edit numbergambar

98
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sintaksis ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum- hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Ringkasnya, bidang sintaksis membincangkan tentang hal berkaitan ayat. Sebelum itu, perlu kita fahami tentang konsep ayat terlebih dahulu. Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Unit-unit asas yang membentuk ayat ini terdiri daripada unsur kata, subjek (pelaku) dan predikat (perkara yang dilakukan). Pada umumnya, ayat terdiri daripada perkataan- perkataan yang disusun dalam kelompok yang tertentu. Kelompok perkataan yang disusun dengan lengkap mempunyai makna dan mengandungi sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat. 1

Upload: prime-mdsbr

Post on 15-Dec-2015

265 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

number

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sintaksis ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau

konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga

hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Ringkasnya,

bidang sintaksis membincangkan tentang hal berkaitan ayat. Sebelum itu, perlu kita

fahami tentang konsep ayat terlebih dahulu. Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur

ayat iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Unit-unit asas yang membentuk ayat ini terdiri

daripada unsur kata, subjek (pelaku) dan predikat (perkara yang dilakukan). Pada

umumnya, ayat terdiri daripada perkataan-perkataan yang disusun dalam kelompok yang

tertentu. Kelompok perkataan yang disusun dengan lengkap mempunyai makna dan

mengandungi sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat.

Di sekolah, sintaksis merupakan bidang yang seharusnya mampu dikuasai oleh

murid-murid. Namun menjadi kebimbangan apabila masih terdapat segelintir murid-murid

yang masih tidak dapat menguasai membina ayat dengan baik dan tersusun. Kenyataan ini

disokong oleh Abdul Aziz Abdul (1993), di peringkat pengajian tinggi, kemahiran menulis

menjadi amat penting kerana para pelajar perlu menyediakan tugasan dalam bentuk esei,

laporan atau tesis. Penulisan karangan merupakan bahagian yang penting di peringkat

rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi. Kegagalan pelajar menghasilkan karangan

yang bermutu, sudah pasti akan menjejaskan prestasi mereka dalam penguasaan

1

kemahiran penulisan bahasa Melayu. Oleh itu, sudah pastilah bidang sintaksis perlu

dikuasai oleh murid-murid pada peringkat rendah lagi.

Penguasaan terhadap sintaksis ini adalah penting memandangkan ayat merupakan

satu unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa yang

mempunyai makna yang lengkap. Tambahan pula, penguasaan ilmu ini membolehkan

individu menguasai bidang sintaksis seterusnya memajukan diri dalam bidang pekerjaan

profesional. Maka dengan ini, semua murid perlu menguasai kemahiran menulis. Tanpa

pengetahuan tentang sintaksis, sukar untuk menghuraikan bahasa dengan mendalam dan

terperinci, malah kebanyakan permasalahan bahasa yang berlaku dalam kalangan

masyarakat, terutamanya warga pendidik dan pelajar berkaitan dengan hal morfologi dan

sintaksis.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Saya merupakan guru bahasa Melayu di SK Parit Latiff, Muar, Johor. Sekolah ini

terletak di kawasan luar bandar. Kebanyakan murid-murid di sekolah ini terdiri daripada

ibu bapa yang bekerja sebagai pekebun di sekitar kawasan kampung ini. Penggunaan dialek

murid-murid di sini kebanyakan menggunakan bahasa Jawa di rumah. Saya telah mengajar

murid-murid Tahun 5A di sekolah ini. Tahun 5A terdiri daripada 27 orang murid, sudah

tentunya murid-murid ini terdiri daripada pelbagai tahap pencapaian yang boleh saya

kategorikan sebagai cemerlang, sederhana dan lemah. Kelas Tahun 5A merupakan kelas

yang baik dan murid-muridnya berpotensi untuk mendapat gred A dalam mata pelajaran

bahasa Melayu. Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas, saya

dapati terdapat segelintir murid yang sukar untuk membina ayat yang gramatis berdasarkan

gambar dalam penulisan Bahagian A. Sebagai tanggapan awal, saya beranggapan bahawa

2

murid-murid dalam kumpulan A tidak mempunyai masalah dalam membina ayat dengan

lengkap. Namun demikian, jangkaan saya meleset apabila terdapat segelintir murid masih

tidak dapat membina ayat dengan lengkap dan gramatis.

Hasil pemerhatian saya, terdapat banyak kesalahan yang dilakukan oleh murid

apabila menyiapkan latihan membina ayat dan semasa menjawab soalan ujian bahasa

Melayu Bahagian A. Murid tidak dapat mengembangkan idea serta tidak memahami

teknik-teknik bagi menjawab soalan yang dikemukakan dengan bernas dan tepat. Namun,

hal yang lebih mengecewakan saya, apabila murid-murid tetap melakukan kesilapan yang

sama semasa melakukan pembetulan. Hal ini menunjukkan bahawa mereka benar-benar

mempunyai masalah dalam menguasai membina ayat yang gramatis.

Saya juga mendapati murid-murid yang bermasalah dalam membina ayat yang

diajar merupakan murid yang agak pendiam, mudah berkhayal dan tidak memberi tumpuan

sepenuhnya di dalam kelas. Punca kelemahan subjek kajian ini juga disebabkan kefahaman

yang kurang tentang teknik dalam membina ayat majmuk. Hal ini kerana mungkin cara

pemikiran mahupun latar belakang seseorang murid itu yang menghalangnya daripada

kekal fokus sewaktu menyelesaikan permasalahan di dalam bilik darjah. Bukan itu sahaja,

kelemahan subjek kajian ini juga berpunca daripada saya yang kurang peka terhadap

penguasaan membina ayat secara gramatis dalam kalangan murid. Bahkan, subjek kajian

juga didapati tidak menunjukkan minat terhadap mata pelajaran ini. Cabaran kajian ini

bukan sahaja tertumpu kepada penyediaan penambahbaikan kaedah baharu dalam mengajar

cara membina ayat secara gramatis bahkan perlu mengambil kira tahap pemikiran serta

penelitian masalah yang dialami subjek kajian supaya kaedah yang ingin diketengahkan

dapat diterima. Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan menjerumuskan murid yang

tidak mampu membina ayat secara gramatis dan menyebabkan keputusan mereka dalam

3

mata pelajaran bahasa Melayu tidak mencapai tahap kecemerlangan. Hal ini akan

menyebabkan markah murid berkurangan sedangkan mereka merupakan murid-murid yang

berpotensi untuk cemerlang dalam mata pelajaran ini. Walaupun, hanya satu topik kecil,

namun kesan tidak menguasai membina ayat secara gramatis ini sangat besar kerana ia

akan diaplikasikan dalam penulisan karangan Bahagian B yang lain.

Menurut Nik Safiah (1980) yang mengatakan kesalahan bahasa ditarifkan sebagai

penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah

dipersetujui  sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat.

Menurut Corder (1981) pula, kesilapan atau kesalahan bahasa ialah suatu bentuk

penggunaan bahasa yang menyimpang  daripada sistem bahasa yang diterima oleh penutur

jati dan kesilapan itu meliputi aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan

perkataan, istilah dan sebagainya. Kenyataan ini ditegaskan lagi oleh Juriah dan kawan-

kawan (1994), kesilapan bahasa adalah sesuatu bentuk penggunaan bahasa yang

menyimpang daripada sistem bahasa yang diterima sebagai baku oleh penutur jati yang

terpelajar dan kesilapan itu meliputi semua aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan,

penggunaan perkataan danistilah.

Melihat kepada keadaan subjek kajian di dalam kelas saya ini, saya harus

melaksanakan penambahbaikan dalam pendekatan pengajaran mahupun kaedah yang saya

gunakan agar masalah dalam membina ayat majmuk ini dapat diatasi. Setelah menyedari

masalah ini, maka tercetuslah kaedah baru bagi membantu subjek kajian meningkatkan

kemahiran dalam membina ayat berdasarkan gambar secara gramatis iaitu teknik 3P.

Kaedah ini memerlukan kefahaman dan ingatan yang kuat untuk memudahkan subjek

kajian membina ayat dengan mudah.

4

1.3 Refleksi Sorotan Literatur

Kemahiran menulis adalah satu yang penting yang perlu dikuasai murid-murid

bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga dalam mata-mata pelajaran yang lain.

Ini kerana bahasa menjadi media untuk melahirkan buah fikiran. Menulis dalam apa jua

bentuk sekalipun dianggap mustahak. (Kamarudin Hj Husin dan Siti Hajar Hj Abdul Aziz,

1997).

Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid, saya telah merujuk beberapa

kajian yang lepas yang berkaitan dengan kemahiran membina ayat yang gramatis. Salah

satu daripadanya ialah kajian yang telah dijalankan oleh Abd Rahman Haron (2012). Beliau

telah menggunakan rumus ‘SALAK’ dalam meningkatkan kemahiran membina ayat dalam

penulisan bahagian A. Berdasarkan kajian beliau, murid telah diberi latihan membina ayat

secara berulang kali menggunakan rumus ‘SALAK’. Hasil kajian menunjukkan berlaku

peningkatan dan memberi kesan positif dalam pembelajaran murid. Ini telah membuktikan

bahawa kepentingan penggunakan rumus dalam sesuatu pembelajaran bahasa.

Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Wan Nurulhawani dan Mohd Asri (2013)

turut menjadi rujukan saya dalam kajian ini. Beliau telah menggunakan kata kunci

SiBuDAM dalam membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar. Beliau telah

menggunakan kata kunci ini untuk memastikan murid dapat membina ayat dengan baik

dan tersusun. Hasil kajian ini telah menunjukkan prestasi murid meningkat setelah teknik

SiBuDam diperkenalkan.

Seterusnya, saya juga telah merujuk kajian yang dilakukan oleh Fuziah binti Ismail

(2011) dalam kajian ini. Beliau telah menggunakan kaedah pelan maklumat dan kata tanya

5

dalam membina ayat yang gramatis. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah untuk

melatih murid-murid menulis ayat yang gramatis berdasarkan bahan grafik. Kajian ini juga

menunjukkan bahawa ada perubahan yang positif dan peningkatan markah dalam ujian

murid-murid.

Begitu juga kajian yang dilakukan oleh Mohd Safuan (2012) turut menjadi rujukan

saya dalam kajian ini. Beliau mengaplikasikan kaedah S.K.A.B dalam meningkatkan

kemahiran murid membina ayat berdasarkan gambar. Kaedah ini disarankan untuk diguna

pakai kerana ia dapat melatih murid membina ayat yang gramatis dan menepati maklumat

dalam gambar. Hasil kajian, beliau mendapati murid menunjukkan peningkatan dan

kemahiran dalam membina ayat berdasarkan gambar.

Akhir sekali, kajian yang dilakukan oleh Zahratulnadirah (2012) juga telah menjadi

rujukan saya dalam kajian ini. Beliau telah menggunakan rumus WAT dalam membantu

murid membina ayat tunggal Bahasa Melayu. Beliau menyarankan agar latihan diberikan

berdasarkan kaedah ansur maju. Kajian beliau menunjukkan peningkatan yang amat

memberangsangkan dalam membina ayat tunggal.

Pakar bahasa dan ahli pendidik mengakui bahawa kemahiran menulis merupakan

kemahiran yang paling sukar diajarkan dan dikuasai oleh seseorang murid (Mahzan 2008).

Dalam aspek pengajaran, kemahiran menulis perlu diberi penekanan yang sewajarnya di

sekolah untuk melahirkan murid-murid yang berkemampuan dalam menyampaikan fikiran

dan dapat berkomunikasi dengan berkesan dalam masyarakat. Kelemahan pencapaian

murid di sekolah rendah dan menengah dalam kemahiran penulisan karangan banyak

dilaporkan dalam dapatan para pengkaji bahasa dan keputusan peperiksaan awam di negara

ini (Awang 2001).

6

Menurut Abdul Jalil (2001), kelemahan dalam penulisan murid khususnya pada

peringkat menengah rendah menyebabkan mereka tidak berupaya menghasilkan

karangan yang berkesan, dan tidak menarik untuk dibaca. Kelemahan ini termasuklah

penyusunan idea melalui pertautan kata dan maklumat yang longgar. Ini akan memberi

kesan terhadap pencapaian penulisan karangan mereka semasa menghadapi peperiksaan.

Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KPM

2003), bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi

pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan. Pelbagai usaha telah dan akan

dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Jabatan Pelajaran Negeri dengan

Pejabat Pelajaran Daerah bagi merangka program kecemerlangan murid contohnya Kelas

Intervensi Awalan Membaca dan Menulis (KIA2M), Program Literasi dan Numerasi

(LINUS), dan Program Bimbingan Membaca dan Menulis (PROTIM). Melalui program-

program yang dirancang diharapkan dapat membantu serta memenuhi keperluan murid-

murid dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis.Menulis melibatkan murid-

murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam

bentuk wacana yang lengkap.

Kesimpulannya, berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan dan pelbagai

pandangan dalam pengajaran membina ayat, dapatlah saya rumuskan bahawa dalam

mengajar murid membina ayat yang gramatis pelbagai kaedah dan teknik boleh

dilaksanakan oleh guru bagi meningkatkan kemahiran murid dalam membina ayat yang

gramatis. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada

pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat menggalakkan

murid-murid untuk berfikir dan meningkatkan kefahaman murid.

7

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

2.1 Tinjauan Masalah

Setelah saya menjalankan pemeriksaan latihan membina ayat berdasarkan gambar

yang diberikan, saya mendapati bahawa subjek kajian memerlukan bimbingan dalam

kemahiran membina ayat terutama sekali kemahiran untuk mengembangkan ayat yang

dibina supaya dapat menghasilkan ayat majmuk yang gramatis terdiri daripada subjek dan

predikat serta penggunaan kata hubung yang sesuai. Beberapa orang murid didapati kerap

kali membina ayat yang tidak lengkap dan tidak menepati struktur ayat. Aspek kemahiran

membina ayat ini amat penting bagi subjek kajian pada peringkat awal sebelum mereka

melangkah ke sekolah menengah.

Sebagai langkah awal untuk mengatasi masalah ini, saya telah melakukan

perubahan dari segi kaedah pelaksanaan dan pembelajaran iaitu menggunakan sumber dan

aktiviti yang sesuai mengikut minat dan tahap subjek kajian. Pernyataan ini disokong oleh,

Charles dan Gail dalam buku penulisan mereka yang bertajuk Elementary Classroom

Management. Menurut Charles dan Gail (2008), pembelajaran yang menarik dan seronok

hanya akan berlaku apabila isi pengajaran dan pembelajaran selaras dengan minat dan

keupayaan murid. “Teachers know that learning is both exiting and fun when it matches

the interest and abilities of their students.” (Charles dan Gail, 2008)

8

Saya telah melibatkan subjek kajian secara aktif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dengan meminta mereka untuk membina ayat berdasarkan gambar di papan

tulis. Selepas mereka membina ayat tersebut saya akan membincangkan ayat yang dibina

oleh mereka sama ada ayat yang dibina itu lengkap atau pun tidak. Dalam situasi ini, saya

juga melakukan pembetulan ayat yang dibina sekiranya perlu. Hal ini bertujuan untuk

memberi peluang kepada subjek kajian melihat kesilapan yang mereka lakukan dan

pembetulan secara langsung.

Setelah menggunakan cara ini beberapa kali, subjek kajian masih tidak boleh

menguasai kemahiran membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar dengan baik.

Subjek kajian masih lagi tidak dapat membina ayat dengan lengkap. Malahan, ayat yang

dibina itu tidak menepati grafik.

Rentetan daripada masalah ini, saya berpendapat bahawa enam orang subjek kajian

ini perlu dibimbing dalam kemahiran membina ayat dengan memperluas ayat atau rangkai

kata merujuk kepada sesuatu teknik yang sesuai. Subjek kajian perlu didedahkan

menggunakan teknik yang tertentu yang mudah untuk mereka fahami. Saya berpendapat

juga bahawa teknik yang digunakan perlulah konkrit iaitu subjek kajian boleh membina

pengalaman melaluinya dan ia mudah untuk difahami.

Lanjutan daripada kenyataan di atas, saya mengandaikan bahawa penerangan yang

disertai dengan persembahan visual lebih mudah untuk difahami berbanding dengan

penerangan sahaja ataupun visual sahaja. Kenyataan ini disokong oeh Glenberg dan

Langston (1992), dalam jurnal yang bertajuk Memory and Language di mana beliau

menyatakan bahawa imej boleh membantu individu untuk memahami dan mengingat teks.

9

Oleh demikian, kenyataan Glenberg Lan Langston (1992) ini memerlukan saya

merancang satu cara yang mudah tetapi berkesan untuk membina kefahaman subjek kajian

dalam membina ayat yang gramatis.

Kebolehtadbiran kajian ini adalah tinggi. Hal ini disebabkan sekolah yang dikaji

merupakan sebuah sekolah luar bandar yang dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur

yang baik. Maka saya tidak mempunyai masalah untuk memilih lokasi bagi menjalankan

kajian. Saya akan menggunakan Bilik Kendiri Bahasa Melayu pada waktu rehat bagi

menjalankan kajian ini di mana bilik ini amat kondusif dan jauh daripada gangguan murid-

murid lain.

Pada masa yang sama, penilaian boleh ditadbir untuk melihat keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kaedah yang digunakan dalam setiap aktiviti

yang dijalankan. Saya menjalankan ujian pra dan ujian pasca serta memberi lembaran

kerja untuk mengukuhkan lagi pemahaman subjek kajian.

Kajian ini melibatkan penggunaan teknik untuk digunakan bagi membina ayat

majmuk yang gramatis berdasarkan gambar. Teknik 3P ini juga boleh diaplikasikan dan

digunakan untuk membina ayat dalam penulisan karangan yang lain supaya ayat yang

dibina itu lengkap dan menggunakan struktur ayat yang betul iaitu mengandungi subjek

dan predikat.

Kajian ini telah dijalankan dalam keadaan terkawal. Seramai enam orang subjek

kajian dipilih untuk menjalani kajian ini. Mereka terdiri daripada murid Tahun 5A. Kajian

ini hanya berfokus kepada cara membina ayat majmuk yang gramatis berdasarkan gambar.

10

Kajian ini juga dijalankan tanpa mengganggu guru-guru dan murid lain. Kajian ini juga

elah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak sekolah semasa pelaksanaan kajian ini.

Guru Besar, guru-guru dan kakitangan sekolah memberikan ruang dan masa yang

mencukupi untuk menjalankan kajian ini.

Pemilihan tajuk kajian ini, saya telah berkolaborasi bersama pensyarah penyelia

berkaitan meningkatkan kemahiran membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar.

Hasil perbincangan bersama penyelia, beliau menyatakan bahawa kajian ini boleh

diteruskan. Kolaborasi ini sangat penting bagi mendapatkan pandangan terutamanya

daripada penyelia. Selain itu, saya dapat menggalakkan kolaborasi yang positif dengan

subjek kajian untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang intervensi ini

dijalankan.

Kajian ini sangat penting dalam membantu subjek kajian untuk meningkatkan

kefahaman dan mereka dalam membina ayat majmuk. Selain itu, kajian ini dapat

mengukuhkan kemahiran dalam membina ayat yang gramatis dan baik. Kemahiran

membina ayat merupakan salah satu kemahiran menulis yang perlu dikuasai dan dilihat

sebagai satu masalah apabila kebanyakan murid tidak dapat membina ayat yang gramatis

dan betul. Oleh itu, tidak wajar bagi saya sebagai guru memandang mudah akan masalah

ini.

Selain itu, kajian ini juga mampu meningkatkan minat subjek kajian dalam

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Lantaran itu, menjadikan mereka lebih

bersemangat untuk membina ayat majmuk yang gramatis berdasarkan gambar.

Kerelevenan sesuatu kajian merupakan salah satu kriteria yang perlu dititikberatkan.

11

Kajian ini sangat relevan dijalankan terutamanya kepada kumpulan sasaran saya iaitu

murid Tahun 5A. Hal ini disebabkan kemahiran membina ayat yang gramatis

sememangnya menjadi salah satu isu yang sering dihadapi oleh kebanyakan murid.

Sekiranya, masalah yang sama dihadapi oleh saya dan guru-guru lain pada masa

akan datang, teknik 3P ini boleh terus digunakan. Kejayaan kajian tindakan ini dapat

menyumbang kepada peningkatan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu.

2.2 Fokus Kajian

Walaupun saya mengesan banyak kelemahan yang dihadapi oleh subjek kajian saya

dalam kemahiran menulis tetapi kajian ini akan memfokuskan terhadap masalah

penguasaan dan peningkatan subjek kajian dalam memperluaskan bahagian predikat ayat

yang dibina. Hasil refleksi didapati subjek kajian gemar membina ayat terlalu mudah dan

ringkas tanpa perluasan bahagian predikat ayat. Keadaan ini amat menyukarkan mereka

untuk mendapat markah yang cemerlang dalam penulisan.

Saya akan cuba membantu subjek kajian memahami dan menguasai membina ayat

majmuk yang gramatis berdasarkan gambar. Saya yakin subjek kajian boleh membina ayat

yang gramatis untuk penulisan dan mendapat markah penuh untuk bahagian penulisan ini.

Hal ini seterusnya dapat membantu subjek kajian lulus dengan cemerlang dalam kertas

Bahasa Melayu Penulisan. Keadaan ini juga agar dapat membantu memudahkan mereka

menulis karangan yang lain.

12

Ismail (2006) menyatakan bahawa masalah pengajaran yang kurang memberikan

penekanan kepada peluasan kosa kata dalam sesuatu teknik telah menyebabkan pelajar

tidak bersedia untuk belajar. Selain mengukuhkan kemahiran murid dalam membina ayat,

murid juga dalam pada masa yang sama dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan

dalam membina ayat. Kenyataan ini menjelaskan bahawa sebelum murid dapat membina

ayat yang gramatis murid perlu menguasai kosa kata yang banyak terlebih dahulu. Dalam

membina ayat berdasarkan gambar, murid perlu mengetahui terlebih dahulu menyenaraikan

seberapa banyak perkataan yang terdapat dalam gambar supaya mereka dapat meluaskan

pengetahuan dan mengukuhkan kemahiran mereka dalam membina ayat yang gramatis.

Siti Hajar (2009), menyatakan bahawa membina dan menghasilkan ayat-ayat bagi

menulis sesebuah karangan merupakan masalah yang lazim dihadapi oleh kebanyakan

murid. Kesalahan yang biasa dilakukan dalam aspek ini ialah ayat yang dihasilkan tidak

gramatis kerana terdapat kesalahan struktur dan ayat tergantung atau tidak lengkap

Kesalahan struktur ayat bermaksud kesilapan yang berkaitan dengan binaan struktur bahasa

seperti binaan frasa, klausa dan sintaksis. Kenyataan ini, menjelaskan betapa pentingnya

memperkenalkan subjek kajian cara yang betul dalam membina ayat mengikut struktur

yang betul.

Miller (1951) dalam buku “Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa” yang

ditulis oleh Kamaruddin Hj Husin menyatakan bahawa corak yang terjalin dalam ayat

menentukan fahaman pada ertinya. Jadi nyatalah di sini bahawa kegiatan menulis

memerlukan pemikiran yang tajam, dibantu oleh beberapa teori dan prinsip untuk

menjayakan beberapa jenis aktiviti. Saya berpendapat kenyataan ini menjelaskan bahawa

sebelum subjek kajian dapat membina ayat yang lengkap dan gramatis, subjek kajian perlu

memahami terlebih dahulu undang-undang tatabahasa supaya mereka dapat membina ayat

dengan lebih berkesan.

13

Justeru, ekoran daripada masalah ini, saya telah mengambil insiatif untuk

menjalankan kajian tindakan terhadap masalah yang dihadapi oleh subjek kajian agar

masalah ini dapat diatasi dengan segera. Saya telah menjalankan kajian tindakan dengan

memperbaiki amalan pengajaran saya dengan menggunakan teknik 3P untuk meningkatkan

kefahaman dan kemahiran subjek kajian dalam membina ayat yang gramatis berdasarkan

gambar. Merujuk kepada kamus Oxford (1340:1973) mnemonik bermaksud kemahiran

mengingat dengan menggunakan sistem dan kaedah tertentu. Kaedah mnemonik atau kata

kunci bermaksud mengorganisasikan fakta-fakta untuk memudahkan ingatan. Ingatan

merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses, dan

menyimpannya dalam otak kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.

Kenyataan-kenyataan yang dikemukan oleh penulis-penulis di atas telah memberi

saya kepada satu idea iaitu, penggunaan rumus yang terdapat dalam teknik 3P merupakan

teknik yang sesuai digunakan untuk memudahkan kefahaman dalam membina ayat yang

gramatis. Maka dengan itu, saya telah menggunakan teknik ini dalam kajian saya.

2.3 Batasan Kajian

Kajian ini secara khasnya dijalankan ke atas enam orang murid Tahun 5A. Saya

telah menyelidik untuk mengetahui keberkesanan teknik 3P yang digunakan ini dalam

pengajaran Bahasa Melayu dapat meningkatkan kemahiran subjek kajian membina ayat

yang gramatis. Kajian ini berfokus kepada penggunaan teknik 3P yang digunakan dalam

kajian di dalam bilik darjah. Aspek yang difokuskan ialah mengenalpasti sama ada teknik

3P dapat meningkatkan kemahiran membina ayat yang gramatis atau sebaliknya dan juga

melihat bahan-bahan bantu belajar yang digunakan dapat merangsang naluri ingin tahu

14

subjek kajian serta mereka dapat memberikan maklum balas yang positif. Kajian ini juga

memberi penekanan terhadap amalan pengajaran guru dan pembelajaran subjek kajian

terhadap kajian yang dilaksanakan ini.

15

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bagi penambahbaikan amalan pengajaran pembelajaran

dengan menggunakan teknik 3P bagi meningkatkan kemahiran subjek kajian membina ayat

yang lengkap dan gramatis berdasarkan gambar

3.1.1 Objektif Khusus

1) Meningkatkan kemahiran membina ayat yang gramatis menggunakan teknik 3P.

2) Meningkatkan minat subjek kajian untuk membina ayat yang gramatis menggunakan

teknik 3P.

3) Meningkatkan kefahaman dalam membina ayat yang gramatis bagi enam orang subjek

kajian tahun 5A selepas menggunakan teknik 3P.

3.2 Soalan Kajian

Terdapat 3 soalan kajian yang dikemukakan berdasarkan kepada 3 objektif khusus

kajian. Berikut merupakan soalan-soalan kajian tersebut.

1) Adakah penggunaan teknik 3P dapat membantu subjek kajian meningkatkan kemahiran

membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar?

16

2) Adakah penggunaan teknik 3P dapat meningkatkan minat subjek kajian dalam membina

ayat yang gramatis berdasarkan gambar?

3) Adakah enam orang subjek kajian tahun 5A dapat membina ayat yang gramatis selepas

menggunakan teknik 3P?

17

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini merupakan usaha dalam meningkatkan kemahiran membina ayat yang

gramatis berdasarkan gambar dengan menggunakan teknik 3P. Kajian ini dijalankan

terhadap subjek kajian Tahun 5A, di salah sebuah sekolah rendah di Muar, Johor di mana

saya mengajar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi kelas ini.

Dalam kajian ini, saya menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive

sampling) iaitu merujuk kepada sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu

dipilih sebagai responden (Chua, 2006). Berdasarkan kaedah ini, subjek kajian yang

dipilih ialah mereka yang mempunyai ciri-ciri yang telah ditetapkan yang memenuhi

kehendak dan tujuan kajian saya.

4.1 Bilangan

Subjek kajian dalam kajian ini akan terdiri daripada 6 orang murid Tahun 5 iaitu

terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Bilangan subjek kajian

dalam kajian ini membolehkan saya meneroka perkara yang diselidiki dengan lebih

mendalam. Subjek kajian dipilih berdasarkan skor terendah dalam latihan berkaitan

membina ayat berdasarkan perkataan dan gambar.

18

4.2 Prestasi Akademik

Prestasi akademik perlu diambil kira kerana prestasi akademik ini mempengaruhi

data kajian ini nanti. Prestasi akademik enam orang subjek kajian yang dipilih ialah pada

tahap sederhana dan lemah. Mereka dikenali sebagai S1, S2, S3, S4, S5 dan S6. Ini

kerana, subjek kajian yang dipilih ini untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam

menguasai membina ayat yang gramatis. Perbezaan kemampuan subjek kajian ini akan

membuktikan bahawa sama ada dengan penggunaan teknik 3P ini dapat membantu

meningkatkan tahap kefahaman subjek kajian sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan.

19

MereflekBerasaskan tindakan yang diaksanakan serta data yang dikumpulkan, refleksi dibuat terhadap dapatan kajian

BertindakMenggunakan teknik 3P dalam pengajaran membina ayat yang gramatis

MerancangSatu teknik 3P telah diperkenalkan untuk digunakan dalam pengajaran membina ayat yang gramatisMemerhati

Data dikumpulkan dengan pelbagai cara iaitu pengujian, pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual

Tinjauan awal

5.0 TINDAKAN YANG AKAN DIJALANKAN

5.1 Model kajian tindakan

Kajian tindakan ini dilaksanakan mengikut model empat langkah yang disarankan

oleh Kemmis dan Mc Taggart (1988). Kajian ini dilaksanakan dalam dua kitaran. Langkah-

langkah ini boleh dirumuskan seperti yang ditunjukkan dalam pada Rajah 1.

Rajah 1 Model Kajian oleh Kemmis dan Mc Taggart (1988)

20

5.2 Prosedur Tindakan

Sebagai langkah awal untuk memulakan kajian tindakan ini, saya merancang

beberapa langkah untuk mengenal pasti kelemahan subjek kajian dalam membina ayat

yang gramatis. Saya memilih model lingkaran yang disarankan oleh Kemmis dan Mc

Taggart (1988). Menurut model Penyelidikan Tindakan ini, Penyelidikan Tindakan

mempunyai empat fasa perkembangan utama seperti berikut:

Fasa 1: Refleksi isu pengajaran dan pembelajaran / tinjauan awal masalah

Proses kajian tindakan bermula dengan menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu

pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Melalui pengalaman saya, sepanjang

pengajaran di dalam kelas, saya menghadapi pelbagai masalah mengenai pencapaian subjek

kajian dalam membina ayat yang gramatis. Saya dapati subjek kajian lemah kerana mereka

hanya mampu membina ayat secara ringkas sahaja tanpa mengembangkan idea pada

bahagian predikat ayat.

Tinjauan awal telah saya jalankan bagi membolehkan saya mengenalpasti punca

sebenar masalah kelemahan subjek kajian ini. Pada peringkat permulaan, pengumpulan

data dan maklumat secara tepat adalah sangat penting dalam kajian yang dilakukan ini.

Maka, pengumpulan data bagi kajian ini dilakukan dengan pelbagai cara iaitu analisis

dokumen, pemerhatian, ujian dan temu bual.

Fasa 2: Membuat perancangan tindakan

Setelah mengenal pasti punca masalah yang dihadapi oleh subjek kajian dalam

tinjauan awal, saya telah merancang tindakan intervensi bagi mengatasi masalah ini.

Perancangan tindakan memerlukan kreativiti dalam pengajaran yang dilaksanakan. Antara

21

tindakan intervensi yang telah dilakukan ialah mencari kaedah, teknik dan strategi

pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan, menyediakan bahan bantu mengajar

yang menarik, menggunakan kaedah visual atau maujud untuk menerangkan sesuatu

konsep sebagai menangani masalah yang difokuskan ini. Saya telah menggunakan bahan

bantu mengajar yang lebih berpusatkan kepada murid. Penggunaan panduan membina ayat

dan latih tubi latihan membina ayat telah dipilih untuk meningkatkan kemahiran subjek

kajian membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar.

Oleh itu, dalam kajian ini saya telah menggunakan teknik 3P sebagai panduan

untuk subjek kajian dalam menghasilkan ayat yang gramatis dan lengkap. Penggunaan

pelan maklumat 3P melibatkan panduan 1, panduan 2 dan panduan 3. Ketiga-tiga

panduan ini perlu perlu diisi dengan lengkap menggunakan jadual yang disediakan supaya

dapat menghasilkan ayat yang gramatis. Unsur kata tanya juga digunakan dalam teknik 3P

yang diperkenalkan ini. Panduan 1 melibatkan kata tanya siapa, panduan 2 pula melibatkan

kata tanya apa/ bagaimana dan panduan 3 melibatkan kata tanya di mana /bila/mengapa.

Penggunaan bahan rangsangan iaitu gambar digunakan bertujuan untuk menambah

kosa kata subjek kajian. Saya yakin, penggunaan teknik 3P ini sebagai panduan dan rumus

binaan ayat dapat membantu subjek kajian saya untuk menghasilkan ayat yang mantap dan

gramatis.

Fasa 3: Tindakan pelaksanaan kajian

Saya menjalankan tindakan melalui perancangan yang telah dibuat. Pada langkah

ini, segala tindakan yang dilakukan berpandukan pelan tindakan yang telah disusun dan

dirancang. Pelaksanaan intervensi kajian adalah seperti berikut:

22

Langkah 1 : Pelaksanaan Ujian Pra

Ujian pra ini telah dilakukan ke atas enam orang subjek kajian dalam kajian yang

telah dikenalpasti kelemahan dalam membina ayat berdasarkan gambar. Berdasarkan ujian

pra ini, subjek kajian perlu menjawab soalan yang melibatkan membina ayat berdasarkan

perkataan, menyambung frasa dan membina ayat berdasarkan gambar tunggal. Melalui

ujian ini, saya dapat melihat dengan lebih mendalam sejauhmana penguasaan dan

kemahiran subjek kajian dapat membina ayat yang gramatis. Dapatan analisis daripada

ujian pra ini disimpan sebagai data awal kajian ini.

Langkah 2 : Memperkenalkan kata kerja

Permulaan sesi pengajaran dan pembelajaran, subjek kajian diajar tentang kata kerja

terlebih dahulu sehingga mereka benar-benar dapat mengenalpasti kata kerja. Imbuhan

meN – akan diperkenalkan kepada subjek kajian. Subjek kajian diberikan gambar tunggal

dan menyatakan aktiviti yang dilakukan berdasarkan gambar tersebut. Latihan akan diulang

beberapa kali sehingga mereka benar-benar faham tentang kata kerja.

Langkah 3 : Permainan roda kata kerja

Subjek kajian melaksanakan satu aktiviti permainan yang diberi nama permainan

roda kata kerja. Roda kata kerja ini terdiri daripada gambar tunggal. Roda kata kerja ini

akan dipusingkan oleh subjek kajian secara bergilir-gilir. Apabila anak panah diarah

kepada gambar, subjek kajian diminta menyebut kata kerja tersebut. Latihan ini akan

diulang sebanyak mungkin sehingga subjek kajian dapat menyatakan secara lisan tentang

kata kerja berdasarkan gambar. Aktiviti ini dapat menambah kosa kata subjek kajian dalam

membina ayat. Selain itu, aktiviti ini dijalankan untuk memberi keyakinan kepada subjek

kajian dan menguji perbendaharaan kata subjek kajian di samping sebagai salah satu

aktiviti didik hibur.

23

Rajah 2 Permainan Roda Kata Kerja

Langkah 4 : Memperkenalkan teknik 3P

Subjek kajian diperkenalkan dengan carta yang berkaitan dengan teknik 3P iaitu

jadual yang terdiri daripada 3 bahagian yang menjadi panduan dalam membina ayat yang

gramatis iaitu;

1) Panduan 1 = siapa

2) Panduan 2 = apa/ bagaimana

3) Panduan 3 = di mana/ bila/mengapa

Subjek kajian diberi gambar dan diajar cara-cara membina ayat yang gramatis

dengan menggunakan teknik 3P. Carta ini perlu ditunjukkan berulang kali setiap kali sesi

pengajaran dan pembelajaran dijalankan sehingga subjek kajian benar-benar faham, ingat

dan dapat menguasainya. Penggunaan carta ini amat penting agar subjek kajian dapat

memahaminya dengan lebih jelas dan tidak membosankan.

24

Rajah 3 Membina Ayat yang Lengkap Berdasarkan Gambar

Berikut merupakan pelan maklumat teknik 3P yang digunakan dalam sesi intervensi yang

dijalankan untuk membina ayat yang gramatis.

Jadual 1 Jadual Pengggunaan Teknik 3P

PANDUAN 1 PANDUAN 2 PANDUAN 3

(SIAPA) (APA/BAGAIMANA) (DI MANA/BILA/ MENGAPA)Alia sedang menyampaikan

pidato dengan penuh bersemangat

di atas pentas semasa pertandingan pidato dijalankan

Para hakim sedang mendengar dengan teliti semasa peserta menyampaikan pidato

di atas pentas sambil mencatat markah.

Nabihah sedang memberi kotak minuman kepada para hakim

di dalam dewan semasa pertandingan pidato dijalankan.

Para penonton memberi tepukan yang gemuruh kepada peserta yang menyampaikan pidato

di atas pentas semasa pertandingan pidato dijalankan.

Faiz dan Fahim sedang menyusun hadiah dengan teratur

di atas meja semasa pertandingan pidato dijalankan

25

Langkah 5 : Analisis Dokumen

Saya telah memeriksa lembaran kerja subjek kajian mengenai latihan membina ayat

menggunakan pelan maklumat teknik 3P dan latihan tanpa menggunakan teknik 3P.

Melalui pemeriksaan lembaran kerja ini, saya dapat mengenal pasti sejauhmana kefahaman

dan keberkesanan subjek kajian menggunakan teknik 3P ini. Bukan itu sahaja, saya dapat

mengetahui keberkesanan penggunaan teknik 3P ini dalam meningkatkan kemahiran subjek

kajian untuk membina ayat yang gramatis. Dapatan pemeriksaan lembaran kerja yang

diberikan ini dikumpul dan disimpan untuk dianalisis.

Langkah 6: Pelaksanaan Ujian Pasca

Ujian pasca dilaksanakan ke atas enam orang subjek kajian menggunakan soalan

yang sama dalam ujian pra. Berdasarkan ujian pasca ini, subjek kajian perlu menjawab

soalan yang melibatkan aktiviti membina ayat berdasarkan perkataan, menyambung frasa

dan membina ayat berdasarkan gambar tunggal. Melalui ujian ini, saya dapat melihat

dengan lebih terperinci keberkesanan dan peningkatan tahap kemahiran subjek kajian

dalam membina ayat yang gramatis selepas intervensi mengggunakan teknik 3P yang

dijalankan. Dapatan analisis daripada ujian pasca ini disimpan sebagai data kajian untuk

membuat rumusan dan perbandingan dengan ujian pra.

Langkah 7 : Pemerhatian

Pemerhatian telah dijalankan ke atas enam orang subjek kajian semasa mereka

menjawab ujian pasca. Pemerhatian ini dijalankan dengan menggunakan senarai semak.

Pemerhatian yang dijalankan ini dibantu oleh beberapa orang guru bagi mencatat borang

senarai semak yang disediakan bagi memastikan tahap kefahaman subjek kajian

menggunakan teknik 3P semasa membina ayat berdasarkan gambar. Pemerhatian

berstruktur ini dianalisis menggunakan peratus melalui senarai semak yang disediakan.

26

Langkah 8 : Pelaksanaan Temu bual

Saya turut menggunakan kaedah temu bual dan dilakukan secara tidak formal

terhadap enam orang murid selepas mengajar teknik 3P. Temu bual ini secara tidak

langsung telah membantu saya untuk mengetahui maklumat dengan tepat dan jelas tentang

penggunaan teknik 3P dapat meningkatkan kemahiran subjek kajian bagi membina ayat

yang gramatis berdasarkan gambar. Saya juga dapat mengetahui minat terhadap

penggunaan teknik 3P berbantukan carta yang dipamerkan kepada subjek kajian. Hasil

temu bual bersama subjek kajian dicatatkan untuk mengetahui keberkesanan teknik 3P dan

penggunaan bahan bantu mengajar yang telah digunakan dalam pengajaran teknik 3P ini.

Fasa 4: Pemerhatian

Setelah menjalankan tindakan, saya telah memerhati dan memantau sama ada

tindakan yang diambil ini berkesan atau tidak serta sejauhmana ia dapat menyelesaikan

masalah yang dihadapi. Hal demikian, saya telah mengumpul data melalui ujian pasca atau

cara-cara yang telah dinyatakan di atas tadi. Data diperolehi ini dianalisis bagi

membolehkan saya melakukan semula refleksi berkaitan kekuatan dan kelemahan tindakan

yang telah diambil ini, keberkesanan tindakan tersebut serta tindakan susulan yang perlu

dilakukan. Proses ini dilaksanakan secara berterusan dalam kitaran kajian.

Fasa 5 : Refleksi

Saya juga turut membuat refleksi berkaitan perubahan yang telah berlaku terhadap subjek

kajian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sama ada berlaku

perubahan dan peningkatan terhadap diri murid. Saya juga menilai kembali kesan tindakan

yang telah diambil serta kefahaman baru yang diperolehi. Setelah itu, saya membuat

rumusan terhadap tindakan yang boleh dilaksanakan dan merancang tindakan susulan

terhadap masalah yang dihadapi.

27

6.0 CARA PENGUMPULAN DATA

Kajian ini mengandungi empat instrumen penting untuk menganalisis data yang

dikumpul. Antara instrumen kajian yang digunakan ialah ujian pra dan pasca,

pemerhatian, analisis dokumen serta temu bual. Berikut adalah instrumen yang digunakan

semasa melaksanakan kajian:

6.1 Ujian Pra dan Ujian Pasca

Pada peringkat pertama sebelum pengajaran menggunakan teknik 3P, saya telah

mengendalikan ujian pra terhadap enam orang subjek kajian yang dipilih. Ujian pra

bertujuan untuk mengumpul maklumat murid tentang membina ayat berdasarkan perkataan

dan gambar sebelum teknik 3P dijalankan. Menurut Ismail (1985), ujian adalah cara terbaik

untuk menilai prestasi murid. Ujian pra telah dilakukan pada hari Khamis (10 Julai 2014)

dalam tempoh masa 60 minit sebelum pengajaran menggunakan teknik 3P dilaksanakan.

Dapatan dikumpul dan dianalisis untuk membandingkan dan menentukan keberkesanan

kajian tindakan yang dilaksanakan.

Ujian pasca pula dilaksanakan menggunakan soalan yang sama dengan ujian pra.

Tujuan ujian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan teknik 3P dalam meningkatkan

kemahiran membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar. Analisis perbandingan ujian

pra dan ujian pos boleh dirujuk pada Jadual 5.

28

6.2 Senarai Semak Pemerhatian

Senarai semak pemerhatian dijalankan pada hari yang sama sewaktu ujian pasca

dijalankan. Senarai semak pemerhatian terhadap subjek kajian ini bertujuan untuk

mengenal pasti sama ada subjek kajian dapat membina ayat yang gramatis dan lengkap

serta menepati grafik selepas teknik 3P digunakan oleh subjek kajian. Menurut Sidek

(2002), pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan digunakan untuk mengukur

pemboleh ubah penyelidikan. Melalui pemerhatian seseorang penyelidik dapat mengamati

sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah

dikenalpasti. Kebaikan kaedah pemerhatian ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri

aktiviti yang dirancang dan ini menjadikan dapatan pemerhatian menjadi leblih sah dan

boleh dipercayai. Bagi memastikan ketekalan pemerhatian, senarai semak ini dikendalikan

oleh dua orang guru iaitu saya bersama seorang rakan di sekolah tersebut. Sebanyak 6 item

dalam senarai semak dibina untuk menyemak kefahaman subjek kajian dalam

menggunakan teknik 3P dalam membina ayat yang gramatis.

6.3 Analisis Dokumen

Analisis dokumen dibuat terhadap latihan-latihan respondan sepanjang intervensi

dijalankan. Latihan-latihan ini dibuat secara latih tubi menggunakan panduan teknik 3P

yang telah dipelajari dan dikuasai oleh murid dalam kajian ini. Latihan ini mengandungi 5

kali latihan membina ayat menggunakan panduan teknik 3P dan 5 kali tanpa panduan

rumus teknik 3P.

29

Menurut Teori Behaviorisme beranggapan bahawa pembelajaran bahasa merupakan satu

kebiasaan yang diperolehi dengan mengulang-ulangkan aktiviti yang hendak dikuasai itu.

Kenyataan ini dapatlah dilihat bahawa latihan-latihan secara latih tubi amat penting

dilakukan terhadap respondan. Proses ini sangat diperlukan kerana membolehkan

perkembangan dan pengekalan dalam penggunaan teknik 3P. Latih tubi membina ayat

menggunakan panduan 3P amat perlu dijalankan kerana melalui cara ini subjek kajian

dapat menguasai rumus yang dipelajari ini. Hal ini, memudahkan mereka mengingat dan

dapat mengukuhkan kemahiran mereka untuk membina ayat yang gramatis berdasarkan

gambar. Tahap penguasaan subjek kajian direkodkan berdasarkan latihan-latihan tersebut.

6.4 Temu bual

Selepas selesai mengadakan ujian pasca dan senarai semak, saya menjalankan sesi

temu bual bersama dengan enam orang subjek kajian yang dipilih sebagai sampel yang

terlibat untuk menggunakan teknik 3P dalam membina ayat yang gramatis. M\enurut

Ghaziah (2010), temu bual membolehkan maklumat tambahan diperoleh serta mengetahui

pendapat atau perasaan murid terhadap kajian atau tindakan yang dijalankan. Temu bual

dilakukan secara individu dalam tempoh masa 10 minit bagi setiap subjek kajian. Sesi temu

bual diadakan di bilik bahasa Melayu dan sebanyak 4 item temu bual disediakan dan

dikemukakan kepada subjek kajian.

30

7.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Data yang dikumpulkan dalam kajian tindakan ini dianalisis dan penafsiran dibuat

ke atasnya. Dengan menganalisis data, saya dapat melaporkan hasil kajian berdasarkan

bukti-bukti yang diperoleh daripada subjek kajian.

7.1 Analisis Data Ujian Pra dan Ujian Pasca

Ujian telah dijalankan sebelum dan selepas kajian ini dijalankan. Ujian pra telah

dijalankan sebelum intervensi diperkenalkan manakala ujian pasca ditadbir selepas

intervensi diperkenalkan. Ujian pra dan ujian pasca dilaksanakan untuk melihat

keberkesanaan penggunaan teknik 3P yang diperkenalkan kepada subjek kajian.

Analisis data dibentuk menggunakan skala pemarkahan berdasarkan respondan

membina ayat yang gramatis berdasarkan perkataan dan gambar yang diberi. Penggunaan

ayat yang lengkap mestilah mengandungi panduan 3P dan mestilah menjawab kata tanya

iaitu panduan 1 (siapa), panduan 2 (apa/bagaimana) dan panduan 3 (di mana/ bila). Skala

pemarkahan telah ditetapkan untuk melihat hasil pencapaian subjek kajian dalam ujian

yang dijalankan ini.

31

Jadual 2 Skala Pemarkahan

Skala markah Pencapaian

80-100 Sangat baik

60-79 Baik

40-59 Memuaskan

20-39 Lemah

0-19 Sangat Lemah

7.1.1 Analisis Ujian Pra

Setelah menjalankan ujian, saya telah membuat analisis pemarkahan berdasarkan

pencapaian setiap subjek kajian terhadap item-item yang berkaitan dengan membina ayat.

Pencapaian subjek kajian telah ditetapkan dengan menggunakan skala pemarkahan seperti

dalam Jadual 2.

Jadual 3 Analisis Pencapaian Subjek Kajian dalam Ujian Pra

32

Subjek ITEM

Jumlah %Pencapaian

1 2 3 4

20m

10m 10m 10m

50m

S1 8 6 7 8 25 50 Memuaskan

S2 9 7 5 6 27 54 Memuaskan

S3 10 6 7 5 28 56 Memuaskan

S4 9 5 6 5 25 50 Memuaskan

S5 7 5 6 4 23 46 Memuaskan

S6 8 5 3 5 21 42 Memuaskan

Dapatan daripada Jadual 3 menunjukkan 6 orang subjek kajian pada tahap

pencapaian memuaskan dalam membina ayat yang gramatis. Hasil analisis ini mendapati

subjek kajian tidak dapat memperoleh markah penuh bagi 4 item yang dijalankan.

Keenam-enam subjek kajian telah dikenal pasti mereka tidak dapat membina ayat yang

gramatis dan lengkap serta tidak menepati grafik.

7.1.2 Analisis Ujian Pasca

Setelah melaksanakan ujian pra, saya telah menjalankan ujian pasca bagi

memastikan keberkesanan penggunaan teknik 3P yang diperkenalkan kepada subjek kajian

untuk membina ayat yang gramatis. Markah subjek kajian dalam ujian pasca dianalisis

berdasarkan skala pemarkahan dan pencapaian yang telah ditetapkan seperti dalam

Jadual 2.

Jadual 4 Analisis Pencapaian Subjek Kajian dalam Ujian Pasca

33

SubjekITEM

Jumlah %Pencapaian

1 2 3 4

20m

10m 10m 10m 50m

S1 15 9 8 9 41 82 Sangat baik

S2 16 8 9 9 42 84 Sangat baik

S3 13 7 6 7 33 66 Baik

S4 15 9 7 6 37 74 Baik

S5 13 7 7 8 35 70 Baik

S6 10 6 6 7 29 58 Memuaskan

Dapatan daripada Jadual 4 menunjukkan dua orang subjek kajian pada pencapaian

yang sangat baik iaitu murid S1 (82%) manakala S2 (84%). Terdapat tiga orang subjek

kajian pada pencapaian baik iaitu S3 (66%), S4 (74%) dan S5 (70%). Seorang subjek

kajian masih berada pada pencapaian memuaskan iaitu S6 (58%).

7.1.3 Analisis Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Analisis perbandingan peratus peningkatan pencapaian ujian pra berbanding ujian

pasca setiap subjek kajian ditunjukkan dalam Rajah 4. Keputusan kajian menunjukkan

bahawa terdapat peningkatan dalam prestasi pencapaian subjek kajian terhadap teknik 3P

yang digunakan dalam pengajaran membina ayat yang gramatis. Pencapaian tertinggi

dicapai oleh S1 iaitu peningkatan markah sebanyak 32% manakala pencapaian terendah

adalah pada S6 iaitu peningkatan markah sebanyak 16%. Keputusan ini menyokong

pandangan Noraini Ahmad (1995), menjelaskan bahawa Teknik Kata Kunci berupaya

membantu murid mengekalkan ingatan seterusnya meningkatkan pencapaian prestasi

akademik.

Menurut Mok (2006), kaedah pengajaran merujuk kepada penggunaan semua cara

yang efektif bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang

diinginkan oleh murid. Oleh itu, bagi menyampaikan pengajaran dengan sempurna

seseorang guru hendaklah memilih suatu kaedah yang terbaik supaya dapat memberikan

kesan kepada murid yang diajar.

34

S1 S2 S3 S4 S5 S60

10

20

30

40

50

60

70

80

90

5054 56

5046

42

82 84

66

7470

58

Ujian PraUjian Pasca

Rajah 4 Perbandingan Ujian Pra dan Pasca Mengikut Subjek Kajian

Bagi memperkukuh hasil dapatan peningkatan markah ujian, saya telah membentuk satu

jadual yang memaparkan nilai peratus perbezaan peningkatan markah seperti yang

ditunjukkan di dalam Jadual 5 di bawah ini.

Jadual 5 Analisis Peningkatan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Subje

k

Ujian Pra

%

Ujian

Pasca

%

Perbezaan Peningkatan %

S1 50 82 32

S2 54 84 30

S3 56 66 10

S4 50 74 24

S5 46 70 36

S6 42 58 16

35

Berdasarkan Jadual 5, terdapat peningkatan peratus pencapaian markah bagi S1

hingga S6. Peningkatan peratus ini menunjukkan berlakunya peningkatan prestasi subjek

kajian dalam membina ayat yang gramatis dan menunjukkan berlakunya proses

pembelajaran yang membolehkan subjek kajian menguasai kemahiran yang diajar.

Penguasaan kebolehan ini ditunjukkan melalui peningkatan peratus markah yang diperoleh

dalam ujian pra dan ujian pasca yang dijalankan. Hal ini merupakan satu peningkatan yang

amat baik. Justeru, menunjukkan teknik 3P dapat membantu subjek kajian meningkatkan

kemahiran membina ayat yang gramatis juga telah tercapai.

7.2 Analisis Data Pemerhatian Menggunakan Senarai Semak

Pemerhatian yang digunakan untuk menganalisa keberkesanan teknik 3P ialah

pemerhatian berstruktur. Menurut Chua Yan Piaw (2006) melalui pemerhatian berstruktur

pengkaji mengumpul data berdasarkan tingkahlaku yang diperhatikan, di mana

tingkahlaku-tingkahlaku tersebut telah disenaraikan dalam borang pemerhatian.

Tingkahlaku ini juga disebut sebagai pembolehubah. Pemerhatian terhadap subjek kajian

dilakukan semasa mereka melakukan ujian pasca.

Jadual 6 Analisis Borang Senarai Semak Pemerhatian terhadap

Subjek Kajian semasa Ujian Pasca

Item Pernyataan Bilangan (%)

Ya Tidak

1 Subjek kajian dapat mengenal pasti kata kerja menggunakan

teknik 3P.

6

(100%)

0

3 Subjek kajian dapat memahami cara membina ayat yang

gramatis menggunakan teknik 3P.

5 (83%) 1(17%)

2 Subjek kajian dapat mengenal pasti kata hubung

menggunakan teknik 3P.

5 (83%) 1(17%)

36

4 Subjek kajian dapat mengisi maklumat dengan betul dan tepat

untuk membina ayat yang gramatis menggunakan teknik 3P.

4 (67%) 2

(33%)

5 Subjek kajian menjawab soalan dengan penuh bersemangat. 5 (83%) 1(17%)

6 Subjek dapat menjawab kesemua soalan yang diberikan oleh guru. 6

(100%)

0

Senarai semak dijalankan terhadap subjek kajian bertujuan untuk mendapatkan data

tentang persetujuan subjek kajian mengenai teknik 3P sama ada dapat membantu dalam

mengenal pasti dan meningkatkan kemahiran msubjek kajian dalam membina ayat yang

gramatis. Hasil analisis borang senarai semak ditunjukkan dalam Jadual 6.

Berdasarkan analisis terhadap borang senarai semak pemerhatian subjek kajian,

mendapati 6 orang subjek kajian 100% bersetuju bahawa mereka dapat mengenal pasti

kata kerja menggunakan teknik 3P. 83% (5 orang) subjek kajian juga bersetuju bahawa

mereka dapat mengenal pasti kata hubung menggunakan teknik 3P. Pemerhatian oleh

pengkaji juga mendapati bahawa 5 orang subjek kajian (83%) dapat memahami cara

membina ayat yang gramatis menggunakan teknik 3P.

Dapatan juga mendapati 4 orang subjek kajian (67%) dapat menjawab soalan

berkaitan membina ayat berdasarkan gambar dengan penuh bersemangat. Akhir sekali,

kesemua subjek kajian iaitu 6 orang (100%) dapat menjawab kesemua soalan yang

diberikan oleh pengkaji. Ini menunjukkan bahawa teknik 3P dapat membantu subjek

kajian membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar. Keputusan ini sejajar dengan

pandangan Jefrey & Cynthia (2011) menjelaskan bahawa mnemonik atau kata kunci

adalah suatu cara untuk meningkatkan memori dan membina maklumat dengan lebih

berkesan.

37

7.3 Analisis dokumen

Analisis dokumen telah dilaksanakan terhadap latihan-latihan membina ayat yang

diberikan kepada subjek kajian setelah teknik 3P diperkenalkan. Analisis dokumen

terhadap latihan-latihan yang dijalankan ini bertujuan untuk mengukur tahap penguasaan

subjek kajian dalam kemahiran membina ayat yang gramatis menggunakan teknik 3P.

Latihan-latihan yang dijalankan ini merujuk kepada latih tubi ayat berpandukan jadual

teknik 3P yang mempunyai lima kali sesi latihan dan lima kali latihan tanpa menggunakan

jadual teknik 3P. Latih tubi ini dianalisis dengan menggunakan skala pemarkahan yang

terdapat dalam Jadual 7.

7.3.1 Analisis pemarkahan latihan membina ayat

Analisis dokumen ini melibatkan latihan 1 hingga latihan 5 dengan berpandukan

jadual teknik 3P dan melibatkan latihan tanpa menggunakan jadual teknik 3P sebanyak

lima kali latihan. Skala pemarkahan seperti Jadual 7 digunakan semasa analisis dokumen

dijalankan.

Jadual 7 Skala Pemarkahan Membina Ayat Berdasarkan Gambar

Pencapaian Markah Tahap penguasaan

Cemerlang 9-10 Menguasai

Baik 7-8

Memuaskan 4-6 Tidak

menguasaiMinimum 0-3

38

Berikut adalah hasil dapatan analisis markah latih tubi membina ayat yang dijalankan.

Jadual 8 Dapatan Analisis Markah Latihan Membina Ayat Berdasarkan Gambar

Subje

k

Markah skor Markah skor

Latihan berpandukan

teknik 3P

Latihan tanpa berpandukan

teknik 3P

Min

skor

Pencapaian

L1 L2 L3 L4 L5 L1 L2 L3 L4 L5

S1 8 8 9 9 8 8 9 9 9 8 9 Cemerlang

S2 9 8 10 9 10 9 10 10 9 9 9 Cemerlang

S3 8 8 9 9 9 8 8 9 9 9 9 Cemerlang

S4 8 8 9 9 9 9 8 8 9 8 9 Cemerlang

S5 8 9 9 9 8 10 9 9 8 9 9 Cemerlang

S6 7 7 8 8 8 8 9 9 8 8 8 Baik

Min skor kesemua latihan = 8.6 Min skor kesemua latihan =

9

Menguasai Menguasai

Berdasarkan Jadual 8 menunjukkan min skor S1 hingga S5 pada tahap pencapaian

cemerlang iaitu 9 bagi kesemua latihan yang dijalankan. S6 pula mendapat min skor iaitu

8 pada tahap pencapaian yang baik bagi kesemua latihan yang diberikan. Hal demikian,

pencapaian ini menunjukkan min skor kesemua subjek kajian telah menguasai kesemua

latihan berpandukan teknik 3P (8.6) dan latihan tanpa berpandukan teknik 3P (9) yang

dijalankan.

7.4 Analisis data temu bual

Saya telah menggunakan kaedah temu bual untuk menemubual enam orang subjek

kajian tersebut selepas teknik 3P digunakan . Temu bual ini bertujuan untuk mengenal pasti

pandangan subjek kajian terhadap kemahiran yang telah dicapai oleh mereka untuk

membina ayat yang gramatis menggunakan teknik 3P. Selain itu, minat subjek kajian

39

terhadap membina ayat juga dapat dikenalpasti melalui temu bual yang dijalankan ini.

Temu bual yang dijalankan adalah berbentuk semi struktur yang mana soalan-

soalan temu bual telah disediakan terlebih dahulu bagi memudahkan dan melancarkan

proses temu bual yang dijalankan. Sebanyak 4 item telah ditemu bual kepada subjek kajian

tersebut. Kod S (subjek) dan Kod P (pengkaji) digunakan dalam menganalisis data temu

bual.

Hasil temu bual mendapati bahawa apabila teknik 3P diaplikasikan dalam

pengajaran membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar, subjek kajian menyatakan

penggunaan roda kata kerja dan penggunaan carta teknik 3P sebagai bahan bantu belajar

yang digunakan sangat seronok serta teknik kata kunci dalam pengajaran banyak

membantu subjek kajian dalam meningkatkan kemahiran membina ayat yang gramatis.

P : Adakah teknik 3P yang cikgu ajar dapat memudahkan kamu membina ayat?

S1 : Ya, saya lebih faham menulis ayat menggunakan teknik 3P yang cikgu ajar.

S2 : Saya faham cikgu mengajar sekarang dulu saya tak faham. Saya cepat

ingat nak bina ayat.

S3 : Cikgu ajar saya sekarang seronok. Saya cepat faham nak tulis ayat.

S4 : Saya suka cikgu mengajar sekarang sebab saya faham apabila cikgu

menggunakan carta. Dulu cikgu terang sahaja, saya tak faham.

S5 : Senang nak faham guna teknik 3P bila nak bina ayat.

S6 : Lebih mudah nak bina ayat.

Subjek kajian berpandangan bahawa mereka mudah untuk memahami apabila

penggunaan teknik 3P untuk membina ayat yang gramatis. Penggunaan alat bantu belajar

40

seperti carta teknik 3P dapat menarik perhatian subjek kajian dan mudah untuk mengingati

kata kunci. Permainan roda kata kerja juga dapat menarik minat subjek dan mereka tidak

berasa bosan. Ini menunjukkan bahawa subjek kajian bersetuju bahawa teknik 3P yang

diguna pakai dalam pengajaran berjaya membantu subjek kajian dalam membina ayat yang

gramatis.

P : Adakah kamu faham pengajaran cikgu menggunakan teknik 3P dalam

membina ayat berdasarkan gambar?

S1 : Saya sangat faham. Saya boleh membina ayat dengan mudah.

S2 : Ya, saya faham. Saya sudah boleh mengisi jadual teknik 3P dengan lengkap.

S3 : Ya. Saya sudah faham cara membina ayat.

S4 : Saya faham. Lebih senang nak faham apabila cikgu guna carta teknik 3P.

S5 : Faham, cikgu bila guna teknik 3P.

S6 : Faham.

Semua subjek kajian bersetuju teknik 3P digunakan dalam membina ayat yang

gramatis kerana dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran mereka membina ayat.

P : Adakah menggunakan teknik 3P ini dapat membantu anda dalam membina

ayat yang lengkap?

S1 : Ya. Saya sudah boleh menulis ayat dengan betul.

S2 : Ya, teknik 3P memudahkan saya hendak membina ayat berdasarkan

gambar.

S3 : Ya, sebab lebih senang menulis ayat.

S4 : Ya, saya dapat membina ayat berdasarkan gambar dengan betul.

S5 : Ya, betul teknik 3P mudah saya nak tulis ayat.

41

S6 : Betul. Saya dapat menulis ayat.

Semua subjek kajian bersetuju teknik 3P berbantukan carta, gambar dan permainan

roda kata kerja digunakan dalam membina ayat yang gramatis kerana dapat menarik minat

dan lebih seronok.

P : Adakah pengajaran guru dapat menarik minat kamu untuk membina ayat?

S1 : Ya. Saya berasa seronok belajar.

S2 : Ya, cikgu mengajar dengan seronok, saya suka ada banyak aktiviti.

S3 : Ya, sebab saya tak mengantuk lagi bila cikgu ajar. Saya suka cikgu

guna carta besar tenik 3P.

S4 : Ya, saya gembira cikgu mengajar, seronok dan saya tak bosan sebab

banyak bahan.

S5 : Menarik sebab ada permainan.

S6 : Ya. Saya boleh membina ayat.

42

8.0 REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Refleksi ini dihasilkan bagi tujuan untuk menjawab persoalan kajian yang ketiga

iaitu apakah refleksi pengkaji terhadap penggunaan teknik 3P kepada enam orang subjek

kajian tahun 5A? Refleksi ini juga ditulis bagi tujuan menilai kesan tindakan sebelum,

semasa dan selepas penggunaan teknik 3P kepada enam orang subjek kajian.

Sebelum memperkenalkan teknik 3P kepada subjek kajian tahun 5A, saya hanya

memberi penerangan secara lisan semata-mata dan menulis pada papan tulis bagi mengajar

tentang membina ayat berdasarkan gambar kepada mereka. Walaupun saya telah

mengulangi penerangan saya beberapa kali, didapati subjek kajian masih tidak memahami

cara yang saya terangkan. Keadaan ini menyebabkan saya berasa serba salah dan khuatir

kerana enam orang subjek kajian ini mendapat markah yang rendah untuk bahagian

membina ayat berdasarkan gambar. Hal demikian, saya mula membuat refleksi kendiri

terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran saya dan tertanya-tanya tentang teknik

pengajaran yang diamalkan ini kurang menarik atau pun penerangan saya masih kurang

jelas yang menyebabkan subjek kajian masih tidak dapat membina ayat yang gramatis.

Kaedah penerangan yang saya amalkan selama ini kemungkinan tidak sesuai untuk subjek

kajian yang berprestasi akademik yang sederhana dan lemah.

Semasa saya menggunakan teknik 3P dalam pengajaran dan pembelajaran, saya

mendapati subjek kajian begitu gembira dan lebih aktif dalam melakukan aktiviti. Malah,

berjaya membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar. Ini disebabkan saya telah

43

menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran saya dengan menyediakan carta yang

menarik berkaitan penggunaan teknik 3P serta memasukkan elemen didik hibur iaitu

permainan roda kata kerja. Teknik 3P yang digunakan ini merupakan gabungan teknik

pengajaran yang memberikan pelbagai variasi iaitu kata kunci dengan bantuan carta dan

didik hibur dengan permainan roda kata kerja. Proses ini melibatkan beberapa deria iaitu

mendengar, melihat dan menyentuh. Subjek kajian diberi peluang untuk mengalami sendiri

aktiviti yang dirancang ini. Oleh sebab itu, subjek kajian berasa gembira dan mula

menunjukkan peningkatan dari segi sikap mereka yang lebih yakin untuk membina ayat.

Selepas teknik 3P ini dilaksanakan, didapati terdapat peningkatan peratusan markah

ujian pasca untuk subjek kajian yang dijalankan. Keputusan ini menunjukkan bahawa

teknik 3P berjaya membantu meningkatkan kemahiran membina ayat yang gramatis bagi

enam orang subjek kajian tahun 5A. Hasil temu bual juga menunjukkan bahawa

penggunaan teknik 3P bukan hanya meningkatkan kemahiran subjek kajian tetapi juga

berjaya menarik minat subjek kajian melalui penggunaan kata kunci, carta dan permainan.

Teknik 3P juga didapati membantu menambahkan keyakinan subjek kajian untuk membina

ayat. Dapatan kajian selari dengan hasil tinjauan yang saya baca iaitu Teknik Kata Kunci

merupakan alat yang boleh merangsang murid untuk berfikir dan lebih aktif. Teknik ini

berupaya mengekalkan ingatan murid terhadap konsep yang dipelajari.

44

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Setelah memperoleh hasil dapatan yang memuaskan daripada dapatan-dapatan yang

dibincangkan, saya berpendapat bahawa kajian ini perlu diteruskan untuk kepentingan

pendidikan pada masa akan datang. Ini kerana teknik 3P ini amat sesuai dilaksanakan untuk

pengajaran membina ayat yang lengkap iaitu ayat majmuk. Gabungan penggunaan kata

kunci, carta dan permainan roda kata kerja dapat membantu murid untuk membina ayat

yang gramatis.

Selain itu, saya mencadangkan kajian ini diaplikasi secara meluas dalam proses

pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Murid-murid mudah mengingat apabila

teknik kata kunci diberikan. Bukan itu sahaja, murid-murid kini lebih berminat terhadap

unsur-unsur hiburan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kerana ini dapat

meningkatkan minat mereka untuk belajar. Saya juga mencadangkan agar kajian seterusnya

dilaksanakan dengan mengkombinasikan kata kunci dengan nyanyian secara bersama agar

murid-murid mudah untuk mengingati rumus untuk membina ayat yang gramatis. Elemen

nyanyian menggunakan kata kunci dapat memberikan keseronokan kepada murid untuk

mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.

Menerusi dapatan kajian yang telah dinyatakan, saya dapat membuat kesimpulan

bahawa penggunaan teknik 3P ini dapat membantu murid tahun 5A dalam meningkatkan

kefahaman mereka bagi kemahiran membina ayat yang gramatis. Penggunaan Teknik 3P

haruslah difahami murid kerana kemahiran membina ayat ini merupakan antara kemahiran

yang penting dalam menjawab soalan penulisan.

45

Penggunaan teknik kata kunci yang menarik dan mudah untuk diingati sangat

membantu murid dalam mengekalkan ingatan mereka dalam jangka masa yang lama.

Dapatan ini selari dengan Hasan (2006), manusia mempunyai dua daya ingatan iaitu

ingatan jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Daya ingatan jangka pendek tidak

dapat kekal lama dalam ingatan berbanding daya ingatan jangka panjang. Kebolehan

mengingat bergantung kepada individu. Teknik 3P merupakan salah satu teknik untuk

meningkatkan daya ingatan. Teknik ini adalah salah satu cara menyusun semula apa yang

telah pelajari. Ia dibentuk dengan cara mudah bagi murid fahami.

Kesimpulannya, terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru

dan amalan pembelajaran subjek kajian serta peningkatan yang berjaya dicapai setelah

teknik 3P diperkenalkan, maka jelaslah bahawa teknik 3P sangat membantu dalam

meningkatkan tahap kemahiran subjek kajian membina ayat yang gramatis berdasarkan

gambar. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dalam dunia pendidikan dan

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan

menyeronokkan.

46

10.0 PENGOLAHAN / KEJELASAN PENULISAN

Dapatan kajian yang saya peroleh sepanjang kajian ini telah memberi jawapan

kepada soalan kajian yang berikut:

10.1 Adakah penggunaan teknik 3P dapat membantu subjek kajian meningkatkan

kemahiran membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar?

Berdasarkan dapatan yang saya peroleh sepanjang kajian ini dijalankan, terdapat

peningkatan kemahiran membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar. Hal ini dapat

dibuktikan dengan peningkatan prestasi subjek kajian dalam Ujian Pasca yang dijalankan.

Saya telah membandingkan kedua-dua ujian dan hasil dapatan ujian pra dan pasca

menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian subjek kajian yang dijalankan.

Peratus peningkatan pencapaian mereka adalah sebanyak 10% hingga 36% (Rujuk Jadual

5). Walaupun peratus peningkatan mereka agak sedikit namun saya berasa amat berbangga

dan berpuas hati dengan hasil dapatan kajian ini kerana murid sudah mahir dan boleh

membina ayat yang lengkap menggunakan teknik 3P.

Tempoh masa untuk latih tubi menggunakan teknik 3P ini telah dijalankan selama 4

minggu. Masa yang dijalankan ini sudah mencukupi untuk subjek kajian dalam membina

ayat yang gramatis menggunakan teknik yang diperkenalkan ini. Ini telah dibuktikan

dengan masa yang mencukupi untuk menjalankan latih tubi, kemahiran subjek kajian

membina ayat yang gramatis telah meningkat. Selain itu, kemahiran membina ayat yang

gramatis menggunakan teknik 3P berbantukan bahan bantu belajar iaitu permainan roda

kata kerja dan carta teknik 3P telah dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran subjek

dalam membina ayat dengan baik dan berkesan.

47

Dapatan kaedah temu bual juga telah dijalankan bagi mendapat kepastian kesan

penggunaan teknik 3P ini dapat membantu subjek dalam meningkatkan kemahiran mereka

dalam membina ayat yang gramatis. Hasil dapatan temu bual yang dijalankan menunjukkan

mereka telah berjaya membina ayat menggunakan teknik 3P terhadap lembaran kerja yang

diberikan.

10.2 Adakah penggunaan teknik 3P dapat meningkatkan minat subjek kajian

dalam membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar?

Bagi menjawab persoalan kajian ini, saya telah menggunakan kaedah temu bual ke

atas enam orang subjek kajian yang terlibat. Penggunaan kaedah temu bual ini amat

penting bagi mendapat kepastian terhadap minat subjek kajian dalam penggunaan teknik 3P

yang diperkenalkan untuk membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar. Bahkan, saya

dapat mengesan dengan lebih teliti lagi terhadap pandangan subjek kajian semasa

pengajaran teknik 3P yang digunakan dalam kajian ini.

Hasil dapatan temu bual yang dijalankan, membuktikan bahawa subjek kajian

menunjukkan minat terhadap teknik 3P yang diperkenalkan ini. Jawapan mereka terhadap

temu bual ini kebanyakkannya menjawab mereka amat seronok terhadap pengajaran guru

menggunakan carta teknik 3P dan permainan roda kata kerja sebagai salah satu elemen

didik hibur dalam membantu minat subjek kajian terhadap kajian yang dijalankan ini.

Bahkan mereka juga melibatkan diri secara aktif semasa penggunaan carta teknik 3P

digunakan di dalam kelas. Ini juga membuktikan bahawa mereka berasa seronok dan minat

terhadap pengajaran dan pembelajaran yang diajar.

48

Pada pandangan saya, kesemua subjek kajian telah menunjukkan minat dan

potensi diri masing-masing semasa membina ayat menggunakan teknik yang dipelajari.

Penggunaan bahan bantu belajar dalam kajian ini amat penting digunakan bagi memastikan

mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kajian yang dijalankan ini. Pelan

maklumat teknik 3P yang digunakan ini, saya telah membentuk carta supaya dapat

menarik minat subjek kajian terhadap teknik 3P yang diperkenalkan ini. Bagi menarik

minat subjek kajian lagi, elemen didik hibur melalui permainan roda kata kerja amat

penting supaya mereka dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih

berkesan.

10.3 Adakah enam orang subjek kajian tahun 5A dapat membina ayat yang

gramatis selepas menggunakan teknik 3P?

Berdasarkan persoalan ini, saya dapat memberi jawapan bahawa saya telah analisis

dokumen melalui lembaran kerja yang dilaksanakan selepas teknik 3P ini diperkenalkan.

Terdapat dua dokumen yang dianalisis dan dibuat perbandingan iaitu lembaran kerja

membina ayat berdasarkan gambar berpandukan teknik 3P dan lembaran kerja membina

ayat tanpa menggunakan teknik 3P. Latihan berpandukan teknik 3P, subjek kajian

mendapat antara 7 hingga 10 markah manakala latihan tanpa menggunakan teknik 3P

subjek kajian mendapat antara 8 hingga 10 markah. Analisis perbandingan kedua-dua

dokumen ini amat penting bagi memastikan bahawa subjek kajian boleh membina ayat

menggunakan pelan maklumat teknik 3P dan memastikan mereka dapat membina ayat

dengan sendiri tanpa menggunakan pelan maklumat teknik 3P.

Hasil dapatan menunjukkan tahap pencapaian kedua-dua dokumen yang dianalisis

ini telah dapat dikuasai oleh kesemua subjek kajian yang terlibat dalam kajian ini.

49

Pencapaian enam orang subjek kajian ini telah membuktikan bahawa subjek kajian telah

memahami dan sudah boleh membina ayat yang gramatis walaupun tanpa menggunakan

pelan maklumat teknik 3P. Pengalaman latih tubi yang dialami dan dijalani oleh enam

orang subjek kajian sememangnya dapat membantu mereka untuk membina ayat yang

gramatis.

Bagi mengukuhkan lagi persoalan ini, saya juga telah menggunakan senarai semak

pemerhatian berstruktur melalui tingkahlaku subjek kajian semasa melaksanakan ujian

pasca yang dijalankan ini. Saya telah meminta bantuan rakan bagi mengisi borang senarai

semak pemerhatian bagi membuktikan hasil dapatan yang sahih. Hasil analisis telah

menunjukkan 83% subjek kajian bersemangat menjawab soalan yang diberikan dan 100%

subjek kajian dapat menjawab kesemua soalan dengan penuh keyakinan. Hal ini

membuktikan bahawa subjek kajian telah boleh membina ayat yang gramatis setelah

teknik 3P diperkenalkan dan latih tubi diberikan.

50

RUJUKAN

Abdul Aziz Abdul Talib, (1993). Menguji kemahiran bahasa: prinsip, teknik dancontoh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Abdul Abdul Majid Khan. 2008. Guru Sebagai Penyelidik. Selangor. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

Abdul Rahman Haron. 2012. Kajian Tindakan: Teknik “Salak” dalam Menjana Idea Membina Ayat dengan Cepat dan Efektif.

Awang Sariyan. (2001). Pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia: Pemenuhan satu idealism. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Choong,L.K. (2011). Asas Penyelidikan Tindakan Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Corder, S.P, (1981). Error analysis and interlanguage. Oxford: Oxford University Press.

Fuziah binti Ismail. (2011). Meningkatkan Kemahiran Menulis Ayat Gramatis Murid Tahun 5 dalam Penulisan Bahasa Melayu (Bahagian A) Menggunakan Kaedah Pelan Maklumat dan Kata Tanya. Tesis tidak diterbitkan , Panitia Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Jelawat, Bachok, Kelantan.

Hasan Alwi. (1993). Pedoman Umum Pembentukan Istilah. Jakarta. PT Gramedia Widiasarana Indonesia, Jakarta.

Iskandar Muda bin Ishak. (2005). Penggunaan Latih Tubi Dengan Menggunakan Gambar Bagi Meningkatkan Pencapaian Dan Kebolehan Murid Tahun Lima Membina Ayat Bahasa Inggeris. Prosiding Seminar  Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. 26-35

Ismail Zin (2006). Aplikasi Multimedia dalam Pendidikan . Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Juriah Long, Raminah Hj. Sabran dan Sofiah Hamid. (1994). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Glenberg, A.M, Langston, W.E (1992). Comprehension of Ilustrated Text : Pictures help to build mental models. Journal of Memory and Language 31, 129-151

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

51

Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Kelima. (2011). Oxford Pelajar Sdn.Bhd.

Kamaruddin Hjh Husin. (1996). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Sarjana 1986 . Universiti California.

Kamarudin Hj Husin. (1997). Penguasaan Kemahiran Menulis. Selangor. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Kartini Abdul Mutalib. (2012). Menguasai Penyelidikan Tindakan : Untuk PISMP & DPLI. IPG KPM, Kampus Ipoh.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah : huraian sukatan pelajaran Bahasa MelayuTahun 3. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidkan Malaysia, 2003.

Mahzan Arshad. (2008). Pendidikan literasi Bahasa Melayu: strategi perancangan dan pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Majdan Paharal Radzi. (2013). Pendekatan Kaedah Mnemonik dalam Pembelajaran Bahasa Arab (Jqaf). Prosiding Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-Qaf 2013. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Safuan bin Abu Bakar. (2012). Aplikasi S.K.A.B dalam Meningkatkan Kemahiran Murid Membina Ayat Berdasarkan Gambar. Tesis tidak diterbitkan. Institut Pendidikan Kampus Bahasa Melayu.

Mok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi : Murid dan Alam Belajar. Selangor. Penerbit Multimedia Sdn Bhd.

Nik Safiah Karim. “Pencemaran Bahasa Malaysia dan Kesannya terhadap Pengajaran Bahasa Malaysia” dlm. Dewan Bahasa, 24, 9-21, 1980.

Nor Haliza binti Md Thalib. (2013). Menguasai Kemahiran Membina Ayat Berdasarkan Gambar Murid Tahun Empat Menggunakan Modul Membina Ayat (MoMaA). Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail.

Prof. Abdullah Hassan. (2005). Linguistik Am, Siri Pengajaran dan Pembelajaran . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Robert F. Mager Penterjemah Saat Md Yassin. (2010). Aplikasi Teknik Mendorong Pelajar Belajar Tanpa Membunuh Semangat Mereka. Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad & Institut Aminuddun Baki.

Sulaiman Masri. (2006). Bahasa Melayu Rujukan Menengah.Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

52

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II Siri Pendidikan Guru. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Sharifah Nor Syed Abd Rahman. (2007). Bahasa Melayu Kertas 1 & 2. Selangor. Arah Pendidikan Sdn Bhd.

Wan Nurulhawani. (2013). Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat yang Gramatis Murid 5 Bestari Menggunakan Teknik SiBuDAM. Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail.

Zahratulnadirah Binti Ibrahim. (2009). Kesan Rumus “WAT” dalam Membantu Murid Tahun Lima Membina Ayat Gambar Tunggal Bahasa Melayu. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 56-68.

53

LAMPIRAN A

PELAN TINDAKAN KAJIAN

BULAN MINGGU TARIKH PERKARA

Julai 3 19 Julai – 31 Julai2014

Tinjauan Awal:- Mengenal pasti masalah murid- Pengumpulan maklumat diri

tentang murid- Merangka kajian tindakan

Ogos 4 1 Ogos – 31 Ogos 2014

Penyediaan kertas cadangan:- Merangka proposal kajian

tindakan - Menyediakan proposal kajian

tindakan Penyediaan instrument kajian:- Mereka bentuk soalan untuk

ujian pra dan pascaSeptember 4 1 September – 30

September 2014Analisis dan tinjauan awal:- Merekod, menganalisis dan

membuat laporan ujian pra.

Oktober 4 1 Oktober – 31 Oktober 2014

Pelaksanaan kaedah intervensi:- Melaksanakan kaedah

intervensi yang telah dikenal pasti.

Januari 4 1 Januari – 30 Januari2015

Pelaporan analisis dan interpretasi data

Februari 3 1 Februari – 28 Februari 2015

Membuat rumusan dapatan kajian

Mac 4 1 Mac – 21 Mac 2015

Pelaporan lengkap kajian tindakan

54

LAMPIRAN B

KOS KAJIAN

Bil Jenis Bahan Kuantiti x harga seunit Jumlah Kos

1 Kertas A4 2 rim X RM 9 RM 18.00

2 Dakwat cetakan komputer 1 X RM 75 RM 75.00

3 Fotostat bahan dan laporan kajian RM 50.00

4 Kad imbasan kosong 20 set X RM 3 RM 60.00

5 Fail murid 6 X RM 1 RM 6.00

6 Fail guru 1 X RM 3 RM 3.00

7 Marker pen 1set X RM 15 RM 15.00

8 Kertas A4 berwarna 1 rim X RM 9 RM 9.00

9 Kad manila 4 X RM1.00 RM 4.00

10 Kad board 4 X RM 3.00 RM 12.00

11 Plastik liminate 10 X RM 1.00 RM 10.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 259.00

55

LAMPIRAN C

SENARAI SEMAK PEMERHATIAN BERSTRUKTUR

Nama murid : ……………………………………………………………..

Tahun : …………………………………………………………….

Item Pernyataan Jawapan

Ya

( / )

Tidak

( x )

1 Murid dapat mengenal pasti kata kerja

menggunakan teknik 3P.

2 Murid dapat mengenal pasti kata

hubung menggunakan teknik 3P.

3 Murid dapat memahami cara membina

ayat yang gramatis menggunakan teknik

3P.

4 Murid dapat mengisi maklumat dengan

betul dan tepat untuk membina ayat

yang gramatis menggunakan teknik 3P.

5 Murid menjawab soalan dengan penuh

bersemangat.

6 Murid dapat menjawab semua soalan

yang diberikan oleh guru.

Peratus (%) :

Ya :………………… Tidak :……………...

56

LAMPIRAN D

UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA

AKTIVITI 1

Arahan : Sambungkan frasa-frasa yang berikut supaya menjadi

ayat yang lengkap.

1. Fitri dan kawan-kawannya

________________________________________________________________

________________________________________________________________

2. Seorang budak lelaki

________________________________________________________________

________________________________________________________________

3. Pegawai polis itu

________________________________________________________________

________________________________________________________________

4. Pak Seman dan isterinya

________________________________________________________________

________________________________________________________________

5. Dompet itu diserahkan

________________________________________________________________

________________________________________________________________

6. Ibu sedang

________________________________________________________________

________________________________________________________________

57

20

7. Adik Mira sedang menolong

________________________________________________________________

________________________________________________________________

8. Jalur Gemilang

_________________________________________________________________

________________________________________________________________

9. Encik Ramli berasa bersyukur

________________________________________________________________

_________________________________________________________________

10. Kami sekeluarga

________________________________________________________________

________________________________________________________________

58

LAMPIRAN E

LEMBARAN KERJA

MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR

MENGGUNAKAN TEKNIK 3P

Tulis lima ayat lengkap tentang suasana di stesen kereta api berdasarkan gambar di bawah

ini.

PANDUAN 1 PANDUAN 2 PANDUAN 3

S(SIAPA)

AB(APA/BAGAIMANA)

DBM(DI MANA / BILA /MENGAPA)

…………… ……………………….. ……………………………………

…………… ………………………….. …………………………………

…………… ………………………… …………………………………….

…………… ………………………… ……………………………………

…………… ………………………… ……………………………………

59

1

LEMBARAN KERJA

MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR

MENGGUNAKAN TEKNIK 3P

Tulis lima ayat lengkap tentang suasana pertandingan lukisan di dalam sebuah dewan

berdasarkan gambar di bawah ini.

LEMBARAN KERJA

MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR

MENGGUNAKAN TEKNIK 3P

60

3

2

PANDUAN 1 PANDUAN 2 PANDUAN 3

S(SIAPA)

AB(APA/BAGAIMANA)

DBM(DI MANA / BILA

/MENGAPA)

…………… ……………………….. …………………………………

…………… ………………………….. …………………………………

…………… ………………………… ………………………………..

…………… ………………………… ……………………………

…………… ………………………… …………………………………

Tulis lima ayat lengkap tentang suasana di sebuah pejabat pos berdasarkan gambar di

bawah ini.

LEMBARAN KERJA

MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR

MENGGUNAKAN TEKNIK 3P

Tulis lima ayat lengkap tentang suasana gotong-royong di balai raya berdasarkan gambar di

bawah ini.

61

4

PANDUAN 1 PANDUAN 2 PANDUAN 3

S(SIAPA)

AB(APA/BAGAIMANA)

DBM(DI MANA / BILA

/MENGAPA)

…………… ……………………….. …………………………………

…………… ………………………….. …………………………………

…………… ………………………… ………………………………..

…………… ………………………… ……………………………

…………… ………………………… …………………………………

LEMBARAN KERJA

MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR

MENGGUNAKAN TEKNIK 3P

Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti-aktiviti di taman permainan berdasarkan gambar di

bawah ini.

62

5

PANDUAN 1 PANDUAN 2 PANDUAN 3

S(SIAPA)

AB(APA/BAGAIMANA)

DBM(DI MANA / BILA

/MENGAPA)

…………… ……………………….. …………………………………

…………… ………………………….. …………………………………

…………… ………………………… ………………………………..

…………… ………………………… ……………………………

…………… ………………………… …………………………………

LAMPIRAN F

LEMBARAN KERJA

MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR TANPA

MENGGUNAKAN TEKNIK 3P

63

1

PANDUAN 1

PANDUAN 2 PANDUAN 3

S(SIAPA)

AB(APA/BAGAIMANA)

DBM(DI MANA / BILA

/MENGAPA)

…………… ……………………….. …………………………………

…………… ………………………….. …………………………………

…………… ………………………… ………………………………..

…………… ………………………… ……………………………

…………… ………………………… …………………………………

10

Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah ini.

1.______________________________________________________

_______________________________________________________

2.______________________________________________________

________________________________________________________

3.______________________________________________________

________________________________________________________

4.______________________________________________________

________________________________________________________

5.______________________________________________________

________________________________________________________

LEMBARAN KERJA

MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR TANPA

MENGGUNAKAN TEKNIK 3P

Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah ini.

64

2

10

1.______________________________________________________

____________________________________________ ___________

2.______________________________________________________

________________________________________________________

3.______________________________________________________

________________________________________________________

4.______________________________________________________

________________________________________________________

5.______________________________________________________

________________________________________________________

LEMBARAN KERJA

MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR TANPA

MENGGUNAKAN TEKNIK 3P

Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah ini.

65

3

10

1.________________________________________________________

_________________________________________________________

2.________________________________________________________

_________________________________________________________

3._______________________________________________________

_________________________________________________________

4._______________________________________________________

_________________________________________________________

5._______________________________________________________

_________________________________________________________

LEMBARAN KERJA

MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR TANPA

MENGGUNAKAN TEKNIK 3P

Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah ini.

66

4

10

1._______________________________________________________

________________________________________________________

2.______________________________________________________

________________________________________________________

3.______________________________________________________

________________________________________________________

4.______________________________________________________

________________________________________________________

5.______________________________________________________

________________________________________________________

LEMBARAN KERJA

MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR TANPA

MENGGUNAKAN TEKNIK 3P

Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah ini.

67

5

10

1.______________________________________________________

_______________________________________________________

2.______________________________________________________

________________________________________________________

3.______________________________________________________

________________________________________________________

4.______________________________________________________

________________________________________________________

5.______________________________________________________

________________________________________________________

LAMPIRAN G

SOALAN TEMU BUAL

68

1. Adakah teknik 3P yang diajar oleh cikgu dapat memudahkan kamu membina ayat?

2. Adakah kamu faham pengajaran cikgu menggunakan teknik 3P dalam

membina ayat berdasarkan gambar?

3. Adakah menggunakan teknik 3P ini dapat membantu kamu meningkatkan

kefahaman dan kemahiran dalam membina ayat yang gramatis?

4. Adakah pengajaran guru dapat menarik minat kamu untuk membina ayat?

LAMPIRAN H

PENGGUNAAN CARTA TEKNIK 3P DALAM MEMBINA AYAT YANG

GRAMATIS

69

70