m5 kriteria pemilihan

33
TAJUK 5 (ISL 3) KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI Di sediakan oleh : Nur Shamimi binti Jamudin Basirah binti Ya’acob Athirahshazana binti Zakaria Norshuhaida binti Masre PISMP AMBILAN JAN 2011 (UNIT J2) IPG KAMPUS IPOH

Upload: shamimi-jamudin

Post on 27-Jun-2015

1.699 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: M5   kriteria pemilihan

TAJUK 5 (ISL 3)

KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI

Di sediakan oleh :Nur Shamimi binti Jamudin

Basirah binti Ya’acobAthirahshazana binti Zakaria

Norshuhaida binti Masre

PISMP AMBILAN JAN 2011 (UNIT J2)IPG KAMPUS IPOH

Page 2: M5   kriteria pemilihan

INFRASTRUKTUR DAN TENAGA PENGAJAR

Faktor utama yang harus diteliti ialah :

1. Kemudahan2. Peralatan3. kepakaran

Page 3: M5   kriteria pemilihan

1. Kemudahan

i. Kedudukan Sekolah

(a) Kawasan bandar - Kewujudan pertubuhan tertentu di

bandar secara tidak langsung yang ada. - Di kawasan bandar terdapat

persatuan- persatuan yang diikhtiraf oleh badan- badan kebangsaan yang membolehkan guru mengambil bahagian untuk mendapatkan sijil-sijil yang

melayakkan mereka untuk mengajar sesuatu kemahiran atau sukan.

Page 4: M5   kriteria pemilihan

(b) Kawasan luar bandar - Agak terhad kerana kepakaran dikalangan guru dan orang luar amat

kurang sekali. - Penglibatan mereka dalam gerak kerja kokurikulum sangat sedikit kerana

mereka sibuk dengan tugas menyara hidup. - Kegiatan-kegiatan luar kelas juga terhad

dan secara tidak langsung menghadkan

penyertaan murid-murid untuk terlibat dalam aktiviti

fizikal.

Page 5: M5   kriteria pemilihan

ii. Kemampuan Kewangan Sekolah

Peruntukan kewangan bergantung kepada kapasiti pelajar.

Sekolah yang mempunyai pelajar yang ramai mempunyai peruntukan lebih banyak.

Page 6: M5   kriteria pemilihan

iii. Kemudahan-kemudahan

Setiap kemudahan yang terdapat di sekolah perlu diekploitasikan untuk digunakan semasa proses pemilihan aktiviti.

Sekiranya kemudahan-kemudahan yang tidak mencukupi, pihak pentabiran sekolah perlu menggunakan kemudahan yang berhampiran dengan sekolah bagi mengelakkan pembaziran masa dan kos.

Page 7: M5   kriteria pemilihan

iv. Tenaga Pengajar

Ketiadaan tenaga pengajar yang berkebolehan di dalam sesuatu bidang sedikit sebanyak menjejaskan perancangan.

Pemilihan aktiviti berdasarkan kepada kepakaran guru.

Latihan kemajuan tenaga pengajar perlu dititik beratkan bagi membentuk guru yang mempunyai pengetahuan terkini dalam aktiviti fizikal.

Page 8: M5   kriteria pemilihan

2. Peralatan

Harus diteliti yang menjadi asas yang penting dalam memilih alatan ialah faktor keselamatan pengguna.

Kualiti alat juga perlu dipertimbangkan.

Page 9: M5   kriteria pemilihan

3. Kepakaran

Para guru perlu mempunyai kepakaran untuk menangani sebarang kemungkinan semasa dan selepas sesuatu aktiviti dijalankan.

Pengetahuan dan kepatuhan terhadap prosedur dan disiplin dalam aktiviti-aktiviti Pendidikan Jasmani perlu kerana ia dapat mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku.

Page 10: M5   kriteria pemilihan

Garis panduan yang perlu dipatuhi bagi mengurangkan

risiko dalam Pendidikan Jasmani:Pastikan bahawa murid yang menjalankan aktiviti

cergasAktiviti yang dipilih perlu bersesuaian dengan

umur dan kebolehan muridAktiviti yang dipilih perlu diluluskan oleh badan

profesional dan sekolahGuru yang menggendalikan aktiviti fizikal atau

kokurikulum mempunyai kepakaranArahan yang diberikan jelas, betul dan pelakuan

memanaskan badan bersesuaian dengan aktiviti yang bakal dijalankan terutama aktiviti yang berisiko seperti permainan ragbi.

Kemudahan dan peralatan yang digunakan bersesuaian dengan aktiviti.

Page 11: M5   kriteria pemilihan

PERKEMBANGAN MURID

Di kategori kepada domain-domain berikut:

Domain Kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.

Domain Afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.

Domain Psikomotor melibatkan perkembagan kemahiran fizikal pelajar.

Domain Sosial melibatkan perkembangan perhubungan sosial pelajar.

Page 12: M5   kriteria pemilihan

1. Domain Kognitif

Menjadi fokus utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Taksonomi Bloom membahagikan domain kognitif ini kepada enam (6) peringkat, yang bermula dengan tahap yang mudah dicapai kepada tahap yang sukar dicapai.

Page 13: M5   kriteria pemilihan

Taksonomi objektif domain kognitif Bloom

Penilaian

Sintesis

Aplikasi

Analisis

Kefahaman

Pengetahuan

Page 14: M5   kriteria pemilihan

Perkembangan domain kognitif pelajar melibatkan cara berfikir, merasa dan bertindak.

Penyusunan domain kognitif perlu mengikut keupayaan pelajar dari mudah kepada yang lebih susah.

Peringkat yang lebih rendah perlu dicapai terlebih dahulu, diikuti peringkat selanjutnya yang lebih susah.

Page 15: M5   kriteria pemilihan

(a) Pengetahuan- Bermaksud keupayaan mengingat fakta, idea, pendapat, prinsip, prosedur dan peristiwa yang berlaku (Abu Bakar Nordin, 1986).

(b) Kefahaman- Keupayaan pelajar menjelaskan pengetahuan secara yang bermakna.

Page 16: M5   kriteria pemilihan

(c) Aplikasi- Keupayaan menggunakan konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am dalam situasi khusus dan situasi am.- Pengajaran dan penilaian peringkat aplikasi juga sepatutnya menekankan aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian, selain dapat menyelesaikan masalah yang diberikan guru dalam bilik darjah.

Page 17: M5   kriteria pemilihan

(d) Analisis- Keupayaan memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan melihat pertalian antara unsur-unsur tersebut.- Menekankan kepada keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur tersebut bagi sesuatu dokumen/kes yang diberikan.

Page 18: M5   kriteria pemilihan

(e) Sintesis- Membawa maksud keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan bahagian- bahagian supaya sesuatu dokumen itu menjadi lebih berstruktur, tersusun dan menyeluruh.

(f) Penilaian- Membawa maksud keupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui pelajar.- Membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea, hasil kerja, penyelesaian, bahan dan sebagainya.

Page 19: M5   kriteria pemilihan

2. Domain Afektif

Objektif Domain Afektif mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai.

Objektif domain afektifPerwatakan

Organisasi

Penilaian

Gerakbalas

Penerimaan

Page 20: M5   kriteria pemilihan

(a) Penerimaan- Bermaksud kesediaan seseorang/penerima untuk menerima sesuatu yang ingin disampaikan. Misalnya, penerima sedar akan irama, lirik lagu, keadaan kehidupan.- Contoh objektif peringkat ini ialah pelajar dapat membezakan aktiviti luar bilik darjah daripada aktiviti formal dalam bilik darjah.

(b) Gerak Balas- Bermaksud seseorang akan bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima disetopikkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian.

Page 21: M5   kriteria pemilihan

(c) Penilaian- Bermaksud seseorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. - Nilai ini, yang boleh dianggap sebagai motivasi luaran, akan menjadi landasan kepada setiap perlakuan yang ditunjukkan oleh individu berkenaan.

Page 22: M5   kriteria pemilihan

(d) Organisasi- Membawa maksud seseorang itu boleh menyusun semula nilai yang diterimanya kepada satu sistem yang lebih praktikal.- Contohnya, menerima peraturan sekolah seterusnya dapat mengawal diri mengikut peraturan tersebut.

(e) Perwatakan- Bermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

Page 23: M5   kriteria pemilihan

3. Domain Psikomotor

Adalah kemahiran berkaitan pergerakan anggota fizikal seseorang.

Simpson (1972) mengemukakan tujuh peringkat objektif domain psikomotor, daripada mudah kepada susah.

Rajah 8.3: Domain psikomotorPergerakan Suaian

Pergerakan Kompleks

Pergerakan Mekanistik

Pergerakan Terkawal

Persediaan

Persepsi

Page 24: M5   kriteria pemilihan

(a) Persepsi- Bermaksud seseorang itu mempersepsikan satu pergerakan tertentu, seperti memerhati pergerakan “hantaran” dalam permainan bola baling.

(b) Persediaan- (Set) bermaksud seseorang bersedia secara mental, emosi dan fizikal untuk melakukan sesuatu pergerakan.

(c) Pergerakan Terkawal- (Guided Response) bermaksud seseorang itu dapat melakukan pergerakan awal berkaitan kemahiran yang ingin dipelajari, b iasanya dilakukan secara peniruan dan cuba jaya.

Page 25: M5   kriteria pemilihan

(d) Pergerakan Mekanistik- (Mechanistic Response) bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan yang ingin dipelajari secara mahir dan yakin.

(e) Pergerakan Kompleks- Bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan yang kompleks secara cekap dan licin.- Melakukan pergerakan “hantaran” dalam permainan bola baling dengan cekap dan licin.

Page 26: M5   kriteria pemilihan

(f) Pergerakan Suaian- (Adaptive Response) bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu.- Melakukan pergerakan dengan cekap dan licin semasa berhalangan.

(g) Pergerakan Ciptaan- (Originative Response) bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan baru secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu.

Page 27: M5   kriteria pemilihan

4. Domain Sosial

Terdiri daripada lapan peringkat objektif, iaitu:

1. Berhubung2. Berkomunikasi 3. Melibatkan Diri4. Berunding5. Bekerjasama6. Menghakim 7. Memulakan 8. Menukar

Page 28: M5   kriteria pemilihan

(a) Berhubung- Membuat kontak (contact) terhadap seseorang lain, seperti membuat kontak mata (eye contact).

(b) Berkomunikasi- Cuba memberi atau menerima mesej, seperti ingin bertanya tentang sesuatu.

(c) Melibatkan Diri- Secara sukarela mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti berkumpulan, seperti berbual-bual dengan beberapa orang lain.

Page 29: M5   kriteria pemilihan

(d) Berunding- Berbincang untuk membuat sesuatu keputusan.

(e) Bekerjasama- Bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan untuk menjayakan sesuatu projek.

(f) Menghakim- Dapat bertindak untuk mendamaikan sesuatu keadaan apabila terdapat perbezaan pendapat, seperti meleraikan satu pertengkaran.

Page 30: M5   kriteria pemilihan

(g) Memulakan- Dapat memulakan sesuatu aktiviti berkumpulan yang baru, walaupun terpaksa menghadapi risiko tertentu, seperti berkhemah di tepi sungai.

(h) Menukar- (Converting) berupaya menukarkan gaya hidup ahli-ahli kumpulan kepada gaya hidup baru, seperti mencintai alam sekitar.

Page 31: M5   kriteria pemilihan

PERSEKITARAN

Persekitaran mempengaruhi kegiatan sosial dan aktiviti masyarakat.

1 Budaya Setempat2 Pengaruh Politik3 Penyelarasan Program Sukan

Page 32: M5   kriteria pemilihan

Penyelarasan Program Sukan

Program Gerak Kerja Kokurikulum (Sukan) yang menyeluruh merangkumi tiga aspek utama

selaindari program berbentuk Pengajaran (PendidikanJasmani dan Kesihatan) iaitu:

1. Program Gerak Kerja Kokurikulum dalam Lingkungan Sekolah (Intramurals).

2. Program Gerak Kerja Kokurikulum dalam dan luar (Extramurals).

3. Program Antara Sekolah.

Page 33: M5   kriteria pemilihan

(i) Program Intramurals- Melibatkan semua pelajar tetapi merupakan program pengukuhan dan pengayaan kurikulum yang diajar dalam kelas.- Melibatkan semua pelajar; wajib memilih persatuan dan unit beruniform yang diminati.

(ii) Program Extramurals- Melibatkan mereka yang mempunyai kemahiran yang melebihi rakan. Contohnya mewakili rumah dalam kejohanan olahraga antara rumah.

(iii) Program antara sekolah- Meliputi pertandingan peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.- Yang terbaik dakan mewakili sekolah keperingkat yang seterusnya.