pengenalan edu sem 8 tugasan

2
PENGENALAN Profession perguruan sungguh mencabar. Untuk menjadi seorang guru dan pengurus pendidikan yang baik, seseorang guru haruslah peka dengan perkembangan terkini yang sentiasa mendatang juga sanggup untuk menghadapi proses kepimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid,1995 ). Justeru itu, dengan perlaksanaan pelbagai reformasi dan pendidikan sudah pasti menjadi peranan dan tanggungjawab para guru mejadi lebih besar, mencabar dan kompleks. Cabaran dan tanggungjawab yang bertambah juga perubahan kurikulum dan ko-kurikulum baru dalam sistem pendidikan Malaysia sering dikaitkan dengan fenomena guru mengambil keputusan menukar kerjaya dan bersara awal. Perubahan yang sentiasa berlaku menyebabkan tugas guru semakin banyak di samping harapan masyarakat terhadap para guru semakin menggunung tinggi. Dengan itu, guru berasa amat tertekan kerana tidak mampu menangani tugas dan harapan yang sentiasa berterusan mengalami perubahan. Menurut Girdano, (1979) individu tidak mungkin dapat berfungsi dengan berkesan dan produktif jika ia dalam keadaan tertekan. Perasaan tertekan menjadi seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat menunpukan perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati, terhadap kerja yang dilakukan. Hal demikian akan menghalang seseorang mewujudkan sifat peribadi positif, bertoleransi dan kasih sayang. Kerjaya sebagai guru adalah satu profesion yang sungguh mencabar memandangkan tugasnya yang begitu banyak dan sungguh berat. Di Malaysia persoalan mengenai tekanan kerja di kalangan guru- guru juga menjadi topik hangat yang sering diperkatakan.Basirun(1995) menyatakan antara masalah utama guru adalah masalah kenaikan gaji , peluang kenaikan pangkat, dan beban kerja guru yang keterlaluan. Selain daripada tugas hakiki guru untuk mendidik pelajar, para guru

Upload: dustin-cooper

Post on 14-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PENGENALANProfession perguruan sungguh mencabar. Untuk menjadi seorang guru dan pengurus pendidikan yang baik, seseorang guru haruslah peka dengan perkembangan terkini yang sentiasa mendatang juga sanggup untuk menghadapi proses kepimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid,1995 ). Justeru itu, dengan perlaksanaan pelbagai reformasi dan pendidikan sudah pasti menjadi peranan dan tanggungjawab para guru mejadi lebih besar, mencabar dan kompleks. Cabaran dan tanggungjawab yang bertambah juga perubahan kurikulum dan ko-kurikulum baru dalam sistem pendidikan Malaysia sering dikaitkan dengan fenomena guru mengambil keputusan menukar kerjaya dan bersara awal.

Perubahan yang sentiasa berlaku menyebabkan tugas guru semakin banyak di samping harapan masyarakat terhadap para guru semakin menggunung tinggi. Dengan itu, guru berasa amat tertekan kerana tidak mampu menangani tugas dan harapan yang sentiasa berterusan mengalami perubahan. Menurut Girdano, (1979) individu tidak mungkin dapat berfungsi dengan berkesan dan produktif jika ia dalam keadaan tertekan. Perasaan tertekan menjadi seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat menunpukan perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati, terhadap kerja yang dilakukan. Hal demikian akan menghalang seseorang mewujudkan sifat peribadi positif, bertoleransi dan kasih sayang.Kerjaya sebagai guru adalah satu profesion yang sungguh mencabar memandangkan tugasnya yang begitu banyak dan sungguh berat. Di Malaysia persoalan mengenai tekanan kerja di kalangan guru- guru juga menjadi topik hangat yang sering diperkatakan.Basirun(1995) menyatakan antara masalah utama guru adalah masalah kenaikan gaji , peluang kenaikan pangkat, dan beban kerja guru yang keterlaluan. Selain daripada tugas hakiki guru untuk mendidik pelajar, para guru akan berhadapan dengan karenah disiplin murid yang menambahkan lagi beban kerja guru.Muhammad ( 1995 ) memetik laporan Kongres Kesatuan Guru- Guru Malaysia menyatakan Bahawa guru- guru menghadapi tekanan dengan kerja- kerja persedian mengajar seperti menyediakan rancangan kerja tahunan , bulanan serta harian. Di dalam bilik darjah , guru juga menghadapi tekanan dengan karenah dan bilangan murid yang ramai. Menurut Dunhan (1992) terdapat 5 faktor yang menyebabkan berlakunya tekanan kerja iaitu salah laku pelajar, beban tugas, keperluan penghargaan kekangan masa dan tekanan kerja dikalangan guru sekolah dan hubungan interpersonal.