kriteria pemilihan - perkembangan murid

21
KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI Di sediakan oleh : LOHA VENI A/P MUTUSAMY TAMILARASI A/P ELLANGOVAN SHARMILA A/P KRISHNAN SUBASANAH A/P ANDY GUNALINI A/P BALASUBRAMANIAM PISMP AMBILAN JAN 2013 (UNIT PT) IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Upload: tamilarasi-ellangovan

Post on 20-Nov-2015

286 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

PENDIDIKAN JASMANI SEM 4

TRANSCRIPT

  • KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANIDi sediakan oleh :LOHA VENI A/P MUTUSAMYTAMILARASI A/P ELLANGOVANSHARMILA A/P KRISHNANSUBASANAH A/P ANDYGUNALINI A/P BALASUBRAMANIAM

    PISMP AMBILAN JAN 2013 (UNIT PT)IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

  • PERKEMBANGAN MURIDDi kategori kepada domain-domain berikut:

    Domain Kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.Domain Afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.Domain Psikomotor melibatkan perkembagan kemahiran fizikal pelajar.Domain Sosial melibatkan perkembangan perhubungan sosial pelajar.

  • 1. Domain KognitifMenjadi fokus utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

    Taksonomi Bloom membahagikan domain kognitif ini kepada enam (6) peringkat, yang bermula dengan tahap yang mudah dicapai kepada tahap yang sukar dicapai.

  • Taksonomi objektif domain kognitif BloomPenilaianSintesisAplikasiAnalisisKefahamanPengetahuan

  • Perkembangan domain kognitif pelajar melibatkan cara berfikir, merasa dan bertindak.Penyusunan domain kognitif perlu mengikut keupayaan pelajar dari mudah kepada yang lebih susah.Peringkat yang lebih rendah perlu dicapai terlebih dahulu, diikuti peringkat selanjutnya yang lebih susah.

  • Pengetahuan- Bermaksud keupayaan mengingat fakta, idea, pendapat, prinsip, prosedur dan peristiwa yang berlaku (Abu Bakar Nordin, 1986).

    Kefahaman- Keupayaan pelajar menjelaskan pengetahuan secara yang bermakna.

  • Aplikasi- Keupayaan menggunakan konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am dalam situasi khusus dan situasi am.- Pengajaran dan penilaian peringkat aplikasi juga sepatutnya menekankan aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian, selain dapat menyelesaikan masalah yang diberikan guru dalam bilik darjah.

  • Analisis- Keupayaan memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan melihat pertalian antara unsur-unsur tersebut.- Menekankan kepada keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur tersebut bagi sesuatu dokumen/kes yang diberikan.

  • Sintesis- Membawa maksud keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan bahagian- bahagian supaya sesuatu dokumen itu menjadi lebih berstruktur, tersusun dan menyeluruh.

    Penilaian- Membawa maksud keupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui pelajar.- Membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea, hasil kerja, penyelesaian, bahan dan sebagainya.

  • 2. Domain AfektifObjektif Domain Afektif mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai.

    Objektif domain afektifPerwatakanOrganisasiPenilaianGerakbalasPenerimaan

  • Penerimaan- Bermaksud kesediaan seseorang/penerima untuk menerima sesuatu yang ingin disampaikan. Misalnya, penerima sedar akan irama, lirik lagu, keadaan kehidupan.- Contoh objektif peringkat ini ialah pelajar dapat membezakan aktiviti luar bilik darjah daripada aktiviti formal dalam bilik darjah.

    Gerak Balas- Bermaksud seseorang akan bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima disetopikkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian.

  • Penilaian- Bermaksud seseorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. - Nilai ini, yang boleh dianggap sebagai motivasi luaran, akan menjadi landasan kepada setiap perlakuan yang ditunjukkan oleh individu berkenaan.

  • Organisasi- Membawa maksud seseorang itu boleh menyusun semula nilai yang diterimanya kepada satu sistem yang lebih praktikal.- Contohnya, menerima peraturan sekolah seterusnya dapat mengawal diri mengikut peraturan tersebut.

    (e) Perwatakan- Bermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

  • 3. Domain PsikomotorAdalah kemahiran berkaitan pergerakan anggota fizikal seseorang.Simpson (1972) mengemukakan tujuh peringkat objektif domain psikomotor, daripada mudah kepada susah.

    Rajah 8.3: Domain psikomotor

    Pergerakan SuaianPergerakan KompleksPergerakan MekanistikPergerakan TerkawalPersediaanPersepsi

  • Persepsi- Bermaksud seseorang itu mempersepsikan satu pergerakan tertentu, seperti memerhati pergerakan hantaran dalam permainan bola baling.

    Persediaan- (Set) bermaksud seseorang bersedia secara mental, emosi dan fizikal untuk melakukan sesuatu pergerakan.

    Pergerakan Terkawal- (Guided Response) bermaksud seseorang itu dapat melakukan pergerakan awal berkaitan kemahiran yang ingin dipelajari, b iasanya dilakukan secara peniruan dan cuba jaya.

  • Pergerakan Mekanistik- (Mechanistic Response) bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan yang ingin dipelajari secara mahir dan yakin. Pergerakan Kompleks- Bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan yang kompleks secara cekap dan licin.- Melakukan pergerakan hantaran dalam permainan bola baling dengan cekap dan licin.

  • Pergerakan Suaian- (Adaptive Response) bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu.- Melakukan pergerakan dengan cekap dan licin semasa berhalangan.

    Pergerakan Ciptaan- (Originative Response) bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan baru secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu.

  • 4. Domain SosialTerdiri daripada lapan peringkat objektif, iaitu: 1.Berhubung2.Berkomunikasi 3.Melibatkan Diri4. Berunding5.Bekerjasama6.Menghakim 7.Memulakan 8.Menukar

  • Berhubung- Membuat kontak (contact) terhadap seseorang lain, seperti membuat kontak mata (eye contact).

    Berkomunikasi- Cuba memberi atau menerima mesej, seperti ingin bertanya tentang sesuatu.

    Melibatkan Diri- Secara sukarela mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti berkumpulan, seperti berbual-bual dengan beberapa orang lain.

  • Berunding- Berbincang untuk membuat sesuatu keputusan.

    Bekerjasama- Bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan untuk menjayakan sesuatu projek.

    Menghakim- Dapat bertindak untuk mendamaikan sesuatu keadaan apabila terdapat perbezaan pendapat, seperti meleraikan satu pertengkaran.

  • Memulakan- Dapat memulakan sesuatu aktiviti berkumpulan yang baru, walaupun terpaksa menghadapi risiko tertentu, seperti berkhemah di tepi sungai.

    Menukar- (Converting) berupaya menukarkan gaya hidup ahli-ahli kumpulan kepada gaya hidup baru, seperti mencintai alam sekitar.