selamat, kenduri arwah, jamuan hariraya dan

sambutan hari lahir serta kenduri kahwin, malahan pada hari ini semangat gotong royong mahu

mengadakan kenduri kendara juga telah berkurangan kerana masing-masing sibuk dengan

pekerjaan dan kekurangan tenaga kerja untuk membuat persiapan dan memasak untuk kenduri

kendara

Oleh itu, kebanyakan orang akan mengambil perkidmatan katering untuk menyenangkan

kerja dan mereka juga mempunyai peruntukan (kuasa membeli) untuk berbuat begitu.Permintaan

perkhidmatan katering juga sangat banyak di pejabat untuk majlis seperti mesyuarat, majlis

perpisahan, majlis keraiaan dan kursus-kursus dalam perkhidmatan. Walau pun di setengah

jabatan ada kantin dan kafeteria namun lazimnya penganjur lebih gemar untuk mendapatkan

perkhidmatan katering dari pihak luar untuk merubah citarasa. Kami yakin dan pasti perniagaan

yang bakal kami jalankan ini akan berkembang maju dan sekaligus dapat mencapai matlamat

serta objektif perniagaan kami khususnya dalam mengaut keuntungan.

Page 2: Proposal Perniagaan

2.0. OBJEKTIF/TUJUAN PROPOSAL PERNIAGAAN

Tujuan propasal Perniagaan ini disediakan untuk memberi penerangan yang

menyeluruh tentang perniagaan yang akan diceburi. Disamping itu juga Rancangan

Perniagaan ini untuk membentangkan perancangan perniagaan yang meliputi aspek

pengurusan, pemasaran, pembekal, perkhidmatan dan kewangan perniagaan.

Antara lain Rancangan Perniagaan ini dibuat untuk tujuan berikut:

1. Melihat daya maju projek yang dirancang.

2. Sebagai garis panduan untuk memastikan pengurusan perniagaan dapat dilaksanakan

dengan lancar.

3. Mengagih sumber-sumber perniagaan dengan cekap dan efektif.

4. memenuhi syarat wajib untuk mendapatkan kebenaran berniaga di cafeteria kolej

KHAR

Page 3: Proposal Perniagaan

3.0. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Nama Perniagaan :

Alamat Berdaftar :

Alamat Operasi :

No. Telefon :

No. Daftar Perniagaan : -

Tarikh Perniagaan :

Aktiviti Perniagaan : Perkhidmatan Katering.

Bentuk Perniagaan : Milik Tunggal

Modal Permulaan :

Bank Berususan :

No. Akaun :

Nama Pemilik :

No. Kad Pengenalan :

Page 4: Proposal Perniagaan

4.0. LATAR BELAKANG PEMILIK

Nama :

Jawatan :

Alamat Tetap :

No. Telefon :

No. Kad Pengenalan :

Tarikh Lahir :

Bangsa / Agama :

Taraf Perkahwinan :

Kelulusan Akedemik :

Pengalaman Kerja :

Kursus yang Berkaitan :

Page 5: Proposal Perniagaan

5.0. SKOP PERNIAGAAN

5.1. Aktiviti Perniagaan

Di antara aktiviti perniagaan utama yang dijalankan oleh pihak syarikat adalah :

i. Menjual minuman dan makanan yang berasaskan makanan segera di kafeteria.

ii. Membekalkan makanan untuk pelanggan cafeteria KHAR terutamanya pelajar upsi

dengan harga berpatutan.

5.2 Produk / Perkhidmatan yang ditawarkan

Di antara produk yang ditawarkan oleh syarikat ini adalah seperti berikut:

Profile Menu

Bihun Goreng

Mi Goreng

Kuey-teow Goreng

Nasi Goreng

Pelbagai minuman

Perkhidmatan yang ditawarkan pula adalah :

i. Konsep cafe

ii. Menghidang makanan yang dipesan.

iii. Tempahan makanan oleh pelajar, kelab-kelab dan persatuan pelajar dan juga untuk

majlis diner dan sebagainya.

6.0. Strategi Perkhidmatan

Dalam apa juga jenis perniagaan, soal persaingan tidak dapat dielakkan. Oleh itu

beberapa langkah telah diambil oleh pihak syarikat bagi mengatasi persaingan sedia ada .

Di antara strategi perkhidmatan yang telah diatur oleh pihak syarikat adalah seperti

berikut:

i. Menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti dan menangani segala masalah dan

rungutan pelanggan dengan  baik .

Page 6: Proposal Perniagaan

ii.  Memastikan pekerja sentiasa bersopan santun terhadap pelanggan.

iii.  Sentiasa berbincang dan memberikan khidmat nasihat yang terbaik kepada

pelanggan agar pelanggan sentiasa berpuas hati dengan mutu makanan dan

perkhidmatan yang diberikan .

iv.  Etika Khidmat Pelanggan.

Memberi Perkhidmatan YangBerkualiti & Layanan Yang Istimewa

Kepada Para Pelanggan

Mendahului & Memberi Keutamaan Kepada Segala Kehendak Pelanggan

Sentiasa Cekap & Pantas KetikaMengambil Dan Menghantar Pesanan

Kepada Pelanggan

Memberi Senyuman Yang Paling Mesra & Mengucap Selamat Kepada Pelanggan

Ketika Pelanggan Masuk & Keluar Premis

Meminta Pendapat & Komen Secara Jujur Dari Pelanggan Demi Mutu & Kualiti

Produk Serta Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Menangani Segala Masaalah & Rungutan Pelanggan Dengan Tenang & Berhemah

        Jadual 9 : Etika Khidmat Pelanggan

Page 7: Proposal Perniagaan

7.0      RANCANGAN PEMASARAN

Dengan menggunakan konsep segara, makanan akan dimasak awal daperniagaan

Restoran Ani Sup Utara, pihak syarikat akan mensasarkan jualan produknya kepada

pelanggan perseorangan dan keluarga. Selain itu, pihak syarikat juga akan menerima

tempahan daripada pelajar, jabatan pelajar serta orang perseorangan untuk sebarang

majlis. Pihak syarikat juga akan menjalankan khidmat penghantaran kepada pelanggan

yang jarak penghantarannya kira-kira 5 km.

            8.1       Produk dan Harga  yang Ditawarkan

           

                          Jadual

11 : Senarai produk dan harga

Syarikat ini menawarkan harga yang berpatutan dan setanding dengan cafeteria-cafeteria yang

berada di persekitaran kawasan tersebut.

7.2      Kumpulan Sasaran

Pihak syarikat mensasarkan jualan produk kepada :

      a) Golongan pelajar UPSI

b) Kakitangan kerajaan dan swasta di kawasan sekitar.

c)Pelancong dan pengunjung yang berkunjung ke Kepala Batas.

Bil

.

       Produk RM

1. Bihun Goreng RM4.00

2. Mi Goreng RM4.00

3. Kuey-teow Goreng RM4.00

4. RM4.00

5. Nasi Goreng RM4.00

6. RM5.80 – RM11.80

7. Pelbagai minuman RM1.20 – RM3.50

Page 8: Proposal Perniagaan

7.3       Kawasan Pasaran

Kawasan perniagaan ialah di Cafeteria Kolej Kediaman Harun Aminurrashid ,Kampus

Sultan Azlan Shah, Proton City.

7.4      Analisis Pesaing

Mengikut pemerhatian pihak syarikat terdapat 12 restoran utama di sini. Pihak syarikat

telah mengenalpasti setiap pesaing melalui mencuba resipi masakan dan pemerhatian

yang dilakukan. Berikut adalah di antara pesaing-pesaing yang telah dikenalpasti :

NAMA RESTORAN KEKUATAN KELEMAHAN

Restoran RZ  Klasik Lokasi strategik ,

sedap & cepat, menjual

pelbagai jenis menu masakan,

harganya berpatutan

Perkhidmatan

kurang memuaskan.

Restoran Anggerik Harganya berpatutan . Kurang strategik ,

Kurang tenaga kerja

.

Restoran

Bertam Seafood

Sudah dikenali , lokasi strategik,

perkhidmatan memuaskan.

Harga agak mahal

Restoran Nasi Kandar

Bertam

Lokasi strategik -

Corner Lot, Harga berpatutan.

Perkhidmatan

kurang menonjol

Restoran Buluh Dikenali dan banyak pilihan, Harga

berpatutan, perkhidmatan

memuaskan.

Kurang strategik,

Kurang bersih

Restoran Nasi Ayam

Periuk Besar

Strategik -  Jalan utama, Nama sudah

dikenali, harga berpatutan,

perkhidmatan memuaskan.

Menu terhad

Secret Recipe Tempat Strategik – Sudah dikenali

rama

Harga mahal

Page 9: Proposal Perniagaan

Restoran Simpang

Maju Jay

Tempat Strategik Perkhidmatan

kurang menonjol

NBN Seafood Tempat Strategik , Sedap Agak Mahal

NZ RASA

KAMPUNG

Tempat Strategik Belum dikenali

Food Coard Tempat Strategik , Banyak Pilihan Kurang Bersih

Nasi Kandar An- Nur Tempat Strategik , Harga berpatutan Kurang bersih

Ani Sup Utara Tempat Strategik, Makanan Sedap,

Harga Berpatutan, Sudah dikenali

Layanan kurang

memuaskan

                                   

Jadual 13 : Nama-nama pesaing – kekuatan dan kelemahan

7.7       Strategi Pemasaran

       a) Promosi

Di antara strategi promosi yang dilakukan oleh pihak syarikat bagi menawarkan produk

dan memperkenalkan  perkhidmatannya ialah:

i. Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan.

ii. Memberikan profil perniagaan dan kad bisnes kepada bakal-bakal pelanggan.

iii. Mengedarkan pamplet dan broser secara berkala

iv. Memberikan perkhidmatan yang lebih cekap, pantas dan tepat pada masa yang telah

ditetapkan.

v. Mengadakan majlis perasmian dengan memberi satu hari makan pada kadar RM2.00

kepada pelanggan untuk makanan terpilih.

vi. Mengadakan pakej berbuka puasa dan pakej hari lahir.

vii. Menjalankan kerjasama dengan pengusaha agensi pelancongan.

Page 10: Proposal Perniagaan

b) Lokasi

Lokasi restoran yang terletak di laluan jalan utama di antara Kepala Batas dan Tasek

Gelugor merupakan  lokasi yang strategik  untuk perniagaan yang dijalankan oleh pihak

syarikat. Laluan itu juga adalah laluan untuk memasuki lebuh raya Utara-Selatan.

c) Harga

Penetapan dan penentuan harga yang diletakkan ke atas produk dan perkhidmatan  yang

ditawarkan adalah berpatutan, kompetitif dan seperti yang ditetapkan oleh pihak

franchisor.

d) Produk

Produk yang ditawarkan kepada para pelanggan adalah berkualiti, sedap dan bersih

setanding dengan harganya.  Pihak syarikat  juga sentiasa mengikuti  kehendak pelanggan

yang pelbagai agar produk dan perkhidmatannya sentiasa kekal kompetatif dan diterima

di hati pelanggan samada pelanggan tetap atau pelangggan baru.

e)       Perhubungan Pelanggan

i. Pekhidmatan yang cepat seperti mengambil menu sebelum pelanggan duduk.

ii.Memberi diskaun kepada pelanggan yang menyambut harijadi pada hari tersebut.

Page 11: Proposal Perniagaan

8.0     JUSTIFIKASI DAN PENUTUP

Berdasarkan kepada perancangan yang telah dibentangkan, pihak syarikat amat

berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan memberi pulangan yang

menguntungkan dan setimpal dengan usaha serta pelaburan yang dilakukan. Pihak syarikat

berharap agar diberi peluang untuk menjalankan perniagaan di cafeteria Kolej Harun

Amirudinrashid. Pihak syarikat telah membuat kajian dan perancangan yang sistematik bagi

membolehkan perniagaan berjalan dengan lancar.  Oleh yang demikian syarikat amat optimis,

yang perniagaan ini amat berdaya maju dan mampu berkembang di masa hadapan.   

            Diharap permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak UPSI. Pihak

syarikat amat berharap agar pembentangan ini  dapat memuaskan hati pihak-pihak berkenaan

kerana melalui cara ini sahajalah perniagaan pihak syarikat dapat dikembangkan.  Pihak syarikat

amat berharap agar diberikan peluang untuk turut sama bergerak  ke arah memaju dan

menjayakan hasrat kerajaan meningkatkan golongan usahawan bumiputera seganding dengan

usahawan bukan bumiputera.