tutorial m5 a3

22
EDU3053 Tutorial M5 A3 Tan Li Peng Teo Mey Lian

Upload: apple-tan

Post on 19-Nov-2015

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

EDU3053 Tutorial M5 A3

EDU3053 Tutorial M5 A3Tan Li Peng Teo Mey Lian

Sejarah Perkembangan FotografiIstilah fotografi atau "Photography" diambil daripada perkataan Greek. Perkataan photos ("light") bermaksud cahaya dan graphein ("to draw") bermaksud melukis.Perkataan ini mula diguna pertama kalinya oleh seorang saintis bernama Sir John F.W. Herschel pada tahun 1839.

Ianya adalah kaedah merekod imej melalui tindakan cahaya, atau radiasi yang tertentu pada sesuatu bahan yang sensitif kepada cahaya atau radiasi tersebut.

Kamera Lubang JarumAlhazen (Ibn Al-Haytham), seorang yang berpengaruh dalam bidang optik di zaman pertengahan, mencipta kamera lubang jarum yang pertama (juga dikenali sebagai kamera obscura) dan berjaya memberi penjelasan bagaimana imej yang dihasilkan berada dalam kedudukan terbalik. Ibn Al-Haytham menggunakan kanta untuk memfokus cahaya ke dalam kotak gelap. Imej yang difokuskan menjelma pada permukaan kertas di dalam kotak tersebut.

Gambar Foto PertamaPada 1827, Joseph Nicephore Niepce, seorang pencipta dari Perancis telah menghasilkan gambar foto yang pertama dengan menggunakan kamera obscura untuk mengumpulkan cahaya ke atas kepingan logam yang dilapisi bahan yang sensitif kepada cahaya dikenali sebagai bitumen. Sebelum Niepce, kamera obscura hanya digunakan untuk tujuan melihat dan melukis, tetapi bukan untuk membuat gambar foto. Teknik heliographs atau cetakan matahari yang dihasilkan oleh Joseph Nicephore Niepce ini memerlukan pendedahan kepada cahaya selama 8 jam untuk imej terhasil tetapi kemudiannya imej tersebut akan beransur-ansur hilang. Teknik ini merupakan prototaip kepada fotografi moden.

Kemudian, Niepce bergandingan dengan Louis Daguerre untuk mencipta kaedah baru yang dinamakan daguerreotype. Ianya melibatkan penggunaan tembaga peralatan daguerreotype oleh Louis Jacques Mande Daguerre yang dilapisi perak. Bahagian perak disapukan lapisan iodin menjadikannya lapisan yang sensitif kepada cahaya. Kemudian, kepingan ini diletakkan di dalam kamera obscura dan didedahkan kepada cahaya selama beberapa minit. Akhirnya kepingan ini diletakkan ke dalam larutan silver chloride. Proses ini menghasilkan imej yang kekal lebih lama.

Bahagian-bahagian Asas Dan Fungsi KameraPada asasnya konsep sebuah kamera adalah sama sahaja, sama ada yang murah mahupun yang mahal. Secara umumnya, bahagian asas kamera, adalah seperti yang dapat dilihat di bawah. kedudukannya bergantung kepada jenis dan jenama kamera.

Dengan terciptanya kamera digital, terdapat bahagian pada kamera yang ditambah sesuai dengan fungsinya. Bagaimanapun, kedudukannya bergantung kepada jenis dan jenama kamera. Antara contoh bahagian tambahan ini adalah seperti berikut :

Jenis-jenis FilemFilem merupakan satu jalur nipis yang fleksibel diperbuat daripada bahan plastic atau lain-lain yang mengandungi celluloid dilapisi bahan kimia emulsi yang sensitive terhadap perubahan cahaya.

Jenis Kelajuan FilemAsa RendahMemerlukan banyak cahaya untuk menghasilkan imej.Contoh: - ASA 25, 32 & 50.Saiz zpertut perlu dibuka luas dan kelajuan pengatup akan menjadi lebih lama.Sesuai digunakan untuk penggambaran pemandangan ataupun landskap kerana faktor bintik yang rendah.

2. ASA SederhanaMemerlukan cahaya yang sederhana untuk membuat imej.Contoh: - ASA 64, 80, 100, 125 &160.Penggunaannya merangkumi kebanyakkan situasi penggambaran dalam pelbagai keadaan cuaca ataupun cahaya.

3. ASA PantasMemerlukan cahaya yang sedikit untuk menghasilkan imej.Contoh: - ASA 200, 400, 1000, 1600 & 3200.Contohnya situasi seperti di dalam rumah yang kurang cahaya serta penggambaran aksi sukan.

Penggunaan Filem yang Sesuai Mengikut Situasi atau Subjek

Jenis FilemFilem Cetak/ Filem NegatifDigunakan untuk daylight atau cahaya buatan.menghasilkan gambar yang boleh diterima walaupun terdapat sedikit kesalahan dedahan.Pembetulan boleh dibuat semasa memproses dan mencetak. Salinan boleh dibuat seberapa banyak tanpa menjatuhkan kualiti gambarnya.

2. Filem Slaid/ Filem Lutsinar/ Filem Positif / Filem Reversalmemerlukan ketepatan dedahan dan mempunyai imbangan kepada daylight atau cahaya tiruan. Salinan filem slaid boleh dibuat tetapi kualiti gambarnya akan jatuh

3. Filem Lith/ Filem Garisanmenghasilkan imej hitam putih sahaja.Filem ini adalah filem kontras tinggi dan hanya sesuai untuk foto lukisan garisan dan gambarajah

4. Filem Infra Redboleh diperolehi dalam format kaset. Filem ini khas untuk fotografi udara, perbicaraan mahkamah (forensik), perubatan dan arkeologi atau kajipurba.

Teknik PenggambaranTeknik Jarak DekatDitakrifkan sebagai penggambaran jarak dekat di mana nisbah pengimejan 1:10 - 1:1, iaitu dari saiz 1/10 daripada saiz sebenar kepada saiz sebenar. Teknik jarak yang lebih dekat dipanggil fotografi makro di mana nisbah pengimejan 1:1 - 10:1 - iaitu dari saiz sebenar sehingga sepuluh kali saiz sebenar. Teknik jarak yang lebih dekat dari makro adalah Fotografi mikro di mana nisbah saiz sebenar adalah lebih besar iaitu lebih besar daripada 10x saiz sebenar.

Teknik Jarak Sederhana- Biasanya, juragambar akan menggunakan lensa normal atau lensa sudut lebar untuk jarak sederhana. Saiz apertur yang kecil dipilih untuk memberi imej yang tajam keseluruhannya manakala kelajuan pengatup disesuaikan mengikut apertur.

3. Foto Aksi atau Sukan menggunakan Teknik PanningPanning : kaedah mengambil subjek bergerak, seperti aksi atau fotografi sukan, di mana sasaran anda sedang bergerak sepanjang masa pendedahan. Panning biasanya memerlukan anda menggunakan kelajuan pengatup yang perlahan dan kamera digerakkan di sepanjang paksi subjek anda sepanjang masa pendedahan supaya anda mendapat imej yang tajam sedangkan latar belakang imej menjadi kabur.

Kunci utama adalah memastikan kamera dan subjek anda berada pada kedudukan selari sepanjang pendedahan cahaya berlaku. Kamera dan subjek perlu bergerak bersama-sama pada masa yang sama, dalam arah yang sama. Anda juga perlu mempunyai kanta yang panjang, dan pastikan anda mengisi subjek anda dalam bingkai. Panjang sebenar pendedahan yang diperlukan akan bergantung kepada kelajuan di mana subjek bergerak, panjang fokus kanta dan jarak daripada subjek dan latar belakang.

4. Teknik Pembekuanmemerlukan anda meletakkan kelajuan bukaan pengatup yang perlahan.mencuba beberapa kelajuan untuk mendapatkan kesan pembekuan yang terbaik dan sesuai dengan citarasa anda. Penggunaan tripod adalah perlu untuk mengelak getaran. Bukaan apertur disesuaikan dengan kelajuan pengatup yang dikehendaki.

digunakan untuk mendapatkan kesan gerakan pantas. Untuk itu, ia memerlukan anda meletakkan kelajuan bukaan pengatup yang tinggi. Anda mungkin perlu mencuba beberapa kelajuan untuk mendapatkan kesan pembekuan yang terbaik dan sesuai dengan citarasa anda.