5. sdp seni visual (m5)

Upload: lydy-limbai

Post on 13-Jan-2016

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SENI VISUAL SDP

TRANSCRIPT

  • PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS PENDIDIKAN SENI VISUAL( 2 JAM)

  • PENGENALAN SENI VISUALKONSEP ASASBIDANG-BIDANG DALAM SENI VISUAL

  • PENGENALAN ASAS SENI REKAUNSUR SENIPRINSIP REKAANPENYERAPAN UNSUR SENI

  • PENGENALAN 4 BIDANG SENI VISUAL DI SEKOLAH RENDAHMENGGAMBARMEMBUAT CORAK DAN REKAANMEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANMENGENAL KRAF TRADISIONAL

  • PENGENALAN DUA BIDANG SENI VISUAL DI SEKOLAH MENENGAHPENGHASILAN KARYA SENIAPRESIASI SENI

  • Tujuan Pendidikan seni visual bertujuan memberi peluang kepada muridMemupuk minatMemperkembangkan bakatMengenali unsur kebudayaan kebangsaanPeka terhadap alam sekitarMembentuk peribadi yang kreatif, citarasa yang baik dalam menikmati keindahan alamMengembangkan hasil ciptaan manusia

  • Tujuan (samb.)Melahirkan idea dan perasaan dalam sesuatu ciptaanMeningkatkan kemahiran dan membolehkan seseorang murid itu mengenal, membeza, membuat dan menilai hasil serta ciptaan seni setelah tamat persekolahan.

  • Bidang-bidang dalam seni visualMenggambarMembuat corak dan rekaanMembentuk dan membuat binaanMengenal kraf tradisional

  • Menggambar

    Memilih dan menggunakan alat, bahan, dan teknik yang sesuai dalam penghasilan gambar Menggambar dengan menggunakan pelbagai bahan dan teknik melalui penerokaanMenghasilkan gambar dengan menggunakan pelbagai alat, bahan teknik secara kreatif melalui penerokaaniv.Membuat pernyataan tentang hasil kerja sendiri dan rakan

  • Menggambar (samb.)StensilanMontajCapanCatanKolajResisLukisanGurisanLekapanCetakanJENIS AKTIVITI DALAM MENGGAMBAR

  • LukisanKegiatan yang menggunakan media tulis sama ada yang kasar, halus, lembut, keras atau tajam. Bahan media tulis yang biasa digunakan akan meninggalkan kesan-kesan garisan di permukaan bahan yang digunakan. Kesan-kesan garisan itu dipengaruhi oleh pilihan bahan dan tekanan pada permukaan yang digunakan. Hasil daripada penggunaan media tertentu akan meninggalkan kesan-kesan garisan yang berlainan.

  • KolajKegiatan sama ada rekaan corak atau menggambar yang dihasilkan dengan cara menampal kertas, perca kain atau bahan-bahan kutipan. Tampalan untuk menghasilkan kolaj boleh disusun dan ditindih pada permukaan mengikut gambar yang hendak dihasilkan.

  • CatanKegiatan yang menggunakan berbagai bahan pewarna yang menggunakan bes air atau minyak. Bahan pewarna dari tumbuh-tumbuhan kunyit, pinang inai, senduduk juga boleh digunakan. Biasanya catan dibuat di atas permukaan yang rata. Selain dari pewarna dan berus, peralatan dan bahan-bahan lain yang boleh memberi kesan yang menarik dan menyeronokkan adalah digalakkan.

  • CetakanSejenis teknik cap mengecap dengan menggunakan bahan yang mempunyai permukaan tertentu. Bahan pengecap yang hendak digunakan boleh diperolehi daripada bahan ciptaan Illahi atau bahan kutipan. Bahan-bahan tersebut perlu diukir atau dibuat corak terlebih dahulu sebelum proses cetakan dimulakan.

  • ResisTeknik menghasilkan lukisan atau rekaan corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dengan cat minyak, cat air dengan krayon atau lilin.

  • Ikatan dan CelupanSatu proses mencorak kain dengan cara mengikat bahagian-bahagian tertentu kain dan kemudian dicelupkan ke dalam pewarna. Terdapat pelbagai jenis ikatan yang boleh digunakan untuk menghasilkan corak yang berlainan. Antara jenis ikatan ialah cara simpul, ikatan, lipatan dan jahitan.

  • Lipatan dan GuntinganIalah salah satu teknik untuk menghasilkan rupa bentuk tertentu dengan cara melipat dan menggunting kertas atau bahan-bahan yang sesuai. Jika lipatan selapis sahaja, maka satu motif corak dapat dihasilkan. Bahagian positif dan negatif dari hasil guntingan ini boleh digunakan sebagai motif rekaan corak. Hasil kerja aktiviti ini boleh dilakukan dalam bentuk 2 dimensi atau 3 dimensi.

  • JahitanIalah satu teknik sulam menyulam. Teknik ini boleh digunakan satu atau lebih jahitan dengan berbagai warna benang

    MozekIalah susunan bahan seperti kertas, kain, plastik atau bahan kutipan yang ditampal di atas satu permukaan secara sebelah menyebelah dan tidak bertindih.

  • AnyamanIalah satu proses di mana daun atau kertas atau bahan yang sesuai dianyam secara berselang seli ke atas ke bawah. Sekiranya anyaman ini menggunakan dua atau lebih warna maka timbullah corak yang menarik. Corak yang timbul ini dipanggil kelarai. Setiap kelarai mempunyai cara anyaman yang berlainan. Bahan yang digunakan dalam anyaman biasanya ialah daun pandan, mengkuang, buluh, rumput, plastik, kertas, daun kelapa dan bahan-bahan yang sesuai.

  • Membuat rekaan dan corakCorak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Motif ialah sama ada rupa bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan.Corak Tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi. Ada dua cara mendapatkan corak :Cara tidak sengaja atau cara bebasCara sengaja/teratur/terancang

  • Membuat corak dan rekaan (samb)Corak tidak sengaja:Corak ini dibuat secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu yang boleh dihasilkan dengan cara-cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek.Corak sengaja atau teratur :Corak ini dibuat dengan menggunakan motif. Motif yang disusun menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan.

  • Membuat corak dan rekaan (samb)Jenis-jenis susunan dalam rekaan corak :Susunan ulang sekataSusunan berselang seliSusunan batu bataSusunan bertimbalSusunan bertindihSusunan beralunSusunan berpusat

  • Membuat corak dan rekaan (samb)LukisanCatanKolajCetakanResisLipatan dan CelupanJahitan

    TiupanStained glassLipatan dan guntinganIkatan dan celupanMozekAnyamanGosokanJENIS AKTIVITI DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAN