pelita brunei - sabtu 25 jul 2015

24
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn E-mel: [email protected] Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004 EDISI SABTU / PERCUMA 25 JULAI 2015 / JABATAN PENERANGAN ''BERSYUKUR itu adalah sifat orang beriman. Barangsiapa yang bersyukur, akan ditambah lagi oleh Allah nikmat yang didapatinya itu.'' - Titah Perutusan Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi. PETIKAN TITAH ''BERPUASA sebulan di bulan Ramadan itu disamakan dengan 10 bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya di bulan Syawal disamakan dengan dua bulan berpuasa, maka yang demikian itu jika dicampurkan menjadi genap setahun.'' - (Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam). MANISNYA IMAN TAHUN 60 / BILANGAN 88 1436 Ke muka 24 Muka 3 MENTERI Singapura beraya ke rumah Menteri Hal Ehwal Ugama Forum perniagaan BARTER September depan Perusahaan ladang ayam berteknologi tinggi Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Mohd. Mahdi Haji Morsidi KIBAR BENDERA KEBANGSAAN MULAI 1 OGOS BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 23 Julai. - Bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan Ke-69 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan bagi memeriahkan lagi sambutan berkenaan, sukacita rakyat dan penduduk negara ini supaya sama-sama mengibarkan bendera di rumah-rumah kediaman masing-masing dan bangunan-bangunan pejabat serta perniagaan mulai hari Sabtu, 1 Ogos 2015 sehingga hari Isnin, 31 Ogos 2015. Sehubungan itu, Pengiran-Pengiran dan orang-orang yang dikurniakan gelaran akan mengibarkan bendera masing-masing dan bagi orang ramai pula akan mengibarkan bendera Negara Brunei Darussalam. BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 23 Julai. - Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Forum Perniagaan Tahunan - BARTER 2015 pada 17 September nanti berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong. Forum anjuran CONFEX itu akan membincangkan mengenai integrasi ASEAN dan perkembangan serantau. Pelbagai penceramah tempatan dan antarabangsa serta peniaga utama akan dijemput hadir pada forum tersebut. Antara topik perbincangan BARTER 2015 ialah 'What's next for ASEAN? Retail leaders' big predictions on challenges & opportunities' dan 'Beyond Brunei Borders: Making the first leap'. Forum termasuk ucaptama, perbincangan, demonstrasi bagi membantu meningkatkan perniagaan serta Master Class pada 18 September 2015 yang akan dikendalikan oleh Pakar Perniagaan Antarabangsa terkenal, Kevin Hennah. Dengan tajuk 'Visual merchandising and space management', beliau akan menerangkan bagaimana perniagaan dapat ditingkatkan dan keuntungan dimaksimumkan melalui strategi perdagangan, penggunaan kadar inovatif dan tata letak stor. Ia merupakan sesi pembelajaran yang dinamik dan interaktif di mana beliau akan mengongsikan pengalaman bekerja bagi peniaga yang berjaya dalam strategi barangan jualan. Selain forum, juga diadakan ialah pameran mengenai pemaju aplikasi mudah alih, pencipta dan pengedar jenama termasuk aktiviti persembahan pentas, permainan, demonstrasi interaktif dan tawaran yang akan diadakan di The Mall Gadong bermula 17 hingga 20 September 2015. Untuk mengetahui lebih lanjut bagi menyertai atau menjadi rakan kongsi strategik dalam BARTER 2015 boleh menghubungi +673 828 2213 dan +673 866 4378 bagi pameran atau e-mel ke [email protected]. KULAPIS, Khamis, 23 Julai. - Ladang Lapisan Syarikat Salasa Asyar Sendirian Berhad yang terletak di kawasan Kemajuan Pertanian Tanah Tuah Kulapis dirasmikan pada pagi ini. Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan perasmian tersebut ialah Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar. Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan Sumber-Sumber Utama), Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid; Pemangku Pengarah Pertanian dan Agrimakanan, Dayang Hajah Khartini binti Haji Musa dan Pengarah Pusat Ehsan, Dato Paduka Awang Mohd. Alimin bin Haji Abdul Wahab. Salasa Asyar Sendirian Berhad telah ditubuhkan pada 23 Mei 2011 dan Pengarah syarikat tersebut ialah Awang Md. Zen bin Omar serta Pengarah Operasinya, Tuan Gilbert Ong Ang Eng. Projek Lapisan Ladang yang terletak di Tanah Tuah Kulapis itu telah disediakan oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan. MENTERI Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar semasa meninjau kemudahan canggih perusahaan rumah ayam berhawa dingin yang diusahakan oleh Syarikat Salasa Asyar Sendirian Berhad, di Tanah Tuah Kulapis. 8 Muka 4 DORONG belia bertanam padi

Upload: putera-katak-brunei

Post on 22-Jul-2016

306 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

  • Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bnE-mel: [email protected] Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

    EDISI SABTU / PERCUMA25 JULAI 2015 / JABATAN PENERANGAN

    ''BERSYUKUR ituadalah sifat orang

    beriman. Barangsiapayang bersyukur, akanditambah lagi olehAllah nikmat yangdidapatinya itu.''- Titah PerutusanSempena Hari Raya

    Aidilfitri Tahun 1436Hijrah / 2015 Masihi.

    PETIKAN TITAH''BERPUASA sebulandi bulan Ramadan itudisamakan dengan 10bulan berpuasa danberpuasa enam hariselepasnya di bulan

    Syawal disamakan dengandua bulan berpuasa,maka yang demikianitu jika dicampurkan

    menjadi genap setahun.''- (Sabda RasulullahSallallahu Alaihi

    Wasallam).

    MANISNYA IMAN

    TAHUN 60 / BILANGAN 88 1436

    Ke muka 24

    Muka 3

    MENTERI Singapura beraya kerumah Menteri Hal Ehwal

    Ugama

    Forum perniagaan BARTER September depan

    Perusahaan ladangayam berteknologitinggi Oleh : Rohani Haji Abdul HamidFoto : Mohd. Mahdi Haji Morsidi

    KIBAR BENDERA KEBANGSAANMULAI 1 OGOS

    BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 23 Julai. - Bersempena denganSambutan Hari Keputeraan Ke-69 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddinWaddaulah ibni Al-MarhumSultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam dan bagi memeriahkan lagi sambutan berkenaan,sukacita rakyat dan penduduk negara ini supaya sama-sama mengibarkanbendera di rumah-rumah kediaman masing-masing dan bangunan-bangunanpejabat serta perniagaan mulai hari Sabtu, 1 Ogos 2015 sehingga hari Isnin,31 Ogos 2015.Sehubungan itu, Pengiran-Pengiran dan orang-orang yang dikurniakan gelaran

    akan mengibarkan bendera masing-masing dan bagi orang ramai pula akanmengibarkan bendera Negara Brunei Darussalam.

    BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis,23 Julai. - Negara Brunei Darussalamakan mengadakan Forum PerniagaanTahunan - BARTER 2015 pada 17September nanti berlangsung di HotelAntarabangsa Rizqun, Gadong.Forum anjuran CONFEX itu akan

    membincangkan mengenai integrasiASEAN dan perkembangan serantau.Pelbagai penceramah tempatan dan

    antarabangsa serta peniaga utama akandijemput hadir pada forum tersebut.Antara topik perbincangan

    BARTER 2015 ialah 'What's next forASEAN? Retail leaders' big predictionson challenges & opportunities' dan'Beyond Brunei Borders: Making thefirst leap'.Forum termasuk ucaptama,

    perbincangan, demonstrasi bagimembantu meningkatkan perniagaanserta Master Class pada 18 September2015 yang akan dikendalikan olehPakar Perniagaan Antarabangsaterkenal, Kevin Hennah.Dengan tajuk 'Visual merchandising

    and space management', beliau

    akan menerangkan bagaimanaperniagaan dapat ditingkatkandan keuntungan dimaksimumkanmelalui strategi perdagangan,penggunaan kadar inovatif dan tataletak stor.Ia merupakan sesi pembelajaran

    yang dinamik dan interaktif dimana beliau akan mengongsikanpengalaman bekerja bagi peniagayang berjaya dalam strategi baranganjualan.Selain forum, juga diadakan ialah

    pameran mengenai pemaju aplikasimudah alih, pencipta dan pengedarjenama termasuk aktiviti persembahanpentas, permainan, demonstrasiinteraktif dan tawaran yang akandiadakan di The Mall Gadong bermula17 hingga 20 September 2015.Untuk mengetahui lebih lanjut

    bagi menyertai atau menjadirakan kongsi strategik dalamBARTER 2015 boleh menghubungi+673 828 2213 dan +673 866 4378bagi pameran atau e-mel [email protected].

    KULAPIS, Khamis, 23 Julai. -Ladang Lapisan Syarikat SalasaAsyar Sendirian Berhad yangterletak di kawasan KemajuanPertanian Tanah Tuah Kulapisdirasmikan pada pagi ini.Hadir selaku tetamu kehormat

    dan menyempurnakan perasmiantersebut ialahMenteri Perindustriandan Sumber-Sumber Utama, YangBerhormat Pehin Orang Kaya SeriUtama Dato Seri Setia Awang HajiYahya bin Begawan Mudim Dato

    Paduka Haji Bakar.Turut hadir ialah Timbalan

    Setiausaha Tetap (PembangunanSumber-Sumber Utama),Kementerian Perindustrian danSumber-Sumber Utama, AwangHaji Khairuddin bin HajiAbdul Hamid; Pemangku PengarahPertanian dan Agrimakanan,Dayang Hajah Khartini binti HajiMusa dan Pengarah Pusat Ehsan,Dato Paduka Awang Mohd. Aliminbin Haji Abdul Wahab.

    Salasa Asyar Sendirian Berhadtelah ditubuhkan pada 23 Mei 2011dan Pengarah syarikat tersebutialah Awang Md. Zen binOmar serta Pengarah Operasinya,Tuan Gilbert Ong Ang Eng.Projek Lapisan Ladang yang

    terletak di Tanah Tuah Kulapis itutelah disediakan oleh JabatanPertanian dan Agrimakanan.

    MENTERI Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia AwangHaji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar semasa meninjau kemudahan canggih perusahaan rumah ayamberhawa dingin yang diusahakan oleh Syarikat Salasa Asyar Sendirian Berhad, di Tanah Tuah Kulapis.

    8

    Muka 4

    DORONG beliabertanam padi

  • HARI SABTU 25 JULAI 20152

    AMBULANS991

    POLIS993

    BOMBA995

    PENYELAMAT998

    NDMC2380214

    (Talian Darussalam) JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK,JABATAN PENGANGKUTAN DARAT,

    KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN e-darussalam123

    HALUAN

    825 JULAI 2015 BERSAMAAN 1436

    PenyemakanAbdul Hadi Haji Suhaili,Haji Besar Haji Mamit,

    Hajah Norliha Haji Salleh,Ramlah Md. Nor,

    Nurul Hazwani Abu Omar,Siti Faizahanisah Awang Mahani,Dk. Nur Ridzwana Pg. Abd. Aziz

    Pereka Letak

    Penterjemahan

    PenyuntinganPemberitaan/Rencana

    Juruteknik Foto

    Hajah Musmariani Haji Mohammad

    Ketua Bahagian Pelita Brunei

    Ketua Penyuntingan

    Khairul Shaharim Haji Abdul Ghafor,Haji Ahmad Haji Salim,

    Mohammad Ike Iqrami Haji Suhaimi,Muhammad Hamdanajib Haji Domeng,

    Mohammad bin Kahar

    Musa Mohidin,Mohammad Rainie Haji Durani,Dk. Nasibahanim Pg. Haji Bakar,

    Samle Haji Jait

    Hajah Zabaidah Haji Salat Samle Haji Jait,Nor Hanizah Haji Abd. Halim

    Abdullah Asgar,Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman,

    Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

    Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor,Norliah Md. Zain,

    Hezlinawati Haji Abdul Karim,Ak. Jefferi Pg. Durahman,

    Haniza Abdul Latif,Abu Bakar Haji Abdul Rahman,

    Wan Mohamad Sahran Wan AhmadiDk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad,

    Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman,Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim,

    Rohani Haji Abdul Hamid,Nooratini Haji Abas,

    Khartini Hamir,Saerah Haji Abdul Ghani,

    Aimi Sani,Noraisah Muhammed,

    Haji Mahhmud Hafidzie Haji Ali Mashod,Dk. Nur Effa Ryina Pg. Haji Hamdani Hatral Hazmi Abdul Hamid,

    Sylvina Hon Zae LeenaNornasyirah Nordin

    Ibu bapa perluterlebih dahulucelik Al-Qur'an

    Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum

    Warahmatullahi Wabarakatuh

    Terlebih dahulu, izinkan sayamengambil kesempatan ini untukmengucapkan terima kasih kepadaPusat Pengajian dan Penyebaran Al-QuranMABIMS, selaku pengendali MajlisPertandingan Membaca Al-Quran SecaraMurattal Peringkat Akhir Antara Jabatan-Jabatan Di Bawah Kementerian Hal EhwalUgama (KHEU), atas kesudian mengundangsaya menjadi tetamu kehormat di majlis yangmulia lagi berkat ini.

    Saya difahamkan bahawa objektifmusabaqah ini diadakan, antara lainnya adalahbagi menjunjung titah Kebawah Duli YangMaha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan danYang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalamagar pegawai-pegawai dan kakitanganPerkhidmatan Awam membaca Al-Qur'ansebelum memulakan tugas. Amalan membacaAl-Qur'an ini telah membolehkan sebahagianwarga KHEU secara istiqamah (berterusan)membaca Al-Qur'an dengan bertajwidsecara murattal.

    Syabas dan tahniah saya ucapkan kepadaahli-ahli jawatankuasa yang telah bertungkuslumus berusaha mengendalikan danmenjayakan pertandingan ini dengan baiknya.

    Pada hemat saya, inisiatif mengadakanpertandingan ini satu perkara yang sangatberkebajikan, dan sesuai bagi KHEU menjadipelopor dan contoh ikutan yang baik kepadapihak-pihak tertentu untuk turut berinisiatifmengadakan pertandingan seperti ini, demiuntuk menyebarkan dan menyuburkan lagikepandaian membaca Al-Qur'an dalamkalangan pegawai dan kakitangan masing-masing. Dengan itu semoga kita tergolongdalam hadith Rasulullah Sallallahu AlaihiWasallam yang berbunyi:

    Ertinya: ''Barangsiapa yang mencontohkansunnah yang baik di dalam Islam maka baginyapahala dan pahala orang yang mengerjakansunnah tersebut setelahnya tanpa mengurangidari pahala-pahala mereka dan barangsiapayang mencontohkan sunnah yang buruk didalam Islam maka baginya dosa dan dosa yangmengerjakan sunnah yang buruk tersebutsetelahnya tanpa mengurangi dosa-dosasedikitpun pelakunya.'' (Hadith riwayat ImamMuslim)

    Bercakap mengenai pertandingan ini,sebagaimana yang dimaklumi bahawa iapertama kali diadakan di KHEU pada16 Februari 2013, bertempat Pusat Da'wahIslamiah, dan pertandingan kali ini adalah buatkali kedua, bertempat Institut Tahfiz Al-QuranSultan Haji Hassanal Bolkiah. Pada pandangansaya adalah sesuai Pertandingan MembacaAl-Qur'an Secara Murattal ini diteruskan dandianjurkan setiap dua tahun.

    Alhamdulillah pada tahun ini, penyertaanpara peserta dalammusabaqah telah meningkatdari tahun sebelumnya iaitu seramai 47 orangpeserta bagi empat kategori yangdipertandingkan berbanding pada tahun yangsebelumnya hanya 29 orang peserta. Ini jelas

    menunjukkan bahawa warga KHEU danjabatan-jabatan di bawahnya berkebolehan danberminat untuk menyertai MusabaqahMembaca Al-Qur'an Secara Murattal.

    Melihat akan kepentingan pertandinganseumpama ini, ia merupakan satu platformbagi para pegawai dan kakitangan untukmempertingkatkan kemahiran diri dalambacaan Al-Qur'an. Membaca Al-Qur'an secaramurattal bukan maknanya seorang itu bolehmengabaikan hukum tajwid. Hukum tajwidtetap terus dipelihara sesuai dengan rentakseseorang itumembaca. Inilah salah satu tujuankita mengadakan pertandingan ini supayasetiap pegawai dan kakitangan PerkhidmatanAwam pandai membaca Al-Qur'an denganbaik. Jika ini dipenuhi, di samping ciri-ciriIslam yang lain barulah kualiti keislamanmasyarakat kita dapat dibanggakan bukan

    pada nama sahaja, tetapi juga pada pratikalnya.Salah satu ciri itu ialah boleh membacaAl-Qur'an dengan baik, dan dengan adanyapertandingan seperti ini dapat membantumerealisasikan hasrat negara untukmenjadikanNegara Brunei Darussalam menjadi sebuahNegara Zikir dan negara Islam yang disebutdalam Al-Qur'an negara yang mendapatpetunjuk, aman, makmur dan sejahtera sertamendapat keampunan dari Allah Ta'ala.

    Sudut lain, kita juga perlu ingat bahawa jikakita pandai membaca Al-Qur'an dengan baik,bukan saja memudahkan diri sendiri dapatberamal dengan sempurna, malah kita selakuibu bapa boleh pula menyumbang khidmatuntuk anak cucu kita yang perlu dibimbing.Ini adalah tanggungjawab kita selaku ibubapa yang wajib dilaksanakan, janganlahsemata-mata mengharapkan persekolahanugama yang membimbing mereka. Ingatlahbahawa Allah Subhanahu Wata'ala akanmemberikan ganjaran pahala bagi sesiapayang melaksanakan tanggungjawab tersebut.Perkara ini telah dijelaskan dalam sebuah hadisriwayat Iman al-Baihaqi iaitu daripada AbuHurairah Radiallahu anhu Baginda bersabda:

    Ertinya: Barangsiapa yang mempelajariAl-Qur'an ketika masih muda, maka Al-Qur'anitu akan menyatu dengan daging dandarahnya. Dan barangsiapa yang mempelajariAl-Qur'an ketika dewasa, ilmu itu akanterlepas darinya namun dia tidak|meninggalkannya (akan diajarkannya kepadaorang lain), maka ia mendapatkan ganjaranpahala dua kali ganda.

    Anak yang soleh adalah aset kebahagiaan ibubapa di dunia dan di akhirat. Justeru itu, kitaperlu ingat bahawa anak-anak menuntuttanggungjawab ibu bapa untuk melaksanakantugas dalam mendidik dan membentukmereka dengan sesempurnanya terutama dalammemberikan didikan agama. Di antara didikanyang perlu diberikan pula ialah denganmengajarkan Al-Qur'an. Sebab itu, kita selakuibu bapa perlu terlebih dahulu menjadi seorangyang celik Al-Qur'an dan turut melengkapkandiri mempelajari serta mendalami Al-Qur'ansupaya dapat mendidik anak-anak dengankaedah yang betul.

    Untuk mengakhiri ucapan saya ini, marilahkita sama-sama berdoa agar KHEU akan terusmaju jaya dan secara berterusan menyumbangkepada perkembangan ugama Islam diNegara Brunei Darussalam.

    TIMBALAN Setiausaha Tetap KementerianHal Ehwal Ugama (KHEU), Awang HajiHarun bin Haji Junid, selaku wakil MenteriHal Ehwal Ugama, Yang BerhormatPengiran Dato Seri Setia Dr. HajiMohammad bin Pengiran Haji AbdulRahman berucap pada Majlis PertandinganMembaca Al-Qur'an Secara MurattalPeringkat Akhir Antara Jabatan-JabatanDi Bawah KHEU pada 21 Ramadan1436 Hijrah / 8 Julai 2015 Masihi di InstitutTahfiz Al-Quran Sultan Haji HassanalBolkiah.

    Bagi mendidik anak-anak dengan kaedah yang betul

    PERUSAHAAN TERNAKAN AYAMBERTEKNOLOGI TINGGI BANTUGIAT SEKTOR PEREKONOMIAN

    KEJAYAAN sebuah syarikat perusahaanrumah ayam berteknologi tinggi dilihatmampu membantu mempergiatkanekonomi selaras dengan hasrat negara dalammempelbagaikan ekonomi.

    Syarikat Salasa Asyar Sendirian Berhaddengan sokongan Jabatan Pertanian danAgrimakanan, Kementerian Perindustrian danSumber-Sumber Utama telah melakar sejarahbaru apabila melaksanakan perusahaan rumahayam berhawa dingin yang beroperasi secaraautomatik dengan menggunakan kemudahantekonologi canggih yang dijangka dapatmenghasilkan produknya mengikut sasaran.

    Menteri Perindustrian dan Sumber-SumberUtama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya SeriUtama Dato Seri Setia Awang Haji Yahyabin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakartelah merasmikan Rumah Ayam Bertingkatberkenaan di kawasan Kemajuan PertanianTanah Tuah, Kulapis, baru-baru ini.

    Rumah ayam berkenaan telah dibinasebanyak empat buah rumah ayam baru dengansetiap satu berukuran 300 kaki panjang dan32 kaki lebar dengan menelan belanja kira-kiraBND4.2 juta dan setiap rumah ayam bolehmenempatkan sebanyak 50,000 ekor ayamdan dijangka akan menghasilkan sebanyak72,000 biji telur ayam setiap hari.

    Penghasilan berkenaan mencatatkan satukemajuan pengeluaran yang besar berbandingdengan sebelumnya kira-kira 18,000 biji telurayam sehari sekali gus membayangkan bolehmembantu mengurangkan harga telur di pasarandi negara ini.

    Syarikat berkenaan telah menyiapkan duadaripada empat ladang berperingkat di manaladang peringkat pertama telah digunakan untukmenternak anak ayam berumur sehari (DOC)sehingga cukup masa untuk dipindah ke ladangperingkat kedua.

    Proses berkenaan boleh mengambil masa tigahingga keempat minggu sebelum anak-anakayam tersebut dipindahkan ke ladang peringkatkedua.

    Projek ladang ternakan ayam berkenaantelah bermula pada tahun 2011 dan kejayaanperkembangan penghasilan syarikat berkenaantelah menghantar ke 52 buah kedai dan pasarraya di negara ini dengan sasaran utama merekauntuk memenuhi permintaan di negara ini.

    Kejayaan yang membanggakan itu dilihatsebagai bukti usaha yang gigih pihakberkenaan dengan sokongan sektorkerajaan dalam membantu meningkatkan lagiekonomi yang sepatutnya menjadi contohkepada pengusaha yang lain di negara ini.- Ketua Penyunting (Sj).

  • HARI SABTU 25 JULAI 2015 3NASIONAL

    Menteri Singapura beraya ke rumah Menteri Hal Ehwal Ugama

    KAMPUNG JANGSAK, Selasa,21 Julai. - Rombongan dari RepublikSingapura yang terdiri daripadaMenteri di Jabatan Perdana Menterimerangkap Menteri Kedua diKementerian Hal Ehwal Dalam Negeridan Kementerian Hal Ehwal LuarNegeri, Republik Singapura, TuanYang Terutama Encik MasagosZulkifli bin Masagos Mohamad danisteri, Puan Jumelah Jaafar danMenteri Negara di KementerianPembangunan Nasional, Tuan YangTerutama Desmond Lee Ti-Sengdan isteri Puan Wong Yuen Feimengadakan kunjungan muhibah

    sempena Sambutan Hari RayaAidilfitri ke kediaman rumah MenteriHal Ehwal Ugama, Yang BerhormatPengiran Dato Seri Setia Dr. HajiMohammad bin Pengiran HajiAbdul Rahman, di sini.

    Ketibaan rombongan dialu-alukanoleh Menteri Hal Ehwal Ugama danisteri, Datin Hajah Alimah bintiMohd.Taib.

    Turut hadir pada majlis tersebutialah Pesuruhjaya Tinggi RepublikSingapura ke Negara BruneiDarussalam, Tuan Yang TerutamaJaya Ratnam.

    Kunjungan rombongan dari

    Republik Singapura ke negaraini secara jelas menunjukkanpersahabatan dan hubungan mesraberterusan di antara Negara BruneiDarussalam dan Republik Singapura.

    Terima kunjungan pembesar Republik Singapura

    BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad,19 Julai. - Menteri Pembangunan,Yang Berhormat Pehin Orang KayaIndera Pahlawan Dato Seri SetiaAwang Haji Suyoi bin Haji Osmanmenerima kunjungan rombongandari Republik Singapura sempenaSambutan Hari Raya Aidilfitribertempat di kediaman YangBerhormat, di Kampung SungaiTilong, Jalan Muara, di sini.

    Rombongan terdiri dari Menteri diJabatan Perdana Menteri merangkapMenteri Kedua di Kementerian HalEhwal Dalam Negeri dan KementerianHal Ehwal Luar Negeri, RepublikSingapura, Tuan Yang Terutama

    Encik Masagos Zulkifli binMasagos Mohamad dan isteri,Puan Jumelah Jaafar; Menteri NegaraKementerian Pembangunan Negaradan Kementerian Pertahanan, TuanYang Terutama Dr. Mohd Malikbin Osman dan isteri, Puan Sadiahbinti Sahal dan Menteri Negara diKementerian Pembangunan Nasional,Tuan Yang Terutama Desmond LeeTi-Seng dan isteri Puan WongYuen Fei.

    Juga hadir ialah Setiausaha Tetap(Pentadbiran dan Kewangan), AwangHaji Muhammad Lutfi bin Abdullah;Pemangku Setiausaha Tetap (Teknikaldan Profesional), Awang Haji Marzuke

    Oleh : Haniza Abdul LatifFoto : Mohd. Sahrizal Haji Said

    MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman menerima kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Menteri Keduadi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Encik Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad; Menteri Negara Kementerian Pembangunan Negara danKementerian Pertahanan, Tuan Yang Terutama Dr. Mohd Malik bin Osman dan Menteri Negara di Kementerian Pembangunan Nasional, Tuan Yang Terutama Desmond Lee Ti-Seng (atas dan bawah).

    bin Haji Mohsin; Pemangku KetuaPengarah Kerja Raya, Chua PhengKeong dan Pemangku PesuruhjayaTanah, Datin Hajah Zainon bintiAbang Haji Omarzuki.

    Turut hadir ialah PesuruhjayaRepublik Singapura ke Negara BruneiDarussalam, Tuan Yang TerutamaJaya Ratnam.

    Rombongan dari RepublikSingapura itu dialu-alukan oleh YangBerhormat Menteri Pembangunandan isteri, Datin Hajah Asmah bintiHaji Abdul Rahman serta keluargadan beberapa pegawai di KementerianPembangunan dan jabatan-jabatandi bawahnya.

    Kunjungan dari Tuan-Tuan YangTerutama dan rombongan ke negaraini menunjukkan persahabatan danhubungan mesra berterusan di antaraNegara Brunei Darussalam danRepublik Singapura.

    Oleh : Abu Bakar Haji Abdul RahmanFoto : Mohamad Azmi Awang Damit

    MENTERI Hal Ehwal Ugama, YangBerhormat Pengiran Dato Seri SetiaDr. Haji Mohammad bin Pengiran HajiAbdul Rahman semasa menerimakunjungan Hari Raya daripada Menteridi Jabatan Perdana Menteri merangkapMenteri Kedua di Kementerian Hal EhwalDalam Negeri dan Kementerian Hal EhwalLuar Negeri, Tuan Yang TerutamaEncik Masagos Zulkifli bin MasagosMohamad dan isteri, Puan JumelahJaafar dan Menteri Negara di KementerianPembangunan Nasional, Tuan YangTerutama Desmond Lee Ti-Seng danisteri, Puan Wong Yuen Fei (kanan danbawah).

  • HARI SABTU 25 JULAI 20154

    BERGAMBAR RAMAI ... Ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Penyanyi, Penari dan Pemuzik, Persatuan 3P Negara Brunei Darussalampada majlis tersebut.

    NASIONAL

    Dorong belia bertanam padi

    BANDAR SERI BEGAWAN,Khamis, 16 Julai. - Penglibatan beliadalam mengusahakan sawah dalammenyumbang kepada penghasilan padidan beras negara boleh dijadikansebagai pelapis penerus kepada parapengusaha padi pada masa hadapan.

    Sepanjang tempoh kursus yangdisertai oleh para peserta belia berpadi,sebanyak 3,540 metrik tan padidiaggarkan bernilai BND5,664 telahdihasilkan oleh mereka.

    Perkara tersebut dinyatakan olehMenteri Kebudayaan, Belia danSukan, Yang Berhormat Pehin OrangKaya Pekerma Laila Diraja Dato SeriSetia Awang Haji Hazair bin HajiAbdullah semasa Majlis PenyampaianSijil Bagi Para Peserta Kursus ProgramBelia Berpadi Sesi Pertama Tahun2015 di Pusat Pembangunan Belia(PPB).

    Yang Berhormat menjelaskan

    bahawa sebelum peserta mengikutiKursus Program Belia Berpadi,mereka tidak mempunyai ilmupengetahuan dan pengalamanberkaitan dengan penanaman paditetapi dengan kesungguhan dankegigihan yang ditunjukkan oleh parapeserta, mereka telah dapatmelaksanakan tugasan denganpenanaman padi yang telah diberikansehingga saat penuaian padi.

    Menurutnya, penglibatan seramai 14belia yang terdiri daripada empat beliawanita dan 10 belia lelaki daripadaberbagai-bagai latar belakang iaitulepasan sekolah dan diplomamenunjukkan bahasa golongan beliadengan dorongan dan galakan yangterarah dan bersistematik, bersediamenerima cabaran untuk turun ketanah lumpur sawah, berbasah danberkering di tengah panas terikdan hujan untuk menghasilkan padiyang mempunyai nilai dan potensikomersial yang tinggi.

    "Dorongan dan motivasi perludiberikan. Ini memandangkan

    penglibatan golongan belia dalampenanaman padi di negara inidilihat masih sedikit jumlahnya jikadibandingkan dengan bidang pertanianyang lain," ujar Yang Berhormat.

    Kebanyakan mereka yang terlibatdalam penanaman padi buat masaini adalah masih terdiri daripadagolongan yang berumur dan cumasegelintir sahaja terdiri daripadagolongan belia.

    Kursus yang dilaksanakan buatkali pertama itu dijalankan selamalima bulan.

    Peserta yang berjaya menamatkankursus diberikan lot tanah untukdimajukan dan bertanam padi yangdisewa oleh PPB daripada JabatanPertanian dan Agrimakanan.

    Lot tanah tersebut terletak dikawasan penanaman padi diKampung Bebuloh.

    Persatuan 3P memperingati rakan seni

    BANDAR SERI BEGAWAN. -Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK)Persatuan Penyanyi, Penari danPemuzik, Persatuan 3P NegaraBrunei Darussalam (NBD) telahmenganjurkan Majlis Bertahlil,Doa Arwah dan Bersungkaibagi memperingati rakan-rakanseni yang telah kembali kerahmatullah.

    Majlis yang diadakan pada 13 Julai

    2015 lalu itu berlangsung di kediamanMejar (B) Haji Manaf bin Haji Kamisdan isteri, Dayang Hajah Saadiahbinti Haji Ghazali, selaku Pengerusimajlis.

    Acara dimulakan dengan bacaanSurah Al Faatihah beramai-ramaidiketuai oleh Awang Haji Zulkifli binHaji Mohd. Salleh, diikuti denganucapan alu-aluan daripada Pengerusimajlis dan diteruskan dengan bacaan

    tahlil serta doa dipimpin olehAwang Haji Zulkifli.

    Majlis diselajurkan dengan berbukapuasa dan menunaikan SembahyangFardu Maghrib Berjemaah.

    Doa tahlil khusus buat 44 orangrakan seni yang telah kembali kerahmatullah termasuklah AllahyarhamDato Paduka Awang Sumadi binSukaimi.

    Majlis tersebut antaranya bertujuanbagi memperingati rakan-rakan seniyang telah kembali ke rahmatullahtermasuk para penyanyi, penari,pemuzik, penerbit, pencipta lagu,

    PendaftaranPeperiksaan LCCISeries 4 dibukakanBANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 11 Julai. - Jabatan Peperiksaan,Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa Peperiksaan LondonChamber of Commerce and Industry (LCCI) Series 4 November 2015akan dibukakan pendaftarannya pada 10 hingga 26 Ogos 2015.

    Orang ramai yang berminat bolehlah mengambil borang di jabatantersebut di Lapangan Terbang Lama, Berakas, BB3510 pada hari IsninhinggaKhamis bermula pukul 8.00 hingga 11.00 pagi dan 1.30 hingga 3.00petang dan hari Sabtu bermula pukul 8.00 hingga 10.00 pagi.

    Tarikh tutup pendaftaran ialah pada hari Khamis, 27 Ogos 2015.

    Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji AhmadFoto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

    MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair binHaji Abdullah menyaksikan majlis penandatanganan surat perjanjian lot tanah.

    MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya PekermaLaila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair menyampaikan sijil kepada semuapeserta kursus (atas dan bawah).

    Berita dan foto : Ihsan Faridah Ibrahimpelakon tanah air dan para penggiatseni serta kaum kerabat senikhususnya.

    Selain itu majlis yang jugamerupakan projek tahunan dalambulan Ramadan itu juga dihasratkanbagi mengeratkan tali silaturahimdalam kalangan para artis tanah airbersama para AJK Persatuan 3PNBD.

    Selaku artis-artis veteran tanahair adalah sudah menjadi kewajipanuntuk membimbing, mendidik danmengasuh serta mengalu-alukan paraartis tanah air yang baru atau parabelia muda untuk sama-sama beramal

    dan berbakti, selain menghibur.Sehubungan dengan itu, majlis

    berkenaan juga memberikan peluanguntuk sama-sama menunaikanSembahyang Fardu Maghrib, Isyakserta Sembahyang Sunat TarawihBerjemaah.

    Sejurus selesai Sembahyang SunatTarawih, AJK persatuan berkenaantelah mengadakan perbincanganmengenai projek rancangan TVdan projek sempena sambutan HariKeputeraan Kebawah Duli YangMaha Mulia Paduka Seri BagindaSultan dan Yang Di-Pertuan NegaraBrunei Darussalam Ke-69 Tahun.

    YANG Berhormat Menteri Kebudayaan,Belia dan Sukan memberi ucapan khaspada majlis tersebut.

  • HARI SABTU 25 JULAI 2015 5NASIONAL

    Konsep Istana Terbuka jalin silaturahimBerita dan Foto : Ak. Jefferi Pg. Durahman

    Junjung ziarah pengalamanmenggembirakan

    BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin,20 Julai. - Pengalaman kali pertamajunjung ziarah ke hadapan majlisKebawah Duli Yang Maha MuliaPaduka Seri Baginda Sultan HajiHassanal Bolkiah Mu'izzaddinWaddaulah ibni Al-Marhum SultanHaji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adulKhairi Waddien, Sultan danYang Di-Pertuan Negara Brunei

    Darussalam serta kerabat dirajayang lain sempena Hari Raya Aidilfitrimerupakan satu pengalaman yangamat menggembirakan.

    Dalam temu bual Pelita Bruneibersama salah seorang pengunjung,Awangku Haji Sharifuddin binPengiran Haji Zainal Abiddinmenjelaskan, pengalaman junjungziarah ke hadapan majlis KebawahDuli Yang Maha Mulia bersertakerabat diraja bersama rombongandari Pusat Pembangunan Belia,Kementerian Kebudayaan, Belia danSukan merupakan satu kenanganmanis buatnya kerana dapat bersuamuka secara langsung ke hadapanmajlis Kebawah DYMM, payungnegara yang sangat disanjungi.

    ''Pada kesempatan singkat itu jugasaya tidak melepaskan peluangyang diberikan untuk menyembahkanucapan Selamat Hari Raya danseterusnya beramah mesra seketikabersama baginda raja yang saya kasihiberserta kerabat diraja yang lainnya,''ujarnya.

    Manakala salah seorang ahlirombongan dari KementerianPerindustrian dan Sumber-SumberUtama, Dayang EmmiliaWatiqah bintiAbdullah Jemming pula menjelaskankesempatan yang diberikan kepadarakyat untuk berjunjung ziarahbersama kaum kerabat adalah sesuatuyang amat bermakna bagi rakyat

    Kebawah DYMM yang mana suasanasambutan Hari Raya Aidilfitri dinegara ini agak berbeza dengannegara luar dengan adanya tradisijunjung ziarah sedemikian.

    Beliau yang juga ditemani bersamarakan-rakan, Dayang Roslinah bintiMohsin, Dayang Liyana binti Yahyadan Dayang Hajah Siti Norainibinti Haji Kasim seterusnya berkata,junjung ziarah seperti ini merupakansatu pengalaman seumur hidup yangtidak akan dapat dilupakan tambahanlagi mendapat kad ucapan SelamatHari Raya Aidilfitri yang memaparkanwajah ceria Kebawah DYMM.

    Sementara itu bagi saudara baru,Dayang Syifa' Nursyafiqah bintiMuhammad Suhaimi pula tidaklupa memanjatkan syukur ke hadratAllah Subhanahu Wata'ala keranaberpeluang untuk menjunjung ziarahke hadapan majlis Kebawah DYMMPaduka Seri Baginda Raja IsteriPengiran Anak Hajah Saleha bintiAl-Marhum Pengiran PemanchaPengiran Anak Haji Mohamed Alamdan kerabat diraja lainnya.

    Berusia 23 tahun dan berasal dariKampung Lugu, Dayang Syifa'Nursyafiqah berkunjung ke IstanaNurul Iman pada Hari Raya ketigayang merupakan hari kedua Istanadibuka bagi kunjungan orangramai bagi menemani neneknya yangkelihatan begitu teruja untuk bersuamuka dengan Kebawah DYMMPaduka Seri Baginda Raja Isteri.

    Berita dan Foto : Hezlinawati Haji Abdul Karim

    "DENGAN adanya Istana Terbukasempena Hari Raya Aidilfitri jugamerupakan kesempatan bagi KebawahDuli Yang Maha Mulia untukberkomunikasi secara tidak langsungdengan rakyat dan juga warga asingyang berkunjung ke istana ini," ujarRisa Furusta berasal dari Jepun.

    PASANGAN suami isteri berasal darinegara jiran Indonesia, Kamari Soeprapto81 tahun dan Sarti 70 tahun yang turutsama merayakan Sambutan Hari Rayadi Istana Nurul Iman.

    "KEHADIRAN masyarakat melebihijangkaan dan ini menjadikan amalanitu sebagai peluang untuk menjalinkansilaturahim sesama manusia," terangRoger dan Melanie pasangan darinegara Switzerland.

    SUASANA yang begitu sibuk denganpelbagai bangsa dan beraneka juadahmemberikan kami peluang untukmenikmatinya dan bagi kami ia akanmenjadi satu kenangan yang begituberharga apabila kami dewasa kelak dansaat kembali ke negara asal kami," EmilyWalker, 9 tahun dan Jack Walker, 8 tahunberasal dari Australia.

    DAYANG Emmilia Watiqah binti Abdullah Jemming (tudung biru).

    AWANGKU Haji Sharifuddin bin PengiranHaji Zainal Abiddin.

    BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad,19 Julai. - Setelah sebulan berpuasabermulalah hari untuk umat Islambergembira meraikan Sambutan HariRaya Aidilfitri. Kehadiran Aidilfitriyang juga membawa erti, Hari RayaFitrah menjanjikan limpahan nikmatyang besar dan perlu disyukuri olehumat Islam.

    Menjadikan hari kemenangan inilebih menarik ia disambut di seluruhdunia tanpa membezakan warna kulit,latar belakang dan keturunan, sudahtentu ia diraikan dalam budaya dansuasana yang berbeza.

    Satu yang menarik dan sudahmenjadi salah satu aktiviti apabilatibanya Syawal, iaitu mengadakanRumah Terbuka yang merupakanpendekatan terbaik dalam memupuk

    nilai-nilai penyatuan dan perpaduandalam kalangan masyarakat berbilangkaum.

    Di negara kita satu perkara yangbegitu menarik dan pastinya menjadiagenda yang paling dinanti-nantikanoleh semua orang tanpa mengirabangsa dan agama ialah Istana Terbukakepada orang ramai sempena HariRaya Aidilfitri di Istana Nurul Imanyang diberikan oleh Kebawah DuliYang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan Haji Hassanal BolkiahMu'izzaddin Waddaulah, Sultan danYang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam berserta keluarga bagindayang biasanya diadakan pada haripertama Aidilfitri khas buat para-parapembesar dan para diplomat yangmenetap di Negara Brunei Darussalam

    dan diikuti pada Hari Raya keduahingga keempat yang mana iadibukakan untuk kunjungan rakyatdan penduduk di negara ini terdiri daripelbagai kaum termasuk pelancongasing.

    Bagi pelancong asing, konsepIstana Terbuka yang diamalkan dinegara ini adalah unik dan tidakpernah berlaku dalam persekitarankepimpinan di negara mereka.

    Pewarta Pelita Brunei dalam temubual bersama beberapa pelancongyang turut sama memeriahkanSambutan Hari Raya di Istana NurulIman memberikan penjelasan merekadan rasa kagummereka dengan budayayang dijalankan di negara ini.

    ''Melihat suasana Sambutan HariRaya di Istana Nurul Iman buatpertama kali untuk diri sayamerupakan satu kebanggaan buat sayakerana ini adalah pengalaman yangtidak dapat saya lupakan dan pastinya

    menjadi lipatan sejarah saya apabilakembali ke negara saya dan apa yangistimewanya di sini ialah ia tidakterhad kepada bangsa Islam saja untuksama-sama berkunjung ke Istana NurulIman bagi merayakan Sambutan HariRaya ini bahkan ia turut disertakanoleh bangsa-bangsa dari pelbagainegara dan ini jelas memperlihatkanbahawa Negara Brunei Darussalammerupakan sebuah negara yangmementingkan perpaduan danpersahabatan tanpa mengira bangsadan kedudukan,'' jelas Clare Piper, 33tahun berasal dari England.

    ''Inilah keistimewaan dan uniknyasambutan Hari Raya di negara ini dimana kita berpeluang bersua mukasambil bersalaman bersama seorangraja yang disegani, dikasihi dandihormati rakyatnya,'' Jannine Walker,49 tahun berasal dari Australia.

    ''Kami sungguh gembira apabilabuat pertama kalinya kami dan ibukami sama-sama berkunjung untukmerayakan Sambutan Hari Raya diIstana Nurul Iman pada tahun ini,suasana yang begitu sibuk denganpelbagai bangsa dan beraneka juadahmemberikan kami peluang untukmenikmatinya dan bagi kami ia akanmenjadi satu kenangan yang begituberharga apabila kami dewasa kelakdan saat kembali ke negara asal kami,''Emily Walker, 9 tahun dan Jack,8 tahun berasal dari Australia.

    Manakala bagi pasangan suamiisteri berasal dari negara jiranIndonesia, Kamari Soeprapto, 81 tahundan Sarti, 70 tahun yang turutsama merayakan Sambutan Hari Raya

    di Istana Nurul Iman buatpertama kalinya bersama keluargamenjelaskan, konsep Istana Terbukasempena Hari Raya Aidilfitri ini turutmemberikan impak akan kehadiranpelancong asing yang turut bertambahkerana mereka ingin dan berpeluanguntuk mengalami sendiri SambutanHari Raya di negara ini dan bagimereka Negara Brunei Darussalammerupakan salah sebuah negara yangsememangnya begitu unik dan sentiasamementingkan perpaduan rakyat danpenduduknya.''

    ''Bagi pelancong asing seperti kami,konsep Istana Terbuka yang diamalkandi negara ini adalah unik dan tidakpernah berlaku dalam persekitarankepimpinan politik di negara lain. Danseperti yang saya fahami di negara inisetiap kali Istana Terbuka diadakanoleh pemimpin iaitu raja yang dikasihi,kehadiran masyarakat melebihijangkaan dan ini menjadikan amalanitu sebagai peluang untuk menjalinkansilaturahim sesama manusia,'' terangRoger dan Melanie pasangan darinegara Switzerland.

    ''Konsep Istana Terbuka sempenaHari Raya memiliki arti positif, iaituKebawah Duli Yang Maha MuliaPaduka Seri Baginda Sultan dan YangDi-Pertuan Negara Brunei Darussalamadalah seorang raja dan pemimpinyang dekat dengan rakyat Bruneidan dicintai rakyatnya, dengan adanyaIstana Terbuka sempena Hari RayaAidilfitri juga merupakan kesempatanbagi Kebawah DYMM untukberkomunikasi secara tidak langsungdengan rakyat dan juga warga asingyang berkunjung ke istana ini,''Risa Furusta berasal dari Jepun.

  • HARI SABTU 25 JULAI 20156 NASIONAL

    OKU bersemangat kental sertai junjung ziarahBerita dan Foto : Siti Muslihat Haji Salleh

    Junjung ziarah Aidilfitriamat bermakna

    BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin,20 Julai. - Tradisi junjung ziarahbersama kerabat diraja di Istana NurulIman sangat unik dan sukar didapati dinegara-negara lain yang mana parapengunjung turut dijamu denganpelbagai juadah sempena Hari RayaAidilfitri.

    Dalam temu bual bersama beberapaorang warga emas yang berkunjungpada sebelah petang hari kedua IstanaNurul Iman dibukakan bagi kunjunganorang ramai, Dayang Halus binti HajiPawih, berusia 62 tahun, dari SungaiLiang melahirkan rasa gembira keranaberpeluang bersalaman dan bersuamuka ke hadapan majlis KebawahDuli Yang Maha Mulia PadukaSeri Raja Isteri Pengiran Anak HajahSaleha binti Al-Marhum PengiranPengiran Anak Haji MohamedAlam serta kerabat diraja yang lain.

    Beliau bersama keluarga merasaberpuas hati kerana ini merupakanpertama kali berkunjung ke IstanaNurul Iman dan beliau juga gembirakerana kesempatan seperti ini amatbermakna buat dirinya dan ahlikeluarga.

    Manakala bagi Dayang Roslinabinti Haji Sahat dan Dayang Normahbinti Haji Abdullah yang berasaldari Kampung Saba Darat 'A'merasa bertuah kerana berpeluangmenjunjung ziarah ke hadapan majlisKebawah Duli Yang Maha MuliaPaduka Seri Baginda Raja Isteribersama kerabat diraja.

    Menurutnya peluang setahun sekaliseumpama ini amat dinantikan dapatberamah mesra dan bersua mukadengan kerabat diraja sebagai tandamenjunjung kasih atas keprihatinanKebawah DYMM Paduka SeriBaginda Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam terutamakepada golongan warga emas.

    Berita dan Foto : Rohani Haji Abdul Hamid

    Kakitangan TelBru junjungziarah Istana Terbuka

    AWANG Mahmud bin Mohammadmengunjungi Istana Nurul Iman denganbantuan kedua-dua anaknya.

    AWANG Noor Hamzari bin Mohammadbegitu ceria dapat menyertai MajlisJunjung Ziarah.

    DAYANG Hajah Nooraini binti AbdulRahim melahirkan rasa syukur keranawarga kurang upaya diberikan keutamaanmenyertai Majlis Junjung Ziarah.

    DAYANG Hajah Siti Ajar binti HajiSidup dari Kampung Masin menyertaiMajlis Junjung Ziarah sejak lima tahunlalu.

    BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin,20 Julai. - Berkunjung ke Istana NurulIman bagi Majlis Junjung Ziarahbersama raja yang dikasihi sertakerabat diraja yang lain merupakanpeluang yang sangat dinanti-nantikanoleh segenap lapisan masyarakattermasuk para pelancong yang sedangbercuti di negara ini serta wargatempatan yang kurang upaya.

    Walaupun terpaksa menggunakanperalatan khas seperti kerusi roda,namun peluang setahun sekalimengunjungi Istana Nurul Imantetap tidak dilepaskan begitu saja.

    Inilah semangat kental yang dimilikioleh warga kurang upaya yangtetap bersemangat dan masih mahumenjunjung ziarah ke hadapan majlisKebawah Duli Yang Maha MuliaPaduka Seri Baginda Sultan HajiHassanal Bolkiah Mu'izzaddinWaddaulah ibni Al-Marhum SultanHaji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adulKhairi Waddien, Sultan dan YangDi-Pertuan Negara Brunei Darussalamdan Kebawah Duli Yang MahaMulia Paduka Seri Baginda RajaIsteri Pengiran Anak Hajah Salehabinti Al-Marhum Pengiran PemanchaPengiran Anak Haji Mohamed Alamwalaupun hanya dengan kemampuanyang terbatas.

    Antara warga orang kurang upaya(OKU) yang mengambil kesempatanmenjunjung ziarah ke hadapan majlisKebawah DYMM Paduka SeriBaginda Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam danKebawah DYMM Paduka SeriBaginda Raja Isteri serta kerabatdiraja di hari kedua Istana dibukakanbagi kunjungan orang ramai ialahdua adik-beradik Awang NoorHamzari bin Mohammad dan AwangMahmud bin Mohammad yang berasaldari Kampung Panchor Dulit, Tutong.

    Awang Noor Hamzari, 44 tahun,yang mengalami distrofi otot(muscular dystrophy) sejak lebih 12tahun lalu tidak ketinggalan untukmenyertai Majlis Junjung Ziarahdi hari kedua Istana Nurul Imandibukakan bagi kunjungan orangramai.

    Walaupun dengan keupayaan yangterbatas, ianya tidak mematahkansemangat beliau untuk terusberkunjung ke Istana Nurul Iman bagimenyertai junjung ziarah tersebut.

    Beliau yang berdaftar di bawahOKU Hospital Pengiran MudaMahkota Pengiran Muda HajiAl-Muhtadee Billah kelihatan ceriadan begitu bersemangat walaupundengan fizikal yang kurang

    mengizinkan.Sebelum diberhentikan daripada

    pekerjaan pada tahun 2010, beliaupernah berkhidmat di BilikPerpustakaan Sekolah MenengahSayyidina Othman, Tutong.

    Menyentuh mengenai KurniaPeribadi Kebawah DYMM yangdiberikan kepada orang-orang tertentudi negara ini baru-baru ini, beliauberkata, kurnia yang dihulurkan itudigunakan untuk keperluan hariantermasuk persiapan menyambutAidilfitri dan selebihnya digunakanbagi tujuan perubatan sepertiberbekam dan rawatan terafi.

    Sementara bagi AwangMahmud binMohammad, 52, abang kepadaAwangNoorHamzari yangmengalamipenyakit keturunan yang samajuga merasa gembira kerana masihberpeluang mengikuti Majlis JunjungZiarah ini.

    Beliau yangmempunyai lapan oranganak juga sering berkunjung ke IstanaNurul Iman setiap menjelangnyaAidilfitri.

    Kedua-dua adik-beradik tersebutmasing-masing menjunjung kasih ataskurnia peribadi yang telah diterimabaru-baru ini, di samping elaunbulanan OKU yang diterima.

    Manakala seorang warga emas,Dayang Hajah Nooraini binti AbdulRahim, 69, juga merebut peluangkeemasan menyertai Majlis JunjungZiarah tersebut.

    Beliau yang berasal dari KampungBebuloh, Daerah Brunei dan Muaradibantu oleh cucunya, Dayang Syifa'Nur Syafiqah binti MuhammadSuhaimi bagi menyertai ziarah ini.

    Ditanya mengenai kurnia peribadiKebawah DYMM baru-baru ini,ia jelasnya, dapat membantuperbelanjaan harian dalammengharungi kehidupan beliauyang mengalami strok.

    Beliau melahirkan rasa syukurkerana warga kurang upaya tidakdikecualikan untuk sama-samamenyertai junjung ziarah bersamapelbagai lapisan masyarakat yang

    lain.Seorang lagi warga emas yang

    kurang upaya, Dayang Hajah Siti Ajarbinti Haji Sidup, lebih 70 tahun,telah menyertai junjung ziarah sejaklima tahun lalu.

    Berasal dari KampungMasin, beliauberpendapat Majlis Junjung Ziarahbersama kerabat diraja semasaAidilfitri ini merupakan suatupenghargaan buat mereka khususnyagolongan tua dan kurang upaya.

    MENJUNJUNG ziarah ke hadapan majlisKebawah Duli Yang Maha Mulia PadukaSeri Baginda Raja Isteri merupakanpengalaman pertama buat Dayang Halusbinti Haji Pawih.

    PENDUDUK dari Kampung Saba Darat 'A',Dayang Roslina binti Haji Sahat danDayang Normah binti Haji Abdullahberasa bertuah dapat menyertai MajlisJunjung Ziarah bersama kerabat diraja.

    BANDARSERIBEGAWAN, Selasa, 21 Julai. - Lebih 70 kakitangan TelekomBrunei Berhad (TelBru) dan ahli keluargamereka hari ini berpeluang bersua muka dan berjunjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha MuliaPaduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'AliSaifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat dirajayang lainnya pada hari ketiga Istana Nurul Iman dibukakan.

    Rombongan TelBru itu diketuai oleh Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat TelBru, Dayang Hajah Rosmawati bintiHaji Abdul Manaf, yang juga selaku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TelBru.

    Aktiviti tahunan itu antara lain bertujuan bagi menggalakkan para kakitangan TelBru untuk berkumpuldan meraih peluang keemasan untuk bersua muka dan junjung ziarah bersama Kebawah Duli Yang Maha Muliadan kerabat diraja yang lain dan seterusnya menyembahkan ucapan sempena Hari Raya Aidilfitri.

    LEBIH 70 kakitangan TelBru mengadakan junjung ziarah ke Istana Nurul Iman pada hari ketiga istana dibukakan.

  • HARI SABTU 25 JULAI 2015 7

    PEMANGKU Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Laksmana PertamaDato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit menyampaikan hadiah kepadaDayang Nur Nadiah Natasha binti Abdul Rajid yang mendapat keputusan cemerlangdalam peperiksaan GCE 'O' Level.

    BERITA DAERAH

    Anak-anak cemerlang ABDB dirai

    BERAKAS GARISON, Jumaat,10 Julai. - Seramai 87 anak cemerlangAngkatan Bersenjata Diraja Brunei(ABDB) menerima anugerahmengikut kategori peperiksaanmasing-masing sempena Hari UlangTahun ABDB Ke-54 Tahun yangberlangsung di Dewan Pahlawan,Berakas Garison.

    Pemangku Pemerintah ABDB,Laksmana Pertama Dato SeriPahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd.Tamit hadir selaku tetamu kehormatdan menyampaikan anugerah kepadapara pelajar cemerlang.

    Para penerima terdiri daripadalima orang bagi Peperiksaan AwamPeringkat 'O', 30 orang penerima bagi

    Peperiksaan Penilaian SekolahRendah (PSR), seorang penerima bagiPeperiksaan Sijil Tinggi PeperiksaanUgama Brunei dan 51 orang penerimabagi Peperiksaan Sekolah RendahUgama Darjah VI.

    Keputusan peperiksaan pada tahun2014 menunjukkan peningkatan dalamkeseluruhan penerima berbandingkeputusan peperiksaan pada tahun2013.

    Pada tahun ini, seorang pelajar telahterpilih sebagai penerima anugerahcemerlang iaitu Dayang NurNadiah Natasha binti Abdul Rajidyang memperolehi 9 'O' Leveldengan 7 Gred 'A', 1 Gred 'B' dan1 Gred 'C'.

    Selain hadiah sumbangandaripada ABDB, mereka jugamenerima hadiah sumbangan DSTSendirian Berhad dan PerbadananTAIB Sdn. Bhd.

    Majlis ini merupakan salah satuaktiviti tahunan yang diselitkan didalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatanyang diadakan pada setiap tahunsempena Hari Ulang Tahun ABDB.

    Selain itu, ia juga sebagai satupenghargaan yang diberikan kepadaanak-anak anggota ABDB yangtelah memperolehi pencapaian yangcemerlang dalam peperiksaan awambagi tahun 2014.

    Penganugerahan ini juga bertujuanuntuk memberi lagi semangat kepadapara penerima serta memberikanmotivasi dan dorongan kepadaanak-anak anggota yang lain untukmencapai kejayaan pada masa akandatang.

    Anggota PDB terima sumbangan derma kilatBANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu,11 Julai. - Seramai 17 orang anggotaPasukan Polis Diraja Brunei (PDB)yang ditimpa musibah kerosakanbangunan tempat kediaman di Berek

    Balai Polis Berakas ekoran kejadianangin kencang pada 10 Julai 2015,menerima sumbangan derma kilatkewangan daripada PDB.

    Anggota-anggota tersebut terdiri

    daripada lima anggota polis DaerahPolis Brunei Muara (DPBM);sembilan anggota Polis LapanganTerbang dan tiga anggota polisPasukan Simpanan Kompeni 'B'.

    Angin kencang tersebut telahmenjejaskan tiga buah berek iaitublok 'D', 'E' dan 'F' yang mengalamikerosakan atap.

    Majlis Penyampaian SumbanganDermaKilat berupa bantuan kewanganitu berlangsung di Balai PolisBerakas.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagimewakili Pesuruhjaya Polis ialahPenolong Pesuruhjaya Polis, Azaharibin Haji Awang Besar, PemangkuPengarah Pentadbiran dan KewanganPDB merangkap Pengarah JabatanSiasatan dan Kawalan Lalu Lintas.

    Majlis dipengerusikan olehPemangku Pegawai PemerintahDPBM, Penguasa Polis Husainibin Haji Matzin dan dihadiri olehpegawai-pegawai polis dariCawangan 'D'.

    Turut hadir ialah pegawai-pegawaidaripada Balai Polis LapanganTerbang yang juga sama-samamemberikan bantuan kepada anggotayang terlibat.

    Lima acara telah dijalankan secara

    serentak di tempat yang sama, iaituSumbangan Kebajikan Tertinggi PDB,Sumbangan Kebajikan Daerah PolisCawangan 'D', Sumbangan KebajikanPEKERTI Cawangan 'D', SumbanganKebajikan Polis Lapangan Terbangdan diakhiri oleh acara sumbanganderma daripada Kebajikan PEKERTIJawatankuasa Tertinggi yangdisampaikan oleh Penguasa KananPolis Dinah binti Amat Daud, selaku

    wakil Yang Dipertua PEKERTI.Di samping menerima sumbangan

    derma, sebahagian anggota PDByang mengalami kerosakan tempattinggal telah ditempatkan sementaradi Berek Blok 'H' di Balai PolisBerakas.

    PDB sangat mengambil berat akankebajikan anggotanya terutama sekalipada musim perayaan Hari RayaAidilfitri.

    Pengawasan Kejirananterima sijil keahlianTEMBURONG, Sabtu, 11 Julai. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB)melalui Balai Polis Bangar, Temburong dan Daerah Polis Temburong telahmengadakan Majlis Penyampaian Sijil Surat Lantikan KeahlianPengawasan Kejiranan kepada Penghulu-Penghulu Mukim, selakuPenasihat PengawasanKejiranan; Ketua-ketuaKampung, selaku PengerusiPengawasan Kejiranan dan anak buah kampung yang telah diterimasebagai Ahli Pengawasan Kejiranan pada 8 dan 9 Julai lalu.

    Surat lantikan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai PemerintahDaerah Polis Temburong, Penguasa Polis Mohammad Azrie bin Haji Talip,bertempat di Dewan Kemasyarakatan Mukim Bokok.

    Majlis tersebut juga diteruskan dengan bacaan Tahlil dan MajlisBerbuka Puasa.

    Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang BerhormatAwang Haji Sulaiman bin Haji Ahad, Ketua Kampung Belingus danpegawai-pegawai serta anggota polis Daerah Polis Temburong.

    Sebanyak 13 buah Pengawasan Kejiranan telah ditubuhkan diDaerah Temburong dan setakat ini mempunyai sejumlah 157 ahli.

    Sepanjang keahlian mereka dalam Pengawasan Kejiranan merekasangat aktif dalam menjalankan rondaan dan pencegahan jenayahdi kampung masing-masing.

    Dengan adanya acara tersebut ia akan dapat memberikan semangatkepada ahli-ahli Pengawasan Kejiranan dalam menjadikan kampungmereka bebas dari jenayah.

    Oleh : Haniza Abdul LatifFoto : Haji Ariffin Mohd. Noor

    PEMANGKU Pengarah Belia dan Sukan, Pengiran Anak Sofian bin Pengiran Anak HajiIbrahim selaku ketua rombongan Program Jalinan Kasih Belia 2015 menyerahkansumbangan kepada salah sebuah keluarga yang memerlukan.

    PENOLONG Pesuruhjaya Polis, Azahari bin Haji Awang Besar, Pemangku PengarahPentadbiran dan Kewangan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) merangkap PengarahJabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas hadir selaku tetamu kehormat bagi mewakiliPesuruhjaya Polis menyampaikan sumbangan derma kilat kepada seorang anggotaPDB yang terlibat.

    SEBAHAGIAN ahli-ahli Pengawasan Kejiranan membaca doa kesyukuransempena menjadi ahli Pengawasan Kejiranan.

    Dedahkan belia dengan aktiviti kerja amalTEMBURONG, Sabtu, 11 Julai. -Lebih 20 sukarelawan belia menyertaiaktiviti kerja amal dan mengagih-agihkan barang keperluan asas untukmenyambut Hari Raya Aidilfitridan juadah berbuka puasa kepadaorang-orang yang memerlukan didaerah ini melalui Program JalinanKasih Belia Ke-5.

    Pada kali ini program diketuai olehPemangku Pengarah Belia dan Sukan,Pengiran Anak Sofian bin PengiranAnak Haji Ibrahim yang jugamenyempurnakan penyerahan bantuankepada para penerima.

    Program merupakan satu lagi usahaJabatan Belia dan Sukan (JBS),Kementerian Kebudayaan, Beliadan Sukan (KKBS) melalui KelabSukarelawan Pusat Belia DaerahTemburong untuk menanamkan rasatanggungjawab para belia sertakebersamaan sesama manusia dengankegiatan-kegiatan berkebajikanterhadap masyarakat yangmemerlukan bantuan tanpa mengirabangsa dan agama.

    Selain itu, program seumpamanyajuga merupakan usaha dan mekanismeJBS ke arah meningkatkan kesedarandan keprihatinan para belia terhadapgolongan yang memerlukan, di

    samping dapat berkongsi kebahagiaanbersamamasyarakat yangmemerlukankhususnya di daerah ini.

    Sejak awal program tersebutdikendalikan ianya telah berjayamendekatkan para belia khususnyadengan masyarakat kurang

    berkemampuan dengan memberikansumbangan dan khidmat baktiseperti membuat kerja-kerjakemasyarakatan.

    Turut hadir memberikan bantuanialah rombongan daripada pegawaidan kakitangan JBS.

    Berita dan Foto : Hezlinawati Haji Abdul Karim

  • HARI SABTU 25 JULAI 20158 BERITA DAERAH

    Oleh : Rohani Haji Abdul HamidFoto : Azmah Haji Ahad

    Berita dan Foto : Noraisah Muhammed

    Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. IbrahimFoto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

    ISTERI Timbalan Menteri Hal EhwalDalam Negeri, Datin Hajah Kalshombinti Haji Suhaili menyampaikancenderahati kepada ibu anak damit yangdilahirkan di Hospital Raja Isteri PengiranAnak Saleh.

    ISTERI Pemangku Pegawai Daerah Belait, Pengiran Hajah Faridah binti Pengiran HajiMohammad menyampaikan cenderahati kepada ibu anak damit yang dilahirkandi Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.

    ISTERI Pegawai Daerah Tutong, Dayang Norafaridah binti Ahad menyampaikancenderahati kepada ibu anak damit yang lahir pada 15 Julai 2015 di Hospital PengiranMuda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

    NBD-The Grand Duchyof Luxembourgtandatangani ADTABANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Julai. - Negara BruneiDarussalam dan The Grand Duchy of Luxembourg telah menandatanganiPerjanjian Pengelakan Cukai Berganda dan Pencegahan Pelarian Fiskalberkenaan dengan Cukai-Cukai ke atas Pendapatan dan ke atas model(Agreement for the Avoidance of Double Taxation and the Preventionof Fiscal Evasion with respect to Taxes on Income and on Capital) pada14 Julai 2015 di Brussels.

    Menandatangani bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha MuliaPaduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam ialah Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Belgium,Tuan Yang Terutama Dato Paduka Awang Serbini bin Haji Ali, manakalaMenteri Kewangan Luxembourg, Tuan Yang Terutama Pierre Gramegna,menandatangani bin pihak Kerajaan the Grand Duchy of Luxembourg.

    Melalui perjanjian berkenaan, kedua-dua negara akan dapatmeningkatkan lagi kerjasama ekonomi dan perdagangan terutama melaluisektor-sektor swasta, yang mana setentunya akan memperolehi manfaatdan cukai yang dikenakan di kedua-dua belah pihak. Di samping itu juga,Perjanjian berkenaan akan memudahkan Kerajaan Negara BruneiDarussalam dan Kerajaan the Grand Duchy of Luxembourg bertukar-tukarmaklumat bagi isu-isu percukaian yang mana selaras dengan komitmennegara ini terhadap piawaian pertukaran maklumat percukaian yangdipersetujui oleh antarabangsa.

    Sehingga kini, Negara Brunei Darussalam telah menandatangani 18Perjanjian Pengelakan Cukai Berganda (ADTA) termasuk dengan UnitedKingdom, Republik Indonesia, Republik Rakyat China, RepublikSingapura, Republik Sosialis Viet Nam, Kesultanan Oman, the Kingdom ofBahrian, Jepun, Republik Islam Pakistan, Malaysia, Republik DemokratikRakyat Lao, Hong Kong SAR, Republik China, the Kingdom of Kuwait,Republik Tajikistan, Negara Qatar, Emiriah Arab Bersatu, RepublikKorea dan Grand Duchy of Luxembourg.

    Selain daripada Perjanjian ADTA, Negara Brunei Darussalam telahmenandatangani 10 perjanjian Pertukaran Maklumat Cukai denganAustralia, Kanada, Perancis, Denmark, Faroes, Finland, Greenland,Iceland, Norway dan Sweden.

    Hospital RIPAS catat 16 kelahiran sempena 15 Julai

    BANDAR SERI BEGAWAN,Khamis, 16 Julai. - Seramai 16 anakdamit dilahirkan di Hospital Raja IsteriPengiran Anak Saleha (RIPAS) pada15 Julai 2015 sempena Ulang TahunHari Keputeraan Kebawah Duli YangMaha Mulia Paduka Seri BagindaSultan dan Yang Di-Pertuan NegaraBrunei Darussalam Ke-69.

    Daripada jumlah tersebut 16 anakdamit, iaitu enam lelaki dan 10perempuan selamat dilahirkandi Hospital RIPAS, di sini.

    Anak damit pertama lahir padapukul 3.40minit pagi iaitu anak kepadaDayang Siti Noor Hamizah bintiMuhammad dan Awang Muhammad

    Saifullah bin Sapar.Sehubungan itu, Majlis

    Penyampaian Cenderahati kepadaanak-anak damit tersebut diadakanpagi ini di Bilik Seminar, Tingkat 2,Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak,Hospital RIPAS.

    Setiap anak damit masing-masingmenerima cenderahati berupa hamper,iaitu barangan keperluan menyusukananak berserta sijil penghargaan danpotret kenangan.

    Majlis diteruskan denganpenyampaian sumbangan daripadaPemangku Pengarah UrusanPerbadanan Tabung Amanah IslamBrunei (TAIB), iaitu Akaun Si Manja

    bernilai BND100 berserta hamper.Hadir menyampaikan cenderahati di

    Hospital RIPAS ialah isteri TimbalanMenteri Hal Ehwal Dalam Negeri,Datin Hajah Kalshom binti HajiSuhaili.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap,Timbalan-Timbalan Setiausaha TetapKementerian Kesihatan, isteri-isteriSetiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha TetapKementerian Hal Ehwal DalamNegeri (KHEDN) bersama parapegawai dan kakitangan KHEDN.

    Daerah Tutong sambut dua kelahiran 15 JulaiTUTONG, Khamis, 16 Julai. -Seramai dua orang anak damit diDaerah Tutong telah dilahirkan pada15 Julai 2015 sempena Ulang TahunHari Keputeraan Kebawah Duli YangMaha Mulia Paduka Seri BagindaSultan dan Yang Di-Pertuan NegaraBrunei Darussalam Ke-69.

    Anak damit pertama yang lahirpada tarikh istimewa tersebut adalahseorang anak lelaki yang lahirpada pukul 11.40 pagi seberat 2.890kilogram merupakan anak ketigakepada pasangan Dayang Nur 'AlyaFarzanah binti Abdullah denganAwang Silmi bin Haji Idris dariKampung Lamunin, Tutong.

    Manakala anak damit yang keduapula ialah seorang anak perempuanyang dilahirkan pada pukul 12.23tengah hari seberat 3.315 kilogram danmerupakan anak pertama kepadapasangan Dayang Hajah Suhara bintiHaji Duraman dengan Awang AbdulRahim bin Haji Mustafa dari SkimTanah Kurnia Rakyat Jati Telisai.

    Sehubungan itu, MajlisPenyampaian Cenderamata KepadaAnak-Anak Damit Lahir pada 15 Julai2015 sempena Ulang Tahun HariKeputeraan Kebawah DYMM Ke -69Bagi Daerah Tutong, berlangsungdi ruang legar Hospital PengiranMuda Mahkota Pengiran Muda HajiAl-Muhtadee Billah, di sini.

    Hadir selaku tetamu kehormatmajlis dan menyempurnakanpenyampaian cenderamata kepada

    kedua-dua pasangan berkenaan ialahisteri Pegawai Daerah Tutong,Dayang Norafaridah binti Ahad.

    Sumbangan bagi anak-anak damittersebut adalah berupa plak danbungkusan hamper daripada Jawatan-kuasa dan Tadbir Tertinggi Perayaan,manakala sumbangan daripada TabungAmanah Islam Brunei (TAIB) berupaAkaun Simanja sebanyak BND100

    dan bungkusan hamper.Majlis berkenaan dikendalikan

    bersama oleh Jabatan Daerah Tutong,Jabatan Hal Ehwal Ugama danhospital berkenaan.

    Turut hadir ialah Yang BerhormatAhli-ahli Majlis Mesyuarat Negaradaerah ini, Penolong Pegawai DaerahTutong dan isteri, penghulu-penghuludan isteri serta ketua-ketua kampung.

    Anak damit Hospital Suri Seri Begawan terima cenderamata

    KUALA BELAIT, Khamis 16 Julai. -Majlis Penyampaian CenderamataKepada Anak-Anak Damit YangLahir Pada 15 Julai 2015 SempenaSambutan Perayaan Ulang Tahun HariKeputeraan Kebawah Duli Yang MahaMulia Paduka Seri Baginda Sultandan Yang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam Yang Ke-69 Tahun BagiDaerah Belait telah diadakan diHospital Suri Seri Begawan (SSB),Kuala Belait.

    Sebagai penghargaan kepadaibu-ibu yang melahirkan anak-anakdamit tersebut, Ahli JawatankuasaKebangsaan Sambutan PerayaanUlang TahunHari Keputeraan Bagindatelah memberikan cenderamatakepada anak-anak damit tersebutpada majlis yang diadakan diHospital SSB.

    Hadir untuk menyampaikancenderamata tersebut ialah isteriPemangku Pegawai Daerah Belait,Pengiran Hajah Faridah binti Pengiran

    Haji Mohammad.Seramai tujuh anak damit telah

    dilahirkan pada 15 Julai 2015 diDaerah Belait dan kesemua kelahiranadalah secara normal terdiri daripadadua anak damit lelaki dan lima anakdamit perempuan.

    Anak damit pertama dilahirkan ialahanak damit perempuan dengan berat3.530 kilogram dilahirkan pada jam5.56 pagi, merupakan anak kedua bagiDayang Siti Zubaidah binti Mahari.

    Manakala anak damit kedua pula,merupakan anak damit lelaki, iaituanak pertama bagi Dayang Nurzarinabinti Abdullah Umpor yang dilahirkankira-kira jam 12.54 tengah harimemiliki berat 3.485kg.

    Anak damit ketiga pula dilahirkanpada 2.55 petang, iaitu anak damitperempuan seberat 2.400kg, yangmerupakan anak ketiga bagiDayang Norlailawati bintiMohammad Shamri.

    Manakala anak damit keempat

    merupakan anak damit perempuandengan berat 3.120kg dilahirkan pada4.34 petang dan anak pertama kepadaDayang Hamizah binti Johari.

    Sementara anak damit kelimamerupakan anak damit perempuanseberat 2.420kg dilahirkan pada 6.20petang, yang juga anak pertamabagi Dayang Himme Zuhairah bintiPangkat.

    Seterusnya, diikuti anak damitkeenam, yang merupakan anak damitlelaki dilahirkan pada 11.29 malamdan merupakan anak keempat bagiDayang Suhana binti Sulaimandengan berat badan 2.280kg.

    Manakala anak damit terakhirmerupakan anak damit perempuandengan berat 2.285kg, yangmerupakan anak kedua bagi DayangHajah Fazlinah binti Mohd. Faizal.

    Majlis diserikan denganpersembahan Dikir Marhaban danmenabur bunga rampai kepada ibudan anak damit tersebut yang diketuaioleh tetamu kehormat.

    Setiap anak damit menerimahadiah berupa barangan keperluananak damit, sijil dan plak yangdisumbangkan oleh Ahli Jawatankuasa

    Kebangsaan Hari KeputeraanKebawah Duli Yang Maha MuliaPaduka Seri Baginda Sultandan Yang Di-Pertuan Negara

    Brunei Darussalam dan AkaunSi Manja yang disumbangkan olehPerbadanan Tabung AmanahIslam Brunei.

  • HARI SABTU 25 JULAI 2015 9

    PENOLONG Ketua Eksekutif AITI, Pengiran Haji Baharuddin bin Pengiran HajiJaluddin menyampaikan sumbangan derma kepada penerima.

    Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji AhmadFoto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali

    TIMBALAN Menteri Pendidikan,Yang Mulia Dato Seri Setia AwangHaji Yusoff bin Haji Ismail, selakuPenasihat Majlis PerundinganKampung Sengkurong menyampaikanderma kepada penerima.

    ISTERI Timbalan Menteri Pendidikan menyampaikan derma kepada penerima.

    PENGHULU Mukim Gadong 'B', Mejar (B) Haji Bakar bin Haji Sapar menyampaikansumbangan derma daripada Setia Motors Sendirian Berhad cawangan Beribi kepadaanak yatim.

    Oleh : Aimi SaniFoto :

    Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali

    Oleh : Dk. Nur Effa Ryina Pg. Haji HamdaniFoto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi

    PENYAMPAIAN derma kepada anak-anak yatim telah disempurnakan oleh Ahli LembagaPengarah Network Integrity Assurance Technologies Sdn. Bhd. (NIAT), Lim Ming Soondan Ketua Pegawai Eksekutif NIAT, Dayang Hajah Fatimah binti Haji Awang Sirat.

    Majlis Berbuka Puasadan Tahlil AITI

    KUALA BELAIT, Rabu, 8 Julai. - Pihak Berkuasa Industri TeknologiInfo-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) mengadakanMajlis Berbuka Puasa dan Tahlil berlangsung di Masjid Kampung Pandan,Daerah Belait.

    Hadir pada majlis itu ialah Penolong Ketua Eksekutif AITI, PengiranHaji Baharuddin bin Pengiran Haji Jaluddin, penghulu, ketua kampung danpenduduk Daerah Belait serta kakitangan AITI.

    Majlis dimulakan dengan tahlil dan doa arwah, diikuti dengan majlispenyerahan sumbangan kepada 20 anak-anak yatim dari Kampung Pandan'A', 'B' dan 'C' yang disampaikan oleh Penolong Ketua Eksekutif AITI.

    AITI berharap sumbangan ini akan membantu kanak-kanak dalampersiapan mereka menjelang Hari Raya.

    BANDAR SERI BEGAWAN,10 Julai. - Bagi meringankan bebanperbelanjaan anak-anak yatimmenjelang Hari Raya Aidilfitri,Network Integrity AssuranceTechnologies Sdn. Bhd. (NIAT)mengadakan Majlis PenyampaianDerma kepada 35 anak-anak yatimdari Mukim Berakas.

    Majlis diadakan di sebuah hotel,Kampung Anggerek Desa.

    Penyampaian derma kepadaanak-anak yatim telah disempurnakanoleh Ahli Lembaga Pengarah NIAT,Lim Ming Soon dan Ketua PegawaiEksekutif NIAT, Dayang HajahDayang Fatimah binti HajiAwang Sirat.

    Derma anak-anak yatim tersebutadalah sumbangan pegawai sertakakitangan NIAT berupa peralatansekolah, wang tunai juga pakaiancara Melayu dan baju kurung.

    Majlis juga diteruskan dengan acara

    berbuka puasa bersama anak-anakyatim dan penjaga.

    Majlis ini juga diadakan

    bersempena lima tahun penubuhanNIAT iaitu sejak tahun 2010. NIATadalah anak syarikat Telekom BruneiBerhad yang membekal perkhidmatankomunikasi satelit di negara ini.

    Turut hadir pada majlis itu ialahpegawai dan kakitangan NIAT.

    Anak yatim terus terimabantuan kewangan

    BANDAR SERI BEGAWAN,Jumaat, 10 Julai. - Sempena bulanRamadan yangmubarak ini, anak-anakyatim di seluruh negara terusmendapatperhatian dan pemedulian daripadapelbagai pihak berupa sumbanganderma dan keperluan Hari RayaAidilfitri.

    Setia Motors Sendirian BerhadCawangan Beribi menyumbangkanderma berbentuk kewangan kepadaseramai 58 orang anak yatim dariKampung Kiulap, Kampung Beribidan Kampung Kiarong bertempatdi Setia Motors Sendirian Berhad,Beribi, di sini.

    Hadir pada majlis tersebut ialahPenghulu Mukim Gadong 'B', Mejar(B) Haji Bakar bin Haji Sapar danKetua Kampung Kiarong, Awang HajiMorsidi bin Haji Ahmad.

    Sumbangan derma tersebutdisampaikan oleh wakil daripadaSetia Motors Sendirian Berhad, iaituPengurus Komersial, Awang Haji

    Abdul Hamid bin Haji Yahya danEksekutif Kanan Penjualan danPemasaran, Awang Md. Fadhillahbin Haji Awang Sulaiman.

    Majlis Penyampaian derma NIAT

    MPK Sengkurong sumbang derma

    BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad,12 Julai. - Majlis PerundinganKampung (MPK) Sengkurong 'B'mengadakan Majlis PenyampaianDerma Anak-Anak Yatim KampungSengkurong 'B' sempena bulanRamadan dan Syawal 1436 Hijrah /2015 Masihi.

    Seramai 52 anak yatim kampungberkenaan menerima sumbanganderma kebajikan sebanyakBND13,572 keseluruhan hasil kutipanderma daripada penduduk kampungtersebut dan orang-orangpersendirian.

    Derma disampaikan oleh tetamukehormat majlis, Timbalan MenteriPendidikan, Yang Mulia Dato SeriSetia Awang Haji Yusoff bin HajiIsmail, selaku Penasihat MPKSengkurong dan Datin berlangsung dirumah kediaman Penghulu MukimSengkurong, Awang Haji Musa bin

    Haji Tahir yang juga selaku PemangkuKetua Kampung Sengkurong 'B',Kampung Selayun, di sini.

    Majlis itu diselajurkan denganMajlis Bertadarus Al-Qur'an, Bertahlildan Doa Arwah dan seterusnyaberbuka puasa bersama anak-anakyatim dan penduduk-pendudukkampung.

    Penghulu Mukim Sengkurongmenjelaskan, tujuan utama majlistahunan itu ialah untuk membantumeringankan beban perbelanjaanmenjelang Hari Raya Aidilfitri,di samping menyemarakkan bulanRamadan dengan majlis keagamaandalam mengharapkan ganjaranpahala dan keberkatan dalam bulanyang mulia ini.

    Menurutnya ianya juga bertujuanuntuk mengeratkan hubungansilaturahim di antara keluarga-keluarga anak-anak yatim dengan

    ahli-ahli MPK Sengkurong 'B' dalamsama-sama memeduli kebajikanmereka, selaku penduduk tetap dikampung itu.

    Majlis semata-mata bagi meraihkeredaan Allah Subhanahu Wata'aladan mengambil sukut di bulanRamadan yang mana amalan sunatpada bulan ini akan dilipatgandakanmenjadi pahala wajib dan seafdal-afdalsedekah itu pula ialah dalam bulanRamadan, di samping bagimenggembirakan anak-anak yatim.

    AGAMA

  • HARI SABTU 25 JULAI 201510 AGAMA

    Sifat TawadukMARILAH kita meningkatkanketaqwaan kita kepada AllahSubhanahu Wataala dengan penuhkeyakinan dan keikhlasan dengan melakukansegala suruhan-Nya dan meninggalkan segalalarangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadiinsan yang bertaqwa dan beriman serta selamatdi dunia dan selamat di akhirat.

    Manusia adalah makhluk Allah SubhanahuWataala yang istimewa dan juga sebaik-baikciptaan-Nya berbanding dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi ini. Manusiadijadikan mempunyai fizikal yang cantik dandiberikan akal fikiran. Selain itu, manusia jugadianugerahkan dengan akhlak. Akhlak muliamerupakan salah satu ciri penting bagi seseorangmanusia.

    Sesungguhnya Nabi Muhammad SallallahuAlaihi Wasallam itu adalah orang yangmempunyai sebaik-baik akhlak untuk dicontohidan diteladani. Firman Allah Subhanahu Wata'aladalam Surah Al Qalam ayat 4 :

    Tafsirnya :''Dan sesungguhnya engkau benar-benar

    mempunyai akhlak mulia.''Bahkan dikatakan juga bahawa orang yang

    paling baik itu ialah orang yang memiliki akhlakyang mulia. Justeru, kita hendaklah mengasihidiri kita dengan akhlak mulia dan membuangakhlak keji kerana perkara tersebut adalahperintah dan suruhan Allah Subhanahu Wata'aladan Rasul-Nya. Antara akhlak mulia yangpatut dimiliki oleh setiap umat Islam ialah bersifattawaduk.

    Apakah dia sifat tawaduk itu? Sifat tawadukadalah sifat terpuji yangmenjadikan seseorang itumerendahkan diri tanpa melampaui batas hinggake darjat menghinakan diri sendiri. Jika sikapseseorang itu berlebih-lebihan dan meninggikandiri pula, maka itu adalah sifat takburdan jika keterlaluan merendah diri, maka itu

    adalah kehinaan. Contohnya dalam pakaian,jika seseorang itu berpakaian yang bagus dengantujuan untuk menarik perhatian orang ramaiatau untuk kemasyhuran, maka itu tandanyadia bersifat riya dan bangga diri (takbur) denganpakaian. Agama Islam tidak juga menyuruhumatnya untuk terlalu merendah diri sehinggaberpakaian koyak-rabak atau compang-compingsedangkan dia mampu untuk memakai pakaianyang lebih elok. Sikap yang baik ialahbersederhana, iaitu pakaian yang tidak terlalumenjolok mata kerana terlalu indah dan tidakjuga terlalu buruk dan lusuh.

    Hakikatnya tawaduk adalah sifat yangsangat mulia. Orang ramai bersifat tawaduk akanmerasakan dirinya mempunyai kelemahandan kekurangan. Adapun kekuatan, kekayaan,kepandaian dan apa jua kelebihan yangdimilikinya, semuanya adalah pemberiandari Allah Subhanahu Wata'ala. Ketahuilahbahawa Allah Subhanahu Wata'ala mencintaiorang-orang yang bersifat tawaduk. Bahkansifat tawaduk juga dapat meninggikan darjatnyadi sisi Allah Subhanahu Wata'ala dan di sisimanusia. Dalam sebuah hadis dari Abu HurairahRadiallahuanhu, ia berkata, bahawa RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam bersabda :

    Maksudnya :''Sedekah tidaklah mengurangi harta. Tidaklah

    Allah menambahkan kepada seorang hamba sifatpemaaf melainkan akan semakin memuliakandirinya. Dan juga tidaklah seseorang memilikisifat tawaduk (rendah diri) kerana Allahmelainkan Allah akan meninggikan darjatnya.''

    (Riwayat Al-Imam Muslim)Dalam kitab Mau'idzatulmu'minin Minihya

    Ulumiddin, ada diriwayatkan dalam suatuperistiwa bahawa Khalifah Umar bin Abdul Azizpernah dikunjungi seorang tetamu pada suatumalam. Ketika itu, Khalifah Umar sedangmenulis tetapi lampu minyak mejanya hampir-

    hampir padam. Maka tetamu itu pun berkata :''Izinkan aku membetulkan lampu itu.'' JawabKhalifah Umar : ''Tidak mengapa, bukan sifatyang mulia jika tuan rumah membiarkantetamunya berkhidmat kepadanya.'' Kata tetamuitu pula : ''Baiklah, kalau begitu biarlah sayapanggilkan pelayanmu untuk membetulkanlampu itu.'' Jawab Khalifah Umar : ''Tidak perlu,pelayanku itu baru saja tidur. Jangan kejutkandia.'' Lalu beliau sendiri bangun dan menuangkanminyak pada lampu itu. Melihat itu tetamuberkata : ''Apakah engkau sendiri melakukanini wahai Amirul Mukminin?'' Jawab KhalifahUmar : ''Kenapa tidak, bila aku pergi mencariminyak itu, saya adalah Umar, dan bilasaya kembali supaya pun adalah Umar. Tidakada sesuatu yang kurang pada peribadiku.Semulia-mulia manusia ialah orang yangmerendah diri."

    Dari kisah tersebut kita ambillah pengajaranbetapa Umar sebagai Khalifah yang agungjuga mengerjakan kerja-kerja yang dilakukanoleh orang-orang biasa padahal beliau bolehsahaja membangunkan pekerjanya untukmelakukan tugas tersebut. Dari kisah ini,Umar mempamerkan sifat tawaduk yang perludicontohi oleh semua orang.

    Dalam kisah yang lain pula, Abu Salamahpernah berkata : Pernah saya bertanya apakahpendapat Abu Said Al-Khudri tentang sikaporang ramai terhadap pakaian, minuman,kenderaan dan makanan. Abu Said menjawab :Wahai anak saudaraku! Makanlah kerana Allahdan minumlah kerana Allah. Dan bila berpakaianpakailah kerana Allah. Tetapi apabila perkara-perkara itu bercampur dengan ujub, sombong,riya atau meminta pujian dan sanjungan, makaketika itu ia menjadi suatu maksiat dan dosa. Dandilakukan juga kerja-kerja rumah tangga sepertimana yang dikerjakan oleh Rasulullah SallallahuAlaihi Wasallam di rumah Baginda sendiri.Baginda sendiri yang memerah susu, menampalkasut, menjahit baju, makan bersama-samapelayannya.

    Baginda sendiri yang mengurus soalpembelian barang-barang keperluan rumah, lalumembawanya sendiri ke rumah tanpa segan silu.Baginda berjabat tangan dengan orang yangkaya dan orang yang miskin. Baginda seringmendahului salam kepada orang yang datangmengunjunginya, tidak kira kecil atau besar.Baginda menyambut baik bila diundang dan tidakpula mencaci apa saja makanan yang dijamuoleh pengundang. Baginda seorang yang berbudipekerti, pergaulannya baik, berwajah manis,tegas tanpa kekerasan, merendah diri tanpapenghinaan, murah hati tanpa boros dan berhatilembut.

    Apa yang dilakukan oleh Baginda

    Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tersebutmembuktikan betapa tinggi dan luhurnya akhlakBaginda. Baginda adalah seorang yang tawadukdan berhati mulia, tidak membangga diri dantidak sombong sedangkan kedudukan Baginda ituadalah hampir di sisi Allah Subhanahu Wata'ala,maka apatah lagi kita manusia biasa.

    Sifat tawaduk adalah sifat yang dapatmenghindarkan diri kita dari bersifat sombong.Sedangkan sifat sombong itu adalah sifatyang keji dan dibenci oleh Allah SubhanahuWata'ala. Bagi menghindarkan sifat sombongdan menyuburkan sifat tawaduk, maka kitahendaklah mengamalkan segala ajaran

    Al-Qur'an dan Hadis, memperbanyakkanzikir dan doa agar hati dan jiwa sentiasaterdorong untuk berakhlak mulia dan berbuatkebaikan dan seterusnya kita hendaklahmencontohi sikap dan sifat Rasulullah SallallahuAlaihi Wasallam. Akhirnya marilah kita sama-sama berdoa semoga kita semua memilikiakhlak mulia dan bersifat tawaduk, semogadengannya ikatan ukhuwah Islamiah semakinerat dan kita semua dapat menikmati kehidupanyang aman dan bahagia.

    Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalamSurah Al Furqan ayat 63 :

    Tafsirnya :''Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha

    Pemurah ialah orang-orang yang berjalandi atas bumi dengan rendah hati dan apabilaorang-orang jahil menyapa mereka (dengankata-kata yang menghina), maka menjawab de-ngan perkataan yang baik-baik (untuk meng-hindarkan dosa).''

    DALAM kitab Mau'idzatulmuminin Minihya Ulumiddin,ada diriwayatkan dalam suatu peristiwa bahawa Khalifah Umar

    bin Abdul Aziz pernah dikunjungi seorang tetamu pada suatumalam. Ketika itu, Khalifah Umar sedang menulis tetapi lampuminyak mejanya hampir-hampir padam. Maka tetamu itu pun

    berkata : ''Izinkan aku membetulkan lampu itu.'' Jawab KhalifahUmar : ''Tidak mengapa, bukan sifat yang mulia jika tuan rumahmembiarkan tetamunya berkhidmat kepadanya.'' Kata tetamu itupula : ''Baiklah, kalau begitu biarlah saya panggilkan pelayanmu

    untuk membetulkan lampu itu.'' Jawab Khalifah Umar : ''Tidakperlu, pelayanku itu baru saja tidur. Jangan kejutkan dia.''Lalu beliau sendiri bangun dan menuangkan minyak pada

    lampu itu. Melihat itu tetamu berkata : ''Apakah engkau sendirimelakukan ini wahai Amirul Mukminin?'' Jawab Khalifah Umar :

    ''Kenapa tidak, bila aku pergi mencari minyak itu, sayaadalah Umar, dan bila saya kembali supaya pun adalah Umar.

    Tidak ada sesuatu yang kurang pada peribadiku. Semulia-muliamanusia ialah orang yang merendah diri."

  • HARI SABTU 25 JULAI 2015 11

    Menyelusuri KampungBurong Pingai Ayer

    RENCANA

    TERLETAK di hulu SungaiBrunei, di situlah KampungBurong Pingai Ayer yang kinidibanguni oleh 82 buah rumah dengankeramaian penduduk 587 orang yangterdiri daripada 288 lelaki dan 299perempuan termasuk 52 warga emas.

    Kampung tersebut merupakan salahsebuah kampung di bawah MukimBurong Pingai Ayer.

    Ketua Kampung berkenaan,Awang Abdul Rahman bin Haji Omarmenyatakan perkara tersebut semasaProgram Sua Muka yang disertairombongan warga Jabatan Peneranganpada 5 Mei lalu.

    ASAL USUL DI SEBALIKNAMA KAMPUNG

    Semasa pendekatan bersamaAwang Abdul Rahman, beliau sempatmenceritakan asal nama kampungtersebut diambil daripada satu kisahcerita nenek moyang pada zamandahulu kala kononnya ada saturombongan Kesultanan Melayu darinegara seberang singgah berlabuh disungai kawasan kampung itu danketika itu juga para pendudukkampung merasa keanehan apabilaseekor burungpandai berkata-katadengan perkatan 'pingai'.

    oleh sebab kejadian itu, makakawasan itu diberikan nama 'KampungBurong Pingai' pada ketika itu.

    Sementara tambahan nama 'Ayer'dibubuh sekitar tahun 1960-an bagimengelakkan kekeliruan masyarakat

    kerana terdapatnya dua nama kampungyang sama cuma beza nama dipenghujungnya.

    KEMUDAHANDalam keprihatinan pihak kerajaan

    terhadap rakyat dan pendudukdi negara ini, kampung itu jugadiberikan kemudahan-kemudahanseperti bekalan air, api elektrik,jambatan, jeti, masjid, sekolah dansebagainya.

    Dalam menitikberatkan semangatmuafakat sesama sendiri, DewanSerbaguna Mukim Burong Pingaidibina pada tahun 2014 bertujuanuntuk mengadakan majlis kenduri,keraian dan boleh menampungsehingga 800 orang.

    AKTIVITI KAMPUNGWalaupun jumlah penduduk yang

    sedikit, kampung berkenaan jugamewujudkanAhli KejirananKampungdan Sukarelawan Bomba danPenyelamat.

    Keaktifan penduduk kampung jugadapat dinilai daripada pencapaianmelalui pertandingan-pertandingantermasuk Petandingan Bercucul bagiKategori Rumah-Rumah KediamanKampung Ayer, Darat danMukim / Kampung sempena SambutanPerayaan Hari Keputeraan KebawahDuli Yang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam,Pertandingan Perarakan Maulud Nabi

    bagi Kategori Kampung-Kampung,di samping penyertaan peraduanacara keugamaan yang lain.

    KELAHIRAN ASAL ORANGBERGELAR

    Menurut cerita orang-orang dulu,kampung berkenaan tempatnyadilahirkan seorang yang alim sehinggadiberikan gelaran Pehin Datu ImamHaji Abdul Mokti dan sehubungan itu,masjid yang terdapat di kampung itumengambil sukut daripada nama bagimengenang kewibawaan beliau itu.

    Selain itu, kampung itu jugamenjadiasal usul beberapa orang yang diberigelaran antaranya Menteri Hal EhwalDalam Negeri, Yang Berhormat PehinUdana Khatib Dato Paduka Seri SetiaUstaz Haji Awang Badaruddin binPengarah Dato Paduka Haji Othmandan Timbalan Mufti Kerajaan, YangDimuliakan Pehin Orang Kaya PadukaSetia Raja Dato Paduka Seri Setia HajiAwang Suhaili bin Haji Mohiddin.

    TRAGEDIKampung Burong Pingai Ayer juga

    tidak dapat disangkal daripada tragediyang tidak diingini kerana kampungberkenaan pernah mengalami kejadiankebakaran pada awal tahun 2000yang meranapkan sembilan buahrumah dan manakala pada awal tahun2001 Sekolah Rendah Dato Ahmadpula dilanda insiden berkenaan diikutitiga buah rumah pada tahun 2006.

    Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan AhmadiFoto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi

    KEMUDAHAN seperti Masjid Pehin Datu Imam Haji Abdul Mokti dibina bagi kegunaan beribadat dan aktiviti keagamaan.

    KETUA Kampung Burong Pingai Ayer,Awang Abdul Rahman bin Haji Omar.

    AKTIVITI membersihkan tanah perkuburan juga menjadi sebahagian kerja kebajikanpara penduduk.

    RUMAH kayu masih lagi dikekalkan cuma tiang rumah diperbuat daripada konkrit(simen), sementara jambatan adalah jalan penghubung bagi kegunaan harian pendudukkampung.

    SATU rombongan Kesultanan Melayu dari negaraseberang singgah berlabuh di sungai kawasan kampung itu dan ketika itujuga para penduduk kampung merasa keanehan apabila seekor burung

    pandai berkata-kata dengan perkatan 'pingai'.oleh sebab kejadian itu, maka

    kawasan itu diberikan nama 'Kampung Burong Pingai'

  • HARI SABTU 25 JULAI 201512

    Oleh : Haniza Abdul LatifFoto : Wan Mohammad Sahran Wan Ahmadi

    Pemimpin akar umbi rasakan keunikan

    BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa,21 Julai. - Peluang berkunjung keIstana Nurul Iman mengadap danmenjunjung ziarah ke hadapan majlisKebawah Duli Yang Maha MuliaPaduka Seri Baginda Sultan HajiHassanal Bolkiah Mu'izzaddinWaddaulah, Sultan dan YangDi-Pertuan Negara Brunei Darussalamberserta kerabat diraja di IstanaNurul Iman pada Hari Raya Aidilfitrimerupakan satu kesempatan yangditunggu-tunggu, kerana bukansahaja dapat bersua dengan rajasecara langsung, tetapi juga dapatbersalam-salaman dan berinteraksisecara dekat.

    Dalam temu bual Pelita Bruneidengan beberapa orang pemimpinakar umbi pada hari ketiga IstanaNurul Iman dibukakan kepadaorang ramai, rata-rata merekamelahirkan rasa bersyukur keranadiberikan peluang untuk menziarahibaginda berserta kerabat diraja

    yang lain.Menurut Ahli Majlis Mesyuarat

    Negara (MMN) selaku PenghuluMukim Keriam, Yang BerhormatOrang Kaya Jaya Putera Dato PadukaAwang Haji Mohd. Taha binAbd. Raub, kunjungan orang ramaiyang terdiri daripada rakyat danpenduduk tempatan serta pelancongasing ke Istana Nurul Iman padatahun ini adalah lebih meriah jikadibandingkan dengan tahun-tahunyang sebelumnya.

    ''Saya juga ingin mengucapkandan bersyukur kepada AllahSubhanahu Wata'ala kerana diberipeluang untuk berjumpa denganKebawah Duli Yang Maha Mulia dankeluarga baginda dan saya jugaberharap pada tahun-tahun akandatang ia akan lebih meriah lagidaripada tahun ini,'' jelasnya lagi.

    Sementara itu, menurut AhliMMN, Yang Berhormat Awang HajiRamli bin Haji Lahit yang juga

    Penghulu Mukim Telisai, kunjunganke istana terbuka selama tiga hari inimerupakan suatu yang unik bagiNegara Brunei Darussalam.

    Tambahnya, kunjungan seperti inijuga memberikan kesempatan bagipelancong-pelancong asing untukmelihat lebih dekat lagi suasana di sini,iaitu hubungan keakraban di antararaja yang dikasihi dan disanjungioleh sekalian rakyat baginda.

    Hari terbuka istana jugakatanya, memberi peluang kepadaumat Islam untuk mengeratkansilaturahim dengan mengadakan'rumah terbuka' bagi semuagolongan tanpa mengira kaum ataubangsa.

    Bagi Ketua Kampung Lambak 'B',Major (B) Haji Mohammad Jairbin Haji Abdul Wahab pula berkata,kunjungan ke istana terbukamembuktikan sikap keprihatinanbaginda kepada rakyat dan kesetiaanrakyat kepada baginda yang sangatberharga dan bermakna sertameninggalkan kenangan manis kepadarakyat baginda dengan berpeluangberhari raya di Istana Nurul Imanbukan sahaja rakyat dan penduduknegara malah pelbagai masyarakatdi dalam dan luar negeri yangberkunjung ke negara ini.

    Jelasnya lagi, ia jugamemperlihatkan rasa kesyukuranrakyat kepada baginda yang telahmembawa masyarakat ini khususnyadalam memelihara agama Islamdan kesejahteraan untuk pendudukNegara Brunei Darussalam.

    Manakala Ketua Kampung Bokok,Temburong, Awang Haji Jaman binHaji Arsat turut melahirkan rasasyukur ke hadrat Allah SubhanahuWata'ala yang mana pada Hari RayaAidilfitri ini seluruh rakyat danpenduduk Negara Brunei Darussalamakan berkunjung ke Istana Nurul Imanuntuk menjunjung ziarah ke hadapanmajlis Kebawah Duli Yang MahaMulia bersama keluarga dan kerabatdiraja yang lain.

    Tambahnya, kunjungan ke istanaterbuka merupakan lambang kecintaandan ketaatan rakyat kepadakepimpinan baginda yang telahmemberikan kesejahteraan dankemakmuran kepada negara.

    Sementara itu, menurut Ketua

    Kampung Padan 'B', Daerah Belait,Awang Haji Abdul Malik bin HajiAbu Bakar pula sambutan padatahun ini adalah sangat meriahdari tahun lepas dan kunjungan orangramai dari dalam dan luar negarajuga bertambah ramai.

    Tugasan bukan halangan kumpul bersama

    BANDAR SERI BEGAWAN,Selasa, 21 Julai.- Junjung ziarahbersama Kebawah Duli YangMaha Mulia Paduka Seri BagindaSultan Haji Hassanal BolkiahMu'izzaddin Waddaulah ibniAl-Marhum Sultan Haji Omar'Ali Saifuddien Sa'adul KhairiWaddien, Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam danKebawah Duli Yang Maha MuliaPaduka Seri Baginda Raja Isteri

    Pengiran Anak Hajah Saleha bintiAl-Marhum Pengiran PemanchaPengiran Anak Haji Mohamed Alamberserta kerabat diraja yang lainsambil beramah mesra setentunyapeluang yang dinanti segenaplapisan rakyat dan penduduk dinegara ini.

    Tiga hari istana dibukakan bagikunjungan orang ramai setentunyapeluang mereka untuk bertemudan bersua muka secara lebih dekat

    lagi bersama raja dan kerabatdiraja yang lain.

    Para petugas merupakan merekayang bertanggungjawab bagi melicin-kan agar acara berjalan dengansempurna sepanjang kunjunganberlangsung.

    Pasukan paramedik adalah antarakumpulan yang lebih awal standbysebelum acara junjung ziarahberlangsung.

    Ketua Perkhidmatan KecemasanAmbulan Perubatan (EMAS), DayangHajah Nora binti Haji Mohd. Yusofketika ditemu bual berkata, merekasemestinya bersifat profesional dantahu akan tanggungjawab terutamaketika bertugas dalam acara yangmelibatkan jumlah yang ramai ini.

    Tugasan di istana katanya,membuatkan mereka lebih dedikasidan malahan gembira walaupun dalammelaksanakan karier mereka.

    Pada masa yang sama, faktorkeselamatan adalah paling pentingdan ia merupakan perkara yang palingmencabar bagi memastikan aspekberkenaan dalam suatu kelompokyang besar.

    S. Sarjan Haji Marzuki binHaji Md. Noor, salah seorang yangberkhidmat dalam Polis TenteraAngkatan Bersenjata Diraja Bruneimenyatakan, mereka sudah bersiapsedia dari awal pagi dan memastikanacara berjalan dengan sempurna.

    Begitu juga dengan Awang Md.Akmal Khalili, salah seorang anggota

    polis dari Balai Polis LimauManis menyatakan tugasan mencabarini memerlukan kepekaan yang amattinggi dalam semua aspek terutamasekali melibatkan orang ramai.

    Sementara itu, jurugambar dariPejabat Daerah Tutong AwangMuhammad Ariffin bin Haji Akipsangat bangga kerana berpeluangmembuat tugasan dalam sama-samameraikan Aidilfitri bersama rajayang disayangi.

    Tambahnya, kesempatan yang

    berharga itu juga dapatmendokumentasikan setiap gambaryang diambil dan menjadi ristaanbagi generasi akan datang.

    Tugasan sempena junjung ziarahmeraikan Aidilfitri tidak sama sekalimenghalang masa berkumpul bersamakeluarga kerana waktu malam merekaboleh meluangkan masa bersamakeluarga dan sekali gusdimanfaatkanuntuk membuat kunjungan ke rumahsanak saudara dan sahabat handai.

    KETUA Kampung Lambak B, Major (B)Haji Mohammad Jair bin Haji Abdul Wahab.

    KETUA Kampung Bokok, DaerahTemburong, Awang Haji Jaman bin HajiArsat.

    AHLI Majlis Mesyuarat Negara danPenghulu Mukim Keriam, Yang BerhormatOrang Kaya Jaya Putera Dato PadukaAwang Haji Mohd. Taha bin Abd. Raub.

    AHLI Majlis Mesyuarat Negara, YangBerhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahityang juga Penghulu Mukim Telisai.

    KETUA Kampung Pandan 'B', Daerah Belait, Awang Haji Abdul Malik bin Haji AbuBakar.

    Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan AhmadiFoto : Wan Mohammad Sahran Wan Ahmadi, Hamzah Mohiddin

    S. SARJAN Haji Marzuki bin Haji Md. Noorbersiap sedia sejak dari awal lagi bagimemastikan acara berjalan dengan lancardan sempurna semasa Majlis JunjungZiarah berlangsung.

    AWANG Muhammad Ariffin bin Haji Akip,Jurugambar di Pejabat Daerah Tutongberbangga kerana dapat mendokumenta-sikan setiap gambar yang diambil danmenjadi ristaan bagi generasi akan datang.

    PASUKAN paramedik bersama sukarelawan medik EMAS.

    NASIONAL

  • HARI SABTU 25 JULAI 2015 13NASIONAL

    Berita dan Foto : Haji Mahmud Hafidzie Haji Ali Mashod

    Teruja bersua muka dengan raja yang dikasihiBANDAR SERI BEGAWAN, Selasa,21 Julai. - Majlis Junjung ZiarahHari Raya Aidilfitri ke hadapanmajlis Kebawah Duli Yang MahaMulia Paduka Seri Baginda SultanHaji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddinWaddaulah ibni Al-Marhum SultanHaji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adulKhairi Waddien, Sultan dan YangDi-Pertuan Negara Brunei Darussalamdan Kebawah Duli Yang Maha MuliaPaduka Seri Baginda Raja IsteriPengiran Anak Hajah Saleha bintiAl-Marhum Pengiran PemanchaPengiran Anak Haji Mohamed Alamyang memasuki hari ketiga danterakhir terusmeriah dengan kehadiranribuan pelbagai golongan pengunjung

    di Istana Nurul Iman, di sini.Awangku Noor Hamaddie bin

    Pengiran Ahmad dari Jabatan AdatIstiadat Negara semasa ditemuioleh Pelita Brunei mengongsikanpandangan beliau menghadiri MajlisJunjung Ziarah pada tahun ini.

    ''Dari pandangan saya, dengansambutan yang diadakan seperti inimenjadikan perhubungan antara rajayang dikasihi dan para penduduknegara ini semakin kukuh dan terjalin,''ujarnya.

    Walaupun bertugas semasa MajlisJunjung Ziarah ini namun ia tidakmenghalang beliau untuk mengambilpeluang keemasan bersemuka denganKebawah Duli Yang Maha Mulia

    dan kerabat diraja yang lainmemandangkan hari ini merupakanhari terakhir Majlis Junjung ZiarahIstana Nurul Iman dibukakan.

    Sementara itu, Endrew Lim, 69,berasal dari Seria amat gembirakerana hasrat beliau untuk bersuamuka ke hadapan majlis KebawahDYMM bersama kerabat diraja yanglain tercapai.

    Endrew Lim yang merupakanpesara dan pernah berkhidmat selama35 tahun dengan Brunei ShellPetroleum seterusnya meluahkanrasa gembira dengan kasih raja yangberjiwa rakyat kerana berkenanmengadakan Majlis Junjung Ziarahtersebut dan bumi Negara BruneiDarussalam juga sangat beruntungkerana mempunyai seorang raja yangprihatin dan suka memeduli hal ehwalkemasyarakatan rakyat bagindacontohnya kebajikan warga tua yangtidak dilupakan di mana ini jelasmenunjukkan baginda seorang yangdermawan.

    Beliau yang hadir bersama isterijuga tidak lupa untuk menyembahkanucapan Selamat Hari Raya Aidilfitrikepada baginda berdua serta kerabatdiraja yang lain dengan iringan doaagar dipanjangkan umur dan kekalqarar memerintah Negara BruneiDarussalam.

    Seorang lagi warga emas yangditemui iaitu Dayang Hajah Pisah binTasim, 80 pula amat bersyukur keranadapat bertemu dengan Kebawah DuliYang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Raja Isteri berserta kerabatdiraja yang lain.

    Beliau yang berasal dari KampungSungai Kedayan menjelaskan, setiap

    tahun beliau akan datang untukmenghadiri Majlis Junjung Ziarah inibersama anak dan cucu beliau.

    Pada masa yang sama, DayangHajah Pisah juga menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah DYMM ataskurnia gaji tua yang beliau terimasetiap bulan.

    Selain rakyat jelata, warga negaraasing juga merebut peluang keemasanuntuk berjunjung ziarah dan beramahmesra ke hadapan majlis raja yangdikasihi serta kerabat diraja yang lain.

    Seorang peniaga, Mohamad TaghiPourbadakhshan dari Republik RakyatIran berasa gembira dengan responsorang ramai termasuk rakyat sertapenduduk negara ini dan pelancongasing mengenai kehadiran sambutanberkenaan.

    ''Ini merupakan tahun ketiga kami

    sekeluarga mengunjungi Istana NurulIman di mana peluang keemasan initidak selalu di dapati di negara lain,''jelasnya.

    Beliau juga menyatakan rasagembira dan puas hati ketikamenghadiri majlis tersebut serta amatberbangga melihat pihak urusetiaIstana Nurul Iman serta kakitanganyang terlibat bertungkus lumus dalammenyediakan segala kemudahanyang sempurna, sajian makanan yangbanyak dan menyelerakan.

    ''Apa yang saya kagum denganNegara Brunei Darussalam ini ialahnegara ini mempunyai seorang rajayang pemurah dan di samping itu jugapenduduk negara ini sangat ramahdan mesra dengan pelancong yangdatang ke negara ini,'' ujarnya sebelummengakhiri temu bual tersebut.

    Keunikan suasana Majlis Junjung Ziarah Istana Terbuka

    AWANGKU Noor Hamaddie bin PengiranAhmad dari Jabatan Adat Istiadat Negaramenyatakan melalui Majlis Junjung Ziarahdapat mengeratkan lagi perhubunganantara raja yang dikasihi dengan parapenduduk negara ini.

    EDWARD Lim menganggap bahawaNegara Brunei Darussalam sangatberuntung mempunyai seorang raja yangprihatin danmemeduli hal ehwal kebajikanrakyat baginda.

    DAYANG Hajah Pisah bin Tasim, 80 tahun,berkunjung ke Istana Terbuka setiaptahun bersama anak dan cucu beliau.

    WARGA asing, Mohamad TaghiPourbadakhshan dari Republik RakyatIran merasa kagum kerana Negara BruneiDarussalam mempunyai seorang rajayang pemurah dan penduduknya sangatramah dan mesra dengan pelancong.

    Oleh : Noraisah MuhammedFoto : Ak. Jefferi Pg. Durahman

    BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad,19 Julai. - Setiap tahun peluanguntuk menjunjung ziarah ke hadapanmajlis Kebawah Duli Yang MahaMulia Paduka Seri Baginda SultanHaji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddinWaddaulah ibni Al-Marhum SultanHaji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adulKhairi Waddien, Sultan dan YangDi-Pertuan Negara Brunei Darussalamdan Kebawah Duli Yang Maha MuliaPaduka Seri Baginda Raja IsteriPengiran Anak Hajah Saleha bintiAl-Marhum Pengiran PemanchaPengiran Anak Haji MohamedAlam sempena Sambutan HariRaya Aidilfitri tidak dilepaskanoleh pelbagai lapisan masyarakatsetempat, pengunjung dari negarajiran terdekat iaitu Sabah dan Sarawakserta warga asing.

    Tradisi junj