folio gerko edit

Click here to load reader

Post on 13-Jun-2015

3.647 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

1. PENGENALAN KEPADA GERAK KERJA KOKURIKULUM SEKOLAH PENGENALAN GERAK KERJA KOKURIKULUM (GERKO) DEFINISI - aktiviti-aktiviti yang bercorak pendidikan yang dikendalikan di dalam atau di luar bilik darjah yang menyediakan pengalaman-pengalaman pembelajaran. - merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah , wajib untuk setiap pelajar HASIL PEMBELAJARAN i. Memahami konsep, matlamat dan strategi GERKO ii. Melaksanakan aktiviti-aktiviti kokurikulum mengikut sukatan pelajaran KONSEP GERKO menyediakan pengetahuan dan pengalaman bagi perkembangan mental, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nhlai-nilai estetika serta sosial yang positif. Oleh itu, GERKO merupakan satu cara untuk mencapai matlamat pendidikan. MATLAMAT Matlamat utama Menyemai kesedaran dan kepatuhan terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan. Matlamat lain (4P) perkembangan mental dan sahsiah interaksi dan integrasi murid yang dipelajari daiam bilik daijah minat, bakat dan kemahiran murid disiplin murid suasana sekolah yang lebih menarik penglibatan ibu bapa dan masyarakat masa lapang murid

STRATEGI PELAKSANAAN MEMBERI - wajaran yang sesuai kepada GERKO supaya kurikulum dan GERKO boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah - penghargaan kepada murid dan pihak lain dan semasa ke semasa MENAMBAHKAN LAGI BILANGAN DAN MEMPELBAGAIKAN -GERKO dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu, kumpulan dan beramai-ramai. MELIBATKAN murid dan semua kaum untuk tujuan pemupukan perpaduan - Munid dan pihak sekolah dalam gerak kerja khidmat masyarakat - JBPS, PIBG, guru-guru dan murid-murid dalam perancangan dan pelaksanaan GERKO MERANCANG - Bagi menetapkan matlamat yang dikehendaki MEREKOD DAN MENILAI kemajuan GERKO MENGADAKAN - pertandingan dengan melibatkan semua murid - penyeliaan dan penilaian yang sistematik secara berterusan. KOMPONEN / BIDANG GERKO Unit beruniform Sukan Persatuan

CARTA ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH (JAWATANKUSA INDUK)

Pengetua (Penaung)

Guru Penolong Kanan HEM (Pengerusi)

Penyelaras Kokurikulum

Guru Penasihat Unit Beruniform

Guru Penasihat Sukan

Guru Penasihat Persatuan

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA KERJA

Guru Penasihat

Pengerusi (murid)

Ahli Jawatankuasa (murid)

AKTA DAN PERATURAN-PERATURAN AM PELAKSANAAN GERKO Kepentingan GERKO termaktub dalam akta pelajaran 1961 dan 1996, iaitu: Akta Pelajaran 1961 - Bahagian Kursus-kursus Pengajian Sekolah dikehendaki menyenaraikan aktivitiaktiviti kokurikulum sebagai elemen kursus dalam kurikulum sekolah yang perlu dijalankan di semua sekolah. - Penyertaan murid dalam kokurikulum wajib. Akta Pelajaran 1996 Menegaskan kepentingan GERKO dalam inembentuk insan murid yang harmonis. PENILAIAN GERKO Dl SEKOLAH RENDAH Objektif Penilaian Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum yang boleh diterima pakai oleh semua sekolah Membantu Bahagian Pengajian Tinggi dalam rnembuat penilaian kernasukan pelajar-pelajar ke IPT Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh di kalangan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Kaedah Penilaian Buku Panduan Penilaian yang dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia digunakan untuk menilai penyertaan murid serta pencapaian objektif. Dinilai pada akhir setiap tahun

Penyelaras Kokurikulum

Aspek Penilaian Aspek Kehadiran Pencapaian Penglibatan Jawatan disandang % Markah 50 20 20 10 Gred A B C D E % Markah 80 100 60 79 40 59 20 39 19 ke bawah

2. PENUBUHAN UNIT UNIT GERAK KERJA KOKURIKULUM

PROSEDUR PENUBUHAN UNIT-UNIT BERBADAN INDUK

Pengetua / guru berkenaan mengadakan perbincangan dengan badan induk

Mengisi borang permohonan yang dikeluarkan oleh badan induk. Sediakan maklumat yang diperlukan mengikut peraturan badan induk seperti permohonan tauliah pemimpin.

Menghantar borang kepada Setiausaha / Pesuruhanjaya di daerah atau negeri badan induk untuk diproses.

Pengumuman pendaftaran menjadi ahli pertubuhan bermula sementara menunggu kelulusan daripada ibu pejabat badan induk

Mendapat kelulusan atau sijil pendaftaran daripada ibu pejabat badan induk dan mendaftar ahli secara rasmi.

PROSEDUR PENUBUHAN UNIT-UNIT YANG TIADA BADAN INDUK

Pengetua berunding dengan guru yang terlibat sebagai penasihat atau jurulatih

Pihak sekolah memaklumkan Pejabat Pendidikan Daerah, jika perlu

Guru mencari ahli, mengadakan perjumpaan, melantik jawatankuasa dan melaksanakan aktiviti.

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN Pertubuhan Badan Induk (ditubuhkan di bawah Akta Parlimen) mempunyai perlembagaan yang ditetapkan oleh badan induk. Perlembagaan menetapkan tugas dan hak jawatankuasa serta ahli.

FUNGSI PERLEMBAGAAN Sebagai panduan dan pedoman untuk menggerakkan pertubuhan Untuk melicinkan perjalanan sesuatu pertubuhan. Sebagai titik rujukan apabila timbul masalah mengenai perjalanan pertubuhan Nama dan alamat pertubuhan Matlamat Keahlian Jawatankuasa pertubuhan termasuk bilangan dan bidang tugas j awatankuasa Kewangan

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN

Pembatalan dan pembubaran pertubuhan Pindaan perlembagaan Mesyuarat

KANDUNGAN TAMBAHAN diperlukan dalam perlembagaan mengikut kehendak dan tujuan pertubuhan. Antaranya ialah: lencana atau logo pertubuhan. cogan kata: Selalu Sedia adalah cogan kata bagi Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Disiplin dan tatatertib pertubuhan.

PELANTIKAN DAN PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA A. Proses Pemilihan ahli jawatankuasa Biasanya dilakukan dalam Mesyuarat Agung. Semua ahli berhak sepenuhnya mencalon dan memilih sesiapa daripada kalangan ahli untuk menjadi AJK. Pemilihan dijalankan secara undian (angkat tangan / undi sulit) Jawatan yang dipertandingkan: Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari Jawatankuasa Kerja B. Proses pelantikan ahli jawatankuasa kebanyakannya berlaku dalam unit beruniform. Penasihat akan melantik AJK berdasarkan ujian kecekapan tertentu. Contoh: Ketua kump Pengakap dilantik daripada pelajar yang mencapai tahap kebolehan tertinggi. C. Ada pertubuhan menggabungkan proses pemilihan dan perlantikan.

Sebagai contoh, Pengerusi yang dipilih berhak melantik Setiausaha di kalangan ahli pertubuhan. Oleh itu, jawatan Setiausaha tidak dipertandingkan. STRUKTUR ORGANISASI JAWATANKUASA

Pengetua (Penaung)

Penasihat (Guru)

Pengerusi

Naib Pengerusi

Setiausaha Jawatankuasa Kerja BIDANG TUGAS AJK Pengerusi

Bendahari

Mengurus dan mentadbir pertubuhan mengikut perlembagaan. Melaksanakan keputusan mesyuarat agung dan mesyuarat jawatankuasa kecil. Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti pertubuhan.

Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang diperuntukan dalam perlembagaan.

Setiausaha Menyimpan pendaftaran keahlian. Bertanggungjawab dalam urusan surat menyurat dengan badan luar, pentadbir sekolah dan ahli pertubuhan. Menjemput dan mengedar surat memanggil semua jenis mesyuarat. Bekerjasama dengar pengerusi bagi mentadbir dan mengurus pertubuhan. Menjalankan tugas seperti ketetapan yang diperuntukan dalam perlembagaan.

Bendahari Menyimpan rekod dan stok harta pertubuhan. Memungut yuran dan menyimpan penyata pemungutan yuran. Memungut dan menyimpan penyata keluar masuk wang mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan. Menyimpan dan menyiapkan penyata kira-kira. Menjalankan tugas seperti ketetapan yang diperuntukan dalam perlembagaan.

Guru Penasihat Memberi panduan, nasihat, bimbingan dan sebagainya kpd Jawatankuasa dalam aspek pentadbiran dan melaksanakan aktiviti. Melaksana dan menentukan polisi Kementerian Pendidikan, Pejabat Pendidikan Negari & Daerah, sekolab dijalankan dengan berkesan. Menghadiri dan memberi nasihat dalam mesyuarat agung dan mesyuarat jawatankuasa. Menjadi pengantara antara pentadbir sekolah dan murid. Memberi tunjuk ajar dan latihan kepada murid.

3. SISTEM FAIL DAN SURAT MENYURAT

DEFINISI Fail ialah proses menyimpan segala rekod dan dokumen untuk simpanan selamat atau satu rangkaian aktiviti yang bermula dan berakhir pada titik yang sama. Faedah: Mudah mencari sesuatu rekod apabila diperlukan tanpa membuang masa. Maklumat dan rekod tidak hilang, mudah disediakan dan simpan. Menambah kecekapan mentadbir dan mengurus sesuatu organisasi. Memudahkan membuat rujukan apabila diperlukan.

SISTEM PENGKELASAN FAIL Pengkelasan mengikut abjad Pengkelasan mengikut perkara Pengkelasan mengikut angka Pengkelasan mengikut tempat atau kawasan.

CIRI-CIRI UMUM SISTEM FAIL Sesuatu dokumen mudah dicari dan diperoleh dengan cepat apabila diperlukan. Sistem fail tidak kompleks, iaitu mudah dikendalikan dan difahami serta tidak mengelirukan. Sistem fail perlu disesuaikan dengan keperluan organisasi. Sistem fail boleh diubahsuaikan mengikut kehendak dan keadaan organisasi. Pengubahsuaian bermaksud membesarkan dan mengecilkan sistem fail. Sistem fail perlu melibatkan kos dan ruang yang paling minimum.

Dokumen yang difailkan mendapat perlindungan keselamatan daripada kebakaran, kekotoran, bencana alam dan kebocoran rahsia organisasi.

SAMPUL KECIL - Merupakan fail sementara - Mengandungi satu tajuk sahaja - Fail ini tidak aktif Bila digunakan? - Digunakan sebagai fail sementara apabila fail asalnya tidak ditemui. - Apabila fail asal ditemui, fail sementara ini hendaklah ditutup dan dimasukkan ke dalam fail besar. KERTAS MINIT Mengandungi senarai surat yang masuk dan keluar dengan memberi nombor rujukan. Warna dakwat yang berbeza digunakan untuk membezakan surat masuk dan surat keluar. PENUTUPAN FAIL Bila ditutup? Apabila fail telah mengandungi 100 kandungan atau difikirkan terlalu tebal. Prosedur Fail yang ditutup hendaklah dicatat dengan JILID 1. Fail baru dibuka dan dicatat dengan JILID 2. Nombor rujukan yang sama