proposal ngabang

3
Sinopsis Robert dilahirkan di Texas, berdarah kacukan Iban dan America tidak hairanlah perwatakan dan jatidirinya lebih mirip kepada budaya barat. Ayah dan ibunya telah bercerai maka hak penjagaan diperolehi oleh ayahnya. Tidak banyak yang diperkatakan oleh ayah dan ibu tiri Robert mengenai ibu kandungnya. Memori yang terpahat hanya terdapat pada sekeping gambar pernikahan lama ayahnya.Jauh di benak hati Robert sering teringatkan ibu kandungnya. Semasa ulangtahun syarikat, Robert mendapat tiket percuma ke Borneo maka kesempatan itu digunakan untuk ‘ngabang’ ke kampung halaman untuk mengenali asal usulnya.Walaupun ditegah pada mulanya namun Robert bertekad juga juga. Setiba di Malaysia, Robert terpesona dengan keindahan Sarawak dan budaya yang jauh berbeza dengan tanggapannya melalui media barat yang diketahuinya. Robert bernasib baik kerana semasa di Sarawak, perayaan Hari Gawai kian menjelang kerana ini adalah peluang untuk mengenali dan mendalami adat resam yang dirasakan namun dekat di hati. Setelah ‘bejalai’ melalui perjalanan yang mencabar Robert tiba di lokasi rumah panjang yang terletak di pedalaman. Disini Robert berpeluang merasai kehidupan harian masyarakat tempatan yang ramah dan mesra.Saban hari Robert mempelajari bagaimana proses hari gawai itu dilaksanakan sehingga ke waktu kemuncak. Di samping itu Robert dipertemukan dengan Lisa membuatkan cinta terputik namun turut menimbulkan konflik. Tanpa disedari ibu kandung Robert sebenarnya berasal daripada kampung bersebelahan dan turut mempunyai hubungan persaudaraan dengan Lisa.

Upload: kazar-abdul

Post on 07-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

contoh proposal prgram untuk siaran RTM..Ianya adalah merupakan bahan untuk sessi pitching.

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal Ngabang

Sinopsis

Robert dilahirkan di Texas, berdarah kacukan Iban dan

America tidak hairanlah perwatakan dan jatidirinya lebih mirip

kepada budaya barat. Ayah dan ibunya telah bercerai maka hak

penjagaan diperolehi oleh ayahnya. Tidak banyak yang

diperkatakan oleh ayah dan ibu tiri Robert mengenai ibu

kandungnya. Memori yang terpahat hanya terdapat pada sekeping

gambar pernikahan lama ayahnya.Jauh di benak hati Robert sering

teringatkan ibu kandungnya. Semasa ulangtahun syarikat, Robert

mendapat tiket percuma ke Borneo maka kesempatan itu digunakan

untuk ‘ngabang’ ke kampung halaman untuk mengenali asal

usulnya.Walaupun ditegah pada mulanya namun Robert bertekad juga

juga.

Setiba di Malaysia, Robert terpesona dengan keindahan

Sarawak dan budaya yang jauh berbeza dengan tanggapannya melalui

media barat yang diketahuinya. Robert bernasib baik kerana

semasa di Sarawak, perayaan Hari Gawai kian menjelang kerana ini

adalah peluang untuk mengenali dan mendalami adat resam yang

dirasakan namun dekat di hati. Setelah ‘bejalai’ melalui

perjalanan yang mencabar Robert tiba di lokasi rumah panjang

yang terletak di pedalaman. Disini Robert berpeluang merasai

kehidupan harian masyarakat tempatan yang ramah dan mesra.Saban

hari Robert mempelajari bagaimana proses hari gawai itu

dilaksanakan sehingga ke waktu kemuncak. Di samping itu Robert

dipertemukan dengan Lisa membuatkan cinta terputik namun turut

menimbulkan konflik. Tanpa disedari ibu kandung Robert

sebenarnya berasal daripada kampung bersebelahan dan turut

mempunyai hubungan persaudaraan dengan Lisa.

Page 2: Proposal Ngabang

Barisan Pelakon

Robert Mathew – Berumur lingkungan 20an dan berpawatakan

menarik. Jujur dan juga penyayang serta menyintai alam. Jurusan

guaman memberi kelebihan kepadanya membantu masalah yang melanda

Rumah Panjang.

Cadangan Pelakon :

Lisa Undeng Jelam – Manis dan menawan, penari Iban semasa

menyambut perayaan Gawai.Umur awal 20an dan duduk di kampung

sepanjang hidupnya.Memperjuang serta mempertahankan adat budaya

resam. Mempunyai laman blog sendiri untuk tujuan tersebut.

Cadangan Pelakon : Magedeline

Apai Undeng Jelam – Ketua Kampung rumah panjang, Berpendirian

akan apa yang diperkatakan.Namun baik hati dah jujur Bapa

saudara kepada ibu Robert. Berumur dalam lingkungan 70an.

Cadangan Pelakon:

Agnes Agan - Berusia 40 tahun dan ibu kepada Robert Mathew yang

telah lama bercerai dengan ayahnya. Seorang yang penyayang.

Cadangan Pelakon :

Page 3: Proposal Ngabang

Pengajaran

Bejalai merujuk kepada konsep penghijrahan daripada luar

bandar ke bandar oleh golongan lelaki demi mencari rezeki.

Penghjirahan itu sudah pasti ada kebaikan dan keburukannya

seperti adat dan budaya sesuatu kaum semakin dilupakan

disebabkan kecanggihan teknologi dan perubahan mengikut

peredaradan zaman. Anak muda mungkin tidak lagi gemar memancing,

menangkap udang yang mana suatu ketika dulu menjadi peneman

setia di kala sunyi. Telemovie ini berteraskan fahaman mendukung

identiti dan warisan bangsa agar tidak melenyapkan sejarah

bangsa Iban itu sendiri. Ngabang pula membawa maksud melawat

atau beraya semasa menyambut gawai dengan berkunjung ke kampung

halaman dan rumah saudara serta sahabat handai.

Bersama barisan pelakon handalan tempatan dan juga dari

Sarawak Ngabang yang bertemakan perayaan Gawai ini

mengetengahkan dengan teliti prosedur dan bagaimana uniknya hari

kesyukuran yang diadakan setahun sekali pada bulan Jun di

samping menyuntik elemen kasih sayang dan percintaan. Konflik

dan juga resolusi betapa pentingnya hubungan kekeluargaan dan

pemeliharaan budaya resam tradisi setempat. Penyediaan awal

seperti pembuatan arak beras sehingga ke penghujung perayaan. Di

rumah panjang tikar baru dibentangkan di ruai, dinding kacip

dihiasi dengan pua kumbu. Sehari sebelumnya majlis Muai Antu Rua

dijalankan dan pelbagai aktiviti menarik yang masih lagi jarang

dipertontonkan kepada masyarakat umum melainkan berkunjung dan

merasai sendiri menyambut perayaan ini rumah panjang.