kkd2063 tugasan 2 sem 1.doc

17
KURSUS: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH TUGASAN 2 (20%) SEMESTER 1 SESI 2012 NO. MATRIK PELAJAR : D20112053415 NAMA PELAJAR

Upload: pris-ho

Post on 14-Nov-2015

254 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

KURSUS: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURUKKD 2063PEMBANGUNAN SAHSIAHTUGASAN 2 (20%)SEMESTER 1 SESI 2012

NO. MATRIK PELAJAR : D20112053415NAMA PELAJAR :CHUNG YUN SEANNO. KAD PENGENALAN : 841120-06-5375PENSYARAH : NUZSEP ALMIGOKUMPULAN E-LEARNING: PHG 04KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAHTAJUK:

Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan diri kesan daripada interaksi dalaman (psikologi) dan input persekitaran luaran. Kursus Pembangunan Sahsiah telah dibina khusus sebagai input perubahan karektor seorang pendidik yang professional dan berkesan. i. Merujuk kepada kursus Pembangunan Sahsiah, jelaskan empat (4) perkara utama yang cuba diterapkan kepada guru-guru.ii. Huraikan dengan memberi contoh yang jelas bagaimana kursus Pembangunan Sahsiah memberi kesan kepada perubahan karektor diri anda.

Disediakan oleh:Chung Yun SeanPensyarah:Nuzsep AlmigoKumpulan: PHG 04SEMESTER 1 Sesi 2012PengenalanPenampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohani individu dapat dirangkumi dalam pembangunan sahsiah. Seseorang individu dapat dinilai sahsiahnya berdasarkan semua aspek tersebut. Penampilan fizikal yang kemas, sikap yang beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterima oleh norma dan nilai masyarakat, dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra dengan orang lain serta memegang kepada nilai agama sendiri dapat menunjukkan seseorang individu yang mempunyai sahsiah yang baik. Manakala, cenderung kepada masalah disiplin, tingkah laku devian, penyalahgunaan dadah dan memegang nilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengan norma masyarakat adalah individu yang dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalah. Pendidikan yang melibatkan para pendidik perlu fokus dalam pembangunan sahsiah. Secara umumnya, keunikan dengan maksud tersendiri, kesesuaian atau keupayaan untuk berubah, hasil pembelajaran dan organisasi merupakan ciri-ciri sahsiah. Dengan perkataan lain, ia bukan sekadar himpunan tingkah laku, tetapi melibatkan corak tingkah laku dan operasi yang bersifat konsisten. Sahsiah merangkumi empat aspek berikut iaitu kognitif, rohani, fizikal dan sosial. Pada masa dahulu, manusia tidak dikaitkan dengan bidang psikologi apabila memperkatakan tentang sikap walaupun kajian terhadapnya telah dilakukan sekian lama. Pada awalnya, naluri mempengaruhi idea-idea ahli psikologi memikirkan tingkah laku manusia, diikuti pula dengan teori tingkah laku yang mengatakan manusia menghasilkan tingkah laku adalah kesan daripada pembelajaran kerana manusia dianggap seperti mesin dan minda manusia adalah kosong. Setelah timbul kesedaran bahawa otak manusia adalah berfungsi untuk melahirkan tingkah laku, maka lahirlah teori-teori yang mengkaji bagaimana minda manusia memainkan peranannya. Kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing merupakan kemahiran kognitif. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu. Pengenalan Pembangunan SahsiahSelepas mendapat satu gambaran menyeluruh berkaitan dengan pembangunan sahsiah, pengenalan pembangunan sahsiah dan memahami maksud sebenar pembangunan sahsiah secara am dan juga berdasarkan beberapa perspektif yang berbeza.Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau peribadi. Maksud peribadi adalah manusia sebagai diri sendiri, sifat-sifat iaitu kelakuan dan sikap seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak dirinya. Ia juga menggambarkan sifat personaliti unik individu yang membezakan dirinya dengan individu yang lain. Menurut Siti Fatimah, sahsiah sistem tingkah laku individu dirujuk oleh pengenalan Pembangunan Sahsiah. Ini bermaksud setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. Namun, sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi dan perlakuan manusia. Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi cara seseorang berfikir, berasa, bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitarnya telah didefinisikan oleh Abdul Majid dan Rahil. Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara keseluruhan dan merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai. Allport menyatakan sahsiah adalah organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti dan diperihalkan. Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif. Individu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni dibentuk oleh perubahan yang positif. Pembangunan sahsiah juga dimaksudkan sebagai membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju. Maka, fokus pembangunan tersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama ada dalaman atau luaran dan dapat dirumuskan bahawa sahsiah ialah ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada seseorang individu, tetapi berlainan dengan orang lain. Ia mewakili perwatakan seseorang individu yang dapat diperhatikan dan dinilai melalui tingkah laku yang ditunjukkannya. Empat perkara utama yang cuba diterapkan kepada guru-guru:Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan kendiri yang mengambil kira pengalaman lalu dengan individu lain dalam pelbagai bidang dapat membantu diri untuk membuat perubahan adaptif bagi mencapai kepuasan dalam kehidupan. Kita berhadapan dengan konflik dalaman yang perlu diselesaikan untuk membawa diri kepada peringkat pertumbuhan diri yang seterusnya dalam hidup semasa proses perubahan. Pertumbuhan yang membawa perubahan sahsiah ini memberi kesan langsung terhadap tahap produktiviti diri.

Bagi mencorakkan diri, setiap individu mempunyai sahsiah diri yang tersendiri bagi menjadi piawaian ke arah pencapaian dalam kehidupan. Cara membentuk pengalaman yang telah ditempohi mahupun yang akan datang dapat dibantu daripada sahsiah diri. Pencapaian yang telah dikecapi termasuk jangkaan tentang masa depan akan mempengaruhi sahsiah diri. Sahsiah diri sendiri dan individu lain juga mempegaruhi keadaan kesihatan diri. Sahsiah diri yang dimiliki berupaya menghadkan atau membolehkan kita mencuba segala peluang dan pilihan yang ada.

Memerihalkan sahsiah secara menyeluruh tentang keputusan berdasarkan persepsi terhadap sahsiah yang dimiliki oleh individu. Kita memberikan penjelasan tentang kriteria tertentu berdasarkan pemerhatian tingkah laku daripada orang lain. Keupayaan memberikan penjelasan ini bukan sahaja membantu kita untuk memperolehi jawapan dari perasaan ingin tahu yang timbul tetapi boleh memberikan kita rasa kawalan dalam kehidupan.

Menjangkakan dan meramalkan tingkah laku berdasarkan pengalaman kehidupan dan interaksi dengan pelbagai individu yang dilalui. Kesannya, ia dapat membantu seseorang untuk membuat perancangan dan menjadikan diri lebih peka tentang cara bertindakbalas pada masa akan datang yang bersesuaian dengan situasi. Guru akan dapat mengenalpasti keupayaan dan potensi yang dimiliki oleh setiap murid. Selanjutnya berusaha menggalakkan murid melibatkan diri dalam peluang seperti proses pengajaran danpembelajaran, aktiviti ko-kurikulum secara optimum. Penjelasan secara teoritikal dengan menggunakan perkataan yang lebih dalam konteks bahasa yang diterima adalah perlu bagi memerihalkan sahsiah seseorang secara lebih jitu. Pengalaman diri sedia ada hasil dari interaksi adalah belum mencukupi untuk memerihalkan sahsiah seseorang secara lebih jitu. Ia perlu disepadukan dengan penjelasan formal secara teoritikal dan kepelbagaian bidang dan individu. Individu dapat menjelaskan ciri-ciri sahsiah secara menyeluruh dan bagaimana seseorang melihat dunia persekitarannya melalui penjelasan secara teori.Ciri-ciri Guru BerkesanGuru merupakan arkitek pembangunan negara peranan yang sangat penting kepada guru dalam profesion mereka. Murid pada hari ini adalah pemimpin masa hadapan. Seorang guru mempunyai ciri-ciri yang berkesan dalam menjalankan tugas mulia ini. Guru berperanan untuk membina murid-murid yang akan menjadi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri glokal, patriotik dan semangat cintakan negara semasa dalam kelas .Profesional

Profesional dalam menyahut usaha kerajaan untuk menjadikan pembelajaran bertaraf dunia, guru-guru perlu bersikap profesional. Seorang guru yang profesional memiliki sikap yang cintakan ilmu, mempunyai iltizam yang tinggi, beretika dan juga kompeten. Mereka berusaha untuk mendapatkan ilmu secara formal dan tidak formal. Contohnya, guru sentiasa bersedia untuk berubah seiring dengan peredaran masa dan sentiasa menyahut cabaran untuk meninggikan tahap pencapaian masing-masing. Seterusnya, proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bertambah baik dan matang. Guru perlu berusaha untuk meningkatkan kendiri mereka melalui penyelidikan tindakan, refleksi, mengamalkan budaya ilmu, menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan dan mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru.Guru-guru perlu menghadiri sesi latihan dalam perkhidmatan dan berkolaborasi sesama rakan sejawat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Kemahiran ikhtisas ini sangat penting bagi setiap guru kerana ini akan mendorong guru menyampaikan pengajaran bermutu kepada pelajar. Paling penting, guru hendaklah sedaya upaya meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah kearana keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlulah dikaji agar murid dapat impak yang maksima. Guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah mahupun Bahagian Pendidikan Guru supaya dapat memperkembangkan kemahiran. Kursus-kursus ini termasuklah Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman yang dilaksakan oleh pihak sekolah. Keadaan dan masalah dalam amalan-amalan pendidikan dikesan terutamanya mencari kelemahan-kelemahan atau masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran seorang guru adalah tujuan penyelidikan tindakan. Menurut Kurt Lewin, penyelidikan tindakan merangkumi empat peringkat iaitu, merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi. Contohnya guru membuat kajian penyelidikan tindakan untuk mengetahui strategi, kaedah dan teknik yang paling sesuai untuk mengajar, perancangan aktiviti, pemulihan dan pengayaan, penggunaan bahan-bahan pengajaran dan pengurusan aktiviti kumpulan. Namun topik yang hendak dikaji perlu berkait dengan masalah pengajaran yang sebenar di dalam bilik darjah tidak seharusnya dilupakan oleh guru. Seterusnya, guru dapat memperbaiki dan mengubahsuai semula kaedah mengajar supaya keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tercapai dan refleksi pula penting untuk mengetahui kebaikan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran. Refleksi sangat wajar dibuat bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran agar guru dapat memikirkan kaedah terbaik dalam pengajaran. Terdapat enam bidang yang perlu diberi perhatian iaitu budaya membaca, budaya berfikir, budaya belajar, budaya berkarya, bermusyawarah dan refleksi bagi meningkatkan budaya ilmu. Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu menjadikan mereka guru yang berkesan. Guru perlu menguasai atau mempunyai pengetahuan dasar minimum yang mencukupi sebagai guru bagi menjamin bahawa seorang guru itu profesional. Pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi am, pengetahuan kurikulum, pengetahuan kandungan pedagogi, pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri diri, pengetahuan konteks penting dan pengetahuan falsafah, matlamat, tujuan, nilai dan sejarah pendidikan merupakan pengetahuan minimum. Satu perkara yang tidak kurang penting ialah kepekaan guru terhadap perkembangan pendidikan negara dan di dunia. Setiap guru perlu bersedia untuk menerima sebarang perubahan dalam pendidikan termasuk menerima inovasi baru, belajar kaedah terbaik, menggunakan teknologi terkini dan menilai keberkesanan pendidikan yang diaplikasikan di luar negara. Kreatif

Menurut kamus Websters, pemikiran kreatif merupakan kebolehan untuk mewujudkan sesuatu yang baru. Guru boleh melakukan pengajaran dan pembelajaran dengan sesuatu cara yang unik nutuk menunjukkan kreatif. Guru haruslah berfikir di luar kotak, melihat sesuatu daripada perspektif baru, membuka minda dengan idea-idea baru, menerbitkan idea besar kepada idea- idea yang lebih kecil, berfikir secara fleksibel dan membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi. Contohnya, semasa proses mencerna minda pelajar, guru menggunakan daya imaginasi mereka. Guru boleh mengemukakan soalan-soalan yang umum apabila memulakan pengajaran mereka. Ini dapat membuka minda pelajar supaya dapat berfikir di luar kotak. Selain itu, penggunaan media- media seperti media berbentuk visual, audio, teks dan grafik yang membantu menjana minda pelajar ini perlulah selaras dengan strategi pedagogi yang sesuai agar objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Inovatif

Inovatif berasal dari perkataan Latin yang bermaksud pembaharuan. Inovatif adalah kemampuan membuat transformasi atau mencipta sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk sumber atau kaedah yang relevan dalam pengajaran dan pembelajaran agar dapat menjana minda murid- murid untuk menerima ilmu dan kemahiran yang diajar. Inovatif seorang guru adalah merangkumi kebolehan mengubahsuai teknik atau kaedah sedia ada kepada cara yang lebih baik lagi. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk guru-guru di Malaysia berusaha mewujudkan Anugerah Guru Inovatif. Tujuannya ialah mengenalpasti guru atau kumpulan guru yang telah melahirkan idea dan usaha kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah. Selain itu, pengiktirafan dan penghargaan kepada guru atau kumpulan guru yang dikenal pasti sebagai kreatif apabila kewujudan anugerah. Guru menggalak berusaha mencari idea-idea baru dalam melaksanakan kurikulum dan berkongsi dengan guru-guru lain bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa strategi yang dapat digunakan untuk melahirkan guru yang kreatif dan inovatif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid dapat membantu mencerna minda dalam penggunaan daya imaginasi. Pemilihan dan pengaplikasian media pengajaran membantu murid meneroka ke tempat yang tidak dapat atau mustahil untuk diterokai. Contohnya, pemberian gambaran visual kepada murid melalui guru membawa murid meneroka ke kawasan gurun, dasar lautan ataupun angkasa lepas. Dengan cara ini, murid dapat melihat perkaitan atau menyerap ilmu pengetahuan dengan lebih baik. Rumusannya, dalam pengajaran dan pembelajara, guru hendaklah mempunyai sikap kreatif dan inovatif. Ini dapat memahirkan guru dalam merancang cara mengajar yang paling sesuai untuk murid-muridnya. Selain itu, daya kreatif dan inovatif guru juga boleh mempengaruhi minat dan kebolehan murid. Dalam pengajaran dan pembelajaran, daya kreatif dan inovatif guru yang dapat merangsang murid dalam proses menerima ilmu pengetahuan malalui penggunaan ICT. Integriti

Integriti ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu anggota perkhidmatan pelajaran dan organisasi pelajaran berlandaskan etika dan piagam pelanggan berdasar sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika dan piagam pelanggan diamal dan dihayati oleh anggota organisasi yang akhirnya menjadi budaya kerja organisasi, melaksana amanah dan kuasa yang dipertanggungjawab dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Ciri-ciri positif yang wujud pada individu dan sesebuah organisasi merupakan intergriti. Menurut kamus Oxford, intergriti bermaksud quality of being honest and having strong moral principles, the state of being whole and undivided. Kamus Dewan, Edisi ke-3 mentakrifkan intergriti sebagai keadaan sempurna dan utuh. Manakala Collin English Dictionary (1994), pula mentakrifkan intergriti sebagai adherence to moral principles, honesty, wholeness, soundness.Antara perkara yang terkandung dalam integriti ialah melaksanakan amanah mengikut kepentingan awam, mengutamakan kepentingan awam dan telus serta tulus. Isu-isu seperti penyelewengan dan salah guna kuasa tidak patut berlaku. Guru seharusnya mengutamakan kepentingan murid melebihi kepentingannya sendiri dalam konteks pengajaran guru di dalam kelas. Contohnya, guru memilih tajuk dan kaedah yang sesuai untuk keperluan murid berbanding kaedah yang disukai guru. Ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru hendaklah bersikap jujur dan memberi layanan yang adil kepada murid-murid. Pada 6 September 2007, YB. Dato Sri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk mewujudkan Masyarakat Malaysia Berintergriti Melalui Sistem Pendidikan Berkesan. Menurutnya, sebuah pelan induk yang dinamakan telah dirangka oleh Pelan Kementerian Pelajaran Malaysia.Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 2010 merupakan sebuah pelan yang komprehensif dan holistik serta dilaksanakan untuk memastikan modal insan yang dibangunkan dapat memenuhi hasrat dan cabaran yang dinyatakan. Guru selaku pendidik perlu bertanggungjawab dan bertindak sewajarnya terhadap murid. Antara tanggungjawab tersebut ialah seperti sentiasa memikirkan masa depan murid, ada tahap kesabaran yang tinggi, bersifat pengasih dan penyayang, pupuk suasana seronok belajar, beri pengharapan baru, bentuk roh dan sahsiah terpuji dan ada kapasiti mengubah murid menjadi yang terbaik. Semangat Berpasukan Menurut kamus Websters New World, kerja berpasukan bermaksud perkara yang dilakukan bersama sekumpulan orang di mana setiap orang yang berada di bawahnya adalah individu yang berkepentingan dan memberi sumbangan kepada kecekapan kumpulan tersebut. Oleh itu, apabila semua ahli yang terlibat memberi sumbangan dan terlibat aktif dan bekerja menuju tujuan yang sama kerja, berpasukan yang berkesan dihasilkan. Semangat berpasukan juga menghasilkan kerja berpasukan yang berkualiti tinggi. Guru tidak boleh bekerja secara individu terutamanya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang rumit. Semangat berpasukan dapat mencetuskan pernyataan perasaan, inovasi dan percambahan idea yang lebih baik dan kreatif. Semangat berpasukan yang tinggi diperlukan dalam kerja berpasukan. Terdapat beberapa perbezaan antara kumpulan dan pasukan. Di sesebuah sekolah, guru mungkin adalah sebagai kumpulan tetapi yang lebih penting, guru seharusnya bekerja sebagai satu pasukan. Ahli dalam kumpulan bekerja secara bebas dan tidak bekerja untuk tujuan yang sama. Pasukan pula bekerja saling bergantungan, mempunyai tujuan peribadi dan pasukan, memahami matlamat dan saling menyokong antara satu sama lain. Ahli kumpulan menumpukan kepada diri mereka sendiri kerana mereka tidak terlibat dalam perancangan antara ahli. Komited terhadap matlamat mereka dapat menyebabkan ahli pasukan pula merasakan pemilikan terhadap peranan mereka dalam kumpulan ini. Selain itu, apa yang mereka katakan dan takut mengajukan soalan, ahli kumpulan perlu berhati-hati. Mereka tidak sepenuhnya memahami apa yang terjadi dalam kelompok mereka menyebabkan hal ini berlaku. Sementara itu, matlamat yang ditentukan dalam pasukan akan menggalakkan semua ahli pasukan mengekspresikan pendapat, pandangan dan pertanyaaan yang pelbagai. Menurut Larson dan La Fasto dalam buku mereka berjudul Teamwork: What Must Go Right/ What Can Go Wrong (Sage Publications 1989), terdapat beberapa ciri-ciri pasukan yang berkesan. Pasukan mestilah mempunyai tujuan yang jelas. Setiap ahli hendaklah memahami tujuan tersebut dan tahu peranan masing-masing. Pada masa yang sama, pasukan perlu mempunyai struktur berasaskan keputusan dan harus membuat tindakan yang akan menghasilkan sesuatu keputusan yang diingini. Setiap ahli mestilah memberikan komitmen dan bersatu. Suasana dalam pasukan hendaklah berkolaborasi dalam mencapai matlamat yang sama dan saling bekerjasama. Mereka saling melengkapi antara satu sama lain walaupun semua guru tidak semestinya melakukan perkara yang sama. Pasukan sentiasa positif menerima sokongan luaran dan dorongan agar mereka mencapai matlamat.Berorientasikan pelanggan Kita perlu mengamalkan sikap berorientasikan pelanggan sebagai seorang guru. Pelanggan sekolah terdiri daripada murid-murid dan ibu bapa mereka. Ibu bapa terdiri daripada ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru di Malaysia. Guru yang menjadi agensi perkhidmatan juga tidak terlepas daripada memberikan perkhidmatan terbaik yang berorientasikan pelanggan. Terdapat empat perkara yang akan dibincangkan dalam perkhidmatan berorientasikan pelanggan iaitu responsif, proaktif, mesra dan berkualiti. Kesemua perkara ini terkandung dalam Lampiran Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2008: Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan. Kerajaan telah menyatakan beberapa ciri kualiti Perkhidmatan Pelanggan yang dibahagikan kepada 3 kategori iaitu fizikal, penyampaian dan emosi dalam pekeliling tersebut. Komponen fizikal mengandungi persekitaran yang kondusif dan kemudahan sokongan. Dalam komponen penyampaian pula mengandungi kebolehpercayaan, responsif, menepati masa, ketepatan, mudah diperoleh, mudah difahami, kompeten, kredibiliti dan keselamatan. Terakhir, komponen emosi mengandungi mesra dan adil, mendengar dan memahami dan menghormati. Responsif bermaksud menyampaikan perkhidmatan yang responsif yang memenuhi ciri- ciri seperti cepat memberi respons kepada semua urusan pelanggan dan memaklumkan sehingga urusan selesai. Kita mempunyai beberapa tanggungjawab yang perlu diselesaikan dengan segera di sekolah seperti urusan biasiswa, mencatat buku prestasi murid dan memaklumkan perkembangan murid kepada ibu bapa. Guru hendaklah sentiasa responsif terhadap urusan-urusan sebegini. Guru juga perlu sentiasa menawarkan perkhidmatan yang konsisten kepada pelanggan dari segi kualiti pengajaran dan pembelajaran serta menepati piagam yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). NKRA digariskan oleh KPM sebagai piawai yang patut dipatuhi oleh pihak sekolah pada masa kini. Biasanya, dalam setiap kelas terkandung Piagam Pelanggan yang menggariskan amalan yang patut dilaksanakan oleh guru termasuk menepati masa. Justeru itu, borang, arahan, panduan perkhidmatan dan maklumat-maklumat yang diperlukan juga hendaklah disediakan dengan jelas. Contohnya, bagi urusan pendaftaran dan pengesahan kanak-kanak masuk sekolah, Borang Maklumat Murid dan sebagainya hendaklah diserahkan berserta arahan yang jelas kepada ibu bapa. Guru-guru juga diminta lebih kompeten iaitu berpengetahuan dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Guru seharusnya berususan dengan murid dan ibu bapa tanpa mengira pangkat dan kedudukan serta lebih mesra dan adil kepada mereka dari segi emosi. Selain itu, guru yang sentiasa mendengar dan memahami perkara yang dibangkitkan oleh pelanggan dan mengambil tindakan yang sewajarnya menunjukkan dia mempunyai sahsiah yang baik. Menghormati ibu bapa juga penting selain guru memberi layanan dengan penuh rasa hormat. Guru yang mementingkaan keselesaan murid mereka ialah guru yang mempunyai sahsiah yang tinggi dari segi fizikal. Kebersihan dan suasana di sekolah juga turut memainkan peranan yang penting dalam persekitaran kelas yang kondusif. Pada pendapat saya, kebersihan dan keceriaan juga akan meningkatkan motivasi murid untuk hadir ke sekolah dan mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran dengan lebih menyeronokkan.Kesimpulan

Sahsiah yang baik dan memenuhi etika bagi memartabatkan profesion perguruan harus diterapkan oleh stiap guru. Guru juga perlu mematuhi Kod Etika Perguruan. Namun begitu, terdapat beberapa faktor dan mekanisme yang mengawal tingkah laku manusia. Faktor-faktor tersebut ialah keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup, penguatkuasaan, undang-undang, pendidikan agama dan budaya kerja. Selain itu, etika perguruan dan memiliki sahsiah yang baik juga harus dipatuhi oleh guru ketika melaksanakan tugas mulia ini. Guru perlu melakukan muhasabah diri dengan cara menilai diri, menghitung kebaikan dan keburukan yang telah kita lakukan. RujukanAbd. Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (1995). Psikologi pendidikan 1: Pertumbuhan danperkembangan. Petaling Jaya: Longman.Atan Long (1976). Psikologi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Comer, R., & Gould, E. (2011). Psychology around us. East Sussex: Psychology Press Ltd.Corey, G (2008). Theory and practise of counseling and psychotherapy. (8th Ed.). Pacific Grove, CA: Brooks/ Cole.Ee Ah Meng (1996). Psikologi pendidikan 1: Psikologi perkembangan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Foo Say Fooi (2005). Etika perguruan: Jaminan peningkatan profesionalisme. Serdang:

Penerbit Universiti Putra Malaysia