proposal

25
MAIMUNAH BT. AGAT PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAH PPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7 BMM3113 Penggunaan kaedah Ansur Maju bagi meningkatkan penguasaan kemahiran menulis dengan kemas murid Tahun satu di Sekolah Kebangasaan Lichok, Roban. 1.0. Pendahuluan. 1.1. Pengenalan. Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan pempelajaran supaya berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran bahasa yang berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu mendengar dan bertutur.Kedua-dua komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi.Kemahiran membaca dan menulis pula merupakan kemahiran bukan lisan. Penguasaan terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa ini penting terhadap murid-murid dalam memastikan input yang diberikan kepada murid-murid adalah sejajar dengan apa yang dikehendaki dan termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Berdasarkan pengetahuan terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa tersebut, kita akan memilih salah satu daripada kemahiran tersebut dalam mengajar murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Dalam kertas cadangan ini, pengkajiakan mengkaji mengenai masalah menulis dalam kalangan pelajar, iaitu mengenai cara atau teknik yang digunakan untuk mengatasi masalah tulisan tidak kemas dalam kalangan murid tahun satu. 1

Upload: mohamad-tarmimie-bin-ali

Post on 12-Jan-2016

70 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

PRO

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal

MAIMUNAH BT. AGAT PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAHPPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7 BMM3113

Penggunaan kaedah Ansur Maju bagi meningkatkan penguasaan

kemahiran menulis dengan kemas murid Tahun satu di Sekolah

Kebangasaan Lichok, Roban.

1.0. Pendahuluan.

1.1. Pengenalan.

Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Penguasaan

kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan pempelajaran supaya

berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran bahasa yang berhubung dengan

kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu mendengar dan bertutur.Kedua-dua

komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi.Kemahiran membaca dan menulis pula

merupakan kemahiran bukan lisan. Penguasaan terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa

ini penting terhadap murid-murid dalam memastikan input yang diberikan kepada murid-

murid adalah sejajar dengan apa yang dikehendaki dan termaktub dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Berdasarkan pengetahuan terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa tersebut, kita akan

memilih salah satu daripada kemahiran tersebut dalam mengajar murid-murid yang

mempunyai masalah pembelajaran. Dalam kertas cadangan ini, pengkajiakan mengkaji

mengenai masalah menulis dalam kalangan pelajar, iaitu mengenai cara atau teknik yang

digunakan untuk mengatasi masalah tulisan tidak kemas dalam kalangan murid tahun satu.

Selain berkomunikasi secara lisan atau pun melalui bacaan, manusia juga

berkomunikasi melalui tulisan.Malah bahasa tulisan adalah satu bentuk komunikasi yang

paling tinggi dan kompleks.Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk

seseorang melahirkan perasaan dan idea.Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek

visual, motor dan keupayaan membentuk konsep-konsep.Tulisan juga adalah saluran utama

bagi murid-murid untuk menunjukkan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran akademik

yang lebih tinggi. Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk

berkomunikasi, ia perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu, dan selepas

itu barulah ia dapat menulis untuk tujuan berkomunikasi dengan orang lain. Seseorang

individu menulis untuk menyatakan idea dan perasaannya atau apa sahaja yang ingin

disampaikannya supaya dapat dibaca dana difahami oleh orang lain.

1

Page 2: Proposal

MAIMUNAH BT. AGAT PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAHPPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7 BMM3113

Terdapat dua jenis kemahiran menulis.Chomsky (1957) menjelaskan bahawa

kemahiran menulis secara kasarnya terbahagi kepada dua iaitu secara mekanis dan secara

mental iaitu pelahiran.Harus dikuasai supaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang

kemas dan mudah dibaca. Latihan-latihan mekanikal yang boleh dijalankan untuk

mendapatkan kemahiran ini ialah latihan pergerakan tangan, otot dan jari atau membuat

garisan, bulatan, segi-segi dan sebagainya, tunjukkan cara pergerakan tangan, menulis di

pasir dan di papan tulis, bermain dengan benda-benda seperti plastisin, menyusun benda-

benda dan melatih menulis huruf dan perkataan, mengawasi tulisan murid tentang bentuk,

jarak, saiz, kekemasan dan kebersihan, melatih menulis dengan cepat, jelas dan senang

dibaca dan melatih menulis dengan cantik. Menurut Chomsky (1957) lagi, jenis kemahiran

ini biasanya dikuasai setelah kanak-kanak mendapat kemahiran mekanis yang mana

banyak melibatkan mental.Latihan-latihan mental yang boleh dijalankan untuk mendapat

kemahiran menulis ini ialah latihan pernyataan fikiran atau pendapat, latihan pernyataan

perasaan, latihan pernyataan kehendak dan latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang

tulen dan asli.

Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran  membaca

dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca

yang ada dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil

semasa membaca, tidak membunyikan perkataan dengan b betul dan tepat, tidak dapat

menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui

makna atau gagal membunyikannya.Ini menimbulkan pola bacaan yang merangkak dan

pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan

tersebut.Selain itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang terdapat

dalam gambar rajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru. 

Levin (1987) yang dikutip oleh Noraini Ombi (2009),cara memegang alat tulis akan

mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus

menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang butang

baju dan memasan manik. Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus

menunjukkan kelemahan dalam koordinasi motor. Kanak-kanak ini tidak berupaya

mengawal saraf ketika memegang dan menggerakkan pensel secara stabil. Kanak-kanak

yang tidak menggunakan motor halus ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel yang

tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan lengan dan pergelangan tangan dan bukan

jari untuk menulis.

Sasson (1993) pula mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran

menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut

2

Page 3: Proposal

MAIMUNAH BT. AGAT PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAHPPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7 BMM3113

pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan

perkataan. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada

peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea melalui tulisan ynag

cantik dan penuh dengan kesenian.

Tulisan yang tidak kemas dan cakar ayam menyukarkan guru menyemak tugasan

mereka dan mereka juga sudah tentu tidak mampu untuk membaca semula tulisan

tersebut.Oleh itu, tujuan kertas cadangan ini dibuat adalah untuk membantu murid-murid

dalam kelas Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Lichok, Roban menulis dengan cantik, kemas

dan teratur.Aktiviti pratulisan dan kaedah ansur maju telah dipilih untuk mengatasi masalah

murid-murid ini.

1.2. Refleksi pengalaman yang lalu.

Merujuk pada pandangan tokoh yang telah dinyatakan diatas, saya dapati perkara yang

dijelaskan mempunyai kaitan dengan pengalaman saya sepanjang perkhidmatan 24 tahun

mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah..Ini dapat lihat dalam masalah-

masalah yang  terdapat di setiap sekolah yang telah berkhidmat selama ini.

Bagi sekolah penempatan pertama saya iaitu di Sekolah Kebangsaan Dit, Debak, saya

telah menghadapi cabaran dalam berhadapan dengan murid yang mengalami masalah dari

segi bentuk tulisan yang teruk..Ia juga berlaku dalam kalangan murid tahap dua. Ini secara

tidak langsung saya dapat mengaitkan masalah penulisan masih lagi menyelubungi diri

murid-murid tahap dua.

Selain itu, saya juga pernah berhadapan dengan masalah murid tidak mampu membezakan

huruf kecil dan huruf besar.Ini dapat dilihat ketika saya berkhidmat disebuah sekolah kecil di

luar bandar iaitu Sekolah Kebangsaan Ulu Roban..Hampir kesemua murid dikalangan murid

tahap dua sekolah tersebut mengalami masalah ini.Ia dapat juga digambarkan sebagai

masalah dalam aspek penulisan yang juga dapat dikaitkan dengan kajian saya ini.

Pada kali ini, ketika berkhidmat di SK. Lichok, Roban, saya juga menghadapi masalah yang

hampir serupa dan ia merupakan masalah yang berat dalam kalangan murid tahap satu.

Masalah tersebut adalah tulisan tidak kemas dan tulisan terlalu rapat di antara satu-satu

perkataan sehingga menyukarkan kita untuk memahami perkataan yang ditulis oleh murid-

murid tersebut.

Justeru itu, saya mendapat gambaran awal bagaimana masalah ini masih lagi berada

disekeliling saya sedangkan kita sebagai pendidik sudah terlepas pandang akan kelemahan

dan kekurangan murid-murid dari tahap satu lagi sepanjang tempoh kini. Justeru, kajian ini

3

Page 4: Proposal

MAIMUNAH BT. AGAT PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAHPPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7 BMM3113

adalah penting bagi mencari jalan bagaimana untuk mengatasi dan mengurangkan

kesalahan dan kekurangan yang menyelubungi murid-murid tahap satu ini.

Pada pendapat saya, situasi ini berlaku disebabkan murid-murid tidak didedahkan dengan

teknik-teknik atau strategic penulisan yang betul sejak awala lagi.Tulisan yang cantik dan

mudah dibaca adalah asset yang berharga dalam kehidupan seseorang.Oleh itu, guru

disekolah memainkan peranan yang penting untuk memperbaiki tulisan murid.

1.3. Refleksi Sorotan Literatur.

Ramai pengkaji telah membuat kajian dalam bidang penulisan.Seperti yang kita tahu, bidang

penulisan ini merupakan satu bidang yang sangat luas.Pelbagai aspek dapat dikaji melalui

aspek penulisan ini. Seperti yang Saya merujuk kepada bab tokoh yang telah mengkaji

mengenai aspek penulisan.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, menulis ialah mencatat kata-kata dengan huruf

dan memakai pena ( kalam, kapur, pensel dan lain-lain ). Maksud lain bagi menulis ialah

melahirkan perasaan ( fikiran dan lain-lain) dengan catatan yang memakai huruf, membuat

surat dan mengarang. Manakala kemas bermaksud elok dan rapi kelihatannya ( teratur,

tersusun,terurus dan sebagainya dengan baik. )

Dalam bab ini, pengkaji merujuk kepada beberapa kajian lepas untuk dijadikan

panduan bagi menghasilkan kajian ini. Kesimpulan awal yang dapat pengkaji nyatakan

berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh murid ini ialah murid menulis secara sambil

lewa dan secara gopoh serta penggunaan pensel oleh murid. Hal yang demikan disokong

oleh Siti Hajar Abdul Aziz (1997) yang menyatakan bahawa terdapat sekurang-kurangnya

lima factor yang menyebabkan orang dewasa tidak mmampu menulis. Salah satu faktornya

ialah belum mempunyai kebiasaan atau budaya menulis dalam diri sendiri masih kurang.

Mok Soon Sang (2010) menyatakan guru yang mengajar dalam kelas adalah orang yang

paling sesuai membuat pemerhatian ke atas murid-murid yang menghadapi masalah

pembelajaran. Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran dalam kemahiran

menulis boleh diperhatikan dengan cara mereka memegang alat tulis, gaya anggota badan

semasa menulis dan bentuk tulisan. Secara amnya, kelemahan-kelemahan penguasaan

kemahiran menulis adalah seperti bentuk huruf tidak ditulis secara tepat, huruf-huruf dalam

perkataan ditulis tinggi rendah atau terlalu jauh dan perkataan-perkataan ayat terlalu rapat,

kecil atau condong.Selain itu, jarak antara perkataan dalam ayat terlalu jauh dan ejaan

perkataan seringkali salah.

Robert Lado (1980) Menyalin sebagai suatu latihan…..Masalah yang paling besar dalam hal

ini ialah kebosanan. Pelajar akan cepat merasa letih dan mula mencari dalih untuk berhenti

menulis.

4

Page 5: Proposal

MAIMUNAH BT. AGAT PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAHPPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7 BMM3113

Mengikut Kajian yang dijalankan oleh Nurul Hazwan Bte Kabol (2013) yang bertajuk

Penggunaan Kaedah 3B (Batang Aiskrim, Buku Garis Empat dan Bimbingan Individu)

Dalam membantuMurid Pemulihan menjarakkan ruang antara perkataan dalam tulisan

menunjukkan penggunaan batang aiskrim mampu mengurang masalah yang dihadapai oleh

murid tersebut.Peserta kajiannya terdiri daripada murid pemulihan Tahun 2 Nilam.Hasil

dapatan menunjukkan tulisan murid juga lebih kemas dengan membuat latihan dalam buku

garis empat.Murid juga boleh menjarakkan tulisan tanpa menggunakan batang aiskrim dan

membaca dengan lancar.

Kajian oleh Rasyiqah Binti Yaacob ( 2012) mengenai keberkesanan Penggunaan

Kaedah Latih tubi dan Salin dan Jalin dalam meningkatkan kemahiran menulis Pemulihan

membuktikan bahawa kaedah latih tubi dan salin jalin dapat meningkatkan kemahiran

menulis.Kajian ini dijalankan di SK Bari Pantai, Merang, Setiu, Trengganu. Sampel kajian ini

melihatkan hanya senarai lima orang murid lelaki Tahun empat kelas pemulihan ( Intan

terpilih ). Pelaksanaan kajian ini pula dijalankan melalui beberapa Instrumen kajian seperti

kaedah pemerhatian,temubual separa berstruktur dan juga ujian pra dan pasca.

Mengikut kajian yang di jalankan oleh Zulaika binti Mohd Ali (2012) yang bertajuk “

Penggunaan Kobinasi Kaedah dalam memperbaiki Kekemasan Tulisan Murid Tahun Lima “

menunjukkan penggunaan kombinasi kaedah yang menggabungkan penggunaan warna,

penggunaan buku dan lembaran garis tiga, lembaran garis dua, kaedah ansur maju serta

bimbingan individu. Kajian dijalankan di SK. Mawar Biru (nama samara) dan mengajar kelas

5 seroja ( nama samara ). Tindakan yang dijalankan dalam kajiannya Berjaya memperolehi

kekemasan kekemasan tulisan Vic iaitu peserta kajian yang sebelum initulisan Vic agak

besar dan kesan pensel Yang terlalu kuatditekan menyebabka tulisannya nampat comot.

Berdasarkan kajian-kajian yang lepas, ia jelas membukti bahawa sangat penting bagi

murid-murid untuk memperbaiki kekemasan tulisan mereka. Ia menguji tahap penulisan

murid dalam kertas Peperiksaa Bahasa Penulisan . Menyedari akan kepentinga menulis,

maka pengkaji telah mengambil masalah penulisan ini untuk menjadi fokus kajian.

2.0. Fokus Kajian.

2.1. Tinjauan.

Untuk kajian ini, pengkaji memfokuskan kepada masalah tulisan yang tidak kemas yang

didapati masih dihadapi oleh beberapa orang murid Tahun satu .Terdapat pelbagai

kesalahan dalam kemahiran menulis yang menyumbang kepada tulisan yang

tidak kemas dan sukar dibaca. Antara kesalahan-kesalahan tersebut adalah

seperti berikut :

i. Formasi atau bentuk huruf yang salah atau tidak tepat

5

Page 6: Proposal

MAIMUNAH BT. AGAT PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAHPPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7 BMM3113

ii. Huruf-huruf ditulis secara bertindih 

iii. Bentuk huruf ditulis terlalu condong

iv. Huruf besar dan huruf kecil bercampur

v. Jarak antara huruf dan perkataan yang terlalu rapat   

Salah satu keperluan akedemik di sekolah ialah kebolehan menulis.Kebolehan

menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah.Oleh itu, pengkaji

merancang beberapa tindakan bagi membantu murid-murid ini memperbaiki

tulisan mereka.Pengkaji merangka beberapa tindakan bagi membantu murid-

murid ini memperbaiki tulisan mereka.Pengkaji merangka beberapa tindakan

berdasarkan pembacaan mengenai cara membaiki tulisan melalui kajian-kajian

terdahulu

Dalam kajian ini, pengkaji menengahkan masalah yang dihadapi oleh beberapa

orang murid dari kelas Tahun 1.Masalah yang dihadapi oleh kelas tersebut ialah tulisan tidak

kemas. Tulisan mereka buruk, bengkang bengkok, tidak menulis mengikut garisan yang

terdapat pada buku latihan dan saiz antara perkataan tidak sama. Tulisan mereka juga

sukar untuk dibaca. Antara kesilapan gaya penulisan yang sering didapati dalam kalangan

murid ini ialah cara memegang pensel yang tidak betul, kedudukan tangan dan buku yang

tidak betul, saiz antara perkataan yang tidak konsisten, ruang antara perkataan yang tidak

tepat dan tidak dapat menulis perkataan dengan betul.

Kajian yang akan dijalankan adalah bertujuan untuk membantu murid dalam kelas

Tahun 1, menulis dengan teratur dan kemas. Kaedah ansur maju merupakan kaedah murid

mempelajari kemahiran menulis secara beransur-ansur yang bermula dengan langkah

paling asas dan kemudian beralih kepada langkah yang lebih sukar sehingga mereka

menguasai kemahiran menulis.Beberapa instrumen seperti soalan temu bual, borang soal

selidik, borang taburan keputusan murid dan borang pemerhatian telah digunakan untuk

mengumpul data kajian.Data kemudian dianalisis menggunakan peratus dan

bilangan.Secara keseluruhannya, kajian mencadangkan kaedah ansur maju mempunyai

kesan dalam membaiki tulisan murid.

Tinjauan awal ini mendapati cara duduk, dan cara memegang alat tulis respoden

adalah salah. Menurut Levine ( 1987 ), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi

bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan

kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel.

2.2. Analisis tinjauan masalah.

Berdasarkan kajian yang akan dijalankan, pengkaji akan menggunakan teknik pemerhatian,

temu bual, soal selidik dan penelitian dokumen. Melalui pemerhatian pengkaji mendapati

6

Page 7: Proposal

MAIMUNAH BT. AGAT PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAHPPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7 BMM3113

empat orang murid yang dikenalpasti menghadapi masalah tidak kemas dan teruk seperti

cakar ayam. Dalam kajian ini , pengkaji menggunakan foto sebagai alat pemerhatian.

Selain daripada itu pengkaji juga menggunakan teknik temubual untuk mendapatkan data

kualitatif.Temubual kualitatif merujuk kepada temubual di mana pengkaji mengemukakan

soalan-soalan terbuka kepada seseorang, merekod jawapannya.Membuat transkripsi dan

akhirnya menganalisis data tersebut. Penelitian dokumen pula akan digunakan untuk melihat

perbezaan dan peningkatan sebelum dan selepas kajian dijalankan. Penelitian melibatkan

hasil tulisan responden melalui buku latihannya.

Kesimpulannya, pengkaji telah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh responden

khususnya yang berkaitan dengan tulisan yang tidak cantik dan sukar dibaca dan empat orang

telah dikenalpasti iaitu tiga lelaki dan dua perempuan.Pengkaji juga telah mengenalpasti

punca masalah dan memilih kaedah ansur maju untuk mengatasi massalah mereka.

3.0. Objektif kajian.

Objektif kajian pengkaji adalah seperti berikut ;

3.1. Mengenalpasti punca masalah tulisan tidak kemas dalam kalangan

murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Lichok, Roban

3.2. Mengaplikasikan kaedah Ansur Maju bagi menangani masalah

tulisan tidak kemas dalam kalangan murid Tahun Satu Sekolah

Kebangsaan Lichok, Roban.

3.3. Mengenalpasti kesan pengaplikasian kaedah Ansur Maju dalam

kalangan murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Lichok, Roban.

4.0. Soalan kajian.

Pengkaji telah menetapkan soalan-soalanberikut untuk dikaji.

4.1. Apakah punca masalah tulisan tidak kemas dalam kalangan murid

Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Lichok, Roban.

4.2. Bagaimanakah kaedah Ansur Maju diaplikasika bagi menangani

masalah tulisan tidak kemas kalangan murid Tahun 1 Sekolah

Kebangsaan Lichok, Roban.?

4.3. Apakah kesan pengaplikasian kaedah Ansur Maju kalangan murid

Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Lichok, Roban.?

5.0. Kumpulan sasaran.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menfokuskan kepada empat orang murid Tahun

satu Sekolah Kebangsaab Lichok, Roban sebagai respoden.Mereka terdiri

7

Page 8: Proposal

MAIMUNAH BT. AGAT PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAHPPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7 BMM3113

daripada tiga orang lelaki dan seorang perempuan.Keseluruhan murid tahun satu

mempnyai sepuluh orang murid.Semua respoden kajian dipilih berdasarkan

beberapa kriteria yang telah ditetapkan.Pengumpulan data menggunakan

instrument analisis dokumen, pemerhatian dan temubual.

Sebagai guru Bahasa Melayubagi kelas ini, pengkaji menghadapi masalah

semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana sukar untuk membaca

tulisan respoden-responden ini. Oleh sebab itulah pengkaji memilih kelas ini

sebagai kelas kajian oleh pengkaji. Pengkaji juga telah mengenalpasti punca

masalah tersebut dan ingin menggunaka kaedah Ansur Maju untuk memperbaiki

kekemasan tulisan responden

6.0. Tindakan yang dicadangkan.

6.1. Model Kurt Lewin

Lewin (1946) menjelaskan bahawa sesebuah penyelidikan perlu diikuti

dengan tindakan sosial. Beliau mengemukakan satu model pilin dan setiap pilin

atau kitaran itu mengandungi lagkah-langkah perancangan, tindakan dan

peninjauan atau pencarian fakta mengenai kesan atau keputusan sesuatu

tindakan itu (Lewin, 1948). Kitaran tersebut dapat dilihat melalui gambar rajah di

bawah:

8

Mengenalpasti idea umum atau idea awal

Model Kurt Lewin (1948)Mengambil langkah tindakan kedua

Page 9: Proposal

MAIMUNAH BT. AGAT PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAHPPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7 BMM3113

Menurut Lewin, langkah pertama ini meneliti dan mengenalpasti sesuatu

idea atau amalan. Ini diikuti dengan pencarian fakta berkaitan dengan situasi

yang diperlukan. Sekiranya langkah awal ini dapat dilakukan, perancangan

keseluruhan akan dibuat dan keputusannya akan dianggap sebagai langkah

pertama sesuatu tindakan.

Langkah seterusnya mengandungi langkah-langkah perancangan,

pelaksanaan dan tinjauan atau pencarian fakta dengan tujuan untuk dibuat

penilaian ke atas keputusan langkah kedua ini. Seterusnya, asas untuk langkah

ketiga dibuat yang mungkin melibatkan pembetulan, penambahbaikan atau

modifikasi rancangan keseluruhan tadi.

6.2. Aktiviti yang dicadangkan.

6.2.1.Intervensi 1( Pratulisan.)

Lankah 1 : Permainan dart ( teknik pegang pensel )

Langkah 2 :Permaian “ Maze “ Pergerakan jari atas corak ( koordidasi

mata dan tangan )

Langkah 3 : Mewarna bentuk-bentuk

Langkah 4 : Menulis di atas huruf putus-putus

Langkah 5 : Menconteng/ Membentuk corak

Pengkaji memperkenalkan satu permainan dart bagi melatih responden

memegang pensel dengan cara yang betul. Responden bermain mengikut giliran

dan masa yang ditetapkanoleh pengkaji. Pengkaji akan sentiasa mengawasi

keadaan.Setiap permainan yang dirangka untuk Intervensi 1 ini adalah untuk

pratulisan, persediaan kepada responden sebelum memasuki aktiviti menulis

yang sebenar. Aktiviti yang dijalankan pada peringkat Intervensi 1 ini bertujuan

melatih responden dengan kemahiran menulis iaitu koordinasi mata dan

tangan.Aktiviti ini mengambil masa lebih kurang 10 minit setiap hari sepanjang

Intervensi 1.

6.2.2.Intervensi 2

Langkah 1 : menyalin perkataan dengan meletakkan ibu jari

telunjuk

hampir dengan mata pensel.

Langkah 2 : Menyalin perkataan pada buku bergaris empat

berwarna

9

Page 10: Proposal

MAIMUNAH BT. AGAT PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAHPPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7 BMM3113

Besar

Langkah 3 :Menyalin perkataan pada buku bergaris empat

berwarna

Sederhana.

Langkah 4 : Menyalin perkataan pada buku bergaris empat

berwarna

Kecil.

Responden menulis perkataan-perkataan secara ansur maju dan berulang

dengan menggunakan buku penulisan bergaris empat. Postur badan dan cara

responden memegang pensel akan dipantau dari masa ke semasa. Latihan-

latihan penulisan ini akan dikumpul dan dianalisis untuk melihat kekemasan dan

kecantikan tulisan responden.

6.2.3. Intervensi 3 :

Langkah 1 :Menyalin simpulan bahasa pada buku garis tiga

besar

Langkah 2 : Menyalin simpulan bahasa pada buku garis tiga

Sederhana

Langkah 3 : Menyalin lirik lagu bahasa pada buku garis tiga

Sederhana

LATIH TUBI.

Aktiviti menulis akan dipertingkatkan dengan menulis simpulan bahasa dan lirik

lagu pada ruangan yang telah disediakan. Aktiviti ini mungkin tidak akan

membosankan kerana tidak dapat dinafikan ramai murid sekolah meminati

muzik dan nyanyian dan sanggup menyalin lirik lagu semasa atau terkenal.

6.2.4.Intervensi 4

Menyalin ayat mudah.

Dalam intervensi 4 , responden akan diminta menulis ayat mudah sebagai

aktiviti yang lebih mencabar. Pada peringkat ini responden diminta meletakkan

ibu jari diantara setiap perkataan yang ditulis dalam ayat.Ini bertujuan untuk

memulihkan atau menjarakkan tulisan responden agar tidak terlalu rapat.Ayat

yang ditulis adalah berperingkat-peringkat dan tidak terlalu panjang.

Setelah selesai setiap intervensi , pengkaji akan menguji responden dengan cara

menggunakan bahan penilaian yang berkaitan . Responden akan menggunakan

10

Page 11: Proposal

MAIMUNAH BT. AGAT PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAHPPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7 BMM3113

pengetahuan yang mereka ada untuk menulis semula perkataan yang telah

dilihat sebelum ini, Latih tubi amat diperlukan dan kaedah ansur maju ini.

Setelah melaksanakan ujian menulis dalam intervensi 4 , Pengkaji akan

membuat penilaian terhadap hasil kerja tersebut. Berdasarkan penilaian yang

dibuat, responden yang telah mempamerkan kekemasan pada tulisannya akan

dibuat tindakan selanjutnya, manakala responden yang masih belum

menghasilkan tulisan yang kemas akan terus dibimbing dengan latih tubi dengan

mengulangi semula intervensi 3 dan 4 untuk memastikan bahawa murid yang

masih lagi tidak melepasi tahap yang diinginkan itu dapat melakasanakannya

dengan lebih baik.

Setelah pengkaji melaksanakan pusing kedua bagi responden yang belum

mencapai tahap di langkah di intervensi 5, guru mula mengumpulkan hasil

dapatan yang diperolehi. Hasil tersebut direkodkan ke dalam penulisan Kajian

Penyelidikan Tindakan yang akan dihasilkan kelak. Justeru itu, pengkaji sendiri

dapat merumuskan bahawa kaedah yang digunakan iaitu Kaedah Ansur Maju

berhasil untuk dilaksanakan ataupun tidak. Segala keputusan dan tindakan yang

dilaksanakan akan dijilitkan

.

6.3. Kaedah mengumpul data

Setelah memperoleh data-data yang dikehendaki dengan cara pemerhatian,

ujian, temu bual serta latihan penilaian. Teknik pengumpulan data juga perlu

bersesuaian dengan cara bagaimana sesuatu data itu hendak dikumpul atau

direkodkan. Berikut adalah beberapa teknik pengumpulan data yang dirancang

dalam merekod maklumat atau data yang diperolehi.

Mengikut Creswell (2002), pengumpulan data terdiri daripada tiga jenis sama

ada kuantitatif, kualitatif atau gabungan kedua-duanya. Dalam usaha

penyelidikan ini, pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah kuantitatif

dan kualitatif.Kaedah ini dipilih dengan tujuan memperoleh keboleh percayaan

yang tinggi bagi kutipan data-data dari responden serta sampel.

6.3.1.Teknik Pemerhatian.

Teknik pemerhatian merupakan salah satu teknik pengumpulan data yang sesuai digunakan

bagi mengenal pasti masalah sama ada pada peringkat awal atau sepanjang proses

tindakan. Dalam teknik pemerhatian ini boleh terbahagi kepada beberapa bahagian

11

Page 12: Proposal

MAIMUNAH BT. AGAT PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAHPPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7 BMM3113

antaranya pemerhatian di awal tindakan, pemerhatian ketika tindakan berjalan dan

pemerhatian di akhir tindakan.

Pemerhatian di awal tindakan adalah seperti membuat pemerhatian terhadap,

perlakuan , hasil kerja murid yang lepas, antaranya membuat semakan terhadap buku

latihan murid dan ujian bulanan murid yang lepas. Pemerhatian ini adalah untuk

mendapatkan gambaran awal mengenai masalah yang dihadapi murid serta mengenal

tahap prestasi murid ketika itu. Berikut adalah contoh borang teknik pemerhatian di awal

tindakan dalam proses pengumpulan data.

Teknik Pemerhatian Ketika Tindakan pula adalah pemerhatian yang akan dilakukan

sepanjang proses tindakan itu berjalan. Ini bermaksud bermulanya penerangan sehingga

tamat menjalankan kaedah yang dirancang, pemerhatian akan sentiasa berlaku. Ia

disebabkan guru ingin melihat dan meneliti sebarang perkembangan dan perubahan yang

berlaku terhadap prestasi murid ketika menjalankan kaedah tersebut. Ini adalah penting

kerana ia dapat mengenal pasti sama ada murid mampu membuat perubahan yang positif

dalam masa yang lebih singkat dari jangkaan guru atau sebaliknya.

Bagi teknik pemerhatian di akhir pula, tindakan dijalankan selepas melaksanakan

kaedah Ansur Maju tersebut. Pemerhatian ini adalah bertujuan bagi memastikan murid-

murid dapat menerima dengan baik atau juga dapat menilai sama ada kaedah yang

digunakan itu mampu dilaksanakan dengan jayanya atau pun tidak.

6.3.2. Teknik Temu Bual

Temubual merupakan satu pemerhatian yang lebih menjurus kepada respon berbentuk

verbal dan juga gerak badan. Temubual membolehkan guru mengkaji dengan lebih

terperinci akan masalah murid-murid tersebut. ini juga menurut Merriem (1998) penggunaan

temubual bertujuan untuk mengumpulkan maklumat yang tepat sepeti sosiodemografik,

umur, pendapatan, taraf perkahwinan, tahap pendidikan dan sebagainya.

Di sini pengkaji dapat membuat temubual bersama guru pembimbing dan guru kelas

bagi mengetahui akan masalah yang dihadapi oleh murid dan juga guru sendiri boleh

membuat tamubual bersama murid itu sendiri.

6.3.3. Bukti Dokumen

Di samping teknik pemerhatian dan temu bual, saya juga memperolehi data daripada

dokumen.Pengutipan maklumat daripada dokumen ini membolehkan saya menambah,

membandingkan dan memperkukuh lagi data-data yang diperoleh daripada teknik

pemerhatian dan teknik temu bual.Dokumen ini kemudiannya saya analisis untuk melihat

bentuk, pola dan trend yang berlaku selain menyediakan bukti kukuh untuk menguatkan

12

Page 13: Proposal

MAIMUNAH BT. AGAT PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAHPPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7 BMM3113

kredibiliti teknik temu bual dan pemerhatian.Untuk kajian ini, dokumen yang pengkaji kutip

adalah hasil kerja murid iaitu tulisan.

6.3.4. Soal selidik

Soal selidik ini dijalankan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh responden

sewaktu menulis mengikut kedudukan yang betul dan saiz yang sesuai. Pengkaji juga perlu

mengetahui cara responden ini berfikir sewaktu mereka menulis dengan kemas dan cantik.

Selain itu, pengkaji juga akan menganalisis hasil soal selidik ringkas untuk mendapatkan

maklumat lengkap berhubung latar belakang, minat dan pandangan responden tentang

program kajian tindakan yang bertujuan untuk membantu pengkaji dalam membimbing

responden agar dapat menguasai kemahiran menulis mekanis dengan cekap. Bahkan

melalui data yang diperolehi juga, pengkaji akan dapat menambah baik pengajarannya

menggunakan teknik yang digunakan. Begitu juga murid-murid benar-benar mengetahui

cara serta teknik yang digunakan.

6.4. Perancangan dan cara menganalisis data.

 Analisis data adalah suatu kegiatan untuk meneliti, memeriksa, mempelajari,

membandingkan data yang ada dan membuat interpretasi yang

diperlukan.Selain itu, analisis data dapat digunakan untuk mengindentifikasi ada

tidaknya masalah.Kalau ada, masalah tersebut harus dirumuskan dengan jelas

dan benar.

   Kegunaan analisis data adalah sebagai bahan masukan untuk pengambilan

keputusan, perencanaan, pemantauan, pengawasan, penyusunan laporan,

penyusunan statistik pendidikan, penyusunan program rutin dan pembangunan,

peningkatan program pendidikan, dan pembinaan sekolah. 

Kaedah gabungan ataupun mixed method digunakan pengkajiuntuk menjalankan

penyelidikan masalah kekemasan tulisnan beberapa orang responden dalam

tahun satu.. Menurut L.R. Gay et.al (2009) Kaedah Campuran (gabungan) adalah

reka bentuk penyelidikan pendekatan campuran yang menggabungkan

pendekatan kualitatif dan kuantitatif dengan memasukkan kedua-dua data

kualitatif dan kuantitatif dalam satu kajian. Kaedah campuran atau gabungan ini

adalah untuk menghasilkan penyelidikan kualitatif dan kuantitatif yang kukuh

untuk memahami fenomena kajian dengan sepenuhnya berbanding

menggunakan kualitatif dan kuantitatif secara sendiri . Di samping untuk

memantapkan sokongan terhadap sesuatu isu, hujah atau dapatan yang

diperoleh daripada pelbagai perspektif sama ada kualitatif atau kuantitatif.

13

Page 14: Proposal

MAIMUNAH BT. AGAT PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAHPPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7 BMM3113

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan data kualitatif yang akan diperoleh

dengan cara pemerhatian dan analisis dokumen manakala data kuantitatif

diperoleh daripada kaedah pengumpulan data iaitu ujian dan soal selidik.

6.4.1.Analisis Pemerhatian.

Pengkaji membuat analisis hasil pemerhatian yang telah dicatat dalam nota

lapangan untuk mengenalpasti tingkah laku dan minat murid semasa

melaksanakan tindakan. Berdasarkan analisis catatan nota lapangan , pengkaji

dapat mengenalpasti perasaan dan perkembangan responden sepanjang

pelaksaan tindakan.

6.4.2.Analisisi Temu Bual

Pengkaji menganalisis hasil temu bual yang berbentuk transkrip temu bual.

Analisis temu bual dilaksanakan untuk melihat kesan tindakan terhadap

responden.

6.4.3.Analisis Dokumen

Data yang dianalisis juga terdiri daripada hasil temu bual bersama responden,

hasil lembaran kerja, borang senarai semak dan hasil kerja murid . Lembaran

kerja responden terdiri daripada hasil kerja yang dibuat oleh murid dan direkod

dalam hasil senarai semak lembaran kerja murid. Ujian pelepasan dianalisis bagi

melihat perkembangan responden sebelum dan selepas tindakan.

6.3.3 Analisis soal selidik

Hasil daripada soal selidik bersama responden Tahun 1 juga akan digunakan untuk

menganalisis data yang diperolehi. Soal selidik ini dijalankan bagi menganalisis masalah

yang dihadapi oleh responden sewaktu menulis mengikut kedudukan yang betul dan saiz

yang sesuai. Pengkaji juga perlu mengetahui cara responden ini berfikir sewaktu mereka

menulis dengan kemas dan cantik. Selain itu, pengkaji juga akan menganalisis hasil soal

selidik ringkas untuk mendapatkan maklumat lengkap berhubung latar belakang, minat dan

pandangan responden tentang program kajian tindakan yang bertujuan untuk membantu

pengkaji dalam membimbing responden agar dapat menguasai kemahiran menulis mekanis

dengan cekap. Bahkan melalui data yang diperolehi juga, pengkaji akan dapat menambah

baik pengajarannya menggunakan teknik yang digunakan. Begitu juga murid-murid benar-

benar mengetahui cara serta teknik yang digunakan.

14

Page 15: Proposal

MAIMUNAH BT. AGAT PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAHPPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7 BMM3113

6.3.4 Analisis Ujian

Teknik ujian dijalankan untuk mengetahui tahap keberkesanan teknik yang telah

dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia Tahun 1. Ujian

yang dijalankan akan menilai kemahiran responden menulis dengan kemas mengikut

kedudukan yang betul dan saiz yang sesuai. Selepas intervensi dilaksanakan, pengkaji akan

menjalanakan ujian akhir bagi mendapatkan data serta seterusnya menganalisis data

tersebut bagi melihat keberkesanan teknik yang digunakan. Berikut merupakan pecahan

skor pemarkahan analitik yang akan digunakan oleh pengkaji dalam kajian tindakan ini.

Gred Peratus Markah(%) Tahap Keberkesanan

A 80 -100 cemerlang

B 60 – 79 memuaskan

C 40 – 59 tidak memuaskan

D 0 – 39 gagal

7.0. Jadual: Skor Pemarkahan Analitik

Skor markah yang akan diperolehi pada peringkat awal (ujian pra) dan akhir (ujian pasca) .

Kajian ini dapat menunjukkan kepada pengkaji berkenaan pencapaian responden. Hasil

dapatan akan digunakan oleh pengkaji untuk membuat perbandingan pencapaian

responden dengan murid-murud Tahun 1 yang lain.

7.0 Perancangan Pelaksanaan Kajian

7.1 Jadual Pelaksanaan

Tindakan kajian ini akan dilaksanakan berdasarkan kepada jadual pelaksanaan seperti

jadual berikut:

Bil Aktiviti/Tindakan Tarikh

1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal

menggunakan Ujian Pra

14 Februari 2015

2. Menulis proposal kajian 18 Februari 2015

3. Perancangan tindakan 28 Februari 2015

4. Melaksanakan Tindakan 1 – Intervensi 1 13 April 2015

15

Page 16: Proposal

MAIMUNAH BT. AGAT PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAHPPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7 BMM3113

5. Refleksi, perbincangan dan analisis data Tindakan 1 17 April 2015

6. Melaksanakan Tindakan 2 – Intervensi 2 27 April 2015

7. Refleksi, perbincangan dan analisis data Tindakan 2 30 April 2015

8. Melaksanakan Tindakan 3 – Intervensi 3 11 Mei 2015

9. Refleksi, perbincangan dan analisis data Tindakan 3 15 Mei 2015

10. Melaksanakan Tindakan 4 – Intervensi 4 18 Mei 2015

11. Refleksi, perbincangan dan analisis data Tindakan 4 22 Mei 2015

12. Penilaian khas – Ujian Pasca untuk menilai pencapaian

murid

22 Jun 2015

13. Refleksi kajian 29 Jun 2015

14. Menulis laporan kajian 06 Julai 2015

15. Pembentangan hasil atau dapatan kajian Oktober 2015

Jadual 2: Pelaksanaan Kajian

8.0. Perancangan Pelaksanaan Kajian.( Jadual Pelaksanaan dan kos kajian )

Bil Item/Perkara Kuantiti Harga Seunit Jumlah

1. Kertas Putih A4 1 RM 10.00 RM 10.00

2. Dakwat Printer 1 RM 80.00 RM 80.00

3. Buku Rujukan 2 RM 20.00 RM 40.00

4. Cetakan Bahan - RM 20.00 RM 20.00

5. Minyak Kenderaan - RM 50.00 RM 50.00

6. Alat Tulis - RM 20.00 RM 20.00

Jumlah Keseluruhan RM 220.00

7.0 Jadual Belanjawan

16

Page 17: Proposal

MAIMUNAH BT. AGAT PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAHPPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7 BMM3113

9.0. Penulisan Refleksi.

Saya berasa sangat bersyukur kepada Ilahi kerana dengan izin-Nya dapatlah

saya menyiapkan TugasanKertas Cadangan Penyelidikan Tindakan di sekolah

yang bertajuk“ Penggunaan Kaedah Ansur Maju bagi meningkatkan Kemahiran

menulis murid Tahun satu di Sekolah Kebangsaan Lichok, Roban “ .

Saya memilih tajuk ini kerana beberapa sebab . Antara sebab utamanya

ialah ingin membetulkan  perlakuan dalam aspek tulisan . Ini kerana ada antara

guru yang masih belum dapat memberi penekanan sepenuhnya berkaitan

teknik menulis dengan betul. Terdapat banyak perkara yang saya pelajari dalam

membuat tugasan ini . Antaranya ialah saya dapat belajar cara dan teknik yang

betul untuk membuat Kertas Cadangan dalam usaha menyempurnakan tugasan

ini . Membuat suatu Kertas Cadangan bukanlah suatu benda yang mudah kerana

kita harus meneliti dengan betul setiap apa yang ingin kita kaji dan memahami

mengenai kajian kita sebelum kita membuat sebuah Kertas Cadangan yang

lengkap.

17

Page 18: Proposal

MAIMUNAH BT. AGAT PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAHPPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7 BMM3113

Dalam tugasan ini, saya belajar bagaimana cara ingin mendapatkan

maklumat daripada responden iaitu murid saya sendiri yang lebih tepat

dikatakan dengan teknik mengumpul data. Melalui tugasan ini saya akhirnya

lebih memahami masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar saya dalam usaha

saya ingin mendekati mereka untuk mengumpul data . Kelebihan ini saya

gunakan untuk mendapatkan lebih lagi maklumat mengenai apa sebenarnya

masalah yang dihadapi oleh pelajar ini dan seterusnya mencari jalan

penyelesaian atau teknik yang sesuai dalam menyelesaikan masalah tulisan

yang tidak kemas yang dihadapi oleh pelajar saya.

Mengenai pengalaman yang saya alami ialah saya berasa amat gembira

kerana telah memperoleh pengalaman yang baru iaitu pengalaman yang

sebelum ini tidak pernah saya perolehi. Sebelum ini saya hanya melihat masalah

tulisan yang tidak kemas itu adalah satu masalah yang akan selesai sendiri

apabila pelajar itu meningkat umurnya kerana bagi saya pelajar Tahun 1 masih

terlalu muda untuk mempelajari mengenai tulisan yang cantik dan kemas

sehingga bagi saya itu adalah masalah biasa. Namun begitu, setelah mengkaji

mengenai perkara ini , saya sedar bahawa sebenarnya banyak perkara yang

boleh kita lakukan, iaitu teknik-teknik untuk menyelesaikan masalah tulisan tidak

kemas ini. Yakni masalah ini haruslah diselesaikan dari mula , iaitu dari akar

umbi lagi sewaktu kanak-kanak ini masih kecil, dalam umur sebegitu. Bak kata

pepatah, “Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”. Oleh itu, dengan adanya

usaha sebegini daripada pihak guru akan membantu pelajar ini memperbaiki

tahap tulisan mereka supaya tidak terbawa-bawa dengan tulisan yang tidak

kemas ini semasa mereka melangkah ke tahap yang lebih tinggi. Semoga

dengan cara ini, para pelajar juga akhirnya dapat meningkatkan pemahaman

dan minat belajar mereka dalam bahasa Melayu ini.

Sepanjang proses pelaksanaannya , saya ingin merakamkan jutaan terima

kasih kepada Pensyarah Pembimbing, Tuan Haji Olen Bin Tabor dan guru besar

yang banyak memberi input yang sangat berguna  berkaitan Kertas Cadangan ini

. Selain itu ribuan terima kasih juga saya hulurkan kepada  guru panitia Bahasa

Melayu, guru kelas Tahun satu dan semua pihak yang terlibat secara langsung

atau secara tidak langsung yang selalu membimbing saya memantapkan lagi

proses menyediakan Kertas Cadangan ini. Saya juga sangat terhutang budi

dengan rakan-rakan sealiran saya yang membantu saya membuat refleksi

berkaitan pengajaran dan pembelajaran saya. Dengan adanya bantuan mereka ,

saya dapat menyiapkan Kajian Tindakan ini dengan jayanya.

18

Page 19: Proposal

MAIMUNAH BT. AGAT PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAHPPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7 BMM3113

            Saya berharap dengan adanya kajian tindakan ininanti , dapatlah saya

jadikan ia sebagai panduan  dan rujukan . Selain itu , ia juga boleh dijadikan

rujukan dan panduan untuk rakan-rakan seperjuangan saya.

Rujukan

Abdul Rasid Jamian. (2008) Permasalahan Kemahiran Membaca dan

Menulis Bahasa Melayu Murid-murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar:

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.

 Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin.(2008). Keupayaan kemahiran

membaca dan menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan

19

Page 20: Proposal

MAIMUNAH BT. AGAT PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAHPPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7 BMM3113

luar bandar.Kertas kerja di Konvensyen Pendidikan Nasional

2008.Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2-4 Jun 2008.

Mohd Nor Izwan Bin Sulaiman. (2009). Aktiviti pemulihan

penulisan.Dimuatturun daripada

http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/50-pemulihan-

tulisan.html pada 19 Oktober 2009.

Mohd Nor Izwan Bin Sulaiman. (2009). Aktiviti pemulihan penulisan.

Dimuatturun daripada

http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/50-pemulihan-

tulisan.html pada 19 Oktober 2009

Noraini Ombi (2009: 215-227), Kajian Kes Ke Atas Kekemasan Tulisan

Murid Tahun 2 dalam Kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Buku Koleksi

Kertas Kerja    Seminar Penyelidikan IPGM KBL.

Norhadi Bin Sarponen.(2009). Kemahiran asas menulis. Dimuat turun

daripada http://cikguhaidi.wordpress.com/category/bahanbantumengajar/

html pada 20 Oktober 2009.

Mohd Nor Izwan Bin Sulaiman. (2009). Aktiviti pemulihan

penulisan.Dimuatturun daripada

http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/50-pemulihan-

tulisan.html pada 19 Oktober 2009.

http://mariasalamperpaduan.blogspot.com/2011/12/contoh-kajian-

tindakan-masalah.html. Pada 13 Februari 2012.

Pressey & Pressey. (1926). Analyses of Three Thousand Illegibilities in the

Handwriting of Children and Adults, Educational Research Bulletin, VI

(13)

20