presentation 1 edit
TRANSCRIPT
BAB 9 : MENGGLOBALISASIKAN
PERNIAGAAN
DISEDIAKAN OLEH :NABILA HUDA BINTI MD
SAFAR
ISI KANDUNGAN
• DEFINISI DAN PERANAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA
• JENIS-JENIS PERNIAGAAN ANTARABANGSA
• EVOLUSI PERNIAGAAN ANTARABANGSA
• KONSEP PENTING DALAM PERNIAGAAN ANTARABANGSA
• CABARAN SYARIKAT MULTINASIONAL
• STRUKTUR DAN KAWALAN
• POLITIK, UNDANG-UNDANG, CUKAI DAN EKONOMI
• BAYARAN PERDAGANGAN DAN PERTUKARAN MATA WANG
• RISIKO PERDAGANGAN ANTARABANGSA
• GALAKAN DAN PERLINDUNGAN PERDAGANGAN
• KAWASAN DAGANGAN BEBAS
• KAWASAN PERTUMBUHAN MSC (RUJUKAN KEPADA CYBERJAYA)
DEFINISI DAN PERANAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA
Definisi• Perniagaan antarabangsa adalah transaksi barangan
(perkhidmatan) dengan barangan (perkhidmatan) atau barangan dengan wang yang berlaku melepasi sempadan politik dan ekonomi.
Peranan• Kelebihan perniagaan antarabangsa ialah membantu
pengeluaran secara massa ataupun bidang ekonomi skala.• Kelebihan mutlak ialah keupayaan sesebuah negara
menghasil sesuatu pada kos yang lebih murah atau lebih baik daripada negara lain.
• Kelebihan berbanding adalah kemampuan sesebuah negara menghasilkan sesetengah produk lebih murah dan lebih baik daripada mengeluarkan produk yang lain.
• Gelagat pembeli adalah berbeza di antara satu tempat dengan tempat yang lain bergantung kepada banyak faktor.
JENIS-JENIS PERNIAGAAN
ANTARABANGSA
JENIS-JENIS PERNIAGAAN
ANTARABANGSA
ImportImport EksportEksport
PerkhidmatanPerkhidmatanKontrak pengeluaran
Kontrak pengeluaran
PembuatanPembuatan
Import• Import ialah membeli barangan dari negara luar untuk dijual
atau digunakan di dalam negara sendiri.Eksport• Eksport ialah menjual barangan ke luar negara hasil
pengeluaran negara sendiri.Perkhidmatan• Perkhidmatan adalah satu bentuk produk tidak nampak yang
boleh dieksport dan diimport merentasi sempadan antarabangsa.
Pembuatan• Pembuatan (manufacturing) ialah pengeluaran barangan
secara massa barangan keperluan pengguna di kilang-kilang.Kontrak pengeluaran• Kontrak pengeluaran ialah pemberian kontrak pekilang-
pekilang luar negara mengeluarkan sesuatu produk sesebuah syarikat.
EVOLUSI PERNIAGAAN ANTARABANGSA
Kebanyakan syarikat memulakan dengan mengeksport,
mewujudkan firma antarabangsa dan berkembang menjadi
syarikat multinasional MNC.
• Eksport adalah darjah penglibatan antarabangsa yang paling rendah.
• MNC adalah syarikat yang menghasilkan keluaran di banyak negara dan mengeksportnya ke merata-rata negara di dunia.
• Countertrading adalah kaedah pembelian dan pembayaran secara tukar beli barangan seperti perniagaan barter, tetapi lebih kompleks daripada itu.
KONSEP PENTING DALAM
PERNIAGAAN ANTARABNAGSA
KONSEP PENTING DALAM
PERNIAGAAN ANTARABNAGSA
Dunia Tanpa Sempadan
Dunia Tanpa Sempadan
Pasaran Menimbul (Emerging Market)Pasaran Menimbul (Emerging Market)
Selatan-selatanSelatan-selatan
GlobalisasiGlobalisasi
LokalisasiLokalisasi
NasionalisasiNasionalisasi
PenswastaanPenswastaan
• Dunia Tanpa Sempadan Dunia tanpa sempadan di dalam aspek perdagangan adalah tidak
sama dengan aspek politik. Di dalam aspek politik sempadan diwujudkan sebagai tanda kuasa
dan kedaulatan. Sempadan politik inilah yang membatasi perdagangan serta mempengaruhi perniagaan di dalam banyak aspek. Akibat itu, politik diwujudkan cukai-cukai yang dinamakan tarif, pelbagai sekatan di atas nama kualiti dikenakan terhadap barangan import sebenarnya adalah amalan dasar perlindungan.
Negara-negara di dunia mewujudkan sempadan yang lebih besar, mengadakan blok-blok dagangan yang lebih bebas seperti Kesatuan Eropah (EU), Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA), Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA), dll.
Blok-blok perdagangan bebas ini cuba membebaskan belenggu sempadan politik mereka kepada perdagangan, di mana pengeluaran, pemasaran, pengagihan, dan keseluruhan perniagaan bebas tanpa tarif dan tanpa sebarang sekatan.
Perkembangan teknologi yang semakin canggih dengan satu lagi konsep yang dipanggil langit terbuka, boleh membantu mempercepatkan lagi konsep perdagangan bebas tanpa sempadan.
• Pasaran Menimbul (Emerging Market) Pasaran menimbul adalah pasaran baru muncul kerana
penduduk di kawasan tersebut baru mempunyai kuasa beli yang tinggi dan berkesan berbanding dengan sebelumnya.
Sebagai pasaran menimbul, negara-negara di Asia Timur menjadi kuasa pembeli yang besar bagi produk-produk baru keluaran negara-negara maju.
Banyak syarikat-syarikat antarabangsa mengambil kesempatan daripada pasaran menimbul dan meletakkan kedudukan mereka menjadi lebih kukuh.
Cth : misalnya KFC Malaysia muncul di antara restoran makanan segera yang lebih hebat berbanding dengan McDonald sedangkan di Amerika Syarikat, McDonald adalah jauh lebih besar berbanding dengan KFC.
• Selatan-Selatan
Selatan-selatan adalah negara yang dianggap masih belum maju
dari segi pembangunan, terdiri daripada negara-negara miskin dan
sedang membangun.
• Globalisasi
Proses pengglobalan perniagaan adalah satu trend baru kini
dimana semua negara bercita-cita untuk berdagang merentasi
sempadan negara masing-masing.
Sebab-sebab:
i. Keperluan untuk mengimport produk dengan harga yang lebih
rendah.
ii. Keperluan untuk mengimport produk yang lebih baik kualitinya.
iii. Keperluan eksport sebagai peluang menambahkan pasaran.
iv. Eksport dapat membantu pertukaran wang asing dan defisit
dagangan negara.
• Lokalisasi
Lokalisasi adalah strategik pemasaran yang memberi tumpuan
produk yang sesuai untuk sesuatu pasaran tertentu.
cth : misalnya pengeluaran filem di Malaysia hanyalah untuk
keperluan hiburan pasaran di Malaysia sahaja. Berbanding dengan
globalisasi, pengeluaran filem untuk pasaran antarabangsa, jalan
cerita mestilah bersifat global, bahasa pertuturan diubah kepada
bahasa internasional (Bahasa Inggeris), para pelakon dan mutu
filem pada keseluruhannya mesti diubah mengukut kehendak
pasaran antarabangsa memerlukan kos yang tinggi sedangkan
risiko pulangan adalah belum pasti.
• Nasionalisasi
Nasionalisasi adalah proses menjadi dan mengekalkan syarikat-
syarikat perniagaan sebagai hakmilik negara.
• Penswastaan
Penswastaan ialah proses menjadikan syarikat atau
perbadanan awam kepada syarikat milik pemegang saham
yang terdiri daripada kerajaan, institusi-institusi kerajaan atau
swasta dan orang awam.
Amalan penswastaan di Malaysia dimulakan dengan
memperbadankan sesebuah organisasi. Memperbadankan
dan penswastaan adalah dua entiti yang berbeza.
Sesebuah agensi kerajaan diperbadankan, ia mempunyai
jawatan kuasa atau lembaga pengarah tersendiri yang bebas
daripada Jabatan Perkhidmatan Awam dari segi pengurusan
dan kenaikan pangkat serta gaji para pekerja.
Apabila sesebuah institusi itu berjaya sebagai sebuah
perbadanan barulah ia diswastakan.
CABARAN SYARIKAT MULTINASIONAL
Di antara cabaran-cabaran :
i. Keadaan politik
ii. Undang-undang
iii.Ekonomi
iv.Sosio budaya yang pelbagai
• Oleh itu syarikat-syarikat MNC perlu mewujudkan struktur
organisasi serta kaedah kawalan yang berbeza daripada
syarikat-syarikat domestik. Kaedah struktur dan kawalan juga
akan berbeza bila berdagang di negara-negara yang
berlainan bergantung kepada perbezaan persekitaran yang
ada.
STRUKTUR DAN KAWALAN
Struktur• Struktur organisasi global pada asasnya adalah
mengikuti kaedah perjabatan secara fungsi seperti Rajah 12.2.
• Struktur ini akan diubahsuai mengikut cara sesebuah organisasi ini beroperasi seperti import-eksport, melesenkan, usahasama, francais atau membuka kilang di negara luar dan sebagainya.
Rajah 12.2
Struktur MNC
PresidenPresiden
Jabatan Pemasaran
Jabatan Pemasaran
Jabatan Kewangan
Jabatan Kewangan
Jabatan Pengeluaran
Jabatan Pengeluaran
• Struktur jaringan adalah yang paling biasa bagi
organisasi multinasional.
• Syarikat KFC mewujudkan jaringan restoran-restoran
yang membeli ayam dari jaringan syarikat miliknya
sendiri, iaitu Ayamas dan juga bahan-bahan
pemprosesan yang lain dan minuman daripada syarikat
miliknya (jaringan) sendiri seperti Pepsi Cola.
Kawalan
• Cara kawalan yang asas dengan mewujudkan objektif
kawalan, mengadakan piawai pengukuran dan penilaian
adalah perlu.
PresidenPresiden
Jabatan Produk XJabatan
Produk XJabatan
Produk YJabatan
Produk YJabatan Produk ZJabatan Produk Z
Jabatan Pengeluaran
Jabatan Pengeluaran
Jabatan Kewangan
Jabatan Kewangan
Jabatan Pemasaran
Jabatan Pemasaran
Rajah 12.3Struktur Mengikut Produk
PresidenPresiden
UtaraUtara TengahTengah SelatanSelatan
Rajah 12.4Struktur Mengikut Geografi
PresidenPresiden
Jabatan Pelanggan Organisasi
Jabatan Pelanggan Organisasi
Jabatan Pelanggan Kerajaan
Jabatan Pelanggan Kerajaan
Jabatan Pelanggan Pengguna
Awam
Jabatan Pelanggan Pengguna
Awam
Rajah 12.5Struktur Mengikut
Pengkelasan Pelanggan
SOSIO-BUDAYA DAN
PENGURUSAN RENTAS BUDAYA
Politik
• Faktor penting yang menentukan kejayaan sesebuah perniagaan.
• Syarikat-syarikat perniagaan antarabangsa perlu menyesuaikan
corak pengurusan dengan sistem ekonomi yang diamalkan di
sesebuah negara dan keputusan memasuki industri dan pasaran
selalunya bergantung kepada kestabilan politik.
• Negara yang mengamalkan pasaran bebas, kebiasaan kepada perniagaan walaupun terpaksa berhadapan dengan persaingan.
• Jika mengamalkan sistem komunis atau sosialis, pengurusan
sesebuah perniagaan juga perlu diubah mengikut sistem yang ada.
• Masalah yang mungkin dihadapi ialah masalah nasionalisasi syarikat-syarikat swasta, sekatan pengeluaran modal atau keuntungan dari negara tersebut dan sebagainya yang boleh memberi kesan langsung kepada sesebuah syarikat.
Undang-undang
• Perundangan ada kaitan rapat dengan politik. Kerajaan yang
berkuasa di dalam sesebuah negara adalah didokong oleh parti
politik yang menang di dalam pilihanraya.• Parti politik pula membawa fahaman masing-masing yang
mempengaruhi keadaan atau peruntukan undang-undang negara.Cukai
• Cukai adalah bayaran yang dikenakan oleh kerajaan kepada
pemastatutin di sesebuah negara kerana perkara-perkara tertentu
yang telah diperuntukan di dalam perundangan negara.• Perniagaan adalah sektor yang antara terbanyak memberi cukai
kepada kerajaan sebagai hasil pendapatan• Antara cukai yang dibayar oleh sektor perniagaan ialah cukai
perniagaan di samping cukai lain seperti tarif (cukai import), cukai perkhidmatan dan cukai pengilangan.
• Nilai cukai yang mesti dibayar adalah berbeza di antara jenis syarikat, jenis perniagaan dan jenis pengilangan.
• Syarikat perniagaan tunggal dan perkongsian
Membayar cukai pendapatan peribadi
• Syarikat sendirian berhad dan berhad
Membayar cukai yang ditetapkan oleh kerajaan
28 sehingga 40 peratus daripada keuntungan
• Cukai import atau dipanggil sebagai tarif dikenkan ke atas
barangan import yang dibawa masuk ke dalam sesebuah
negara.
Ekonomi
• Keadaan ekonomi sesebuah negara adalah penting untuk
diteliti sekiranya sesebuah organisasi bercita-cita untuk
melibatkan diri dengan perniagaan di situ.
Sosio-Budaya dan Pengurusan Rentas Budaya
• Setiap negara mempunyai budaya yang berbeza.
Selalunya dipanggil sebagai budaya nasional, iaitu sikap
dan perspektif yang dikongsi bersama oleh setiap
individu sesebuah negara yang membina gelagat dan
cara mereka melihat dunia.• Satu model pengurusan pentas budaya oleh Black,
Mendenhall dan Oddou memcadangkan sesebuah organisasi perlu membuat dua langkah persediaan kepada pengurus-pengurus antarabangsa mereka.
- Pertama = memilih calon-calon layak dengan kriteria dan mekanisma yang betul.
- Kedua = menyediakan calon-calon tersebut dengan pengalaman dan latihan yang cukup sebelum mereka dihantar ke destinasi di luar negara.
• Pengurus-pengurus perlu membuat tiga penyesuaian apabila mula
bertugas.
a. Penyesuaian kerja
b. Penyesuaian berinteraksi
c. Penyesuaian am
• Penyesuaian-penyesuaian ini perlulah berteraskan perkara-perkara berikut :
i. Individu = mestilah berpandangan positif, cuba memahirkan diri di dalam
berhubungan dengan masyarakat setempat.
ii. Pekerjaan = peranan sebagai pengurus yang berbeza dari segi budaya di
negara yang berbeza.
iii. Budaya organisasi = sokongan sosial
iv. Sosialisasi organisasi = teknik bersosial
v. Faktor-faktor yang tidak melibatkan pekerjaan = peranan pasangan, budaya
orang tempatan
BAYARAN PERDAGANGAN DAN TUKARAN MATA WANG
• Pembeli akan menerima barangan
• Penjual akan menerima bayaran di dalam bentuk mata
wang.
• Proses jual beli melalui jalan yang canggih kerana status
sempadan dan nasionaliti yang berbeza.
• Mata wang yang berbeza serta taraf hidup penduduk
yang tidak sama.
Kaedah Pembayaran dan Penyelesaian Perdagangan
Peranan Mata Wang Asing
Cara pertama
• Pertukaran barang dengan barang (sistem barter) @
pembelian dan jualan menggunakan mata wang.
• Cth : kerajaan Malaysia bersetuju menjual minyak sawit
kepada India dan India membayar nya dengan memberi
perkhidmatan perundingan memperbaiki sistem
pengurusan keretapi.
Kaedah pertama
• Pembayaran yang dibuat dengan menggunakan mata
wang yang kukuh, menggunakan dollar Amerika.
Kaedah Pembayaran dan Penyelesaian Perdagangan
Dua fungsi penting
• Untuk pembelian barangan dari negara luar termasuk
rakyat yang melancong keluar memerlukan mata wang
dalam bentuk dollar.
• Untuk rezab menentukan kestabilan mata wang sendiri.
Keadaan turun naik nilai mata wang secara berbanding
dengan mata wang asing adalah bergantung kepada
turun naik permintaan.
Peranan Mata Wang Asing
RISIKO PERDAGANGAN ANTARABANGSA
Jenis Risiko Perniagaan Antarabangsa
• Kesan turun naik nilai mata wang adalah satu perkara
yang boleh meruntuhkan perniagaan, oleh itu kewangan
mesti mengambil kira suasana turun naik nilai mata
wang asing yang mendominasikan sesebuah organisasi
dan sesebuah negara.
• Risiko ekonomi yang berubah kesan daripada kawalan
ekonomi sesebuah negara.
• Perbezaan bahasa, dari segi pengiklanan dan jenama
sesuatu produk seperti ubat gigi Darlie.
• Perbezaan budaya yang membawa kepada perbezaan
pandangan dan tanggapan terhadap sesuatu.
• Peranan kerajaan di dalam kawalan terhadap
perniagaan.
• Risiko politik - masalah yang berkaitan dengan
kedaulatan, memiliknegarakan perniagaan sebagainya.
Kaedah Pengurusan
• Kemahiran merancang, beberapa persoalan perlu
dianalisiskan, membuat keputusan, mengatur memimpin
dan mengawasi.• Seseorang pengurus perlu tahu berkenaan dengan
persekitaran negara tempat ia beroperasi.
GALAKAN DAN PERLINDUNGAN PERDAGANGAN
Malaysia ada Kementerian Perdagangan dan Perindustrian
Antarabangsa – MITI
Malaysia telah mewujudkan satu perbadanan khusus untuk
mentadbir dan menggalakkan penyertaan syarikat-syarikat Malaysia
di dalam perdagangan antarabangsa yang dinamakan MATRADE
Wujudlah halangan yang berupa fizikal dan psikologi. Antara
halangannya adalah :
i. Perbezaan sosial dan budaya,
ii. Perbezaan ekonomi
iii. Perbezaan perundangan dan politik
Perlindungan Perdagangan
Objektif
Kaedah
Tarif dan Bukan Tarif
Promosi Pelaburan
Akta Promosi Pelaburan
Perlidungan Perdagangan• Mempunyai matlamatnya yang tersendiri dan untuk
melaksanakannya, berbagai-bagai kaedah boleh dibuat.
Objektif• Melindungi perusahaan negara sendiri.• Menjaga kualiti produk yang diimport.• Menghalang kemasukan produk-produk yang dianggap
tidak baik dari segi agama, budaya dan sebagainya.• Memenuhi matlamat politik sperti tidak membenarkan
barangan dari Israel memasuki pasaran di Malaysia.• Membantu meningkatkan pendapatan kerajaan.
Kaedah• Mengenakan kuota dan tarif• Undang-undang kandungan tempatan• Undang-undang amalan perniagaan(kaedah yang digunakan adalah berbeza di antara negara dengan negara yang
lain bergantung kepada matlamat yang diletakkan)
Tarif dan Bukan Tarif
Tarif adalah cukai ke atas produk yang diimport. Tarif memberi kesan kepada harga barang yang diimport dengan menaikkan harga produk secara langsung.
Dua jenis tarif• Tarif hasil – mempunyai matlamat meningkatkan
pendapatan kerajaan melalui cukai import.• Tarif perlindungan – tarif yang popular digunakan secara
langsung untuk mengurangkan permintaan terhadap barang import.
Kuota - mengehadkan kemasukan produk dalam kuantiti yang tertentu
• Kuota yang mutlak yang menghalang terus kemasukan sesuatu barangan ke sesebuah negara dipanggil embargo (sekatan).
Kandungan tempatan ialah keperluan kandungan tempatan di dalam sesuatu produk tempatan yang dikilangkan.
Undang-undang amalan perniagaan adalah berbeza di antara satu negara dengan yang lain.
Promosi Pelaburan• Galakan kepada perdagangan antarabangsa boleh
dilihat sebagai sumbangan beberapa perjanjian dan blok ekonomi seperti GATT (General Agreement on Tariffs and Trade), Kesatuan Eropah, ASEAN, dll
Akta Promosi Pelaburan• Di dalam akta ini memperuntukkan beberapa cara
menggalakkan pelaburan asing ke Malaysia seperti memberi taraf perintis dengan beberapa kemudahan pengurangan cukai – zon bebas cukai, pengecualian kepada beberapa undang-undang amalan perniagaan biasa di Malaysia dll
KAWASAN DAGANGAN BEBAS
Di antara isu-isu yang mungkin berbangkit• Struktur dan tingkat pembangunan yang berbeza di
antara negara dengan yang lain.• Struktur ekonomi dan iklim yang hampir sama
mengakibatkan semua negara menghasilkan barangan yang sama. Di sebalik kerjasama, negara-negara ini mungkin menghadapi persaingan sesama mereka.
• Dasar perlindungan kepentingan nasional.
Beberapa cabaran pemajuan segitiga tempatan• Segitiga Membangun bagi Johor, Singapura dan Batam• Segitiga Utara yang melibatkan bahagian Utara Malaysia
dan Sumatera serta Selatan Thailand• Segitiga Dazao, Sandakan dan Manado
Matlamat asas EEC adalah untuk mewujudkan satu kesatuan ekonomi perdagangan dll urusniaga boleh dijalankan di antara satu negara dengan yang lain sebagai anggota EEC dengan bebas dan tanpa sekatan.
Matlamat penubuhan AFTA adalah lebih kurang sama dengan panubuhan EC, EEC, EFTA ataupun NAFTA iaitu :
• Menghapuskan tarif,kouta dan lain-lain sekatan dagangan.
• Mengenakan satu tarif negara bukan anggota yang seragam.
• Mobiliti modal, dburuh, dan syarikat yang bebas.• Pengwujudan polisi-polisi pengangkutan, pertanian,
pendidikan persaingan dan perilaku perniagaan bersama.
Dengan penghapusan cukai/tarif diantara negara-negara anggota adalah
• Diharap dapat memberi harga barangan tempatan yang lebih murah kepada rakyat.
• Persaingan yang sihat juga diharap dapat berlaku diantara pengeluar-pengeluar serantau yang mana dengan ini boleh membawa kepada penghasilan barangan yang lebih berkualiti.
Pasaran yang lebih besar, aliran modal juga akan meningkat dengan pesat memberikan ruang yang lebih untuk mewujudkan perusahaan-perusahaan di dalam bentuk bidang ekonomi yang lebih besar.
Kesan-kesan negatif mungkin berlak dengan pertubuhan
AFTA:
• Syarikat-syarikat kecil mungkin rugi.
• Dasar perlindungan untuk membaiki taraf sesuatu
industri tempatan terbantut.
• Persaingan sengit boleh menggugat persahatan.
• Menerima kesan negatif daripada bolk-blok lain yang
lebih kuat.
KAWASANPERTUMBUHAN MSC (RUJUKAN KEPADA CYBERJAYA)
Asal-usul MSC:
• Pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) tea
diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysua 2 tahun yang
lalu menampakkan realiti dengan tertubuhnya Cyberjaya.
• Kuala Lumpur City Centre (KLCC) – Kompleks Menara
Kembar Kuala Lumpur (KLIA) merupakan titik sempadan
kawasan MSC.
Cyberjaya
• sebuah bandaraya pintar pertama dibawah perancangan pembangunan MSC serta bakal menjadi nadi industri multimedia di negara ini bersama-sama Putrajaya.
• Dilancarkan 17 Mei 1997. Tun Seri Dr.Mahathir Mohamed menggunakan kad pintar untuk memulakan upacara pecah tanah (dengan menggunakan mesin yang berbentuk imoonrakeri ) bagi bandaraya tersebut.
• Kad pintar juga untk memulakan beberapa jentera penolak tanah yang meratakan tanah bagi keenam-enam syarikat terbabit ialah Nippon Telephone dan Telegraph (NTT) , Telekom Malaysia, TV3, Universiti Multimedia , Golden Hope Plantation dan MDC.
• Kerajaan merancang untuk menempatkan pelbagai kemudahan pejabat dan Zon Rumah Perniagaan (Business Friendly Zone ) yang cemerlang, Zon Aplikasi Perdana (Flagship Zone) ditubuhkan MSC untuk memberi inisiatif bagi pemangkin pembangunan bandaraya pintar.
• Menyediakan persekitaran kerja dan tempat tinggal yang paling
ideal untuk menaik nama-nama besar dalam industri multimedia
melabur di MSC.
• Cyberjaya mempunyai kemudahan dan infrastuktur yang selesa. Ia
juga merupakan pusat pelbagai kegiatan serta pusat
penyelidikandan pembangunan (R&D) dalam IT yang dikendalikan
oleh syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa , pusat
pemasaran dan pembangunan pasaran berorinterasikan teknologi,
sistem dan produk.
• Cyberjaya adalah pemangkin komuniti penyelidikan dinamik yang
boleh menggunakan unit persekitaran MSC untuk mengadakan
percubaan terhadap aplikasi multimedia dan IT baru.
• Setakat ini. 41 buah syarikat tempatan dan global telah diberikan
status syarikat MSC .