politik edit

Upload: azlinda-azhar

Post on 05-Apr-2018

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Politik Edit

    1/9

    P S S 3 1 0 6 P O L I T I K D A N K E R A J A A N P a r t i P o l i t i k B u m i p u t e r a d a n B u k a n B u m i p u t e r a

    Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

    Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah ditubuhkan pada 17 Oktober

    1945 di Ipoh, Perak. Penubuhan parti ini adalah sebagai satu usaha untuk mengisi

    kekosongan politik Melayu pada masa itu di samping menjadi satu badan gerakan

    politik radikal bagi orang Melayu dan Semenanjung. Matlamat utama parti ini ialah

    untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang

    bentuk penjajahan Inggeris.i Presiden pertama parti ini ialah Mokhtaruddin Lasso.

    Seterusnya ialah Dr. Burhanuddin Helmi dan Ishak Haji Muhammad sebagai

    presiden ketiga.

    Sebagai strategi mendapatkan kepimpinan masyarakat Melayu, PKMMmenyertai UMNO kemudian menarik diri secara rasmi kerana PKMM tidak berjaya

    mengubah pendirian UMNO menjadi sebuah parti radikal serta tidak bersetuju

    dengan penggunaan simbol keris untuk bendera UMNO. ii Selepas keluar dari

    UMNO, PKMM berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu

    gabungan parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung dengan All-Malaya

    Council of Joint Action (AMCJA) untuk menentang Perjanjian Persekutuan Tanah

    Melayu 1948. Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM telah diharamkan kerana

    menentang perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan merupakan kumpulan

    berfahaman kiri.iii

    Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

    Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ditubuhkan secara rasmi

    pada 11 Mei 1946 di Johor Bahru. iv Asas penubuhan UMNO adalah untuk berjuang

    mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat

    bangsa, agama dan negara. Parti ini juga memperjuangkan hak-hak istimewa orang

    Melayu dan Bumiputera. Perjuangan UMNO yang pertama ialah membangkang

    penubuhan Malayan Union. Pemimpin UMNO berjaya menasihatkan sultan-sultan

    Melayu supaya tidak menghadiri upacara perlantikan Gabenor Malayan Union, Sir

    Edward Gent dan secara simbolik memanifestasikan kemarahan dan bangkangan

    orang Melayu terhadap Malayan Union. Presiden UMNO sejak dari penubuhannya

    sehingga kini ialah Dato Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tunku Abdul Razak,

    Tun Hussein Onn, Tun dr. Mahathir, Tun Abdullah dan Dato Seri Najib.

  • 8/2/2019 Politik Edit

    2/9

    P S S 3 1 0 6 P O L I T I K D A N K E R A J A A N P a r t i P o l i t i k B u m i p u t e r a d a n B u k a n B u m i p u t e r a

    Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (AMCJA)

    Pada bulan September 1946, beberapa buah persatuan bukan Melayu telah

    menubuhkan Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (AMCJA) yang bertujuan

    menentang perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu serta mempunyai hasrat

    untuk menyatukan Singapura dengan Tanah Melayu dan menuntut

    kewarganegaraan yang sama.Pengerusinya ialah Tan Cheng Lock.v

    Kongres India Se-Malaysia (MIC)

    Kongres India Se-Malaysia (MIC) merupakan sebuah parti politik India yang

    ditubuhkan pada 5 Ogos 1946. MIC ditubuhkan untuk memberi tumpuan dan

    menjaga kebajikan masyarakat India yang datang berhijrah ke Tanah Melayu.

    Kemudian, MIC berusaha untuk memperbaiki taraf hidup masyarakat India dengan

    mengurangkan kadar kemiskinan, memberi peluang pekerjaan, bantuan perumahan,

    perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, hak milik saham serta latihan kemahiran.

    Pada tahun 1955, MIC menyertai Parti Perikatan untuk bertanding dalam pilihanraya

    umum dan merupakan parti komponen utama Barisan Nasional.vi Presiden parti ini

    sejak dari penubuhannya hingga kini ialah John A. Thivy, Budh Singh, K.

    Ramanathan, K. L. Devaser, Tun V. T. Sambanthan, Tan Sri Dato V.

    Manikavasagam, Datuk Seri S. Samy Vellu dan kini Datuk Palanivel Govindasamy.

    Angkatan Pemuda Insaf (API)

    Angkatan Pemuda Insaf (API) ditubuhkan pada 17 Februari 1946 di Ipoh,

    Perak oleh Ahmad Boestamam, Abdul Rahman dan Bakar Thareek. API merupakan

    sebuah badan politik kiri dan sosialis Melayu yang pada asalnya merupakan sayap

    kepada pemuda PKMM. Parti ini telah diharamkan oleh kerajaan British pada 17Julai 1947 kerana kekacauan yang dilancarkan oleh AMCJA-PUTERA serta

    kegiatan-kegiatan golongan kiri yang dipelopori oleh API.vii Kerajaan British juga

    mendakwa asas-asas perjuangan API membahayakan melalui buku Testament

    Politik API.Angkatan Wanita Sedar (AWAS)

    Angkatan Wanita Sedar (AWAS) merupakan sebuah organisasi yang

    ditubuhkan oleh Jabatan Wanita PKMM pada bulan Februari 1946. Parti ini

  • 8/2/2019 Politik Edit

    3/9

    P S S 3 1 0 6 P O L I T I K D A N K E R A J A A N P a r t i P o l i t i k B u m i p u t e r a d a n B u k a n B u m i p u t e r a

    merupakan parti berhaluan sosialis dan dipimpin oleh Shamsiah Fakeh. Pada tahun

    1948, kerajaan telah mengaharamkan parti ini.viii

    Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA)

    Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA) merupakan pertubuhan politik kiri

    yang ditubuhkan pada 29 September 1947. Pertubuhan ini adalah lanjutan daripada

    API selepas diharamkan oleh British yang diketuai oleh Wahi Annuar. Namun, pada

    tahun 1948, pertubuhan ini diharamkan oleh kerajaan.ix

    Hizbul Muslimin

    Hizbul Muslimin merupakan parti Islam pertama di Tanah Melayu yang

    ditubuhkan pada 14 Mac 1948 untuk memperjuangkan kemerdekaan dari

    penjajahan British dan menerima pengaruh secara langsung daripada Ikhwan

    Muslimin di Mesir yang dipimpin oleh Asy-Syahid Hasan Al-Banna. Parti ini dipimpin

    oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan telah diharamkan oleh kerajaan British menerusi

    Ordinan Darurat 1948 kerana dianggap menjalin hubungan dengan PKM.x

    Persatuan Cina Malaya (MCA)

    Persatuan Cina Malaya (MCA) ditubuhkan pada 27 Februari 1949 sebagai

    organisasi kebajikan untuk menjaga kepentingan orang-orang Cina termasuk taraf

    kewarganegaraan mereka. Penubuhan MCA juga adalah untuk mendapatkan

    kerjasama dalam menentang keganasan komunis di Tanah Melayu.xi Presiden MCA

    pertama hingga kini bermula dengan Tun Tan Cheng Lock, Tun Dr. Lim Chong Eu,

    Dr. Cheah Toon Lok, Tun Tan Siew Sin, Tan Sri Lee San Choon, Datuk Dr. Neo Yee

    Pan, Tan Koon Swan, Dr. Ling Liong Sik, Tan Sri Ong Ka Ting, Dato Sri Ong Tee

    Keat dan Dato Seri Dr. Chua Soi Lek.

    Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)

    Parti ini ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar pada 16 Septembe r 1951 yang

    bertujuan untuk mengelakkan perkauman, menuntut kemerdekaan, taraf

    kewarganegaraan yang sama, rancangan kebajikan untuk rakyat dan mengubah

    sistem feudalisme di Malaya. Pada tahun 1953, parti ini dibubarkan kerana tidak

    mendapat sambutan.xii

  • 8/2/2019 Politik Edit

    4/9

    P S S 3 1 0 6 P O L I T I K D A N K E R A J A A N P a r t i P o l i t i k B u m i p u t e r a d a n B u k a n B u m i p u t e r a

    Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

    Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan parti politik Melayu yang

    berteraskan Islam yang ditubuhkan pada 24 November 1951 selepas Hizbul

    Muslimin diharamkan pada tahun 1948.xiii Presiden PAS bermula dengan Hj Ahmad

    Hassan, Dr. Hj Abbas Hj Ilias, Dr. Burhanuddin al-Hilmi, Tan Sri Mohd Asri Haji

    Muda, Tuan Guru Haji Yusuf Rawa, Dato Haji Fadzil Mohd Noor dan sehingga kini

    Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Haji Awang.

    Parti Progresif Penduduk (PPP)

    Parti ini ditubuhkan pada tahun 1953 oleh adik-beradik Seenivasagam.xiv

    Pada tahun 1973, PPP menjadi salah satu ahli pengasas Barisan Nasional apabila

    ia dibawa masuk ke dalam parti campuran untuk mengekalkan undi orang India dan

    orang Cina, khususnya selepas berlaku rusuhan kaum 1969. Namun, penyertaannya

    dalam parti campuran mengakibatkan kemusnahannya ketika PPP kalah hampir

    semua kerusi yang ditandingnya di bawah tiket Barisan Nasional dalam Pilihan Raya

    Umum 1974 yang disebabkan oleh sikap anti pihak berkuasa yang diamalkan pada

    masa itu. Dalam Pilihan Raya Umum 2008, PPP telah ditumbangkan tanpa

    sebarang kerusi yang dimenangi. Presiden-presiden PPP adalah bermula dengan D.

    R. Seenivasagam, Dato Seri S P Seenivasagam, Khong Kok Yet, S I Rajah, Dato

    Paramjit Singh, Tee Ah Chuan, Dato Mak Hon Kam dan akhir sekali M. Kayveas.

    Parti Negara

    Parti Negara ditubuhkan pada bulan Februari 1954 oleh Dato Onn Jaafar.

    Parti ini mengutamakan kepentingan orang Melayu dan berjuang untuk

    mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu dalam tempoh lima tahun sertamemperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.xv Keanggotaan parti

    ini terbuka kepada semua kaum tetapi pada dasarnya parti ini akan dikuasai oleh

    orang-orang Melayu.

    Parti Rakyat Malaysia

    Parti ini telah diasaskan oleh aktivis berhaluan kiri dan pejuang-pejuang

    kemerdekaan lain pada 11 November 1955. Parti ini diinspirasikan menerusi

    perjuangan kemerdekaan di Indonesia yang diketuai oleh Sukarno dan telah

  • 8/2/2019 Politik Edit

    5/9

    P S S 3 1 0 6 P O L I T I K D A N K E R A J A A N P a r t i P o l i t i k B u m i p u t e r a d a n B u k a n B u m i p u t e r a

    mendesak untuk mendapatkan kemerdekaan sepenuhnya daripada penjajahan

    British.xvi Presidennya ialah Ahmad Boestamam, Kassim Ahmad, Kampo Radjo,

    Syed Husin Ali, Hassan Abdul Karim, Ariffin Salimon dan Dr. Rohana Ariffin.

    Malaysian Ceylonese Congress (MCC)

    Malaysian Ceylonese Congress (MCC) adalah parti politik yang ditubuhkan

    pada tahun 1958 untuk menjaga kepentingan dan kebajikan kaum minoriti India

    berketurunan Sri Lanka atau Ceylon di Malaysia. Presiden MCC ialah Mr. M. W.

    Navaratnam, diikuti Senator Tan Sri Datuk Dr. C. Sinnadurai, Tan Sri Dato Seri V.

    Jayaratnam, Dato Dr. D. M. Thuraiappah, Dato Dr. N. Arumugasamy, Dato Dr. D.

    M. Thuraiappah dan hingga kini disandang oleh Datuk Dr. NKS Tharmaseelan.xvii

    Parti Demokratik Bersatu (UDP)

    Parti Demokratik Bersatu (UDP) ditubuhkan pada tahun 1962 oleh Tun Dr.

    Lim Chong Eu, mantan Presiden MCA selepas beliau meletak jawatan dan

    meninggalkan MCA pada Disember 1960. UDP telah menyertai Majlis Solidariti

    Malaysia atau juga dikenali sebagai Konvensyen Solidariti Malaysia yang diasaskan

    pada 6 Jun 1965 untuk memperjuangkan prinsip Malaysian Malaysia yang

    merupakan satu gabungan parti-parti politik pembangkang pelbagai kaum yang

    ditaja oleh Lee Kuan Yew yang mendokong hak dan layanan yang sama rata dan

    saksama bagi semua kaum di Malaysia. Pada tahun 1967, Tun Dr. Lim

    kemudiannya membubarkan UDP untuk mengasaskan Parti Gerakan Rakyat

    Malaysia (GERAKAN) pada 24 Mac 1968 bersama-sama dengan beberapa aktivis

    kesatuan sekerja Tan Chee Khoon dan profesor universiti Syed Hussin Al-Attas dan

    Wang Gungwu.xviii

    Parti Tindakan Demoratik (DAP)

    Parti Tindakan Demokratik (DAP) ialah sebuah parti politik Malaysia yang

    berbentuk pelbagai kaum, sekular dan sosialisme demokratik. Parti ini ditubuhkan

    pada 18 Mac 1966. DAP terkenal dengan konsep Malaysian Malaysia yang s angat

    komited kepada perjuangan untuk sebuah Malaysian Malaysia yang bebas, berunsur

    sosialisme demokratik, berdasarkan prinsip-prinsip hak asasi manusia,

    kesamarataan, keadilan sosial dan ekonomi serta berasaskan institusi demokrasi

  • 8/2/2019 Politik Edit

    6/9

    P S S 3 1 0 6 P O L I T I K D A N K E R A J A A N P a r t i P o l i t i k B u m i p u t e r a d a n B u k a n B u m i p u t e r a

    berparlimen. DAP merupakan salah satu parti pembangkang utama di Malaysia

    selain parti PKR dan PAS dan ketiga-tiga parti ini mewakili Pakatan Rakyat.

    Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN)

    Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) diasaskan pada 24 Mac 1968

    oleh mantan Presiden MCA kedua, Tun Dr. Lim Chong Eu. November 2006,

    presiden parti Barisan Nasional dan PPP mengusulkan penggabungan antara

    GERAKAN dan PPP. 80% ahli GERAKAN ialah Cina, 15% yang lain ialah India,

    Melayu dan lain-lain. Parti ini telah mencatat rekod pilihan raya terburuk semasa

    berlangsung Pilihan Raya Umum 2008 dan presidennya, Tan Si Dr. Koh Tsu Koon

    menawarkan diri untuk meletak jawatan.xix

    Parti Marhaen Malaysia

    Ditubuhkan pada tahun 1968 oleh Ahmad Boestamam dan aktivis-aktivis

    sosial lain termasuk Ishak Haji Muhammad. Parti ini menggunakan falsafah

    perjuangan Marhean yang bermaksud golongan petani dan kelas pekerja berpegang

    kepada idoelogi sosialis yang bertujuan menghapuskan kesan pengaruh penjajah

    dan berjuang ke arah masyarakat yang bersifat nasionalisme serta keadilan sosial.xx

    Parti ini cuba untuk menghidupkan kembali kejayaan lepas Barisan Sosialis dalam

    Pilihan Raya Umum 1974 tetapi gagal dan terus terkubur.

    Parti Demokratik India Malaysia (DMIP)

    Parti ini adalah sebuah parti serpihan MIC yang diasaskan pada 19 Oktober

    1985 untuk mewakili kaum India oleh Datuk V. Govindaraj, bekas Naib Presiden

    MIC. Kegagalan perjuangan DMIP selama lebih sepuluh tahun akhirnya memasuki

    Barisan Nasional dan menyebabkan ianya dibubar setelah pengasas dan

    presidennya kembali ke MIC dan dilantik semula sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat

    (CWC) MIC pada tahun 1997.xxi

    Kongres Penyatuan Masyarakat (CCC)

    Kongres Penyatuan Masyarakat (CCC) ditubuhkan pada tahun 1988 oleh

    PAS pada Pilihan Raya Umum 1986 bagi memberi ruang kepada penyokong

    masyarakat Cina, tetapi menghadapi kesulitan kerana menerima tentangan dalaman

  • 8/2/2019 Politik Edit

    7/9

    P S S 3 1 0 6 P O L I T I K D A N K E R A J A A N P a r t i P o l i t i k B u m i p u t e r a d a n B u k a n B u m i p u t e r a

    parti berlandaskan Islam dan keengganan untuk membenarkan penyokong CCC

    diterima mendaftar secara rasmi sebagai ahli parti dan untuk bertanding di atas tiket

    PAS dalam pilihan raya. Walau bagaimanapun, CCC tidak pernah bertanding

    dalamm pilihan raya sehingga kini dan menjadi parti pasif dengan penubuhan KelabPenyokong PAS (KPP) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum 2009 yang akhirnya

    dinaiktaraf menjadi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sebagai sayap baru

    PAS pada 23 Mei 2010.xxii

    Parti Melayu Semangat 46 (S46)

    Parti ini ditubuhkan pada tahun 1988 selepas kekalahan Tengku Razaleigh

    Hamzah menentang Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Presiden UMNO.

    Tengku Razaleigh menubuhkan S46 bersama dengan Dato Seri Utama Rais Yatim.

    Maksud Semangat 46 ialah meneruskan semangat penubuhan UMNO yang ada

    pada tahun 1946. S46 dibubarkan pada bulan Mei 1996 dan Tengku Razaleigh dan

    Dato Seri Utama Rais Yatim menyertai UMNO.xxiii

    Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF)

    Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) diasaskan pada tahun 1990 oleh

    Tan Sri M. G Pandithan, bekas Naib Presiden MIC. IPF menyokong dan menyertai

    pakatan pembangkang Gagasan Rakyat yang diterajui oleh Tengku Razaleigh

    Hamzah. Walau bagaimanapun, setelah Tengku Razaleigh kembali ke pangkuan

    UMNO pada tahun 1996, IPF telah beralih menyokokng Barisan Nasional dan telah

    beberapa kali gagal memohon menyertai gabungan itu sehingga kini.

    Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA)

    Dahulunya dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) yang

    pada mulanya ditubuhkan sebagai parti serpihan PAS pada tahun 1995. Pada 15

    Disember 2010, Datuk Seri Zaid Ibrahim dilantik sebagai presiden baru parti ini dan

    turut berlaku perubahan perlembagaan baru dan nama baru parti menjadi KITA dan

    dilancarkan secara rasmi pada 19 Januari 2011 di Kuala Lumpur. Presidennya pada

    tahun 1995 ialah Musa Salih, diikuti Mohd Din Nizam Din, Mohammad Yusoff, Hanafi

    Mamat, Zakaria Salleh dan bermula 2010 hingga kini, Zaid Ibrahim.xxiv

    Parti Keadilan Rakyat (PKR)

  • 8/2/2019 Politik Edit

    8/9

    P S S 3 1 0 6 P O L I T I K D A N K E R A J A A N P a r t i P o l i t i k B u m i p u t e r a d a n B u k a n B u m i p u t e r a

    Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditubuhkan pada 3 Ogos 2003 di Kuala Lumpur.

    Pada waktu itu, Pendaftar Penubuhan enggan meluluskan pendaftaran parti ini.

    Tetapi selepas Pilihan Raya Umum, akhirnya parti ini diluluskan penubuhannya.

    PKR mendapat suntikan baru selepas pembebasan Penasihat Parti, Datuk SeriAnwar Ibrahim yang didapati tidak bersalah daripada tuduhan jenayah pada 2

    September 2004, selepas enam tahun di dalam penjara.xxv

    iRoslan Saadon, Gagasan Nasionalisme Melayu Raya Pertumbuhan dan Perkembangan, 2009, hlm. 183.

    iiRamlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, 2004, hlm. 93.

    iiiRoslan Saadon, Gagasan Nasionalisme Melayu Raya Pertumbuhan dan Perkembangan , 2009, hlm. 183.

    ivGhazi Ramli dan Aidit Ghazali, Pemimpin Politik Berwibawa Pada Alaf Baru: Cabaran & Panduan, 2001, hlm.

    20.

    vR.S Milne dan Diane K. Mauzy, Politik dan Kerajaan di Malaysia, 1982, hlm. 164.

    viMohd. Thajuddin Abd. Muthaliff, Pengajian Am Kenegaraan Malaysia, 2003, hlm. 15.

    viihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Angkatan_Pemuda_Insaf.Diakses pada 29 Februari 2012.

    viiihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Angkatan_Wanita_Sedar. Diakses pada 29 Februari 2012.

    ixhttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pemuda&d=8. Diakses pada 29 Februari 2012.

    xMohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), 2002, hlm. 338

    xiMohd. Thajuddin Abd. Muthaliff, Pengajian Am Kenegaraan Malaysia, 2003, hlm. 15.

    xiiMohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), 2002, hlm. 335

    xiiiibid, hlm. 339

    xiv ibid, hlm. 340

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Angkatan_Pemuda_Insafhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Angkatan_Pemuda_Insafhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Angkatan_Pemuda_Insafhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Angkatan_Pemuda_Insafhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Angkatan_Wanita_Sedarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Angkatan_Wanita_Sedarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Angkatan_Wanita_Sedarhttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pemuda&d=8http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pemuda&d=8http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pemuda&d=8http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pemuda&d=8http://ms.wikipedia.org/wiki/Angkatan_Wanita_Sedarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Angkatan_Pemuda_Insaf
  • 8/2/2019 Politik Edit

    9/9

    P S S 3 1 0 6 P O L I T I K D A N K E R A J A A N P a r t i P o l i t i k B u m i p u t e r a d a n B u k a n B u m i p u t e r a

    xvibid, hlm. 336

    xvihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Rakyat_Malaysia.Diakses pada 1 Mac 2012.

    xvii

    http://ms.wikipedia.7val.com/wiki/Kongres_Ceylonese_Malaysia. Diakses pada 1 Mac 2012.

    xviiihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Demokratik_Bersatu. Diakses pada 2 Mac 2012.

    xixhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Gerakan_Rakyat_Malaysia.Diakses pada 3 Mac 2012.

    xxhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Marhaen.Diakses pada 3 Mac 2012.

    xxihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Demokratik_India_Malaysia. Diakses pada 3 Mac 2012.

    xxiihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kongres_Penyatuan_Masyarakat.Diakses pada 3 Mac 2012.

    xxiiihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Melayu_Semangat_46. Diakses pada 3 Mac 2012.

    xxivhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Kesejahteraan_Insan_Tanah_Air.Diakses pada 3 Mac 2012.

    xxvhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Keadilan_Rakyat. Diakses pada 3 Mac 2012.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Rakyat_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Rakyat_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Rakyat_Malaysiahttp://ms.wikipedia.7val.com/wiki/Kongres_Ceylonese_Malaysiahttp://ms.wikipedia.7val.com/wiki/Kongres_Ceylonese_Malaysiahttp://ms.wikipedia.7val.com/wiki/Kongres_Ceylonese_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Demokratik_Bersatuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Demokratik_Bersatuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Demokratik_Bersatuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Gerakan_Rakyat_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Gerakan_Rakyat_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Marhaenhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Marhaenhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Demokratik_India_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Demokratik_India_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kongres_Penyatuan_Masyarakathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kongres_Penyatuan_Masyarakathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Melayu_Semangat_46http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Melayu_Semangat_46http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Melayu_Semangat_46http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Kesejahteraan_Insan_Tanah_Airhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Kesejahteraan_Insan_Tanah_Airhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Keadilan_Rakyathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Keadilan_Rakyathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Keadilan_Rakyathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Kesejahteraan_Insan_Tanah_Airhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Melayu_Semangat_46http://ms.wikipedia.org/wiki/Kongres_Penyatuan_Masyarakathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Demokratik_India_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Marhaenhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Gerakan_Rakyat_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Demokratik_Bersatuhttp://ms.wikipedia.7val.com/wiki/Kongres_Ceylonese_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Rakyat_Malaysia