tugasan sekolah selamt sem 9

37
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOUR NAMA : SHAHARUDIN BIN MOHD AMIN NO. MATRIKULASI : 820123065319001 NO. KAD PENGENALAN : 820123-06-5319 NO. TELEFON : 010-5432142 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : KUANTAN LEARNING CENTRE SEMESTER SEPTEMBER 2014

Upload: niaga-qaseh

Post on 04-Oct-2015

48 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tugasab

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBHE3203KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOUR

NAMA:SHAHARUDIN BIN MOHD AMINNO. MATRIKULASI:820123065319001NO. KAD PENGENALAN:820123-06-5319NO. TELEFON:010-5432142E-MEL:[email protected] PEMBELAJARAN: KUANTAN LEARNING CENTRE

SEMESTER SEPTEMBER 2014

Isi Kandungan Muka Surat1.0 CERAMAH KESIHATAN DAN KESELAMATAN22.0BORANG PEMANTAUAN KEBERSIHAN DAN 8 KESELAMATAN PERSEKITARAN SEKOLAH3.0Analisis Pemantauan Kebersihan dan 13 Keselamatan Persekitaran Sekolah4.0RUMUSAN PEMANTAUAN 205.0PENUTUP 266.0RUJUKAN 27

1.0CERAMAH KESIHATAN DAN KESELAMATAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, barisan guru penolong kanan, yang dihormati guru-guru, dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah diberi peluang untuk memberi ceramah dalam sambutan Program Minggu 3K pada kali ini. Guru-guru dan murid-murid sekalian, Sekolah merupakan satu tempat menimba ilmu. Sekolah berperanan penting dalam merealisasikan segala aspirasi negara. Sebuah sekolah boleh mengalami iklim yang positif atau negatif. Iklim positif yang dimaksudkan ialah dimana sekolah mempunyai ciri-ciri fizikal yang bersih, ceria dan selamat, hubungan sosial yang baik sesama warga sekolah, dan mempunyai suasana kerja yang proaktif. Manakala iklim sekolah yang negatif bermaksud keadaan sekolah yang kucar kacir, kotor, tidak selamat, masalah disiplin dan pelbagai perkara negatif yang lain. Adalah penting, semua warga sekolah berusaha ke arah mewujudkan suatu iklim yang sihat bagi menjadikan sekolah kita ini sebuah sekolah yang cemerlang. Bagi menjadikan sekolah beriklim positif, penekanan perlu diberikan kepada aspek kebersihan. keceriaan dan juga keselamatan. Untuk makluman semua guru dan murid, Sejak akhir-akhir ini, pelbagai isu negatif yang timbul melibatkan aspek-aspek yang berkaitan keselamatan, kesihatan dan juga kebersihan yang melibatkan murid-murid sekolah. Berdasarkan pemeriksaan dan pengauditan yang dilakukan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan ke atas 6187 kantin sekolah di seluruh negara pada tahun lepas mendapati 85 buah kantin sekolah telah diarahkan ditutup disebabkan tahap kebersihan tidak memuaskan dan tidak menepati peraturan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983. Jadi tidak hairanlah kenapa kes keracunan makanan di kantin-kantin sekolah sering kali terjadi disebabkan kegagalan penguasaha kantin yang gagal mematuhi tahap kebersihan yang telah ditetapkan. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Helmi Yahya, dalam satu sidang akhbar pada 21 Oktober 2013, melaporkan bahawa, pada tahun 2013 sebanyak 5185 kes keracunan makanan telah berlaku di sekolah-sekolah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Daripada angka yang dinyatakan tersebut, ia menunjukkan isu ini sangat serius. Guru-guru sekalian,Mari kita merenung dan mengingat kembali sekitar awal tahun 2000, ketika itu media-media massa hangat melaporkan tentang pelbagai projek bermasalah yang berlaku di sekolah-sekolah seperti makmal komputer yang baru disiapkan retak dan diisytiharkan tidak selamat, syiling-syiling runtuh, bangunan-bangunan yang baru dibina didapati retak, dan pelbagai lagi kejadian. Ketika itu, makmal komputer yang telah siap telah diarahkan dirobohkan semula. Selain itu juga, ada setengah sekolah yang baru dibina tidak dibenarkan beroperasi. Kini, ia telah sedekad berlaku, dan isu keselamatan masa kini lebih hangat diperkatakan kepada isu-isu yang berkaitan dengan masalah disiplin, gangsterisme, rogol, cabul, penculikan dan pelbagai lagi. Selain itu juga, kejadian-kejadian seperti pelajar terjatuh dari syiling bangunan, bunuh diri di sekolah, murid ditimpa tiang gol , murid cedera terkena perlatan sukan merupakan sebahagian daripada kejadian-kejadian yang dilaporkan di media-media massa. Tetapi jika kita pergi sendiri melihat ke sekolah-sekolah, pelbagai kejadian yang berlaku yang melibatkan tentang keselamatan murid-murid termasuklah juga di sekolah kita ini. Jika kita lihat pada isu-isu yang dinyatakan di atas, ia sudah berada di tahap yang membimbangkan. Semua pihak tidak boleh memandang memandang rendah sebaliknya mencari jalan penyelesaian mengurangkan semaksimun yang mungkin terhadap berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini. Guru-guru dan murid-murid yang dihormati sekalian,Perubahan iklim pendidikan masa kini, menyebabkan pelbagai langkah yang dijalankan bagi mempertingkatkan keselamatan murid di sekolah. Polisi Sekolah Selamat yang dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan salah satu program yang bertujuan mewujudkan suasana yang harmoni dan selamat di semua sekolah. Selain itu juga, program 3K ( Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan ) yang dimulakan pada tahun 1991 bertujuan memastikan semua sekolah mempunyai sistem yang mantap menangani sebarang isu berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan keceriaan sekolah. Kedua-dua program ini adalah sebahagian daripada pelbagai program yang dijalankan bagi memastikan sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih, ceria, dan selamat yang membolehkan semua warga sekolah dapat melaksanakan tugas masing-masing dengan teratur dan selamat tanpa ada gangguan. Menurut pendapat Smith, 1995, sebuah sekolah boleh mengalami iklim atau suasana yang positif atau negatif. Sekolah yang mengalami iklim positif kebiasaannya mempunyai ciri-ciri fizikal sekolah yang baik, bersih dan menarik, dan juga setiap warga sekolah mempunyai hubungan sosial yang baik. Seharusnya, semua sekolah perlu memastikan bahawa persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih, ceria, sihat dan selamat untuk mewujudkan iklim yang positif . Sekolah yang harmoni dapat melahirkan murid-murid yang cemerlang sama ada dari aspek akademik, kokurikulum mahupun sahsiah. Lebih penting lagi, semua warganya berada dalam keadaan tenang, ceria dan selamat untuk melaksanakan tugas masing-masing di sekolah. Amalan kebersihan perlu disemai dan dipupuk dari awalan lagi bermula dari rumah dan diperkukuh dan diperkembangkan di sekolah agar ia menjadi amalan sepanjang hayat. Persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan selamat akan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan konduksif. Persekitaran yang bersih dan cantik dapat meransang minat murid-murid datang ke sekolah dan juga untuk belajar. Murid-murid tidak jemu hadir ke sekolah kerana mereka berasa selesa dan bahagian apabila berada di sekolah. Murid-murid juga dapat memberi fokus sepenuhnya terhadap pembelajaran. Mana mungkin murid-murid dapat belajar dengan selesa dan aman jika bilik darjah ataupun kawasan persekitarannya kotor. Begitu juga mana mungkin murid-murid akan berasa selamat semasa berada di sekolah jika wujud gejala samseng di sekolah. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Abdullah Sani bin Yahya, pada tahun 2007 berpendapat bahawa iklim dan persekitaran sekolah merupakan satu faktor yang penting dalam mempengaruhi pembentukan tingkah laku, imej, mental dan interaksi sosial anggota-anggota sekolah berkenaan. Sekolah yang mempunyai iklim yang positif baik dari segi kebersihan, keceriaan dan juga keselamatannya akan dapat memupuk dan membentuk tingkah laku murid-murid ke arah yang positif. Apabila disiplin telah diterapkan dalam diri ia akan melahirkan tingkah laku yang baik. Sebagai contoh, murid-murid ditekankan supaya memastikan kelas mereka berada dalam keadaan bersih. Jadi, untuk menjadikan kelas bersih, murid-murid akan melakukan kerja-kerja pembersihan seperti menyapu sampah, mengelap tingkap bersih, dan tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Secara tidak langsung, tingkah laku yang positif telah mula dibentuk. Lama kelamaan sikap ini menjadi satu tabiat dalam hidup mereka. Sekolah yang bersih, ceria dan selamat juga dapat meningkatkan prestasi sekolah baik dari segi akademik, kokurikulum dan juga sahsiah. Satu kajian yang dijalankan oleh Mohd Redzauddin bin Ismail pada tahun 2008, berpendapat sekolah yang berpencapaian tinggi mempunyai tahap keceriaan yang lebih baik berbanding sekolah yang persekitarannya kurang ceria. Seperti yang dinyatakan tadi, apabila sekolah mempunyai iklim yang positif , murid-murid dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan suasana yang selesa. Murid-murid akan berasa seronok ke sekolah dan secara tidak langsung ia dapat mengatasi masalah ponteng sekolah. Hari ini, pelbagai program atau pertandingan diadakan sebagai satu langkah sekolah ke arah menyediakan persekitaran yang konduksif seperti pertandingan 3K, Pertandingan Tandas Bersih, Pertandingan Anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Bersih, dan pelbagai lagi. Ia juga sebagai satu inisiatif menghargai pihak sekolah yang bertungkus lumus menyediakan persekitaran sekolah yang konduksif. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk menyediakan persekitaran kawasan sekolah kita ini menjadi lebih bersih, ceria dan pada masa yang sama mempertingkatkan aspek-aspek keselamatan agar tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Barisan Pentadbir yang dihormati sekalian,Sekolah yang mempunyai persekitaran iklim yang konduksif akan menarik minat ibubapa untuk menghantar anak mereka bersekolah di sekolah tersebut. Ibubapa tidak mereka ragu tentang keselamatan anak mereka semasa berada di sekolah. Mereka berasa yakin dengan pihak sekolah untuk menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang selesa. Guru-guru dan murid-murid sekalian, Sememangnya menjadi impian setiap warga sekolah untuk menjadikan sekolah mereka yang terbaik. Namun tidak dinafikan pelbagai halangan akan muncul. Namun, jika semua berganding bahu, sebesar mana pun halangan yang muncul akan dapat ditempuhi. Ungkapan Sekolahku, Syurgaku pada pintu masuk sekolah kita perlu kita realisasikan bersama-sama dan bukan sebagai hiasan sahaja. Oleh yang demikian, dalam memastikan sekolah kita mempunyai persekitaran yang sihat dan selamat, berikut adalah perkara-perkara asas yang perlu kita utamakan dan sewajarnya hendaklah kita patuhi. Yang pertama, kemudahan fizikal yang ada di sekolah kita ini seperti bekalan air, elektrik, pili bomba, bilik darjah, kantin, tandas, padang dan lain-lain hendaklah digunakan dengan berhemah dan dijaga dengan baik. Elakkan membuat vandalisme atau kerosakan yang boleh memberi kesan tidak baik kepada kita sebagai warga sekolah ini. Yang kedua, kita sebagai warga sekolah hendaklah memastikan bahawa persekitaran sekolah ini bebas daripada risiko jangkitan penyakit seperti dengki dan sebagainya. Sikap meletakkan tanggungjawab ini sepenuhnya kepada pekerja pembersihan perlu dihakis atau dielakkan. Sebaliknya, tugas ini perlu dipikul bersama-sama menjaga kebersihan kerana di sinilah tempat kita menimba ilmu. Yang ketiga, amalan kebersihan perlu diamalkan di dalam diri masing-masing. Pastikan sampah sarap dibuang di dalam tong sampah, tandas dicuci selepas digunakan adalah antara perkara-perkara yang perlu setiap warga sekolah amalkan. Ia membantu kita mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat dan sejahtera. Yang keempat, amalan kebersihan di kantin sekolah dan aspek penyediaan makanan perlu diberi dititik beratkan supaya kantin dan makanan yang disediakan sentiasa berada di dalam keadaan bersih. Ia dapat mengelakkan berlakunya keracunan makanan. Yang kelima, polisi kesihatan sekolah hendaklah kita fahami dan kita patuhi. Setiap aktiviti yang dijalankan hendaklah diikuti setiap guru ataupun murid ke arah menjadikan gaya hidup yang sihat. Penerangan yang jelas perlu dilakukan oleh guru-guru agar semua murid jelas dan memahami tentang segala yang terkandung di dalam polisi ini. Tindakan terakhir yang boleh kita lakukan ialah mengikuti dan mematuhi segala arahan dan peraturan yang telah ditetapkan. Ia bertujuan mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Disiplin yang baik di kalangan murid-murid akan dapat mewujudkan suasana yang harmoni. Guru-guru dan murid-murid sekalian,Iklim sekolah yang konduksif akan memberi banyak manafaat dan kesan yang positif. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama meningkatkan kebersihan dan keselamatan di persekitaran sekolah kita ke arah mewujudkan iklim sekolah yang sihat. Seperti yang saya sebutkan tadi, untuk merealisasikannya tentulah banyak halangan yang akan kita tempuhi. Namun, jika ada sikap kerjasama sesama kita, sudah pasti halangan ini akan berjaya ditempuhi. Sebagai penutup ceramah sempena program Minggu 3K ini, saya berharap segala intipati ceramah tadi dapat memberi manafaat kepada kita semua seterusnya menjadi pemangkin kepada kita untuk berusaha menjadikan sekolah kita yang tersayang ini menjadi sebagai sebuah sekolah contoh bukan sahaja di peringkat daerah bahkan di peringkat nasional. Saya sudahi ceramah ini dengan ucapan sekian terima kasih.

2.0BORANG PEMANTAUAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN SEKOLAHPemantauan atau pemeriksaan yang berkala perlu dijalankan bagi memastikan persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat. Daripada pemeriksaan itu, pihak sekolah boleh memperbaiki kelemahan-kelemahan yang dikesan dan akhirnya dapat mewujudkan iklim sekolah yang konduksif. Antara cara yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah ialah dengan menjalankan soal-selidik yang boleh dijalankan oleh guru-guru bertugas mingguan. Melalui cara ini juga, guru-guru akan sentiasa peka dengan tahap kebersihan dan keselamatan persekitaran sekolah. Berikut adalah contoh borang soal-selidik yang akan saya gunakan untuk pemeriksaan tahap kebersihan dan keselamatan persekitaran sekolah.

BORANG 1

ARAHAN : Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( ) pada petak yang disediakan berpandukan skala di bawah.BORANG MAKLUM BALAS PEMANTAUAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN FIZIKAL SEKOLAH

Skala : 12345

Sangat Tidak BaikTidak BaikMemuaskanBaikSangat Baik

Lokasi : Fizikal SekolahBILASPEKSKALA

12345

1.1 Bangunan Sekolah

1Pendawaian / Lampu / Kipas

2Tangga

3Tingkap / Pintu

4Perabot / Kelas

1.2 Padang dan Gelanggang Permainan

1Permukaan padang / gelanggang

2Peralatan padang

1.3 Kawasan Persekitaran Sekolah

1Kebersihan

2Keceriaan

3Longkang

4Tempat pelupusan sampah

5Pagar sekeliling sekolah

BORANG 2

ARAHAN : Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( ) pada petak yang disediakan berpandukan skala di bawah.BORANG MAKLUM BALAS PEMANTAUAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN FIZIKAL SEKOLAH

Skala : 12345

Sangat Tidak BaikTidak BaikMemuaskanBaikSangat Baik

Lokasi : Kantin

BILASPEKSKALA

12345

1Kebersihan kantin

2Kebersihan tempat memasak dan tempat membasuh

3Penyediaan makanan

4Kebersihan pakaian pengendali kantin

5Hiasan luaran dan dalaman

6Kemudahan tempat membasuh tangan

7Pengurusan stor

BORANG 3

ARAHAN : Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( ) pada petak yang disediakan berpandukan skala di bawah.BORANG MAKLUM BALAS PEMANTAUAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN FIZIKAL SEKOLAH

Skala : 12345

Sangat Tidak BaikTidak BaikMemuaskanBaikSangat Baik

Lokasi : Bilik Darjah

BILASPEKSKALA

12345

1Kebersihan bilik darjah

2Susun atur perabot yang kemas

3Hiasan luaran dan dalaman

4Mempunyai jadual bertugas

5Pencahayaan dan pengudaraan yang baik

6Disiplin murid

BORANG 4

ARAHAN : Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( ) pada petak yang disediakan berpandukan skala di bawah.BORANG MAKLUM BALAS PEMANTAUAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN FIZIKAL SEKOLAH

Skala : 12345

Sangat Tidak BaikTidak BaikMemuaskanBaikSangat Baik

Lokasi : Makmal Sains

BILASPEKSKALA

12345

1Makmal sains sentiasa bersih, kemas dan teratur

2Poster peraturan keselamatan dan peraturan Makmal Sains dipaparkan

3Pelan kecemasan kebakaran di tampal

4Pencahayaan dan pengudaraan yang baik

5Semua botol reagen dilabel dengan jelas

6Alat pemadam api lengkap dan berfungsi

3.0Analisis Pemantauan Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran SekolahSatu pemerhatian dan pemantauan telah dijalankan untuk mengetahui tahap kebersihan dan keselamatan persekitaran SK (LKTP) Mempaga Satu. Pemantauan ini telah dijalankan selama 2 minggu bermula pada 27 Oktober sehingga 8 November 2014. .Seramai 6 orang guru telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan pemantauan ini. Pemantauan hanya dijalankan melibatkan kebersihan dan keselamatan kawasan persekitaran sekolah dan tidak melibatkan fail-fail. Lima lokasi tempat sekitar kawasan sekolah telah dipantau mengikut aspek-aspek yang telah dibina di dalam borang pemantauan. Berikut adalah analisis yang dibuat daripada hasil maklum balas guru-guru tersebut daripada pemantauan yang dijalankan :Borang 1 :Fizikal SekolahPemantauan fizikal sekolah yang dijalankan melibatkan bangunan sekolah, padang dan gelanggang permainan, dan kawasan persekitaran sekolah. A )Bangunan Sekolah

Bagi aspek 1 iaitu berkaitan dengan pendawaian, lampu dan kipas yang ada di persekitaran kelas dan bilik-bilik darjah, hasil penilaian yang dijalankan mendapati 4 orang pemantau membuat penilaian baik manakala 2 orang pemantau yang lain memberi penilaian memuaskan. Aspek penilaian tangga pula keenam-enam pemantau memberi penilaian baik. Manakala aspek penilaian tingkap dan pintu, 3 orang pemantau memberi penilaian memuaskan dan 3 pemantau yang lain memnberi penilaian baik. Akhir sekali, bagi aspek perabot kelas, 5 orang pemantau memberi penilaian sangat baik manakal seorangnya pula memberi penilaian baik.B ) Padang / Gelanggang Permainan

Kesemua pemantauan memberi penilaian sangat baik bagi kedua-dua aspek yang dinilai iaitu berkaitan permukaan padang atau gelanggang dan juga peralatan padang. C ) Kawasan Persekitaran Sekolah

Lokasi 2 : TandasPemantauan tandas sekolah melibatkan 6 aspek yang merangkumi kebersihan, keceriaan dan juga keselamatan. Pemantauan ini meliputi tandas guru dan juga tandas murid.

Pemantauan terhadap aspek pertama iaitu kebersihan tandas murid, 4 orang pemantau membuat penilaian bahawa kebersihan tandas murid berada dalam keadaan bersih manakala 2 orang pemantau yang lain memberi penilaian kebersihan tandas murid hanya berada di tahap memuaskan sahaja. Untuk penilaian aspek kedua berkaitan kebersihan tandas guru, keenam-enam pemantau membuat penilaian kebersihan tandas guru sangat baik. Begitu juga dengan aspek ketiga iaitu penyediaan kemudahan alat penjagaan kebersihan seperti sabun dan tisu, kesemua pemantau membuat penilaian ia disediakan sangat baik. Bagi aspek keempat iaitu keceriaan dalaman dan luaran tandas, pemantau memberi maklum balas yang berbeza. 3 orang pemantau telah memberi memberi penilaian tahap memuaskan, manakala 2 pemantau yang lain memberi penilaian tahap baik dan salah seorang dari mereka telah memberi penilaian sangat baik. Manakala bagi aspek kelima dan keenam, iaitu berkaitan dengan kemudahan tong sampah di kawasan tandas dan juga berkaitan jadual penyelenggaran, semua pemantau telah memberi penilaian yang sangat baik berkenaan aspek berkenaan.

Lokasi 3 : KantinPemantauan kantin sekolah ini melibatkan 7 aspek yang dinilai. Ia meliputi aspek kebersihan dan keceriaan dan penyediaan makanan.

Dari segi kebersihan dan keselamatan kawasan kantin, ia mendapat maklum balas yang positif oleh keenam-enam pemantau. Daripada maklum balas yang diperolehi daripada pemantauan dijalankan, 4 orang pemantau menyatakan bahawa kebersihan kantin berada di dalam keadaan sangat bersih manakala dua yang lain membuat penilaian bahawa kebersihan kantin berada dalam keadaan baik. Bagi aspek kebersihan tempat memasak dan tempat membasuh, masing-masing 3 orang pemantau menilai ia berada dalam keadaan bersih dan 3 orang pemantau yang lain menilai ia berada dalam keadaan sangat bersih. Bagi aspek ketiga, kesemua pemantau menilai bahawa makanan dan minuman di kantin disediakan dengan sangat baik. Mereka juga memberi penilaian yang sangat baik terhadap aspek keempat iaitu berkaitan kebersihan pakaian pengendali makanan. Bagi aspek kelima, pihak penguasa kantin dan juga pihak sekolah perlu meningkatkan lagi tahap keceriaan kantin. Hanya 2 orang pemantau memberi maklum balas tahap keceriaan bagi kawasan kantin berada dalam keadaan baik manakala selebihnya hanya memberi penilaian memuaskan sahaja. Bagi aspek keenam iaitu kemudahan membasuh tangan, kesemua pemantau memberi penilaian yang sangat baik manakala aspek terakhir iaitu ketujuh mengenai pengurusan stor, 4 orang pemantau membuat penilaian pengurusan stor kantin sangat baik manakala 2 orang pemantau yang lain memberi penilaian baik.

Lokasi 4: Bilik DarjahPemantauan bilik darjah melibatkan 6 aspek. Ia dinilai melibatkan aspek kebersihan, keceriaan dan juga segi keselamatan murid iaitu melibatkan disiplin murid.

Aspek 1 iaitu melibatkan kebersihan kelas, keenam-enam pemantau memberi maklum balas yang berbeza. Salah seorang daripada mereka, memberi penilaian kebersihan kelas berada ditahap tidak memuaskan, 2 orang pemantau memberi penilaian tahap memuaskan, 2 orang pemantau pula memberi penilaian kebersihan kelas berada di tahap yang baik dan seorang pemantau telah memberi penilaian bahawa kebersihan kelas berada di tahap sangat baik. Begitu juga dengan aspek 2 iaitu susun atur perabot. 2 orang pemantau memberi penilaian susun atur perabot di dalam bilik darjah berada di tahap tidak baik, 2 orang pemantau yang lain memberi penilaian di tahap memuaskan dan 2 orang pemantau pula memberi penilaian susun atur perabot di dalam bilik darjah berada dalam keadaan baik. Bagi aspek ketiga, iaitu berkaitan dengan hiasan luar dan dalaman bilik darjah, bilik-bilik darjah yang dipantau mempunyai keceriaan yang baik. Ia berdasarkan daripada maklum balas yang diberikan oleh kesemua pemantau. 4 orang pemantau telah memberikan penilaian berkaitan hiasan dalaman dan luaran bilik darjah pada tahap yang baik manakala 2 orang pemantau yang lain telah memberikan penilaian berkaitan hiasan dalaman dan luaran bilik darjah berada dalam keadaan yang sangat baik. Kesemua orang pemantau telah memberikan penilaian sangat baik bagi aspek keempat dan kelima yang berkaitan penyediaan jadual bertugas dan juga pencahayaan dan pengudaraan yang baik di dalam bilik darjah. Aspek yang terakhir yang dinilai untuk bilik darjah ini ialah mengenai disiplin murid. Hasil daripada penilaian, 2 orang pemantau memberikan maklum balas berkaitan disiplin murid di dalam bilik darjah pada tahap memuaskan, 2 pemantau yang lain, memberikan penilaian pada tahap baik dan 2 yang lain pula memberi penilaian bahawa disiplin di dalam bilik darjah sangat baik.Lokasi :Makmal SainsPemantauan makmal sains melibatkan enam aspek yang perlu dinilai.

Hasil maklum balas yang diperolehi daripada pemantauan yang dijalankan mendapati bahawa bahawa kesemua pemantau memberi penilaian sangat baik pada 3 aspek yang dinilai iaitu aspek dua yang melibatkan penyediaan pelan kecemasan di dalam makmal sains, aspek 4 iaitu penilaian berkaitan pencahayaan dan pengudaraan di dalam makmal sains yang baik dan aspek enam yang berkaitan dengan penyediaan alat pemadam api yang mencukupi di dalam makmal sains dan ia berfungsi dengan baik. Bagi aspek satu iaitu penilaian berkaitan aspek kebersihan dan keceriaan di dalam makmal sains, 2 orang pemantau memberi penilaian memuaskan manakala 4 orang yang lain memberi penilaian baik. Manakala bagi aspek kedua yang berkaitan penilaian berkaitan poster peraturan keselamatan dan peraturan Makmal Sains dipaparkan

4.0RUMUSAN PEMANTAUANDapatan daripada maklum balas yang diperolehi hasil daripada pemerhatian dan pemantauan yang dijalankan melibatkan beberapa kawasan persekitaran sekolah terdapat kekuatan dan juga kelemahan yang perlu diperbaiki.

4.1KekuatanSecara keseluruhannya, kebersihan dan keselamatan SK ( LKTP ) Mempaga Satu berada dalam keadaan baik dan terkawal. Ini boleh dilihat daripada dapatan-dapatan dan juga analisa-analisa yang dijalankan hasil daripada pemantauan tersebut. Kekuatan dari aspek kebersihan mendapati kebersihan persekitaran sekolah berada dalam keadaan baik. Semua aspek berkaitan kebersihan melibatkan kawasan-kawasan yang dipantau mendapati semua pemantauan memberi maklum balas yang positif. Ini mungkin daripada penerapan nilai dan juga nasihat dan teguran yang diberikan oleh guru-guru tentang amalan menjaga kebersihan. Selain itu juga, penyediaan tong sampah yang mencukupi di kawasan persekitaran sekolah dan juga kerja-kerja pembersihan yang dilakukan oleh pekerja swasta juga dikenalpasti sebagai penyumbang kepada kebersihan kawasan persekitaran sekolah ini. Maklum balas daripada pemantauan tersebut juga mendapati kebersihan kantin berada di tahap yang sngat baik. Pengusaha kantin berjaya mematuhi segala piawai dan arahan bagi memastikan segala aspek berkaitan dengan kebersihan dipatuhi. Begitu juga dengan penyediaan makanan dimana semua makanan ditutup bagi mengelakkan ia tercemar. Langkah-langkah yang diambil oleh pengusaha kantin ini secara tidak langsung dapat mengelakkan berlakunya kes keracunan makanan.Keceriaan merupakan faktor yang penting dalam menjadikan iklim sekolah berada dalam keadaan positif. Kekuatan yang dikenalpasti dari aspek keceriaan hasil daripada pemantauan ini ialah melibatkan keceriaan bilik darjah. Setiap kelas dihiasi dengan kreativiti guru-guru kelas dan murid-murid mereka masing-masing. Setiap kelas dipasang langsir, segala info-info dan bahan-bahan pelajaran dilekatkan pada papan kenyataan dan juga ada kelas yang mengecat warna baru pada dinding kelas mereka. Semangat yang ditunjukkan oleh guru-guru kelas dengan dibantu oleh murid-murid mereka telah berjaya meningkatkan keceriaan kelas masing-masing.

Antara kelas yang ceria

Persekitaran sekolah ini juga dihiasi dengan lanskap-lanskap yang menarik. Pelbagai pokok bunga yang ditanam dan dinding-dinding bangunan dihiasi dengan mural-mural sebagai usaha menceriakan dan mengindahkan persekitaran sekolah.

Lanskap-lanskap yang menceriakan kawasan sekolah

Dinding bangunan yang dihiasi mural

Kekuatan dari aspek keselamatan pula mendapati segala perkara-perkara yang melibatkan keselamatan telah dipatuhi. Sistem pendawaian, lampu dan kipas diselenggara dengan baik. Selain itu juga, kawasan pelupusan sampah juga ditutup dan segala sampah-sarap akan dilupuskan dengan segera bagi mengelakkan berbau. Peralatan-peralatan di padang seperti tiang gol dan tiang bola jaring dijatuhkan dan disusun dengan baik. Manakala segala tempat larangan dan kawasan berbahaya diletakkan papan tanda sebagai peringatan kepada murid. Selain itu juga, maklum balas yang diperolehi daripada pemantauan tersebut ialah disiplin murid berada dalam keadaan baik dan terkawal. Disiplin sangat penting kerana ia juga menyumbang kepada keselamatan murid. Murid-murid akan berasa selesa dan selamat berada di sekolah jika kawalan disiplin berada dalam keadaan baik. Nasihat dan penegasan sentiasa diberikan kepada murid-murid agar mereka tidak melanggar peraturan sekolah.

Disiplin murid berada dalam keadaan baik

Kekuatan-kekuatan yang dikenalpasti ini merupakan faktor-faktor yang dapat menjadikan sekolah ini mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang positif. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu ditambah baik bagi memastikan persekitaran dan keselamatan sekolah berada dalam keadaan yang sangat baik.

4.2KelemahanBerdasarkan maklum balas pemantauan kebersihan dan keselamatan kawasan persekitaran sekolah, terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti. Antaranya ialah :Selain kebersihan, keceriaan juga sangat penting bagi mewujudkan suasana atau iklim sekolah yang konduksif. Beberapa kawasan perlu dipertingkatkan keceriaan seperti keceriaan tandas murid, kantin sekolah dan juga makmal sains. Daripada maklum balas yang diperolehi daripada pemantauan tersebut mendapati kawasan-kawasan tersebut kekurangan hiasan luaran dan juga dalaman. Kelemahan kedua yang dikenalpasti ialah kebersihan di beberapa bilik darjah yang masih lagi berada di tahap memuaskan. Sepatutnya, kebersihan di dalam bilik darjah hendaklah sentiasa berada di tahap yang baik. Begitu juga dengan susun atur perabot iaitu meja dan kerusi di dalam bilik darjah yang tidak tersusun. Apa yang diperhatikan, kebersihan bilik darjah mula merosot apabila murid-murid selesai rehat. Sampah sarap mula kelihatan di lantai-lantai dan juga di dalam meja, Begitu juga di persekitaran kawasan tong sampah, sampah sarap dan lorekan pensel tidak masuk denggan betul ke dalam tong sampah.

Kebersihan kelas masih lagi tidak memuaskan

Kelemahan yang ketiga ialah tatacara penggunaan tandas di kalangan murid-murid. Kebersihan tandas masih belum mencapai kualiti seperti yang ditetapkan. Tandas mula berbau selepas beberapa jam proses pengajaran dan pembelajaran bermula. Ini mendapati murid-murid masih lemah dalam tatacara penggunaan tandas. Sepatutnya mereka tahu apa yang perlu dilakukan selepas selesai proses menggunakan tandas.Kelemahan-kelemahan ini perlu diatasi dalam usaha sekolah mewujudkan iklim sekolah yang konduksif. Jika tidak, ia akan mencacatkan aspek kebersihan dan keselamatan sekolah ini walaupun kawasan-kawasan lain berada dalam keadaan baik.

4.3Cadangan Meningkatkan Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran SekolahWalaupun maklum balas daripada pemantauan yang dijalankan menunjukkan kebersihan dan keselamatan persekitaran sekolah ini berada pada tahap yang sangat baik, namun begitu terdapat berapa perkara yang perlu diperbaiki atau dipertingkatkan lagi bagi mewujudkan iklim sekolah yang konduksif dan seterusnya menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain. Kebersihan persekitaran sekolah perlu sentiasa dipertingkatkan. Penekanan terhadap aspek kebersihan perlu sentiasa diingatkan kepada murid-murid. Perhimpunan pagi yang diadakan tiap-tiap pagi merupakan tempat yang sesuai kepada guru-guru memberi peringatan kepada murid-murid agar mereka sentiasa menjaga kebersihan. Murid-murid perlu diingatkan dan diterangkan selalu cara penjagaan kebersihan. Ini kerana ada diantara murid-murid yang masih membuang sampah di merata-rata tempat, tidak mengedahkan sampah yang mereka jumpa dan sebagainya. Begitu juga dengan tatacara penggunaan tandas. Murid-murid perlu diberi penekanan dari aspek berkenaan. Penekanan berterusan dapat menyemai sikap di kalangan murid-murid berkaitan aspek menjaga kebersihan. Budaya negatif akan membawa kesan tidak baik kepada sekolah seperti wujud budaya samseng, keadaan sekolah menjadi kucar kacir dan pelbagai lagi. Keadaan ini akan mewujudkan suasana kurang selamat. Oleh itu, penerapan nilai-nilai murni perlu dilakukan bagi memupuk disiplin yang baik dikalangan murid-murid. Murid-murid perlu diingatkan tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi agar tidak timbul masalah disiplin di kalangan mereka.Kebersihan dan keselamatan persekitaran sekolah amat penting bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat. Oleh yang demikian, pihak sekolah hendaklah sentiasa bekerjasama dengan ibubapa dan masyarakat sekeliling untuk mengadakan program-program seperti gotong-royong secara berkala. Ia amat penting bagi memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih dan bebas daripada perkara-perkara yang tidak selamat. Selain itu, sekolah berperanan menyebaran maklumat mengenai keselamatan kepada murid-murid dan ibubapa dari semasa ke semasa. Peranan pihak sekolah amat penting bagi menjayakan sekolah bersih dan selamat. Pihak sekolah boleh membuat pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas, bilik-bilik khas dan sebagainya dengan memberi ganjaran yang istimewa. Ia secara tidak langsung mendorong semua guru dan murid-murid untuk membersih dan menghiasi biilik darjah mereka. Akhirnya, kebersihan dan keceriaaan persekitaran sekolah akan dapat dipertingkatkan melalui inisiatif ini.Secara keseluruhannya, tanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan melibatkan keseluruhan persekitaran sekolah perlu dipikul bersama-sama. Walaupun pelbagai cadangan dikemukakan, namun jika tiada kerjasama semua pihak, ia tidak berjaya untuk dilaksanakan. Kerjasama yang baik antara semua pihak akan menghasilkan keputusan yang positif.

5.0PENUTUPSekolah merupakan tempat murid-murid menimba ilmu. Adalah sangat penting bagi pihak sekolah menyediakan persekitaran yang sihat dan selamat bagi memberi keselesaan kepada murid-murid semasa mereka berada di sekolah.Segala isu-isu negatif yang timbul akhir-akhir ini terutamanya melibatkan keselamatan murid-murid seperti keracunan makanan, kes penculikan, buli, pergaduhan, dan sebagainya hendaklah diberi perhatian dan perlu tindakan segera bagi membendung gejala-gejala negatif ini semakin parah. Ia sangat penting bagi memastikan sekolah merupakan satu tempat yang selesa dan selamat. Tindakan yang berterusan dari pihak sekolah amat penting bagi memastikan sekolah merupakan tempat yang bersih dan selamat.Pemantauan kebersihan dan keselamatan yang berterusan misalnya dapat membantu pihak sekolah mengenalpasti kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelamahan yang ada berkaitan kebersihan dan keselamatan persekitaran sekolah. Secara tidak langsung, pihak sekolah boleh menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti bagi memastikan persekitaran sekolah akan menjadi iklim yang positif.Iklim yang positif akan membantu sekolah melahirkan murid-murid yang cemerlang bukan sahaja dari bidang akademik, kokurikulum tetapi juga mempunyai keperibadian yang tinggi. Menjadi harapan agar semua sekolah berusaha menyediakan iklim yang konduksif bagi memberi keselesaan kepada semua warga sekolah.

7.0RUJUKANNorazhan Che Lan. ( 2009 ). Program Bersepadu Sekolah Sihat. Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd. September 1997. Program Kesihatan Sekolah Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

18