pekeliling perbendaharaan bil. 6/2008 - tatacara pen gurus an aset hidup kerajaan

4
KK/BKP/10/535/36-A Jld. 2 (2) KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL.6 TAHUN 2008 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP KERAJAAN Tujuan 1. Pekeliling Perbendaharaan ini bertujuan untuk menjelaskan Tatacara Pengurusan Aset Hidup Kerajaan. Latar Belakang 2. Pengurusan aset amatlah penting dan wajar diberi keutamaan oleh agensi Kerajaan memandangkan peruntukan untuk memperolehi dan menyelenggaranya semakin meningkat pada setiap tahun. Selain daripada aset alih, terdapat agensi Kerajaan turut menguruskan Aset Hidup yang juga tergolong sebagai Aset Kerajaan. Memandangkan belum ada lagi peraturan yang menyeluruh untuk dijadikan panduan dan rujukan bagi menguruskan Aset Hidup, maka Pekeliling ini akan menjelaskan secara terperinci tatacara pengurusan Aset Hidup bermula daripada penerimaan sehinggalah pelupusan supaya pengurusannya dapat dilaksanakan secara teratur, cekap dan berkesan. 3. Tatacara Pengurusan Aset Hidup ini mengandungi tiga (3) bahagian iaitu: (i) Tatacara Pengurusan Aset Hidup Ikan (Bahagian 1); (ii) Tatacara Pengurusan Aset Hidup Haiwan (Bahagian 2); dan (iii) Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (Bahagian 3).

Upload: nurul-afiza

Post on 21-Jun-2015

568 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6/2008 - Tatacara Pen Gurus An Aset Hidup Kerajaan

KK/BKP/10/535/36-A Jld. 2 (2)

KEMENTERIAN KEWANGAN

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL.6 TAHUN 2008 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan

TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP KERAJAAN

Tujuan 1. Pekeliling Perbendaharaan ini bertujuan untuk menjelaskan Tatacara Pengurusan Aset Hidup Kerajaan. Latar Belakang 2. Pengurusan aset amatlah penting dan wajar diberi keutamaan oleh agensi Kerajaan memandangkan peruntukan untuk memperolehi dan menyelenggaranya semakin meningkat pada setiap tahun. Selain daripada aset alih, terdapat agensi Kerajaan turut menguruskan Aset Hidup yang juga tergolong sebagai Aset Kerajaan. Memandangkan belum ada lagi peraturan yang menyeluruh untuk dijadikan panduan dan rujukan bagi menguruskan Aset Hidup, maka Pekeliling ini akan menjelaskan secara terperinci tatacara pengurusan Aset Hidup bermula daripada penerimaan sehinggalah pelupusan supaya pengurusannya dapat dilaksanakan secara teratur, cekap dan berkesan. 3. Tatacara Pengurusan Aset Hidup ini mengandungi tiga (3) bahagian iaitu:

(i) Tatacara Pengurusan Aset Hidup Ikan (Bahagian 1);

(ii) Tatacara Pengurusan Aset Hidup Haiwan (Bahagian 2); dan

(iii) Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (Bahagian 3).

Page 2: Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6/2008 - Tatacara Pen Gurus An Aset Hidup Kerajaan

2

Tanggungjawab Pegawai Pengawal

4. Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab memastikan perkara-perkara berikut dilaksanakan :-

(i) Unit Pengurusan Aset sedia ada menguruskan Aset Hidup;

(ii) Ketua Pengarah Jabatan dan Ketua Jabatan menjalankan peranan dan

tanggungjawab yang ditetapkan di dalam Pekeliling ini;

(iii) Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) melaporkan

keseluruhan Pengurusan Aset Kerajaan termasuk Aset Hidup di dalam

mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA);

dan

(iv) Meluluskan Pelupusan dan Hapus Kira Aset Hidup mengikut had dan

syarat-syarat yang ditetapkan di dalam tatacara ini.

Peranan dan Tanggungjawab Ketua Pengarah Jabatan/Badan Berkanun 5. Ketua Pengarah Jabatan/Badan Berkanun hendaklah memastikan pengurusan Aset Hidup Kerajaan dilaksanakan secara teratur, cekap dan berkesan di Jabatan masing-masing dengan melaksanakan perkara-perkara berikut:

(i) Melantik pegawai-pegawai menjalankan pemeriksaan ke atas Aset Hidup;

(ii) Menubuhkan Jawatankuasa Penyiasat bagi menyiasat kes kehilangan

Aset Hidup; dan

(iii) Mengemukakan laporan-laporan tahunan berikut ke Perbendaharaan Malaysia sebelum 15 Mac pada tahun berikutnya:

(a) Laporan Tahunan Aset Hidup;

(b) Laporan Pemeriksaan Aset Hidup;

(c) Laporan Pelupusan Aset Hidup;

(d) Laporan Kehilangan dan Hapus Kira Aset Hidup; dan

(e) Laporan Tindakan Surcaj/Tatatertib.

Page 3: Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6/2008 - Tatacara Pen Gurus An Aset Hidup Kerajaan

3

Tanggungjawab Unit Pengurusan Aset di Ibu Pejabat 6. Unit Pengurusan Aset yang menguruskan aset alih Kerajaan adalah bertanggungjawab untuk menguruskan Aset Hidup seperti berikut:

(i) Menyelaras laporan berkaitan pengurusan Aset Hidup daripada Jabatan/Pusat Tanggungjawab (PTJ) untuk dibentangkan dalam Mesyuarat JKPAK yang diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga (3) bulan;

(ii) Mengurus pelupusan Aset Hidup;

(iii) Mengurus kehilangan dan hapus kira Aset Hidup; dan

(iv) Menyelaras penyediaan laporan-laporan tahunan berikut daripada

Jabatan/PTJ untuk dikemukakan ke Perbendaharaan Malaysia sebelum 15 Mac pada tahun berikutnya:

(a) Laporan Tahunan Aset Hidup;

(b) Laporan Pemeriksaan Aset Hidup;

(c) Laporan Pelupusan Aset Hidup;

(d) Laporan Kehilangan dan Hapus Kira Aset Hidup; dan

(e) Laporan Tindakan Surcaj/Tatatertib.

Tanggungjawab Ketua Jabatan 7. Ketua Jabatan termasuk ketua institut, ketua pusat, ketua stesen atau ketua pejabat yang menguruskan Aset Hidup adalah bertanggungjawab memastikan Aset Hidup di agensi masing-masing diuruskan mengikut tatacara di dalam Pekeliling ini. Ketua Jabatan hendaklah melantik:

(i) Pegawai Aset bagi menguruskan Aset Hidup; dan (ii) Lembaga Pemeriksa/Pegawai Pemeriksa bagi melaksanakan

pemeriksaan ke atas Aset Hidup yang hendak dilupuskan.

Page 4: Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6/2008 - Tatacara Pen Gurus An Aset Hidup Kerajaan

4