edit perfect score

Download Edit Perfect Score

Post on 16-Jul-2015

313 views

Category:

Documents

4 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Bahagian A: Soalan Objektif 1. Hidrogen klorida yang dilarutkan dalam metilbenzena tidak dapat menunjukkan sifat sifat asid. Ini disebabkan ia A tidak menghasilkan ion-ion hidrogen bebas dalam metilbenzena B tidak dapat larut dalam metilbenzena C terion sedikit sahaja dalam metilbenzena D merupakan sejenis sebatian kovalen W X Y Z

Kalsium karbonat kering 2.

Ketulan zink

Larutan natrium karbonat

Kertas litmus biru

RAJAH 1 Rajah 1 menunjukkan empat bikar, tiap-tiap sebuah bikar mengandungi asid etanoik kering. Serbuk kalsium karbonat kering, ketulan zink, larutan natrium karbonat dan kertas litmus biru kering masing-masing dimasukkan ke dalam bikar W, X, Y dan Z. Dalam bikar manakah tindak balas kimia akan berlaku? A W B X C Y D Z

3.

Persamaan yang manakah antara berikut menunjukkan tindak balas peneutralan I Zn(p) + 2HCl(ak) ZnCl2 (ak) + H2 (g) II CuO(p) + 2HNO3 (ak) Cu(NO3)2(ak) + H2O(ce) III Ba(OH)2(ak) + 2HCl(ak) BaCl2(ak) + 2H2O(ce) IV 2NaCl(ak) + H2SO4(ak) Na2SO4(ak) + 2HCl(ce) A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

4.

Yang manakah pernyataan berikut benar mengenai alkali. I Semua alkali mengandungi ion natrium atau ion kalium. II Alkali bertindak balas dengan zink untuk membebaskan gas hidrogen. III Alkali bertindak balas dengan serbuk marmar untuk membebaskan gas karbon dioksida. IV Apabila suatu alkali bertindak balas dengan suatu asid proses peneutralan berlaku. A. I sahaja B. I dan IV sahaja C. I dan III sahaja D. IV sahaja

5. Larutan yang manakah antara berikut mempunyai nilai pH yang paling tinggi? A. asid etanoik 0.1 mol dm-3 B. asid sulfurik 0.1 mol dm-3 C. Larutan ammonia 0.1 mol dm-3 D. Larutan natrium hidroksida 0.1 mol dm-3

6. Antara asid-asid yang berikut apabila dilarutkan dalam air dapat menghasilkan 2 mol ion H+ ? I 1 mol asid metanoik HCOOH II 1 mol asid etanadioik (COOH)2 III 1 mol asid etanoik CH3COOH IV 1 mol asid sulfurik H2SO4 A. I dan III sahaja B. II dan IV sahaja C. I, II dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

7. Hitungkan isipadu gas hidrogen yang terbebas pada s.t.p apabila zink berlebihan ditambahkan kedalam 20 cm3 asid sulfurik 0.5 mol dm-3 [ 1 mol gas menempati 22.4 dm3 pada s.t.p ] A. 448 cm3 B 224 cm3 C 22.4 cm3 D 0.224 cm3 Pb(NO3)2 (ak) + K2CrO4 (ak) p PbCrO4 (p) + 2KNO3 (ak) 8. Dari persamaan di atas ,larutan yang manakah di antara berikut hanya cukup untuk bertindak balas sepenuhnya dengan 20 cm3 1 mol dm3 larutan kalium kromat (VI) ? A 10 cm3 1 mol dm-3 larutan plumbum (II) nitrat B 20 cm3 1 mol dm-3 larutan plumbum (II) nitrat C 40 cm3 1 mol dm-3 larutan plumbum (II) nitrat D 20 cm3 2 mol dm-3 larutan plumbum (II) nitrat 9. Magnesium sulfat dapat disediakan dengan menambahkan I Magnesium karbonat dan asid sulfurik cair. II Magnesium oksida dan asid sulfurik cair. III Magnesium dan asid sulfurik cair. IV Magnesium dan larutan kuprum(II) sulfat A I dan IV sahaja C. I,II, dan III sahaja B II dan III sahaja D I,II,III dan IV sahaja 10. Di antara garam-garam berikut,yang manakah tidak larut dalam air? I Plumbum (II) nitrat III Zink klorida II Magnesium sulfat IV Kuprum (II) karbonat A I sahaja B I dan II sahaja C I,II dan III sahaja D IV sahaja 11 Kaedah yang terbaik untuk menyediakan garam plumbum(II) sulfat ialah tindak balas antara A plumbum(II) oksida dan asid sulfurik B plumbum karbonat dengan asid sulfurik C plumbum nitrat dan natrium sulfat D. plumbum dengan asid sulfurik

12. Antara berikut yang manakah merupakan kaedah terbaik untuk mendapat hablur zink nitrat daripada larutan zink nitrat?

A. Sejatkan larutan zink nitrat melalui pemanasan sehingga tepu, biarkan larutan menyejuk dan kemudiaan turaskan. B. Gantungkan seketul kecil hablur zink nitrat ke dalam larutan zink nitrat di sebuah bikar selama beberapa hari. C. Sejukkan larutan zink nitrat dengan menggunakan ais D. Goncangkaa larutan zink nitrat dengan kalsium klorida kontang(agen pengering) dan kemudian turaskan. 13. Satu karbonat putih Y telah terurai apabila dipanaskan dengan kuat di dalam sebuah tabung uji. Baki yang sejuk itu berwarna kuning, yang manakah di antara berikut Y? A. Natrium karbonat B. Kuprum(II) karbonat C. Plumbum(II) karbonat D. Zink karbonat

14 . Apabila larutan kalium iodida dicampurkan dengan larutan X, didapati mendakan kuning terhasil. Mendakan itu larut apabila campuran itu dipanaskan tetapi terhasil semula apabila campuran itu disejukkan. Larutan Q mungkin mengandungi ion A. Fe2+ B. Pb2+ C. Al3+ D. Zn2+ 15. Ammonia berair yang berlebihan dicampurkan kepada larutan berasingan mengandungi kation-kation berikut: Natrium, magnesium, zink, ferum(III) dan kuprum(II). Pemerhatian yang manakah di bawah adalah benar? Kation Magnesium Zink Ferum(III) Kuprum(II) Pemerhatian Tidak ada perubahan yang jelas Pemendakan putih, tak larut apabila berlebihan Pemendakan perang kemerahan, tak larut apabila berlebihan Pemendakan biru, tak larut apabila berlebihan

A B C D

Bahagian B: Soalan struktur 1. Rajah 2 di bawah menunjukkan maklumat tentang satu bahan kimia Bahan M: asid etanoik glasial Formula: CH3COOH Jenis asid: asid lemah RAJAH 2 a) Apakah dimaksudkan dengan asid lemah? _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ (2 markah) b) Bahan M dicampurkan dengan serbuk natrium karbonat i. Nyatakan apakah yang dapat diperhatikan? ___________________________________________________________________

(1 markah) ii. Terangkan jawapan anda dalam b (i) ___________________________________________________________________ (1 markah) c) Bahan M dicairkan dengan air suling. Sebanyak 25.0 cm3 larutan natrium hidroksida akueus 1.0 mol dm-3 dititratkan lengkap dengan larutan akueus M itu menggunakan penunjuk fenoftalein. i. Nyatakan perubahan warna penunjuk semasa pentitratan ___________________________________________________________________ (1 markah) ii. Hitungkan isipadu larutan M jika kepekatannya ialah 2 mol dm-3 bagi pentitratan lengkap.

( 3 markah) d) Nyatakan satu kegunaan bahan M dalam kehidupan seharian. ______________________________________________________________________ (1 markah)2.

Asid nitrik cair X Larutan natrium hidroksida Plumbum(II) nitrat Larutan kuprum(II) klorida Z dan kuprum(II) nitrat Nitrogen dioksida

RAJAH 3

Y dan natrium nitrat

Rajah 3 di atas menunjukkan pembentukan plumbum(II) nitrat dan perubahannya kepada beberapa bahan kimia lain. a) X ialah serbuk kuning yang boleh bertindak balas dengan asid nitrik cair untuk menghasilkan plumbum(II) nitrat. apakah nama bahan X? _______________________________________________________________________ (1 markah) b) Larutan natrium hidroksida cair ditambah sedikit demi sedikit kepada larutan plumbum(II) nitrat sehingga tiada perubahan. Apakah yang dapat diperhatikan?

_______________________________________________________________________ (2 markah) c) Apabila larutan plumbum(II) nitrat dicampur dengan larutan kuprum(II) klorida dalam sebuah tabung didih, bahan Z dan kuprum(II) nitrat terbentuk. (i) Apakah yang dapat diperhatikan apabila tabung didih itu dipanaskan dan kemudian disejukkan semula? _______________________________________________________________________ (2 markah) (ii) Namakan bahan Z. _______________________________________________________________________ (1 markah) (iii) Tuliskan persamaan ion untuk menunjukkan pembentukan bahan Z. _______________________________________________________________________ (1 markah) (iv) Bagaimanakah anda dapat mengasingkan bahan Z daripada kuprum(II) nitrat? _______________________________________________________________________ (1 markah) d) Satu eksperimen ringkas boleh dijalankan dalam makmal untuk menghasilkan nitrogen dioksida daripada plumbum(II) nitrat. (i) Nyatakan dengan ringkas bagaimana eksperimen ini dijalankan. _______________________________________________________________________ (1 markah) (ii) Apakah yang dapat diperhatikan dalam eksperimen ini? ______________________________________________________________________ (1 markah) Bahagian C: Soalan esei Jawab Semua Soalan a) (i) Nyatakan dua sifat fizik untuk alkali (ii) Nyatakan dua sifat kimia untuk asid [4 markah] b) Terangkan dengan ringkas peranan yang dimainkan oleh air untuk menyebabkan wujudnya sifat-sifat alkali dan asid. [4 markah] c) Dengan menggunakan contoh yang sesuai terangkan mengapa alkali lemah dan alkali kuat yang sama kepekatan mempunyai nilai pH yang berbeza [6 markah] d) (i) Nyatakan tiga jenis tindak balas penyediaan garam terlarutkan (ii) Bagi tiap-tiap jenis tindak balas, tuliskan satu persamaan kimia untuk garam yang disediakan melalui tindak balas yang dinyatakan [6 markah]

2. a) Nyatakan dua jenis tindak balas dalam kaedah untuk menyediakan plumbum(II) nitrat. Dengan menggunakan salah satu daripada kaedah yang anda nyatakan itu, huraikan bagaimana anda dapat menyediakan sedikit hablur plumbum(II) nitrat kering [10] b) Tiga larutan akueus yang tidak berwarna masing-masing di dalam botol reagen telah tertanggal labelnya. Anda diberitahu bahawa tiga larutan itu ialah asid nitrik, larutan natrium hidroksida dan larutan natrium nitrat. Bagaimanakah anda menjalankan ujian kimia untuk mengesahkan setiap larutan akueus tersebut tanpa menggunakan penunjuk? [10]

Soalan Kertas 3 1. Seorang guru terjumpa satu kelalang volumetrik berlabel larutan natrium hidroksida berair tetapi tidak ditulis kepekatannya. Untuk menentukan kepekatan larutan natrium hidroksida itu, guru itu bercadang menjalankan pentitratan larutan natrium hidroksida dengan asid sulfurik cair. Eksperimen itu dijalankan dengan menggunakan 25.0 cm3 larutan natrium hidroksida dan dititratkan dengan asid sulfurik 0.2 mol dm-3 dengan penunjuk metil jingga. Pentitratan dijalankan sebanyak tiga kali dan bacaan pada buret d