bahan edu sem 7

32
Konsep Etika Definisi Istilah etika berasal dari perkataaan Yunani kuno iaitu ethos yang membawa erti kebiasaan, adat, akhlak, keperibadian dan watak. Ethos juga membawa maksud adat kebiasaan.[1] Ia juga membawa maksud karakter. Perkataan ethos juga terdapat dalam kamus bahasa inggeris yang bermaksud sifat moral dalam sesuatu bangsa. Dalam bahasa Inggeris, ethic bermaksud akhlak, tatasusila, kesusilaan dan etika. Manakala ethics bermaksud prinsip akhlak, ketatasusilaan dan ilmu etika. Menurut kamus lain, ethic bermaksud system of moral and principal rules of conduct yang bermaksud sistem prinsip akhlak; peraturan-peraturan perilaku. Manakala ethics pula bermaksud sains yang menumpukan perhatian kepada akhlak. Dalam bahasa Melayu, etika bermaksud kepercayaan ataupun tanggapan terhadap sesuatu perkara sama ada ianya benar, salah, baik atau buruk. [2] Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula, etika bermaksud ilmu berkaitan prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Ia juga melibatkan tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Contohnya Etika Perkhidmatan Awam yang melibatkan kakitangan awam. [3] Pembahagian Etika Etika secara umum terbahagi kepada dua jenis iaitu etika berbentuk deskriptif dan normatif. Etika deskriptif adalah disiplin yang membicarakan sistem moral yang dianuti individu atau golongan dan berbeza mengikut perbezaan individu, masa, tempat atau keadaan. Ia dibicarakan dalam aspek yang luas.[4] Manakala etika normatif pula menilai, mengkritik dan membuat keputusan terhadap sistem moral yang ada. Ia juga mencadangkan sistem etika yang standard berpandukan sistem yang sedia ada, contohnya etika pemimpin dan etika perubatan . [5] Etika Menurut Islam Etika dalam Islam adalah akhlak.[6] Ia merujuk kepada nilai akhlak atau prinsip moral yang berdasarkan al-Quran dan Hadith. Etika Islam juga merujuk kepada nilai-nilai baik dan dengan melakukannya seseorang akan mendapat ganjaran pahala. [7] Selain itu ia juga dapat ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan yang mengajarkan mana baik dan mana yang buruk berdasarkan ajaran Allah dan RasulNya.[8] Ciri-Ciri Etika Islam Etika Islam mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri yang membezakannya daripada etika menurut perspektif barat. Ciri-cirinya yang istimewa ini tidak terkandung di dalam etika mengikut falsafah barat. Antara ciri-cirinya adalah seperti indeks untuk menentukan etika

Upload: nik-zarina-yunus

Post on 12-Sep-2015

341 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bahan edu sem 7

TRANSCRIPT

Konsep Etika

Definisi

Istilah etika berasal dari perkataaan Yunani kuno iaitu ethos yang membawa erti kebiasaan, adat, akhlak, keperibadian dan watak. Ethos juga membawa maksud adat kebiasaan.[1]Ia juga membawa maksud karakter. Perkataan ethos juga terdapat dalam kamus bahasa inggeris yang bermaksud sifat moral dalam sesuatu bangsa.

Dalam bahasa Inggeris, ethic bermaksud akhlak, tatasusila, kesusilaan dan etika. Manakala ethics bermaksud prinsip akhlak, ketatasusilaan dan ilmu etika. Menurut kamus lain, ethic bermaksud system of moral and principal rules of conduct yang bermaksud sistem prinsip akhlak; peraturan-peraturan perilaku. Manakala ethics pula bermaksud sains yang menumpukan perhatian kepada akhlak.

Dalam bahasa Melayu, etika bermaksud kepercayaan ataupun tanggapan terhadap sesuatu perkara sama ada ianya benar, salah, baik atau buruk.[2]Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula, etika bermaksud ilmu berkaitan prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Ia juga melibatkan tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Contohnya Etika Perkhidmatan Awam yang melibatkan kakitangan awam.[3]

Pembahagian Etika

Etika secara umum terbahagi kepada dua jenis iaitu etika berbentuk deskriptif dan normatif. Etika deskriptif adalah disiplin yang membicarakan sistem moral yang dianuti individu atau golongan dan berbeza mengikut perbezaan individu, masa, tempat atau keadaan. Ia dibicarakan dalam aspek yang luas.[4]

Manakala etika normatif pula menilai, mengkritik dan membuat keputusan terhadap sistem moral yang ada. Ia juga mencadangkan sistem etika yang standard berpandukan sistem yang sedia ada, contohnya etika pemimpin dan etika perubatan.[5]

Etika Menurut Islam

Etika dalam Islam adalah akhlak.[6]Ia merujuk kepada nilai akhlak atau prinsip moral yang berdasarkan al-Quran dan Hadith. Etika Islam juga merujuk kepada nilai-nilai baik dan dengan melakukannya seseorang akan mendapat ganjaran pahala.[7]Selain itu ia juga dapat ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan yang mengajarkan mana baik dan mana yang buruk berdasarkan ajaran Allah dan RasulNya.[8]

Ciri-Ciri Etika Islam

Etika Islam mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri yang membezakannya daripada etika menurut perspektif barat. Ciri-cirinya yang istimewa ini tidak terkandung di dalam etika mengikut falsafah barat. Antara ciri-cirinya adalah seperti indeks untuk menentukan etika diukur berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah dan bukannya akal semata-mata.[9]

Etika Islam bersifat universal dan komprehensif serta dapat diterima oleh seluruh manusia di setiap masa dan tempat termasuk dalam bidang politik dan kepimpinan. Etika Islam berkait rapat dengan hukum halal dan haram, pahala dan dosa. Termasuk dalam konsep ibadah. Ia tertakluk kepada konsep matlamat tidak menghalalkan cara.

[1]H.Hamzah Yakub. Dr. (1991),Etika Islam: Pembinaan Akhlaqul Karimah. C.5. Bandung : c.v Diponegoro, hal.12.[2]Sharifah Haayati Syed Ismail. Dr. (2000),Budaya dan Etika Kerja Tempatan dan Pengaruhnya Terhadap Perubahan Hukum, Kertas Kerja Seminar Hukum Islam Semasa III Peringkat Kebangasaan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 7-8 November 2000, hal.3.[3]Mohd Tap b. Salleh et.al (1991),Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam.Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara, hal.20-21.[4]Mohd Nasir Omar (1992),Falsafah Etika Barat dan Islam. C.2. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, h. 20-21.[5]Ibid.[6]Ibid.[7]Sharifah Hayaati Syed Ismail. Dr., (2000),Op.cit.,h.6.[8]H. Hamzah Yakub . Dr., (1991),0p.cit.,h.13.[9]H.Hamzah YaKub. Dr., (1991),Op.cit., h.14BUDAYA ETIKA DAN INTEGRITI MEMBENTUK BUDAYA KERJA CEMERLANG

Untuk melangkah ke masa hadapan yang lebih cemerlang, negara kita harus bijak mengurus kejayaan, serta dengan tegas dan berkesan mengatasi pelbagai kelemahan dan kekurangannya. Cabaran besar yang perlu ditanganinya dalam usaha tersebut ialah pemantapan etika dan integriti.Budaya ethika dan integriti adalah selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Etika:Adalah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion.

Integriti:Secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dalam tindakan sehari hari.

Budaya kerja

Merujuk kepada nilai, kepercayaan dan sikap nilai, kepercayaan dan sikap pekerja terhadap pekerjaan.

Integriti Bukan Isu Rasuah sahajaIsu integriti bukan hanya terfokus kepada isu-isu rasuah sahaja, malah ia merupakan satu konsep yang lebih besar. Amalan budaya kerja juga menuntut integriti. Integriti dalam ketepatan waktu, integriti dalam menyampaikan maklumat, integriti dalam memberi perkhidmatan terbaik, integriti dalam berhubung dengan ketua jabatan, rakan sekerja dan juga kakitangan sokongan.

Budaya Kerja Dalam OrganisasiBudaya etika dan integriti ini adalah amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia memastikan perlaksanaan apa jua program serta matlamat dicapai dengan baik serta beretika. Antara objektifnya:1. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya ia menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang.3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan5. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

Budaya Kerja Berkualiti

Bagi membentuk budaya kerja yang berkualiti dalam organisasi, beberapa ciri harus diberi perhatian;

i) Orientasi warga kerja haruslah bergerak di atas landasan yang betul sebagai prasyarat bagi menjayakan budaya kerja cemerlang iaitu mesti ada komitmen, mempunyai kesedaran kualiti, bersedia menerima perubahan dan tiada batasan masa untuk cemerlang.ii) Komitmen daripada segala lapisan warga kerja bagi meningkatkan kecemerlangan organisasi adalah dituntut.iii) Kerja yang hendak dilaksanakan perlu dilakukan dengan sepenuh hati atas kehendak organisasi dengan mengetepikan segala kepentingan lain khususnya kepentingan peribadi.iv) Sesebuah organisasi mewujudkan 'mind-set' yang berorientasikan kecemerlangan supaya warga kerja lebih komited kepada matlamat utama jabatan.v)Sentiasa menggalakkan warga kerja menghayati serta mempraktikkan amalan-amalan pengurusan yang boleh meningkatkan kecemerlangan organisasi.

PENUTUPBudaya kerja yang unggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan dan kualiti produktiviti sesebuah organisasi. Pembentukan budaya kerja berkualiti hanya akan tercapai sekiranya warga organisasi mempraktikkan etika kerja dan sifat integriti yang menyeluruh dan positif.

Sumber : Institut Integriti Malaysia dan Pelan Integriti Nasioanal

EDU 3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN PPPM1.0PengenalanProfesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi era baharu . Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagai penyampai ilmu . Berbanding sistem pendidikan kini , guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan situasi situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan . Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif , kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan dengan kehendak pelajar sebagai knowledge worker dalam era revolusi maklumat abaf ke 21 .Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan profesionalismenya ialah kunci kepada peningkatan kualiti ( Jemaah Nazir , 2001 ) . Kualiti yang dimaksudkan merujuk kepada kualiti proses dan yang lebih penting ialah kualiti produk (output) . Dengan ini , sumber manusia ( modal insane ) perlu dibangunkan secara bersepadu melalui latihan latihan bagi memastikan setiap individu dapat mengembangkan potensi ke tahap yang optimum . Program program pembangunan professional sudah tentu dapat mengupayakan guru demi meningkatkan kualiti pendidikan negara .Perkataan keguruan diamabil daripada perkataan dasarnya iaitu guru . Menurut Kamus Dewan , guru bermaksud pengajar , pendidik atau pengasuh manakala perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru dan peranan ( tugas dan kelayakan ) sebagai guru . Sesuatu profesion yang sebenar adalah suatu bidang yang mempunyai ciri ciri seperti kepentingan kemahiran intelek , latihan iktisas yang mencukupi , khidmat yang diperlukan oleh masyarakat . Menikmati autonomi individu dan kumpulan , mementingkan mutu perkhidmatan , mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod setia dan mempunyai organiasasi tersendiri untuk menguruskan soal soal yang berkaitan dengan pendidikan ( Lieberman 1956 ) .Menurut Kamus Dewan profesion adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas . Berdasarkan ciri ciri profesion , Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep professionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu , bersikap jujur , dedikasi , berakauntabiliti dan bermoral tinggi , mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organiasasinya .Sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju ke hadapan . Perubahan perubahan dan transformasi dalam kurikulum pendidikan bertujuan memenuhi kehendak negara . Merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan . Setiap perubahan dan transformasi kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion perguruan oleh itu , adalah mustahak bagi setiap indidvidu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan , kelebihan prestasi dan keterampilan dari semasa ke semasa agar dapat bertanding dalam era perkembangan teknologi pesat . Jika hal ini wujud , barulah tuntutan tuntutan dalam transformasi kurikulum itu dapat ditangani . Walaubagaimanapun , sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan keguruan sebagai satru profesion bergantung pada tanggapan masyarakat . Adalah peranan guru semakin hilang kewiwabawaannya kerana masyarakat telah mengalihkan pandangan pada kerjanya diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor , peguam dan arkitek .Dalam konteks ini , pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha dengan bersungguh sungguh untuk menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai . Hal ini termasuklah dalam teras Pelan Pembangunan Pendidikan Malysia ( PPPM ) 2013 2025 iaitu memartabatkan profesion keguruan antara agenda utamanya selain daripada kemenjadian murid . Para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek profesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan kehendak teras PPPM .2.0Isu Guru dan Analisis : ( Peranan Guru Dalam Merealisasikan PPPM ) .Pada Oktober 2011 , Kementerian Pendidikan telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu . Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula system pendidikan berdasarkan standard pendidikan anatarabangsa yang kian meningkat , peningkatan aspirasi negara dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke 21 .Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian , Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO , Bank Dunia , OECD , dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam . Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah , guru , ibu bapa , orang ramai dan murid di seluruh negara . Dokumen awal Pelan Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras anatarabangsa . Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan . Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan starategik dan potensi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan .Perubahan atau penambaikan sisitem pendidikan dilakukan dari semasa ke semasa . Pihak yang berkenan berbuat demikian adalah atas alasan bahawa perubahan tersebut penting untuk rakyat dan negara . Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013 2025 oleh Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada bulan September 2013 yang lalu adalah antara perubahan terkini dalam sistem pendidikan kita .Antara perkara penting dalam PPPM adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri utama , seperti yang berikut , iaitu :pengetahuan (murid yang berpengetahuan).kemahiran berfikir (murid yang mahir berfikir) .kemahiran memimpin (murid yang dapat menjadi pemimpin) .kemahiran dwibahasa (murid yang menguasai sekurang kurangnya 2 bahasa) .etika dan kerohanian (murid yang berpegang pada etika dan memiliki sifat rohani yang tinggi) .identiti nasional (murid yang mempunyai indentiti kebangsaan).Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri utama seperti yang digariskan , guru merupakan tonggak utama kearah mencapai hasrat tersebut . Gurulah yang berperanan memastikan muridnya berpengetahuan , mempunyai kemahiran berfikir , berkeupayaan memimpin , menguasai dwibahasa , mempunyai etika dan kerohanian yang kukuh , serta murid yang beridentiti nasional . Hasrat yang disasarkan oleh pihak kerajaan itu sangat sempurna sifatnya jika generasi yang lahir dalam era PPPM 2013 2025 dapat dibentuk dan dididik seperti yang dirancang . Oleh hal yang demikian , guru perlulah melengkapan diri dan bersedia melakukan perubahan agar berupaya melhirkan kesemua hasrat tersebut . Penguasaan ilmu pengetahuan bagi setiap guru amatlah penting dalam menjayakan hasrat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) seperti yang dituntut oleh PPPM .Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan alat berfikir dan mengeluarkan banyak dana seperti i Think perlu dimanfaatkan secara serius . Hal ini demikian kerana , untuk melahirkan murid yang mempunyai KBAT , guru juga perlu melakukan anjakan paradigma , sebagai contoh pelajaran secara berpusatkan guru serta pembelajaran berorentasikan peperiksaan tidak lagi diamalkan . Sehubungan dengan itu , setiap murid perlu menguasai pelbagai kognitif termasuk dapat menyelesaikan masalah dan mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif . Usaha untuk melahirkan murid yang mahir berfikir turut dilakukan di sekolah , khususnya melalui P & P . Dalam proses tersbut , murid didedahkan pelbagai jenis soalan , termasuklah yang memerlukan daya pemikiran yang kritis dan kreatif .Dalam era transformasi pendidikan , guru hendaklah menghasilkan murid yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid dalam semua aspek JERIS bagu mencapai pendidikan bertaraf anatarabangsa . Menurut Mok Soon Sang ( 2007 ) , Profesor Syed Muhammad al Alatas menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyaburan serta semangat kepada jiwa manusia . Hal ini menunjukkan ilmu merangkum semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia . Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca , berfikir , memerhati , berkarya , terlibat dalam sumbangan , dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baharu (Ragbir Kour 2007 ) . Dalam P & P , guru akan memindahkan ilmu yang baik , meninggikan adab murid , serta memberi tunjuk ajar ke arah kebenaran sebagai pengamal ilmu .Untuk melahirkan murid yang berpengetahuan , khususnya untuk meastikan kanak kanak mengusai kemahiran literasi dan numerasi , guru mampu memainkan peranan . Kebanyakan guru dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran masing masing untuk mengaplikasikan pelbagai kaedah dan aktiviti P & P dalam membimbing murid agar menguasai kedua dua kemahiran tersebut . Walaupun begitu , usaha untuk menggalakkan murid menambahkan pengetahuan dalam pelbagai bidang agak mencabar .Hal ini dikatakan demikian sebagai keperluan harian hasrat tersebut murid perlu menjadikan pembacaan sebagai keperluan harian mereka . Kegagalan pihak sekolah dan ketiadaaan sokongan yang berkesan daripada pihak lain untuk membimbing murid agar meningkatkan amalam membaca tidak memungkinkan murid yang berpengetahuan dapat dilahirkan . Bilangan murid yang gemar membaca , masih kurang memuaskan . Antara puncanya budaya membaca ini tidak diamalkan oleh orang dewasa terutama sekali ibu bapa di rumah . Bagi guru yang kurang membaca pula , mereka kurang cenderung untuk menasihati murid agar membaca . Jika guru yang berkenaan berbuat demikian , keberkesannya tidak seberapa kerana guru tersebut tidak dapat menghayati kenikmatan membaca .Oleh itu peranan guru sebagai pembentuk tingkah lakulah yang dapat membentuk tingkah laku dari yang negatif kepada positif , iaitu dari tidak suka membaca kepada tabiat gemar membaca . Menurut pandangan Islam , orang yang menajdi guru diberi Allah kelebihan berganda . Hadis Nabi Muhammad(SAW) bermaksud Bahawa orang yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuan kepada orang lain dan perkataan mengajar itu amat terpuji . Menurut Al Ghazali pula dari perspektif Islam , tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan . Tingkah laku normal atau tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi . Sebarang pembentukan tingkah laku murid haruslah diuruskan oleh guru supaya murid yang dihasilkan mempunyai tingkah laku yang terpuji dan dapat diterima umum .Menurut Lewis M . Beaker ( 2001 ) , tingkah laku adalah sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak , secara sedar atau separa sedar . Carl Rogers ( 1999 ) , menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan . Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berintetaksi dan bertindak dengan lebih yakin .Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai . Dr . Ragbir Kaur ( 2005 ) , setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas , pembelajaran yang sihat dan produktif .Guru perlu berusaha membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif dan membebaskan murid daripada sebarang gangguan . Kegagalaan menguruskan tingkah laku akan menyebabkan gangguan emosi yang serius . Tingkah laku yang tidak diuruskan dengan baik akan memeberi kesan kepada proses P & P yang akhirnya akan menyebabkan prestasi akademik murid merosot .Asas penting dalam pembentukkan tingkah laku murid adalah membina hubungan yang positif anatara guru dan murid di dalam sekolah atau bilik darjah . Hubungan yang dibina adalah berlandaskan perasaan guru murid terutama di dalam pendidikan sekolah rendah . Untuk memupuk hubungan kasih sayang dan tepat kepada murid murid . Dalam masa yang sama guru juga boleh terima pujian daripada muridnya . Melalui cara ini tingkah laku murid dapat dibentuk dengan lebih berkesan .Jadi untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid murid , guru hendaklah merancang strategi dan kaedah yang dapat menarik minat murid seperti program memberi butang berwarna mengikut bilangan buku dibaca , atau memberikan hadiah buku kepada murid semasa hari lahir mereka . Guru juga harus menjadi amalan membaca sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan murid dapat menikmati faedah membaca . PPPM juga mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai keupayaan untuk memimpin. Matlamat ini tidak mudah dicapai kerana tidak banyak program berkesan untuk melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan. Pelajar yang dianggap bertanggungjawab dan mempunyai pencapaian akademik yang agak baik akan dilantik sebagai pengawas sekolah. Segelintir yang lain akan dilantik sebagai pengawas pusat sumber , ketua kelas, pemimpin rakan sebaya, pemimpin persatuan atau kelab. Perancangan khusus untuk membimbing murid agar menjadi pemimpin yang berkualiti sehingga kini masih belum jelas. Program untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti tidak dipinggirkan, tetapi hanya dijadikan program sampingan. Oleh sebab itulah ibu bapa dan murid beranggapan bahawa program bukan akademik kurang penting,maka sokongan dan sambutan murid terhadap program sedemikian kurang menggalakkan. Peranan guru bukan sahaja merangkumi aktiviti P&P berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran semata-mata tetapi merangkumi pembentukan akhlak keseluruhan seseorang murid. Seorang guru yang berkesan akan memastikan bahawa muridnya menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menangani masalah atau cabaran yang mungkin dihadapi dalam kehidupannya. Oleh itu, guru perlulah berperanan sebagai pembimbing, bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa untuk membimbing murid kea rah kehidupan berkualiti dan sihat. Guru boleh berperanan sebagai mentor di mana peranannya merupakan kombinasi malatih, menyokong, memberikan bimbingan dan maklum balas yang membina untuk malatih dan membentuk diri murid-murid sebagai secara langsung dan tidak langsung semasa di sekolah sama ada semasa aktiviti P&P di dalam kelas atau semasa aktiviti ko-kurikulum yang diadakan. Peranan guru tidak terbatas sebagai seorang pengajar semata-mata melaksanakan tugas mereka berdasarkan skop kurikulum dan arahan pihak pengurusan sekolah. Sebagai pendidik , guru juga pembimbing dan mendidik pelajar menjadi insan yang sihat , positif dan dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat. PPPM juga mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu bahasa. Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang banyak kepada seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan dalam pelbagai bahasa, golongan ini lebih mudah berkomunikasi dengan pihak lain dan seterusnya meningkatkan imej diri. Di sekolah , dua bahasa yang seharusnya dikuasai oleh murid ialah bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris , iaitu bahasa antarabangsa. Tidak dinafikan bahawa guru memainkan peranan untuk mendidik murid agar menguasai kedua-dua bahasa tersebut. Namun begitu, walaupun sudah 57 tahun Malaysia mencapai kemardekaannya, namun masih terdapat murid bukan Melayu yang tidak dapat berbicara dalam bahasa kebangsaan dengan fasih apabila diajukan soalan dalam bahasa Melayu.Bagi pelajar di negeri-negeri tertentu seperti Kedah dan Kelantan, masih tidak memisahkan diri mereka dengan dialek, masalah kemahiran berbahasa akan timbul.Bagi sesetengah sekolah pula, dialek turut digunakan oleh pihak sekolah ketika melaksanakan P&P dan juga semasa perhimpunan rasmi sekolah, dengan alasan memudahkan murid-murid memahami mesejnya. Kelemahan murid untuk menguasai bahasa Inggeris pula berkait rapat dengan persekitaran murid yang jarang terdedah pada bahasa antarabangsa itu. Jika masalah ini tidak diberikan perhatian, sudah pasti ciri pelajar yang dimatlamatkan oleh PPPM tidak dapat direalisasikan. Maka di sinilah peranan guru sebagai pengamal reflektif harus sentiasa mempersoalkan amalan dirinya dan tidak hanya bertindak atas tabiat atau mengikut arahan semata-mata. Refleksi membolehkan peramalnya menilai, memahami dan belajar daripada pengalaman. Guru hendaklah membuat refleksi terhadap sesuatu yang dikaitkan dengan aktiviti pengajarannya. Sesuatu disini bolehlah dikaitkan demgam kelemahan murid menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Oleh itu, guru yang reflektif akan merancang dan bertindak dengan penuh kesedaran berasaskan teori dan prinsip P&P. Amalan ini boleh diperkembangkan dengan bertanyakan diri soalan-soalan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang dilakukan sebelum, semasa dan selepas mengajar dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran kemahiran dalam profesion keguruan. Mengikut Schon (1987), apabila peristiwa atau pengalaman di luar jangkaan berlaku, individu yang berfikir secara sedar semasa menghadapi permasalahan tersebut telah melakukan refleksi semasa tindakan. Apabila seseorang merenung kembali tindakannya, membauat analisa tentang peristiwa lepas dan merancang tindakan susulan, individu tersebut telah mengamalkan refleksi ke atas tindakan. Daripada amalan merefleksi, guru dapat membuat penyelidikan untuk mengatasi masalah yang telah dikenal pasti semasa membuat refleksi. Contoh , permasalahan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris murid-murid. Guru sebagai penyelidik boleh mengkaji secara sistematik isu amalan bilik darjah, membuat inkuiri untuk menghasilkan teori dan kefahaman baharu berkaitan permasalahan yang dihadapi. Dapatan kajian bolehlah dikongsikan dengan guru-guru lain di samping membina hubungan dengan rakan taulan dalam usaha mencari amalan terbaik P&P. Peranan guru sebagai penyelidik membenarkannya mengkaji sesuatu peristiwa secara saintifik, membuat analisa berdasarkan bukti empirical dan data yang sahih seterusnya membantu guru membuat keputusan yang bijak dan berkesan mengikut teori-teori dan prinsip P&P. Oleh itu, guru dan dengan kerjasama rakan-rakan sekerja dan panatia, dapat membuat penyelidikan untuk membuat kajian tindakan terhadap isu masalah penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid. Diharap dengan adanya kajian tindakan yang dilakukan maka dapatlah sesuatu tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini. PPPM turut mencatatkan bahawa system pendidikan akan menyediakan pengalaman kepada kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran apabila dewasa dengan keupayaan menyelesaikan konflik, bijak membuat pertimbangan, berpegang pada prinsip ketika berada dalam situasi kritikal dan berani melakukan sesuatu yang betul. Selain itu, usaha untuk melahirkan murid yang penyayang dan dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan komuniti dan negara turut diberikan penekanan. Bagaimanakah golongan guru dapat memainkan peranan bagi mencapai hasrat tersebut ? Antara usaha untuk menzahirkan pelajar seperti yang dihasratkan itu adalah melalui penyerapan nilai murni sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Selain dilakukan melalui P&P di bilik darjah, penyerapan nilai murni turut dilakukan ketika melaksanakan aktiviti persatuan atau kelab dan juga melalui aktiviti yang lain. Perkara ini bukanlah perkara baharu kerana penyerapan kasih saying, keberanian, tanggungjawab, saling membantu, patriotik dan lain-lain sudah dilakukan sejak dahulu. Walaupun begitu, usaha yang dilakukan guru di sekolah kadangkala kurang menampakkan kesan positifnya memandangkan masih terdapat pelajar yang tidak memiliki ciri seperti yang dimaksudkan itu. Usaha penyerapan nilai murni ini tidak harus dilakukan bermusim, sebagai contoh, murid-murid dan guru-guru bersemangat patriotik bila berada di bulan sambutan kemerdekaan sahaja. Tetapi bila tempoh sambutan berakhir,seolah-olah ia hanya sekadar sambutan Hari Kemerdekaan sahaja. Semangat patriotik bukan sahaja melalui kibaran bendera dan pemakaian baju sahaja malah sepatutnya berterusan dan tersemadi di dalam jiwa dan nurani setiap rakyat Malaysia. Maka guru sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membentuk individu yang mampu, bersosialisasi dan memiliki kecedasan emosi yang tinggi agar dapat menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan kelak. Guru yang memahami peresaan diri dan orang lain mempunyai kawalan diri dan motivasi diri akan mempamerkan sifat empati serta mampu membantu pelajar membentuk emosi yang sihat. Guru juga dapat membentuk diri murid dengan konsep kendiri positif serta membina keyakinan diri untuk mencapai potensi mereka.3.0Rumusan :Kesimpulannya, kegagalan melahirkan lebih banyak murid yang memenuhi enam ciri seperti yang dinyatakan dalam artikel ini tidak harus dipertanggungjawabkan kepada pihak guru semata-mata. Persekitaran tempat tinggal murid-murid tidak kurang pentingnya dalam mempengaruhi jati diri murid-murid. Murid yang tinggal dalam keluarga yang mementingkan ilmu, mengamalkan nilai murni dalam aktiviti harian dan memperlihatkan nilai patriotik secara tidak langsung mempengaruhi murid untuk mencontohi ahli keluarga mereka. Demikian juga halnya dengan rakan sebaya dan masyarakat setempat. Sekiranya murid sering bergaul dengan rakan-rakan yang biasa berkomunikasi dalam dwibahasa, sudah pasti murid berkenaan akan turut sama berbahasa dwibahasa. Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan tugas dan tanggungjawab guru adalah berat dalam usaha membentuk generasi negara masa depan yang mampu menangani segala perubahan dan tuntutan masa. Maka iltizam, semangat dan sikap yang positif sahaja yang mampu menonjol imej guru yang dapat memainkan peranan yang cukup berkesan. Kepelbagaian tugas, tanggungjawab inilah member cabaran pada guru bagi meningkatkan segala kualiti, sifat mahupun akauntabiliti kepada bidang profesionalisme ini agar ia terus dipandang megah oleh masyarakat dan dapat mendukung hasrat negara menaikkan mutu pendidikan negara setaraf antarabangsa. Tegasnya, peranan guru di sekolah amat penting dalam melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan oleh PPPM. Namun begitu, keberkesanannya juga bergantung pada pihak lain.CABARAN PENDIDIKAN DAN USAHA-USAHA UNTUK MENANGANINYA

KANDUNGANPENDAHULUAN2CABARAN PENDIDIKAN DAN USAHA-USAHA UNTUK MENANGANINYAOLEHKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKeberkesanan Kurikulum di Sekolah3Pengurusan pendidikan3Kesediaan guru dalam menghadapi era globalisasi4Cabaran dalam menghadapi arus perubahan dasar5Cabaran dalam mengekalkan kestabilan politik6Cabaran dalam mengekalkan kestabilan ekonomi6Cabaran dalam menanangi isu sosial7Cabaran untuk merapatkan jurang pendidikan antara Bandar dan desa7Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum7Cabaran dai segi pemantapan agama9Cabaran alaf baru9a.Pembinaan budaya ilmu10b.Pembudayaan masyarakat Malaysia10PERANAN PENDIDIK10ISU-ISU DAN MASALAH DALAM SISTEM PENDIDIKANA.Sistem sekolah pelbagai aliran13B.Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)15C.Pengisian kurikulum dank ko-kurikulum16D.Merealisasi wawasan 202016PENUTUP17RUJUKAN19PENDAHULUANPendidikan adalah nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan zaman, maka bolehlah dianggap bangsa atau negara tersebut gagal dalam melaksanakan tanggungjawab memartabatkan sesuatu bangsa atau negara.Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baru. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tingggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Selanjutnya dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang sangat pantas. Kemajuan dalam teknologi maklumat member kesan secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan yang berlaku itu turut membawa bersama isu dan cabaran dalam sistem pendidikan kita.Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya danpolitik Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.Menurut Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, dalam ucapan sempena menyambut perayaan Hari Kebangsaan Malaysia ke-40 baru-baru ini, telah meminta rakyat supaya mencari strategi dan pelan baru bagi menghadapi alaf mendatang ini. Rakyat perlu melengkapkan diri dari segala sudut, dariilmu pengetahuanyang berasaskan teknologi tinggi sehingga memupuksemangat kebangsaanyang unggul di dalam jiwa masing-masing. Jika rakyat tidak bersedia menghadapi perubahan dunia, negara pasti tidak akan mampu bersaing dengan negara-negara maju lain. Beliau mahukan pembangunan negara mestilah seiringdengan pembangunanrohaniahagar keseimbangan antaranya dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat medani. Kerap juga Perdana Menteri dalamu capannya memberi ingatan "kita mahu menjadi negara maju dalam acuan kita sendiri".Oleh itu dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, negara kita Malaysia juga tidak terlepas dengan situasi yang mencabar kewibawaan negara dalam menjadikan sistem pendidikan negara yang dihormati dan bertaraf dunia.CABARAN PENDIDIKAN DAN USAHA-USAHA UNTUK MENANGANINYA OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA1.Keberkesanan kurikululum di sekolahDunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia menghadapi kemelutan sosial. Kebanjiran maklumat, akses yang mudah, keadaan dunia hiburan,layaran mudah bahan-bahan lucah atau porno melalui Internet, melayari alam siber yang menjadi trend masyarakat dan juga program tv banyak menyiarkan filem-filem, drama yang berunsur ganas dan lucah baik di tv percuma mahupun swasta serta yang menjadi kegilaan ramai sekarang ini iaitu facebook menyebabkan berlakunya gejala negatif di masyarakat kini.Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa ini telah tercetus akibat fenomena negatif ini. Perkembangan tersebut telah mendorong para perancang kurikulum Malaysia terpaksa menyemak semula keberkesanan kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai perubahan akibat pengaruh globalisasi tersebut. Penyemakan terhadap kekuatan dan kelemahan sistem pendidikan di Malaysia perlu dilakukan dari semasa ke semasa oleh perancang kurikulum untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu bagi menghadapi daya saing persekitaran global yang semakin sengit dan mencabar.2.Pengurusan PendidikanPengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak radikal dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa inovasi telah dilaksanakan dalam pengurusan pendidikan di Malaysia terutama di peringkat sekolah bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Contohnya adanya aplikasi e-spel, emis dan sebagainya. Aplikasi sistem ini telah memudahkan pihak pentadbiran sekolah melaksanakan tugas-tugas rutin seperti:1. Membantu dan mempermudahkan pentadbirsekolah membuat keputusan.2. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.3. Mengurangkan beban pentadbiran dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.4. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.5. Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar dan sebagainya.6. Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar.7. Penempatan pelajar dalam kelas.8. Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.9. Pembinaan jadual waktu guru.10. Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.11. Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru.3.Kesediaan Guru Dalam Menghadapi GlobalisasiCabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan kesungguhan. Harvey (1990) telah menyenaraikan beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan iaitu:1. Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan di sekolah sebagai elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa kepunyaan, lebib-lebih lagi sekiranya mereka menyedari idea sesuatu perubahan itu adalah daripada pihak mar seperti pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan sebagainya.2. Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif bahawa amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastik kerana kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada mereka dan juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru apabila perubahan itu menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi terhadap pelajar seperti idea mengenai fungsi guru dalam kelas adalah sebagai pemudah cara sedangkan kebanyakan guru berpendapat fungsi tradisi guru adalah sebagai pendidik dan penyampai ilmu.3. Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap perubahan bermakna penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan guru bersikap pesimis terhadap pencetus idea perubahan kerana pihak-pihak berkenaan dianggap sebagai tidak memahami masalah mereka terutama beban tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran seperti kerja-kerja pengkeranian, menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan aktiviti berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan pelbagi "jenis hari".4. Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar untuk melaksanakan perubahan kurikulum di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang memberikan sokongan iaitu dari segi:a) kewanganb) motivasi dan doronganc) pengiktirafand) penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran dane) mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah.5. Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara menyendiri terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru sekiranya perubahan memerlukan guru bekerja secara berpasukan seperti pelaksanaan kaedah kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan kebanyakan mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara proaktif.4.Cabaran dalam Menghadapi Arus Perubahan DasarPembagunan pendidikan sesebuah Negara merupakan aspek yang sangat penting dalam pembentukan Negara bangsa. Untuk menuju kearah status pendidikan Negara maju. Pemerintah berperanan bagi mencorak masa depan dunia pendidikan Negara. Ini kerana melalui pendidikanlah sesebuah Negara dapat berkembang maju terutamanya dari segi pembangunan insan yang telah diwarwarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Melalui pendidikanlah akan lahir wargayang berilmu dan ientelektual bagi memacu Negara kearah hasrat murni Negara maju menjelanag 2020. Suasana politik Negara berperanan dalam pembangunan pendidikan Negara. Pemerintah yang memandang bahawa pendidikan merupakan asas kepada pembangunan Negara perlu di kekalkan. Pemerintah yang sentiasa berusaha memikirkan cara membangunkan sektor pendidikan dengan meperkenalkan pelbagai dasar dasar demi pembangunan pendidikan Negara. Hari ini keperluan mengekalkan pemerintah yang pentingkan soal pendidikan amatlah perlu, adalah menjadi satu cabaran untuk mengekalkan suasana politik seperti hari ini. Sekarang sedikit sebanyak soal pendidikan cuba diganggu gugat oleh pihak pihak yang sengaja menangguk di air yang keruh. Mengambil kesempatan kepada warga pendidik, pelajar pelajar demi kepentingan peribadi.seperti contoh warga kampus sendiri dipengaruhi oleh pihak tertentu demi kepentinganindividu. Mereka tidak segan sanggup memberontak seperti berdemontrasi tanpa memikirkan baik dan buruk. Namun apa yang jelas suasana pendidikan Negara terjejas. Andai terganggu gugat sistem politik sedia ada hasrat pencaturan dasar dasar kerajaan yang telah ditentukandari saban tahun yang dikaji dan digubal demi memantantapkan suasana pendidikan Negara akan terjejas, kerana kita masih kabur tentang bawaan suasana baru sistem politik yang akan mengantikannya.demi untuk itu isu ini menjadi cabaran yang besar untuk kita berfikir sebelum membuat sebarang tindakkan yang kita sendiri tidak tahu kesannya.5.Cabaran Dalam Mengekalkan Kestabilan PolitikMengekalkan kestabilan politik juga merupakan cabaran besar kepada dunia pendidikan. Kestabilan politik memainkan peranan yang besar untk memacu arus kemajuan dunia pendidikan. Suasana Negara yang aman, dengan penuh hrmoni dan muhibbah, menjadikan segala perancangan-perancangan pendidikan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang gangguan. Sebagaipedoman, kita lihat suasana politik dunia sekarang. Contohnya Negara negara yang bergolak pada hari ini. Suasana pendidikan tidak dapat berjalan lancar. Apabila suasana politik tidak stabil, Negara akan menjadi huru-hara, banyak berlakunya kekacauan, pembunuhan seperti masyarakat dibunuh, guru dibunuh, sekolah dibakar, dari hal ini apa yang Negara akan dapat. Apa yang pasti kerugian yang terpaksaditangung.kita lihat Negara kita hari ini. Sudah ada tanda-tanda negatif kearah itu. Hal ini perlu dibendung dengan segara demi msasa depan pendidikan Negara.6.Cabaran Dalam Mengekalkan Kestabilan EkonomiCabaran seterusnya dunia pendidikan hari ini ialah mengekalkan status quo ekonomi Negara pada tahap terbaik. Melalui peningkatan kemajuan ekonomi Negara yang pesat dpat membantu untuk pembangunan sektor pendidikan Negara. Banyak kemudahan-kemudahanpendidikan dapat dibangunkan seperti insfrastsruktur seperti banguan banguan yang selesa, dan sebagainya. Dengan tahap ekonomi yang baik program-program boleh dirancang untuk kepentingn pendidikan. Berdasarkan pengalaman tahun2007, apabila berlaku krisis ekonomi, banyak program terutama pembanguanan sektor pendidikan terbantut, banyak peruntukan perbelanjaan yang selama ini digunakan untuk sektor pendidikan ditarik balik. Ini akan menganggu kemajuan sektor pendidikan.7.Cabaran Menangani Isu SosialDewasa ini, isu sosial menjadi buah mulut warga Negara Malaysia. Kita sering disajikan dengan pelbagai isu sosial remaja yang rata-rata terdiri dari mereka yang menghuni institusi pendidikan terutama sekolah. Terlalu banyak isu sosial yang kita dengar hari, antara kes masalah sosial seperti buang bayi, yang terlibat merupakan pelajar sekolah, isu ponteng sekolah, merokok, dadah, minuman keras dan sebagainya. Perkara ini menjadi duri dalam daging kepada sektor pendidikan , yang seterusnya boleh menghalang perkembangan pendidikan secara positif. Banyak masa, wang dan tenaga digembleng untuk menaganinya. Dari hari kesehari ia membiak bak kudisbuta yang tiada berkesudahan pada duniapendidikan. Andai ia tidak ditangani oleh semua pihak dengan bijak , isu ini boleh menyebabkan keruntuhan sistem pendidikan kita pada hari ini.Selain itu juga, gejala sosial lain peperti ponteng sekolah, pergaduhan buli , juga manjadi isu hangat disekolah seperti juga diatas, ia perlu ditangani dengan sebijak mungkin.8.Cabaran Untuk Merapatkan Jurang Pendidikan Antara Bandar Dan Desa.Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961 telah dirangka berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan.Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan.Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka. Sabah dan serawak.masih ada diantara murid murid disana masih ketinggalan dari segi kemudahan insfrastruktur dan sebagainya. Sehingga kini jurangpendidikan antara desa dan Bandar masih ketara.9.Cabaran Untuk Mengekalkan Perpaduan Kaum.Dasar Pendidikan Kebangsaan Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Hari ini isu perpaduan masih rapuh, kita sering dengar walau ia kes-kes terpencil namun masih berlakunya kerengangan hubungan antarakaum disekolah-sekolah. Sesuatu perlu dilaksanakan terutama mengekalkan perpaduan Negara.Selain itu untukmencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu.sesuatu telah dilaksanakan untuk menjamin perpaduan antaranyapenggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia jugadapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Hasrat membina Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu,meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)Penubuhan Sekolah Wawasan Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yangsama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung.Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan persekitaranyang memberi peluang yang lebih luas kepada murid daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai aktiviti.Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang. Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.10.Cabaran Dari Segi Pemantapan AgamaSememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa: "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuanpelbagai usaha dilaksanakan untuk memantapkan potensi diri dari segi keagamaan. Antaranya perlaksanaan Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia. Dengan menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).11.Cabaran Alaf BaruPerubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud dan diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi baru yang serba canggih. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak, sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi. Dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke-5, dalam tahun 1997 yang lalu, natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru ialahledakan ilmuyang berbentuk global danmasalah sosialyang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialahpembinaan budaya ilmudan keduanya ialahpembudayaan masyarakat.a. Pembinaan Budaya IlmuIlmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda ke arah daya fikir tinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalangan indidvidu dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan sama ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan "Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan." Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan berupa masyarakat industeri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu lahirkangenerasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkin, serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.b.Pembudayaan Masyarakat MalaysiaPerkembangan ekonomi dan industri yang berlaku dengan pesatnya tidak bermakna jika tidak diseimbangan dengan kesejahteraan sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan kebudayaan yang terpelihara. Cabaran yang sedia wujud seperti masalah remaja, dadah, seks bebas, samseng sekolah, ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani dengan bijaksana. Para pendidik seharusnya menghadapi cabaran ini sebagai satu peluang (opptunity) secara komited menggunakan wadah pendekatannilai merentasikurikulum persekolahanuntuk membentuk masyarakat madani di kalangan pelajar dan masyarakat.Peranan PendidikTuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita.. YAB Perdana Menteri telah menggariskan ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi)kekuatan minda (krestif dan proaktif)nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang)semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, danketrampilanUntuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka para pendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut pula:menguasai subjek (kandungan kurikulum)mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi merekamemahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)memiliki kemahiran kaunselingmenggunakan teknologi terkinidapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhirboleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, danmemiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.Satu agenda dalam program pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21, ialahSekolah Bestari.Pelaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan transformasi dalam sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran, pengurusan pembelajaran. Implikasi kepada reformasi ini, memerlukan persediaan guru. Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin, memberi ciri-cirigurubestariialah guru-guru yang boleh dan bijaksana mengimbang keperluan Wawasan Pendidikan dengan tuntutan dan cabaran semasa. " Pendidikan Bestari antara lain menginginkan guru yang berketrampilan. Tingkat ketrampilannya bukan sekadar mengguna dan menguruskan teknologi, tetapi lebih penting berkeupayaan menyaring, mengadun, mengacuan setiap perkara seiring dengan tingkat ketahanan anak bangsa,sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk terus memperkukuh asas kewujudan kita." (1997) Merujuk kepada cabaran besar di atas, para pendidk mempunyai tanggungjawab melaksanakan peranan berikut secara komited dan ikhlas:1.Membina Budaya IlmuKemampuan para pendidik ialah menyusun, dan mensepadukan ilmu denganperkembangan semasa, seperti:aTeknologi dan perkomputeranPara pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian.bKemahiran berfikir dan pemikiran konstruktifpelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh danluarbiasa.c.Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luwesPara pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secaradevelopmentalmengikut kadar pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai kemahiranthoughtful learning.Kurikulum sepatutnya mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melaluiFour Pillars of Learningiaitu:@ Learning to know ( Belajar untuk menguasai ilmu)@ Learning to do (Belajar untuk menguasai kemahiran)@ Learning to be (Belajar untuk menjadi insan berguna)@ Learning to live together (Belajar untuk harmoni dan bekerjasama)dMenerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlaknilai-nilai murnimenitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalamhubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.e.Menguasai pengetahuan dan kemahiran industrimelahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan Dasar Pembangunan Negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, seba boleh dan responsive kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat sainstifik, teknologis dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.f.Membentuk Masyarakat MadaniPendidik yang profesional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nalai murni. Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri hi-tech, dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius. Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal atau tidak formal, mampu menyusun dan membentuk masyarakat madani. Dalam merancang pelaksanaan konsep ini beberapa perkara mesti diberi perhatian:oPrinsip berteraskan keimanan dan moral yang menjamin keseimbangan antara kekebasan perseorangan dengan kestabilan dan kesejahteraan masyarakatoMendorong perkembangan indidvidu dari segi pemikiran, budaya, sosial, ekonomi, alam sekitar dan teknologioSistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang dan bukan nafsu atau kepentingan individuoMengamalkan akhlak terpuji dan boleh diteladani Usaha mewujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan warga negara yang berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi, berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.ISU-ISU DAN MASALAH DALAM SISTEM PENDIDIKANA.Sistem persekolahan Pelbagai AliranMemasuki tahun 2010 telah menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bergerak seiring dengan keperluan semasa kerana masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolahan lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Seringkali isu-isu berkenaan dengan system persekolahan dibincangkan dan diperdebatkan yang akhirnya tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isu-isu sistem persekolahan merupakan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat persetujuan daripada masyarakat yang mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza.Seringkali setiap keputusan, sama ada yang hendak mahupun yang telah dibuat, dipengaruhi oleh politik tanah air yang bermula sejak zaman penjajah lagi. Umum mengetahui bahawa pihak kerajaan sentiasa memainkan peranan bagi menaikkan mutu pendidikan kebangsaan, tetapi sejauh mana setiap tindakan yang diambil dapat menyelesaikan masalah yang timbul. Sistem persekolahan Malaysia kini masih tidak banyak berubah dari aspek perpaduan kaum. Murid-murid dan pelajar-pelajar dapat menjadikan sekolah sebagai asas permulaan membina hubungan baik sesama mereka di mana di sekolah, mereka dapat beramah mesra, bergaul, bersukan, makan bersama, saling kenalmengenal, dan merapatkan hubungan silaturahim. Namun begitu, kewujudan sekolah yang pelbagai aliran seperti sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini, ianya sudah tidak relevan untuk diguna pakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan semakin pudar.Hal demikian kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling mengenal. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengatakan bahawa beliau sedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu system sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikuti satu sistem persekolahan. Dalam melaksanakan dasar baru itu, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana tidak mahu timbul perbalahan dan kesan buruk kepada rakyat. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju untuk menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan system sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak mereka.Idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat dapat dipupuk. Pelaksanaan sekolah satu aliran tidak akan menyebabkan kehilangan identity kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat Malaysia. Masyarakat Cina, India, dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun belajar di sekolah yang sama aliran. Di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bilangan murid-murid Melayu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Keadaan ini menunjukkan jurang yang begitu luas antara murid-murid Melayu, Cina, dan India. Masalah ini disebabkan oleh penggunaan bahasa, iaitu bahasa Melayu, Cina, dan Tamil yang menjadi faktor utama wujud jurang pendidikan antara masyarakat. Contohnya, di sekolah kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tidak diterapkan; manakala di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bahasa Melayu bukan bahasa utama. Jadi, wujud dua keadaan yang berbeza dan masalah ini sering berlanjutan sehingga kini.B. Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)Pada tahun 2003, semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad, suatu dasar baru pendidikan diperkenalkan, iaitu Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Tujuan ianya dilaksanakan adalah untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan masyarakat Malaysia. Namun begitu pada tahun 2009, Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan bahawa PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya pada 2012, disebabkan timbulnya masalah-masalah. Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu, pelajar yang telah memulakannya boleh meneruskan pembelajaran dalam bahasa Inggeris.Isu PPSMI merupakan isu besar dalam pendidikan Malaysia kerana mendapat tentangan daripada masyarakat Melayu terutamanya. Antara sebab-sebab ia mendapat bantahan dari banyak pihak ialah kerana: (1) ianya bertentangan dengan Perlembagaan Perkara 152, iaitu memartabatkan bahasa Melayu; (2) prestasi pelajar-pelajar Melayu terutamanya merosot dalam subjek Sains dan Matematik; (3) kurangnya guru yang terlatih; dan (4) tentangan daripada pejuang-pejuang bahasa Melayu, para cendiakawan, tokoh akademik, ahli politik, dan NGO atauNon Governmental Organizationyang memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Ada sesetangah pihak mempersoalkan mengapa setelah 7 tahun ia dilaksanakan, kini mendapat tentangan? Mungkin kah ianya sejajar dengan kehendak masyarakat yang telah merasai kesan daripada pelaksanaan dasar tersebut kepada pelajaran anak-anak mereka? Sememangnya, murid-murid dan pelajar-pelajar di luar bandar menunjukkan keputusan yang merosot kerana ternyata sehingga kini mereka masih lagi ketinggalan, terutama dalam penguasaan bahasa Inggeris. Masyarakat luar bandar terutamanya masih belum bersedia sepenuhnya menerima PPSMI dilaksanakan kerana bimbangdengan masa depan.C. Pengisian Kurikulum Dan Ko-KurikulumMasalah lain yang turut timbul ialah berkenaan dengan pengisian dalam kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum yang menjadi penentu kepada perkembangan murid-murid dan pelajar-pelajar (Awang Had Salleh, 1980). Hal ini penting kerana ia memberi kesan, sama ada positif atau negatif kepada masyarakat dalam membentuk jati diri dan disiplin. Sekiranya pengisian dalam kurikulum dan ko-kurikulum mengikut keperluan rakyat, maka tentu sebarang masalah tidak timbul. Tetapi oleh kerana wujud kelemahan-kelemahan dalam pengisian kukirulum dan ko-kurikulum, reaksi yang negatif kelihatan dalam hubungan masyarakat. Contohnya, sekolah kebangsaan tidak menjadikan bahasa ibunda kaum Cina dan Tamil sebagai subjek wajib telah menyebabkan ibu bapa daripada Cina dan India tidak mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan.Bagi mereka, bahasa ibunda ialah identiti yang harus dipelihara. Mukriz Mahathir (2008) memberi pandangan supaya satu sistem persekolahan sahaja diwujudkan dengan menerapkan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai subjek yang wajib diambil oleh murid-murid Cina dan India (kenyataan dalamUtusanOnlinedi http://www.utusan.com.my, 2/12/2008). Murid-murid Melayu boleh mengambil bahasa Mandarin dan Tamil sebagai salah satu subjek pilihan. Secara tidak langsung, orang Melayu akan dapat menguasai bahasa Mandarin dan Tamil yang akhirnya dapat merapatkan jurang pendidikan antara kaum.Masyarakat perlu memahami bahawa objektif penggubalan dasar dan sistem pendidikan adalah berlandaskan keperluan pembentukan Negara Malaysia sebagai negara demokrasi yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa, agama, dan menjadikan Malaysia maju ke hadapan. KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) dan KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) merupakan kurikulum yang diperkenalkan bagi meningkatkan lagi pendidikan dan perpaduan masyarakat, tetapi keberkesanannya untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum masih memerlukan penambahbaikan (Shahril @ Charil Marzukiet al.,1995:110-126).D. Merealisasikan Wawasan 2020Wawasan 2020 telah dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 28 Febuari 1991 yang akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan negara maju menjelang tahun 2020. Reformasi yang telah dilakukan dalam sektor pendidikan adalah langkah konkrit untuk menuju ke arah Wawasan 2020. Bagi merealisasikan Wawasan 2020, antara sasaran yang mahu dicapai adalah mengenai perpaduan Negara di mana sektor pendidikan menjadi peneraju utama. Dalam sektor pendidikan, sistem persekolahan yang sempurna menjadi pendekatan yang digunakan untuk memastikan perpaduan di kalangan masyarakat. Tema perpaduan dalam sistem persekolahan amat dititiberatkan kerana hanya melalui perpaduan matlamat mencapai Wawasan 2020 dapat direalisasikan. Bermula dari sekarang (2010), hanya 10 tahun sahaja masa yang ada untuk negara Malaysia menjadinegara maju.Namun begitu, dengan situasi masyarakat dan negara sekarang timbul persoalan tentang persediaan untuk menghadapinya. Contohnya, hubungan masyarakat Malaysia kini masih lagi perlu diperkukuhkan kerana masih wujud tanda-tanda kelemahan dalam hubungan masyarakat. Sistem persekolahan sepatutnya menjadi medium penggerak kepada masyarakat supaya mereka dapat disatupadukan melalui peluang pendidikan. Tetapi, masih wujud permasalahan dalam menentukan sistem persekolahan kerana ada sesetengah pihak mahu mengekalkan sistem persekolahan yang sedia ada, manakala sesetengah pihak lain mahu perubahan.Masalah-masalah dalam sistem pendidikan yang bermatlamatkan perpaduan negara diringkaskan melalui: (1) Masalah isu berbangkit hak bumiputra dan bukan bumiputra; (2) Jurang pencapaian pendidikan orang Melayu dan bukan Melayu melalui peluang pekerjaan dan pendapatan; (3) Masalah keciciran pelajar-pelajar Melayu dan bukan Melayu; (4) Hubungan yang renggang antara pelajar Melayu dan bukan Melayu; (5) Kurangnya pergaulan antara pelajar Melayu dan pelajar bukan Melayu, terutama selepas waktu sekolah; dan (6) Kurangnya pengetahuan dan tidak memahami dengan mendalam mengenai budaya, amalan, dan adat resam sesuatu kaum.PENUTUPKesimpulannya, pada era globalisasi ini atau dunia tanpa sempadan telah memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Selain itu, perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit.Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibubapa, dan pelajar itu sendiri amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia tanpa sempadan ini. Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.http://ustazyunus75.blogspot.com/2012/11/cabaran-pendidikan-dan-usaha-usaha.html- 6/7