minit mesyuarat panitia kali ke-2 selepas edit

17
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KEDUA SEKOLAH KEBANGSAAN SAWAH RAJA 2014 TARIKH : 3 APRIL 2014 MASA : 10.00 PAGI TEMPAT : BILIK KOMPUTER SK SAWAH RAJA KEHADIRAN: 1. En. Yahya Bin Mohamad ( Guru Besar) 2. En. Khairiry Bin Abas 3. Pn Arian Bt Zainun 4. Pn. Rosidah Bt Daud 5. Pn. Norazizah Bt. Abdullah 6. Pn. Fauziah Bt. Ahmad AGENDA: 1. Ucapan Aluan Ketua Panitia Bahasa Melayu 2. Analisis pencapaian mata pelajaran 3. PBS 4. KBAT 5. Ucapan Guru Besar Bil. Agenda 1. Perutusan Ketua Panitia 1

Upload: jaiho-jambari

Post on 26-Jan-2016

254 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: MINIT MESYUARAT Panitia Kali KE-2 Selepas Edit

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KEDUA

SEKOLAH KEBANGSAAN SAWAH RAJA

2014

TARIKH : 3 APRIL 2014

MASA : 10.00 PAGI

TEMPAT : BILIK KOMPUTER SK SAWAH RAJA

KEHADIRAN:

1. En. Yahya Bin Mohamad ( Guru Besar)

2. En. Khairiry Bin Abas

3. Pn Arian Bt Zainun

4. Pn. Rosidah Bt Daud

5. Pn. Norazizah Bt. Abdullah

6. Pn. Fauziah Bt. Ahmad

AGENDA:

1. Ucapan Aluan Ketua Panitia Bahasa Melayu

2. Analisis pencapaian mata pelajaran

3. PBS

4. KBAT

5. Ucapan Guru Besar

Bil. Agenda

1. Perutusan Ketua Panitia

1.1 Ketua Panitia Puan Rosidah Bt Daud mengucapkan berbanyak

terima kasih di atas kehadiran guru -guru bahasa.

1.2 Puan Rosidah membentangkan agenda mesyuarat kepada guru-

guru.

1

Page 2: MINIT MESYUARAT Panitia Kali KE-2 Selepas Edit

2. Analisis Pencapaian Ujian Bulan Mac

2.1 Pn. Rosidah membentangkan analisa ujian Bahasa Melayu bagi

bulan Mac yang lalu. Berikut ialah pencapaian Ujian Bahasa Melayu

mengikut tahun:

TAHAP 1

Tahu

n

GPMP

1 1.0

2 1.8

3 1.2

TAHAP 2

Tahu

n

GPMP

PEMAHAMAN PENULISAN

4 3.14 3.64

5 2.3 3.0

6 2.13 3.0

2.2 . (Rujuk lampiran 2)

Tahun 5:

1. Terdapat kelemahan dalam menulis karangan dalam bahagian B.

Cadangan :

a) Dorong murid merangka karangan terlebih dahulu sebelum

memulakan penulisan.

2

Page 3: MINIT MESYUARAT Panitia Kali KE-2 Selepas Edit

b) Bimbing murid menulis sekurang-kurangnya enam perenggan

yang terdiri daripada pendahuluan, isi 1, isi2, isi3, isi 4 dan

penutup.

c) Galakkan murid membaca banyak bahan bacaan dan menulis

dalam buku nilam dapat menambah perbendaharaan kata murid

seterusnya dapat mencetus idea semasa menulis karangan.

Tahun 4:

1. Sikap kurang berminat terhadap penulisan karangan.

Cadangan: Guru mata pelajaran mengadakan imlak dalam

beberapa sesi dalam seminggu bagi melatih murid rajin menulis.

2. Beberapa orang murid perlukan dorongan iaitu Aleesa dan Amin.

3. Muazin mempunyai potensi yang baik dan perlu sokongan dalam

menghasilkan penulisan yang berkualiti.

Tahun 1- tahun 3

1. Banyak perkenalkan murid dengan perbendaharaan kata yang

baru.

2. Aktiviti mengukuhkan ejaan seperti imlak dijalankan.

3. Bagi tahun 3, tiada bahagian karangan dalam peperiksaan. Oleh

yang demikian, penekanan dalam kemahiran menulis ayat gramatis

mula diperkenal kepada mereka.

3. Pentaksiran Berasaskan Sekolah

2.3 Guru Bahasa Melayu perlu mengetahui cara melakukan

perekodan secara ‘offline’ untuk melengkapkan tahap penguasaan

murid berdasarkan band-band yang telah ditetapkan.

3

Page 4: MINIT MESYUARAT Panitia Kali KE-2 Selepas Edit

2.4 Perekodan ini akan memudahkan guru mentaksir murid

mengikut tahap penguasaan sesuatu topik.

2.5 Guru Besar member arahan untuk semua guru memasukkan

prestasi peperiksaan semester akhir ke dalam fail panitia. Guru perlu

menilai kelebihan dan kekurangan prestasi yang diperoleh.

2.6 Semua guru perlu memuat turun boring bagi mengisi maklumat

prestasi murid. Borang tersebut boleh dimuat turun di laman

sesawang Lembaga Peperiksaan. Atara boring tersebut ialah:

2.6.1 Perekodan

2.6.2 Prestasi

2.6.3 Prestasi Ujian Penggal

2.6.4 Pelaporan

2.7 Guru Bahasa seharusnya mengetahui bagaimana membentuk

pemikiran murid supaya mereka lebih kreatif dalam pertuturan serta

penghasilan sesuatu kerja serta berani menyahut cabaran sebagai

seorang murid kreatif.

3. KBAT

3.1 Elemen KBAT perlu diterap dalam matapelajaran Bahasa Melayu

di dalam kelas.

3.2 Guru boleh membuat rujukan bagamaina elemen ini boleh

diterap dalam Bahasa Melayu serta mendapatkan buku panduannya

dalam email sekolah.

3.3 Walau bagaimanapun, penghasilan sesuatu penulisan adalah

salah satu eleman KBAT yang mencipta.

3.4 Elemen KBAT boleh diterap melalui sikap dan nilai kemahiran

berfikir melalui aktiviti perbincangan, pencetusan idea, perbentangan

dan teknik penyelesaian masalah.

4. Analisis SWOT

4

Page 5: MINIT MESYUARAT Panitia Kali KE-2 Selepas Edit

4.1 Panitia Bahasa Melayu perlu sentiasa merujuk analisis SWOT

yang telah dipersetujui.

4.2 Lengkapkan Pelan Strategik dan Pelan Taktikal.

5. Hal-hal lain

5.1 Pencapaian murid perlu ditingkatkan dalam setiap topik yang

diajar.

5.2 Memudahkan kefahaman murid dalam pembelajaran Bahasa

Melayu perlu dititik beratkan.

5.3 Penggunaan ABM yangg menarik boleh menambah minat serta

keghairahan murid menjalankan aktiviti Bahasa Melayu.

5.4 ABM yang diambil diletakkan semula dengan kemas dan

tersusun.

5.5 Jika ada ABM yang dirasakan sesuai tetapi ia tiada dalam

simpanan, urusan pembelian boleh dipanjangkan kepada ketua

panitia.

Menyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh,

____________________

(KHAIRIRY BIN ABAS)

Setiausaha Panitia Bahasa Melayu,

SK Sawah Raja

5

Page 6: MINIT MESYUARAT Panitia Kali KE-2 Selepas Edit

6.

4.

Pengerusi : En. Yahya Bin Mohamad

T. Pengerusi : En. Nor Azlan Bin Khamis

N. Pengerusi 1 : Pn. Fauziah Bt. Ahmad

N. Pengerusi 2: En. Ahmad Fadzil Shah Bin Arif Shah

Setiausaha : En. Khairiry Bin Abas

AJK

Lembaga Disiplin Dan Pengawas : Pn Arian Bt Zainun

Skim Pinjaman Buku Teks/ SPBT : En. Khairul Anuar Bin Abd

Bar

Bimbingan dan Kaunseling : En. Khairiry Bin Abas

RMT / Susu Sekolah : En. Abd Ghafar Bin Mat

Rippin

Kebajikan, KWAPM dan Bantuan : Pn. Nur Ayuni Bt Anuar

Pengurusan Kantin : Pn. Rosidah Bt Daud

Kebersihan dan Kecerian : Pn. Nur Ayuni Bt Anuar

Kesihatan dan Rawatan : Pn. Norazizah Bt. Abdullah

Keselamatan : Cik Hanis Izzati Bt. Baharim

Maklumat dan Data Murid : Pn. Mimie Zawanie Bt

Dahalee

Anti Ponteng : Pn Arian Bt Zainun

PPDa : En. Abd Rahman Bin Abd Manap

6

Page 7: MINIT MESYUARAT Panitia Kali KE-2 Selepas Edit

Kelab Pencegahan Jenayah : Pn. Mimie Zawanie Bt

Dahalee

Jadual Kedatangan (Guru Kelas)

Tahun 1 : Pn Arian Bt Zainun

Tahun 2 : En. Abd Rahman Bin Abd Manap

Tahun 3 : En. Khairiry Bin Abas

Tahun 4 : Pn. Norazizah Bt. Abdullah

Tahun 6 : Pn. Rosidah Bt Mohd Daud

2.1 Lembaga Disiplin dan Pengawas

6.1.1 Pihak sekolah meletakkan kepercayaan sekali lagi buat Cikgu

Arian yang akan terus menerajui Lembaga Disiplin dan

Pengawas SK Sawah Raja sepanjang 2014 .

6.1.2 Cikgu Arian memaklumkan tarikh 20 Januari 2014 akan

diadakan majlis Perlantikan Pengawas sesi 2014.

6.1.3 Guru Besar mengingatkan tentang pakaian serta surat

makluman kepada ibu bapa berkaitan perlantikan pengawas

yang akan diadakan.

6.1.4 Guru diminta memberi dorongan kepada murid-murid supaya

hadir ke sekolah setiap hari. Kehadiran yang tidak

memuaskan akan memberi kesan terhadap proses

pembelajaran murid.

6.1.5 Pastikan murid beratur sebelum masuk ke kelas, semasa

rehat dan semasa keluar sekolah.

6.1.6 Perjumpaan mingguan/bulanan diadakan untuk membimbing

pengawas dan ketua darjah.

Tindakan: Pn. Arian Bt

Zainun

7

Page 8: MINIT MESYUARAT Panitia Kali KE-2 Selepas Edit

6.2 Skim Pinjaman Buku Teks

6.2.1 Tahniah diucapkan kepada Ustaz Khairul Anuar Bar kerana

telah dilantik sebagai pengurus Skim Pinjaman Buku Teks

(SPBT)

6.2.2 Buku teks telah selesai diedarkan kepada setiap murid pada

2 Januari 2014.

6.2.3 Guru kelas diminta melengkapkan borang ‘G’ dengan

meletakkan ‘Nombor Perolehan’ berdasarkan buku teks yang

diterima.

6.2.4 Pastikan murid menulis nama dan kelas sepertimana yang

terdapat pada kulit buku bahagian hadapan atau

belakangnya.

6.2.5 Adakan rekod pelupusan buku teks lama.

6.2.6 Stok buku teks sentiasa dikemaskini dan direkod kemas.

6.2.7 Terdapat 9 fail yang telah pun dikemaskini.

Tindakan : Ust. Khairul Anuar Bin

Abd Bar

Guru-guru kelas

6.3 Bimbingan dan Kaunseling

6.3.1 Unit Bimbingan dan Kaunseling sentiasa bekerjasama dengan

unit lain mengadakan ceramah atau motivasi yang lebih

mendekatkan pelajar dengan nilai-nilai murni kehidupan.

Tindakan: En. Khairiry

Bin Abas

6.4 RMT / Susu Sekolah

6.4.1 En. Abd Gafar telah dilantik sebagai pengurus RMT dan

Program Susu Sekolah.

8

Page 9: MINIT MESYUARAT Panitia Kali KE-2 Selepas Edit

6.4.2 Berbincang dengan pengusaha kantin tentang makanan yang

akan diberikan kepada murid.

6.4.3 Penambah baikkan dalam kualiti penyediaan makan amat

diharapkan memandangkan harga telah dinaikkan.

6.4.4 Pemantauan RMT dijalankan setiap hari oleh guru-guru

berdasarkan jadual yang disediakan.

6.4.5 Pendidikan Wajib dan Rawatan pula diuruskan oleh En. Rizuan

Abd Razak.

6.4.6 Pengagihan susu kepada murid hanya di kantin.

6.4.7 Elak tindakan yang boleh menyebabkan murid mengalami

keracunan.

6.4.8 Taklimat tentang prosedur tentang susu sebelum murid

minum dapat mengelak murid keracunan.

Tindakan: En. Abd Ghafar Bin Mat

Rippin

6.5 Pengurusan Kantin

6.5.1 Kecerian dan kebersihan kantin perlu dipantau dari masa ke

semasa.

6.5.2 Laporan kantin akan ke PPD dan ke pejabat kesihatan daerah

mengikut hari, minggu dan bulan.

6.5.3 Fikirkan bagaimanakah kantin boleh diceriakan lagi.

6.5.4 Menu untuk guru akan dibincangkan semasa mesyuarat

kantin nanti.

Tindakan: Pn.

Rosidah Bt Mohd Daud

6.6 Kebersihan dan Keceriaan

6.6.1 Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas akan diteruskan

sepanjang 2014.

9

Page 10: MINIT MESYUARAT Panitia Kali KE-2 Selepas Edit

6.6.2 Guru-guru kelas diharap dapat meningkatkan keceriaan kelas

dengan meletakkan maklumat-maklumat berkaitan pelajaran

murid.

6.6.3 Pastikan juga keselamatan murid di dalam kelas terutamanya

semasa peralihan jadual.

Tindakan: Guru kelas

6.7 Keselamatan

6.7.1 Latihan kebakaran akan diadakan dua kali setiap tahun.

6.7.2 Pelan kecemasan dan kebakaran diletakkan dalam setiap

kelas dan sentiasa dikemaskini mengikut tahun.

6.7.3 Murid akan berkumpul di padang sekolah semasa latihan

kebakaran dijalankan

6.8 Sekolah Selamat.

6.8.1 Latihan kebakaran diadakan 2 kali setahun.

6.8.2 Semasa latihan murid akan ke padang sekolah selapas loceng

panjang dibunyikan.

Tindakan: Pn. Nor Ayuni Bt

Anuar

6.9 Maklumat dan Data Murid

6.9.1 Seorang guru akan mengambil alih tugasan sehingga Pn. Mimi

selesai cuti bersalin.

6.9.2 Senarai maklumat murid yang layak menerima RMT, KWAPM

dan bantuan lain disedia dan disemak.

10

Page 11: MINIT MESYUARAT Panitia Kali KE-2 Selepas Edit

Tindakan: Pn. Mimi Zawanie

Bt. Dahalee

6.10 Anti Ponteng

6.10.1 Ambil tindakan yang berkesan dalam menangani masalah

murid yang ponteng sekolah.

6.10.2 Kenal pasti masalah sebenar murid yang suka ponteng

sekolah jika ada.

6.10.3 Sampaikan maklumat yang memberi penekanan terhadap

kepentingan ke sekolah.

Tindakan : Pn Arian

Bt. Zainun

3.1 PPDa

3.1.1 Bahan-bahan untuk sudut paparan PPDa hendaklah

sentiasa dikemaskini.

3.1.2 Program anti dadah dirancang dan dapat dilaksanakan

dengan baik.

3.2.4 Rancang program ceramah PPDa .

Tindakan: Ust. Abd Rahman B. Abd

Manap

3.2 Kelab Pencegahan Jenayah

11

Page 12: MINIT MESYUARAT Panitia Kali KE-2 Selepas Edit

3.2.1 Jadual perlaksanaan program pencegahan jenayah

mungkin diselang-selikan dengan program lain.

3.2.2 Dijalankan bersama Kelab Rukun Negara pada waktu Ko-

kurikulum.

Tindakan: Pn. Mimie Zawani Bt.

Dahalee

7. Kebajikan, KWAPM dan Bantuan

7.1 Pn. Ayuni akan mengambil tugas mengurus Kebajikan, KWAPM

dan Bantuan sepanjang tahun 2014.

7.2 Permohonan bantuan perlu dilakasanan bermula dari tahun 1.

7.3 Guru yang mengurus diharap dapat mempelajari prosedur-

prosedur yang berkaitan tentang permohonan dan mengurus

bantuan dengan baik.

7.4 Edar borang KWAPM awal Januari ini untuk mengelak keciciran

maklumat.

Tindakan: Pn. Nor Ayuni Bt

Anuar

8. Jadual Kedatangan

8.1 Nama pelajar ditulis dengan terang dan jelas ikut surat beranak.

8.2 Nombor pendaftaran di setiap mukasurat.

8.3 Mengenalpasti kehadiran/ketidakhadiran murid pada waktu

pertama dan ditanda.

8.4 Rekodkan kehadiran murid dalam Aplikasi Pangkalan Dta Murid

(APDM).

8.5 Pastikan semua maklumat diisi bila menutup jadual kedatangan

pada hujung bulan dan maklumat yang perlu untuk bulan berikutnya

dipindahkan.

12

Page 13: MINIT MESYUARAT Panitia Kali KE-2 Selepas Edit

Tindakan: Semua

guru kelas

9. Program 5 minit

9.1 Program yang bertujuan membentuk disiplin dan budaya yang

baik di kalangan murid.

9.2 Program ini telah ditukar menjadi 3 minit.

9.3 Semua guru diminta menjalankan program ini 3 minit waktu

pertama, 3 minit sebelum rehat dan 3 minit sebelum balik.

Tindakan:

Semua Guru

10. Hal-hal lain

10.1 GPK HEM mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK unit HEM

2013 yang telah berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang.

11. Penangguhan

11.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh:

13

Page 14: MINIT MESYUARAT Panitia Kali KE-2 Selepas Edit

………………………………..

(EN. KHAIRIRY BIN ABAS)

SETIAUSAHA HEM

SK SAWAH RAJA

14